• Pembiayaan jangka pendek
• Merujuk kepada pembiayaan dalam tempoh satu tahun.
F1: Overdraf
H1: Pengeluaran wang daripada akaun semasa melebihi baki wang yang ada dalam akaun.
H2: Tujuan penggunaan membayar perbelanjaan, hutang dan pembelian barangan
H3: Kadar bunga yang tinggi dikenakan ke atas overdraf yang dikeluarkan mengikut hari.
C: pinjaman untuk membeli bahan mentah
F2: Pemfaktoran
H1: Hutang yang diberi oleh bank bersandarkan kepada pembelian akaun penghutang
oleh institusi kewangan dan syarikat pemfaktoran
H2: Aktiviti pemfaktoran melibatkan pengambilalihan dan pentadbiran akaun belum
terima dan aktiviti pengutipan hutang.
C: akaun penghutang sebanyak RM500,000 dijadikan sandaran
F3: Penerimaan jurubank (BA)
H1: Pembiayaan perdagangan oleh pihak bank dalam aktiviti eksport dan import, dan perniagaan
dalam negeri
H2: Bil pertukaran dikeluarkan oleh pelanggan mengikut perintah yang perlu dibayar pada tarikh
dan masa tertentu oleh pihak bank
C: Syarikat Y mengeluarkan bil apabila mengimport daripada negara Jepun
F4: Trust receipt
H1: Jaminan pembayaran oleh pihak bank kepada peniaga daripada dalam dan luar negara
H2: Peniaga mendapat barangan belian walaupun belum membuat bayaran dan Bank akan membuat
bayaran dahulu bersandarkan kepada nilai bil
C: Bank Z membayar jumlah bagi pihak Syarikat Y yang mengimport produk dari Amerika Syarikat
F5: Pinjaman berjangka
H1: pinjaman daripada bank untuk tempoh singkat dan Mengenakan kadar faedah mengikut bulanan
H2: Kos pinjaman bergantung pada jumlah pinjaman, waktu aliran tunai dan tempoh pinjaman.
C: Bank XYZ memberi pinjaman kepada Syarikat ABC untuk membiayai pembelian bahan mentah
F6: Kredit dagangan
H1: Kemudahan kredit yang ditawarkan oleh pembekal kepada peniaga bertujuan melariskan jualan.
H2: Merupakan liabiliti semasa bagi pihak peniaga
C: syarat kredit “5/10, bersih 30” bermaksud peniaga perlu bayar hutang dalam tempoh dalam tempoh selama
30 hari, menerima diskaun 5% jika bayar dakam tempoh masa 10 hari
F7: Nota janji
H1: Merupakan satu dokumen yang mengandungi satu janji oleh pihak peminjam akan membayar sejumlah
wang kepada pemberi pinjam.
H2: Nota janji diterbitkan oleh perniagaan yang kukuh dan ternama yang boleh diyakini oleh pelabur
(pemberi pinjaman) dan tanpa ada cagaran
C: Syarikat A mengeluarkan pembiayaan kepada Syarikat B yang menjalankan aktiviti perniagaan
F8: Kredit pusingan
H1: pinjaman jangka pendek diberi oleh pihak bank digunakan untuk memenuhi keperluan modal
kerja dalam jangka pendek
H2: kadar faedah yang dikenakan mengikut harian dan pinjaman dibuat secara berterusan
berdasarkan had pinjaman yang telah ditetapkan.
C: Bank Y memberi pinjaman kepada Syarikat Z dengan had pinjaman sebanyak RM100 000.
PENGURUSAN RISIKO
H1: Pengurusan risiko: Tindakan perniagaan merancang dan
melaksanakan Tindakan yang dapat menangani masalah
kerugian kewangan ekoran perniagaan mengalami
musibah.
H2: Insurans: perniagaan insurans yang menawarkan
perlindungan kewangan ekoran musibah yang dihadapi
H3: Penginsurans: syarikat insurans yang menguruskan
pemberian perlindungan sementara sidiinsurans ialah pihak
perniagaan yang menerima perlindungan daripada pihak
syarikat insurans
C: perniagaan yang mengalami kerugian kewangan
disebabkan musibah kebakaran boleh mendapat ganti rugi
daripada syarikat insurans dengan mengambil insurans
kebakaran
KEPENTINGAN
F1: Dapat memberi perlindungan
H1: Pengurusan risiko boleh memberi jaminan perlindungan
nyawa dan harta benda kepada peniaga dan pekerja
C: syarikat boleh merancang perlindungan pekerja dan asset
perniagaan daripada sebarang bencana
F2: mendapat ganti rugi
H1: Perniagaan mendapat gantirugi atau pampasan jika
berlaku risiko yang tidak diingini dalam perniagaan
C: kerugian disebabkan kemalangan boleh menerima ganti
rugi
F3: Dapat mengembangkan perniagaan
H1: jaminan terhadap kewangan perniagaan membolehkan
perniagaan terus beroperasi dan berkembang walaupun
menghadapi bencana
C: kerugian asset disebabkan oleh kebakaran akan dibayar
pampasan membolehkan perniagaan terus beroperasi
F4: memenuhi tuntutan undang-undang dan peraturan
H1: perniagaan melaksanakan tanggungjawab
sebagaimana telah ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk
melindungi kepentingan social dan ekonomi negara
C: pekerja yang cacat disebabkan kemalangan di tempat
kerja boleh menerima pampasan
JENIS-JENIS RISIKO
Risiko yang boleh diinsurankan Risiko yang tidak boleh diinsurankan
H1: Risiko sesuatu kejadian tidak
H1: Risiko yang berkemungkinan berlakunya sesuatu dapat ditentukan secara perangkaan
kejadian yang tidak diingini dan boleh ditentukan dan tidak terdapat perangkaan untuk
secara statistik dan perangkaan. dijadikan asas pengiraan risiko.
H2: Berdasarkan risiko perangkaan,syarikat insurans H2: Pentaksiran jumlah premium tidak
boleh menganalisis kekerapan kejadian risiko berserta dapat dibuat oleh syarikat insurans
kerugian , mentaksir premium yang sepadan bagi untuk memberi perlindungan
memberi perlindungan kepada risiko. Contohnya ,gunung berapi,
H3: Boleh dihitung dengan wang. kemarau,gempa bumi,peperangan dan
H4: Kerap dan banyak berlaku di sesebuah negara. kemelesetan ekonomi.
H5: Mengakibatkan kerugian yang tidak disengajakan.
H6: Boleh dinilai mengikut piawai tertentu supaya
kadar premium dapat ditetapkan.
C: Kematian,kemalangan,kebakaran dan kecurian.
INSURANS
H1: Insurans melibatkan kontrak penginsurans iaitu
syarikat insurans yang menawarkan perlindungan
ganti rugi kepada sidiinsurans iaitu pemegang polisi
insurans daripada sebarang risiko yang boleh
diinsuranskan
H2: penginsurans membayar premium yang telah
ditetapkan dan menguruskan aktiviti perlindungan
H3: Sidiinsurans membayar kadar premium yang
ditetapkan berdasarkan penilaian risiko dan amaun
perlindungan.
