The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by imandzulhaqimfahmy1, 2022-06-28 10:29:54

STS20092 PERTOLONGAN CEMAS

STS20092 PERTOLONGAN CEMAS

TOPIK 7 : PERTOLONGAN CEMAS

KOD KRUSUS : STS 20092 – KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
PENSYARAH : MDM NORSZAZLINA BINTI ALI ABAS
TARIKH HANTAR : 2022

NAMA NO MATRIX
IMAN DZULHAQIMFAHMY S06STS21F013
S06STS21F014
MUHAMMAD HAZIQ​ S06STS21F018
DALE MARCEL​ S06STS21F026
S06STS21F020
ANSON HOWARD SULI​
JARED MAXIMUS​

ISI KANDUNGAN NO
1
PERKARA 2
Penghargaan 3-18
Pendahuluan pertolongan cemas 19
Kaedah pertolongan cemas 20
Kesimpulan 21

Rujukan
Lampiran

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.r.t…..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya setelah bertungkus lumus dapat saya menyiapkan
tugasan berkumpulan berkaitan dengan pertolongan cemas dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Terlebih dahulu, jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah mata pelajaran OSHA kami iaitu Mdm
Norszazlina Binti Ali Abas. Beliau telah banyak membantu kami dalam menjalankan tugasan ini dan
telah berusaha memastikan agar segala penyampaian pengajarannya difahami oleh kami.

Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi sokongan dan kerjasama yang
erat kepada kepada saya semasa proses menyiapkan tugasan ini. Budi baik rakan-rakan semua, saya
ucapkan berbanyak terima kasih. Tanpa mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
proses menyiapkan tugasan ini, saya ucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada
mereka yang terlibat. Sekian, Wassalam.

PENDAHULUAN

Apa itu pertolongan cemas ,

Pertolongan cemas pada masa kini bukanlah sesuatu yang asing lagi. Ianya sudah mula menjadi perhatian
dan berada dalam pandangan umum. Tidak seperti zaman dahulu di mana pertolongan cemas dianggap
sebagai satu bidang tugas bagi doktor atau pegawai perubatan sahaja.

Kini, pertolongan cemas merupakan satu keperluan bagi setiap anggota masyarakat. Ini kerana, ia
mendatangkan pelbagai manfaat yang berguna dan menguntungkan, bukan sahaja bagi individu itu sendiri
malahan kepada masyarakat di sekelilingnya.

Pendedahan berkaitan pertolongan cemas ini juga sudah diperluaskan sehingga ke peringkat institusi
pendidikan, seperti di peringkat sekolah dan di peringkat pengajian tinggi.

Tujuan Pertolongan Cemas
1.Selamatkan nyawa
Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti
pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi.
2.Mengelakkan dari bertambah buruk
Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan
pesakit menjadi bertambah buruk.
3. Mengurangkan kesakitan
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit
Bantuan Lanjutan
• Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar yang segera
• Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba.

5 . KAEDAH PERTOLONGAN CEMAS

Apakah maksud pertolongan cemas?

Pertolongan cemas bermaksud bantuan permulaan atau rawatan awalyang diberikan kepada individu yang
mengalami kecederaan dalamsebarang kejadian kecelakaan sama ada kemalangan atau sakit yangmuncul
secara tiba-tiba dengan menggunakan objek atau sebarang alatbantuan yang ada di sekeliling sebelum
ambulan, doktor atau pakarperubatan ataupun sebelum mangsa dihantar ke hospital.

Objektif memberi bantuan pertolongan cemas adalah untukmenyelamatkan nyawa, mengelakkan
kecederaan mangsa menjadi lebihparah dan mengurangkan kesakitan mangsa sementara
sebelum dihantarke hospital.

sebelum melakukan pertolongan cemas, kamu perlu menilai situasimangsa terlebih dahulu berdasarkan !
perkara penting di bawah :

1. Bahaya- lihat jika ada sebarang tanda-tanda bahaya. Pastikankeselamatan anda dan mangsa terjamin
atau dalam ertikata lain,alihkan bahaya dari mangsa atau alihkan mangsa dari bahaya.

2. Periksa Pendarahan - jika ada pendarahan, cuba hentikan pendarahan dengan segera.

3. respon - Panggil mangsa atau kejutkannya, minta bantuan ambulan jika tiada tindak balas dari mangsa.

