TAJUK:
ADAB BELAJAR
SEMASA PDPR
FOKUS: PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU LENNY SHAFINAZ BINTI MD. YUSOFF
1. BERPAKAIAN KEMAS DAN SOPAN
● Pakailah pakaian yang
sopan, terutama sebelum
kamera di pasang.
● Bersiap awal, boleh
memastikan kita cukup
bersedia di hadapan kamera
telefon / laptop untuk sesi
PdPR.
2. PASTIKAN KAMERA SENTIASA DIPASANG
Jika kita menggunakan medium
“Google Meet” sewaktu aktiviti
pembelajaran. Sebaiknya kita
menetapkan keadaan kamera
dalam mod ON.
Ini bertujuan untuk membantu
guru menilai murid
faham/tidak, murid fokus/tidak
atau murid suka / tidak
pembelajaran yang disampaikan.
3. PASTIKAN MIKROFON LAPTOP/TELEFON
DALAM KEADAAN OFF
● Mic perlu sentiasa dalam
keadaan mod OFF bagi
memberi laluan kepada guru
membuat perkongsian dalam
kelas.
● Adalah tidak beradab apabila
guru sibuk bercakap, kita pun
nak bercakap sama. Minta izin
guru atau tunggu guru beri
kebenaran barulah kita
bercakap.
4. GUNAKAN NAMA SEBENAR
Gunakan nama sebenar
sebagai id google meet agar
mudah untuk guru
mengenali anda.
Guru tidak tahu nama
samaran anda. Jadi
mudahkanlah guru anda
sewaktu PdPR online ini.
5. FOKUS SEMASA KELAS BERLANGSUNG
● Fokuslah semasa aktiviti
pembelajaran online.
● Elak berbual (mesej)
dengan rakan melalui
telefon dan sebagainya.
● Buat catatan yang guru
ajar.
6. BERI MAKLUM BALAS ISYARAT TANGAN
Jawab sahaja menggunakan
isyarat jari (yang sopan)
sekiranya guru semak
audio/visual OK atau tidak.
Tak perlu semua orang nak
Onkan mic, menyebabkan
semuanya tak dapat dengar
dengan jelas.
7. MINTA IZIN JIKA ADA URUSAN LAIN
● Jika perlu berurusan di
tempat lain, minta izin
terlebih dahulu. “Cikgu,
minta maaf. Saya ingin ke
tandas sebentar”. Beredar
selepas mendapat izin dan
sertai semula kelas guru
secepat yang mungkin.
8. SERTAI KELAS AWAL DAN BERSEDIA
● Link biasanya
dikongsikan oleh guru
lebih awal.
● Jangan biarkan guru
menunggu kita
sedangkan masanya telah
ditetapkan dalam jadual.
9. GUNAKAN EARPHONE/HEADPHONE DAN
BUKANNYA SPEAKER
Jika kita menggunakan
speaker akan mengganggu
adik-beradik kita atau ahli
keluarga yang lain sekiranya
ada.
Kadang-kadang akan berlaku
audio memantul semula
(echo) sehingga
menyebabkan gangguan
kepada rakan lain.
10. CARI RUANG BELAJAR YANG SESUAI
● Pastikan tempat belajar
secara online kita tidak
kelihatan orang lalu-Lalang
di sekeliling kita. Ini akan
mengganggu fokus semua
rakan termasuk guru yang
sedang mengajar.
11. ELAK TULIS CHAT YANG MENGGANGGU
Guru sibuk memberikan
penerangan, kita sibuk
bertanyakan soalan yang
tiada kaitan dengan
perjalanan kelas pun.
Jika perlu, mohon izin untuk
bertanya dahulu.
Tunggu guru buka peluang
bertanya soalan barulah
bertanya.
12. UCAP TERIMA KASIH
Tunjukkan kesungguhan kita
menghargai ilmu yang
dikongsikan oleh guru
dengan mengucapkan terima
kasih.
Bukan guru yang meminta,
tetapi kita perlulah faham
adab orang memberi, kita
perlulah ‘faham bahasa’.