JENIS-JENIS INSURANS
F1: INSURANS KEMALANGAN
H1: memberi perlindungan terhadap sebarang kemalangan yang mungkin
menimpa perniagaan
C: kemalangan di kilang
F2: INSURANS KEBAKARAN
H1: memberi perlindungan terhadap kerugian yang disebabkan oleh
kebakaran
C: kebakaran digudang
F3: INSURANS NYAWA
H1: melindungi perniagaan sekiranya berlaku sesuatu risiko kemalangan
mengakibatkan meninggal dunia atau hilang upaya
C: kehilangan nyawa sebab kemalangan jalan raya Ketika pulang daripada
bekerja
F4: INSURANS PERKAPALAN/PENERBANGAN
H1: melindungi kapal, kargo, penumpang dan anak kapal daripada
risiko kemalangan semasa di laut
C: kapal laut melanggar batu karang
F5: INSURANS KECURIAN
H1: melindungi kerugian harta benda seperti mesin, stok barang, wang
tunai yang telah dicuri
C: kehilangan bahan mentah di gudang
F6: INSURAN JAMINAN SETIA
H1: melindungi majikan daripada kerugian yang berpunca daripada
pecah Amanah, kecurangan dan penipuan disebabkan pekerja yang
tidak jujur.
C: pengurus kewangan pecah Amanah wang syarikat
PRINSIP INSURANS
F1: Prinsip ganti rugi
H1: bertujuan memulihkan perniagaan kepada kedudukan asal seperti
sebelum berlakunya kerugian itu.
H2: pemberian ganti rugi atau pampasan mengikut nilai lindungan
atau nilai kerugian yang dialaminya sahaja.
H3: syarikat insurans mempunyai semua hak ke atas harta pemegang
polisi insurans
C: Fauzi menginsurans kereta miliknya terhadap kemalangan dengan
nilai RM 20 000. Fauzi telah mengalami kemalangan dan kerugian yang
ditanggungnya berjumlah RM15 000. Penginsurans hanya membayar
RM15 000 sebagai ganti rugi kepada Fauzi atau pihak yang membaiki
keretanya. Tetapi, sekiranya kerugian yang dialaminya adalah RM25
000, maka penginsurans hanya membayar amaun setakat yang
diinsuranskan iaitu RM20 000.
PRINSIP TAMBAHAN:CARUMAN
H1: Mengikut prinsip ini, sekiranya seseorang individu
menginsurans hartanya dengan lebih daripada sebuah
syarikat insurans, setiap syarikat insurans akan berkongsi
sama rata untuk membayar pampasan jika berlaku
kerugian.
H2: Prinsip ini bertujuan untuk menghalang si diinsurans
daripada mendapat keuntungan dengan membuat
tuntutan yang berlebihan
C: Sebagai contoh si diinsurans membeli insurans utk 2
buah rumahnya dgn nilai RM200,000.Nilai ini akan
dibahagikan sama rata antara 2 buah rumah tersebut.Ini
bermakna si diinsurans akan menerima pampasan
RM100,000 sahaja jika salah sebuah rumah mengalami
kerugian akibat kebakaran dan sebagainya
PRINSIP TAMBAHAN: SUBROGRASI
H1: prinsip ini memberi kuasa kepada syarikat insurans
untuk mengambil alih hak milik terhadap harta yang
diinsuranskan setelah ganti rugi dibayar.
H2: si diinsurans tidak boleh membuat sebarang
tuntutan terhadap harta tersebut setelah menerima
wang ganti rugi.
C: Sebagai contoh,si diinsurans telah menerima
pampasan drpd penginsurans ke atas keretanya
akibat mengalami kemalangan. Penginsurans
mempunyai kuasa penuh ke atas kereta milik si
diinsurans setelah ganti rugi dibayar dan si diinsurans
tidak boleh lagi membuat sebarang tuntutan ke atas
kereta tersebut
PRINSIP TAMBAHAN: LIMPAH
H1: sidiinsurans tidak boleh menginsuranskan hartanya pada
nilai perlindungan yang melebihi nilai sebenar harta tersebut.
H2: jika berlaku kerugian atas harta yang diinsuranskan,
sidiinsurans hanya akan dibayar ganti rugi sejumlah nilai
sebenar harta. Hal ini dapat mengelakkan sidiinsurans
daripada memperoleh keuntungan berlebihan.