4. saluran udara - angkat kepala mangsa untuk membuka saluran pernafasan dalam keadaan mangsa
berbaring dengan cara menaikkan kepala dan kemudian menaikkan dagu mangsa.

5. Bernafas - Periksa pernafasan mangsa dengan membuat 3M ) iaitu melihat, merasakan dan mendengar.
(Jika tidak ada pernafasan, beri 'nafas bantuan.

6. Peredaran darah - Periksa nadi kerotid di sebelah trakea dengan jari. (jika ada nadi, ini bermakna terdapat
kadar denyutan jantung, jika tidak ada CPR).

5 . KAEDAH PERTOLONGAN CEMAS

Ambil langkah perlu untuk menilai situasi mangsa. jika mangsa sedarkan diri, tanya kecederaan yang
dialami. Gunakan kaedah di bawah :

1. sebarang tanda atau gejala.
2. jika memiliki alahan tertentu
3. Adakah mengambil sebarang ubat-ubatan tertentu dan apakah jenisubatan tersebut.

4. Penyakit atau kecederaan lama yang sudah sembuh atau masih menerima rawatan.
5. makanan terakhir yang dimakan.
6. Punca kejadian.

sebaliknya jika mangsa tidak sedarkan diri lakukan perkara di bawah :
1. Periksa tanda-tanda utama kecederaan yang ada pada bahagian badan mangsa.
2. Periksa nadi.

3. Periksa pernafasan.
4. .Periksa tekanan darah (jika perlu)
5. Periksa suhu badan mangsa.

mungkin jika difikirkan logik, ramai yang mengabaikan pengetahuan tentang kemahiran asas pertolongan
cemas, tidak hairan juga jika rata-rata rumah, sebarang premis atau pejabat tidak mempunyai peti
pertolongan cemas sekalipun. masing-masing terlalu mengharap pada bantuan dari pembantu perubatan,
jururawat atau doktor untuk melakukan tugas mereka.

kemahiran pertolongan cemas walaupun hanya sekadar asas sahaja sudah cukup untuk menyelamatkan
nyawa jika di suatu masa kamu berada di situasi yang memerlukan tindakan segera. Mempunyai kemahiran
seperti ini bukan untuk kamu menjadi seorang pengamal perubatan atau sebagainya tetapi sekurang-
kurangnya mahirkan diri untuk membantu diri kamu, rakan-rakan malah keluarga kamu sendiri.

5.1 PERALATAN UNTUK
PERTOLONGAN CEMAS.

Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta peralatan perubatan yang
asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan di tempat yang kering dan selamat, jauh daripada
kanak-kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas jenis dan kegunaannya dan kandungannya
perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali.Setiap rumah perlu ada peti pertolongan cemas. Begitu juga premis-
premis yang lain seperti sekolah, kilang,hotel dan kawasan rekreasi. Ia juga patut disediakan di dalam
kenderaan terutama sekali pengangkutan awam seperti bas, teksi, kapalterbang dan sebagainya.

Antara senarai peralatan asas yang perlu ada ialah:
• Peti pertolongan cemas.

Tempat simpan alat-alat atau perkakas yang digunakan semasa berlaku kecemasan.
• Sarung tangan pakai buang.

Untuk mengelakkan jangkitan bakteria ketika mengubati pesakit.
• Penyepit

mengeluarkan serpihan dan menyepit kapas. Pastikan kering dan bersih.
• Kapas

Membersih luka, membuat alas, dan melumur ubat.
• Antiseptik

Membasuh luka dan membunuh kuman.
• Losyen kuning (ACRIFLAVINE SOLUTION)

Dijadikan sebagai ubat luka dan mencegah jangkitan bakteria.
• Pita pelekat.

Melekat balutan.
• Pembalut gulung pelbagai saiz

Membalut luka.

5.1 PERALATAN UNTUK
PERTOLONGAN CEMAS.

• Gunting
Menggunting pembalut gulung.
• Pembalut tiga segi (MITELLA)
Membuat anduh dan pembalut.
• Pin penyemat
Menyemat anduh.
• Pita luka
Membalut luka kecil.
• Paracetamol
Dijadikan ubat bagi penyakit selesema, demam, dan sakit kepala.
• Minyak angin/ ubat gosok
Membantu meredakan sakit kepala, hidung tersumbat, ketidakselesaan perut, dan gigitan serangga.
• Digital thermometer
Mengukur suhu tubuh.suhu biasa adalah 36.5°c-37.2°c.

