TOPIK 4 : BAHAYA ELEKTRIK DAN MEKANIKAL
KURSUS : STS 20092 – KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
PENSYARAH: PUAN NORZAZLINA BINTI ALI ABAS
TARIKH HANTAR : 20 JUNE 2022
AHLI KUMPULAN NO MATRIX
IMAN DZULHAQIMFAHMY S06STS21F013
S06STS21F013
MUHAMMAD HAZIQ
S06STS21F013
DALE MARCEL
S06STS21F013
ANSON HOWARD SULI
S06STS21F013
JARED MAXIMUS
INDEKS 1
2
NO PERKARA 3-8
1 PENGHARGAAN 9-10
2 PENDAHULUAN 11-13
3 AKTA DAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 14-17
4 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 447/1990 18
5 AKTA KILANG DAN JENTERA 139/1967 19
6 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 341/1998 20
7 KESIMPULAN
8 RUJUKAN
9 LAMPIRAN
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana
dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek sts 20092 –
keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada puan norzazlina binti ali abas , selaku pensyarah dalam subjek
OSHA kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kumpulan kami
untuk melunaskan tugasan yang diberikan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-
putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada
pensyarah saya puan norzazlina binti ali abas atas budi bicara beliau dalam memberi
tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih
kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan
kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua
tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Sekian, terima kasih.
PENDAHULUAN:
BAHAYA ELEKTRIK DAN MEKANIKAL
APA MAKSUD BAHAYA ?
• Maksud bahaya adalah situasi atau aktiviti yang berpotensi menyebabkan kecederaan kerja atau kemalangan dan atau penyakit pekerjaan (PAK).
Bahaya juga boleh ditafsirkan sebagai aktiviti, keadaan atau bahan yang boleh menyebabkan kemudaratan, baik fizikal dan mental kepada seseorang.
Sebagai tambahan kepada kewujudan bahaya kita juga harus memahami istilah lain, iaitu risiko yang merupakan gabungan kemungkinan bahawa
peristiwa berbahaya akan berlaku dan keterukan bahaya yang boleh berlaku, termasuk akibat jangka panjang jika kita mengalami bahaya tersebut.
BAHAYA ELEKTRIK DAN MEKANIKAL ?
• Arus elektrik boleh mencederakan dan membunuh. Ini boleh terjadi disebabkan oleh Sentuhan dengan bahan atau pendawaian elektrik yang hidup
mengakibatkan renjatan elektrik, terbakar dan mengakibatkan kebakaran. Selain itu , Pendawaian dan peralatan elektrik yang rosak dan boleh juga
mengakibatkan renjatan elektrik, terbakar dan mengakibatkan kebakaran. Seterusnya, Bahan atau dawai elektrik menjadi sumber nyalaan di
persekitaran mudah terbakar atau mudah meletup. Akibatnya berlakunya kebakaran atau letupan.
• Bahaya mekanikal selalunya disebabkan oleh kuasa mekanikal yang terdapat pada mesin. Antara contoh bahaya mekanikal
termasuklah bahagian bergerak, memotong, menyepit, berputar dengan pantas, menghentak dan menghempap.
Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994
Tujuan Akta
• Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja
• Untuk melindungi orang di tempat kerja (selain daripada orang yang bekerja.)
• Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan fisiologi dan psikologi orang-orang sedang bekerja.
• Untuk mengadakan suatu sistem perundangan yang berasas kepada peraturan-peraturan dan tata amalan industri di samping peruntukan akta.
