The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by musliandalan, 2021-10-24 18:52:26

ADAB BELAJAR-converted (1)-merged

ADAB BELAJAR-converted (1)-merged

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU.

ADAB BELAJAR.
Ilmu itu ibarat cahaya, Ia tidak akan sampai kepada hati
yang kotor dan mati. Hanya jiwa murni mampu memberi
mekna kepada ilmu yang diterima.

⚫ Bersihkan hati
⚫ Niat yang benar
⚫ Tahu mulianya ilmu
⚫ Menetapkan matlamat
⚫ Kurangkan urusan dunia
⚫ Merendah diri dengan ilmu
⚫ Merendah diri dengan guru
⚫ Berdisiplin
⚫ Saling bantu membantu
⚫ Bertahap-tahap
⚫ Saksama pada semua bidang
⚫ Belajar sehingga tamat

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU.

TAHNIAH!!!

Tahniah kepada anda kerana:
______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________
➢ Anda dilahrikan sebagai pemimpin
➢ Anda adalah penentu masa depan diri sama ada gagal

atau BERJAYA.

Motivasi bermaksud:
______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________
➢ Ada dua jenis motivasi:

LUARAN DALAMAN

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU.

MANUSIA MENJADI HEBAT KERANA 2 PERKARA.

Diangkat Allah orang-orang yang beriman di antara kamu
dan orang-orang yang diberi ilmu dalam pelbagai darjat…

(Al-Mujadalah:11)
Always bear in mind that your resolution succeed is
more important than any other.

(Abraham Lincoln)
TUNTULAH ILMU DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG
LAHAD.
Perkasa hati dan minda anda
Rembeskan hormon anda
Kita tertakluk kepada hukum Illahi.
HIDUP ADALAH PERSAINGAN, SIAPA YANG TIDAK
MAHU BELAJAR DAN BERUBAH IA AKAN
KETINGGALAN.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU.

Teknik Belajar Di Sekolah.

✓ Pastikan anda hadir ke sekolah dan ke kelas untuk belajar.
✓ Gembira, seronok dan sentiasa segar semasa berada di

sekolah.
✓ Pilih tempat duduk, duduk dengan betul, tunjukkan minat dan

bersedia lebih awal.
✓ Beri tumpuan 100% dan tunjukkan minat ketika guru sedang

mengajar.
✓ Hormati guru dan wujudkan hubungan yang mesra.
✓ Jangan takut bertanya jika tidak faham.
✓ Hormati dan bekerjasama dengan kawan-kawan.
✓ Gunakan masa lapang di sekolah dengan bijak, buat ulangkaji

sebelum kelas bermula, jika guru tiada atau lambat masuk kelas,
waktu rehat dan menunggu kenderaan untuk balik. Cari
kesempatan membuat kerja rumah atau berbincang dengan
rakan.
✓ Bijak menggunakan kemudahan pusat sumber, perpustakaan,
bilik kaunseling dan lain-lain.
✓ Aktif di sekolah dalam kokurikulum yang boleh menanamkan
sifat kepimpinan dan ketrampilan diri.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU.

Teknik Belajar Di Rumah.

➢ Sediakan jadual waktu belajar mengikut zon-zon masa yang
tersendiri.

➢ Awasi punca pembaziran masa, seperti televisyen, game,
telefon, buku cerita, lepak, bual kosong, bermain, komputer,
sms, facebook dan lain-lain.

➢ Pastikan tuisyen benar-benar membantu anda.
➢ Gunakan kaedah cemerlang studi.
➢ Bilik studi yang lengkap dan selesa.

Success is simple. Do what’s right, the right way, at
the right time.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU.

TIPS MENGURUS MASA.

Kenapa masa tidak cukup.
⚫ Diri sendiri
⚫ Tidak boleh kata tidak
⚫ Tidak teratur
⚫ Keluk tenaga
⚫ Kurang masa
⚫ Tidak berdisiplin.

TIPS BERKESAN PENJAGAAN MASA.
 Terus BUAT
 Utamakan yang PENTING dulu.
 Beri peluang orang lain BANTU anda
 Utamakan tugas SENDIRI
 Buat PERANCANGAN rapi.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU.

TIPS MENANGANI STRES.
◆ Baca buku keagamaan
◆ Jangan tinggalkan sembahyang
◆ Bangun solat dan doa tengah malam
◆ Mohon doa restu ibu bapa
◆ Jangan tunggu saat akhir
◆ Belajar secara pasukan
◆ Kongsi masalah dengan rakan
◆ Kaedah belajar sistematik
◆ Bermuasabah diri
◆ Ingatkan mati
◆ Riadah / bersukan
◆ Mengawal diet
◆ Urut-mengurut
◆ Mandi air suam
◆ Mencatat masalah dalam diari
◆ Cerita masalah pada sahabat
◆ Tengok ikan / binatang peliharaan
◆ Merenung laut / langit

A determined person doesn’t find it hard to succeed; they find it
hard to stop trying.

Unit Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Sabah, Kota Kinabalu

Cara berkesan menghilangkan rasa mengantuk ketika
mengulangkaji pelajaran.

Senaman ringkas boleh menghilangkan rasa mengantuk, misalnya;

i. Sambil duduk di kerusi anda boleh mengangkat kaki.
ii. Pusingkan pergelangan kaki arah keluar dan ke dalam.
iii. Pegang tempat duduk kerusi dan cuba tarik, ini akan menguatkan otot di

bahagian lengan dan tangan.
iv. Berdiri, jauhkan sedikit kedua kaki, tangan kanan di angkat hingga

membengkok sebelah kiri, kemudian tukar tangan sebelah kiri.
v. Renggangkan kaki, membongkok menyentuh simen atau jari kaki
vi. Duduk di atas lantai, buka kedua belah kaki seluas yang dapat, tundukkan

badan hingga kedua-dua belah tangan mencecah lantai di hadapan.
vii. Duduk di kerusi, cuba sujud hingga kepala lebih rendah daripada lutu anda

dan biarkan untuk beberapa minit.

Mengapa pelajar perlu bersenam.

1. Mengurangkan rasa ketegangan dan murung disebabkan oleh perasaan
marah, kecewa serta bimbang.
2. Menyihatkan badan dan meningkatkan kebolehan bekerja.
3. Memperbaiki sikap anda terhadap sistem atau waktu makan dan tidak
mudah mengalami sembelit, batu karang dan buah pinggang.
4. Tidur dengan teratur dan mencernakan minda
5. Otot yang berada dalam keadaan sempurna dapat mengurangkan masalah
sakit belakang.
6. Memperbaiki aliran darah
7. Bagi wanita senaman mengurangkan kesakitan semasa kedatangan haid.
8. Anda dapat duduk dengan selesa serta tidak cepat merasa letih ketika
membuat kegiatan harian.
9. Memperbaiki sistem pernafasan.
- menggiatkan kebolehan paru-paru mengambil udara
- menambah kekuatan jantung
- mengecut dan merehatkan otot di bahagian kaki akan memaksa darah naik
ke atas ke arah jantung.
- menyebabkan peredaran darah yang baik kepada semua organ.

Unit Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Sabah, Kota Kinabalu.

Letih dan bosan adalah merupakan 2 masalah utama pelajar apabila
mengulangkaji pelajaran. Antara punca dan cara mengatasinya adalah seperti
berikut;

1. Tidak ada dorongan yang kuat (faktor jiwa).
⚫ Faktor jiwa ini jelas berlaku apabila kita dapati diri kita merasa letih

sebelum kita memulakan sebarang kegiatan. Mengulangkaji pelajaran
yang tidak diminati adalah lebih meletihkan daripada mengulangkai
pelajaran yang diminati. Namun, pelajar perlu mengulangkaji semua
pelajaran yang didaftarkan dalam peperiksaan SPM.

2. Faktor sosial.
⚫ Ini termasuklah permasalahan situasi, keluarga dan masyarakat secara

umumnya akan menserabutkan fikiran dan menghilangkan penumpuan.

3. Faktor jasmani.
⚫ Kegiatan yang dilakukan secara berterusan akan menghilangkan

keupayaan tubuh badan seterusnya ia akan menurunkan tahap
kemampuan kerja akal.

Cara untuk mengurangkan rasa letih.
❖ Waktu studi yang diselang selikan dengan waktu rehat adalah amat perlu

untuk mengembalikan tenaga dan semangat untuk belajar.
❖ Mengetahui tahap pencapaian studi dapat mengurangkan rasa letih.
❖ Membuka tingkap untuk mendapatkan udara bersih dan mandi akan

mengembalikan kecergasan dalam diri pelajar.
❖ Riadah atau bersiar-siar di taman juga boleh mengurangkan rasa bosan.
❖ Terbit dari faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman ialah minta

dan dorongan serta perhatian pelajar terhadap pelajaran yang berpunca
dari kecerdikan dan sifat semulajadi yang wujud. Manakala bagi faktor
luaran ialah jenis dan keadaan kerja yang dilakukan seperti;
✓ Pelajar yang minat dan menumpukan perhatian terhadap pelajarannya
sukar mengalami bosan.
✓ Pelajar yang tahap kecerdikannya tinggi akan merasa bosan dengan topik
yang mudah dan berulangkali. Pada masa yang sama pelajar yang
sederhana kecerdikannya akan merasa senang dengan pelajaran
tersebut.

