The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norfazlindazamri, 2024-03-31 22:04:11

PENGEMBARAAN DI DUNIA AJAIB

PENGEMBARAAN DI DUNIA AJAIB

PENGEMBARAAN DI DUNIA FANTASI


Pengembaraan Di Dunia Fantasi Siri Cerita Fantasi Kanak-Kanak


Di sebuah perkampungan kecil, tinggallah seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Alisa. Alisa tinggal bersama ibunya. Ibunya bekerja sebagai pembakar roti. Pada waktu lapang, Alisa suka bersendirian dan berimaginasi kerana dia tidak mempunyai kawan. Alisa seperti ulat buku kerana dia suka menghabiskan masa lapangnya dengan membaca buku di rumah. 1


Ibu Alisa sentiasa sibuk dengan kerjanya sehingga mengabaikan Alisa. Alisa berasa sedih kerana dia tidak mempunyai kawan untuk bercakap dan bercerita. Alisa sering bercita-cita untuk mempunyai kawan fantasi. Alisa merasakan ibunya tidak sayang akan dirinya tetapi jauh di sudut hati ibunya dia terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan keluarga kecil mereka sejak kematian suaminya. 2


3


Pada suatu hari, Alisa berjalan seorang diri ke hutan. Ibunya tidak menyedari akan ketiadaan Alisa di rumah. Alisa tidak menyedari bahawa dia sudah pergi jauh dari rumah. Alisa mulai berjalan perlahan-lahan keluar dari kawasan perkampungannya. 4


5


Apabila tiba di sebuah hutan, Alisa berasa dirinya sudah jauh dari kampungnya. Alisa mulai berasa ketakutan dan berjalan perlahan-lahan sehingga menemui sebuah pintu yang besar. Alisa bercakap dalam hati “Pintu apakah ini ?”. Tanpa berfikir panjang, Alisa kemudian menghampiri pintu tersebut. Tiba-tiba satu cahaya yang terang menyuluh muka Alisa sebaik sahaja Alisa mulai membuka pintu tersebut. 6


7


Setibanya di hadapan pintu tersebut, Alisa teringat akan pesan ibunya supaya tidak keluar berseorangan, tetapi kata hati Alisa semakin membuak-buak apabila melihat pintu di tengah-tengah hutan ini. 8


“Ada apa di sebalik pintu ini ?, patutkah aku cuba masuk?, tetapi nanti ibu akan mencari aku, ah biarlah lagi pula ibu tidak sayang lagi kepada aku”. Tanpa berfikiran lagi, Alisa pun masuk tanpa memikirkan bahaya yang akan menimpanya. Alisa tidak tahu akan dunia fantasi yang sudah dimasukinya. 9


Sebaik sahaja melangkah masuk daripada pintu itu, Alisa berasa terpegun melihat keindahan tempat yang telah dimasukinya itu “ wah tempat apakah ini?, belum pernah lagi aku jumpa tempat seindah ini !”. Alisa berasa teruja. Tiba-tiba Alisa didatangi seekor burung merpati “Wahai anak kecil, siapakah gerangan kamu bagaimana kamu boleh masuk ke dunia ini?” 10


11


“Saya tidak tahu, saya masuk melalui sebuah pintu, tempat apakah ini wahai Sang Merpati?, sungguh indah sekali”. Alisa bertanya. Sang Merpati kemudian menjawab “Ini adalah dunia fantasi, mari saya bawa kamu berjumpa dengan Ibu Peri dan penduduk yang lainnya”. Alisa berasa seronok akhirnya imaginasinya menjadi kenyataan. 12


13


Setibanya di sebuah penempatan kecil, Sang Merpati membawa Alisa berjumpa dengan penduduk yang berada di situ. Alisa berasa teruja dan berbesar hati kerana impiannya untuk mempunyai kawan imaginasi akhirnya menjadi kenyataan. Kemudian Alisa berjumpa dengan Ibu Peri, “Wahai anak kecil, adakalanya baik jika kamu pulang ke tempat asalmu, tempat ini terlalu berbahaya buat kamu” kata Ibu Peri kepada Alisa. Kemudian Ibu Peri itu menghadiahkan Alisa sebuah tongkat sakti. 14


