The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohd nazaruddin hanapiah, 2020-08-11 09:20:54

TOPIK 2 MASYARAKAT & BUDAYA

TOPIK 2 MASYARAKAT & BUDAYA

Keywords: MASYARAKAT & BUDAYA

PENGAJIAN MALAYSIA 1
MPU 1152

MASYARAKAT & BUDAYA

MASYARAKAT

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 1

ISI KANDUNGAN TOPIK 2

MASYARAKAT
2.1.1 Definisi Masyarakat
2.1.2 Definisi Masyarakat Majmuk
2.1.3 Ciri-ciri Masyarakat Majmuk
2.1.4 Faktor-faktor Pembentukan Masyarakat Majmuk
2.1.5 Kesan Kemasukan Imigran

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 2

PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA

 Semenjak Kesultanan Melayu Melaka, Tanah Melayu sudah
menjadi tempat persinggahan dan penempatan bagi
pedagang-pedagang daripada pelbagai kebudayaan dan
asal usul. Justeru itu, percampuran dan pertembungan
budaya dan masyarakat bukanlah merupakan satu
fenomena baru di Tanah Melayu.

 Zaman penjajahan British dari tahun 1786 hingga 1914
merupakan zaman paling penting dalam menentukan pola-
pola etnik, ekonomi dan politik negara kita.

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 3

Definisi Masyarakat

 Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan (2005) ialah
kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu
tempat dengan aturan dan cara tertentu.

 Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil
merupakan anggota sesebuah masyarakat.

 Umumnya istilah masyarakat pada asasnya adalah
merujuk kepada sekumpulan manusia yang hidup
bersama di suatu tempat tertentu dalam satu komuniti
yang teratur.

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 4

Masyarakat Majmuk

 Masyarakat majmuk (Plural society) yang bermaksud
masyarakat pelbagai kaum (Multi-racial society) adalah
merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang
sama-sama atau berkongsi hidup dan tinggal dalam
sebuah negara sama.

 Masyarakat Malaysia sering disebut sebagai
masyarakat majmuk iaitu sebuah masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan
budaya, agama, bahasa, adat resam dan cara hidup
yang tersendiri.

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 5

Ciri-ciri Masyarakat Majmuk

 Menurut J.S. Furnivall (1939), seorang pakar
antropologi, masyarakat majmuk merujuk kepada
masyarakat campuran yang berbilang bangsa.
Namun campuran ini dalam erti kata yang sebenar
bergaul, tetapi tidak bercantum.

 Setiap kumpulan mengamalkan agama dan adat,
kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya
sendiri.

 Masyarakat majmuk ini juga hidup bersebelahan,

tetapi terasing dalam satu unit politik. Dari segi

ekonomi pula, wujud pembahagian pekerjaan mengikut

kaum dan etnik.Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 6

Ciri-ciri Masyarakat Majmuk

 J.S. Furnival (1956) dalam bukunya Colonial Policy and
Practice : A Comparative Study of Burma & Netherlands
India menggariskan ciri-ciri masyarakat majmuk sebagai
berikut :

1. Terdapat pelbagai jenis manusia (bangsa, ras, etnik)
seperti Eropah, Cina, India dan penduduk asli
(bumiputera).

2. Mereka bercampur tetapi tidak bercantum atau bersatu.

3. Hidup berdekatan tapi terpisah dalam sistem unit politik
yang sama.

4. Setiap kumpulan bangsa berpegang kepada agama,
kebudayaan, bahasa, idea dan kaedah sendiri.

5. Dalam sektor pekerjaan terdapat pembahagian tenaga
buruh yang ketara mengikut kaum.

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 7

Ciri-ciri Masyarakat Majmuk (samb)

 Harry Eckstein (1966) dalam “Division and Cohesion in
Democracy” menulis bahawa masyarakat majmuk
adalah masyarakat yang terpisah kerana segmen-
segmen yang berasingan yang meliputi:

 Ras/Kumpulan etnik
 Budaya
 Bahasa
 Kepercayaan agama
 Ideologi

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 8

Faktor Kewujudan Masyarakat Majmuk

1. Push and Pull Factor
1. Penolak (negara Asal)

 Tiada pekerjaan dan peluang ekonomi – kebuluran dan
kemiskinan

 Masalah politik seperti revolusi dsb.
 Masalah alam semulajadi seperti banjir dan gempa bumi

2. Penarik (Destinasi penghijrahan)
Peluang Ekonomi
 Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah di Tanah
Melayu menimbulkan keperluan terhadap tenaga buruh yang
ramai.
 Permintaan yang tinggi terhadap getah dan bijih timah bagi
menghasilkan pelbagai jenis barangan
 Revolusi Industri di Eropah menyebabkan permintaan bijih timah
dan getah.

