The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Muhammad Khairiel Irsyad bin Rozaimey
SK Seri Aman

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by achiknora, 2021-04-25 04:38:16

Pertandingan Buku Skrap Digital-Tokoh Pemimpin Johor

Muhammad Khairiel Irsyad bin Rozaimey
SK Seri Aman

‘JIWA YANG HIDUP
UNTUK RAKYAT’

MUHAMMAD KHAIRIEL
IRSYAD BIN ROZAIMEY

NAMA:
MUHAMMAD KHAIRIEL IRSYAD BIN ROZAIMEY

KELAS: 6 SERI GEMILANG

NAMA SEKOLAH: SK SERI AMAN
ALAMAT SEKOLAH: FELDA BUKIT APING

BARAT 81900 KOTA
TINGGI JOHOR

E-MAIL: [email protected]

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnianya, saya telah dapat
menyiapkan tugasan Buku Skrap Digital berkaitan Tokoh Pemimpin di Negeri
Johor ini dengan jayanya.

Sekalung Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih kasih saya kepada Barisan
Pentadbir SK Seri Aman, Guru Pembimbing saya Cikgu Noraini Binti Tarimin
kerana sentiasa bersama saya memberikan bimbingan dan tunjuk ajar bagi
menyiapkan Buku Skrap Digital ini mengikut kriteria yang ditetapkan.

Saya juga ingin berterima kasih kepada kedua ibubapa saya, keluarga dan rakan-
rakan yang turut membantu saya bagi menyiapkan Buku Skrap Digital ini.
Tak dilupakan juga kepada kakak saya yang telah banyak mengajar saya
menggunakan aplikasi komputer untuk menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, penghargaan dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menjayakan Buku
Skrap Digital saya ini.

1.0 PENDAHULUAN
2.0 BIODATA DATO’ ONN JAAFAR
3.0 PENDIDIKAN DATO’ ONN JAAFAR
4.0 KERJAYA DATO’ ONN JAAFAR
5.0 SUMBANGAN DATO’ ONN JAAFAR
6.0 NILAI-NILAI KEPIMPINAN

7.0 PENUTUP

8.0 SUMBER RUJUKAN

Hari Kebangsaan masa yang bermakna bagi rakyat Malaysia mengamati bait-bait
sejarah perjuangan dalam menggapai erti kebebasan daripada kolonial Inggeris.
Sengketa dan pengorbanan pemimpin negara sentiasa menjadi liputan media massa
dan rakyat Malaysia dalam menghayati hari yang bermakna ini.
Slogan ‘Merdeka’ yang sinonim dengan simbol kebebasan merupakan fitrah dan
kehendak manusia. Bermulanya perkembangan zaman itu kebanyakannya berkisar
tentang kehendak untuk membebaskan diri daripada cengkaman kesusahan untuk
menuju maghfirah yang lebih bebas dan sejahtera.

Dato Onn Jaafar, seorang pemimpin negara yang sering dilupakan dalam
membincangkan ruang lingkup sejarah kemerdekaan tanah air. Pelbagai usaha yang
dilakukan bagi menyatukan rakyat Tanah Melayu ketika itu, khususnya umat
Melayu. Tiada siapa sangka bagaimana rakyat boleh berhimpun dan bersatu
menentang hasrat British menubuhkan Malayan Union. Kemampuannya harus
menjadi teladan pemimpin Malaysia dalam erti menuntut sebuah negara yang bebas
dan berprinsip.

“Hidup Melayu” merupakan cogan kata yang dilaungkan oleh Dato’ Onn
Jaafar.dengan cogan kata ini “Orang Melayu akan memelihara semangat, maruah
seta kesopanan bangsa, kita berkendak tanah air dan bangsa ini terselamat kuat bagi
menolak keaiban yang menyebabkan kebinasaan dan terhapusnya bangsa” Petikan
daripada ucpan Dato’ Onn Jaafar, Utusan Melayu, 25 Mac 1946.

