LAMAN MINDA SIHAT
‘MINDA SIHAT, EMOSI TERJAGA, KEHIDUPAN SEJAHTERA’
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU
PENGENALAN
1.1. Program Minda Sihat dilaksanakan sebagai langkah pencegahan masalah gangguan
emosi, memperkasa psikososial, menyokong kesejahteraan emosi dan mental,
melaksanakan intervensi dalam membantu murid menguruskan emosi dengan baik serta
merujuk murid yang dikenal pasti kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur
yang betul.
1.2 Program ini mengunakan motto “Minda Sihat : Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera” bagi
meningkatkan kesedaran warga institusi pendidikan tentang kepentingan penjagaan
kesejahteraan emosi dan mental.
TUJUAN DAN OBJEKTIF.
2.0 Antara tujuan pembinaan laman minda sihat adalah seperti berikut;
2.1. Mewujudkan persekitaran sekolah yang cantik dan mendamaikan jiwa.
2.2. Memberikan rasa ketenangan, kedamaian serta cintakan keindahan warga sekolah.
3.0 Objektif program ini adalah untuk;
3.1 Meningkatkan kesedaran kepentingan kesejahteraan emosi dan mental murid;
3.2 Meningkatkan keupayaan murid meregulasi emosi dan kemahiran gaya daya tindak
dengan baik; dan
3.3 Merujuk murid yang mengalami masalah emosi, psikologi dan mental kepada pihak yang
bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.
1
PELAKSANAAN.
4.1. SASARAN.
Pembinaan Laman Minda Sihat melibatkan semua warga Sekolah iaitu;
i. Semua Murid Sekolah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6
ii. Semua Pemimpin Murid
iii. Semua Anggota Kumpulan Pelaksana dan Pekerja Swasta
iv. Semua Guru Perdana dan SCC.
4.2. TARIKH, TEMPAT DAN MASA.
Tempoh pelaksanaan Laman Minda Sihat bermula Bulan September sehingga berakhir
ke awal bulan Oktober tahun 2022. Pembinaan Laman Minda Sihat, dilaksanakan disatu
tempat yang strategik, yang mudah dikunjungi oleh semua warga sekolah dan komuniti
setempat, iaitu berdekatan dengan makmal sains sekolah dan blok murid Tingkatan 1
dan Tingkatan 2. Berikut adalah carta alir, pembinaan Laman Minda Sihat.
2
5.0. STRATEGI PELAKSANAAN.
Antara strategi pelaksanaan dalam pembinaan Laman Minda Sihat, adalah seperti berikut;
i. Taklimat kepada semua warga sekolah disamping mengadakan ceramah ‘kesihatan
mental’.
ii. Membentuk jawatankuasa pembinaan Laman Minda Sihat, bagi membolehkan semua
warga sekolah dapat dilibatkan.
iii. Mengadakan mesyuarat dan mengagihkan tugas, supaya semua jawatankuasa dapat
berfungsi dan memainkan peranan dengan baik.
iv. Mengadakan Gotong Royong Perdana Fasa 1.
v. Pelaksanaan Saringan Minda Sihat (Ujian Pra) – Semua Murid, Guru dan AKP.
vi. Gotong royong Perdana Fasa 2
vii. Saringan Minda Sihat (Ujian Pasca)
viii. Menganalisis data saringan minda sihat
ix. Laporan dan dokumentasi.
6.0. STRUKTUR PELAKSANAAN.
Pembinaan Laman Minda Sihat dibahagikan kepada beberapa seksyen. Antara seksyen
tersebut ialah;
1. Laman Istirehat
2. Laman Refleklogi
3. Laman Rekreasi
4. Laman Terapi Bunyi.
3
1. Laman Istirehat.
Laman istirehat merupakan tempat murid berkumpul pada awal pagi persekolahan,
masa rehat dan masa balik, menunggu keluarga dan rakan-rakan dan juga tempat
berehat menenangkan minda.
