BICARA GURU BIMBINGAN & KAUNSELING
MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU.
PERSIAPAN MENJELANG PEPERIKSAAN.
Peperiksaan adalah salah satu aspek kayu pengukur kepada kebolehan
pelajar dalam memahami pengajaran dan pembelajaran yang berlaku secara
langsung dan tidak langsung, sama ada berlaku di dalam bilik darjah atau pun
tidak. Oleh yang demikian, semua pelajar perlu membuat persiapan awal,
sama ada tempoh menduduki peperiksaan itu lama ataupun hampir dekat.
Berikut, dinyatakan strategi yang berkesan untuk menjawab soalan-soalan
peperiksaan secara am.
Antara strategi-strategi yang berkesan menjawab soalan-soalan peperiksaan
secara am, adalah:
1. Berikan perhatian yang teliti kepada sebarang penerangan yang
disampaikan oleh guru yang mengendalikan peperiksaan. Patuhilah apa juga
arahan yang dikeluarkan.
2. Bahagikan masa dengan bijak.
Soalan yang mendapat markah yang lebih harus diberi kepentingan dan
peruntukan masa yang banyak daripada bahagian yang mudah tapi
markahnya sedikit. Kira jumlah masa yang diperlukan berbanding
soalan-soalan senang dahulu.
3. Jawab soalan yang senang dahulu.
Tinggalkan dahulu soalan yang sukar dijawab atau meragukan serta
memerlukan perkiraan yang panjang supaya dapat memberi peluang
mendapatkan sebanyak markah yang boleh. Kembali pada soalan yang
tertinggal dan pastikan pelajar menjawab kesemua soalan.
4. Baca soalan dengan hati-hati.
Baca semua soalan terutamanya soalan-soalan yang akan dijawab
dengan teliti. Jika perlu, ulangi bacaan untuk mempastikan pelajar
betul-betul memahami kehendak soalan tersebut. Tanda atau gariskan
perkataan-perkataan atau frasa-frasa yang penting.
5. Jawab dengan hati-hati.
Jika pelajar tidak pasti jawapannya, jangan sekali-kali membuat tekaan
secara membuta tuli. Berikan jawapan yang paling pelajar yakini.
6. Buat rangka jawapan.
Setelah membuat rangka dan gariskasarnya mulakan dengan
pendahuluan dalam menghuraikan pengertian beberapa inti kata kepada
soalan. Setiap ulasan perlu mengikut urutannya dan mempunyai pertalian
antara satu sama lain serta disokong pula dengan statistik, graf dan
gambarajah.
7. Jangan panik.
Perasaan gemuruh, bimbang dan khuatir yang dialami pelajar biasanya
berlaku kerana kurang bersedia menghadapi peperiksaan dan seterusnya
menyebabkan tidak dapat menjawab soalan-soalan tertentu.
Untuk mengatasi perasaan gemuruh atau panik ketika peperiksaan,
pelajar perlu mengatasinya seperti;
I. Berhenti sejenak apabila anda mula merasa panik.
II. Rehatkan fikiran pelajar sebentar dengan menarik nafas
panjang-panjang.
III. Genggam dan jabatkan kedua-dua tangan dengan erat.
IV. Jangan melihat pelajar lain kerana ia akan meningkatkan tekanan.
V. Regangkan otot-otot pelajar.
VI. Perbanyakkan berdoa dan ingat Allah SWT.
VII. Ketepikan dahulu soalan-soalan yang susah dan tumpukan perhatian
untuk menjawab soalan-soalan senang.
8. Semak semula jawapan pelajar sebelum tamat.
Masa yang diperuntukkan untuk menyemak semula jawapan pelajar
adalah perlu bagi mengubah jawapan-jawapan yang diragukan serta
menjawab soalan-soalan yang tertinggal, begitu juga bagi meneliti setiap
jawapan yang pelajar berikan. Semakan penting untuk memastikan;
I. Ketepatan jawapan.
II. Memperkemaskan persembahan jawapan
III. Memperbetulkan fakta-fakta yang kurang tepat
IV. Menyemak kesalahan-kesalahan bahasa, ejaan, penggunaan
kata-kata yang lebih jitu, menarik dan meyakinkan.