Beliau dilahirkan Datuk Jaafar Meninggal dunia
di Bukit Gambir, berketurunan Bugis pada Jumaat,
dan berasal dari Daik. 19 Januari1962
Jalan Gertak Ibunya bernama akibat serangan
Merah, Johor Rugayah berasal dari jantung
Timur Dekat,
Bahru berketurunan Turki. Dimakamkan
bersebelahan
Bapanya Datuk Jaafar Beliau diasuh makam bapanya
bin Haji Muhammad oleh wanita di Makam Diraja
iaitu Menteri Besar Inggeris sebelum Bukit
Johor yang pertama melanjutkan Mahmoodiah,
semasa pemerintahan pelajarannya ke Johor
England.
Sultan Ibrahim

Beliau merupakan Beliau dipelihara
anak ketiga dari oleh Sultan Ibrahim
tujuh orang lelaki Ibnu Sultan Abu
dan tujuh orang Bakar sejak kecil
anak perempuan. sebagai anak
angkat

Pendidikan asasnya bermula di Sekolah Melayu Johor Bahru.

Sebelum dihantar ke England, beliau diasuh oleh wanita Inggeris bersama Tunku Mahkota
Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad pada usia sembilan tahun.

Kemudian belajar di sekolah Aldeburg Lodge di England selama enam tahun.

Setelah tamat pelajaran di England beliau telah pulang ke tanah air, Johor pada 25 mac 1910
Dan melanjutkan lagi pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan di England.

Pada 1 September 1911 sewaktu berusia 16 tahun beliau mula berkhidmat dengan
kerajaan Johor sebagai kerani pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Dua
bulan kemudian berpindah ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan
kemudian berpindah ke Pejabat Penasihat British (British Advisor).
Pada bulan Mei, 1912 bertugas sebagai Pembantu Kerani Besar Pejabat Perubatan
dan dalam bulan Julai, 1912 beliau kembali ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
sebagai Pembantu Kerani Besar.

1 Ogos 1913, Datuk Onn bekerja di Pejabat Penasihat Undang-undang Johor,
kemudian dalam bulan Oktober 1914 bekerja di Pejabat Imigresen Bahagian India
dan pada tahun yang berikutnya bekerja di Pejabat Wang (Perbendaharaan) Johor.
Atas perintah Sultan Ibrahim, Datuk Onn berkhidmat sebagai kadet dalam Tentera
Johor pada bulan Julai 1917, berakhir dengan pangkat Leftanen. Dari Bukit
Timbalan Johor Bahru beliau dipindahkan ke Pejabat General Advisor. Di sini juga,
beliau tidak lama berkhidmat kerana diberhentikan pada 31 Januari 1920 oleh
Sultan Ibrahim disebabkan perselisihan faham dengan Baginda.

Beliau bersama-sama keluarganya telah berpindah ke Singapura. Di sana beliau
berniaga kecil-kecilan termasuk kain, perkakas perak, tembaga, barang makanan
seperti keropok dan sebagainya. Pada tahun 1922 beliau balik bekerja dengan
Kerajaan Johor sebagai pegawai tambah sementara dalam pejabat tanah.

Pada 1 Januari 1923 beliau dilantik sebagai Ketua Pejabat Kawalan/Sekatan Getah
di Muar. Tahun berikutnya dilantik sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar
dan kemudiannya berpindah ke Johor Bahru.

Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di dalam Syarikat Warta Malaya
kepunyaan Syed Husin Alsagof dari tahun 1930 hingga 1933. Kemudiannya dalam
tahun 1934, beberapa orang dari Syarikat Warta Malaya menerbitkan Mingguan
Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Datuk Onn bertindak sebagai pengarangnya.

Pada tahun 1936 Datuk Onn dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Johor. Walau bagaimanapun, Datuk Onn telah menerima
dengan syarat beliau bebas mengeluarkan pendapat. Pada 1 Jun 1938 beliau dilantik
pula sebagai Setiausaha sulit kepada Tunku Mahkota Johor, membuat kerja yang
dititah oeh Sultan sama ada peribadi, kerja istana atau kerajaan.