4
2. Laman Refleksologi.
Laman refleksologi, merupakan salah satu tempat menenangkan fikiran dan juga tempat untuk
warga sekolah melakukan refleksologi peredaran darah.
5
3. Laman Rekreasi.
Laman rekreasi, merupakan ruang daya tarikan pengunjung mengambil gambar dan
juga sebagai laman yang menenangkan.
6
4. Laman Terapi Bunyi.
Laman Seri Panglima, merupakan satu laman yang memberikan ketenangan jiwa dan
juga terapi bunyi air dan ikan koi. Laman ini berfungsi sebagai tempat untuk
melepaskan rasa stres dan ia merupakan tempat yang mendamaikan.
7
7.0. IMPAK DAN KEBERKESANAN.
KPI Indikator. ✓ Warga sekolah dapat mengetahui kesediaan dan tahap emosi
• Output murid bagi menghadapi sistem persekolahan kebiasaan
• Outcome baharu.
Ringkasan Aktiviti yang ✓ Membantu murid menyesuaikan diri dalam kebiasaan baharu.
dijalankan
✓ Warga sekolah dapat mengamalkan panduan yang diberikan
Kelebihan Aktiviti oleh guru bimbingan dan kaunseling dan dapat membantu
orang lain dalam kesejahteraan mental dan emosi
- Perbincangan bersama Pentadbir dijalankan sebaik sahaja selesai
penataran Laman minda sihat bersama dengan Kementerian
Pendidkan Malaysia.
- Pembinaan laman minda sihat ini telah dimulakan pada 1 Ogos
2022
- Pemilihan tapak laman adalah berdasarkan kepada kemudahan
akses kepada murid dan warga sekolah.
- Proses pembinaan laman melibatkan PIBG, AJK dalam kalangan
Guru, murid sekolah, pekerja swasta dan Security Guard.
- 4 ciri laman;
✓ Ruang Relaksasi Rehat
✓ Kiosk Minda Sihat
✓ Laman Minda Bestari
✓ Laman Landskap Ceria
1. Muird dan pengunjung boleh mengunjungi laman minda sihat
pada bila-bila masa di waktu sesi persekolahan.
2. Aktiviti di laman minda ini mampu meningkatkan emosi positif
dalam motivasi dalam kalangan pengunjung.
3. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid yang
mengunjungi laman minda sihat ini.
8
Kekangan Aktiviti 1. Cuaca tidak menentu melambatkan kerja pembinaan laman
Cadangan Penambahbaikan minda sihat
2. Laman minda sihat tidak boleh dikunjungi secara fizikal apabila
hari hujan kerana kawasan laman tidak berbumbung
sepenuhnya.
3. Kewangan yang kurang cukup, tambahan pula harga bahan
mentah agak mahal.
1. Menjadikan kawasan laman minda sihat berbumbung
sepenuhnya supaya boleh digunakan pada bila-bila masa.
Berfikiran Bertenang Bernafas
positif Amalkan 10 B dengan dalam
Beriadah Berkata,
Relakslah..
Bersenam
Beribadat
Berehat dan
mendengar Berurut Bercakap
muzik dengan
seseorang
9
8.0. LAPORAN BERGAMBAR.
Lokasi Pembinaan Laman Minda Sihat,
sebelum dibangunkan.
10
Lokasi ini di tambah baik dengan penanaman pokok bunga.
Penambahbaikan berterusan, di lokasi ini.
11
.
Pemilihan tempat yang strategik, kerana sudah ada kolam ikan.
Langkah pertama ialah, membuang rumput dan mengorek tanah, bagi penaman bata.
12
Cikgu Jipanis, Guru Bimbingan dan Kausneling, meletakkan tapak batu refleksologi.
Gambar atas dan gambar bawah menerangkan tentang pelibatan Puan Samsiah, Penolong
Kanan Pentadbiran, merupakan penggerak utama pelaksanaan Laman Minda Sihat.Turut
kelihatan Cikgu Mahaletchumy, Cikgu Timothy dan Cikgu Jipanis dalam pembinaan landskap
Laman Minda Sihat.