Mohd Nazaruddin bin HPaneapmiahbesar Melayu mendoro9 ng kemasukan pelombong Cina dan
berpuas hati dengan mengutip komisen dan cukai.

3.Kestabilan Politik Tanah Melayu Atas Dasar British
 Tanah Melayu di bawah jajahan British telah terjamin

kestabilan politiknya. Kestabilan politik British ini telah
membawa kestabilan ekonomi di Tanah Melayu.

 Banyak tenaga buruh diperlukan untuk memenuhi
keperluan pengusaha-pengusaha tempatan dan Eropah.
Maka akhirnya, faktor ini telah mendorong kemasukan
beramai-ramai buruh dari negara China dan India untuk
mengerjakan lombong bijih timah dan ladang getah.

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 10

Kesan Kemasukan Imigran
(Masyarakat Majmuk)

1. ASPEK POLITIK

Fahaman Dan Pengaruh Politik Yang Berbeza
 Bagi kaum Cina dan India,mereka lebih pentingkan hal-hal

politik yang berlaku di Negara asal mereka berbanding apa
yang berlaku di Tanah Melayu.

 Perhubungan antara kaum tidak begitu baik kerana wujud
jurang dan prasangka yang mendalam antara satu sama
lain. Tidak berlaku proses asimilasi antara kaum kerana
dasar pecah dan perintah yang di amalkan oleh British.

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 11

2. ASPEK EKONOMI

 Perbezaan Tumpuan Sektor Ekonomi

 Kesan dasar pecah dan perintah, orang Melayu kekal
menjadi petani dan nelayan, kaum Cina digalakkan
bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan
sementara orang India mengusahakan estet-estet getah
dan kelapa.

3. ASPEK SOSIAL

3.1 Pengasingan Sistem Pendidikan

 Wujud sistem pendidikan yang berbeza berdasarkan tiga
kaum iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah
Tamil. Kaum Melayu dibenarkan mendapat pendidikan di
sekolah vernakular dan sekolah beraliran Inggeris.
Namun, sekolah beraliran Inggeris hanya untuk anak-
anak bangsawan sahaja.

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 12

3.2 Pemisahan Tempat Tinggal
Pemisahan ini adalah kesan daripada dasar ‘pecah
dan perintah’ yang diamalkan oleh kerajaan British.
Petempatan lebih bercirikan sesuatu kaum yang wujud
di Tanah Melayu iaitu kaum Cina, Melayu dan India.

Kaum-kaum ini juga kurang memahami budaya,
agama dan adat resam kaum-kaum lain. Ekoran itu,
mereka takut untuk berada dalam satu kelompok
masyarakat / kawasan tempat tinggal yang sama
kerana bimbang akan mencetuskan perselisihan
faham.

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 13

Kesan Perubahan Kepada
Masyarakat Majmuk

 Percampuran budaya
 Perubahan hak (Pertambahan/Pengurangan)
 Perubahan status sesuatu masyarakat atau

bangsa.
 Satu bangsa satu negara
 Kehilangan budaya asal sesuatu kaum

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 14

Masyarakat Malaysia – Masyarakat Majmuk

 Masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk – terdiri
daripada pelbagai etnik/kaum/bangsa.

 Rumpun bangsa utama yang membentuk masyarakat
Malaysia ialah Melayu (termasuk Bumiputera), Cina dan
India di samping kaum-kaum minoriti yang lain.

 Di Sabah, etnik terbesar ialah Kadazan, Dusun dan Bajau.

 Di Sarawak kelompok terbesar ialah Iban, Bidayuh,
Melanau, Kelabir dan juga Penan.