Datuk Onn telah mengetahui Pavilion Johor dalam pameran yang diadakan di San
Francisco, Amerika Syarikat dalam tahun 1938.

Oleh kerana sumbangan dan rapatnya hubungan Datuk Onn dengan Sultan,
kedudukan Datuk Onn sangat penting kepada Sultan. Apabila meletusnya Perang
Dunia dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Datuk Onn menjadi Ketua Pejabat
Kawalan Makanan Negeri Johor mula 1 Januari 1942 hingga tahun 1945.

Pada awal tahun 1946, beliau menubuhkan Persatuan Melayu Semenanjung Johor
yang sebagai Yang Dipertua. Dalam bulan Mac 1946, perwakilan-perwakilan dari
berbagai persatuan Melayu bertemu dalam Kongres Melayu pertama yang diadakan
di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur mencapai keputusan akan menubuhkan
satu dan yang mewakili orang melayu menentang Malayan Union.

Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei 1946.
Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk Onn sebagai yang Di
Pertuanya yang pertama. Dalam tahun ini juga iaitu pada 1 Oktober 1946, Sultan
Ibrahim melantik Datuk Onn Datuk Jaafar sebagai Menteri Besar Johor.
Saudara-saudaranya, Datuk Abdullah dan Datuk Mustafa pernah dilantik ke jawatan
tersebut.

Setelah berkhidmat selama tiga tahun, Datuk Onn meletakkan jawatan itu untuk
menumpukan sepenuh masa kepada UMNO selepas Sultan Ibrahim memberi
amaran kepadanya sama ada mahu memilih berkhidmat dengan kerajaan atau
memimpin UMNO. Datuk Onn memilih untuk terus berkhidmat sebagai Yang
Dipertua UMNO. Pada tahun 1946, kepimpinan Datuk Onn menentang penjajahan
secara politik sehingga tumbangnya Malayan Union dan tertubuhnya Persekutuan
Tanah Melayu.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memelihara semula kedudukan
Raja-Raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan bagi orang-orang
asing dan memberi beberapa hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu.

Usaha-usaha Datuk Onn untuk mengembalikan kedudukan orang-orang Melayu,
beliau telah mengemukakan cadangan supaya keahlian UMNO dibuka kepada lain-
lain bangsa tetapi mendapat tentangan di kalangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO
disebabkan oleh suasana Kebangsaan Melayu ketika itu tidak sanggup menerima
perubahan radikal seperti itu. Hasrat dan cita-citanya untuk memartabatkan bangsa
melayu diteruskan dengan pelbagai cadangan dan tindakan. Pemerhatian yang
dibuat oleh Datuk Onn ada dinyatakan didalam ucapannya :

“Layanan yang berat sebelah itu pula tidak terhad kepada pegawai-pegawai
British sahaja tetapi diluaskan kepada tiap-tiap orang Eropah di dalam pekerjaan
Kerajaan. Di dalam soal gaji, rumah-rumah kediaman dan di dalam berbagai-
bagai cara lain lagi terdapat layanan yang sama itu diketepikan. Apa yang
melukakan hati saya ialah hakikat bahawa hinggakan pegawai-pegawai kanan
Melayu yang berada di dalam perkhidmatan awam itu telah tertolak ke bawah oleh
satu dasar yang menjadi dasar untuk memajukan pentadbir-pentadbir bagi jawatan
yang lebih tinggi itu.”

Dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 ogos Datuk
Onn melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua UMNO disebabkan oleh tentangan
tersebut. Berbagai-bagai tafsiran boleh diberi terhadap syor-syor Datuk Onn dan ia
sendiri pernah dituduh sebagai tidak berkepentingan Melayu.

