Dibuat oleh:Cheong Wen Hui
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim
Shah (8 Februari 1903 – 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak
kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada
tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung.
Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa
Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
• Abu Bakar al-Baqir dilahirkan pada tahun 1907 di kampung Gunung
Semanggol, Bagan Serai, Perak tidak jauh dari Padang Rengas. Beliau
merupakan keturunan Jawa dari datuknya, Haji Abdul Jabbar yang berasal
dari Kendal, Jawa Tengah. Haji Abu Bakar bin Mohammad Said bin Haji Abdul
Jabbar atau Abu Bakar Al-Baqir merupakan seorang tokoh kelahiran Perak,
Tanah Melayu.
• Ketakutan pihak berkuasa British terhadap perkembangan cita-cita Islam dalam
politik memuncak ketika pada 29 Julai 1948, pukul 12 tengah hari tiga orang
pemimpin utama HAMIM ditangkap. Mereka ialah Syeikh Abu Bakar al-Baqir,
Ustaz Abd. Rabb al-Tamimi, dan Ustaz Abdul Rauf Nur. Syeikh Abu Bakar
dibebaskan daripada tahanan dalam bulan Oktober 1952.
• Ekoran daripada penahanan ini HAMIM menjadi lumpuh dan akhirnya terkubur.
Namun, semangat perjuangannya untuk menegakkan Islam di bumi Tanah
Melayu diwarisi oleh parti baru, iaitu Parti Islam Se-Malaya, sekarang Parti Islam
Se-Malaysia, (PAS).
• Tun Tan Cheng Lock dilahirkan pada 5 April 1883 di Hereen
Street,Melaka.Beliau telah mendapat pendidikan di
Malacca High School dan Raffles Institution ,Singapura.
• Beliau juga merupakan seorang yang mementingkan
aspek pendidikan bagi seluruh generasi muda.
• Menurut seorang pemimpin berjiwa rakyat seperti
beliau,hubungan mesra antara kaum amat penting untuk
mengekalkan kemerdekaan negara ini.
Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar (12 Februari 1895 – 19 Januari 1962)
merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri
Besar Johor pada 1 Jun 1947 .
--1951: Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
--1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti
Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah
untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada
tahun 1955.
--1955: Tewas dalam Pilihan raya Persekutuan 1955 kepada calon
Parti Perikatan, Dato' Suleiman Abdul Rahman
--1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala
Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan.