Lembaran aktiviti kerjaya untuk kanak-kanak ini adalah dedikasi khas buat semua ibu
dan ayah sebagai hadiah untuk dijadikan aktiviti bermanfaat bersama ahli keluarga
sepanjang tempoh #PKP Covid-19 berlangsung.
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan pengetahuan kerjaya seawal yang mungkin
agar dapat membantu mereka membangunkan potensi diri dengan sebaiknya.
Setiap kanak-kanak dilahirkan sebagai JUARA, memiliki kerjaya impian mampu
memberi gambaran yang jelas tentang matlamat kerjaya kanak-kanak dalam
kehidupan mereka. Melalui aktiviti Pendidikan kerjaya, ianya dapat memberi
dorongan dan semangat kepada kanak-kanak untuk lebih fokus dalam pelajaran.
Pendidikan kerjaya yang berkesan pastinya dapat membantu kanak-kanak membuat
pemilihan kerjaya yang tepat dan konsisten pada masa hadapan.
Cita-cita Universiti
kerjaya impian saya… menara gading impian saya…
Akademik Harta
pencapaian akademik impian saya… simpanan impian saya…
Kenderaan Rumah
kereta impian saya… rumah impian saya…
PANDUAN UNTUK IBUBAPA
• Minta anak lukis atau tampalkan gambar-gambar impian mengikut kategori seperti di atas.
• Berbuallah dengan anak tentang impian mereka semasa melakukan aktiviti tersebut bersama-sama.
• Setelah siap, galakkan anak bercerita tentang papan impian mereka kepada semua ahli keluarga
dan minta ahli keluarga aaminkan setiap impian yang telah disebut.
ST
EM
PANDUAN UNTUK IBUBAPA
• Minta anak tuliskan sebanyak mungkin nama-nama pekerjaan mengikut empat bidang di atas
• (S-sains, T-teknologi, E-engineering & M-matematik) di dalam kotak di atas.
• Galakkan anak menggunakan internet untuk menjalankan aktiviti ini.
• Lawati laman web ini - https://careerinstem.com/stem-careers-list-field-discipline/
PANDUAN UNTUK IBUBAPA
• Berbuallah dengan anak tentang gambaran impian kerjaya masa depan mereka.
• Minta anak lukis dan warnakan potret diri kerjaya masa depan mereka.
• Lawati laman web ini - https://careerinstem.com/stem-careers-list-field-discipline/
PANDUAN UNTUK IBUBAPA
• Minta anak tuliskan bakat/kelebihan dirinya di atas jari pada gambar rajah di atas
(1 bakat = 1 jari).
• Berbuallah dengan anak tentang bakat/kelebihan yang mereka ada.
• Galakkan anak bercerita tentang kehebatan dirinya berbanding adik-beradik yang lain ataupun
rakan di sekolahnya selepas aktiviti ini siap.
KERJAYA KERJAYA KERJAYA
KERJAYA SAYA KERJAYA
KERJAYA
PANDUAN UNTUK IBUBAPA
• Berbuallah dengan anak tentang kerjaya impian ibu atau ayah suatu masa dahulu.
• Minta anak dapatkan pandangan ahli keluarga yang lain, apakah kerjaya yang sesuai untuk dirinya
satu hari nanti.
• Minta anak tuliskan hasil temubual/pandangan ahli keluarga ke dalam kotak di atas.
• Bimbing anak berfikir secara kreatif dan positif dalam merancang dan memilih kerjaya masa depan.
-TAMAT-