 Hakikatnya, ini bukan gambaran sebenar yang dapat
menerangkan struktur masyarakat kerana terdapat lebih

40 etnik berbezaMohd Nazaruddin bin Hanapiah di Sabah d1a5 n Sarawak.

Hubungan Etnik di Malaysia

 Pada asasnya hubungan antara kaum adalah baik.
Bagaimanapun adakalanya hubungan antara kaum
dan etnik boleh menjadi tegang. Contoh peristiwa : 13
Mei 1969.

Faktor penyumbang kepada masalah integrasi atau
faktor mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia

 Dasar Pecah dan Perintah

 Politik Perkauman (Communalism)

 Perbezaan fahaman dan orientasi politik.

 Perbezaan agama, sistem kepercayaan dan
kebudayaan

 Penggunaan akhbar berbeza-beza

 Sistem persekolahan yang beraneka ragam
Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 16

Kaedah Menyatupadukan Masyarakat Malaysia

1. Strategi Perundangan

 Peruntukan Perlembagaan
 Penguatkuasaan undang-undang yang berperanan

mencegah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri
1960, Akta Hasutan.

2. Strategi Politik

 Politik perikatan
 Rukunegara

3. Strategi Ekonomi

 Agihan kekayaan secara adil dan merapatkan jurang

kemiskinan antara kaum. Cth: DEB.

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 17

Kaedah Menyatupadukan Masyarakat
Malaysia (samb)

4. Strategi Sosial

 Satu bahasa
 Satu akhbar
 Sistem persekolahan dan kandungan silibus yang

seragam
 Pengenalan matapelajaran wajib
 Garis panduan penyiaran yang seragam

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 18

PENGAJIAN MALAYSIA 1
MPU 1152

MASYARAKAT & BUDAYA

BUDAYA

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 19

ISI KANDUNGAN TOPIK 2

BUDAYA
2.2.1 Definisi Budaya Masyarakat Malaysia
2.2.2 Ciri-ciri Budaya Masyarakat Majmuk
2.2.3 Jenis-jenis Kebudayaan

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 20

Definisi Budaya

 Budaya bermaksud cara hidup manusia.

 Budaya ialah proses perkembangan sahsiah, akal,
semangat dan usaha manusia.

 “Budaya” ialah "budi+daya”

 Budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal
dan nilai.

 Daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha
dan hasilan.

 Kesimpulannya, budaya merupakan segala penghasilan
masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada
yang dapat dilihat atau tidak.

 Budaya juga memberi maksud tamadun, peradaban dan
kemajuan

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 21

Definisi Budaya (samb)

 Modern Dictionary of Sociology mentafsirkan budaya
sebagai cara hidup manusia yang hidup berkelompok
sama ada yang berbentuk material (ciptaan manusia)
dan bukan material (adat resam, kepercayaan, undang-
undang dll)

 Edward B. Taylor pula menerangkan budaya sebagai
satu himpunan

 Ilmu pengetahuan

 Kesenian

 Adat resam

 Kemahiran yang dimiliki dan diamalkan oleh manusia

dalam sesuatu masyarakat.

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 22

Definisi Budaya (samb)

 A.L Kroebor & Clyde Kluckdan mendefinisikan budaya
sebagai segala amalan, penerimaan dan kepercayaan
oleh sesuatu masyarakat yang dipraktikkan secara
berterusan atau diulangi oleh generasi yang seterusnya.

 Beliau menyenaraikan elemen-elemen penting yang
membentuk budaya iaitu kelengkapan hidup, sistem
ekonomi, keagamaan, bahasa, kesenian dan ilmu
pengetahuan

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 23

Ciri-ciri Budaya Masyarakat Majmuk

 Masyarkat majmuk di Malaysia terdiri daripada

pelbagai etnik/kaum/bangsa seperti Melayu

(termasuk Bumiputera), Cina, India, Kadazan, Dusun,

Bajau, Iban, Bidayuh, Melanau, Kelabir, Penan dan

etnik yang lain.

 Ciri-ciri budaya masyarakat majmuk di Malaysia
antaranya daripada:-

 Keagamaan * Adat

 Perayaan * Bahasa

 Pakaian * Seni

 Makanan * Tarian * Gaya hidup

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 24

Melayu

 Perlembagaan Malaysia (Perkara 160) mendefinisikan
Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam
bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang
mengamalkan adat-istiadat Melayu.

