PENGERTIAN AKIDAH DAN
KEPENTINGAN
PENSYARAH : BUMYAMIN BIN MOHD RAZI
SUBJEK : MPU 13022 PENDIDIKAN ISLAM
TOPIK 1 ;: KONSEP ASAS ISLAM
1
KUMPULAN 6
• MUZAFIQ IMAN S06STS21F004
• MOHAMMAD JEFFREY S06STS21F006
• IMAN DZULHAQIMFAHMY S06STS21F013
• MUHAMMAD HAZIQ S06STS21F014
• MOHAMMAD ADAHA S06STS21F016
• IZZAT DANIAL S06STS21F023
2
M/S INDEKS
4-6
7-8 PERKARA
9-16 Pengertian akidah dan kepentingan
17-20
Aspek perbahasan akidah islam
21-22 Ciri-ciri akidah yang benar dan salah
23
24 Kepentingan aqidah dalam kehidupan
Peranan Akidah
Kesimpulan
Rujukan
3
Pengertian akidah dan kepentingan
Pengenalan :
Apabila disebut berkaitan dengan “aqidah” , lazimnya masyarakat dapat
memahami bahawa ia berkaitan dengan pegangan kepercayaan seseorang
terhadap sesuatu agama sama ada ia agama islam atau agama yang lain . Masih
ramai masyarakat yang masih tidak memahami maksud sebenar “aqidah” . Ciri-
ciri dan sumbernya berdasarkan pandangan agama islam.
Begitu juga dengan kepentingan aqidah dalam kehidupan manusia sebab itu lah
pada hari ini kami akan membincangkan berkaitan dengan pengertian aqidah
dari segi etimologi dan terminologi, ciri-ciri aqidah islam dan sumbernya serta
kepentingan aqidah dalam kehidupan manusia.
4
Pengertian aqidah dari segi bahasa dan istilah :
Dari segi bahasa , perkataan “aqidah” bermaksud “kepercayaan dan keyakinan”
dan dari segi etimologi pula perkataan “aqidah” merujuk kepada perkataan
“aqada yang bermaksud “ikatan kemas” atau “ simpulan mati” . Makna ini
melambangkan adanya unsur-unsur makna semacam kekuatan dan keyakinan .
Pengertian aqidah dalam al-quran adalah keimanan allah swt yakni mengakui
kewujudan-nya . Dari segi fungsinya allah swt sebagai rabb ( )ربmalik ( )مالكdan
ma’bud atau ilah ( )إلهseperti dapat dilihat dalam surah al-fatihah ayat 2,4,5, surah an-
nas ayat 1,2,3.
5
6
Aspek perbahasan akidah islam :
Sumber utama aqidah islam ada 2 iaitu :
• Al-quran
Kalam allah (wahyu allah) yang diturunkan kepada nabi muhammad saw
• Hadis
Setiap perkataan ,ucapan , perbuatan , pengakuan dan sifat rasulullah s,a,w
7
Ada 4 aspek perbahasan aqidah islam :
• Ar-rububiyyat
Mentauhidkan allah sebagai pencipta , penguasa dan pemilik seluruh alam
• As-samiyyat
Perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pacaindera seperti syurga dan neraka serta dosa
dan pahala berserta lain-lain
• An-nubuwwat
Kenabian rasulullah s.a.w yang membawa ajaran allah untuk disampaikan kepada umat manusia
• Al-uluhiyyah
Mengkhususkan peribatan , penyembahan hanya kepada allah kerana hanya allah yang layak
disembah.
8
Ciri-ciri akidah yang benar dan salah
• Akidah yang benar
Kepercayaan dan keyakinan itu mestilah berada dalam keadaan yang cukup teguh,
bahkan ia tidak boleh menerima sebarang bentuk syak dan tidak mungkin digugat
oleh sebarang kepercayaan lain sebagaimana firman allah s.w.t
“sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada allah dan rasulnya kemudian
mereka tidak meragu-ragukan kepercayaan dan keyakinan itu mestilah pula
diikuti bersama dengan perkataan ataupun kepatuhan hati serta mempratikkan
segala hukum atau suruhan dengan penuh rasa rela tanpa sebarang bantahan”
9
• Antara ciri-ciri akidah yang benar
1. Percaya terhadap keesaan dan kekuasaan allah swt
2. Mengamalkan kepercayaan berlandaskan al-quran dan as-sunnah
3. Mentauhidkan allah swt
4. Melakukan amalan, upacara dan adat istiadat yang selari dengan akidah islam
10
• Akidah yang salah
Akidah yang salah adalah sesuatu iktikad atau kepercayaan yang bercanggah
dengan nas-nas syariah dari al-quran dan as-sunnah.
