Hasil Ciptaan.
Semua Guru Bimbingan Kaunseling
Asrama Malaysia
AMal SABAH
AMal Sarawak
AMal Johor
AMal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
MODUL AKTIVITI ‘ICE BREAKING’
ASRAMA MALAYSIA (AMal SABAH, AMal Sarawak, AMal Johor
dan AMal Wilaya Persekutuan Kuala Lumpur
PROGRAM e-Pertukaran Murid
Asrama Malaysia (AMal)
Peringkat Kebangsaan 2021.
1 September 2021
____________________________________________________________________________________________________
Guru Bimbingan Kaunseling
Maktab sabah, kota kinabalu
Victoria institution, wp kuala lumpur
1.0 TAJUK
Aktiviti Ice Breaking Program e- Pertukaran Murid Asrama Malaysia (AMal)
Peringkat Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2021
2.0 PENGANJUR
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia
3.0 PENGELOLA
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
4.0 PENGENALAN
Program e- Pertukaran Murid Asrama Malaysia (AMal) 2021 merupakan penganjuran
program kali keempat diadakan di Malaysia bagi penghuni AMal. Program
pertukaran murid antara AMal diadakan untuk murid mendapatkan pengalaman baru
tinggal di AMal yang berlainan negeri dan bersekolah di sekolah AMal murid lain.
Program pertukaran murid ini melibatkan empat buah Asrama Malaysia iaitu AMal
Sabah, AMal Kuala Lumpur, AMal Johor dan AMal Sarawak.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Murid-murid dapat belajar dan menerima cara hidup murid lain yang berlainan
budaya, adat resam disamping memupuk sifat perpaduan antara kaum serta
wilayah masing-masing.
5.2 Murid-murid berpeluang merasai pengalaman dan mempelajari budaya dan
keindahan negeri setiap AMal walaupun secara atas talian.
5.3 Murid-murid dapat bertukar-tukar pengalaman dan idea baru dalam aktiviti
sekolah dan AMal melalui video yang telah disediakan
5.4 Memupuk perpaduan dan cinta kepada Negara melalui semangat patriotisme
dalam kalangan murid AMal serta mengajar untuk pandai berfikir
menyesuaikan diri dengan norma baharu.
2
6.0 Perancangan Aktiviti
Antara perancangan aktiviti ice breaking sepanjang program berlangsung ialah:
6.1. Semua Guru Bimbingan Kaunseling (GBK) di setiap AMal berpeluang mengadakan
aktiviti mengikut aktiviti eModul yang disediakan.
6.2. Aktiviti ini dimulakan dalam kumpulan besar dan penggiliran aktiviti ice breaking
seperti berikut;
I. AMal Sabah
II. AMal Johor
III. AMal Kuala Lumpur
IV. AMal Sarawak
6.3. Semua peserta program akan meneruskan aktiviti ice breaking di bilik masing-
masing iaitu, sebanyak 8 bilik yang mengandungi ahli seramai 10 orang
melibatkan setiap AMal.
6.3. Rumusan aktiviti ice breaking akan dibuat oleh GBK AMal Sabah.
7.0 BUTIRAN PROGRAM
7.1 Tarikh : 1 September 2021
7.2 Tempoh : 1 hari
7.3 Tempat : Secara Atas Talian
7.4 Sasaran : Asrama Malaysia Sabah : 20 orang
: Asrama Malaysia Kuala Lumpur : 20 orang
: Asrama Malaysia Johor : 20 orang
: Asrama Malaysia Sarawak : 20 orang
Jumlah Keseluruhan : 80 orang
Ketua/Pengurus Kontinjen : 1 orang setiap AMal
Guru Pengiring (2 orang setiap kategori) : 8 orang setiap AMal
7.5 Murid-murid AMal Tingkatan 4, tahun 2021
3
8.0 KPI (Indikator Output dan Outcome)
OUTPUT (SASARAN) KPI (PETUNJUK PRESTASI)
80 orang murid mengambil 100 % penyertaan
bahagian KPI (PETUNJUK PRESTASI UTAMA)
4 buah AMal Murid-murid dapat berinteraksi dengan
OUTCOME (IMPAK/HASIL)
baik dan mengenali satu sama lain
80 orang murid terlibat dalam walaupun dalam keadaan norma baharu.
program
9.0. JAWATANKUASA PENGGUBAL eMODUL AKTIVITI ICE BREAKING.
Pengerusi : Cik Mardiana Guldam
Setiausaha Penolong Pengarah
Unit Asrama, Jabatan Pendidikan Sabah
: En. Musli Bin Andalan, KB,PA
Guru Cemerlang Bimbingan Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Ahli Jawatankuasa : En. Jipanis Suali,GBK AMal Sabah
Puan Rosita Binti Husin, GBK AMal Johor
Puan Nurhayati Binti Mohd Noh, GBK AMal Johor
Puan Faridah Daim, GBK AMal Sarawak
En. Mohd Syamil Ahmad Sukiman, GBK AMal Sarawak
Pn. Nurul Hatima Badrul Hisyam, GBK AMal Sarawak
En. Mohd Sodri Talib, GBK AMal WPKL
Pn. Siti Zaliha Binti Mat Hassan, GBK AMal WPKL
En.Raja, GBK AMal WPKL
4
10.0 TENTATIF PROGRAM
TENTATIF MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN
PROGRAM PERTUKARAN MURID AMal
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2021
Tarikh : 1 September 2021 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Gaya, AMal Sabah, Maktab Sabah.
