The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KELAS PEMULIHAN SJKT LADANG KOMBOK, 2020-12-07 08:15:04

ANJING DENGAN BAYANG-BAYANGNYA

CERITA KANAK-KANAK

ANJING DENGAN
BAYANG-BAYANGNYA

Suatu hari, seekor anjing
terjumpa dengan seketul tulang
besar.

Anjing sangat gembira dan
berlari-lari pulang ke rumahnya
sambil menggonggong tulang itu.

Di dalam perjalanan,anjing melalui
sebuah titi pada sungai yang dalam
dan sangat jernih.

Anjing menjengkuk ke dalam sungai.
Anjing itu sungguh terkejut apabila ada
seekor anjing lain sedang menggonggong
seketul tulang yang besar.

Anjing itu tidak tahu bahawa itu

adalah bayang-bayangnya sendiri.
“Aku mesti mendapatkan tulang
itu”, kata anjing itu dalam hatinya.

Tanpa berfikir panjang, anjing pun
menyalak kepada anjing yang

dilihatnya di dalam sungai itu.

Sebaik sahaja anjing membuka
mulutnya, tulang yang digonggong itu
terjatuh ke dalam sungai.

“Ahh..bodohnya aku! Aku sepatutnya
bersyukur dengan tulang yang aku ada.
Anjing itu menyesal kerana terlalu tamak.

Akhirnya, anjing itu pulang ke rumah
dengan sedih dan kelaparan.

Nilai murni:-
Bersikap tamak hanyalah merugikan diri-

sendiri.

Terima Kasih..
THAENMOLI SUBRAMANIAM


Click to View FlipBook Version