Peruntukan utama :
• Majlis negara bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan
• Kewajipan Am :
✓Majikan. Orang yang bekerja sendiri
✓Perekabentuk, pengilang dan pembekal
✓Pekerja
• Organisasi keselamatan dan kesihatan
• Pemberitahuan mengenai kemalangan kejadian membahayakan,keracunan dan penyakit
pekerjaan
• Larangan terhadap penguunaan loji atau bahan
• Tataamalan induastri
• Penguatkuasaan dan penyiasatan
• Liabiti bagi kesalahan
• Rayuan
• Penalti
KEWAJIPAN AM MAJIKAN & ORANG BEKERJA SENDIRI
• Seksyen 15 :
• “ Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja
semua pekerjaannya. “
• Penalti : rm 50,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya
Selain itu, majikan hendaklah menyediakan praktik melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang bekerja untuk mereka
• Mengada dan menyelenggara loji dan sistem kerja yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
• Membuat perkiraan tentang langkah-langkah yang perlu diambil dalam penyimpanan. Pengedalian, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan.
• Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan pengawasan ke atas aktiviti-aktiviti berbahaya.
• Menyelenggara tempat kerja serta menyediakan laluan keluar dan masuk yang selamat.
• Menyediakan dan memelihara persekitaran tempat kerja yang selamat dan dengan kelengkapan yang mencukupi.
Kewajipan lain termasuk
• Menyediakan polisi keselamatan dan kesihatan Pekerjaan (safety policy)
• Memastikan orang lain selain daripada pekerjaan tidak terdedah kepada bahaya yang dihasilkan daripada aktiviti yang dijalankan oleh beliau serta memberitahu orang lain
tentang aktiviti yang dijalankannya.
• Memberi maklumat kepada orang lain berkenaan dengan aspek cara pengusahannya yang boleh menyentuh keselamatan dan kesihatan orang lain.
SAFETY POLICY
Seksyen 16
• kewajipan majikan dan orang yang bekerja sendiri menyediakan kenyataan bertulis mengenai DASAR AMNYA berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya. ORGANISASI dan
PERKIRAAN yang sedang berkuatkuasa bagi menjalankan dasar itu dan memberitahu pekerja-pekerjanya tentang dasar tersebut.
• PENALTI : RM 50,000 atau 2 TAHUN PENJARA atau KEDUA-DUANYA
SEKSYEN 17
• Kewajipan majikan dan orang yang bekerja sendiri kepada orang-orang lain selain dari pekerja mereka
• Memastikan setakat yang praktik mereka tidak terdedah kepada risiko bahaya dari tempat kerja
• Memberi maklumat tentang aspek aktiviti di tempat kerja
MAKSUD “BOLEH DIPRAKTIKKAN”
Maksudnya dengan mengambil kira faktor-faktor :
• Teruknya bahaya dan risiko yang terlibat
• Keadaan pengetahuan mengenai bahaya atau risiko tersebut dan cara mengawalnya
• Kewujudan cara yang sesuai untuk menghapus atau mengurangkan bahaya atau risiko itu
• Kos yang terlibat bagi menghapus atau mengurang bahaya atau risiko itu
KEWAJIBAN AM PEKERJA
• Memberi perhatian munasabah terhadap keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain semasa menjalankan aktiviti-aktivitnya
• Memberi Kerjasama samada kepada majikan atau orang lain dalam hal berkaitan dengan pematuhan terhadap AKKP 1994 :
• Memakai peralatan perlindungan diri yang dibekalkan oleh majikan
• Mematuhi mana-mana arahan keselmatan dan kesihatan seperti yang dikehendaki di bawah AKKP 1994 dan peraturan-peraturan.
