The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NUR SYAFIQAH BT MUSA
PISMP 2021/2026

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR SYAFIQAH BINTI MUSA IPG-Pelajar, 2024-02-22 11:39:08

BUKU LOG PANDU PUTERI

NUR SYAFIQAH BT MUSA
PISMP 2021/2026

BUKU LOG PANDU PUTERI


BIODATA DIRI NUR SYAFIQAH BINTI MUSA NAMA TARIKH LAHIR NO KAD PENGENALAN 23.12.2003 0312233-11-0058 E-MEL TELEFON BIMBIT [email protected] 016-6361055 NO MATRIK KUMPULAN BERENAM SIANTAN ANGKA GILIRAN 021084098 2021082340423 ALAMAT LOT 7708 KAMPUNG BANGGOL KATONG, SERADA, 20050 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU


ISI KANDUNGAN BIODATA DIRI PRINSIP ASAS PANDU PUTERI 1.Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri 2. 3.Cogan kata dan lambang Pandu Puteri 4.Isyarat dan hormat Pandu Puteri 5.Berjabat tangan Pandu Puteri Malaysia 6.Lagu-lagu Pandu Puteri 7.Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas 8.Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia 9.Bendera dunia SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI 1.Sejarah perkembangan World Assosiation Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) 2.Sejarah Persatuan Pandu Puteri Malaysia ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH LAPORAN MINGGUAN AKTIVITI PASUKAN


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN


pengurusan dan struktur organisasi pandu puteri ipgkkb


PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA


PERSETIAAN PANDU PUTERI Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia; menolong orang setiap masa; dan mematuhi Undang-undang Pandu Puteri. UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI TUNAS 1.Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. 2.Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. 3.Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan Pandu Puteri yang lain. 4.Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun. 5.Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat.


COGAN KATA PANDU PUTERI TUNAS Tolong Orang Selalu (TOS)


ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI Seorang Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. Tangan kanan dinaikkan ke paras bahu dan tangan kiri dirapatkan lurus ke badan. Tiga jari tangan kanan ditegakkan. Ibu jari yang menindih jari kelengkeng menunjukkan yang kuat membantu yang lemah. Tiga jari melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri. BERJABAT TANGAN Cara berjabat tangan dengan tangan kiri ini berkaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika. Lord Baden Powell yang banyak berhubung dengan puak ini semasa di Kenya telah memerhatikan bahawa mereka sering memegang senjata pada tangan kanan, manakala tangan kiri memegang perisai. Sebagai tanda persahabatan, mereka melepaskan perisai dan berjabat tangan dengan tangan kiri. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan: i. tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain; dan ii. kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan dengan orang yang tidak berpakaian seragam.


LAGU-LAGU PANDU PUTERI MALAYSIA


Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Yang cintakan kebenaran, Menetapkan janji; Dengan rela berjasa, setia abadi; Kebebasan kita tepati, Bersedia sama; Untuk semua miskin kaya, kita beri, yang terdaya. Lagu Dunia Versi Bahasa Melayu


Our way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song. All those who loved the true and good Whose promises we were kept With humble minds whose acts were kind Whose honour never slept Those were the free and we must be Prepared like them to live To give to all, both great and small All we can give All we can give. Lagu Dunia English Version


Kami Puji,Nikmat Diberi Matahari,Bintang-Bintang Langit Biru, Mana Pergi Hidup Kami, Tuhan Saksi taps siang versi bahasa melayu ENGLISH VERSION Thanks And Praise, For Our Days Neath The Sun, Neath The Stars Neath The Sky, As We Go This We Know, God Is Nigh


Malam Datang, Siang Hilang Dari Laut, Dari Gunung, Dari Langit Semua Selamat, Sihat Rehat Berkat Tuhan. taps MALAM versi bahasa melayu ENGLISH VERSION Day Is Done, Done The Sun From The Sea, From The Hills From The Sky, All Is Well Safety Rest, God Is Nigh.


BUNGA SIANTAN SIANTAN DATANG BERKAWAN BERANI MACAM PAHLAWAN BUNGA MELOR MELOR TAAT DAN SETIA BERUSAHA SETIAP MASA BUNGA KENANGA KAMI BERNAMA KENANGA BERIASA BERTENAGA LAGU KUMPULAN BERENAM


BUNGA CEMPAKA CEMPAKA BERSUKARIA MENOLONG ORANG DUKA BUNGA KESIDANG KAMI KESIDANG DATANG MENOLONG PAGI DAN PETANGBUNGA TERATAL TERATAI NAMA KAMI BEKERJA SETIAP HARI LAGU KUMPULAN BERENAM


Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia Bendera Dunia Bendera ini ialah bendera rasmi Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Penggunaannya diluluskan pada tahun 1930 di Persidangan Dunia keenam yang diadakan pada tahun tersebut. Latar keseluruhan bendera ini berwarna biru dan logo rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia berada di tengahtengahnya. Bendera ini dikibarkan pada setiap perhimpunan Pandu Puteri peringkat kebangsaan, cawangan, daerah ataupun sekolah Pada bulan Mac 1991, di mesyuarat kali ke-80, selepas upacara perasmian Pax Lodge, jawatankuasa Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia telah menerima bahawa Pergerakan Pandu Puteri ialah satu organisasi yang dinamis dan mencerminkan keperluan zaman moden. Tiga blok atau petak kuning menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan tiga bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengkap Puteri terhadap keamanan.


SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI


Sejarah World Association of Girls Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) ialah sebuah pertubuhan dunia bukan kerajaan yang menyelia pergerakan pengakap perempuan di seluruh dunia. WAGGGS diasaskan pada tahun 1928 dan mempunyai ibu pejabat di London, England. Organisasi ini bekerjasama dengan Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM). Sebagai sebuah organisasi dunia, WAGGGS dianjurkan berdasarkan lima wilayah dan 4 pusat pengakap antarabangsa. Semuanya bermula dengan Pergerakan Pengakap Puteri yang ditubuhkan pada tahun 1910 oleh Robert Baden-Powell dengan bantuan kakaknya Agnes Baden-Powell, dan selepas perkahwinannya pada tahun 1912, isterinya Olave Baden-Powell mengambil bahagian dalam pembangunan pengakap perempuan. . Tambahan pula, dengan perkembangan gerakan pengakap perempuan yang semakin berkembang di beberapa negara, dirasakan perlu untuk membentuk sebuah organisasi antarabangsa yang menempatkan semua pengakap perempuan


Sejarah World Association of Girls Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Persidangan itu dihadiri oleh 26 negara, yang menjadi Ahli Pengasas WAGGGS, iaitu: Australia, Belgium, Kanada, Czechoslovakia, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Hungary, Iceland, India, Jepun, Latvia, Liberia, Lithuania, Luxembourg, Belanda , New Zealand, Norway, Poland, Afrika Selatan, Sweden, Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Yugoslavia. Mereka memutuskan bahawa Persatuan Pengakap harus memilih jawatankuasa dunia, yang ahlinya ialah Lady Baden-Powell dan pengarah biro dunia. Persidangan Antarabangsa dinamakan semula sebagai Persidangan Dunia dan kerap diadakan setiap tiga tahun, dengan lokasi berselangseli antara ahli WAGGGS. Dari 1930, WAGGGS berpusat di Persatuan Pandu Puteri British sehingga berpindah ke 9 Palace Street, London.


Sejarah Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Bagaimana Pandu Puteri Tunas Bermula Pergerakan Pandu Puteri telah ditubuhkan di negara Malaysia pada tahun 1917. Sejak itu nama Brownie digunakan bagi kumpulan kanak-kanak perempuan yang berumur di antara tujuh hingga sebelas tahun. Namaini kekal digunakan sehingga tahun 1984. Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah membuat kesimpulan bahawa nama Brownie patut ditukarkan kepada satu nama yang lebih sesuai dengan keperluan negara, mengikut peredaran masa, kemajuan dan perkembangan bahasa di negara ini. Oleh itu, dalam suatu persidangan pada 30 November 1984 yang berlangsung di Wisma Pandu Puteri, Kuala Lumpur, Jawatankuasa kerja Kebangsaan telah bersetuju menukarkan nama Brownie kepada TunasPuteri yang kemudiannya di tukar sekali lagi kepada Pandu Puteri Tunas pada tahun 2006.


Sejarah Persatuan Pandu Puteri Malaysia Perkataan "Tunas" bermaksud pucuk yang mula tumbuh, yang bakal menjadi sebatang pokok. Pokok ini nanti akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dibaja, sejak masih tunas lagi. Perkataan "Puteri" pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Demikianlah juga keadaan ahliahli kumpulan Pandu Puteri Tunas jika mereka diberi bimbingan dan didikan yang baik dan teratur. Mereka akan menjadi gadisgadis yang rupawan, bersopan santun dan berbudi bahasa. Akhirnya, mereka akan membesar menjadi ahli masyarakat dan warganegara yang baik dan berguna. Huruf-huruf yang menggabungkan 'Pandu Puteri Tunas' juga mempunyai erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna.


ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH


PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PANDU PUTERI TUNAS


LAPORAN MINGGUAN AKTIVITI PASUKAN


LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN 1 TAHUN 2024 TARIKH : 8 JANUARI 2024 HARI : ISNIN MASA : 2.30 P.M. – 4.30 P.M. TEMPAT : DEWAN SEMINAR AKTIVITI : PERJUMPAAN PERSATUAN PANDU PUTERI KEHADIRAN PELAJAR : 65 ORANG KEHADIRAN GURU : 2 1. PUAN NADIMAH BINTI ISMAIL 2. PUAN NORZIANA BINTI CHE HASHIM LAPORAN: Perjumpaan kali pertama di IPGM Kampus Kota Bharu yang dikendalikan oleh Puan Nadimah Semua ahli Pandu Puteri berkumpul di Dewan Seminar bagi mendengar Taklimat tentang Persatuan Pandu Puteri dan rancangan tahunan. Selain itu, pemilihan ahli jawatankuasa juga turut dijalankan. REFLEKSI: Bagi minggu permulaan, saya merasakan mudah bagi saya untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain dan pensyarah memandangkan mereka juga tidak segan untuk berkongsi ilmu dan juga memberi idea-idea . saya juga dapat mengenali rakanrakan yang telah dipilih sebagai ahli-ahli jawatankuasa Pandu Puteri. DISEDIAKAN OLEH:


LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN 2 TAHUN 2024 TARIKH : 15 JANUARI 2024 HARI : ISNIN MASA : 2.30 P.M. – 4.30 P.M. TEMPAT : PADANG IPG AKTIVITI : SIMPULAN KEHADIRAN PELAJAR : 65 ORANG KEHADIRAN GURU : 2 1. PUAN NADIMAH BINTI ISMAIL 2. PUAN NORZIANA BINTI CHE HASHIM LAPORAN: setiap ahli diberikan seutas tali berukuran untuk melakukan 6 jenis simpulan. Simpulan yang dipelajari ialah buku sila dan bunga geti , manok, tindih kasih dan lain-lain mengikut kumpulan berenam . Setiap kumpulan diberikan kertas panduan ikatanikatan tersebut. REFLEKSI: Pada minggu ini, saya dapat belajar 6 jenis simpulan dan memahirkan diri dalam enam jenis simpulan tersebut dengan baik. DISEDIAKAN OLEH:


Click to View FlipBook Version