13
Pemasangan bata di laman minda sihat, dan menjadi tempat laluan, selain menjadi tempat
istirehat apabila selesai dibina.
14
Cikgu Jipanis dan Cikgu Samsiah melahirkan rasa gembira, apabila berjaya menghasilkan
pemasangan tiles di lapangan minda sihat.
15
Pemandangan dari atas blok Tingkatan 1, yang menggambarkan laman minda sihat siap
sepenuhnya.
16
Gambar atas dan gambar bawah, menerangkan tentang keindahan laman minda sihat, pada
sebelah malam.
17
Kelihatan Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah, Ybrs Tuan Mudin Bin Beting bergambar di
laman minda sihat dan turut bersama Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
Ybrs Tuan Bunso Bin Gaga.
18
Tanda isyarat dari Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Ybrs Tuan Mudin Beting dan
Ybrs Puan Hajah Nurani Fauziah Binti Derin, Pengetua Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
19
Ybrs En. Mohamad Arif Bin O.K.K Tun Haji Sakaran, YDP PIBG Maktab Sabah, turut
memantau pembinaan laman minda sihat dan menyumbang idea, tenaga dan wang ringgit bagi
keindahan laman minda sihat sekolah.
20
Kelihatan Dr Zhamree Ghulam Rasul, Pengerusi JPAN Angkasa, Negeri Sabah mengabadikan
gambar kenangan di laman minda sihat.
21
Gambar atas dan gambar bawah menerangkan tentang pelibatan guru-guru dan AKP.
Kelihatan guru-guru dan AKP bergotong royong dalam pembinaan laman minda sihat sekolah.
22
Kelihatan En. Zul (PIBG) membantu dalam menceriakan laman minda sihat.
23
QR Code untuk rekod kehadiran dan penilaian laman minda sihat.
24
PENARAFAN LAMAN MINDA SIHAT.
Penarafan Laman Minda Sihat Maktab Sabah oleh Sektor Pembangunan Murid, Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah dibuat pada 24 November 2022 hari Khamis. Pegawai yang terlibat
ialah Puan Mardianah Haji Mohd Ibno dan En. Dino Samsudin. Berikut dikongsikan, gambar
penarafan Laman Minda Sihat Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Puan Mardiana Haji Mohd Ibno dan En. Dino Samsudin, di bawa melawat ke salah satu lokasi
Laman Minda Sihat iaitu di Collegian Square. Terdapat dua buah pondok rehat disediakan
sebagai tempat murid mencari ketenangan sementara menunggu ibu bapa semasa balik
sekolah, mahu pun pada waktu rehat persekolahan.
25
Gambar atas merupakan Laman Istirehat, yang merupakan salah satu lokasi laman minda
sihat, manakala gambar bawah merupakan Laman Refleksologi.
26
Lokasi Laman Minda Sihat Utama, terdapat info grafik berkenaan dengan tips pengurusan
kesihatan mental melalui poster, template dan juga aktiviti permainan roda emosi dan
permainan tradisional.
27
Bersama murid Pembimbing Rakan Sebaya, Maktab Sabah di Laman Minda Sihat. Laman
yang dibina memberi impak kepada warga sekolah dan alam sekitar. Selain itu dapat memberi
impak 5M iaitu menghidu, memegang,mendengar, merasa dan melihat.
28
Gambar di lokasi Laman Minda Sihat ‘Laman Seri Panglima’ iaitu kolam Ikan Koi. Laman ini
berfungsi menenangkan jiwa, terdapat terapi bunyi iaitu air dan juga kocakan dari ikan di dalam
air.
29
Gambar di atas Laman Minda Sihat ‘Laman Rekreasi’ sebagai satu tempat yang
menyenangkan dan mendamaikan. Gambar dibawah, penarafan laman minda sihat melalui
sistem fail di Bilik Orkid.
30
9.0. SARINGAN MINDA SIHAT.
Saringan minda sihat menggunakan 3 instrumen dalam mengenalpasti tahap kesihatan mental.