5.2 UBATAN ASAS DALAM KOTAK
PERTOLONGAN CEMAS.

• UBAT APAKAH YANG PERLU DIMASUKKAN DALAM PETI PERTOLONGAN CEMAS?

5.3 KAEDAH RAWATAN

Semasa menentukan asal etimologi istilah rawatan, kita harus menjelaskan bahawa ia terdapat dalam bahasa
Latin. Oleh itu, kita dengan sempurna dapat lihat bahawa ia berasal daripada jumlah kata kerja tractare ,
yang boleh diterjemahkan sebagai "merawat", dan dari akhiran - ment yang sinonim dengan "peralatan atau
keputusan".

A rawatan ialah set cara-cara yang digunakan untuk mengurangkan atau menyembuhkan penyakit,
mencapai intipati apa yang tidak diketahui atau mengubah sesuatu. Konsep ini biasa dalam
bidang perubatan.

Dalam kes ini, pengertian rawatan sering digunakan sebagai sinonim untuk terapi. Ia boleh menjadi kaedah
apa pun: pembedahan, fisiologi, farmakologi, dll. Objektifnya adalah untuk mengurangkan atau
menyembuhkan gejala yang dikesan melalui diagnosis.

Bergantung pada patologi yang dialami oleh pesakit, keparahannya dan keadaan kemajuannya, doktor yang
berkenaan akan menetapkan satu rawatan atau rawatan yang lain. Namun, antara yang paling terkenal
adalah pembedahan, akupunktur, ortopedik, rehat atau hidroterapi.

5.3.1 KAEDAH RAWATAN BAGI LUKA
DAN BERDARAH

Pengenalan

Pelbagai punca boleh menyebabkan berlakunya aliran keluar darah dari saluran dan sistem peredarannya
yang disebut sebagai pendarahan. Selain daripada kecederaan ia juga berpunca daripada faktor fisiologikal
tubuh seperti haid dan epistaksis serta ulser dan juga faktor patologikal (penyakit) seperti ketumbuhan,
jangkitan kuman dan sebagainya yang menyebabkan pemecahan alur darah.

Pendarahan pada permukaan kulit dan koyakan tisu badan.
• Keluarnya darah dari rongga badan
• Bibir dan kuku kebiruan
• Kulit pucat dan berpeluh sejuk
• Denyutan nadi cepat tetapi lemah

Rawatan
• Bertenang atau tenangkan mangsa
• Jika terdapat luka maka cuci luka dengan air yang bersih jika ada
• Jika objek telah tiada atau tercabut, tekan pada lokasi luka supaya darah tidak keluar.
• Jika objek masih ada, jangan cabut tetapi buat balutan pada cincin dengan kain yang bersih dan letak

di sekeliling objek berkenaan kemudian tutup dengan kain bersih yang lain.
• Lakukan tekanan yang berterusan pada nadi untuk menahan darah dari keluar dengan banyak. Jangan

ikat anggota yang tercedera kerana ia boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak mendapat
bekalan darah yang secukupnya.
• Tinggikan anggota yang luka dari paras jantung untuk mengurangkan darah mengalir keluar.
• Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik kesihatan atau hospital
berdekatan.

5.3.2 KAEDAH RAWATAN BAGI
KERETAKAN TULANG.

• Keretakan tulang bermaksud pecahan atau rekahan pada sesuatu tulang.
• Retakan tulang berpunca daripada pukulan secara langsung, pukulan sipi, kecederaan otot, terseliuh

dan dikolasi
Langkah – langkah rawatan patah tertutup
Definisi -: kulit permukaan tidak mengalami luka dan tidak disertai luka di bahagian patah

1. Pastikan mangsa tidak banyak bergerak. Ampu bahagian anggota yang cedera dengan tangan anda
sehingga mangsa tidak bergerak

2. Ampu anggota yang tercedera pada bahagian yang tidak tercedera.

3. Hubungi ambulans untuk proses rawatan selanjutnya.

Patah terbuka
Definisi -: patah yang terdapat luka yang mendedahkan kerekatan tulang. Hujung patah keluar di bahagian
luar kulit
1. Sokong anggota yang cedera debgan tangan anda
2. Balut luka dengan pad yang bersih dan steril
3. Letakkan kapas pada sekeliling balutan luka. Jika tulang terkeluar,
4. Letakkan lapisan kapas yang lembut di sekeliling tulang hingga anda boleh membalut di sekeliling pad

tersebut.
5. Balut sekeliling pad dengan sempurna tetapi jangan terlalu kuat.
6. Jangan gerakan anggota tercedera. Pastikan ia boleh diangkat ke atas.

7. Hubungi ambulans untuk proses rawatan selajutnya.

8.

5.3.2 KAEDAH RAWATAN BAGI
KERETAKAN TULANG.

Patah melarat

Definisi -: patah yang melibatkan kecederaan tulang dan organ lain seperti otak, paru-paru dan lain-
lain.

• Cegah gerak
• Tentukan keterukan kecederaan
• Perhatikan pernafasan
• Hentikan pendarahan (jika perlu)
• Ampukan anggota yang berkenaan
• Tenangkan pesakit
• Perhatikan tanda tanda renjatan
• Hantar ke hospital

Patah ranting muda/ rebong (greenstick fracture)

Definisi -: patah yang terjadi di kalangan kanak-kanak. Patah yang tidak putus terus tetapi
hanya sebahagian mengalami kepatahan.
Patah penghancuran/remuk (communicated fracture)

Definisi -: tulang patah lebih daripada dua
Patah terenyok

Definisi -: tulang patah kepada dua bahagian tetapi salah satunya terbenam ke dalam tulang
yang satu lagi.

5.3.3 KAEDAH RAWATAN BAGI LUKA
TERBAKAR.

Definisi -: luka terbakar disebabkan oleh haba atau api. Akan memecahkan kulit dan membolehkan kuman
memasuki kulit dan mengakibatkan jangkitan.
Contoh -: terpegang seterika panas, terkena tumpahan minyak, tersentuh ekzos kenderaan, permukaan yang
terbakar.

Luka terbakar (ringan)
• Biasanya terjadi di kawasan rumah/kawasan kerja
• Matlamat rawatan untuk menghentikan lecuran, mengurangkan kesakitan, gelembung dan risiko

jangkitan.

Langkah-langkah rawatan:
1. Alirkan/curahkan air sejuk ke bahagian anggota yang terbakar selama 10minit. Sebarang cecair sejuk

seperti susu dan air minuman dalam tin boleh menggantikan air paip
2. Tanggalkan sebarang perhiasan/pakaian yang boleh menghalang peredarab darah pada anggota

tercedera sebelum ia menggelembung
3. Tutup luka dengan pembalut steril atau sebarang bahan bersih dan nipis.
Luka terbakar (teruk)
• Biasa boleh terjadi sekiranya berlaku kebakaran dalam rumah/kemalangan yang membabitkan

kebakaran.
• Matlamat rawatan untuk menghentikan luka terbakar dan melegakan kesakitan, memulihkan

pernafasan, merawatkecederaan berkaitan dan mengurangi risiko jangkitan
Langkah-langkah rawatan:
• Baringkan mangsa. Jika boleh, elakkan anggota cedera dari terkena tanah

• dinginkan luka terbakar dengan cecair penyejuk. Jangan memberi kedinginan yang berlebihan
kerana ia boleh membawa kepada risiko penurunan suhu badan (hypotemia)

• Semasa proses penyejukan, periksa saluran pernafasan dan denyutan nadi. Bersedia untuk melakukan
pemulihan pernafasan

5.3.3 KAEDAH RAWATAN BAGI LUKA
TERBAKAR.

• Tanggalkan sebarang pakaian(tali leher, tali pinggang, jam tangan, cincin, kasut dan baju terbakar
sebelum anggota yang cedera menggelembung. Tanggalkan dengan perlahan – lahan

• Tutup kecederaan dengan sehelai bahan yang disteril. Sejukkan dengan air untuk melegakan
kesakitan

• Rawat mengsa daripada serangan renjatan. Periksa nadi dan pernafasan sementara menanti
kedatangan ambulan

5.4 KAEDAH CPR

Apakah CPR?

