The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ruslan M, 2019-02-27 09:10:16

BSTEM FIZIK v2

BSTEM FIZIK v2

SIRI BAHAN SUMBER
SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING DAN MATEMATIK (STEM)

BSTEM
FIZIK

Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum

2017

Terbitan April 2017
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara
apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8 Blok E9, Kompleks Kerajaan
Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.

CIP/ISBN
ISBN 976-967-420-194-4

Diterbitkan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4-8 Blok E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya, MALAYSIA.

KANDUNGAN v
vii
Rukun negara ix
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1
Kata Aluan 3
Pendahuluan
Panduan Pelaksanaan BSTEM 9
13
Contoh PdP 1 – Di Mana Airku ...? 15
Pengenalan 17
Rancangan PdP 19
Komponen PdP
Pencetus Idea 23
Aktiviti PdP 25
29
Lampiran bagi Contoh PdP 1 31
A Soalan ujian pra/pasca 33
B Lembaran kerja murid 35
C Borang rubrik penilaian model dan pembentangan murid
D Borang rubrik penilaian rakan sebaya dan kendiri 39
E Exit Card 43
F Slaid power point 45
47
Contoh PdP 2 – Panasnya !! 48
Pengenalan
Rancangan PdP
Komponen PdP
Pencetus Idea
Aktiviti PdP

Lampiran bagi Contoh PdP 2 51
G Soalan ujian pra/pasca 53
H Lembaran kerja murid 55
J Borang rubrik penilaian model dan pembentangan murid 57
K Borang rubrik penilaian rakan sebaya dan kendiri 59
L Exit Card 61
M Slaid power point
63
Rujukan 65
Penghargaan

RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;

Memelihara cara hidup yang demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara

akan dinikmati secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan

sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELURUHAN PERLEMBANGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v



FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vii



KATA ALUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah dengan izinNya kita berjaya menghasilkan
sebuah buku yang menjadi panduan dan contoh kepada
guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
STEM di sekolah. STEM sebagai akronim kepada Sains,
Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik,
merupakan bidang pengajian yang merangkumi
pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai murni dalam
disiplin ilmu yang berkaitan.

Selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 dan transformasi kurikulum yang
melibatkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM), STEM sewajarnya diberi perhatian dan penekanan.
STEM menekankan pembelajaran dengan aktiviti hands-on, berasaskan penyelesaian
masalah dan membuat keputusan. Contoh aktiviti STEM dengan ciri-ciri tersebut telah
dibangunkan dan dikumpulkan di dalam buku ini. Buku ini mengandungi contoh
aktiviti STEM yang melibatkan mata pelajaran dalam bidang sains, teknologi,
kejuruteraan dan matematik. Aktiviti yang dicadangkan dalam buku ini adalah bersifat
situasi sebenar yang mungkin pernah dialami sendiri oleh murid. Saya percaya aktiviti
yang melibatkan pengalaman murid seperti ini adalah lebih seronok, menarik minat,
meyakinkan dan merangsang daya fikir mereka. Aktiviti seperti ini diharap dapat
menjadi panduan dan pencetus idea kepada guru dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran bidang STEM di sekolah.

Pembangunan buku ini melibatkan gabungan tenaga dan kerjasama dari pelbagai
pihak. Oleh itu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat. Semoga
buku ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam usaha melahirkan modal
insan yang menjadi aspirasi negara.

Sekian, terima kasih.

Dr. SARIAH BINTI ABD JALIL

ix



PENDAHULUAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat meningkatkan murid terhadap
STEM melalui Inisiatif Perkukuhan STEM seperti yang ditekankan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Melalui inisiatif ini
Kementerian Pendidikan berusaha memastikan bilangan murid yang berpotensi dan
berkelayakan adalah mencukupi untuk menceburi bidang STEM di peringkat tertiari.
Pelaksanaan pendidikan STEM bertujuan untuk meningkatkan minat murid di samping
melahirkan modal insan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi
membudayakan amalan STEM.

Berdasarkan hasrat Kementerian Pendidikan tersebut, Bahagian Pembangunan
Kurikulum telah membangunkan satu siri buku yang dikenali sebagai Siri Bahan
Sumber Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (BSTEM). Buku ini merupakan
lanjutan kepada Buku Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
STEM yang telah dibangunkan sebelum ini untuk membantu guru melaksanakan PdP
STEM di sekolah. BEST dikeluarkan dalam beberapa siri mata pelajaran bidang
STEM seperti BEST Biologi, BEST Fizik, BEST Kimia, BEST Matematik Tambahan,
BEST Reka Cipta dan BEST Sains Komputer.

Buku ini memberi panduan kepada guru tentang pelaksanaan aktiviti untuk sesi
sebelum, semasa dan selepas PdP STEM. PdP STEM dalam BSTEM terdiri daripada
aktiviti yang dibangunkan menggunakan strategi inkuiri, pembelajaran berasaskan
masalah dan projek. PdP ini memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan pengalaman pembelajaran yang mendalam
serta diperkaya.

Pihak pentadbir sekolah dan guru merupakan agen perubahan yang menjadi
pemangkin kepada iklim sekolah yang berteraskan Pendidikan Abad ke-21 (PA 21).
Pembudayaan amalan STEM dalam kalangan murid perlu dilaksanakan bagi
menyediakan murid menghadapi cabaran abad ke-21. Proses PdP STEM yang
mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran abad ke-21 dan nilai dapat menghasilkan
murid yang mempunyai ciri berdaya tahan, pemikir, kerja sepasukan, bersifat ingin
tahu, patriotik, bermaklumat, berprinsip, mahir berkomunikasi serta penyayang dan
prihatin seperti yang dihasratkan.

Buku ini diharapkan menjadi contoh dan pencetus idea kepada guru dalam
menyediakan aktiviti PdP STEM. Guru digalakkan untuk membangunkan PdP STEM
di bawah tajuk-tajuk lain dalam kurikulum mata pelajaran ini.

1

2

PANDUAN PELAKSANAAN BSTEM

Pengajaran dan Pembelajaran STEM merupakan satu pendekatan yang melibatkan
pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan
masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar. Pendekatan
ini menggalakkan murid menyoal dan meneroka persekitaran melalui inkuiri serta
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dalam usaha
membudayakan amalan STEM. Inisatif Perkukuhan STEM dilaksanakan untuk
membudayakan amalan STEM dalam kalangan murid.

BSTEM dibangunkan untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM yang
menarik agar pembelajaran menjadi lebih bermakna. BSTEM mengandungi dua
contoh PdP untuk setiap mata pelajaran Fizik. Contoh PdP ini diharap dapat
memberikan panduan yang boleh digunakan oleh guru untuk membina aktiviti PdP
STEM lain berdasarkan kurikulum kebangsaan yang diguna pakai. Secara umumnya
setiap contoh PdP dalam bahan sumber ini mengandungi:

1. Pengenalan
2. Rancangan PdP
3. Komponen PdP
4. Aktiviti PdP
5. Soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca
6. Lembaran Kerja Murid
7. Borang Pentaksiran

 Rubrik Penilaian Model/ Pembentangan
 Rubrik Penilaian Kendiri dan Rakan Sebaya
 Exit Card
8. Slaid Power Point
9. Rujukan

Pentaksiran dilaksanakan sepanjang aktiviti menggunakan rubrik yang disediakan.
Antara pentaksiran yang dijalankan adalah penilaian produk, penilaian pembentangan,
penilaian kendiri dan rakan sebaya, ujian pra, ujian pasca serta Exit Card sebagai
refleksi PdP.

3

PdP STEM boleh dilaksanakan melalui beberapa langkah asas seperti yang disyorkan

dalam Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
dalam PdP 1. Berikut adalah langkah asas aktiviti PdP STEM yang harus dilalui oleh

murid:

1 Mengemukakan soalan dan Murid menyiasat dan meneroka untuk mengenal pasti
mendefinisi masalah masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar

2 Mencari dan mengumpul Murid mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
maklumat berkaitan termasuklah melalui internet, ataupun media cetak dan
soalan/masalah sebagainya.

3 Murid merancang dan menjalankan penyiasatan dalam
Merancang dan menjalankan bentuk inkuiri
penyiasatan
Murid mengumpulkan data, menganalisis dan
4 mempersembahkan supaya boleh difahami/ digunakan
Menganalisis dan oleh orang lain

menginterpretasi data Murid menunjukkan pemahaman mereka dengan
menggunakan perkataan mereka sendiri tentang sesuatu
5 fenomena atau pemerhatian, perwakilan secara grafik
Membina penyelesaian dan atau formula boleh juga diterima.
mereka bentuk penyelesaian Murid mereka cipta dengan mengulangi proses untuk
menambah baik produk ( termasuk kaedah) secara
6 sistematik
Mempersembahkan produk
Murid membentangkan produk dengan disokong dengan
7 Menambah baik produk justifikasi data dan rakan lain diberi peluang untuk
berkomunikasi dan memberikan pendapat

Murid menambah baik produk bagi menyelesaikan
masalah dan meningkatkan kefungsiannya.