Akidah yang berpuncak dari akal pemikiran manusia semata-mata ataupun
penyelewengan aqidah yang sahih yang diselewengkan menurut akal fikiran hawa
nafsu seperti mana yang terdapat dalam aqidah yahudi , nasrani, golongan tarikat
yang menyeleweng , ahli falsafah , golongan batiniah dan lain-lain lagi.
11
• Antara ciri-ciri akidah yang salah
1) Menafikan keesaan dan kekuasaan allah swt
2) Mengamalkan kepercayaan yang bertentangan dengan al-quran dan as-
sunnah
3) Mensyirikkan allah swt
4) Melakukan amalan, upacara dan adat istiadat yang bertentangan dengan
akidah islam
12
• Perkara yang memantapkan akidah
• Lisan
1) Membaca dan menghayati al-quran dan hadis nabi
2) Berzikir , bertahlil , bertasbih dan berselawat
3) Bercakap benar
4) Nasihat-menasihati ke arah kebaikan
5) Berdoa
• Perbuatan
1) Menunaikan ibadah sama ada fardhu atau sunat
2) Menolong golongan yang memerlukan bantuan seperti anak yatim dak
fakir miskin
3) Menuntut ilmu yang berfaedah
4) Beradap sopan dalam pergaulan
13
5) Melakukan kerja yang baik seperti berniaga, membuka perindustrian dan
bertani
• Hati
1) Yakin dengan kewujudan allah swt dan mentaatinya
2) Berusaha menjaga diri daripada perkara-perkara yang merosakkan iman
3) Sentiasa menjaga hubungan dengan sesama masyarakat islam dan bukan
islam
4) Mengajak rakan-rakan melakukan perkara-perkara yang baik seperti
menunaikan solat
5) Mengamalkan amalan-amalan sunat seperti membaca al-quran , berzikir
dan sebagainya untuk meningkatkan iman
14
• Perkara yang merosakkan akidah
• Lisan
1) Menghina islam seperti mencela allah, al-quran dan hadis rasulullah saw.
2) Mengubah hukum dengan perkataan seperti menolak kewajipan solat
fardhu dan menutup aurat.
3) Bersumpah dengan selain nama allah seperti demi bulan atau matahari.
4) Menyanyi lagu-lagu yang bertentangan dengan akidah.
5) Mengubah ayat al-quran atau hadis rasullullah saw.
• Perbuatan
1) Menyembah selain daripada allah seperti pokok dan syaitan.
2) Memakai lambang mana-mana agama seperti salib dan tatu.
3) Menghina al-quran seperti mengoyak , memijak atau mencampak.
4) Menyertai upacara agama lain seperti upacara penyembahan berhala dan
penyucian dosa.
15
5) Sujud selain daripada allah seperti sujud kepada manusia dan batu.
• Hati
1) Menyakini bahawa alam ini terjadi dengan sendiri.
2) Beriktikad bahawa pencipta alam ini sama seperti makhluk lain.
3) Ragu-ragu dengan rukun iman , rukun islam, syariat atau hukum-hukum
islam.
4) Berniat keluar daripada islam.
16
Kepentingan aqidah dalam kehidupan
Kepentingan aqidah dalam kehidupan manusia boleh dilihat dari aspek kesan-
kesan kebahagiaan dan keselesaan hidup yang dirasai oleh manusia apabila
mereka menerima akidah islam. Kepentingan ini boleh dilihat dalam beberapa
aspek seperti berikut
a) Manusia akan dirasai tenang dan bahagia dalam menjalani
kehidupan
Dengan menerima akidah islam, manusia akan dapat mencapai kebahagiaan
dalam menjalani kehidupan di dunia dan di akhirat. Hakikat ini banyak
disentuh oleh al-quran al-karim menerusi beberapa firman allah s.w.t
antaranya ialah:
“sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yahudi, orang-
orang nasrani dan orang-orang sabi’in, siapa saja (di antara mereka) yang
17
beriman kepada allah dan hari akhir, dan melakukan kebajikan, mereka mendapat
pahala dari tuhannya, tidak ada rasa takut pada mereka, dan mereka tidak bersedih
hati. “
Qs. Al baqarah [2]: 62
b) Manusia akan berfikiran positif dalam menjalani kehidupan
Manusia yang beriman akan berfikiran positif dalam kehidupannya. Dia akan
terhindar dari sifat gelisah dan keluh kesah sekiranya mereka beriman dengan
allah dan percaya kepada semua rukun iman.
Hakikat ini dapat difahami dengan jelas kerana apabila manusia menerima aqidah
islam , mereka akan diberi ketenangan oleh Allah SWT , dia akan merasakan
bahawa segala yang berlaku adalah dengan ketentuan allah swt dan dengan itu ,
manusia tidak akan berputus asa di atas musibah yang menimpanya dan tidak pula
bersikap angkuh , sombong dan tidak sedar diri apabila dikurniakan nikmat oleh
allah swt firman Allah SWT:
18
“Jikalau Kamu Tidak Menolongnya (Muhammad) , Maka Sesungguhnya Allah Telah
Menolongnya (Iaitu) Ketika Orang-Orang Kafir (Musyrikin Makkah)
Mengeluarkannya (Dari Makkah) Sedang Dia Salah Seorang Dari Dua Orang Ketika
Keduannya Berada Dalam Gua, Di Waktu Dia Berkata Kepada Temannya :
“Janganlah Kamu Berdukacita , Sesungguhnya Allah Berserta Kita.” Maka Allah
Menurunkan Ketenangannya Kepada (Muhammad) Dan Membantunya Dengan
Tentera Yang Kamu Tidak Melihatnya. Dan Al-Quran Menjadikan Orang-Orang
Kafir Itulah Yang Rendah Dan Kalimat Allah Itulah Yang Tinggi. Allah Maha Perkasa
Lagi Maha Bijaksana.”
Al-taubah (9):4
19
• Selain daripada kepentingan aqidah dalam kehidupan manusia yang
dinyatakan di atas , banyak lagi kepentingan lain , misalnya manusia akan
sentiasa berwaspada dalam hidupnya kerna mereka mempercayai segala
tingkah lakunya akan diperhatikan oleh allah swt dan semuanya dicatat oleh
para malaikat yang akan ditimbang pada hari kiamat.
• Manusia juga akan mempunyai panduan yang jelas dalam menjalani
kehidupan di dunia ini kerana adanya wahyu yang disampaikan oleh para
rasul as dan adanya kitab suci yang membezakan antara yang benar dan yang
palsu.
• Selain daripada itu, manusia juga akan mempunyai wawasan hidup yang jauh
kerna mempercayai adanya hari pembalasan dan kebangkitan selepas
kematian mereka. Mereka juga akan sentiasa bersabar atas segala musibah
yang dihadapinya dan sentiasa berdoa, tawakal dan berusaha bagi mendapat
keredhaan allah swt semasa mereka hidup di dunia ini.
20
PERANAN AKIDAH
Akidah merupakan perkara asas islam . tanpanya tidak tertegak islam dan
kehidupan individu, akidah yang rosak akan mengakibatkan runtiuhnya
pegangan islam seseorang. Sesungguhnya allah swt menurunkan wahyunya
memberi penumpuan yang serius terhadap persoalan akidah supaya setiap
orang islam selamat akidah dan sejahtera kehidupannya . Akidah memainkan
peranan penting dalam menentukan perjalanan hidup seseorang. Akidah
adalah penggerak dan mencorakkan kehidupan seseorang muslim. Akidah
yang lemah mempengaruhi gaya hidup negative seseorang.
Memandangkan iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang , maka
hendaklah kita berusaha menambah dan menyuburkan keimanan kita melalui
amal soleh yang merangkumi ibadat umum dan ibadat khusus , secara
ringkasnya antara lain , kita hendaklah berusaha untuk:
21
• Sentiasa berdoa
• Mengelakkan diri dari suasana dosa dan maksiat
• Sentiasa berfikir ke arah memperbaiki diri (muhasabah diri)
• Bertawakkal kepada allah swt
22
Kesimpulan
aqidah islam tidak mengasingkan kehidupan manusia dengan dunia ,
sebaliknya ia merupakan satu pemangkin dan pendorong kepada manusia
untuk melakukan yang terbaik dan menghindari kemungkaran. Selain itu,
aqidah berperanan membina tamadun manusia dan sekaligus
mengembangkannya.
23
RUJUKAN
• https://slideplayer.info/slide/14374554/
• https://www.slideshare.net/NURSYUHADDA/asas-aqidah-
islam-64418059
• https://anyflip.com/hzbfg/uyfz/basic
• https://ps2unic.wordpress.com/2013/09/13/topik-2-
pengertian-aqidah-dan-kepentingannya/
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_dalam_Islam
•
24
25
26