1
2 KATA ALU-ALUAN YBHG. DATO’ SAYED ALFEIZAL SAYED AHMAD PRESIDEN MUAFAKAT MARA MALAYSIA SESI 2021-2023 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulilah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan inayahnya dapat saya memberi sepatah dua kata sempena Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT Cawangan Kolej Profesional MARA Seri Iskandar Kali Ke-14 . Dikesempatan ini juga, saya amat berbesar hati merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas sokongan dan keprihatinan semua pihak yang hadir bersama-sama pada hari ini. Bagi pihak MUAFAKAT, saya yakin kehadiran tuan puan merupakan tanda sokongan yang tidak berbelah bagi dalam membantu merealisasikan objektif sektor pendidikan di bawah MARA. Pihak MARA telah menyediakan pelbagai program pengajian yang bersepadu dan komprehensif bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama bertaraf global. Justeru, MUAFAKAT merupakan suatu wahana yang terbaik untuk permuafakatan antara komuniti yang terdiri daripada para ibu bapa atau penjaga dengan pihak institusi MARA. Gunalah peluang dalam mesyuarat MUAFAKAT ini untuk para ibu bapa menyuarakan pandangan dan pemikiran yang membina ke arah membantu pihak institusi MARA dalam mencapai objektif tersebut. Kerjasama yang jitu semua pihak dari pelbagai aspek demi kebajikan dan kemajuan anak-anak akan membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak. Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan MUAFAKAT cawangan atas komitmen dan kesungguhan untuk menjayakan mesyuarat pada kali ini. Saya berharap mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat memberi manfaat yang besar terutama kepada anak-anak di bawah organisasi MARA. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kekuatan dan petunjuk dalam setiap perjuangan kita. Sekian, wabilahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YBHG. DATO’ SAYED ALFEIZAL SAYED AHMAD PRESIDEN MUAFAKAT MARA MALAYSIA SESI 2021-2023 2
3 KATA ALU-ALUAN Sr DR. SHAHABUDIN BIN ABDULLAH YANG DIPERTUA MUAFAKAT CAWANGAN KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR SESI 2021-2023 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk berkumpul dan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Badan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (MUAFAKAT) kali ke -14. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT pada kali ini. Kehadiran tuan puan amatlah dihargai dan komitmen yang tinggi ini sangatlah diperlukan dalam usaha untuk membantu KPM mencapai objektifnya mendidik anak bangsa. Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT ini merupakan acara yang terbaik bagi para ibu bapa dan pendidik berkongsi buah fikiran dan pandangan yang bernas untuk bersama-sama melakukan penambahbaikan secara konsisten dan istiqamah bagi memastikan kebajikan para pelajar Kolej Profesional MARA Seri Iskandar (KPMSI) dapat dipenuhi, baik dari segi akademik atau pembentukan sahsiah terpuji. Pihak MUAFAKAT akan sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada KPMSI bagi memastikan kebajikan dan kecemerlangan para pelajar terjaga. Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT kali ke - 14 ini. Saya berharap penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT ini akan dapat meningkatkan ukhuwah, iltizam dan inspirasi kepada semua pihak. Semoga Allah SWT sentiasa mengiringi dan mengurniakan petunjuk dalam setiap langkah perjuangan kita. Sekian, terima kasih. Wabilahi taufiq walhidayah, wassalmualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sr DR. SHAHABUDIN BIN ABDULLAH YANG DIPERTUA MUAFAKAT KPMSI SESI 2021-2023 3
4 KATA ALU-ALUAN EN. ISMANOR FAHMI BIN ISMAIL EX-OFFICIO MUAFAKAT CAWANGAN / PENGARAH KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah dan kurniaNya dapat kita berkumpul pada hari ini bagi menjayakan Mesyuarat Agung MUAFAKAT Cawangan Kolej Profesional MARA Seri Iskandar (KPMSI) Kali ke-14 bagi Tahun 2023 ini. Sekalung penghargaan saya zahirkan atas komitmen yang tuan/puan tunjukkan demi menjaga kebajikan para pelajar KPMSI yang dikasihi. Sebagai sebuah insititusi pengajian tinggi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), kemenjadian seseorang pelajar itu menjadi fokus utama institusi dan organisasi ini. Selaras dengan visi “Membangun Malaysia Madani, Maju dan Sejahtera menjelang 2023” yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya berharap kerjasama antara ibu bapa/penjaga dan para pendidik dapat diperkukuhkan demi melahirkan graduan KPMSI yang berdaya cipta tinggi, berdaya saing, menghormati orang lain tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan budaya, berkeyakinan tinggi dan mengamalkan konsep ihsan dalam kehidupan. Selain daripada azam, iltizam dan dedikasi anak pelajar itu sendiri untuk berjaya dalam bidang akademik, faktor-faktor luaran seperti kemudahan asas yang baik (seperti mesin penapis air dan pendingin hawa) di kawasan kolej juga memainkan peranan besar yang dapat memotivasikan pelajar untuk terus mendaki tangga kejayaan. Pihak kolej, dengan bantuan MUAFAKAT juga telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kebajikan pelajar terjaga supaya kekangan kewangan yang pelajar hadapi tidak mematahkan semangat mereka untuk meraih cita-cita. Akhirulkalam, saya berharap lebih banyak sumbangan bermanfaat dapat diberikan oleh pihak MUAFAKAT KPMSI di masa hadapan demi memastikan lebih banyak aktiviti penuntut kolej dapat diadakan. Sumbangan yang diberikan dapat digunakan untuk menjaga kebajikan para pelajar dan memberi keselesaan sepanjang keberadaan pelajar di kolej ini. Semoga segala sumbangan yang diberikan ini dapat mendokong aspirasi KPMSI dan MARA untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah diadun dengan ketinggian budi bahasa, kematangan berfikir, keutuhan jati diri, kekuatan fizikal dan kemahiran interpersonal yang mantap. Sekian, terima kasih. EN. ISMANOR FAHMI BIN ISMAIL EX-OFFICIO MUAFAKAT CAWANGAN / PENGARAH KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR 4
5 NOTIS MESYUARAT
6 Badan Permuafakatan Pendidikan Mara Malaysia MUAFAKAT Cawangan Kolej Profesional MARA Seri Iskandar No Lot PT 2635, 32610 Seri Iskandar Tel: 05-3711 045 / HP: 011 -2405 5291 Tuan / Puan Sejahtera Salamهتاكربو اللهاةمحرو مكيلع ملاسلا nad MESYUARAT AGUNG BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA (MUAFAKAT MARA) CAWANGAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) SERI ISKANDAR KALI KE-14 BAGI TAHUN 2023 Tuan/puan dengan hormatnya dijemput menghadiri Mesyuarat Agung Badan Permuafakatan Pendidikan Mara Malaysia MUAFAKAT Cawangan Kolej Profesional MARA Seri Iskandar Kali Ke-14 bagi Tahun 2023. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut: Tarikh : 26 Mei 2023 (Jumaat) Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari Tempat : Dewan Kuliah 1, KPMSI & Microsoft Teams Agenda mesyuarat: i. Ucapan Aluan Yang Dipertua MUAFAKAT MARA Cawangan KPM Seri Iskandar ii. Ucapan Aluan Ex-officio (Pengarah Kolej Profesional MARA Seri Iskandar) iii. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Lepas iv. Pembentangan Laporan oleh Setiausaha v. Pembentangan Laporan Kewangan oleh Bendahari vi. Pembubaran Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan KPMSI 2021-2023 vii. Pemilihan Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan KPMSI 2023-2025 (Lampiran 1) viii. Pemilihan Tiga Ahli Jawatankuasa ke Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kebangsaan 2023 ix. Pembentangan Usul x. Hal-hal Lain xi. Ucapan Penangguhan Kerjasama tuan/puan untuk menghadiri mesyuarat ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Yang Benar ELYZA BINTI KHAIRUDDIN Setiausaha MUAFAKAT Cawangan KPM Seri Iskandar
7 Lampiran 1 Pemilihan Jawatankuasa baharu sesi 2023-2025 untuk jawatan yang berikut perlu dibuat semasa Mesyuarat Agung: 1. Pengerusi Tetap 2. Timbalan Pengerusi Tetap 3. Yang Dipertua 4. Naib Yang Dipertua 5. AJK Ibu Bapa/Penjaga (7 orang) 6. Juruaudit (2 orang - seorang AJK Ibu/Bapa/Penjaga dan seorang AJK Guru) Manakala pemilihan jawatan yang berikut pula akan dibuat oleh pihak pengurusan kolej selepas Mesyuarat Agung: 1. Setiausaha 2. Penolong Setiausaha 3. Bendahari 4. AJK Pensyarah (5 orang)