Rajah 1: Langkah Asas Aktiviti PdP STEM

1 Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuteruteraan dan Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan
Pembelajaran, Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016.

4

BSTEM mengandungi 3 fasa untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM.
Ketiga-tiga fasa ini memperincikan langkah-langkah yang harus guru ikuti bagi
merancang dan mengurus perjalanan PdP ini dengan berkesan. Berikut adalah
langkah-langkah umum dalam melaksanakan PdP STEM.

FASA 1. Mengenal pasti strategi PdP STEM berdasarkan pengetahuan,
SEBELU kemahiran dan nilai yang hendak diajar.
M PdP
2. Menyediakan senario/ situasi / masalah yang sesuai bagi tujuan
di atas.

3. Membina soalan yang dapat mencetus pemikiran murid
terhadap situasi yang dikemukakan sehingga akhir sesi PdP.

4. Menyediakan bahan (soft dan hardcopy) dan peralatan yang
diperlukan serta mencari tempat dan tarikh yang sesuai bagi
PdP ini.

5. Mentadbir Ujian Pra.

6. Mengemukakan senario/ situasi / masalah sebagai set
induksi bagi mencetus minda murid.

FASA 7. Mengedarkan lembaran kerja murid sebagai garis panduan
SEMASA kepada murid melaksanakan tugasan ini.

PdP 8. Menggalakan murid menjana idea semasa perbincangan
kumpulan dalam proses penyelesaian masalah/
melengkapkan tugasan ( dengan soalan-soalan yang telah
disediakan guru semasa Fasa Sebelum PdP).

9. Memberi respon dan menilai produk / pencapaian murid.

10. Mentadbir Ujian Pasca.

FASA 11. Membuat refleksi terhadap PdP yang telah
SELEPAS dilaksanakan.

PdP 12. Menambah baik rancangan PdP ini bagi kelas yang
akan datang.

Rajah 2: Panduan pelaksanaan PdP STEM
5

PdP yang menarik, relevan dan mempunyai impak tinggi terhadap murid adalah
bergantung kepada perancangan, persediaan, pelaksanaan dan refleksi guru
sepanjang proses PdP. Guru perlu memastikan PdP dapat dijalankan dengan
berkesan serta memberi peluang kepada murid untuk memperolehi pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dihasratkan.

6

CONTOH PDP 1:

TEKANAN DALAM CECAIR

7

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

8

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

PENGENALAN

Aktiviti “Di Mana Airku ...?” merupakan satu aktiviti mini projek yang dilaksanakan
sebagai aplikasi kepada topik Tekanan Dalam Cecair dalam sukatan pelajaran Fizik
Tingkatan 4. Aktiviti ini menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah
(PBL). Murid didedahkan dengan suatu isu alam sekitar untuk mereka selesaikan
dengan menghasilkan satu produk. Murid mengaplikasikan pengetahuan tentang
tekanan dalam cecair di samping menerapkan nilai menghargai alam sekitar serta
mereka cipta untuk kebaikan sejagat. Cadangan masa melaksanakan aktiviti ini ialah
6 waktu bersemuka bergantung kepada kreativiti dan fleksibiliti guru untuk
menyesuaikan aktiviti dengan situasi sekolah, murid dan lain-lain faktor.

Panduan pelaksanaan aktiviti ini telah pun diterangkan dalam bab sebelum ini dan
perlu difahami oleh guru bagi memastikan aktiviti PdP dapat berlangsung dengan
lancar dan berkesan. Sehubungan itu, guru perlu meneliti persiapan dari aspek bahan,
peralatan, ruang kerja, tempoh masa, bahan ransangan, paparan video dan kos yang
diperlukan sepanjang menjayakan aktiviti ini. Adalah lebih bermakna jika guru dapat
menggalakkan murid menghasilkan produk yang mesra alam dan mempunyai kos
yang minima. Berikut ialah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh guru
sepanjang aktiviti ini:

Sebelum PdP SESI PdP 1: Waktu 1 dan 2

 menyediakan bahan rangsangan PdP seperti gambar
berkaitan senario “Di Mana Airku...?”. Bahan rangsangan ini
membantu murid memahami senario yang diberikan. Bahan-
bahan rangsangan lain adalah seperti keratan surat khabar,
majalah, artikel, video atau imej yang berkaitan boleh
digunakan.

 menyediakan bahan pencetus idea seperti gambar atau
rajah berkaitan senario “Di Mana Airku...?”. Pencetus idea
ini membantu murid memikirkan penyelesaian kepada
masalah yang diberikan. Pencetus idea yang lain adalah
seperti keratan surat khabar, majalah, artikel, video atau
imej yang berkaitan.

 memperbanyakkan kertas soalan Ujian Pra dan Ujian
Pasca, borang catatan individu, lembaran kerja murid, serta
helaian penilaian rubrik untuk guru dan murid.

 menyediakan bahan dan radas yang diperlukan bagi
melaksanakan aktiviti ini.

