MANUAL LATIHAN INDUSTRI
(SKM 3, DKM DAN DLKM)
PELAKSANAAN LATIHAN DAN PENILAIAN DIBAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN
MALAYSIA(SPKM) BERASASKAN KOD AMALAN PENTAULIAHAN PROGRAM TVET
(CODE OF PRACTICE FOR TVET PROGRAM ACCREDITATION- COPTPA)
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA
15 NOVEMBER 2021
KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN ........................................................................................................... 1
2.0 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI.................................................................................... 1
3.0 TAFSIRAN..................................................................................................................... 2
4.0 SENARAI KEPENDEKAN.............................................................................................. 3
5.0 SKOP LATIHAN INDUSTRI ........................................................................................... 4
6.0 TEMPOH DAN PEMARKAHAN LATIHAN INDUSTRI.................................................... 4
7.0 PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI ............................................................................ 5
8.0 ELAUN .......................................................................................................................... 5
9.0 PERSEDIAAN LATIHAN INDUSTRI .............................................................................. 5
10.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ................................................................................ 5
11.0 PERATURAN LATIHAN INDUSTRI............................................................................... 8
12.0 PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI .................................................................................. 9
13.0 INSURAN............................................................................................................................9
14.0 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI.................................................................................... 9
15.0 BUKU LOG LATIHAN INDUSTRI .................................................................................. 9
16.0 SENARAI BORANG DAN DOKUMEN BERKAITAN.................................................... 10
17.0 TARIKH KUATKUASA ................................................................................................. 10
i
1. PENDAHULUAN
Pelaksanaan Latihan Industri (LI) merupakan salah satu syarat utama persijilan
sebelum pelatih dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia tahap 3, Diploma
Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Pelatih akan ditempatkan di Industri LI selama satu jangka masa yang ditetapkan
dan akan didedahkan dengan suasana alam pekerjaan yang sebenar serta
berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang akan ditempuhi.
Tujuan panduan ini adalah untuk menyediakan maklumat mengenai spesifikasi
latihan dan pelaksanaan Latihan Industri kepada PB. Panduan ini ditetapkan oleh
Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran di bawah seksyen 28 Akta
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) dan hendaklah dibaca
bersama dengan mana-mana Panduan dan Peraturan berkaitan yang sedang
berkuatkuasa.
2. OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI (LI)
Objektif program latihan industri ialah untuk:
a. Mendedahkan pelatih kepada alam pekerjaan yang sebenar dalam
pengkhususan bidang;
b. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi terkini serta
pengalaman pelatih dengan organisasi;
c. Menanamkan sikap berdisiplin, bertanggungjawab, kerja berpasukan
dan keyakinan diri;
d. Mendedahkan pelatih kepada amalan dan peraturan keselamatan di
industri;
e. Membina jalinan kerjasama di antara PB dan industri; dan
f. Memberi peluang kepada pelatih untuk mengaplikasikan pengetahuan
teori dan amali yang dipelajari serta mendapat pendedahan teknologi
dan amalan kerja dalam bidang pengkhususan masing-masing.
1
3.0 TAFSIRAN
Dalam panduan ini, tafsiran yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
“Akta 652” ertinya Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006;
“Buku Log Latihan Industri” ertinya dokumen yang merekodkan pengalaman
pelatih dalam melaksanakan tugasan-tugasan berkaitan di Industri LI yang disahkan
oleh Penyelia di Industri LI berkenaan.
“Ketua Pengarah” ertinya mana-mana pegawai awam yang dilantik sebagai Ketua
Pengarah Pembangunan Kemahiran;
“Latihan Industri” ertinya satu tempoh yang khusus untuk pelatih menimba
pengalaman secara terancang dan diselia, di mana pelatih akan melaksanakan
kerja- kerja sebenar disamping membiasakan diri dengan keperluan serta amalan
tempat kerja menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari
semasa mengikuti latihan di Pusat Bertauliah;
“Pelatih” ertinya seseorang yang menerima latihan kemahiran yang disediakan oleh
penyedia latihan kemahiran;
“Pelatih LI” ertinya pelatih berdaftar yang menjalani latihan industri bagi
mendapatkan penganugerahan SKM Tahap 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) di Pusat Bertauliah;
“Pusat Bertauliah (PB)” ertinya suatu penyedia latihan kemahiran yang telah diberi
kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan suatu program bertauliah
sehingga kepada penganugerahan suatu Sijil;
“Penyelia” ertinya pegawai industri yang berkelayakan untuk menyelia dan
memberi tunjuk ajar kepada pelatih semasa latihan industri;
“Industri” ertinya apa-apa aktiviti ekonomi, dan termasuklah aktiviti pertanian,
pengilangan dan perkhidmatan;
“Industri LI” ertinya industri yang bersetuju menerima pelatih Pusat Bertauliah untuk
menjalani latihan mengikut syarat yang telah ditetapkan.
2
4. SENARAI KEPENDEKAN
DKM - Diploma Kemahiran Malaysia
DLKM - Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
JPK - Jabatan Pembangunan Kemahiran
LI - Latihan Industri
NOSS - National Occupational Skill Standard
PB - Pusat Bertauliah
PP - Pegawai Penilai
PPB - Pengurus Pusat Bertauliah
PPD - Pegawai Pengesah Dalaman
PPL - Pegawai Pengesah Luaran
SKM 3 - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
3
5. SKOP LATIHAN INDUSTRI
LI perlu memenuhi keperluan program NOSS yang dilaksanakan.
6. TEMPOH & PEMARKAHAN LATIHAN INDUSTRI (LI)
6.1 TEMPOH PELAKSANAAN (Li)
Tempoh minimum latihan industri hendaklah mematuhi panduan pelaksanaan dan
syarat pentauliahan yang sedang berkuatkuasa.
Jadual 1 : Tempoh masa latihan Industri
Tahap Kredit Tempoh masa LI
3 6 3 bulan
4 8 4 bulan
5 8 4 bulan
Sebarang perubahan tertakluk kepada panduan pelaksanaan latihan SLaPB
berasaskan kod amalan pentauliahan program TVET (COPTPA) yang sedang
berkuatkuasa.
6.2 PEMARKAHAN (LI)
6.2.1 Kehadiran – Lulus/gagal
6.2.2 Laporan penyelia industry - 30%
- Kebolehan mematuhi arahan
- Kebolehan teknikal
- Kualiti hasil kerja
- Disiplin dan ketepatan masa
- Personaliti dan kemahiran komunikasi
6.2.4 Buku log -35%
6.2.5 Laporan Latihan Industri –35%
Jadual 2- Struktur pemarkahan Latihan Industri
PERKARA YANG DINILAI PECAHAN MARKAH MARKAH CATATAN
MARKAH PENUH LULUS
A - Kehadiran < 80% kehadiran markah GAGAL
1 MINIMUM >80% kehadiran markah LULUS
Jika markah GAGAL diberi, pelatih
Markah 30 diberi bagi kehadiran > LULUS / dianggap gagal keseluruhan
80% GAGAL komponen LI
markah 0 diberi bagi kehadiran
kurang 80% 30% 30 18
2 B - Laporan Penyelia Industri
3 C - Buku log 35% 35 21
4 D - Laporan Latihan Industri 35% 35 21
*JUMLAH MARKAH 100 % 100 60%
B+C+D
PENGESAHAN KEPUTUSAN KESELURUHAN LATIHAN INDUSTRI
KEPUTUSAN KESELURUHAN TERAMPIL / BELUM TERAMPIL
4
7. PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI
PB bertanggungjawab untuk menguruskan penempatan Latihan Industri kepada
pelatih mengikut bidang kemahiran yang diikuti. PB hendaklah mendapatkan
penempatan di Industri LI yang lain jika Industri LI sedia ada menamatkan latihan
industri kurang dari tempoh minimum yang ditetapkan.
8. ELAUN
Pihak industri LI digalakkan untuk memberi elaun kepada para pelatih yang menjalani
program latihan industri di tempat mereka.
9. PERSEDIAAN LATIHAN INDUSTRI
Taklimat Latihan Industri
Sebelum pelatih ditempatkan di Industri LI, PB diwajibkan memberi taklimat kepada
pelatih mengenai perkara berikut:
a. Prosedur dan panduan yang perlu dipatuhi semasa menjalani Latihan Industri;
b. Penerangan mengenai cara untuk menulis Buku Log Latihan Industri dan
Laporan Latihan Industri;dan
c. Penerangan tentang peraturan-peraturan lain yang berkaitan.
10. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
10.1. Pusat Bertauliah
a. Memilih penempatan industri untuk pelatih menjalani latihan;
b. Memastikan latihan industri memenuhi keperluan program NOSS yang dilaksanakan;
c. Memastikan pelatih telah selesai mengikuti program NOSS sebelum menjalani
latihan industri;
d. Menyediakan perancangan LI bagi setiap program;
e. Berunding dan mendapatkan persetujuan rasmi dari industri yang berkaitan untuk
menempatkan pelatih;
f. PB digalakkan menandatangani surat perjanjian latihan industri bersama Industri LI;
g. Bekerjasama dengan pihak industri LI dalam merangka rancangan latihan Industri;
h. Memberikan khidmat nasihat dan sokongan kepada pelatih mengenai program
latihan industri;
i. Menyedia dan menyerahkan dokumen keperluan latihan industri kepada pelatih
5
sebelum ditempatkan di Industri LI;
j. Menyediakan dan membekal Buku Log Latihan Industri untuk kegunaan pelatih LI
semasa menjalani latihan industri;
k. Melantik Pegawai Pemantau yang terdiri daripada PPB, PPD atau PP;
l. Mengatur lawatan pegawai pemantau dari PB sekurang-kurangnya s a t u
(1) kali untuk mengawalselia dan memantau aktiviti pelatih sepanjang tempoh
latihan industri;
i. Memastikan Pegawai Pemantau dan Penyelia Industri menilai pelaksanaan latihan
industri dan membuat ulasan di dalam buku log;
j. Memastikan Pegawai Pemantau menyemak buku log bagi setiap pelatih semasa
lawatan pemantauan;
k. Mengemaskini semua rekod berkaitan latihan industri;dan
l. Wajib menyediakan perlindungan insurans kepada pelatih LI yang menjalani
program LI.
10.2. Pegawai Pemantau
a. Melaksanakan lawatan pemantauan dari PB sekurang-kurangnya s a t u
(1) kali untuk mengawalselia dan memantau aktiviti pelatih sepanjang tempoh
Latihan Industri;
b. Menilai pelaksanaan Latihan Industri dan membuat ulasan di dalam Buku Log
Latihan Industri;
c. Menyemak penilaian penyelia Latihan Industri bagi setiap pelatih;dan
d. Melengkapkan Borang Lawatan Penyeliaan Latihan Industri di dalam Buku
Log Latihan Industri.