• Sekiranya gagal mematuhi mana-mana kehendak PENALTI : RM 1000 atau 3 BULAN PENJARA atau KEDUA-DUANYA
GANGGUAN, CAJ DAN DISKRIMINASI
• Tidak mengganggu atau menyalahguna apa-apa yang disediakan untuk kepentingan keselamatan dan kesihatan
• Majikan tidak boleh menggunakan caj ke atas pekerja
• majikan/kesatuan sekerja tidak boleh mendiskriminasi (memecat, mendera atau mengubah keduduakan)
AKTA BEKALAN ELEKTRIK 447/1990
• Mana-mana orang yang, berlanggaran dengan seksyen 9, menggunakan, mengerjakan atau mengendalikan atau
membenarkan digunakan, dikerjakan atau dikendalikan apa-apa pepasangan adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh
dikenakan, apabila disabitkan, dendan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan dendan tambahan tidak melebihi satu ribu
ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
• Mana-mana orang yang berlanggaran dengan seksyen 9, membekalkan elektrik daripada suatu pepasangan kepada atau
bagi penggunaan mana-mana orang ada;lah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda
tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, dan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau
sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
• Mana-mana pemegang lesen yang tanpa kebenaran nyata daripada suruhanjaya membekalkan elektrik atau meletakkan
apa-apa talian bekalan atau membina apa-apa kerja elektrik di luar kawasan bekalan yang dinyatakan dalam lesennya
adalah disabitkan, denda tidak melebihi lima ribu ringgit, dan mana-mana talian atau kerja tidak dibenarkan sedemikian
boleh, selepas sabitan, dialihkan mengikut perintah suruhanjaya, dan jika perintah itu tidak dipatuhi, kos munasabah bagi
pengalihan sedemikan boleh didapatkan kembali daripada pemegang lesen.
• Mana-mana orang yang mengganggu atau melaraskan apa-apa pepasangan atau bahagiannya atau mengilang atau mengimport atau menjual apa-apa kelengkapan sehingga
menyebabkan atau mungkin menyebabkan bahaya kepada nyawa atau anggota badan manusia atau kerosakan pada mana-mana kelengkapan atau harta lain adalah melakukan
suatu kesalahan dan bagi setiap kesalahan sedemikian, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara selama tidak melebihi lima
tahun atau kedua-duanya.
• Mana-mana orang yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan gopoh atau cuai menyebabkan kecederaan atau kerosakan kepada mana-mana orang atau harta berkenaan
dengan mana-mana pepasangan atau kelengkapan atau suatu bahagiannya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi lima
puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
• Mana-mana orang yang mengikut apa-apa cara dengan curang:-
a) Mengambil elektrik:
b) Mengguna habis elektrik:
c) Mengguna elektrik:
d) Mengubah pinda indeks apa-apa meter atau alat lain yang digunakan di atas berkaitan dengan apa-apa pepasangan mana-mana pihak berkuasa bekalan atau mana-mana pepasangan
berlesen untuk merekodkan keluaran atau penggunahabisan elektrik
e) Menghalang apa-apa meter atau alat sedemikian daripada merekodkan dengan sempurnanya keluaran atau penggunahabisan elektrik.
adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan , apabila disabitkan, denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-
duanya.
AKTA KILANG DAN JENTERA 1967
skop akta :
• Melidungi semua orang yang bekerja dalam semua aktiviti ekonomi termasuk perkhidmatan awam , badan
berkanun dan sector swasta kecuali yang bekerja di atas kapal perdagangan , Angkatan tentera .
Mengandungi 15 bahagian , antaranya :
✓ Kewajiban am majikan & orang yang bekerja sendiri
✓ Kewajiban am pekerja
✓ Organisasi keselamatan dan kesihatan
Suatu akta yang diperuntukkan untuk mengawal pengilang bertanggungjawab dalam perkara yang berkaitan
keselamatan, kesihatan dan kebajikan serta pemeriksaan terhadap jentera/mesin dan yang berkaitan dengannya.
2. Akta ini mengandungi :
Keselamatan,kebersihan & kebajikan
Pekerja yang bertanggujawab & sijil kelayakan
Pemberitahuan mengenai kemalangan,kejadian berbahaya & penyakit pekerjaan.
Notis penggunaan kilang, pendaftaran & penggunaan jentera.
