KANAK-KANAK
AGRESIF
DIPLOMA:
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK
KURSUS:
SAHSIAH DAN BIMBINGAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
KOD KURSUS:
AAK2093
TAJUK:
TINGKAH LAKU AGRESIF
BIL. DISEDIAKAN OLEH: NO.MATRIK
1. PID20160
NAMA
SYAIRAH BINTI SAIRUDDIN
PENSYARAH:
PUAN FAIZAN BINTI GAYUH
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
SEMESTAR 1 SESI 2021/2022
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA SLIDE
1 Maksud tingkah laku agresif 4-5
2 Tingkah laku positif atau negatif? 6
3 Ciri-ciri tingkah laku agresif 7-9
4 Faktor-faktor tingkah laku agresif 10-12
5 Kaedah atau teknik dalam 13-15
menguruskan tingkah laku agresfi
6 Kesimpulan 16
7 Rujukan 17
Apakah maksud tingkah laku agresif ?
Tingkah laku agresif ini dikenali sebagai tingkah bertujuan
untuk merosakkan,mencederakan,menyakitkan orang lain
dimana manusia tersebut cuba mengelak dariapda tindakan
tersebut. tingkah laku ini juga turut dirangsang oleh sifat emosi
kemarahan,keganasan atau sifat bersaingan yang diarahkan
terhadap orang atau objek yang berada di sekitarnya walaupun
ia melibatkan diri pelaku sendiri dan ia akan dianggap sebagai
bertujuaan untuk membahayakan. Tingkah laku Ini juga
merupakan satu tingkah laku di luar norma masyarakat seperti
membuli, merompak, mengambil kepunyaan orang lain dan
mencederakan. Bukan itu sahaja tingkah laku agresif juga
dianggap sebagai sifat panas baran,suka
membuli,bergaduh,memukul ,menerajang,bersikap
biadap,cemburu,meragut,dan mengores sesuatu.
Definisi mengikut Iman Ghazali dan perspektif islam
-
-Setiap tingkah laku manusia adalah berdasarkan dorongan dan
tujuan
- Dorongan dan motivasi itu berasal dari dalam diri manusia
sendiri
- - motivasi mendorong seseorang individu melakukan
sesuatu
TINGKAH LAKU NEGATIF ATAU POSITIF?
Tingkah laku agresif adalah tingkah laku negatif kerana ia akan memberi kesan
kepada perkembangan sosial-emosi kanak-kanak dan masa depan kanak-
kanak.sebagai contoh, pada zaman pertengahan kanak-kanak,sikap agresif yang tidak
dikawal boleh membawa kepada tingkah laku anti-sosial,agresif dan pemulauan
rakan sebaya. Banyak kajian mendapati bahawa sikap awal ini akan berterusan ke
peringkat rendah dan kemudian menengah jika tidak ditangani dengan baik dan bijak.
Sikap agresif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dianggap sebagai satu bentuk
perlakuan yang berbahaya sekiranya tidak diberi perhatian. Selalunya kanak-kanak
dengan tingkah laku agresfi akan diabai dan dipulau oleh rakan-rakan dan ini akan
meninggalkan kesan dalam hidup kanak-kanak . Oleh sebab itu, sikap agresif ini
perlu dikawal dan ditangani lebih awal.
CIRI-CIRI TINGKAH LAKU AGRESIF
1. KURANG KEMAMPUAN UNTUK MENUNDA
KEPUASAN
- Ini bermaksud kanak-kanak tidak mempunyai kesabaran untuk
menunggu sesuatu keingin mereka untuk diturut. Contohnya,
apabila kanak-kanak meminta untuk diberi makanan kerana lapar
namun ibu bapa berkata bahawa perlu tunggu untuk seketika, ini
akan mewujudkan kemarahan dalam diri kanak-kanak dan akan
menyebabkan kanak-kanak bertindak agresif.
2. TOLERANSI RENDAH UNTUK KEKECEWAAN
- Ini bermaksud kanak-kanak tidak akan bertoleransi terhadap
perasa kecewa. Kebiasaan kanak-kanak akan menangis ketika
kecewa, namun bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku
yang agresif akan bertindak diluar jangkaan. Sebagai contoh ketika
kanak-kanak berasa kecewa terhadap ibu bapa mereka akan
luahkan dengan bertindak agresif seperti memecahkan barangan di
sekeliling mereka.
3. KEMARAHAN
- kanak-kanak akan menunjukkan tingkah laku agresif dengan
melepaskan kemarahan ketika mereka bertingkah laku sedemikian.
Kanak-kanak akan melakukan kerosakan dan tidak akan peduli
dengan keadaan persekitaran mereka. Mereka akan terus lakukan
sehinggalah mereka berasa puas meluahkan kemarahan mereka.