Cara mengatasi rasa bosan.
◼ Memperbaiki dan mengubah cara studi.
◼ Mengulangkaji pelajaran sambil diselang selikan dengan waktu rehat.
◼ Menilai tahap pencapaian studi
◼ Hapuskan perasaan runsing, fikiran yang berserabut dan penyakit

insomnia dengan berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU.

PANDUAN BERKESAN PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN.

A. Persediaan awal.
- Persediaan awal bermula pada hari pertama sebagai pelajar yang bakal
menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada peringkat ini,
pelajar perlu memahami kandungan dan sukatan pelajaran bagi setiap mata
pelajaran yang perlu diduduki dalam SPM. Pelajar perlu menyiapkan diri
dengan baik dari aspek fizikal, mental, emosi dan rohani. Pelajar perlu
merancang kaedah pembelajaran melalui kemahiran diri sedia ada.

B. Persediaan pada minggu terakhir menjelang peperiksaan.
- Pada tahap ini, pelajar mempunyai nota-nota yang lengkap dan kefahaman
yang baik mengenai mata pelajaran tersebut. Buat semakan dan kukuhkan
lagi kefahaman anda seperti berikut;
I. Rancang jadual waktu untuk aktiviti-aktiviti ulangkaji mengikut kesesuaian
anda.
II. Adakan perbincangan dengan rakan kumpulan belajar atau guru mata
pelajaran mengenai topik-topik utama dalam sesuatu subjek.
III. Dapatkan soalan-soalan yang lalu dan berikan jawapan dalam situasi
peperiksaan.
IV. Kenalpasti segala kelemahan dan berusaha untuk mengatasinya.
V. Menjaga kesejahteraan diri baik dari segi fizikal, mental, emosi dan juga
rohani.

C. Persediaan sehari sebelum peperiksaan.

- Tumpuan hanya dijuruskan kepada mengawal perasaan dan menstabilkan
emosi disamping merangsang minda dengan menggunakan kata-kata kunci
dan gambarajah-gambarajah yang ringkas.
- Pada malam sebelum peperiksaan anda harus;
I. Menyediakan peralatan-peralatan yang perlu seperti alat tulis, kalkulator,
kad pengenalan, slip peperiksaan.
II. Semak semula jadual peperiksaan yang bakal diduduki.
III. Pastikan anda berada di sekolah lebih awal atau sekurang-kurangnya 45
minit sebelum peperiksaan bermula.
IV. Beribadatlah kepada Allah dan berdoa agar anda beroleh ketenangan.
V. Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya dan berasa segar pada
keesokan harinya dan bangun awal pagi.
VI. Mendapat restu dari ibu bapa dan ahli keluarga dan guru-guru anda.

D. Persediaan pada pagi peperiksaan.

- Setelah menunaikan segala kewajipan rohaniah dan memeriksa segala
keperluan-keperluan penting, pergilah ke sekolah iaitu tempat menduduki

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU.

peperiksaan dalam keadaan yang tenang dan penuh keceriaan. Apabila
sampai ke tempat peperiksaan anda perlu:
I. Mematuhi arahan guru bertugas sebelum anda dibenarkan masuk ke dewan
peperiksaan.
II. Pastikan anda membaca nota-nota penting sahaja atau berbincang dengan
rakan-rakan tentang satu topik pelajaran sahaja daripada berbual-bual
kosong.
III. Selalu melakukan teknik relaksasi, jika anda rasa berdebar dan tidak
tenang.
IV. Elak dari berkumpul dengan pelajar-pelajar yang kelihatan panik dan tidak
tenteram,

E. Semasa dan selepas peperiksaan.

Sepuluh atau lima belas minit sebelum peperiksaan bermula, masuklah ke
dewan peperiksaan dengan perasaan tenang dan pastikan;

I. Bawa segala peralatan yang diperlukan dan tinggalkan yang lain di luar
dewan.

II. Periksa keselesaan tempat duduk anda.

III. Susun alat tulis dan peralatan lain di sudut yang sesuai di atas meja.

IV. Jangan mula menulis atau membuka kertas soalan dan ikut semua arahan
yang diberikan.

V. Baca kertas soalan dengan teliti dan tumpukan kepada perkara-perkara
berikut;
- Bilangan soalan yang mencukupi seperti yang terkandung dalam kertas
peperiksaan.
- Bilangan soalan yang perlu dijawab.
- Pilihan yang diberikan kepada anda dalam memilih soalan yang hendak
dijawab.
- Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan.
- Masa untuk menjawab keseluruhan peperiksaan.
- Kemudahan yang diberikan sama ada dalam bentuk jadual, atau kertas graf.
- Cara menjawab sama ada perlu menjawab pada kertas soalan atau
kertas-kertas jawapan yang disediakan.

VI. Setelah selesai sesuatu peperiksaan berehatlah di tempat yang selesa
buat seketika untuk mengembalikan kecerdasan fizikal dan mental.


Click to View FlipBook Version