The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fatin Auni, 2024-06-20 07:52:32

Buku Program Majlis Malam Apresiasi Jabatan Kejururawatan UKM 2023/2024

Buku Program

BIZMILLA EVENT HALL, PUTRAJAYA MAJLIS MALAM APRESIASI JUN 29 2024 J A B A T A N K E J U R U R A W A T A N 2 0 2 3 / 2 0 2 4 A N J U R A N : J A B A T A N K E J U R U R A W A T A N F A K U L T I P E R U B A T A N U N I V E R S I T I K E B A N G S A A N M A L A Y S I A A N J U R A N B E R S A M A : P E R S A T U A N M A H A S I S W A / 1 F A K U L T I P E R U B A T A N ( P E R S I A P ) S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 U N I V E R S I T I K E B A N G S A A N M A L A Y S I A


KATA-KATA ALUAN Assalamualaikum W.B.T. dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya, dapat kita sama-sama berhimpun dalam Majlis Malam Apresiasi Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2023/2024 . Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pelajar Tahun 1, Program Sarjana Muda Kejururawatan UKM kerana telah berjaya menganjurkan program ini, Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan (PERSIAP) dan warga Jabatan Kejururawatan UKM kerana telah bertungkus lumus menjayakan Majlis Malam Apresiasi ini. Sesungguhnya, usaha semua pihak yang terlibat untuk merealisasikan majlis ini dengan membawa satu simbol untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Jabatan Kejururawatan UKM. Seperti yang dimaklumkan, Majlis Malam Apresiasi pada kali ini adalah bertemakan “Under The Stars” merupakan usaha daripada pelajar-pelajar Kejururawatan Tahun 1 bagi meraikan para pelajar tahun akhir khususnya. Saya berharap para pelajar tahun akhir yang bakal bergraduasi akan menjadi seorang jururawat yang baik dan dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi. Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana Majlis Malam Apresiasi di atas usaha, komitmen dan pengorbanan yang diberikan bagi memastikan kelancaran majlis ini. Dengan slogan “Dreamy Wondrous Night”, Majlis Malam Apresiasi ini bukan sahaja berpaksikan peranannya sebagai acara tahunan semata-mata, tetapi ia juga menjadi medium yang berkesan untuk kita bertemu mata dan berkenal mesra serta mengukuhkan hubungan antara para pensyarah, pelajar-pelajar dan seluruh warga Jabatan Kejururawatan UKM. Untuk pengetahuan hadirin, program ini juga merupakan program yang dikendalikan bagi memenuhi keperluan kredit CITRA Universiti (C6) iaitu Kursus LMCK2922 Kemahiran Insaniah. Secara tidak langsung, majlis ini memberikan latihan kemahiran serta pengalaman kepada para pelajar Kejururawatan Tahun 1 selaku penganjur, dalam mengurus majlis yang indah ini. Sukacita saya mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir memberi sokongan dan kerjasama yang harmoni pada malam ini. Akhir kata, saya berharap ukhuwah yang terjalin di antara kita akan berterusan dan sekali gus menjadi sebuah keluarga besar yang harmoni dan muhibah sebagai satu sistem sokongan di jabatan. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama semua sehingga membolehkan dilaksanakan dengan jayanya . Semoga majlis ini menjadi memori yang terindah buat para hadirin dan hadirat sekalian. Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. D R. J A L I N A B I N T I K A R I M , K e t u a J a b a t a n K e j u r u r a w a t a n F a k u l t i P e r u b a t a n , U n i v e r s i t i K e b a n g s a a n M a l a y s i a


