The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini akan menceritakan tentang salah satu permainan tradisional di Malaysia iaitu 'Guli'.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10410173, 2021-05-04 02:58:37

Permainan Tradisional di Malaysia

Buku ini akan menceritakan tentang salah satu permainan tradisional di Malaysia iaitu 'Guli'.

Permainan
Tradisional di
Malaysia

Guli

NAMA: MARISSA BINTI ABD RAHMAN
KELAS: 6 UKM
ALAMAT E-MAIL: [email protected]
SEKOLAH: SK SRI AMAR, TAMAN SRI AMAR, 81100 JOHOR BAHRU, JOHOR.

Guli

Guli ialah sejenis bola kecil yang biasanya diperbuat daripada kaca,
tanah liat atau akik. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak. Guli juga
boleh digunakan dalam sesetengah permainan lain, contohnya congkak.
Ramai juga yang mengumpul guli, sama ada untuk nostalgia atau warna
estetiknya.

Permainan

Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia
biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah
pemain tidak melebihi lima orang.

Kawasan tanah rata dan lapang ialah gelanggang yang sesuai sebagai tempat bermain guli. Biji
guli yang digunakan untuk permainan ini ialah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur,
berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

Gelanggang

Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garis pusat 1 m. Di tengah-tengah bulatan tersebut
dilekukkan sebuah lubang sebesar 10 cm lebar dan sedalam 7 cm dengan menggunakan tumit kaki
yang dihentakkan ke tanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina
dengan jarak 3 m dari garisan besar tersebut. Garisan ini ialah sebagai penanda mula tempat
permainan.

Cara bermain

Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam
lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir dikira sebagai pemain
yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.

Pemain pertama akan menjentik gulinya ke semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan
agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat
jentikan ke guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat
jentikan ke atas guli pemain lainnya.

Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli
kepunyaannya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli
kepunyaannya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan.
Ini memudahkan mereka mengawal permainan.

Setiap kali terdapat pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih
giliran dikehendaki memasukkan guli kepunyaannya ke dalam lubang induk terlebih dahulu
sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran
untuk pemain lain diberikan.

Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua
pemain selesai giliran.

Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah.
Pemain yang kalah akan memasukkan guli kepunyaanyanya ke dalam lubang induk dan semua
pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali
seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.

Sumber rujukan:

Google Wikipedia


Click to View FlipBook Version