 Subetnik Melayu terdiri daripada Melayu Bugis
(Sulawesi), Mendeling, Melayu Kampar, Jawa, Banjar,
Minang, keturunan syed termasuklah masyarakat
bumiputra.

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 25

Cina

 Kebanyakan masyarakat Cina di Malaysia berasal dari
sebelah selatan China.

 Berhijrah sekitar abad ke 15 dan 19.

 Keturunan Hokkien yang berasal dari wilayah Fujian,
Hakka dan Kantonis yang berasal dari Kwangtung,
Teochew, Hailam termasuk masyarakat Baba dan Nyonya.

 Kategori pengijrah terdiri daripada petani, pekerja ladang,
pekerja lombong, pelarian yang menuntut suaka politik dan
ahli kongsi gelap.

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 26

India

 Kebanyakan masyarakat India yang datang ke Tanah
Melayu adalah berasal dari sebelah pantai Timur India.

 Berhijrah sekitar abad ke 18 dan 19

 Golongan imigran terdiri dari keturunan Tamil (Tamil
Naidu) Malayali (Kerala/Pantai Malabar) Telegu
(Andhra Pradesh) Sikh (Punjab) Tamil Chettiar (Tamil
Naidu) Gujrati (India Utara)

 Kategori pengijrah terdiri daripada golongan pemodal
(chetty), golongan profesional, askar, pekerja ladang
dan landasan keretapi.

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 27

Kepelbagaian Etnik Sebagai Kesan Asimilasi
Budaya

 Melayu-Arab

 Peranakan Cina

 India Muslim (masyarakat india yang datang dari
India dan berkahwin dengan wanita tempatan.
Dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu
Melaka.

 Peranakan Jawi (Hasil perkahwinan campur
antara golongan India–Muslim dengan wanita
Melayu Pulau Pinang. Dikenali sebagai anak
mami)

 Serani

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 28

Masyarakat Bumiputera dan Orang Asli

 Terdiri daripada 3 kelompok utama iaitu

1. Negrito (Kensui di Baling, Kintak dan Lanoh di Hulu Perak,
Bateq di Kuala Lipis, Besut dan Kuala Krai)

2. Senoi (Temiar di Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Gua
Musang, Semai di Kuala Lipis, Raub, Hulu Selangor, Semaq
Beri di Jerantut dan Hulu Trengganu, Mehmeri di Kuala
Langat, Sepang dan Klang)

3. Orang Asli (Jakun di Johor dan Pahang, Orang Kanaq,
Orang Kuala dan Orang Selatar di sekitar Kota Tinggi, Batu
Pahat dan Pontian)

 Mereka terlibat dalam penjualan rotan, buluh dan
sebahagiannya mengusahakan tanaman getah.

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 29

Jenis-Jenis Kebudayaan Masyarakat
Majmuk di Malaysia

 Kebudayaan Masyarakat  Keagamaan
Melayu  Perayaan
 Pakaian
 Kebudayaan Cina  Makanan
 Seni bela diri
 Kebudayaan India  Tarian
 Adat Pertunangan
 Kebudayaan Masyarakat  Adat Perkahwinan
Bumiputera dan Orang Asli  Adat Menyambut

 Kebudayaan Masyarakat Kelahiran
Sabah & Sarawak  Upacara Kematian
 Perubatan
 Kebudayaan kelompok minoriti
yang lain

 Sikh

 Serani 30

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah

PENILAIAN SUMATIF

KAJIAN LAPANGAN (20%) PEMBENTANGAN (15%)
- Menilai CLO 1 - Menilai CLO 1

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 31

Rujukan

Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan(1997).
Kenegaraan Malaysia. Serdang : Penerbit UPM.

Furnivall, J.S. (1948) Colonial Policy and Practices. London :
Cambridge University Press.

Nazaruddin Hj. Mohd Jali, et.al (2003). Malaysian Studies :
Nationhood and Citizenship. Edisi ke-1 Petaling Jaya:
Pearson Prentice Hall.

Mohd Nazaruddin bin Hanapiah 32


Click to View FlipBook Version