10.3. Pelatih
a. Wajib menghadiri taklimat latihan industri yang dianjurkan oleh PB;
b. Melapor diri di industri LI pada tarikh dan masa seperti yang ditetapkan;
c. Melengkap dan mengemukakan Borang PengesahanLapor Diri di dalam Buku
Log Latihan Industri kepada I ndustri LI untuk disahkan. Sesalinan borang yang
telah lengkap perlu diserahkan kepada PB dalam tempoh 7 hari (waktu bekerja)
selepas tarikh lapor diri;
d. Melaporkan kepada PB dengan segera jika penempatan tidak relevan dengan
bidang kursus;
e. Mencatat dan menyimpan semua tugasan/aktiviti harian yang dilakukan (termasuk
6
mesyuarat yang dihadiri atau lawatan yang dibuat) di dalam Buku Log
Latihan Industri dan disahkan oleh Penyelia Industri;
f. Bertemu dengan Pegawai Pemantau semasa lawatan pemantauan latihan industri
dijalankan;
g. Wajib menjalani latihan industri mengikut tempoh yang ditetapkan;
h. Tidak dibenarkan menamatkan latihan industri lebih awal dari tarikh yang
ditetapkan (walaupun dengan kelulusan pihak Industri LI) dan dianggap telah
melanggar peraturan latihan industri;
i. Tidak dibenarkan menukar tempat latihan industri selepas bermulanya latihan
industri. Sebarang masalah berkaitan dengan tempat latihan industri perlu
dibincangkan terlebih dahulu dengan PB;
j. Mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh industri LI dan PB;
k. Menyediakan Laporan Latihan Industri merangkumi tugasan yang diberikan
sepanjang program latihan industri;dan
l. Menyerahkan borang Laporan Penyelia Industri (JPK/SLaPB/LI/ SKEMA D)
pada minggu terakhir LI kepada penyelia untuk dinilai setelah tamat LI.
10.4. Agensi / syarikat latihan Industri
a. Melantik seorang penyelia LI iaitu pegawai yang berkelayakan untuk menyelia
dan memberikan tunjuk ajar kepada pelatih semasa LI;
d. Menempatkan pelatih di unit/bahagian/seksyen yang bersesuaian dengan kursus
yang diikuti;
c. Mengesahkan pelatih telah melapor diri di tempat Industri LI melalui
Borang Pengesahan Lapor Diri (JPK/SLaPB/LI/01/);dan
d. Mengutamakan keselamatan dan menjaga kebajikan pelatih sepanjang tempoh LI.
10.5. Penyelia LI
a. Menyemak dan mengesahkan Catatan Harian Pelatih di dalam Buku Log Latihan
Industri, rujuk catatan harian pelatih (JPK/SLaPB/LI/01);
b. Memastikan pelatih menjalankan aktiviti harian yang berkaitan dengan bidang
pengkhususan pelatih;
c. Perlu bekerjasama dengan PB terutama semasa lawatan pemantauan LI
dilaksanakan;
d. Mengesahkan rekod kehadiran pelatih menggunakan Laporan Kedatangan
Bulanan Pelatih. (JPKSLaPB/LI/01) dalam Buku Log Latihan Industri;
7
e. Menyerahkan Laporan Penyelia Industri (JPK/SLaPB/LI/02) yang telah
lengkap diisi kepada PB;dan
f. Melaporkan kepada PB sekiranya pelatih melanggar peraturan atau gagal
hadir latihan industri selama tiga (3) hari berturut-turut tanpa sebarang alasan
yang munasabah.
11. PERATURAN LATIHAN INDUSTRI
11.1. Cuti
Sebarang permohonan cuti adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
oleh PB dan Industri LI.
11.2. Kerahsiaan Industri LI
Pelatih dilarang membocorkan maklumat rahsia Industri LI.
11.3. Disiplin dan Tatatertib
a. Pelatih hendaklah sentiasa menunjukkan disiplin diri yang tinggi dan perilaku
yang baik;
b. Pelatih adalah tertakluk kepada segala peraturan dan undang-undang Industri LI;
c. Pelatih yang melanggar peraturan boleh dikenakan tindakan disiplin
dan tatatertib mengikut peraturan PB dan Industri LI;dan
d. Kegagalan mematuhi peraturan, pelatih boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
i. Amaran bertulis;
ii. Dibatalkan tempat latihan;
iii. Mengulang LI; atau
iv. Gagal LI.
11.4. Rayuan Atas Tindakan
Pelatih boleh mengemukakan rayuan ke atas tindakan yang dikenakan. Rayuan
secara bertulis hendaklah dikemukakan kepada PPB dalam tempoh empat
belas ( 14) hari dari tarikh surat tindakan dikeluarkan.
11.5. Pertukaran Dan Penangguhan
a. Pelatih tidak dibenarkan menukar tempat dan tarikh LI melainkan telah mendapat
kelulusan daripada PB;
b. Permohonan pertukaran dan penangguhan hendaklah dibuat secara bertulis
kepada PB; dan
8
c. Tempoh maksimum penangguhan LI adalah tidak lebih dari enam (6) bulan dari
tarikh kelulusan permohonan penangguhan LI.
12. PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI
12.1. Pengesahan Tamat Latihan Industri
Pelatih yang telah tamat menjalani latihan hendaklah hadir ke PB untuk pengesahan
tamat latihan pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Pelatih dikehendaki
mengemukakan kepada PB perkara-perkara berikut:
a. Buku Log Latihan Industri; dan
b. Laporan Latihan Industri.
12.2. Keputusan Latihan Industri
Syarat lulus latihan industri hendaklah memenuhi semua perkara berikut:
a. Menyempurnakan LI mengikut tempoh yang ditetapkan;
b. Memenuhi kehadiran LI minimum sebanyak 80%;
c. Lulus dalam penilaian Laporan Latihan Industri seperti yang ditetapkan;
d. Melengkapkan Buku Log Latihan Industri seperti yang ditetapkan;
e. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya ’memuaskan’ pada Laporan Penyelia
Industri (JPK/SLaPB/LI/02 ) – Skema ; dan
f. Mendapat penilaian markah lulus minima bagi setiap komponen penilaian yang
dirumuskan melalui Borang Keputusan Keseluruhan Penilaian Latihan
Industri (JPK/SLaPB/LI/ 03) – Keputusan keseluruhan penilaian
13. INSURAN
PB wajib menyediakan perlindungan insurans kepada pelatih LI yang menjalani
program LI.
14. LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
Garis Panduan Penulisan Laporan Latihan Industri adalah seperti di Lampiran B.
15. BUKU LOG LATIHAN INDUSTRI
Buku Log Latihan Industri merupakan kaedah mendokumentasi, mengumpul dan
menyimpan segala maklumat mengenai aktiviti kerja yang telah disempurnakan oleh
pelatih LI dan disahkan oleh Penyelia Industri LI dan Pegawai Pemantau. Sila Rujuk
Lampiran A Format Buku Log Latihan Industri.
9
16. SENARAI BORANG DOKUMEN BERKAITAN
16.1. Buku Log Latihan Industri mengandungi JPK/SlaPB/LI/01:
1. A-1 - Maklumat Peribadi Pelatih;
2. A-2 - Maklumat Industri LI;
3. A-3 - Borang Pengesahan Lapor Diri;
4. A-4 - Borang Lawatan Pemantauan Latihan Industri;
5. A-5 - Laporan Kedatangan Bulanan Pelatih;
6. A-6 - Catatan Harian Pelatih;
7. JPK/SLaPN/LI/ 02- SKEMA A,B dan C
8. JPK/SlaPB//LI/03- Keputusan Keseluruhan Penilaian.
16.2. Lampiran :
1. Lampiran A – Format Buku Log Latihan Industrii;
2. Lampiran B – Penulisan Laporan Latihan Industri;
3. Lampiran C – JPK/SLaPB/LI/ 02 -Skema pemarkahan
4. Lampiran D – Carta Alir Pelaksanaan Latihan Industri
5. Lampiran E - JPK/SlaPB//LI/03- Keputusan Keseluruhan Penilaian.
17. TARIKH KUATKUASA
Panduan Latihan Industri (SKM 3, DKM dan DLKM) Pelaksanaan Sistem Latihan
dibawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia(SPKM) berasaskan COPTPA ini
berkuatkuasa mulai 15 November 2021
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
KETUA PENGARAH
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA.
15 November 2021
10
LAMPIRAN
LAMPIRAN A - Format Buku Log Latihan Industri
LAMPIRAN B – Panduan Penulisan Laporan Latihan Industri;
LAMPIRAN C – Skema pemarkahan Latihan Industri
LAMPIRAN D – Carta Alir Pelaksanaan Latihan Industri
LAMPIRAN E - Keputusan Kesluruhan Penilaian.
11
NAMA & NAMA &
LOGO PB LOGO
SYARIKAT
L
BUKU LOG LATIHAN INDUSTRI
Sistem Latihan Pusat Bertauliah(SLaPB)
Gambar
Pelatih
NAMA PELATIH
NO KAD PENGENALAN
NO BATCH
NAMA PB
KOD PB
NAMA INDUSTRI LI
TARIKH MULA LI
TARIKH TAMAT LI
Kemaskini: Sept 2021
SENARAI SEMAK
KANDUNGAN BUKU LOG LATIHAN PP PPD PPL
INDUSTRI SLaPB
A JPK/SLaPB/Li/01
A-1 MAKLUMAT PERIBADI PELATIH
A-2
A-3 MAKLUMAT INDUSTRI
A-4
A-5 BORANG PENGESAHAN LAPOR DIRI
A-6
LAWATAN PEMANTAUAN LI
B
LAPORAN KEDATANGAN BULANAN PELATIH
CATATAN HARIAN PELATIH
JPK/ SLaPB / Li / 02
SKEMA A
KEHADIRAN – LULUS / GAGAL
SKEMA B
LAPORAN PENYELIA INDUSTRI – 30%
SKEMA C
BUKU LOG LATIHAN INDUSTRI - 35%
Nota:
Pelatih diminta untuk menyertakan CP dari NOSS pada buku log bagi tujuan rujukan penyelia.
Tandatangan PP: ………………………. PPD: ……………………….. PPL:……………………….
Cop Nama & Jawatan: : Cop Nama dan Jawatan: Cop Nama dan Jawatan::
Tarikh: Tarikh: Tarikh:
JPK/SLaPB/Li/01
A-1 (MAKLUMAT PERIBADI PELATIH)
1. Nama Pelatih :……………………………………………………………….
2. No kad Pengenalan :……………………………………………………………….
3. Jantina :……………………………………………………………….
4. Alamat Surat Menyurat :……………………………………………………………….
………………………………………………………………..
……………………………………………………………….
5. No telefon :……………………………………………………………..:
6. Email: :…………………………………..
7. No Kumpulan Pendaftaran :………………………………………………………………...
(Diisi oleh PB)
JPK/SLaPB/Li/01
A-2 (MAKLUMAT INDUSTRI LI)
1. Nama Industri LI :……………………………………………………………….
2. Alamat Surat Menyurat :……………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………….
3. No telefon&fax :……………………………………………………………..:
4. Nama Penyelia LI :…………………………………..
5. Jawatan :………………………………………………………………...
6. No Telefon Penyelia Industri :………………………………………………………..
7. Tempoh Latihan Industrih PB :……………………………………………………….
JPK/SLaPB/Li/01
A-3 (BORANG PENGESAHAN LAPOR DIRI)
Arahan : i. Pelatih perlu melengkapkan dan mengemukakan borang ini kepada industri untuk disahkan.
ii. Salinan borang ini perlu diserahkan kepada Pusat Bertauliah dalam tempoh 7 hari (waktu
bekerja) selepas tarikh lapor diri.
