The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sahariahsalleh, 2020-12-15 18:47:30

karangan e-mel

BAHASA MELAYU

BAHASA MELAYU
Panjang karangan antara 150 hingga 200 patah perkataan

Daripada : FORMAT E-MEL
Kepada : Ditulis seperti karangan biasa
Subjek :
[email protected]

[email protected]

Hobi baharu

Amira,
Terima kasih kerana mengirim e-mel kepada saya. Syukur,

saya berada dalam keadaan sihat bersama keluarga tersayang. Saya
juga berharap agar Amira sihat.

30
Setiap orang pasti memiliki hobi termasuklah saya. Hobi
saya ialah memancing. Pada setiap hujung minggu, saya dan jiran
iaitu Ahmad pasti akan memancing di Sungai Seget. Lazimnya, kami
akan membawa pulang ikan puyu atau haruan. Pada mulanya, Ahmad
agak pemalu tetapi lama-kelamaan, hobi memancing telah
mengeratkan ukhwah kami berdua.

77
Selain itu, hobi memancing juga telah mendidik saya
supaya menjadi penyabar. Hal ini dikatakan demikian kerana tidak
semestinya umpan saya mengena dan kadang-kadang, saya pulang
dengan tangan kosong. Namun begitu, perkara tersebut tidak
mematahkan semangat saya ibarat peribahasa yang bulat tidak
datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Berkat
kesabaran yang tinggi, saya pasti dapat mengaplikasikannya dalam
kehidupan seharian.

127
Di samping itu, memancing juga meluaskan pengetahuan
kerana saya dapat mempelajari banyak spesies ikan air tawar yang
terdapat di negara kita. Sebagai contohnya, tasik merupakan

habitat ikan toman. Saya akan membaca maklumat sepsis ikan ini di
media massa dan saya akan gunakan maklumat ini sebagai persediaan
sebelum memancing.

172
Amira,

Sekian sahaja kiriman e-mel kali ini. Semoga Amira
gembira dengan perkongsian maklumat tentang hobi saya.

Yang benar,
Edri

190


Click to View FlipBook Version