C: Sebagai contoh Aliya telah membeli sebuah kedai dgn
nilai RM100 000 pada 5 tahun yg lalu dan nilai kedai itu
meningkat kepada RM150 000 pada masa kini.Aliya telah
menginsuranskan kedainya pada nilai RM200 000.Apabila
kedainya mengalami kebakaran ,penginsurans hanya
membayar ganti rugi sebanyak RM150 000 sahaja mengikut
nilai semasa kedai tersebut.
PRINSIP DOKTRIN PUNCA TERDEKAT
H1: Prinsip doktrin punca terdekat bermaksud
bahawa ganti rugi hanya akan dibayar kepada
perniagaan apabila bencana berpunca daripada
jenis risiko yang diinsuranskan
H2: punca bencana perlu disahkan jenis risiko yang
terlibat bagi memudahkan menuntut ganti rugi
C: kebakaran Kedai Runcit Ah Seng boleh dituntut
berdasarkan punca risiko kebakaran sahaja.
PRINSIP KEPENTINGAN BOLEH DIINSURANSKAN
H1: perniagaan boleh mengambil insurans
mempunyai kepentingan ke atas sesuatu nilai
harta perniagaan yang diinsurans
H2: hanya sidiinsurans sahaja yang boleh
membuat tuntutan ganti rugi jika berlaku
sebarang bencana
C: Kedai Runcit Ah Seng hanya pemilik kedai
tersebut boleh mengambil insurans
PRINSIP PENUH PERCAYA MUTLAK
H1: perniagaan mesti memberi segala maklumat
yang berkenaan harta benda/nyawa yang diinsurans
tanpa menyembunyikan sebarang maklumat
H2: penyembunyian sebarang maklumat harta
benda dan nyawa dianggap sebagai pelanggaran
kontrak insurans dan boleh terbatal
C: Kedai Runcit Ah Seng perlu memberi maklumat
tentang semua harta benda dan pekerja kepada
syarikat insurans.
TAKAFUL
• H1: takaful ialah pelaksanaan perlindungan risiko
dan tuntutan gantirugi yang mematuhi Syariah
(perundangan Islam)
• H2: takaful bererti usaha murni yang meliputi kerja
sama bantu membantu, pelihara-melihara serta
berkongsi tanggungjawab dalam kalangan peserta
dalam menghadapi sebarang risiko
• C: semua peserta yang mengambil perlindungan
bersetuju membantu jika ada peserta lain yang
mengalami kemalangan di tempat kerja.
PRINSIP TAKAFUL
A: KEPATUHAN SYARIAH
F1: GHARAR
H1: gharar ialah tidak kejelasan dalam perjanjian insurans
H2: gharar berlaku disebabkan persembunyian sesuatu yang menyebabkan
berlaku ketidakadilan dan penganiayaan kepada pihak lain.
C: maklumat pelaburan yang tidak jelas
F2: MAISIR
H1: bermaksud perjudian dengan kemungkinan premium dibayar dengan
ganjaran kewangan besar atau kecil
H2: peserta takaful mengharapkan premium yang kecil dengan pulangan
yang besar dan tidak setimpal
C: peserta kehilangan wang premium apabila perlindungan risiko tidak
berlaku
F3: RIBA
H1: Riba merupakan kadar faedah yang diberi atau dikenakan
kepada seseorang
H2: unsur riba wujud dalam penjanaan keuntungan untuk
membayar ganti rugi
C: pelaburan di syarikat yang mengamalkan riba dalam
urusniaga
F4: AKAD JUAL BELI
H1: akad jual beli ialah persetujuan Bersama antara peserta
takaful dengan syarikat takaful untuk melaksanakan prinsip
takaful
H2: peserta setuju membenarkan takaful menguruskan
perniagaan dalam menjanakan keuntungan dan memberi
perlindungan risiko
C: syarikat takaful mengagihkan keuntungan kepada peserta
berdasarkan jumlah keuntungan yang dijanakan pada tahun
tersebut.