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi saya ucapkan kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya nukilkan sedikit bicara sebagai wadah penghargaan kepada pelajar Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan, Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan (PERSIAP) dan warga Jabatan Kejururawatan di atas usaha gigih dan kerjasama yang diberikan bagi menjayakan Majlis Malam Apresiasi Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia bagi Sesi 2023/2024 pada tahun ini. Dengan tema yang dibawakan iaitu “Under the Stars”, majlis ini telah dilaksanakan dengan tujuan untuk meraikan pelajar-pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan yang bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi dan seterusnya melangkah ke alam pekerjaan . Selain itu, majlis ini akan turut menyampaikan anugerah-anugerah kecemerlangan bagi para pelajar, pengajar klinikal dan pensyarah yang cemerlang dalam pelbagai aspek sepanjang sesi 2023/2024. Sedikit kelainan dibawakan pada majlis kali ini berbanding majlis-majlis sebelum ini melalui tema yang lebih menarik serta diiringi dengan persembahan-persembahan yang hebat dan bakal memukau para tetamu yang hadir. Oleh sebab itu, saya percaya dan yakin bahawa majlis ini mampu memberikan impak yang baik dan positif kepada semua tetamu yang hadir termasuk pihak penganjur dari pelbagai aspek seperti komunikasi, kepimpinan dan pengurusan masa yang merupakan antara cabang-cabang penting dalam diri seorang pelajar dan warga di jabatan. Moga majlis ini dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama pelajar dan ahli jabatan serta memberi inspirasi kepada semua warga Jabatan Kejururawatan UKM untuk terus mengorak langkah ke arah memartabatkan kerjaya di bidang kejururawatan. Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pelajar Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada malam ini. Diharapkan majlis ini dapat menjadi sebuah platform untuk mengasah bakat kepimpinan generasi muda dalam memacu kerjaya kejururawatan pada masa hadapan. Sekian, terima kasih KATA-KATA ALUAN DR. R O S H A Y A B I N T I Z A K A R I A P e n a s i h a t P r o g r a m M a l a m A p r e s i a s i J a b a t a n K e j u r u r a w a t a n 2023/2024 U n i v e r s i t i K e b a n g s a a n M a l a y s i a


. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. dan selamat sejahtera. Salam Malaysia Madani dan Salam Universiti Watan. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis Malam Apresiasi Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2023/2024 yang penuh gilang-gemilang ini. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Majlis Makan Malam ini merupakan acara tahunan bagi Jabatan Kejururawatan yang dianjurkan oleh pelajar Tahun Satu Kejururawatan UKM dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa/I Fakulti Perubatan 2023/2024 (PERSIAP). Majlis Malam Apresiasi ini dianjurkan untuk meraikan pelajar-pelajar tahun akhir khususnya, pelajar-pelajar cemerlang, dan ahli jabatan. Sesungguhnya kami berasa amat bertuah dan berterima kasih kerana diberi kepercayaaan untuk mengendalikan majlis sebesar ini. Melalui program ini, sudah pasti kami mendapat pendedahan yang besar untuk mengendalikan dan menjayakan sesuatu program. Setiap pengalaman dan pengajaran yang diperolehi bagi persiapan dan pengendalian majlis ini secara tidak langsung memberikan kami satu ilmu baru dan bermanfaat untuk digunakan pada masa akan datang. Tidak dilupakan, pelajar tahun 4 yang diraikan, juga merupakan pelajar tahun akhir Program Sarjana Muda Kejururawatan UKM, ucapan tahniah dan selamat maju jaya saya ucapkan dan teruskanlah memberi manfaat dan menjadi sumber inspirasi kepada adik-adik dan juga individuindividu lain di luar sana. Semoga ukhuwah yang dijalinkan dapat dieratkan dan sentiasa berpanjangan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Majlis yang bertungkus-lumus menjayakan program ini meskipun terhimpit dengan tugasan-tugasan yang lain. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung memberikan kerjasama serta menyumbang tenaga dalam menjayakan majlis pada malam ini. Tidak dilupakan juga, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada penasihat program kami iaitu Dr. Roshaya binti Zakaria serta pemantau daripada pihak PERSIAP, Saudari Nabila binti Mustapa kerana telah banyak membantu untuk menjayakan Majlis Malam Apresiasi Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada sesi kali ini. Akhir kata, selaku pengarah program saya memohon maaf jika terdapat salah dan silap daripada pihak kami dan saya berharap program pada malam ini berjalan dengan lancar dan memberikan kegembiraan serta menjadi peristiwa yang megah dan memukau kepada para hadirin sekalian. Dengan itu, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh KATA-KATA ALUAN M U H A M M A D A Z M I B I N J U H A R I P e n g a r a h P r o g r a m M a l a m A p r e s i a s i J a b a t a n K e j u r u r a w a t a n 2023/2024 U n i v e r s i t i K e b a n g s a a n M a l a y s i a


PENASIHAT PROGRAM DR. ROSHAYA BINTI ZAKARIA PEMANTAU NABILA BINTI MUSTAPA KETUA PENGARAH MUHAMMAD AZMI BIN JUHARI TIMBALAN PENGARAH NUR SYAFIQAH BINTI MOHD NORAZLY SETIAUSAHA NUR ALIA ADRIANA BINTI AHMAD RUSHDI TIMBALAN SETIAUSAHA MIZA NATASHA BINTI SHEBLI BENDAHARI MUHAMMAD ZUFAR HANAFI BIN ROSE AZMAN TIMBALAN BENDAHARI IRIS DAMIA MARSYA BINTI ISMAIL SHAH EXCO PROGRAM & PROTOKOL ABANG MUHAMMAD DANISH BIN MULYADY NUR IMAN NADENA BINTI ROSLY NUR AISYAH BINTI SUHAIRULIZAM NUR ADAWIYAH SYAZLIANA BINTI ROSLIZAM WONG YUN TING ELEYENA ANAK GUANG NURUL NAZLIANA BINTI NOREPENDI EXCO MULTIMEDIA & PUBLISITI NURUL SYAHIRA BINTI MAT ALI NURUL SYAZWANI BINTI RAHIM FATIN AUNI BINTI ISHAK NURSYUHADA NAJIHAH BINTI ROSLAN EXCO TEKNIKAL MUHAMMAD BADRI SYAHMI BIN MOHD SUHAIMI ROSMALIA BINTI IBRAHIM STRUKTUR ORGANISASI MALAM APRESIASI JABATAN KEJURURAWATAN 2023/2024


EXCO PERHUBUNGAN LUAR DAN LOGISTIK NURHAMMIMAH BINTI SHAMSUDDIN NURSHAKILA ILYANA BINTI MOHAMMAD SUKERI SITI NURUL HUDA BINTI MA AE DUERAMAE EXCO TUGAS TUGAS KHAS NOR ALIYAH BINTI ABDUL RAHMAN NISYA SYAREEN BINTI NORDIN EXCO JAMUAN SITI MURNY BINTI SAMAN RAIHANA AWATIF BINTI RABION EXCO CENDERAHARI NURUL SHUAILEE BINTI AMRAN NURALIEYA NAJWA BINTI MOHAMAD FAUZI NUR FADHLIN MADIHA BINTI AMIR AIN SHAFIQAH BINTI ZAKARIA EXCO PERSEMBAHAN MUHAMMAD AFIQ FIKRI BIN MOHD BAKRI NINI QUAZIREEN BINTI BANDAH ESTEFANNY ANAK AMIE EXCO DANA NUR ATIKAH BINTI ZAZALI SITI ZULAIKA BINTI MOHD YUSOFF NUR SYAZWANA BINTI MOHD AZHAR SITI AISYAH BINTI JOHARI STRUKTUR ORGANISASI MALAM APRESIASI JABATAN KEJURURAWATAN 2023/2024


OBJEKTIF MEMAHIRKAN ‘SOFT SKILLS’ PELAJAR TERMASUK ASPEK KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DAN KEPIMPINAN SECARA PROFESIONAL DALAM PENGURUSAN SESEBUAH MAJLIS. MENCUNGKIL BAKAT, IDEA KREATIVITI DAN KEMAMPUAN PELAJAR DALAM MENGENDALIKAN SESUATU MAJLIS YANG BERIMPAK BESAR. MERAIKAN PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA KEJURURAWATAN DENGAN KEPUJIAN DAN SARJANA KEJURURAWATAN YANG BAKAL MENAMATKAN PENGAJIAN.