Instrumen itu ialah;
a. Senarai Semak
b. PHQ9
b. PHQ-9
31
c. GAD-7.
Fahami Kesihatan Mental dan
Penyakit Mental.
✓ Kesihatan mental adalah penting untuk kehidupan yang berkualiti.
✓ Kesihatan mental yang baik bermaksud seseorang individu berasa selesa dengan diri
sendiri, berasa selesa dengan orang lain dan boleh memenuhi cabaran.
32
10.0. ANALISA SARINGAN MINDA SIHAT.
Bil Nama Tingkatan / Bil Kelas Bil Murid SEMAK PHQ9 GAD7
Tahun 109 109
1 TINGKATAN 6 109 109
ENAM ATAS
2 TINGKATAN 6 117 117 117 117
ENAM RENDAH 176 176 176 176
187 187
3 TINGKATAN LIMA 6 199 199
245 245
4 TINGKATAN 6 187 187 253 253
EMPAT 6 199 199 1286 1286
5 TINGKATAN TIGA
6 TINGKATAN DUA 6 245 245
7 TINGKATAN SATU 6 253 253
JUMLAH 42 1286 1286
KESELURUHAN
Keseluruhan Menjawab Saringan Minda Sihat Fasa 1.
300
250
200
150
100
50
0
TINGKATAN TINGKATAN TINGKATAN TINGKATAN TINGKATAN TINGKATAN TINGKATAN
ENAM ATAS ENAM LIMA EMPAT TIGA DUA SATU
RENDAH
SEMAK PHQ9 GAD7
33
10.1. Analisa Keseluruhan Senarai Semak Saringan Minda Sihat.
34
10.2. Analisa Keseluruhan Saringan Minda Sihat PHQ9
35
10.3. Analisa Keseluruhan Saringan Minda Sihat GAD7.
36
11.0. PERBELANJAAN KEWANGAN.
Berikut adalah resit-resit perbelanjaan.
37
38
Pengurusan diri yang baik dan sempurna
akan menjana kecemerlangan dalam bidang
akademik mahupun sahsiah. Mereka yyang
berusaha mengurus diri dengan sebaik-
baiknya akan melahirkan suasana selesa
yang mendorong mereka untuk mencapai
kecemerlangan.
39
12.0. PENUTUP.
Adalah diharapkan dengan terlaksananya penarafan laman minda sihat ini dapat
meningkatkan kualiti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Di samping itu juga dapat
mencungkil potensi kreatif murid bagi menyalurkan maklumat psikopendidikan ke arah
melahirkan modal insan yang berkepribadian mulia, sejahtera, prihatin, mempunyai jati diri
yang teguh dan unggul.
Jenis Pakaian Gaya Rambut / Tudung Aksesori
Kesihatan Diri Amalan Penampilan Keadaan Pakaian
Diri
Wangian Kasut / Sandal Warna Pakaian
40
PENGHARGAAN.
1. Kementerian Pendidikan Malaysia
2. Jabatan Pendidikan Sabah
3. Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
4. YDP PIBG & Exco Persatuan Ibu Bapa Guru Maktab Sabah
5. Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
6. Hospital Mesra Bukit Padang
7. Universiti Malaysia Sabah
8. OSCA Maktab Sabah
9. Barisan Pentadbir Sekolah
10. University College Sabah Foundation
11. Management Science University
12. Semua Jawatankuasa Kerja Program Laman Minda Sihat
13. Semua Anggota Kumpulan Pelaksana
14. Semua Pekerja Swasta
15. Semua Murid Sekolah
16. Orang perseorangan yang terlibat secara langsung sama ada dalam bentuk idea, tenaga,
wang ringgit
TERIMA KASIH.
Demi masa, sesungguhnya semua manusia itu dalam
kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal
soleh dan berpesan-pesan kepada kebaikan dan
berpesan-pesan kepada kesabaran.
(Surah al-‘Asr)
41
42