FAKTOR-FAKTOR TINGKAH LAKU AGRESIF
1. FAKTOR BIOLOGI
- Sebagai contoh faktor biologi adalah keturunan.
Sekiranya kanak-kanak mempunyai ibu bapa atau
salah seorang yang mempunyai sikap agresif , ini
akan menyebabkan kanak-kanak mempunyai tingkah
laku agresif secara semula jadi.
2. FAKTOR SOSIAL
-Sebagai contoh bagi faktor sosial adalah keluarga dan rakan-
rakan. Keluarga adalah orang yang paling dekat dengan
kanak-kanak. sekiranya kanak-kanak sentiasa bersama
dengan ahli keluarga yang mempunyai sikap agresif,ini akan
menyebabkan kanak-kanak mencontohi sikap agresif
tersebut. begitu juga dengan sekiranya kanak-kanak berkawan
dengan kanak-kanak lain yang mempunyai sikap tingkah laku
agresif, mereka akan mencontohi sikap tersebut.
3. FAKTOR PSIKOLOGI
- Faktor ini berkait rapat dengan emosi kanak-
kanak. sekiranya kanak-kanak mempunyai
masalah ketidakstabilan emosi,mereka tidak
akan dapat untuk mengawal diri mereka
sekiranya mereka beremosi. Akibatnya
mereka akan meluahkan emosi mereka
dengan sikap agresif .
KAEDAH ATAU TEKNIK DALAM MENGURUSKAN
TINGKAH LAKU AGRESIF
1. MEMBAWA KANAK-KANAK BERJUMPA DENGAN PAKAR
- Cara ini melibatkan kanak-kanak dan pakar. Cara ini sesuai bagi para ibu bapa
yang tidak tahu tindakan yang perlu dilakukan. Para pakar akan menggunakan
pelbagai cara untuk membantu dan terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan
seperti melalui penggunaan ubat atau dengan menggunakan pendekatan
psikologi,pedagogi dan fizikal.
2.PENCEGAHAN DARI AWAL
- Teknik melibatkan penglibatan ibu bapa kerana mereka adalah
orang yang memainkan peranan penting dalam kehidupan kanak-
kanak. ibu bapa haruslah peka dengan tingkah laku kanak-kanak .
Sekiranya kanak-kanak cuba menunjukkan tingkah laku agresif
ibu bapa haruslah mencegah. Sebagai contoh dengan
menghiburkan mereka atau mengalihkan perhatian kanak-kanak
daripada perkara yang menyebabkan kanak kanak bertindak
sedemikian.
3. MENJADIKAN ZIKIR SEBAGAI AMALAN HARIAN
-kaedah ini adalah dimana ibu bapa mendekatkan kanak-
kanak kepada Islam. Ibu bapa haruslah menjadikan zikir
sebagai rutin harian kanak-kanak. hal ini kerana dengan
berzikir ini akan memberi kesan positif kepada kanak-
kanak. kanak-kanak juga akan belajar untuk sentiasa
berzikir apabila mereka berasa marah.
KESIMPULAN
Berdasarkan apa yang telah dijelaskan, tingkah laku agresif adalah
satu tingkah laku yang negatif untuk kanak-kanak dan haruslah
dikawal sejak mereka kecil. Hal ini supaya tingkah laku tersebut
tidak akan menjadi penyebab kehidupan kanak-kanak rosak begitu
juga dengan kehidupan mereka. Ibu bapa memainkan peranan
penting dalam mendidik kanak-kanak kerana mereka adalah
individu yang paling dengan dengan kanak-kanak .
RUJUKAN
- Alexy Portnow,2020 Tingkah laku agresif .
https://ms.iliveok.com/health/tingkah-laku-yang-agresif_109315i15956.html
- - Noorfarah Asmira Abdul Malek,2020, Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi
kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autism. Jurnal
Pendidikan Bitara UPSI, Vol 13. No.1
- Sainte Anastasie, Kelakuan agresif dalam masa kanak-kanak .
https://ms.sainte-anastasie.org/articles/trastornos-emocionales-y-de-conducta/conductas-agresivas-
en-la-infancia.html
- Siti Zaharah Ahmad , Lee Jun Choi, Sawan@Mohammad Syawal Narawi, 2018, Efikasi Diri
Guru dalam Menangani Kanak-kanak Agresif di Pra-Sekolah: Satu Kajian Kes di negeri Kedah
Darul Aman, Journal of Education and Social Sciences, Vol 9, issue 2.
- Suanna Nassa, Contoh Pengurusan Tingkah Laku.
https://www.academia.edu/36105425/CONTOH_PENGURUSAN_TINGKAH_LAKU
CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo,
including icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik
SEKIAN
TERIMA
KASIH