9

Semasa PdP Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

 mentadbir ujian Pra ke atas murid.
 mencetus minda murid dengan set induksi.
 memberikan senario atau pernyataan masalah.
 mengedarkan lembaran kerja murid sebagai garis panduan

kepada murid melaksanakan projek ini.
 menggalakkan murid mengenal pasti masalah melalui

proses sumbang saran dan menjana idea untuk
menyelesaikan masalah.
 membuat lakaran model berlabel sebagai cadangan
penyelesaian masalah (aktiviti murid secara berkumpulan).
 mengumpul lakaran model.

Selepas PdP  mengenal pasti bahan keperluan untuk membina model
(produk) bagi sesi PdP yang seterusnya.

 membuat penilaian lakaran reka bentuk model yang telah
disediakan oleh murid.

Sebelum PdP SESI PdP 2: Waktu 3 dan 4
Semasa PdP
 menyediakan bahan, radas dan peralatan yang diperlukan
Selepas PdP oleh murid dalam membina model mereka berdasarkan
lakaran berlabel murid. Murid digalakkan menggunakan
bahan terpakai untuk membina model.

 menjadi pemudah cara kepada murid dalam mengaplikasi
konsep fizik yang berkaitan dalam membina model.

 membimbing murid membina model dan menguji sama ada
model tersebut boleh menyelesaikan masalah.

 memantau murid menguji kebolehan model termasuk sama
ada:
- berfungsi atau tidak
- berkesan dalam menyelesaikan masalah atau tidak

 membimbing murid mengumpul data dan menyediakan
laporan pembentangan model dalam bentuk laporan saintifik
bertulis, persembahan power point, video atau apa-apa
bentuk mengikut kreativiti masing-masing.

 mengumpul salinan pelaporan data dan ulasan model murid.

10

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

Sebelum PdP SESI PdP 3: Waktu 5 dan 6

 menyediakan peralatan dan keperluan untuk pembentangan
hasil kerja murid.

Semasa PdP  menjadi pemudah cara dalam pembentangan laporan dan
model yang dihasilkan oleh murid.

 menggalakkan pemikiran kritis dalam kalangan murid dan
memastikan murid jelas dengan konsep dan justifikasi
saintifik bagi penambahbaikan.

 mengumpul semua produk atau model hasil kerja murid.
 mentadbir ujian pasca.
 membuat penilaian menggunakan borang penilaian rubrik

model manakala murid pula mengisikan borang penilaian
rakan sebaya dan kendiri.
 mengedarkan ‘Exit card’.

 meminta murid menyediakan laporan saintifik yang perlu
dihantar kepada guru dalam tempoh 1 minggu.

Selepas PdP  membuat refleksi PdP dan penambahbaikan untuk PdP
seterusnya.

 menyemak laporan murid dan menyimpan hasil kerja dan
boleh menjadikannya sebagai bahan pameran dalam
Minggu Sains dan Matematik/ Hari Kokurikulum/ Bengkel
Sains.

Sepanjang proses PdP guru haruslah menerapkan amalan STEM dan pembelajaran
mendalam agar PdP tersebut bermakna. Pengalaman pembelajaran murid dalam
menghasilkan produk ini digambarkan dalam setiap sesi PdP bersemuka seperti
dalam Carta 1.

11

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

1. MENGENAL PASTI MASALAH

SESI 1 2. MENGUMPUL MAKLUMAT
(MASA 1&2)
3. MENJANA IDEA KREATIF DAN MELAKARKAN REKA BENTUK
CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH

4. MEMILIH PENYELESAIAN YANG INGIN DIUJI
TERBAIK

5. MENGENAL PASTI JENIS BAHAN, RADAS DAN PERALATAN

6. i. MEMBINA MODEL BERDASARKAN LAKARAN YANG DIPILIH

6.ii. MENGUJI KEBERKESANAN MODEL

SESI 2 BERJAY TIDA PROSES
(MASA 3&4) YA K PENAMBAH

SESI 3 -BAIKAN
(MASA 5&6)
7. MEMBUAT PERSEMBAHAN PROJEK

KOMEN DAN SOAL JAWAB

8. MENDOKUMENTASIKAN PROJEK

Carta 1: Aliran pelaksanaan aktiviti murid menyelesaikan isu “Di Mana Airku...?”

12

Tingkatan: Di Mana Airku … ?
Tajuk PBL: (Tekanan Dalam Cecair)
Tajuk:
Kemahiran: RANCANGAN PDP 1:
DI MANA AIRKU ... ?
Tempoh (waktu): (TEKANAN DALAM CECAIR)
Senario:
4

Di Mana Airku ...?

Tekanan dalam cecair

Menyelesaikan masalah yang melibatkan tekanan
dalam cecair.

6 Waktu / (2+2+2 waktu)

Encik Zahari tinggal di sebuah pangsapuri di
tingkat 10 dan mengalami masalah pancuran air
di bilik air yang perlahan (Rajah 3). Beliau pernah
berbincang dengan jirannya yang tinggal di
tingkat 2, dan mendapati jirannya tidak
mengalami masalah tersebut. (Rajah 4). Masalah
yang dihadapi oleh En. Zahari ini juga dihadapi
oleh jiran-jiran yang tinggal di aras yang sama
dengannya. En. Zahari membuat keputusan untuk
membuat aduan kepada jawatankuasa
pengurusan dan penyelenggaraan pangsapuri
mengenai masalah tersebut dan meminta
masalah ini diselesaikan dengan segera.

Apakah pandangan anda tentang situasi ini?

Apakah agaknya yang boleh atau patut dilakukan
oleh pihak pengurusan atau penyelenggaraan
pangsapuri untuk membantu penduduk terutamanya
yang tinggal di tingkat yang tinggi bagi mendapatkan
bekalan air yang lebih laju?

Anda dikehendaki memberi justifikasi secara
saintifik tentang reka bentuk sistem bekalan air
yang boleh membantu menyelesaikan masalah
En. Zahari dan rakan-rakannya. Reka bentuk anda
mungkin perlu mengambil kira konsep tekanan
cecair, saiz batang paip, pam dan motor, reka
bentuk dan kedudukan tangki air.

(Murid perlu menyediakan laporan dan model/
hasil kerja cadangan penyelesaian masalah
mereka)

13

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

Bahan rangsangan:

Rajah 3: Pancuran air bagi rumah di tingkat 10

Rajah 4: Pancuran air bagi rumah di tingkat 2
14

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

Pengetahuan, kemahiran dan  Mengenal pasti masalah daripada penyataan.
nilai:  Menghubungkaitkan masalah dengan konsep

Pengalaman baharu murid: tekanan dalam cecair.
 Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran saintifik

dalam penyelesaian masalah
 Mewujudkan rasa tanggungjawab sosial dan

kemahiran kerjasama sepasukan

 Memahami masalah dalam kehidupan harian,
dalam hal ini ialah masalah tekanan air bagi rumah
bertingkat

 Mereka cipta atau inovasi penyelesaian bagi
mengatasi masalah tekanan air

 Melalui proses pemikiran kejuruteraan dalam
menyelesaikan masalah

Komponen PdP

Konteks:

√ Kehidupan Harian
Alam Sekitar

√ Masyarakat Tempatan dan Global

Kemahiran Abad 21:

√ Kreativiti dan Inovasi √ Literasi Teknologi Maklumat dan
Komunikasi

√ Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan
Masalah menyesuaikan diri

√ Komunikasi dan Kolaborasi √ Berinisiatif dan mempunyai haluan diri

Kemahiran sosial dan antara √ Produktiviti dan akauntabiliti
budaya

√ Kepimpinan dan tanggungjawab √ Literasi maklumat

15

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

Pengintegrasian STEM:

Sains: Mengaplikasi konsep tekanan dalam cecair

Teknologi: Menggunakan kemahiran teknologi maklumat , mengaplikasi pengetahuan
sains

Kejuruteraan: Mereka bentuk sistem bekalan air (motor, pam, lakaran 2D dan lain-lain)

Matematik: Mengaplikasi formula P=ρgh ke dalam pengiraan tekanan dalam cecair

Bahan Sumber:

Alat, bahan dan radas yang Bahan-bahan terpakai, radas makmal, kertas mahjong, pen
diperlukan: marker, kalkulator, pensel, pembaris dan lain-lain (mengikut
keperluan murid)
Sumber yang disediakan
oleh guru: ○ Rajah pancuran air, keratan akhbar
○ Slaid power pointExemplar1 (Lampiran H)
○ Pencetus idea kepada murid (Rajah 3 dan Rajah 4)

16

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)
Pencetus Idea
(Panduan untuk guru dan boleh ditunjukkan kepada murid bagi mencetus idea)

Rajah 5: Sistem paip – agihan dari tangki kepada pepasang

17

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

Rajah 6: Lukisan skematik 2D sistem paip air dalaman untuk rumah
kediaman 2 tingkat

Bagi tekanan yang boleh Tangki Simpanan
mencapai ke aras tinggi (1 Hari)
bangunan tanpa sistem
pam, meter individu boleh
diletakkan di luar.

Semua meter individu diletakkan di tingkat bawah.
Semua unit perlu mempunyai tangki individu untuk penggunaan sehari.
Sesuai untuk sistem graviti sahaja. (Kebiasaannya bangunan yang 4 tingkat ke bawah,
seperti rumah kedai.)

Rajah 7: Susunan tangki simpanan air

18

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

Aktiviti PdP Aktiviti PdP Penilaian
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Formatif

Ciri PdP
STEM

Mengenal pasti Menjawab Menyediakan Kenal pasti Kertas Ujian
pengetahuan sedia soalan yang soalan bagi pengetahuan Pra Aktiviti Di
ada murid mengenai disediakan oleh menguji sedia ada. Mana Airku
tajuk tekanan dalam guru. pengetahuan ...?
cecair. sedia ada murid. (Lampiran A)

Mengenal pasti Menganalisis Bertindak Mengenal Lembaran
masalah berkaitan senario yang sebagai pasti masalah. kerja murid
tekanan di dalam diberikan bagi fasilitator. (Lampiran B)
cecair. mengenal Melibatkan
pasti masalah. Memberi kerja
cetusan minda berpasukan
Mencatatkan serta dengan
fakta/ membimbing penggunaan
pemerhatian isu dan teknologi
atau masalah membangunkan secara bijak.
yang timbul kemahiran
dalam senario berfikir murid.
tersebut.

Mengaplikasi konsep Mencadangkan Bertindak Murid Borang
fizik Tekanan Dalam pelbagai sebagai membuat penilaian
Cecair. penyelesaian fasilitator. kajian latar (Lampiran C
dari segi berkenaan dan D)
kedudukan Mengesahkan dengan
tangki, cadangan cadangan
penggunaan penyelesaian penyelesaian.
pam air yang murid
bermotor, saiz berdasarkan Murid
tangki air dan konsep fizik. menghasilkan
lain-lain. pelbagai
cadangan
Melakarkan penyelesaian.
cadangan
penyelesaian Murid mereka
masalah. bentuk lakaran
dan model
yang difikirkan
boleh
menyelesaikan

19

Objektif Di Mana Airku … ? Penilaian
(Tekanan Dalam Cecair) Formatif
Ciri PdP
Aktiviti PdP STEM

Aktiviti Murid Peranan Guru

masalah
tersebut.

Menguji cadangan Menjalankan Membimbing Menguji Borang
penyelesaian murid penyelidikan/ bagi cadangan penilaian
eksperimen bagi memastikan penyelesaian (Lampiran C
menguji idea/ murid dan D)
model yang mengaplikasi
dicadangkan. konsep fizik
dengan betul
Merekodkan
hasil ujian/ hasil
kajian.

Menilai idea/ model Menilai Menilai : Menilai idea/ Borang
yang dicadangkan kebolehlaksana Pengetahuan model penilaian
an idea/ model fizik yang (Lampiran C
dalam diaplikasi oleh dan D)
menyelesaikan murid dalam
masalah yang idea/ model
diberikan mereka.

Kemahiran
saintifik yang
terlibat.

Kemahiran
berfikir murid
dalam
penghasilan
idea/ model.

Sikap saintifik
dan nilai murni.

Menambah baik hasil Menilai Menilai: Menilai idea/ Borang
kerja/ cadangan kebolehlaksana Pengetahuan model penilaian
penyelesaian an idea/ model fizik yang (Lampiran C
dalam diaplikasikan dan D)
menyelesaikan oleh murid
masalah yang dalam idea/

20

Objektif Di Mana Airku … ? Penilaian
(Tekanan Dalam Cecair) Formatif
Ciri PdP
Aktiviti PdP STEM

Aktiviti Murid Peranan Guru

diberikan model mereka.