Keselamatan di tempat kerja
1. Tanggungjawap majikan dan orang yang bekerja sendiri
Seksyen 15(2)
▪ Setakat yang praktik ,
▪ Mengadakan maklumat , arahan , Latihan dan penyelia
▪ Mengadakan dan menyenggara tempat kerja dan laluan keluar / masuk ke / dari sebarang tempat kerja
▪ Mengadakan dan menyenggara persekitaran kerja dan dengan kemudahan kebajikan yang mencukupi
▪ Merangka kenyataan bertulis tentang dasar keselamatan dan kesihatan (seksyen 16)
▪ Menjalankan pengusaannya sendiri tanpa menjejaskan keselamatan orang lain yang bukan pekerjanya (seksyen 17 (1) )
▪ Mengadakan maklumat kepada orang lain berkenaan pengusaannya (seksyen 17 (2) )
Penalti
▪ Denda : maksima rm 50,000
▪ Penjara : 2 bulan
▪ Kedua-duanya
Seksyen 36 :
• Pemasangan jentera mensti mendapat pengesahan bertulis daripada inspektor.
Bagi jentera yang memerlukan perakuan kelayakan (CF), pemilik mensti menghantar notis bertulis kepada inspektor atau ora ng berlesen bagi tujuan pemeriksaan.
CF akan dikeluarkan jika jentera lulus pemeriksaan Jika tidak lulus,sebab penolakan kelulusan akan diberikan
Seksyen 37
• Kesalahan membabitkan denda tidak lebih RM 50,000 or penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1998/AKTA 341
• Suatu akta bagi membuat peruntukan yang perlu untuk jabatan perkhidmatan bomba berfungsi dengan berkesan dan cekap
untuk melindungi manusia dan harta daripada risiko kebakaran dan untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan nya
• Akta ini diperbuat oleh duli yang maha mulia seri paduka baginda yang dipertuan agong dengan nasihat dan persetujuan dewan
negara dan dewan rakyat yang bersidang dalam parlimen.
• Tarikh persetujuan diraja pada 11 mei 1988 dan diterbitkan dalam warta kerajaan pada 9 jun 1988.
• Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1.
• (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988.
• (2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan
tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi mula berkuat kuasanya Akta ini, atau peruntukan yang berlainan dalam Akta ini,
masing-masing, di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1998/AKTA 341
TEMPAT PERHIMPUNAN MENGIKUT KELAS. BERDASARKAN KAPASITI YANG BOLEH DITAMPUNG. MENGIKUT AKTA PERKHIDMATAN BOMBA DAN UNDANG UNDANG
KECIL BANGUNAN SERAGAM (UKBS) :-
• KELAS A - KAPASITI -1000 ORANG ATAU LEBIH
• KELAS B – KAPASITI – 300- 1000 ORANG
• KELAS C – KAPASITI – 100- 300 ORANG
CONTOH-CONTOH AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA341 :-
• Pembangunan bangunan rumah kedai yang dibuat berdasarkan undang-undang kecil 194. Undang-undang kecil bangunan seragam 1984 (ukbs) telah ditukar maksudnya kepada pusat tuisyen
atau sekolah swatsa atau hospital persendirian tanpa membuat apa-apa pindaan struktur seperti keperluan tambahan jalan keluar kedua.
• Menukar pintu rintangan api pada kurungan tangga kepada pintu jenis biasa atau menambah pintu lain yang boleh menyebabkan ianya sukar untuk digunakan semasa kecemasan.
• Memasang kunci tambahan pada pintu keluar bagi melepaskan diri dari kebakaran dan membiarkan terkunci semasa keadaan biasa.
• Menggantikan selak kecemasan kunci lain bagi pintu keluar tempat perhimpunan awam.
• Menambah atau mengubah pemetakan dalaman satu-satu bangunan yang mewujudkan jalan mati melebihi had atau menyebabkan tiada jalan keluar kedua sebagaimana asalnya.
• Merobohkan dinding kurungan tangga menjadikan sebagai tangga terbuka dan terdedah kepada bahagian dalam bangunan.
PENTADBIRAN
Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pegawainya
(1) Maka hendaklah ada suatu Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi Persekutuan.
(2) Maka hendaklah ada seorang Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat dan beberapa orang Timbalan Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Pengarah Bomba dan Penyelamat, dan Pegawai
Kanan Bomba serta Pegawai Bomba lain sebagaimana yang perlu bagi Jabatan itu berfungsi dengan berkesan dan cekap. Perkhidmatan Bomba 15
(3) Maka hendaklah ada seorang Pengarah Bomba dan Penyelamat bagi setiap Negeri dalam Malaysia.