8 ATURCARA MESYUARAT
9 ATURCARA MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT CAWANGAN KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR KALI KE-14 BAGI TAHUN 2023 9.45 pagi: Pendaftaran Ibu Bapa dan Pensyarah (secara fizikal dan dalam talian) 10.00 pagi: - Ucapan Aluan Timbalan Pengerusi Tetap MUAFAKAT (Tn. Syed Sallehuddin Idid bin Syed Salim Idid) - Bacaan Doa - Ucapan Aluan oleh Yang Dipertua MUAFAKAT Cawangan KPM Seri Iskandar 2021-2023 (Dr. Shahabudin bin Abdullah) - Ucapan Perasmian oleh Ex-officio MUAFAKAT Cawangan KPMSI (En. Ismanor Fahmi bin Ismail) CABUTAN BERTUAH (1) 10.30 pagi: Mesyuarat Agung MUAFAKAT KPMSI Kali Ke-14 Tahun 2023 bermula - Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Lepas - Pembentangan Laporan oleh Setiausaha - Pembentangan Laporan Kewangan oleh Bendahari - Pembubaran Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan KPMSI 2021-2023 CABUTAN BERTUAH (2) - Pemilihan Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan KPMSI 2023-2025 - Pemilihan Tiga Ahli Jawatankuasa ke Mesyuarat Agung MUAFAKAT MARA 2023 - Pembentangan Usul - Hal-hal Lain - Ucapan Penangguhan Yang Dipertua MUAFAKAT Cawangan KPMSI 2023-2025 CABUTAN BERTUAH (3) 8
10 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-13 BAGI TAHUN 2022
11 10 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-13 BAGI TAHUN 2022 MUAFAKAT CAWANGAN KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR Tarikh: 27 Ogos 2022 Masa: 10.25 pagi – 12.51 tengahari Tempat: Google Meet Kehadiran: Seperti di Lampiran A Agenda : 1. Ucapan Aluan Yang Dipertua Badan MUAFAKAT Cawangan KPM Seri Iskandar 2. Ucapan Aluan daripada Ex-officio (Pengarah Kolej Profesional MARA Seri Iskandar) 3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Lepas 4. Pembentangan Laporan daripada Setiausaha 5. Pembentangan Laporan Kewangan daripada Bendahari 6. Pemilihan tiga ahli Jawatankuasa ke Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kebangsaan 2022 7. Pembentangan usul 8. Hal-hal lain 9. Ucapan Penangguhan Perkara Perkara/Butiran Tindakan 1.0 Ucapan Aluan Yang Dipertua Badan MUAFAKAT Cawangan KPM Seri Iskandar 1.1 Yang Dipertua MUAFAKAT, Sr Dr. Shahabudin bin Abdullah memulakan ucapan dengan bacaan Al-Fatihah. Yang Dipertua mengucapkan terima kasih atas kesudian Pengarah KPMSI, En. Ismanor Fahmi bin Ismail untuk menyertai mesyuarat pada hari ini. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran pensyarah dan ibu bapa/penjaga dan mengucapkan terima kasih. 1.2 Beliau juga mengharapkan kehadiran daripada kalangan ahli ibu bapa ke mesyuarat agung MUAFAKAT meningkat di masa hadapan. 1.3 Yang Dipertua menyatakan persaingan untuk mendapatkan tempat belajar di institusi di bawah MARA semakin hari semakin sengit. 1.4 Yang Dipertua menzahirkan harapan beliau untuk melihat MUAFAKAT KPMSI dapat lebih banyak membantu para pelajar dari segi fasiliti, sumbangan makanan dan bantuan pembelajaran. Pelajar juga perlu Makluman Makluman Makluman Makluman
12 didedahkan dengan pelbagai sumber dan pengalaman untuk meningkatkan nilai kemahiran insaniah (soft skills) mereka. 2.0 Ucapan Aluan Ex-officio MUAFAKAT (Pengarah Kolej Profesional MARA Seri Iskandar) 2.1 Tn. Pengarah KPMSI, En Ismanor Fahmi bin Ismail, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir pada hari ini. 2.2 Beliau bersetuju dengan kenyataan Tn. Yang Dipertua mengenai permohonan untuk menyambung pelajaran di institusi Pendidikan MARA semakan hari semakin banyak dan sengit. Perkara ini disebabkan oleh komitmen MARA dan institusi dibawahnya dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan pengetahuan kemahiran insaniah kepada para pelajar. 2.3 Beliau juga memaklumkan proses naiktaraf dewan utama dan surau KPMSI sedang berjalan. KPMSI amat komited dalam memastikan keselesaan pelajar untuk sesi pembelajaran diberi keutamaan. Makluman Makluman Makluman 3.