TEMA DAN SLOGAN “ Under the Stars Tema makan malam Under the Stars yang berinspirasikan majlis keraian di bawah jutaan gugusan bintang menjanjikan memori indah untuk semua tetamu. Dihiasi lampu-lampu bergemerlapan, muzik mengasyikkan diiringi juadah lazat yang menemani para jemputan berpakaian semegah raja dan permaisuri kerajaan fantasi, menjamin pengalaman yang tidak ternilai untuk dilepaskan. Pemilihan tema memberi ruang kepada ahli jabatan kejururawatan untuk menggayakan diri dengan perhiasan dan peragaan kirana, seindah dan semulus karier pilihan, menampilkan keperibadian penuh keyakinan petugas-petugas barisan hadapan sektor kesihatan. Dreamy Wondrous Night Slogan Dreamy Wondrous Night ini menangkap maksud pesona dan keajaiban yang bakal dirasai sepanjang majlis makan malam berlangsung. Slot pengisian yang dipenuhi anugerah-anugerah istimewa, hiburan-hiburan semeriah perayaan, cabutan bertuah dengan hadiah yang menarik dan banyak lagi, memberikan impresi berpanjangan sebagai pelengkap babak pengajian di Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.


ATURCARA PROGRAM 5.00 p.m 6.00 p.m 8.00 p.m 8.05 p.m 8.10 p.m 8.15 p.m 8.20 p.m 8.40 p.m 8.50 p.m 9.00 p.m 9.05 p.m 9.10 p.m 9.15 p.m 9.25 p.m 9.35 p.m 9.45 p.m 10.00 p.m 10.10 p.m 10.20 p.m 10.25 p.m 10.40 p.m 10.45 p.m 10.50 p.m 11.00 p.m 11.05 p.m 11.20 p.m - Pergerakan pelajar - Ketibaan & Pendaftaran pelajar dan ahli Jabatan Kejururawatan - Kemasukan tetamu VIP & pelajar tahun akhir kejururawatan - Nyanyian lagu Negaraku & Varsiti Kita - Bacaan doa pembuka majls - Persembahan pembukaan - Ucapan dari Ketua Pengarah Program, Ketua Jabatan & Timbalan Dekan Fakulti (Ucapan Perasmian) - Tayangan Video dan Gimik Perasmian - Penyampaian Pingat Emas Nik Safiah Nik Ismail & Anugerah Bintang Akademik - Penyampaian Anugerah Khas - Penyampaian hadiah kepada Perasmi Majlis, Penasihat Program, Wakil KMUKM & Wakil PERSIAP - Bacaan doa makan (Jamuan bermula) - Persembahan 1&2 - Cabutan bertuah 1 - Persembahan 3 - Penyampaian Anugerah Istimewa 1 - Cabutan bertuah 2 - Penyampaian Anugerah Istimewa - Persembahan 4 - Cabutan bertuah 3 - Persembahan penutup - Best Performance Award - Tayangan Video Istimewa - Penyampaian Anugerah Galactic Glamour - Sesi fotografi - Bersurai


LIRIK LAGU Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita Selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita Selamat bertakhta NEGARAKU VARSITI KITA Lihat kampus ku yang tenang Damainya alam ciptaan tuhan Paduan ilmu dan keimanan Amal dan jerih digabungkan Lautan ilmu kita harungkan Sumber ilmuan berkembangan Inilah varsiti kita Ditegakkan hasrat rakyat kita Dari mula untuk semua Bagai tanda perjuangan kita Bangun berbakti membina Memupuk insan jiwa bertakwa Memimpin manusia semua Kenal akan adat ungulnya Membina negara sentiasa Maju berilmu dan bahagia


Pudding Buahan Karamel Krim Air Mangga Teh Tarik MENU PEMBUKA SELERA HIDANGAN UTAMA PENCUCI MULUT MINUMAN Salad Ayam dengan ‘Pineapple curry mayo’ Kerabu Suuhun, Tauhu dan Tempe Aneka Sayur dan Sos ‘1000 Island’ Sup Cendawan Berkrim Nasi Briyani Aromatik Spageti Aglio Olio Ayam Masak Merah Isi Ikan bersama Sos Masam Manis Kentang Putar Bawang Putih


PENGHARGAAN Sekalung penghargaan kepada Ahli Jawatan Kuasa Majlis Malam Apresiasi, Jabatan Kejururawatan 2023/2024 Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan seluruh warga Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Malam Apresiasi Jabatan Kejururawatan 2023/2024, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Click to View FlipBook Version