NAMA PUSAT BERTAULIAH : .............................................................................
Nama Pelatih :.....................................................................................................
No. Kad Pengenalan :.....................................................................................................
No. Matrik :.....................................................................................................
Program :.....................................................................................................
Tarikh Lapor Diri :.....................................................................................................
Saya seperti nama di atas, dengan ini mengesahkan telah melaporkan diri pada tarikh __________________
untuk menjalani latihan di industri seperti yang diarahkan.
NAMASYARIKAT/JABATAN :….…………………………………........................................
Alamat :..……………………………………………………………………
..……………………………………………………………………
..……………….……………………………………………………
No.Tel & Faks :…………………………………………………………………….
Nama Penyelia :…………………………………………………………………….
No.Tel. Penyelia :…………………………………………………………………….
Tempoh Latihan :…………………………………………………………………....
Tarikh : Dari………………...…….. Hingga …….………………………
AKUAN PELAJAR PENGESAHAN INDUSTRI :
Saya telah berdaftar pada Saya mengesahkan perkara di atas adalah benar.
tarikh yang ditetapkan.
…………….…………………… ............................................................................
(Tandatangan Pelatih)
Tarikh: (Tandatangan Penyelia Industri dan Cop)
Nama:
Jawatan:
No Tel: Tarikh:
JPK/SLaPB/LI/01/ A-4
BORANG LAWATAN PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI
(Diisi oleh pegawai pemantau dari Pusat Bertauliah semasa membuat lawatan Latihan Industri)
Nama Pelatih : Kod PB :
No.K/P : Kod Program :
Nama PB : Nama Program :
Alamat PB: Tempoh Lat. Industri :
Nama & alamat industr Nota Permarkahan :
1. Lemah
2. Kurang Memuaskan
3. Memuaskan
4. Baik
5. Cemerlang
No Perkara yang dinilai 12 345
1. Kesesuaian latihan yang diberi
2. Bantuan / tunjuk ajar dari penyelia
3. Kemudahan / kelengkapan latihan
yang disediakan
4. Kandungan Fail Latihan Industri/
Catatan Harian Pelatih
5. Kebajikan pelatih
6. Penampilan diri pelatih
i) Berpakaian kemas / sesuai
ii) Rambut/ tudung diurus rapi
iii) Kebersihan diri
7. Ketepatan masa
8. Kerjasama pihak industri
9. Kerjasama dari rakan sekerja
10. Ulasan lain (jika ada)
Tandatangan Pegawai Pemantau : Tanda Tangan Penyelia
Nama: Nama:
Jawatan: Jawatan
Tarikh Lawatan: Tarikh:
JPK/SLaPB/LI/01/ A-5
NAMA PUSAT BERTAULIAH
dan alamat
LAPORAN KEDATANGAN BULANAN PELATIH
SEMASA MENJALANI LATIHAN SAMBIL KERJA DI INDUSTRI
NAMA PELAJAR : ………………………………………………………… BULAN : …………………………………………………..
NO KAD PENGENALAN : …………………………………………………………
NO. DAFTAR PELAJAR : …………………………………………………………
KURSUS : …………………………………………………………
BULAN HARI
Bulan Pertama 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31
Bulan Kedua
Bulan Ketiga
Bulan Keempat
Bulan Kelima
Bulan Keenam
I Hadir 0 Tiidak Hadir C Cuti Hujung Minggu P Cuti Am (Public Holiday)
S Cuti Sakit L Lewat Hadir K Cuti Dengan Kebenaran
TANDATANGAN : ………………………………………………………… COP
NAMA PEGAWAI : ………………………………………………………… SYARIKAT
JAWATAN : …………………………………………………………
NO. TELEFON : …………………………………………………………
NO. FAX : …………………………………………………………
PERHATIAN KEPADA SYARIKAT/PELATIH :
SILA SERAHKAN LAPORAN KEDATANGAN INI KEPADA PENYELARAS OJT PADA MINGGU PERTAMA
SETIAP BULAN UNTUK TUJUAN PENGREKODAN.
Alamat Pusat Bertauliah
JPK/SLaPB/Li/01
A‐6 (CATATAN HARIAN PELATIH)
(perlu diisi secara tulisan tangan oleh pelatih dan disahkan setiap hari oleh penyelia industri)
Sila photocopy borang ini mengikut bilangan hari Latihan Industri.
TARIKH : MASA :
Nama DUTY/CU (JIKA ADA) :
LAPORAN AKTIVITI KERJA PELATIH
RUMUSAN & PEMERHATIAN PENYELIA
Adalah disahkan Pelatih ini telah melaksanakan tugasan dengan sempurna / kurang sempurna
Ulasan penyelia:
.............................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
Pengesahan Penyelia:
‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐ ‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐
Tandatangan Pelatih Tandatangan Penyelia industry & Cop
Nama :……………………………………………………………….. Nama :………………………………………………………….
Tarikh:……………………………………………………………….. Tarikh :…………………………………………………………
LAMPIRAN B
PANDUAN PENULISAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI (LI)
TAHAP 3, DKM DAN DLKM
1.1 Tujuan
Panduan ini adalah untuk membantu pengajar, penyelia Industri dan pelatih
menentukan hala dan arahtuju pelaksanaan latihan industri dan seterusnya
dapat menyediakan pelaporan yang ringkas, padat dan mudah difahami.