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Lepas 3.1 Setiausaha memohon ahli mesyuarat untuk merujuk minit mesyuarat dan menyatakan sekiranya ada pindaan dan seterusnya memohon cadangan pengesahan minit tersebut. 3.2 Minit Mesyuarat Agung MUAFAKAT Cawangan KPMSI Kali Ke-12 disahkan dengan pindaan. Pencadang: Pn. Wan Ramlah binti Wan Rahimi Penyokong: Pn. Anis Arianti binti Norman 3.3 Pindaan adalah seperti berikut: Perkara 3.0 – satu perkataan “makluman” perlu dipadam Perkara 4.1 – tahun “2022” ditukar kepada “2020” Perkara 7.0 – Perkara “6.1” ditukar kepada “7.1” Makluman Makluman Makluman 4.0 Pembentangan Laporan daripada Setiausaha 4.1 Setiausaha membentang laporan tahunan berkaitan aktiviti dan sumbangan MUAFAKAT Cawangan KPMSI bagi tahun 2021 yang berakhir pada 31 Disember 2021. Makluman 5.0 Pembentangan Laporan Kewangan 5.1 Bendahari membentang Penyata Kewangan Tahunan yang berakhir 31 Disember 2021. Makluman
13 5.2 Penyata kewangan MUAFAKAT KPMSI yang berakhir pada 31 Disember 2021 disahkan tanpa pindaan. Pencadang: Pn. Sharifah binti Yahya Penyokong: Pn. Jun Juhaizi binti Juhari Makluman 6.0 Pemilihan Tiga Ahli Jawatankuasa ke Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kebangsaan 2022 6.1 Tiga orang ahli jawatankuasa yang akan menghadiri Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kebangsaan 2022 adalah seperti berikut: 1) Timbalan Yang Dipertua 2) Bendahari 3) Setiausaha 6.2 Tn. Yang Dipertua akan menghadiri mesyuarat tersebut sebagai exco jawatankuasa pusat. Makluman Makluman 7.0 Pembentangan Usul USUL/CADANGAN PENGIRIM USUL 7.1 Anak kepada AJK Muafakat diberi keistimewaan untuk tinggal di dalam asrama sepanjang tempoh AJK tersebut memegang jawatan dalam Muafakat. Jawapan: Pihak kolej bersetuju dengan cadangan ini. Sr DR. Shahabudin bin Abdullah (YDP) 7.2 Mengadakan hari perjumpaan bersama speaker di kalangan usahawan untuk kerjaya masa depan. Jawapan: Pihak kolej, pensyarah dan pelajar telah beberapa kali menjemput tokoh-tokoh usahawan untuk memberi ceramah dan berkongsi tips-tips untuk menjadi usahawan berjaya. Usaha murni seperti ini akan diteruskan di masa hadapan. En. Zaid bin Jamalluddin 7.3 Menambah jumlah mesin basuh dan mesin penapis air dan menambahbaik kualiti makanan di kafeteria. Jawapan: Pihak koperasi KPMSI mempunyai perancangan untuk menambah jumlah mesin basuh di masa hadapan. Begitu juga dengan mesin penapis air, pihak MUAFAKAT akan menyumbang satu mesin di kamsis siswa dan siswi. Pihak pengusaha kafeteria telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Tn. Hj. Wahid Ali bin Kassim Ali Makluman Makluman Makluman
14 7.4 Prosedur Operasi Standard Pencegahan Covid-19 yang terbaharu Jawapan: - Pelajar perlu melakukan pemeriksaan kendiri sebelum kembali ke kolej. - Ibu bapa telah dibenarkan untuk masuk ke kawasan kolej bagi mengambil anak. - Jika pelajar dijangkiti virus Covid, pelajar kamsis akan menjalani kuarantin di bilik yang dikhaskan dan ahli jawatankuasa resident council akan menghantar makanan. Pelajar yang tinggal di luar pula perlu kuarantin di rumah sewa dan perlu memaklumkan kepada pihak kolej. Wakil kolej akan membantu menyalurkan bekalan makanan jika kesemua pelajar di dalam rumah yang sama perlu dikuarantin. Pn. Wan Norzakirah binti Wan Mahmood 7.5 Usul 7.5.1 Bagaimana kos pembayaran makanan di Kafeteria? Adakah harga dinaikkan mengikut harga seperti di luar? Jawapan: Harga makanan dan minuman di kafeteria KPMSI buat masa ini adalah berpatutan. 7.5.2 Masa pelajar dikehendaki melapor diri di kamsis semula sekiranya balik bercuti. Jawapan: Sekiranya pelajar pulang pada hari Sabtu atau Ahad, pelajar wajib pulang sebelum jam 9:00 malam. 7.5.3 Pihak kolej memberi cadangan atau tempat kepada pelajar semester akhir untuk latihan praktikal. Jawapan: Koordinator Latihan Industri, Penasihat Akademik dan Pegawai Latihan Industri akan memberi taklimat dan cadangan beberapa tempat yang sesuai untuk pelajar memohon syarikat Latihan Industri. En. Saidi@Mohd Suhardi bin Mat Makluman Makluman 8.0 Hal-hal Lain 8.1 En. Shahrun Isa bin Sanusi mencadangkan pihak kolej memanggil pihak bank untuk datang ke kolej bagi memudahkan urusan pendaftaran akaun baharu bagi tujuan penerimaan elaun bulanan. NYDP