Kemahiran
saintifik yang
terlibat.

Kemahiran
berfikir murid
dalam
penghasilan
idea/ model.

Sikap saintifik
dan nilai murni
murid.

Membentang hasil Mempamer dan Menilai idea/ Menjelaskan Borang
model/idea mempersembah model dan idea/ model penilaian
kan idea/ model proses (Lampiran C
kepada kelas berdasarkan dan D)
untuk penilaian. rubrik.

(Murid dan guru
boleh
berbincang
tentang model
yang dihasilkan)

Menyatakan Murid membuat Membuat Membuat Exit Card
hubungkait tekanan refleksi refleksi/ kesimpulan (Lampiran E)
dalam cecair dengan kesimpulan dan
kedalaman (Murid menambahbaik
menyatakan pdp.
perasaan atau
idea tentang
aktiviti yang
telah dijalankan)

21

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

Refleksi:

22

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

Lampiran A

UJIAN PRA/PASCA

Contoh PdP 1 : Di Mana Airku ...? (Tekanan dalam cecair)

Nama:…………………………………………………………… Kelas: ……………………

1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan dalam cecair?

……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………….……………………………………………………………………
…………………………

2. Berikan justifikasi bagi sistem bekalan air yang boleh dilakukan dengan berkesan untuk
kawasan rumah pangsa?
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………

3.

Penyelesian:

4. Apakah hubungan antara tekanan dan kedalaman dalam cecair.
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………

23

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

24

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

Lampiran B

Lembaran kerja murid (kumpulan)

Contoh PdP 1 : Di Mana Airku ...? (Tekanan dalam cecair)

Kumpulan : ____________________ Tarikh : _______ Tingkatan : ________

Nama ahli kumpulan:

1. 4.
2. 5.
3. 6.

Objektif Pembelajaran

Murid akan dapat:

 Mempraktikkan amalan prinsip tekanan dalam air untuk menyelesaikan masalah bekalan air.
 Mengaplikasi konsep tekanan air dalam mereka bentuk dan menghasilkan model sistem

bekalan air.
 Bekerja dan berkomunikasi secara berkesan dalam kumpulan kecil.
 Menerangkan dan membentangkan reka bentuk model/ idea penyelesaian masalah mereka

dengan menyatakan justifikasi.

A. Pencarian Fakta

Kenal pasti faktor-faktor yang berkaitan dengan kesan tekanan air serta cadangan
penyelesaian masalah.

1

2

3

4

5

6

7

8

25

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

B. Perlu Tahu/ Isu Pembelajaran
Dengan bantuan fakta yang dikemukakan, apakah ‘isu yang perlu tahu’ dan isu
pembelajaran yang membantu anda menyelesaikan tugas anda?
1
2
3
4

C. Pelan Tindakan

Draf pelan tindakan untuk menangani isu-isu pembelajaran yang dikenal pasti, termasuk
sumber dan bahan yang diperlukan.

Langkah Tindakan Bahan/ Sumber
1

2

3

4

D. Penyelesaian yang ada

1. Sumbang saran satu reka bentuk model sistem bekalan air dan lakarkan reka bentuk
yang terbaik (berlabel).

26

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

2. Terangkan ciri-ciri model sistem bekalan air yang akan direka bentuk berlandaskan
kriteria yang ditetapkan.

Bil Ciri-ciri Penerangan
1

2

3

4

5

E. Pembentangan

1. Membina model sistem bekalan air berdasarkan reka bentuk yang difikirkan dengan
menggunakan bahan-bahan sedia ada, kitar semula, guna semula atau bahan terbuang.

2. Menyediakan pembentangan dengan menggunakan teknologi maklumat untuk
menjelaskan pilihan bahan dan bagaimana reka bentuk model sistem bekalan air anda
menyelesaikan masalah yang diberi.

27

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

28

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

Lampiran C

Borang Penilaian/ Rubrik Untuk Model Dan Pembentangan

Nama : _______________________________________ Tingkatan : ____________

KATEGORI 4 3 2 1 SKOR

Pengetahuan Idea yang sesuai Idea yang sesuai Idea yang sesuai Idea yang tidak
dan kreatif telah telah dipilih dan telah dipilih. sesuai telah dipilih.
dipilih berdasarkan diubah suai
pengetahuan fizik berdasarkan
yang tepat pengetahuan fizik
yang betul

Kemahiran Murid dapat Murid dapat Murid dapat Murid dapat
mempamerkan 4 mempamerkan 2 mempamerkan 1
saintifik mempamerkan 5 atau 3 kemahiran kemahiran saintifik kemahiran saintifik
saintifik sahaja
- Menyatakan kemahiran saintifik

inferens,

hipotesis dan

tujuan kajian.

