The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahmyhail516, 2021-06-07 10:32:01

Salasilah Keluarga Saya

Salasilah Keluarga

Salasilah Keluarga

Nama: Shahmy Hail b. Suhaimi
Kelas: 1 Ungku Omar

Isi Kandungan

1.0 Penghargaan
2.0 Objektif Kajian
3.0 Kaedah Kajian
4.0 Lokasi Tempat Membuat Kajian
5.0 Keluarga Saya
5.1 perkembangan Diri dan Keluarga
5.1.1 Bapa Saya
5.1.2 Ibu Saya
5.1.3 Abang Saya
5.14. Kakak Saya
5.1.5 Diri Saya
5.1.6 Adik Saya
6.0 Pengalaman Semasa Wabak Covid-19
7.0 Rumusan

1.0 PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih
kepada ibu bapa saya yang banyak
memberi sokongan dan semangat yang
kukuh kepada saya untuk menyiapkan
folio Sejarah saya ini. Mereka juga
merupakan orang sumber bagi kajian
salasilah keluarga saya ini.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-
tinggi terima kasih kepada Cik Shusianti
iaitu guru mata pelajaran Sejarah saya
atas segala bimbingan dan tunjuk ajar
yang telah diberi olehnya semasa saya
membuat folio ini.

Kepada rakan-rakan seperjuangan
saya, saya ingin mengucapkan terima
kasih kerana mereka secara tidak
langsung telah memberi sedikit
sebanyak idea bagi memperbaiki lagi
mutu folio saya ini.

Sekian, terima kasih.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan
folio Sejarah ini
mempunyai beberapa objektif seperti yang berikut:

• Saya dapat mengenali dan memahami asal

usul keluarga saya

• Saya dapat mengenali dan memahami dengan

lebih dekat setiap anggota keluarga saya

• Saya boleh berasa bangga dan sayang

kepada keluarga saya atas segala kemajuan
yang dicapai oleh keluarga saya

• Saya dapat menjadikan kegigihan anggota

keluarga saya dalam mencapai sesuatu
kejayaan sebagai panduan dan pedoman
untuk meneruskan kesinambungan kemajuan
dan kejayaan yang dikecapi oleh mereka agar
tidak tergugat dan hilang begitu sahaja

• Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih

dan bersyukur kerana memiliki sebuah
keluarga yang harmoni dan ceria

• Saya dapat menguasai kemahiran mencari,

mengumpul, merekod dan menganalisis
maklumat tentang keluarga saya

3.0 Kaedah Kajian

Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga
yang saya gunakan adalah seperti berikut:

• Kaedah lisan iaitu saya menemuramah

orang sumber yang merupakan ibu bapa
saya bagi mengetahui dengan lebih lanjut
beberapa peristiwa sama ada melalui
penglibatan mereka secara langsung dalam
peristiwa itu atau sekadar menyaksikannya.

• Kaedah pemerhatian iaitu saya melihat dan

mengkaji perkembangan orang sumber iaitu
ibu bapa saya dari segi aktiviti yang mereka
lakukan, hobi dan tingkah laku mereka.

• Kaedah rujukan iaitu saya melihat dan

mengambil maklumat daripada buku
catatan harian ibu bapa saya dan
mengumpul beberapa gambar dari album
keluarga

4.0 Lokasi Tempat Membuat Kajian

No.10,Jalan TW 2,Taman
Widuri,Bachang,75350,Melaka

5.0 Keluarga Saya

51. Perkembangan Diri dan Keluarga

Ahli keluarga saya terdiri daripada bapa
saya,ibu saya , saya dan adik – beradik
saya.Selepas perkahwinan ibu bapa saya
pada 6 Jun 2003,ibu bapa saya masih
tinggal dirumah nenek sebelah ibu
saya.Kemudian pada 31 Oktober 2005,ibu
saya melahirkan abang saya,Shukree Hasif
di Hospital Besar Melaka pada pukul 11.15
malam.

Pada 21 Oktober 2006,ibu saya
melahirkan kakak saya,Shiffa Husna di
Hospital Besar Melaka pada pukul 2.30
petang.Pada bulan November 2006,kami
sekeluarga berpindah ke Taman
Widuri.Pada 13 Ogos 2008 ibu bapa saya
melahirkan seorang lagi cahaya mata iaitu
saya di Hospital Besar Melaka 3.40
petang.Selepas 6 tahun ibu saya
melahirkan adik bongsu saya pada 9
November 2014 di Putra Specialist
Hospital.

Walaupun keluarga saya tidak besar ,
namun ahli keluarga
memainkan peranan yang besar dalam
mewujudkan suasana meriah dan harmoni
dalam keluarga saya.

5.1.1 Bapa Saya

Nama bapa saya Suhaimi bin
Mohamad.Beliau dilahirkan di Tangga
Batu , Melaka pada 20 Januari
1978.Bapa saya mendapat pendidikan
awal di Sekolah Kebangsaan Tangga
Batu pada tahun 1985 hingga tahun
1990.Seterusnya beliau menyambung
pengajian ke Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Tanjung dari tahun
1991 hingga tahun 1995.
Selepas mendapat keputusan yang
cemerlang dalam Peperiksaan
SPM.Beliau mendapat tawaran untuk
melanjutkan pelajaran di Universiti
Teknolgi Mara Melaka (UiTM).Setelah
tamat pengajian beliau berkerja
sebagai agen insurans dan membuka
sebuah syarikat pengurusan harta
pusaka di Melaka sehingga kini.