15 Jawapan: Pihak kolej menerima cadangan dan akan memanggil pihak bank untuk membuka ‘booth’ di kolej mulai sesi 3 2022/2023. 8.2 En Abdul Rashid mencadangkan pihak kolej untuk memantau anasir-anasir negatif yang dapat mempengaruhi pelajar seperti amalan LGBT, fahaman agama sesat supaya tidak berleluasa seperti di IPTA/IPTS lain. Jawapan: Pihak kolej terutamanya tenaga pengajar sentiasa memastikan penerapan nilai-nilai murni di dalam dan luar kelas dilakukan secara konsisten untuk meningkatkan nilai jatidiri para pelajar. 8.3 Pn. Rosjulyna binti Arshad memohon penerangan mengenai beza fungsi homeroom KPMSI dan MRSM dan cara pelaksanaan. Jawapan: Pn. Nor Azian selaku Ketua Unit Homeroom KPMSI menerangkan fungsi keduanya adalah lebih kurang sama. Setiap pelajar baru akan diberikan kumpulan homeroom pada hari pendaftaran. Mereka akan diberikan kumpulan WhatsApp untuk berinteraksi dengan penasihat homeroom dan anak-anak homeroom yang lain. NYDP Makluman 9.0 Ucapan Penangguhan 9.1 Tn. Yang Dipertua mnegucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan kolej dan ahli MUAFAKAT yang hadir pada hari ini. Beliau berharap semoga lebih banyak sumbangan dapat diberikan oleh MUAFAKAT pada masa hadapan untuk kesejahteraan para pelajar. 9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.51 tengahari dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr. Makluman Makluman Disediakan oleh: Disemak oleh: ……………………..……………… ……………………………………………… Elyza Binti Khairuddin Dr. Shahabudin bin Abdullah Setiausaha MUAFAKAT Yang Dipertua MUAFAKAT Cawangan KPMSI Cawangan KPMSI
16 LAMPIRAN A KEHADIRAN Tarikh : Masa : Tempat : 27 Ogos 2022 10.25 pagi – 12.51 tengahari Google Meet Bil. Nama Kategori 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. Ismanor Fahmi bin Ismail Mohd Ikhsan bin Moksin Khairuddin bin sabri Ahmad Shahriman bin Ahamad Tekmezi Elyza binti Khairuddin Hafidzoh binti Ab Samad Sharifah binti Yahya Jun Juhaizi Juhari Noor Aziah binti Mamat Marini binti Mohamed Azhari Nor Azian binti Abu Asan @ Abu hassan Raftah binti Mad Kapot Anis Arianti Norman Nur Arifah binti Daud Wan ramlah binti Wan Rahimi Norazura binti Misran Diana Ann a/p Asettamby Ku Nabilah Izyani binti Ku Abdul Halim Lindawati binti Mohamad Radzi Nurhazwani binti Ghazali Zariah binti Hj. Ibrahim Sariah binti Rajuli Nurul Ilham binti Bidin Nor Maizatul Akma binti Mohd Shariff Syafiqah binti Rahmat Nurul Afza binti Abd Rashid Muhamad Nazri bin Abd Radin Kamariah binti Abdullah Hasnurlisda binti Hilmi Nurul Aiman binti Mohd kKir Norhafiz bin Nasrudin Dr. Shahabudin bin Abdullah Zulhisham bin Shaharom Ex-officio Timbalan Pengarah HEA Naib Yang Dipertua Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Ajk Pensyarah Yang Dipertua
17 41. 42. 43. 44. 45. 46. 47. 48. 49. 50. 51. 52. 53. 54. Wardatul Ithni binti Abd Rahman Zaid bin Jamalluddin Ashriah binti Mohd Azmir Saidi@Mohd Suhardi bin Mat Mohd Lutfi bin Mat Saad Abdul Rashid bin Hj Mohd Munir Masliza binti Che Omar Siti Mariam binti Mustapa Noor Azizah binti Madi Rosjulyna binti Arshad Wan Norzakirah binti WanMahmood Shahrun Isa bin Sanusi Hamizul Nizam bin Hasani Ajk Ibu Bapa/Penjaga Ajk Ibu Bapa/Penjaga Ajk Ibu Bapa/Penjaga Ajk Ibu Bapa/Penjaga Ajk Ibu Bapa/Penjaga Ajk Ibu Bapa/Penjaga Ajk Ibu Bapa/Penjaga Ajk Ibu Bapa/Penjaga Ajk Ibu Bapa/Penjaga Ajk Ibu Bapa/Penjaga Ajk Ibu Bapa/Penjaga Ajk Ibu Bapa/Penjaga Ajk Ibu Bapa/Penjaga Ajk Ibu Bapa/Penjaga Ajk Ibu Bapa/Penjaga
18 18 LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2022
19 AKTIVITI / SUMBANGAN TAHUN 2022 BULAN AKTIVITI/SUMBANGAN JANUARI 2022 • Sumbangan ubat-ubatan untuk pelajar yang terlibat dengan Covid 19 FEBRUARI 2022 • Sumbangan sarapan untuk Peperiksaan Akhir Sesi 3 2021/2022 • Sumbangan kepada Guru Fardhu Ain Surau KPMSI MAC 2022 • Sumbangan pembiayaan makanan kepada pelajar yang dijangkiti Covid 19 di KPMSI APRIL 2022 • Sumbangan duit raya kepada anak-anak staf sempena IFTAR MEI 2022 • Sumbangan pembiayaan makanan bagi program Syoknya Ramadhan (MOREH) JUN 2022 • Sumbangan program "Tummy Time 2.0" sepanjang minggu peperiksaan Sesi 1 2022/2023 JULAI 2022 TIADA OGOS 2022 • Sumbangan 4 unit seterika kepada asrama • Sumbangan sempena KPMSI Sport Championship Series • Sumbangan 100 naskah Al-Quran kepada pelajar Semester 1 SEPTEMBER 2022 • Sumbangan program Gerobok Kasih KPMSI 2.0 OKTOBER 2022 • Sumbangan kepada pelajar untuk program Malaysia Future Leader School (MFLS) Go Global ke Korea • Sumbangan sempena DEC Annual Dinner NOVEMBER 2022 • Sumbangan program "Tummy Time 3.0" sepanjang minggu peperiksaan Sesi 2 2022/2023 • Sumbangan pembelian 30 unit katil untuk asrama KPMSI • Sumbangan pembelian kamera Kelab IMC DISEMBER 2022 TIADA
20 20 PENYATA KEWANGAN 2022
21 BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA (MUAFAKAT) CAWANGAN KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR LEMBARAN IMBANGAN PADA 31 DISEMBER 2022 NOTA 2022 2021 RM RM ASET TETAP - - ASET SEMASA Tunai Di Tangan 305.30 288.49 Tunai Di Bank BIMB 47,434.66 45,157.61 JUMLAH ASET SEMASA 47,739.96 45,446.10 JUMLAH ASET 47,739.96 45,446.10 DIBIAYAI OLEH: Dana Terkumpul Awal 45,446.10 44,040.59 Lebihan (kurangan) semasa 2,293.86 1,405.51 47,739.96 45,446.10
22 BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA (MUAFAKAT) CAWANGAN KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 NOTA 2022 2021 RM RM PENDAPATAN Yuran Pendaftaran 9,540.00 7,784.00 Yuran Tahunan 42,545.00 40,122.00 Hibah 50.63 56.39 E-Outing - - Sumbangan 1,740.00 - Pelbagai Pendapatan 637.71 3,806.00 JUMLAH PENDAPATAN 54,513.34 51,768.39 PERBELANJAAN Jamuan & Keraian 152.50 107.00 Hadiah & Cenderahati - 2,000.00 Sumbangan 1 29,640.90 26,067.90 Bantuan Kewangan Pendidikan 2 4,970.00 16,800.00 Sewa Penapis Air COWAY 3 12,488.08 1,536.48 Yuran MUAFAKAT KEBANGSAAN 3,900.00 3,650.00 Alatulis - 185.00 Caj Bank 68.00 16.50 SMS E-Outing 1,000.00 - JUMLAH PERBELANJAAN 52,219.48 50,362.88 LEBIHAN/(KURANGAN) PENDAPATAN 2,293.86 1,405.51
23 BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA (MUAFAKAT) CAWANGAN KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 NOTA RM RM BAKI AWAL TUNAI DI TANGAN 288.49 BAKI AWAL TUNAI DI BANK 45,157.61 45,446.10 PENERIMAAN Yuran Pendaftaran 9,540.00 Yuran Tahunan (Pelajar) 42,150.00 Yuran Tahunan (Pensyarah) 395.00 Hibah 50.63 Sumbangan 1,740.00 Pelbagai Pendapatan 637.71 JUMLAH PENERIMAAN 54,513.34 PEMBAYARAN Jamuan dan Keraian 152.50 Sumbangan 29,640.90 SMS E-outing 1,000.00 Bantuan Kewangan Pendidikan 4,970.00 Sewa Penapis Air COWAY 12,488.08 Yuran MUAFAKAT KEBANGSAAN 3,900.00 Alatulis 0.00 Caj Bank 68.00 JUMLAH PEMBAYARAN 52,219.48 LEBIHAN TUNAI 2,293.86 BAKI AKHIR 47,739.96 BAKI AKHIR TUNAI DI TANGAN 305.30 BAKI AKHIR TUNAI DI BANK 47,434.66 47,739.96
24 BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA (MUAFAKAT) CAWANGAN KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR NOTA KEPADA AKAUN RM Sumbangan/Aktiviti 2022 JAN Sumbangan ubat-ubatan untuk pelajar yang terlibat dengan Covid 19 73.90 73.90 FEB Sumbangan sarapan untuk Peperiksaan Akhir Sesi 3 2021/2022 3,022.00 Sumbangan kepada Guru Fardhu Ain Surau KPMSI 700.00 3,722.00 MAC Sumbangan pembiayaan makanan kepada pelajar yang dijangkiti Covid 19 di KPMSI 1,000.00 1,000.00 APRIL Sumbangan duit raya kepada anak-anak staf sempena IFTAR 210.00 Sumbangan pembiayaan makanan bagi program Syoknya Ramadhan (MOREH) 2,000.00 2,210.00 MEI Sumbangan program Gerobok Kasih KPMSI 1.0 1,000.00 1,000.00 JUN Sumbangan program "Tummy Time 2.0" sepanjang minggu peperiksaan Sesi 1 2022/2023 1,888.00 1,888.00 JULAI 0.00 0.00 OGOS Sumbangan 4 unit seterika kepada asrama 268.00 Sumbangan sempena KPMSI Sport Championship Series 480.00 Sumbangan 100 naskah Al-Quran kepada pelajar Semester 1 800.00 1,548.00 SEPTEMBER Sumbangan program Gerobok Kasih KPMSI 2.0 1,900.00 1,900.00 OKTOBER Sumbangan kepada pelajar untuk program Malaysia Future Leader School (MFLS) Go Global ke Korea 2,000.00 Sumbangan sempena DEC Annual Dinner 500.00 2,500.00