8.30 pagi : Peserta mengambil tempat di AMal masing masing
9.00 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan
: Nyanyian Lagu Negaraku
10.30 pagi : Nyanyian Lagu Sabah Tanah Airku
: Nyanyian Lagu Asrama Malaysia
: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan Alu-aluan Pengetua AMal Sabah
: Taklimat Program
: Pembentukan Kumpulan
: IceBreaking
: Bersurai
5
11.0 KAEDAH PEMANTAUAN PROGRAM
Pemantauan program akan dibuat secara berkala oleh KPM/JPN/PPD serta AJK Induk
yang meliputi setiausaha, penyelaras, Penolong Kanan dan Pengetua.
Borang Penilaian Program atau Soal Selidik (Pra & Post)
12.0. MODUL AKTIVITI ICE BREAKING.
SLOT 1 : ICE BREAKING (AMal SABAH)
Disediakan oleh : En. Jipanis Suali
En. Musli Bin Andalan KB,PA
Tajuk : BAGAIMANA PERASAAN ANDA HARI INI?
Matlamat : Memastikan pelajar dapat memberi maklum balas berkenaan
perasaan yang mereka alami ketika program berlangsung.
Objektif : 1. Membolehkan murid dapat menyatakan perasaan mereka
dengan baik.
2. Menggalakkan murid berinteraksi antara satu sama lain
melalui ruang chat atau secara lisan atas talian.
Bahan Visual : Borang Google Form
Alatan : Komputer, Telefon Bimbit,
Masa : 30 Minit
Langkah-Langkah :
1. Peserta berkumpul dalam kumpulan besar secara maya.
2. Fasilitator akan bertanya khabar kepada setiap peserta
dengan cara yang berbeza daripada kebiasaan.
3. Fasilitator memberi taklimat dan arahan yang perlu dibuat
oleh peserta. Perserta akan diberikan link google form (murid
akan mengisi poll atau undian). Setiap peserta akan memilih
sekala 1-7 bagi menunjukkan perasaan atau semangat atau
kesihatan mereka pada hari ini. Semakin besar nombor
menunjukkan mereka semakin tidak baik atau tidak
bersemangat dan tidak sihat.
6
4. Peserta diminta mengisi undian melalui link yang disediakan
Perbincangan :1. GBK meminta semua peserta membuka kamera
sepanjang program.
2 GBK meminta pelajar menukar nama dan AMal masing-
masing diskrin.
3 GBK bertanyakan khabar peserta dan meminta peserta
memberi maklum balas secara lisan atau ruang chat
7
Lampiran Aktiviti.
8
SLOT 2 : Ice Breaking (AMal JOHOR)
Disediakan oleh : Pn Rosita Binti Husin
Pn Nurhayati Binti Md Noh
Tajuk : MENCARI KESEMPURNAAN.
Matlamat : Murid mengetahui ciri-ciri positif yang perlu ada dalam diri
untuk mencapai kejayaan.
Objektif : 1. Murid berani menyatakan perasaan mereka tanpa rasa
malu dan takut serta dikongsi bersama untuk
penyelesaian secara berkelompok atau berkumpulan.
Bahan Visual 2. Murid dapat mengenalpasti dan menyenaraikan nilai-nilai
murni melalui paparan video pendek yang ditonton.
: Video Pendek ‘Motivasi dan Inspirasi’
Alatan : Kertas Putih (saiz A4)
Alat Tulis (Pen Marker)
Masa : 30 minit
Langkah-langkah : 1. GBK memaparkan video pendek ‘Motivasi dan Inspirasi’
untuk tontonan semua peserta.
2. GBK meminta murid menyenaraikan:
a) 5 aspek nilai positif (nilai murni)
b) 5 aspek nilai negatif
berdasarkan video yang telah ditonton di atas kertas putih
yang berbeza.
3. Murid mengangkat kertas jawapan untuk dipaparkan di
hadapan kamera ‘laptop’ masing-masing seperti arahan
GBK.
Perbincangan : 1. GBK meminta murid setiap wakil AMal untuk
menyatakan nilai murni yang harus diamalkan oleh murid
untuk membentuk ciri-ciri diri yang positif
2. GBK merumuskan ciri-ciri yang perlu ada pada murid-
murid untuk menjadi seorang yang berjaya.
9
Tayangan Video Pendek.