Sebenarnya Datuk Onn telah mendahului zamannya; orang-orang melayu masih
tidak dapat bersetuju UMNO menerima keahlian semua kaum sahaja. Begitu juga
kelonggaran dalam syarat-syarat kerakyatan untuk kaum-kaum lain masih belum
dapat diterima walaupun kemudiannya dan dalam penggubalan perlembagaan
Malaya Merdeka syarat-syarat lebih longgar diberi keada kaum-kaum lain.

Malah UMNO sendiri sebelum Merdeka telah bekerjasama dengan kaum-kaum lain
melalui parti Perikatan (yang bagaimanapun mengekalkan identiti parti-parti di
dalamnya).

Datuk Onn yang telah dilantik oleh Kerajaan British sebagai Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri telah dapat melihat dari dalam masalah-masalah pentadbiran dan
politik negara. Mungkin kerana itu, merasakan perlu kerjasama secara lebih rapat
dengan kaum-kaum lain dan mempercayai bahawa bimbingan dari British adalah
perlu bagi memajukan orang-orang melayu sebelum mencapai kemerdekaan.

Beliau dituduh sebagai orang pro-British kerana duduk dalam kabinet kerajaan
penjajah, tetapi kemudiannya UMNO juga membenarkan seornag wakilnya
menerima tempat dalam kabinet itu. Sewaktu di dalam kabinet kerajaan penjajah,
Datuk Onn telah dilantik menjadi Pengerusi RIDA, sebuah badan yang bertujuan
untuk meninggikan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu. Dalam bidang
pelajaran, nama Datuk Onn terkenal dengan minatnya terhadap kemajuan anak-anak
Melayu yang membuahkan antara lain ‘Biasiswa UMNO’ sewaktu beliau dalam
parti ini.

Setelah meninggalkan UMNO Datuk Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya
tetapi tidak berjaya mendapat sokongan orang-orang Melayu. Pada tahun 1954,
beliau menubuhkan pula Parti Negara sebagai membuat persediaan menghadapi
pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955, Datuk Onn dan partinya
tidak berjaya dalam pilihanraya itu, namun tidak berputus asa bagi mendapatkan
tempat dalam politik tanahair.

Beliau berjaya juga mendapat kerusi, mewakili kawasan Parlimen Kuala
Terengganu Selatan dalam pilihanraya Persekutuan dalam tahun 1959. Dengan
seorang diri mewakili partinya beliau cuba menyampaikan pendapat-pendapat
politiknya dalam sebuah Dewan yang mengandungi ahli-ahli dari UMNO Perikatan
dan parti-parti lain.

Pada tahun 1962, Datuk Onn menghembuskan nafasnya yang terakhir di Johor
Bahru. Perjalanan perjuangan Datuk Onn adalah sebahagian daripada sejarah Tanah
Melayu kita selepas perang dunia kedua. Walau apapun tanggapan terhadapnya,
tiada siapa pun dapat melupakan jasa baktinya kepada parti, bangsa dan negara.

Sebagai seorang pejuang, pendukung keamanan beliau mempunyai pendirian
politiknya yang tersendiri. Kepintaran dan kegigihannya tidak ada tolok banding di
waktu beliau berada di mercu politik UMNO dan tanahair sehingga diperakui
semua kalangan. Beliau seorang tokoh politik nasionalis dengan keupayaan
intelektual yang tinggi walaupun tidak menjejak kaki di Universiti.

Beliau juga pemidato dan juga pengarang yang terkenal dengan kebolehan bahasa
ynag menakjubkan. Dalam lima tahun yang intensif sewaktu pergolakan politik
tanahair paling memuncak beliau wujud untuk memegang teraju pimpinan orang-
orang melayu dan membentuk corak politik yang akan diikuti kemudian.

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI

Kejayaan Dato’ Onn Jaafar dalam usaha membebaskan negara dari penjajah dan
menyatukan rakyatmenunjukkan bahawa beliau seorang pemimpin yang berkaliber.
Antara nilai-nilai kepimpinan Dato’ Onn Jaafar yang diterapkan dalam diri generasi
sekarang ialah nilai bertanggungjawab. Untuk menjadi seorang pemimpin, nilai
bertanggungjawab merupakan nilai yang paling utama yang perlu diterapkan dan di
amalkan oleh seseorang pemimpin.