1.2 Penggunaan Bahasa
a. Pelatih dibenarkan menulis laporan sama ada dalam Bahasa Inggeris
atau Bahasa Malaysia.
b. Pelatih perlu memastikan tatabahasa dan terma yang betul
digunakan dalam penulisan laporan LI ini.
1.3 Format Penulisan Laporan
BAHAGIAN KETERANGAN Muka
Surat
1. Muka hadapan - LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
Tahap 3/DKM/DLKM
Batch:
(Kod & Nama program)
Disediakan oleh:
Nama
Ic/No batch.
2. Maklumat Nama & alamat PB
pelatih tahun
i. Nama dan alamat PB
ii. Tajuk Laporan : “Laporan Latihan Industri”.
Nama program:
Kod Program
No batch
iii. Disediakan oleh:
Nama pelatih,
No KP
Nama penyelia industri:
Jawatan:
iv. Tempat latihan (Nama dan alamat)
v. Tarikh mula dan tamat
vi. Ruang tanda tangan dan tarikh
3. Surat arahan Surat pemakluman arahan penempatan LI
LI ( Dikeluarkan oleh PB)
4. Surat akuan Surat akuan dan pengesahan telah i,ii,iii
dan menamatkan latihan industri yang dikeluarkan i,ii,iii
pengesahan oleh Agensi/Syarikat LI i,ii,iii
Menerangkan tujuan laporan, tempat
5. Pendahuluan / dan tempoh latihan secara ringkas.
Abstark
6. Penghargaan Nyatakan individu dan/atau organisasi
7. Isi Kandungan yang diberi penghargaan atas bantuan
yang diberi dalam melaksanakan Latihan
Industri.
- Isi kandungan dan mukasurat
- Senarai singkatan
- Senarai carta alir
- Senarai gambar
- Senarai lampiran
BAB LAPORAN - Tahap 3 = 10 – 15 mukasurat
- Tahap 4 & 5 = 20 – 30 mukasurat
(Tidak termasuk gambar dan Lampiran)
8. Bab 1 Latihan Industri (LI) 1,2,3
9. Bab 2 - Pengenalan LI
- Matlamat LI
10. Bab 3 - Skop Kerja semasa LI ( Rujuk WA dlm
NOSS )
WA Agensi / Syarikat LI dan NOSS 1,2,3
- Pengenalan & sejarah Agensi / syarikat
LI
- Visi & misi Agensi / Syarikar LI
- Huraian WA yang dilaksanakan di Agensi
/ Syarikar LI dan kaitan tugasan dan
NOSS
- Carta Organisasi Agensi/syarikat LI dan
penempatan pelatih.
Pelatih dan LI 1,2,3
- Ringkasan Aktiviti Latihan industri pelatih
- Ringkasan Skop kerja pelatih di
Agensi/syarikat LI
- Cabaran dan penyelesaian
11 Bab 4 Kajian kes (DKM dan DLKM) 1,2,3
Pelatih perlu mengenalpasti satu aktiviti 1,2,3
12. Bab 5 utama yang melibatkan WA
13. Lampiran di Agensi/ syarikat LI dan menerangkan
14. Rujukan secara ringkas peranan pelatih dalam
aktiviti tersebut – Carta alir, gambar dan
apa-apa dokumen yang terlibat dengan
aktiviti tersebut perlu dijadikan lampiran.
Kesimpulan dan Cadangan
- Kesimpulan
- Masalah yang ditemui dan cadangan
penyelesaian
- Kesan LI terhadap pelatih
Lampiran yang perlu disertakan
Buku, internet, interview dll
Penulisan laporan LI tahap 3 boleh diringkaskan mengikut format yang
disediakan.
1.4 Format Teks
a. Laporan hendaklah ditaip dengan menggunakan font Arial, 11 pt.
b. Jarak baris teks hendaklah menggunakan langkauan 1.5 baris (1.5
paragraph spacing).
1.5 Margin Mukasurat
a. Margin mukasurat adalah seperti berikut:
i. Atas, Bawah dan Kanan : 25mm
ii. Kiri : 38mm
1.6 Gambarajah/Jadual
a. Tajuk jadual dan gambarajah hendaklah diletak di luar jadual atau
gambarajah berkenaan, kedudukan sebelah bawah, posisi tengah
jadual atau gambarajah.
1.7 Penomboran Muka Surat
a. Nombor muka surat hendaklah diletak di bahagian bawah, posisi
tengah halaman mukasurat.
b. Jarak nombor muka surat mestilah sekurang-kurangnya 15mm dari
hujung bawah muka surat.
c. Nombor muka surat hendaklah dimulakan dengan muka surat
(i) Roman Numerals selepas muka depan; dan bermula dengan
(1) Arabic Numerals bagi isi kandungan laporan, iaitu Bab 1 sehingga
akhir laporan.
d. Nombor muka surat tidak boleh diletakkan dalam kurungan ataupun
dengan sebarang aksara lain.
1.8 Lampiran
a. Semua lampiran perlu diletak di belakang laporan, selepas Bab
Kesimpulan.
b. Setiap lampiran perlu diberikan tajuk di sebelah kanan atas halaman
mukasurat berkenaan dengan menggunakan sistem penomboran
Roman Numerals, huruf besar. Contoh ”LAMPIRAN I”.
JPK/SLaPB/Li/02-SKEMA-B
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
SKEMA PEMARKAHAN (LAPORAN PENYELIA LATIHAN INDUSTRI – 20%)
PELAKSANAAN SISTEM LATIHAN DIBAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN
MALAYSIA(SPKM) BERASASKAN COPTPA
(Borang ini hendaklah diisi oleh PENYELIA INDUSTRI)
ARAHAN :
-Tempoh Latihan Industri tahap 3 selama 3 bulan dan Tahap 4 & 5 selama 4 bulan;
-PENYELIA INDUSTRI hendaklah menilai PELATIH semasa berada di industri secara adil dan rasional dengan
menandakan (√) pada skala yang sesuai.