- Mengenal

pasti pemboleh

ubah yang

dimanipulasi,

pemboleh ubah

bergerak balas

dan pemboleh

ubah malar.

- Merancang

dan

menjalankan

kajian.

- Penjadualan

data.

- Menganalisis

data (graf)

Sikap saintifik Murid Murid Murid Murid
dan nilai menunjukkkan 5 menunjukkkan 4 menunjukkkan 2 menunjukkkan 1
murni sikap saintifik atau 3 sikap sikap saintifik sikap saintifik
- Berfikiran saintifik sahaja
kritikal dan
analilitis
- Sistematik
- Berani
mencuba
- Bekerjasama
- Kolaboratif

29

KATEGORI Di Mana Airku … ? 1 SKOR
(Tekanan Dalam Cecair)

432

Kemahiran Murid boleh : Murid boleh Murid boleh Murid boleh

berfikir - menganalisis melakukan 5 atau 4 melakukan 3 atau 2 melakukan 1 ciri

- menganalisis secara kritis ciri elemen ciri elemen elemen kemahiran

- kritis - menghasilkan idea kemahiran berfikir kemahiran berfikir berfikir sahaja

- menghasilkan kreatif

idea - membuat

- kreatif justifikasi secara

- membuat saintifik.

justifikasi

- membuat

justifikasi

secara saintifik.

Hasil kerja - Menghubungkait- - Menghubungkait- - Menghubungkait- - Tidak dapat
kan konsep fizik kan konsep fizik kan konsep fizik menghubungkait-
yang tepat tetapi tidak/ kurang - Menghasilkan kan konsep fizik
- Menghasilkan tepat idea/ model yang - Menghasilkan
idea/ model yang - Menghasilkan tidak boleh idea/ model yang
boleh idea/ model yang menyelesaikan tidak boleh
menyelesaikan boleh masalah atau menyelesaikan
masalah menyelesaikan sebaliknya. masalah.
masalah.

JUMLAH SKOR

Penskoran markah

Markah 20 – 16 15 – 11 10 – 6 5-0
Skor
A: B: C: D:
Cemerlang Baik Memuaskan Tidak memuaskan

30

Di Mana Airku … ? Lampiran D
(Tekanan Dalam Cecair)

Borang Penilaian Individu/ Kumpulan/ Kendiri

Nama individu/ kumpulan: ............................................. Tingkatan: ............

Nilaikan persembahan kumpulan mengikut kriteria yang berikut :

Amat Baik / Baik /Kerap Sederhana / Lemah /Jarang Sangat Lemah
Sentiasa 4 Kadang kala 2 /Tidak pernah

5 3 1

NO KRITERIA PENILAIAN
1 Rekaan kreatif
2 Aplikasi konsep fizik
3 Memenuhi kehendak soalan
4 Aplikasi kemahiran saintifik
5 Kesedaran alam sekitar
6 Nilai-nilai moral yang baik
7 Laporan komprehensif
8 Pembentangan
9 Kebolehan menjawab soalan
10 Kerjasama ahli kumpulan

JUMLAH

31

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

32

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

Lampiran E

EXIT CARD

NAMA:

SOALAN 1 SOALAN 2

Dua perkara yang dipelajari hari ini: Satu perkara yang saya masih tidak jelas ialah:

NAMA: SOALAN 2
SOALAN 1 Satu perkara yang saya masih tidak jelas ialah:

Dua perkara yang dipelajari hari ini:

NAMA: SOALAN 2
SOALAN 1 Satu perkara yang saya masih tidak jelas ialah:

Dua perkara yang dipelajari hari ini:

NAMA: SOALAN 2
SOALAN 1 Satu perkara yang saya masih tidak jelas ialah:

Dua perkara yang dipelajari hari ini:

33

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

34

Di Mana Airku … ? Lampiran F
(Tekanan Dalam Cecair)

Slaid power point untuk pengajaran dan pembelajaran
Contoh PdP 1 – Di Mana Airku ...?
TEKANAN DALAM CECAIR

35

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

36

Di Mana Airku … ?
(Tekanan Dalam Cecair)

CONTOH PDP 2

MUATAN HABA TENTU

PANASNYA !!

37

Panasnya !!
(Muatan Haba Tentu)

38


Click to View FlipBook Version