V. Setiap jawapan yang diberi memenuhi kehendak soalan samada dari
segi bilangan dan arahan-arahan yang lain.
9. Persiapan terakhir yang perlu dilakukan disaat-saat hampir menjelang
peperiksaan, adalah seperti berikut;
I. Mendapat bantuan guru dengan bertanya kepada mereka untuk
memperkukuhkan lagi kefahaman dan ingatan pelajar.
II. Merujuk kepada guru tentang soalan-soalan yang mungkin keluar.
III. Senaraikan perkara-perkara yang perlu diberi tumpuan mengikut
keutamaan serta kefahaman yang lebih jelas.
IV. Membuat latihan soalan-soalan yang lepas
V. Bincang dengan rakan-rakan mengenai masalah-masalah yang belum
pelajar dapat selesaikan.
VI. Semak jadual peperiksaan dan buat satu jadual ulangkaji terakhir
secara ringkas dan padat.
VII. Rujuk kembali nota-nota ringkas atau gambarajah penting.
VIII. Dapatkan tidur dan rehat yang cukup serta makan makanan
seimbang.
IX. Berikan tumpuan sepenuhnya pada pelajaran.
10. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan emosi pelajar
menjelang peperiksaan. Antaranya ialah;
I. Keadaan kestabilan fizikal, mental, emosi dan spiritual pelajar.
II. Jenis dan keadaan pemakanan.
III. Tidur yang cukup atau tidak cukup.
IV. Pengaruh persekitaran samada membantu atau menjejaskan
kestabilan emosi.
V. Tingkat persediaan dalam menghadapi sesuatu perkara atau cabaran
dalam kehidupan.
VI. Tingkat kemantapan ilmu untuk menggarap sesuatu perkara dan
keadaan.
VII. Kebolehan menguasai situasi dengan cepat
VIII. Yakin terhadap kemampuan diri.
IX. Mempunyai kefahaman yang mendalam tentang matlamat dan apa
yang hendak dicapai
X. Mempunyai pendedahan yang luas
XI. Telah membiasakan diri di dalam suasana yang mengganggu emosi.
XII. Mempunyai rakan-rakan yang sentiasa bermotivasi
XIII. Keadaan keluarga iaitu hubungan dengan ahli keluarga
XIV. Keadaan kesihatan
XV. Keadaan tingkat keselesaan kehidupan.
11. Pelajar juga perlu mengetahui langkah-langkah mengatasi fenomena
kestabilan emosi, iaitu;
I. Membuat persediaan awal sebelum peperiksaan bermula.
II. Jangan menangguh-nangguhkan kerja atau tugasan.
III. Elakkan budaya ‘last minute’ di dalam mengulangkaji pelajaran
IV. Laksanakan tugasan secara sistematik
V. Tanamkan semangat ingin terus berjaya
VI. Bisikkan di dalam hati bahawa anda mempunyai potensi untuk
berjaya.
VII. Pamerkan di bilik belajar, kata-kata yang memberangsangkan.
VIII. Amalkan pemakanan yang seimbang
IX. Libatkan diri dalam program-program sukan dan riadah
X. Jaga waktu tidur dan rehat yang mencukupi
XI. Nikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah SWT
XII. Bersama teman-teman yang sentiasa memberi perangsang dan
semangat
XIII. Sering bertanya untuk menyelesaikan sebarang masalah
XIV. Fahami dan praktikkan ‘study smart’ bukan ‘study hard’.
XV. Amalkan strategi dan teknik-teknik belajar yang sistematik.
XVI. Rujuk cheklist terutama waktu menjelang peperiksaan.
XVII. Setelah berusaha dengan bertungkus lumus bertawakal kepada
Allah.
TERIMA KASIH
ORANG BERJAYA IALAH ORANG
BIASA YANG SENTIASA MENCUBA.