The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lennyshafinaz13, 2020-04-12 02:26:13

Modul PRS - Apa Itu PRS

Pengenalan PRS

Keywords: PRS

UNIT PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING SMK PAKA

LOGO PRS

RANGKA MODUL PRS MERANGKUMI
4 TAHAP IAITU:

BONGSU MUDA SULONG BESTARI

SEKOLAH SEKOLAH SEKOLAH SEKOLAH
RENDAH MENENGAH MENENGAH MENENGAH

PENGISIAN MODUL

PENGENALAN

Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah
dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan
komunikasi. Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang
berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang
memerlukan pertolongan. Program ini telah diperkenalkan di
sekolah-sekolah seluruh Malaysia sejak tahun 1987.

PRINSIP PERKHIDMATAN Bersedia dan rela membantu rakan yang
PEMBIMBING RAKAN memerlukan bantuan tanpa mengira agama,
SEBAYA bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal

FALSAFAH “BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA
MEMBANTU ORANG LAIN”

VISI Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing
MISI Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti

Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang
dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
cemerlang berdasarkan falsafah dan etika
Pembimbing Rakan Sebaya

MATLAMAT

Melalui PRS di sekolah, dapat membantu:
❑Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar.
❑Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni

berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
❑Memupuk potensi / bakat kepemimpinan agar menjadi individu yang

lebih peka, bertimbangrasa, rela, taat dan suka menolong.
❑Memberi pengaruh positif serta dapat membantu mengurangkan masalah

salahlaku di kalangan pelajar.

PERANAN PRS

✓PRS menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
✓PRS sebagai khidmat sokongan Unit Kaunseling.
✓PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
✓PRS sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
✓PRS sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan

jika perlu.

✓PRS sebagai Role Model kepada pelajar lain.
✓PRS menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin, berempati dan percaya diri.

PERANAN PRS

✓PRS menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
✓PRS memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah positif.
✓PRS menyedari bahawa bukan semua masalah boleh di atasi.
✓PRS membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
✓PRS menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
✓PRS mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.

ETIKA PRS

❖Amanah dan menyimpan rahsia.
❖Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh

merosakkan diri atau orang lain.
❖Tahu batasan dan keupayaan diri.
❖Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling.
❖Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
❖Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
❖Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.


Click to View FlipBook Version