B: MENANGGUNG RISIKO BERSAMA
H1: menanggung risiko Bersama merujuk kepada
peserta takaful bersetuju Bersama untuk
menanggung kerugian ekoran daripada sesuatu
risiko dalam kalangan peserta takaful
H2: prinsip menekankan konsep bekerjasama, tolong-
menolong dan bermuafakat dengan pihak lain yang
mengalami kerugian
C: peserta Y mengalami bencana dan kerugian,
peserta lain akan menyumbangkan sumbangannya
kepada peserta Y.
C: TABARRU’ (SEDEKAH)
H1: Tabarru’ merupakan perjanjian yang
menetapkan bahawa sebahagian caruman peserta
takaful didermakan bertujuan membantu peserta
takaful yang lain yang mengalami risiko
H2: peserta yang menyertai takaful bersetuju
membantu peserta lain yang mengalami bencana
disebabkan risiko yang diinsuranskan dengan
menggunakan sumbangan daripada semua peserta
C: Peserta Y mengalami kecederaan di kilang, semua
peserta akan menggunakan tabungan dalam
syarikat takaful bersetuju menyumbangkan bantuan
D: SIMPANAN ATAU PELABURAN
H1: peserta akan melantik pengendali takaful sebagai
Amanah dalam mengusahakan dana peserta yang
disimpan dan membuat pelaburan dalam perniagaan yang
tidak dilarang oleh syarikat.
H2: syarikat takaful berusaha menjanakan untung untuk
memaksimumkan peserta takaful yang merupakan pemilik
syarikat takaful
C: membeli hartanah untuk menjalankan urusniaga
perumahan.
JELASKAN PRINSIP KEPENTINGAN YANG
BOLEH DIINSURANSKAN DAN BERIKAN SATU
CONTOH BAGAIMANA PRINSIP INI DIGUNA
PAKAI OLEH SYARIKAT INSURANS. [4][2013]
JAWAPAN
Prinsip kepentingan yang boleh diinsuranskan ialah:
- Sidiinsurans mesti mempunyai kepentingan terhadap harta atau
nyawa yang diinsuranskan
- Sidiinsurans akan mengalami kerugian jika berlaku kerosakan
atau kemalangan ke atas harta atau nyawa
Contoh bagaimana prinsip ini boleh diguna pakai oleh syarikat
insurans ialah:
- Sufian yang merupakan jiran kepada Nazrin (pemilik kilang
batik) ingin menginsuranskan stok perniagaan Nazrin kerana
Nazrin tidak berminat untuk berbuat demikian
- Pihak insurans akan menolak permohonan perlindungan insurans
ini kerana Sufian dianggap tidak mempunyai kepentingan
terhadap harta perniagaan jirannya.
HURAIKAN TIGA PRINSIP INSURANS. [6][2017]
JAWAPAN
1. Prinsip ganti rugi
- Pemberian pampasan insurans setakat nilai kerugian yang dialami sahaja
- Pemegang polisi tidak boleh membuat keuntungan ke atas risiko yang
dilindungi atau diinsurans
2. Prinsip doktrin punca terdekat
- Pampasan ke atas kerugian akan dibayar jika punca kerugian yang berlaku
secara langsung daripada risiko yang diinsuranskan
3. Prinsip kepentingan yang boleh diinsuranskan
- Sidiinsurans mesti mempunyai kepentingan terhadap harta atau nyawa
yang diinsuranskan
- Sidiinsurans akan mengalami kerugian jika berlaku kerosakan ke atas
hartanya atau nyawa yang diinsuranskan.
4. Prinsip penuh percaya mutlak
- Pemegang polisi mesti memberi maklumat yang lengkap dan benar ke atas
harta dan nyawa yang diinsuranskan
- Penyembunyian maklumat dianggap sebagai pelanggaran kontrak insurans
HURAIKAN DUA PRINSIP TAKAFUL DI
BAWAH KEPATUHAN SYARIAH [4][2021