15


“Ambillah tongkat sakti ini, gunakanlah dengan sebaik yang mungkin, segeralah kamu pulang ke dunia asalmu sebelum bahaya menimpa kamu.” kata Sang Peri kepada Alisa. Alisa kemudian dengan berat hati berlalu pergi dari kampung tersebut sambil ditemani Sang Arnab. 16


Alisa dan Sang Arnab mulai berjalan keluar dari perkampungan itu dan mencari pintu rahsia itu semula, tetapi mereka tidak menemukan pintu rahsia itu semula. “Apa yang kita harus lakukan wahai Sang Arnab, sudah berapa lama kita berjalan, tetapi masih tidak menemukan pintu itu” Alisa mengeluh. “Janganlah mengeluh Alisa, kita pasti berjumpa pintu itu tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalannya”. Sang Arnab menenangkan Alisa. 17


“Kalau begitu, marilah kita berehat sebentar di bawah pohon itu sebelum meneruskan perjalanan kita kembali”. kata Sang Arnab kepada Alisa sambil menunjuk ke arah sebatang pokok oak yang besar. 18


Tiba-tiba sedang mereka berehat di bawah pohon, mereka terdengar suara dentuman kaki yang sungguh kuat dum !, dum ! dum !. “Suara apakah itu wahai Sang Arnab” Alisa berasa kecut perut. 19


Mereka didatangi sebuah gergasi besar bernama Tobi. “Wahai Sang Manusia, sedang apa kau di sini, bagaimanakah kau boleh berada di sini ? kata Tobi kepada Alisa dengan nada yang gerun. Alisa mulai menjawab dengan nada ketakutan dan mukanya menjadi pucat seperti ayam berak kapur. “Tolong jangan tangkap aku wahai gergasi, sebenarnya aku sudah tersesat di dunia fantasi ini, aku hanya ingin mencari kawan di sini. 20


21


“HA HA HA”, Tobi ketawa. “Janganlah risau wahai manusia, aku tidak akan menangkapmu, pulanglah kau segera ke dunia asalmu”. Kata Tobi kepada Alisa. Alisa kemudian menjawab “Tetapi ibuku sudah tidak sayang kepadaku, ibuku tidak menghiraukanku lagi”. 22


“Janganlah kau berkata begitu, ada pula ibumu sedang mencarimu dan risau ketiadaanmu di rumah. Ibumu pasti menyanyangimu” “Baiklah kalau begitu, terima kasih wahai Sang gergasi”. Tiba-tiba Alisa ternampak sebuah cahaya dan segera berlari ke arahnya. Akhirnya Alisa menemukan pintu itu semula !. 23


24


“Mari Alisa, segeralah kamu pulang di dunia asalmu sebelum pintu rahsia itu akan hilang buat selamanya dan kau tidak akan berjumpa dengan ibumu semula”. Kata Sang Arnab kepada Alisa. Ingatlah pesan Tobi kamu mesti berbakti kepada ibumu dan janganlah berburuk sangka terhadap ibumu. Tanpa membuang masa, Alisa segera berlari ke arah cahaya pintu itu tersebut. “Terima kasih wahai Sang Arnab kerana menolongku. Aku tidak akan melupakan jasamu sepanjang aku berada dunia fantasi ini. Semoga kita berjumpa lagi.” 25


26


Di sebuah kampung kecil, terdapat seorang kanak-kanak bernama Alisa. Alisa merupakan seorang kanak-kanak yang sering menyendiri dan tidak mempunyai kawan. Dia sering berimaginasi agar mempunyai seorang kawan fantasi. Pada suatu hari, semasa bermain di hutan berhampiran rumahnya, Alisa secara tidak sengaja menemui sebuah pintu rahsia yang membawanya ke dunia ajaib yang penuh dengan keajaiban. Sinopsis


Click to View FlipBook Version