NO. PENDAFTARAN MAKLUMAT CALON Pengesahan PP
Adalah dengan ini, saya
NAMA PENUH Tarikh mengesahkan bahawa
NO. KAD Tamat Li segala maklumat ini adalah
PENGENALAN
KOD NOSS betul.
TAJUK NOSS ..........................
Tandatangan
Tarikh
Mula Li
Skala / Scale 1 2 3 4 5
Lemah Memuaskan Baik Cemerlang
Kriteria Kurang
Pemarkahan Memuaskan
SKEMA B - LAPORAN PENYELIA LATIHAN INDUSTRI – 30%
(Di isi oleh Penyelia Industri)
Sila tandakan (/) pada kotak yang berkenaan. 12345
.
1. Kebolehan Mematuhi Arahan
2. Kebolehan Teknikal
3. Kualiti Hasil Kerja
4. Disiplin dan Ketepatan Masa
5. Personaliti dan kemahiran komunikasi
JUMLAH MARKAH (B) : / 25 x 30 = …… %
Penyelia Industri:i Pengesahan PPD
tt………………………………… tt……………………………….
Chop Nama & jawatan: Chop Nama & Jawatan:
Tarikh: Tarikh:
JPK/SLaPB/Li/02-SKEMA-C
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
SKEMA PEMARKAHAN (BUKU LOG LATIHAN INDUSTRI – 25%)
PELAKSANAAN SISTEM LATIHAN DIBAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN
MALAYSIA(SPKM) BERASASKAN COPTPA
(Borang ini hendaklah diisi oleh PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)
ARAHAN :
- Tempoh latihan industri tahap 3 selama 3 bulan dan Tahap 4 & 5 selama 4 bulan;;
- PPL hendaklah menilai BUKU LOG pelatih yang telah disahkan oleh Penyelia Industri secara
adil dan rasional dengan menandakan (√) pada skala yang sesuai.
MAKLUMAT CALON
NO. PENDAFTARAN Pengesahan PP
NAMA PENUH Adalah dengan ini, saya
NO. KAD mengesahkan bahawa
PENGENALAN segala maklumat ini adalah
KOD NOSS
betul.
TAJUK NOSS Tarikh ..........................
Tamat Li Tandatangan
Tarikh
Mula Li
Skala / Scale 1 2 3 4 5
Lemah Memuaskan Baik Cemerlang
Kriteria Kurang
Pemarkahan Memuaskan
SKEMA C - BUKU LOG LATIHAN INDUSTRI – 35%
(Di isi oleh PPL)
Sila tandakan (/) pada kotak yang berkenaan. 12345
.
1. Laporan harian
2 Memenuhi CU/WA
JUMLAH MARKAH (C): / 10 x 35 = …… %
Semakan PPD Pengesahan PPL
tt………………………………… tt……………………………….
Chop Nama & Jawatan: Chop Nama & Jawatan:
Tarikh: Tarikh:
JPK/SLaPB/Li/02-SKEMA-D
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
SKEMA PEMARKAHAN (LAPORAN LATIHAN INDUSTRI – 25%)
PELAKSANAAN SISTEM LATIHAN DIBAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN
MALAYSIA(SPKM) BERASASKAN COPTPA
(Borang ini hendaklah diisi oleh PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)
ARAHAN :
-Tempoh latihan industri tahap 3 selama 3 bulan dan Tahap 4 & 5 selama 4 bulan;;
-PPL hendaklah menilai LAPORAN LATIHAN INDUSTRI berpandukan kepada panduan yang sedang berkuatkuasa
dengan menandakan (√) pada skala yang sesuai.
NO. PENDAFTARAN MAKLUMAT CALON Pengesahan PP
NAMA PENUH Tarikh Adalah dengan ini, saya
NO. KAD Tamat Li mengesahkan bahawa
PENGENALAN segala maklumat ini adalah
KOD NOSS
betul.
TAJUK NOSS
..........................
Tarikh Tandatangan
Mula Li
Skala 1 2 3 4 5
Lemah Kurang Memuaskan Baik Cemerlang
Kriteria Memuaskan
Pemarkahan
SKEMA D - LAPORAN LATIHAN INDUSTRI – 35%
(Di isi oleh PPL)
Sila tandakan (/) pada kotak yang berkenaan. 12345
Please tick (/) in the appropriate box.
1. Laporan dibangunkan mengikut standard
2 Aktiviti amali yang diperolehi menepati kehendaNOSS
3 Kebolehan pelatih menyediakan laporan
4 Keberkesanan pelatih berkomunikasi sewaktu sesi :
temubual.
5 Cadangan & rumusan laporan
:
JUMLAH MARKAH (D): / 25 x 35 = …… %
Semakan PPD Pengesahan PPL
tt………………………………… tt……………………………….
Chop: Chop:
Tarikh: Tarikh:
JPK/SLaPB/Li/02-SKEMA-A
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
SKEMA PEMARKAHAN (KEHADIRAN LATIHAN INDUSTRI – 30%)
PELAKSANAAN SISTEM LATIHAN DIBAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN
MALAYSIA(SPKM) BERASASKAN COPTPA
(Borang ini hendaklah diisi oleh PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)
ARAHAN :
- Tempoh latihan industri tahap 3 selama 3 bulan dan Tahap 4 & 5 selama 4 bulan;
- PPL hendaklah menilai KEHADIRAM pelatih yang telah disahkan oleh Penyelia Industri rujukan
borang JPK/SLaPB/Li/SKEMA-B
- Keputusan LULUS diberi bagi kehadiran > 80% dan keputusan GAGAL diberi bagi kehadiran kurang 80%.