Maksud CPR ialah cardio-pulmonary resuscitation yang merupakan kaedah pertolongan cemas berfungsi
untuk mengembalikan pengaliran darah dan kadar oksigen yang mencukupi ke paru-paru, otak dan organ-
organ penting yang lain. Prosedur ini merangkumi tekanan dada dan bantuan pernafasan dari mulut ke
mulut dan ianya sangat penting kerana boleh menyelamatkan nyawa seseorang. Melakukan CPR dengan
kadar yang segera boleh meningkatkan peluang mangsa untuk hidup sehingga dua ke tiga kali ganda lebih
tinggi.

Amatlah penting bagi setiap orang awam untuk mempunyai ilmu tentang cpr dan mengetahui teknik
melakukannya sebagai langkah awal untuk menyelamatkan mangsa sementara menunggu kakitangan
terlatih atau paramedik tiba di tempat kejadian. Prinsip pertolongan cemas adalah untuk menyelamatkan
nyawa mangsa, mengurangkan kesakitan mangsa, dan mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk.

Apa Yang Anda Perlu Pastikan Sebelum Melakukan CPR?

Sebelum melakukan CPR, penting untuk anda memastikan beberapa perkara terlebih dahulu, seperti:

1. Adakah Keadaan Sekeliling Selamat Untuk Melakukan CPR Kepada Mangsa?

Seandainya mangsa ditemui di tengah jalan, dapatkan bantuan untuk memindahkan mangsa ke tempat yang
lebih selamat. Jika kelihatan mangsa mempunyai kecederaan atau khuatir ada tulang yang patah, adalah
sebaiknya untuk tidak memindahkan mangsa kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan yang lebih teruk.

2. Adakah Mangsa Dalam Keadaan Sedar, Separa Sedar Atau Tidak Sedar?

Perhatikan sama ada mangsa mempunyai tindak balas. Jika mangsa tidak sedar, cuba untuk gerakkan
mangsa atau tepuk di bahu dan panggil mangsa dengan kuat.

3. Adakah Mangsa Bernafas?

Anda boleh menilai dengan memerhatikan sama ada dada mangsa bergerak naik dan turun atau statik. Anda
juga boleh mendekatkan telinga anda ke mulut dan hidung mangsa selama 10 saat untuk memastikan sama
ada terdapat hembusan nafas ataupun tidak.

4. Periksa Denyutan Nadi Mangsa

Periksa nadi mangsa di bahagian pergelangan tangan dan tepi leher untuk memastikan degupan jantung
mangsa.

5.4 KAEDAH CPR

5. Minta Bantuan

Jika anda melihat tiada pergerakan ataupun nafas mangsa terhenti, sila hubungi unit kecemasan (999)
dengan kadar segera dan mulakan prosedur CPR terlebih dahulu sementara menunggu paramedik tiba.
Sekiranya terdapat orang lain di sekeliling anda, arahkan orang lain untuk segera menghubungi talian
kecemasan sementara anda memulakan CPR secepat mungkin.

5.4.1 KAEDAH CPR BAGI BANTUAN
PERNAFASAN MULUT KE MULUT.

• Pakai face shield, jika ada.
• Picit hidung mangsa dengan jari telunjuk dan ibu jari anda dan angkat dagu mangsa dengan biarkan

mulut mangsa terbuka.
• Tarik nafas anda dan letakkan mulut anda pada mulut mangsa dengan rapat dan hembus selama satu

saat.
• Kekalkan bukaan saluran pernafasan sementara anda mengangkat muka anda dan menarik nafas

semula.
• Perhatikan sama ada dada mangsa naik dengan hembusan yang diberikan.
• Tarik nafas sekali lagi dan hembus semula ke mulut mangsa.

• Sambung menekan dada.

5.4.2 KAEDAH CPR BAGI RAWATAN
TERCEKIK MANGSA TIDAK SEDAR.

1.Bayi berumur kurang dari 1 tahun (tidak sedar)

1. Nilai keadaan bayi
2. Buka saluran pernafasan bayi dengan mendongakkan kepala dan angkat dagu bayi
3. Periksa mulut bayi sekiranya terdapat bendasing
4. Keluarkan bendasing dengan menggunakan jari sekiranya kelihatan
5. Sekiranya bayi tidak bernafas setelah bendasing dikeluarkan berikan bantuan pernafasan
6. Perhatikan pengembangan dada/ dan nilai pernafasan bayi
7. Jika tiada, lakukan CPR
8. Hubungi ambulans (999)

2.Kanak-kanak 8 tahun Keatas dan Dewasa (Tidak Sedar)

1. Nilai keadaan mangsa
2. Buka saluran pernafasan mangsa dengan mendongakkan kepala dan angkat dagu mangsa
3. Periksa mulut mangsa sekiranya terdapat benda asing
4. Keluarkan benda asing dengan menggunakan jari sekiranya kelihatan
5. Sekiranya mangsa tidak bernafas setelah benda asing dikeluarkan, berikan bantuan

pernafasan
6. Perhatikan pengembangan dada/ dan nilai pernafasan mangsa
7. Jika tiada, lakukan CPR
8. Hubungi ambulans (999)

5.4.3 KAEDAH CPR BAGI SEORANG
DIRI.

1. Siasat kejadian , lihat keadaan , periksa paras kesedaran , goyangkan badan dan dapatkan
bantuan .

2. Supine mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa seluruh badan .
3. Jika Anda tidak bernapas, berikan dua tiupan bantuan. Semak nadi karotik . Sekiranya tiada

nadi, teruskan memberikan bantuan pernafasan pada tahap 12 denyutan angin.
4. Jika tiada nadi , segera mulakan tekanan . Bari tekanan sebanyak 15 kali. Caranya adalah

seperti berikut.
5. Letakkan tangan anda di atas dada mangsa .
6. 6. Sapukan 15 kali tekanan 1.5 - 2.0 inci dalam untuk orang dewasa.
7. Selepas itu, beri pula 2 hembusan (1 pusingan )
8. Sapukan 15 kali lagi tekanan dan kemudian 2 gust (2 pening )
9. Selepas 4 pusingan periksa nadi karotik
10. Majukan CPR (15 tekanan dan 2 tiupan ) jika tiada nadi
11. Lakukan supaya bantuan pakar tiba.
12. Sekiranya telah ada denyutan jantung (nadi) , teruskan dengan bantuan pernafasan . Periksa

denyutan nadi selepas 10 kali hembusan . Bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya
nadi tiada.
13. Jika mangsa mula bernafas tanpa bantuan , letakkan dia dalam kedudukan pemulihan .

14. Periksa semula pernafasan dan nadi setiap 3 minit.

KESIMPULAN

Dalam kebanyakan kes, tujuan pertolongan cemas asas ini dapat membantu menghentikan keadaan kecil
daripada menjadi lebih buruk.
Dalam kes kecemasan perubatan, teknik dan tujuan pertolongan cemas mungkin menyelamatkan nyawa.
Sekiranya seseorang mengalami kecederaan serius atau sakit, mereka harus menerima rawatan susulan
daripada profesional perubatan.

RUJUKAN

• https://hsgm.moh.gov.my/v3/uploads/warga_hospital/pelan_tindakan_kebakaran_2018/3%20-
%20Bahagian_2.pdf

• https://www.slideshare.net/KhairulTaib/bab-4-proses-penilaian-kecederaan-sukan
• https://www.moh.gov.my/moh/resources/Arkib/MANUAL_CPR_UNTUK_KOMUNITI_KKM.pdf
• https://www.scribd.com/document/345259626/Maksud-Pertolongan-Cemas

LAMPIRAN

PERKARA NO

Penghargaan 1

Pendahuluan pertolongan cemas 2

Kaedah pertolongan cemas : 3-4
5-6
• 5. Kaedah Pertolongan Cemas 7
• 5.1 Peralatan untuk pertolongan cemas. 8
• 5.2 Ubatan asas dalam kotak pertolongan cemas. 9
• 5.3 Kaedah Rawatan 10-11
• 5.3.1 Kaedah rawatan bagi luka dan berdarah. 12-13
• 5.3.2. Kaedah rawatan bagi keretakan tulang. 14-15
• 5.3.3 Kaedah rawatan bagi luka terbakar. 16
• 5.4 Kaedah CPR
• 5.4.1 Kaedah CPR bagi bantuan pernafasan mulut ke 17

mulut. 18
• 5.4.2 Kaedah CPR bagi rawatan tercekik mangsa tidak 19

sedar. 20
• 5.4.3 Kaedah CPR bagi seorang diri.
21
Kesimpulan

Rujukan

Lampiran


Click to View FlipBook Version