Tanpa nilai tanggungjawab seseorang pemimpin tidak akan dapat melaksanakan
tugas yang diberikan dengan amanah dan betul. Sebagai contoh, Dato’ Onn
bertanggungjawab terhadap keluarga dan negaranya. Beliau sanggup mengahwini
balu adiknya dan beliau turut bertanggungjawab memimpin rakyat jelata untuk
menuntut kemerdekaan.

Selain itu, Dato’ Onn telah mengamalkan nilai muafakat bagi
menyatupadukan rakyat. Contohnya, Dato’ Onn telah mengaturkan pertemuan
dengan pelbagai pihak untuk menyatupadakan mereka demi menuntuk
kemerdekaan. Sebagai seorang pemimpin, nilai muafakat perlu sentiasa diamalkan
semasa pemuafakatan masyarakat penting bagi memastikan perpaduan sentiasa
kukuh supaya keharmonian hidup rakyat berbilang kaum dan agama negara ini
terpelihara dengan baik.

Mlbmab1beWhee9eraligjn6arnaaiyc9lgtdyauuu,seaura.dnmamobgthuikaaeddgbtnmaoaaakkrpikimebeadtilrieaautldrpumiljhauaiplawastapatadmakdnuiaatpndenta,euratrumusrrasisiimpoaakuotha3naihanki8ivcdsoitenieaalnreinnhsghdtiuekstiniaelaaa.nmtkteh,NaamajkwmaanpmsjgaeaaananutntitainsynnJme,aogrwbehgtkameoaaerllkprpoadarieruonliurpefijsn.euuneisPantahainaoisbdngdaieagkkanrlgaaaka1nnamle5sMBkneFuiaamneesshliibipaaabdryasuyaaatuaaannrnnaigk
l2(epsUs0bbieeBen1iiPnbmdhsa2gaSaag)pg4aInn.ie)ja0gDimnyiajkuaAtaaneeegnlnnukartagigtamdnnamhtciisgetkaetolgakearrargidmlehbiausariepajedismlaiopiijtdanahbeuUausarenayPt.mnriakSogdcaUnalekeakigilKmntutaaeasniMkpeOnnirnnesmlbirgiedatkjimkunauadar,nUgaap.tIn,nenBUMigsgntgeenuaaRkkbbniujveuennujepraauyOgarahmgaaspmkaipaadtbaiautarekUerPasll,olaainneaIalmtngnhepupyjkdompetauikheden.e,elOmigadnPkahmiabaeajmnarimmaaanraSnkeagk(unnutdMalignitnndhnaoaginaadnhgpsmedIiimuwdladskZrokaaaiaadnstalnmaannmlybaeri

Anwar Abdullah (2004), Biografi Dato’ Onn Jaafar. Diperoleh pada
April 2, 2021
daripada http://sgp1.digitaloceanspace.com/proletarian-
library/singapore-
malaysia/Anwar%20Abdullah/Biografi%20Dato’%20Onn%20Hidup
%20Melayu%20%28267%29/Biografi%20Dato’%20Onn%20Hidup
%20Melayu%20%20Anwar%Abdullaj.pdf

Kelahiran Dato’ Onn Jaafar (2018). Diperoleh pada April 2, 2021
daripada
http://pekhabar.com/kelahiran-dato-onn-jaafar/.

PergerakanMelayu (1946, Mei 25) Utusan Melayu online. Diperoleh
pada April 2, 2021
daripada http://upnih.pnm.gov.my/myrepo-
public/welcome/content/browse-content/full-metadata/33964.

Ramlah Adam. Abdul Hakim Samuri, & Muslimin Fadzil (2018),
Buku teks
SejarahTingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia: Dewan
Bahasa da Pustaka.


Click to View FlipBook Version