- Jika mendapat keputusan GAGAL, pelatih dianggap gagal keseluruhan komponen LI
MAKLUMAT CALON
NO. PENDAFTARAN Pengesahan PP
NAMA PENUH Adalah dengan ini, saya
NO. KAD mengesahkan bahawa
PENGENALAN segala maklumat ini adalah
KOD NOSS
betul.
TAJUK NOSS
Tarikh Tarikh ..........................
Mula Li Tamat Li Tandatangan
PENILAIAN KEHADIRAN LATIHAN INDUSTRI 2
>80% kehadiran Keputusan LULUS
Skala / Scale 0
< 80% kehadiran Keputusan GAGAL
Kriteria
Pemarkahan (Pelatih gagal Latihan industri)
SKEMA A - KEHADIRAN LATIHAN INDUSTRI
(Di isi oleh PPL)
Peratus kehadiran ………% : Keputusan : LULUS / GAGAL
Semakan PPD Pengesahan PPL
tt………………………………… tt……………………………….
Chop Nama & Jawatan: Chop Nama & jawatan:
Tarikh: Tarikh:
Lampiran D
CARTA ALIR KERJA LATIHAN INDUSTRI ( LI ) level 3,DKM dan DLKM
Mula
PENERANGAN 1
2
A SEBELUM 3
4
1 Taklimat mencari penempatan LI kepada pelatih
2 Menerima senarai nama pelatih yang layak sebelum LI 5
6
bermula 7
Permohonan penempatan LI kepada agensi atau 8
3 syarikat industri 9
Menerima persetujuan dan maklumbalas dari pihak 10
agensi / syarikat industri melalui borang 11
(JPK/SlaPB/LI/01) atau pengesahan melalui panggilan 12
4 telefon. Sekiranya permohonan gagal atau tiada 13
maklumbalas permohonan semula akan dilakukan
Mengeluarkan surat pengesahan penempatan LI
5 kepada agensi/syarikat industri dan sesalinan surat
diberi untuk pelatih.
B SEMASA
Pelatih melapor diri kepada agensi berkenaan dan
menyerahkan borang lapor diri (JPK/SlaPB/LI/01) atau
6 pengesahan melalui panggilan telefon kepada pihak PB
dalam tempoh masa 1(satu) bulan dari tarikh melapor
diri di agensi/syarikat industri.
7 Pelatih perlu melengkapkan Buku Log semasa berada
di Syarikat latihan industri (Lampiran A)
Pelatih perlu mengemukakan bukti kehadiran setiap
8 bulan menggunakan borang (JPK/LI/SlaPB/01)
Pemantauan oleh pegawai pemantau menggunakan
9 borang lawatan pemantauan LI (JPK/SlaPB/LI/01)
Prestasi pelatih sepanjang menjalani latihan industri
akan dinilai oleh pihak agensi / syarikat industri dengan
menggunakan borang (JPK/SlaPB/LI/01)
10
C SELEPAS
Penyelia menyerahkan laporan kehadiran pelatih
11 kepada PB
Skema Penilaian latihan Industri
12 (JPK/SlaPB/LI/02/SKEMA) perlu dilengkapkan dan
dikembalikan selepas tamat LI.
13 Pelatih perlu menyediakan dokumen berikut untuk
pengesahan PPL:
Buku log – Rujuk Format buku log Li
Laporan LI – Rujuk Lampiran B
JPK/SlaPB/LI/03 perlu disahkan oleh PPD dan PPL
Tamat
JPK/SLaPB/Li/ 03
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
Kementerian Sumber Manusia, Malaysia
MARKAH KESELURUHAN
PELAKSANAAN SISTEM LATIHAN DIBAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN
MALAYSIA(SPKM) BERASASKAN COPTPA
Borang ini hendaklah diisi oleh PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)
MAKLUMAT CALON
NO. Pengesahan oleh PP
PENDAFTARAN
Adalah dengan ini, saya
NAMA PENUH mengesahkan bahawa
segala maklumat ini adalah
NO. KAD
PENGENALAN betul.
KOD NOSS
TAJUK NOSS
Tarikh Tarikh ..........................
Mula Li Tamat Li Tandatangan
MARKAH PENUH LATIHAN INDUSTRI– 100%
PERKARA YANG DINILAI MARKAH MARKAH MARKAH CATATAN
PENUH LULUS DIPEROLE
1 A - Kehadiran < 80% kehadiran markah
MINIMUM HI (Y) GAGAL
Markah 30 diberi bagi kehadiran > 80% >80% kehadiran markah
markah 0 diberi bagi kehadiran kurang LULUS / LULUS / LULUS
80% GAGAL GAGAL Jika markah GAGAL diberi,
pelatih dianggap gagal
keseluruhan komponen LI
2 B - Laporan Penyelia Industri 30 18
3 C - Buku log 35 21
4 D - Laporan Latihan Industri 35 21
*JUMLAH MARKAH 100 % 60 % ……. %
A+B+C+D+E
PENGESAHAN KEPUTUSAN KESELURUHAN LATIHAN INDUSTRI
KEPUTUSAN TERAMPIL / BELUM TERAMPIL
KESELURUHAN
Semakan PPD Pengesahan PPL
tt………………………………… tt……………………………….
Nama PPD: ………………………………… Nama PPL:………………………………….
No. Kad Pengenalan: …………………….. No Kad Pengenalan:……………………….
Tarikh:………………….. Tarikh: …………………