25 NOVEMBER Sumbangan program "Tummy Time 3.0" sepanjang minggu peperiksaan Sesi 2 2022/2023 2,500.00 Sumbangan pembelian 30 unit katil untuk asrama KPMSI 9,000.00 Sumbangan pembelian kamera Kelab IMC 2,299.00 13,799.00 DISEMBER 0.00 0.00 29,640.90 Bantuan Kewangan Pendidikan/Pelajaran JULAI 2022 Nur Adibah Alia binti Seman 600.00 Saiful Azmi bin Azman 600.00 Nur Ainul Mardhiah binti Azril 600.00 Mia Mahsuri binti Hamizi 600.00 Basirah binti Mohd Nasir 600.00 Nurin Syazwani binti Mohd Azman 600.00 Nur Sabrina binti Ahmad Azaha 600.00 Nur Izzah binti Mohd Razali 600.00 4,800.00 DISEMBER 2022 Izzun Nabilah binti Mohd Nizam 170.00 170.00 4,970.00 Sewa Penapis Air COWAY MAC 2882064/409640 ( 2 unit x RM 768.24) 1,536.48 1,536.48 OGOS 5297386 (1 unit x RM 107.00 x 5 bulan) 535.00 2882064 ( RM 132.00 x 3 bulan) 396.00 4096409 ( RM 132.00 x 2 bulan) 264.00 5297386 (RM 107.00 x 5 bulan) 535.00 5922415 (RM 112.00 x 4 bulan) 448.00 5922418 (RM 112.00 x 4 bulan) 448.00 2,626.00 DISEMBER 2882064/409640 ( RM 125.40x 12 x 2 unit) 3,009.60 5297386 (RM 107.00 x 12 bulan) 1,284.00 5922415/6083752/6783760 (RM 112.00 X 12 bln x 3 unit) 4,032.00 8,325.60 12,488.08
26 BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA (MUAFAKAT) CAWANGAN KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR BELANJAWAN PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 NOTA RM PENDAPATAN Yuran Pendaftaran 9,000.00 Yuran Tahunan 40,000.00 Hibah 100.00 Sumbangan 5,000.00 JUMLAH PENDAPATAN 54,100.00 PERBELANJAAN Jamuan & Keraian 500.00 Hadiah & Cenderahati 200.00 Sumbangan 28,000.00 Elaun Perjalanan 1,000.00 Setem & Pos 100.00 Bantuan Kewangan Pendidikan 9,000.00 Sewa Penapis Air COWAY 9,000.00 Yuran MUAFAKAT KEBANGSAAN 4,000.00 Alatulis 100.00 Caj Bank 50.00 JUMLAH PERBELANJAAN 51,950.00 LEBIHAN/(KURANGAN) PENDAPATAN 2,150.00
27 27 USUL & CADANGAN
28 27 BIL. NAMA USUL/CADANGAN CATATAN/TINDAKAN 1. Sr Dr. Shahabudin bin Abdullah (YDP) Kelonggaran peraturan akademik berkaitan pakaian pelajar semasa cuaca panas. Merujuk kepada Memo Bahagian Pendidikan Tinggi MARA bertarikh 18 Mei 2023 dan juga hebahan kepada ibu bapa serta pelajar Kolej Profesional MARA Seri Iskandar bertajuk Kemaskini Kebenaran Khas Kepada Pelajar Memakai Pakaian Sukan Semasa Cuaca Panas, pelajar KPMSI telah diberi kebenaran khas untuk memakai pakaian seperti contoh tatacara berpakaian pelajar yang telah dimaklumkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar melalui aplikasi Telegram Rasmi MPP bertarikh 22 Mei 2023. Pengendalian rumah sewa oleh MUAFAKAT Perkara ini akan diperhalusi dan dibincangkan dengan lebih mendalam di dalam mesyuarat ajk yang akan datang. Buat masa ini, bahagian Hal Ehwal Pelajar kolej telah mengumpul beberapa nama dan no telefon pengusaha rumah sewa di sekitar Seri Iskandar terutamanya di Taman Gemilang. Maklumat ini disalurkan setiap semester kepada pelajar yang akan menyewa rumah di luar kolej. Selain dari itu, pihak alumni kolej (PAKSI) juga sedang mengusahakan untuk menyewa beberpa lot rumah kedai untuk dijadikan kamsis luar pelajar. 2. En. Kamarul Zaman bin Hussin Benarkan pelajar pakai baju biasa ke kelas Merujuk kepada Memo Bahagian Pendidikan Tinggi MARA bertarikh 18 Mei 2023 dan juga hebahan kepada ibu bapa serta pelajar Kolej Profesional MARA Seri Iskandar bertajuk Kemaskini Kebenaran Khas Kepada Pelajar Memakai Pakaian Sukan Semasa Cuaca Panas, pelajar KPMSI telah diberi kebenaran khas untuk memakai pakaian seperti contoh tatacara berpakaian pelajar yang telah dimaklumkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar melalui aplikasi Telegram Rasmi MPP bertarikh 22 Mei 2023.