10
SLOT 3 : Ice Breaking (AMal Sarawak)
Disediakan Oleh
: Encik Mohd Syamil Bin Ahmad Sukiman
Tajuk Puan Nurul Hatima Binti Badrul Hisyam
Matlamat Puan Faridah Binti Daim
Objektif
Bahan Visual : SIAPA CEPAT
Alatan : Peserta dapat mengenali dan menerima keunikan
Masa
Langkah-Langkah setiap rakan dalam pasukan.
: 1. Peserta berpeluang untuk mengenali rakan dalam
Perbincangan
pasukan secara santai
2. Membentuk Kerjasama dalam pasukan.
: Lampiran bercetak Aktiviti Siapa Cepat
: Alat tulis
Kertas A4
: 30 minit
: 1. GBK akan memberikan arahan untuk peserta
memilih nombor yang disukai.
2. Nombor genap adalah untuk peserta perempuan
dan nombor ganjil adalah untuk peserta lelaki.
3. Susunan pengiliran akan bermula dengan peserta
dari AMal Sabah, AMal Sarawak, AMal Johor dan
berakhir dengan AMal Kuala Lumpur.
4. Semasa memilih nombor, peserta akan perkenalkan
diri dengan menyebut nama masing- masing. Peserta
diingatkan agar mengingati nombor masing-masing
sebagai amanah.
5. Setiap kumpulan AMal diberikan masa tidak lebih 5
minit untuk menyelesaikan tugasan pemilihan nombor
yang bermula dari nombor 1-80.
: 1. GBK meminta wakil setiap AMal untuk memberikan
respon aktiviti yang telah dijalankan.
2.GBK merumuskan kepentingan kerjasama dalam pasukan
untuk mencapai matlamat yang diinginkan.
11
Lampiran Aktiviti
SIAPA CEPAT (AKTIVITI ICE BREAKING 3)
123 4 685 7
9 10 11 12 14 16 13 15
17 18 19 20 22 24 21 23
25 26 27 28 30 32 29 31
33 34 35 36 38 40 37 39
41 42 43 44 46 48 45 47
49 50 51 52 54 56 53 55
57 58 59 60 62 64 61 63
65 66 67 68 70 72 69 71
73 74 75 76 78 80 77 79
AMal Sabah AMal Sarawak AMal Johor AMal Kuala
Lumpur
Nota : peserta di minta untuk menyediakan awal lampiran seperti di atas sama ada dalam bentuk
bercetak atau tulis tangan.
12
SLOT 4 : Ice Breaking ( AMal Kuala Lumpur).
Disediakan oleh
: Encik Mohd Sodri Bin Talib
Tajuk Cik Siti Zaliha Binti Mat Hassan
Matlamat Encik Raja
Objektif
: PELAJAR CEMERLANG.
Bahan
Alatan : Peserta dapat mengenali dan mengarapkan kritieria
Masa seorang pelajar yang cemerlang.
Langkah-langkah
: 1. Peserta dapat mengenali kritieria seorang pelajar
cemerlang.
2. Peserta dapat mengarapkan kritieria pelajar cemerlang.
3. Mengasah kemahiran pengucapan awam.
4. Berhujah secara sopan dan berhemah.
: Bahan yang terdapat pada diri pelajar
: Tiada
: 30 minit
: 1. Fasilitator memberi arahan kepada peserta kursus.
2. Peserta diminta untuk mencari satu bahan pada diri
pelajar yang melambangkan pelajar cemerlang.
3. Peserta diminta untuk menerangkan mengapa
bahan yang dipilih itu melambangkan pelajar
cemerlang.
4. Kumpulan memilih seorang wakil untuk berhujah dan
cuba meyakinkan kumpulan lain bahawa bahan yang
dipilih oleh kumpulan itu adalah lambang pelajar
cemerlang.
5. Kumpulan masing masing cuba mempertahankan
hujah masing-masing.
6. Fasilitator mengabungkan kesemua bahan tadi
menjadi satu arca(dalam bentuk lukisan)
mengambarkan ciri- ciri pelajar cemerlang.
7. Fasilitator membuat rumusan.
13
FALSAFAH :
1. Sedar akan kewujudan diri.
2. Sedar tentang kesempurnaan fizikal dan bersyukur atas anugerah Tuhan.
3. Badan sihat otak cergas.
4. Peka kepada arahan.
13.0 PENUTUP.
Semoga dengan adanya Program Pertukaran Murid AMal kali ketiga ini, dapat
diteruskan kesinambungannya pada masa-masa yang akan datang. Sesungguhnya
program ini jika dicanaikan dengan kaedah terbaik dapat melahirkan murid-murid
AMal yang berfikiran terbuka dan mematangkan kehidupan harmoni dalam Malaysia
seiring dengan era transfomasi negara.
Segala kerjasama yang diberikan terutamanya daripada pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia. Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Asrama Malaysia
Negeri, jawatankuasa pengelola dan sekolah-sekolah terlibat dan juga kepada semua
pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan
di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Diedit oleh.
MUSLI BIN ANDALAN KB,PA
Ketua Penyelaras Ice Breaking
Asrama Malaysia
14
15