5.1.2 Ibu Saya

Nama ibu saya Hartini binti Abdul Rahman .
Beliau dilahirkan di Sungai Udang , Kem
Terendak , Melaka pada 19 Julai 1973.Ibu
saya mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Kampung Gelam pada tahun
1985 hingga tahun 1990.Seterusnya beliau
menyambung pengajian ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Tanjung dari
tahun 1991 hingga tahun 1995.

Selepas mendapat keputusan yang
cemerlang dalam Peperiksaan SPM.Beliau
melanjutkan persekolahan di Universiti
Teknologi Mara Terengganu.Setelah
menamatkan bidang diploma, beliau mendapat
tawaran untuk melanjutkan pelajaran dibidang
ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian .Setelah
tamat pengajiannya,beliau pula mendapat
tawaran KPLI di maktab perguruan
Temenggung Ibrahim Johor Bahru.Selapas
tamat kursus perguruan beliau di tempatkan di
SMK Simpang Lima,Batu Pahat , Johor .

Kemudian,beliau berpindah ke SMK Durian
Tunggal,Melaka sehingga kini.

51. .3 Abang Saya

Nama abang saya Shukree
Hasif bin Suhaimi . Beliau
dilahirkan di Hospital Besar
Melaka pada 31 Oktober 2005
. Beliau berusia 16 tahun pada
tahun ini . Beliau merupakan
anak sulung daripada empat
orang adik – beradik .
Beliau mula menjejaki alam
persekolahan semasa beliau
berusia 6 tahun di SK Batu
Berendam . Beliau juga telah
berjaya memperolehi
keputusan yang baik dalam
Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) . Kini ,beliau
belajar di Sekolah Dato’ Abdul
Razak dalam tingkatan 4
Hurairah.

51. 4. Kakak Saya

Nama kakak saya Shiffa Husna
binti Suhaimi . Beliau dilahirkan
di Hospital Besar Melaka pada
20 Oktober 2006 . Beliau
berusia 15 tahun pada tahun ini
. Beliau merupakan anak kedua
daripada empat orang adik –
beradik .
Beliau mula menjejaki alam
persekolahan semasa beliau
berusia 7 tahun di SK Batu
Berendam . Beliau juga telah
berjaya memperolehi
keputusan yang baik dalam
Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR). Kini ,beliau belajar di
SMKA Sharifah Rodziah,Melaka
dalam tingkatan 3 Saodah.

5.1.5 Diri Saya

Nama saya Shahmy Hail bin
Suhaimi . Saya dilahirkan di
Hospital Besar Melaka pada 13
Ogos 2008 . Saya berusia 13
tahun pada tahun ini . Saya
merupakan anak ketiga
daripada empat orang adik –
beradik .
Saya mula menjejaki alam
persekolahan semasa saya
berusia 7 tahun di SK Batu
Berendam . Disebabkan oleh
wabak penyakit Covid-19 yang
sedang melanda, saya tidak
dapat menduduki Ujian
Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR) . Kini ,saya belajar di
Sekolah Dato’ Abdul Razak
dalam tingkatan 1 Ungku
Omar.

51. .6 Adik Saya

Nama adik saya Shaheed
Hadif bin Suhaimi . Beliau
dilahirkan di Putra Specialist
Hospital , Melaka pada 9
November 2014 . Beliau
berusia 7 tahun pada tahun
ini . Beliau merupakan anak
bongsu daripada empat
orang adik – beradik .
Beliau mula menjejaki alam
persekolahan semasa beliau
berusia 1 tahun di Tadika
Generasi Cerdas . Kini ,beliau
belajar di SK Batu Berendam
dalam darjah 1 UiTM.

6.0 Pengalaman Semasa Wabak Covid-19

Covid-19 adalah wabak penyakit terbaru yang
sedang melanda bumi ini.Banyak negara
menyekat laluan masuk ke negara serta
menyekat pergerakan rakyat untuk keluar yang
boleh menyebabkan penularan covid-19,yang
dikenali sebagai perintah kawalan pergerakan
(PKP). Banyak aktiviti yang kami sekeluarga
lakukan.Antaranya,ialah kami mempraktikkan
kehidupan norma baharu,serta mengamalkan
SOP yang telah ditetapkan oleh
KKM.Contohnya,tidak keluar dari rumah jika
tiada urusan yang penting, memakai pelitup
muka jika berada dikawasan rumah dan lain-
lain.Selain itu,saya meluangkan masa berkualiti
bersama keluarga seperti,bermain permainan
sukan yang melibatkan semua ahli
keluarga.Contohnya,berbasikal,bermain
badminton,bermain permainan video dan lain-
lain.Disamping itu,saya membantu ibu dan ayah
melakukan kerja-kerja rumah seperti,menyidai
baju,membasuh pinggan dan lain-lain.Bukan itu
sahaja,semasa bulan Ramadhan kami
menunaikan solat tarawih berjemaah
dirumah.Kesimpulannya, saya berharap kita
boleh memanfaatkan masa-masa berkualiti
bersama keluarga dengan lebih baik.

7.0 Rumusan

Secara kesimpulannya ,
daripada yang telah saya lalui
sepanjang melaksanakan
projek sejarah ini , saya banyak
mendapat pengajaran yang
berguna iaitu seperti dapat
mengetahui asal usul diri dan
keluarga dengan lebih
mendalam , dan saya
berbangga menjadi waris
keluarga ini. Saya berazam
untuk belajar bersungguh
untuk menjadi anak yang
berjaya supaya dapat
membanggakan seluruh
keluarga saya.


Click to View FlipBook Version