29 Lewatkan sikit curfew kepada pukul 12 Pihak KPMSI tidak bercadang untuk mengubah waktu curfew pada hari Isnin sehingga Khamis pada jam 7:00 malam dan pada hari Jumaat sehingga Ahad pada jam 9:00 malam seperti yang dicadangkan untuk melewatkan waktu curfew kepada jam 12:00 tengah malam. Sebagai institusi pendidikan, pihak KPMSI menitikberatkan isu keselamatan dan juga kesihatan yang baik kepada para pelajar, dan tempoh waktu curfew yang dilaksanakan sekarang sesuai bagi menjamin para pelajar pulang pada waktu yang ditetapkan agar dapat mendapat rehat yang mencukupi pada waktu malam dan seterusnya tidak mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran terutamanya setelah pelaksanaan Tiga Semester Panjang dalam tempoh 12 minggu kuliah. Kurangkan harga makanan kat café Merujuk kepada pengenalan Menu Rahmah di institusi pengajian tinggi seluruh negara yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDNKSH), satu lawatan daripada Pegawai KPDNKSH Cawangan Manjung pada 15 Februari 2023 hadir untuk berbincangan berkenaan pelaksanaan Menu Rahmah di Kafeteria KPMSI. Selaras dengan itu, mulai 23 Februari 2023, Menu Rahmah telah diperkenalkan kepada pelajar oleh Pengusaha Kafeteria KPMSI yang juga telah dibuat hebahan rasmi kepada para pelajar melalui aplikasi Telegram MPP KPMSI. 3. Pn. Nurhazwani binti Ghazali Cadangan untuk menjemput Yayasan Pelajaran MARA untuk menerangkan kepada Ahli MUAFAKAT KPMSI mengenai: 1) Skim dan Bantuan di bawah Yayasan Pelajaran MARA 2) Jenis sumbangan/tabung di bawah Yayasan Pelajaran MARA 2) Tatacara Sumbangan kepada Yayasan Pelajaran MARA oleh individu/syarikat Cadangan diterima dan wakil daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) akan diberi satu slot bersama ibu bapa/penjaga semasa hari pendaftaran pelajar baru untuk memberi penerangan lanjut mengenai skim bantuan/sumbangan/tabung di bawah YPM.
30 4. En. Ismail bin Mohamed Yasin Pelajar yang jauh dari keluarga macam anak saya supaya dapat tinggal di asrama sampai akhir semester. Permohonan kemasukan ke kamsis perlu dimohon oleh pelajar yang berminat untuk mendiami kamsis dengan kriteria permohonan seperti a) siswa / siswi yang meneruskan pengajian, b) berkeperluan khas, c) berdisiplin dan d) aktif. Permohonan ke kamsis bagi Sesi 2 2023/2024 telah dibuka mulai 23 Mei 2023 sehingga 11 Jun 2023. Bagi pelajar yang tidak memohon, pelajar dianggap tidak berminat untuk menduduki kamsis. Permohonan yang tidak diluluskan boleh mengemukakan rayuan dan pertimbangan rayuan adalah berdasarkan kepada jumlah kekosongan katil asrama. 5. En. Ramli bin Hamzah Menambah kipas dinding di asrama KPMSI Antara cadangan yang disenaraipendek bagi dipertimbangkan untuk mendapat kelulusan daripada pihak MARA. 6. En. Mohd Nizam bin Zainol Berikan kemudahan Kamsis/Hostel untuk pelajar yang jauh Permohonan kemasukan ke kamsis perlu dimohon oleh pelajar yang berminat untuk mendiami kamsis dengan kriteria permohonan seperti a) siswa / siswi yang meneruskan pengajian, b) berkeperluan khas, c) berdisiplin dan d) aktif. Permohonan ke kamsis bagi Sesi 2 2023/2024 telah dibuka mulai 23 Mei 2023 sehingga 11 Jun 2023. Bagi pelajar yang tidak memohon, pelajar dianggap tidak berminat untuk menduduki kamsis. Permohonan yang tidak diluluskan boleh mengemukakan rayuan dan pertimbangan rayuan adalah berdasarkan kepada jumlah kekosongan katil asrama.
31 Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung – pihak pengurusan KPMSI, ahli jawatankuasa MUAFAKAT KPMSI, ibu bapa/penjaga, pensyarah, pereka grafik dan Unit ICT dan Media KPMSI