Pegawai Bomba Bantuan
(1) Ketua Pengarah boleh, dengan persetujuan Menteri, melantik beberapa orang Pegawai Bomba Bantuan bagi setiap Negeri atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan.
(1A) Ketua Pengarah boleh menaikkan pangkat Pegawai Bomba Bantuan.
(2) Pegawai Bomba Bantuan tidak boleh dibayar apa-apa saraan selain apa-apa elaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Pegawai Bomba Sukarela
(1) Ketua Pengarah boleh, dengan persetujuan Menteri, melantik beberapa orang Pegawai Bomba Sukarela atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan. 16 Undang-Undang
Malaysia AKTA 341
(2) Ketua Pengarah boleh menaikkan pangkat Pegawai Bomba Sukarela.
(3) Ketua Pengarah boleh menamatkan pelantikan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
PENTADBIRAN
Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela
(1) Suatu Pasukan Bomba Sukarela yang mengandungi sekurang-kurangnya dua orang Pegawai Bomba Sukarela boleh memohon untuk didaftarkan dengan Pendaftar.
(2) Pendaftar boleh, selepas menimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1), meluluskan atau menolak permohonan itu.
(3) Pendaftar hendaklah, apabila meluluskan pendaftaran Pasukan Bomba Sukarela, menetapkan suatu kawasan jagaan kepada Pasukan Bomba Sukarela.
Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar
(1) Pendaftar hendaklah menyenggara suatu daftar Pegawai Bomba Sukarela dan suatu daftar Pasukan Bomba Sukarela.
(2) Daftar itu hendaklah mengandungi— Perkhidmatan Bomba 17
(a) nama dan apa-apa butiran lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar bagi tiap-tiap Pegawai Bomba Sukarela yang dilantik dan tiap-tiap Pasukan Bomba Sukarela yang berdaftar dan
kawasan jagaannya; dan
(b) nama dan apa-apa butiran lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar bagi tiap-tiap Pegawai Bomba Sukarela yang pelantikannya ditamatkan dan tiap-tiap Pasukan Bomba Sukarela
yang pendaftarannya telah dibatalkan.
(3) Pendaftar boleh melantik seorang Timbalan Pendaftar dan beberapa orang Penolong Pendaftar dari kalangan Pegawai Bomba yang hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Pendaftar
KESIMPULAN
Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah sangat penting dan perlu perhatian serius oleh organisasi. Prestasi dan
produktiviti organisasi akan menurun jika pekerja selalu mendapat kemalangan industri atau menghadapi masalah kesihatan.
Imej syarikat sebagai majikan yang prihatin akan terjejas. Motivasi pekerja akan menurun jika kebajikan mereka tidak diambil
berat oleh pihak pengurusan.
RUJUKAN
• http://thestorytellingmyworld.blogspot.com/2011/07/keselamatan-dan-kesihatan-
pekerjaan.html
• http://empatsekawan92.blogspot.com/2014/11/hazard-di-tempat-kerja.html
• https://www.slideshare.net/adamalif/osha-16919892
• https://www.st.gov.my/ms/details/policies_details/3/1
lampiran 1
2
NO PERKARA
3
1 PENGHARGAAN 4
5
2 PENDAHULUAN 6
7
3 AKTA DAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 8
• Tujuan akta dan peruntukan utama
• Kewajipan am majikan & orang bekerja sendiri
• Safety policy
• Maksud “boleh dipraktikkan”
• Kewajiban am pekerja
• Gangguan, caj dan diskriminasi
4 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 447/1990 9-10
11
5 AKTA KILANG DAN JENTERA 139/1967 12
• Keselamatan di tempat kerja 13
• Seksyen 36 & 37
14-15
6 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 341/1998 16-17
• pentadbiran
18
7 KESIMPULAN 19
20
8 RUJUKAN
9 LAMPIRAN