The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aisyahh, 2023-05-14 07:21:05

bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan

bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan

BAHASA KITA JALINAN INDAH, PUITIS BERMAKNA, DARI UNGKAPAN CINTA HINGGA LUAHAN BENCI RASA HATI, DARI SALAM PERKENALAN HINGGA LAMBAIAN UCAPAN SELAMAT TINGGAL, DARI AGUNGNYA KOTA MELAKA HINGGA AKU BERDIRI DI BUMI MALAYSIA, MADAH BICARA, DI BAWAH LEMBAYUNG YANG SAMA, SATU BAHASA, TAPI KINI MADAH BERBEZA KIAN MEMAMAH, MELUPA WARISAN AGUNG BANGSA KITA, KERANA KITA TERLALU MENJUNJUNG BAHASA MEREKA... BUKAN BAHASA KITA, KERANA MEREKA ITU MAJU KONONNYA... TIDAK KITA, KITA LUPA KITA ALPA, KITA LALAI DENGAN BUDAYA MEREKA. SEDARLAHH BANGSAKU, MATIKAN KHAYALAN INDAH, KITA TEGAKKAN BERSAMA, SUBURKAN DALAM JIWA, MURNIKAN DENGAN BAIT-BAIT KATA, KERANA, INI BAHASA KITA, KERANA, BAHASA INILAH YANG MENYATUKAN KITA, YANG AKAN TERUS MENGIKAT KITA BERSAMA DALAM PERBEZAAN YANG ADA, INDAHNYA BAHASA KITA RASAILAH KEINDAHAN BAHASA PADA KESEMPURNAANNYA BAHASA MELAYU; BAHASA KITA DIANYAM KATA-KATA AMAT DALAM PENGERTIANNYA. ISI TERSURAT DALAM AYAT SUSUNAN KATA INDAH MEMIKAT BAHASA BAIK CERMIN MASYARAKAT BERMADAH KATA BERSALUT AMANAT. ITULAH BAHASA BUNGA-BUNGAAN INDAH TERASA KIASAN TAMSIL DAN IBARAT SEDAP TERASA KE LUBUK JIWA BULAT KATA BANGSA BERMUAFAKAT. SYAIR PANTUN DAN JUGA SELOKA PERUMPAMAAN BIDALAN PEPATAH ORANG TUA-TUA INDAH MADAH GURINDAM DAN SAJAK BAHASA BERJIWA BERDIRI TEGAK SANTUN BERBUDI SOPAN DAN SEGAK. YANG INDAH ITU BAHASA PADA AKAL RASA DAN JUGA KATA YANG BAIK ITU BUDI TERSUSUN MADAH DALAM MAKNA TERPANCAR INDAH DARI HATI 1


2


Bahasa Melayu ini ialah bahasa kebangsaan negara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu". Piawai bahasa ini juga digunakan di negara Singapura dan Brunei, dan turut berstatus rasmi di negara-negara tersebut.Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Bahasa Melayu telah diteraskan sebagai Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi di Malaysia. Berdasarkan perkara 152 di bawah Perlembagaan Persekutuan menerangakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipersoal tentang penggunaan dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu ini ialah bahasa kebangsaan negara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu". Piawai bahasa ini juga digunakan di negara Singapura dan Brunei, dan turut berstatus rasmi di negara-negara tersebut.Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Bahasa Melayu telah diteraskan sebagai Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi di Malaysia. Berdasarkan perkara 152 di bawah Perlembagaan Persekutuan menerangakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipersoal tentang penggunaan dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. ' HIDUP BAHASA , HIDUP BANGSA' Jika sesuatu bahasa itu selalu digunakan , maka kekallah bangsa yang menuturkannya. BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA KEBANGSAAN PENGENALAN 3


Perpaduan adalah medium penting dalam mewujudkan keharmonian masyarakat di Malaysia.Antara perkara yang diguna pakai oleh kerajaan dalam membentuk perpaduan antara kaum adalah dengan mewujudkan satu bahasa yang boleh difahami oleh semua lapisan masyarakat.Selaras dengan faktor sejarah dan merupakan bahasa yang mempunyai penutur terbanyak di Malaysia, bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa perpaduan. Bukan sahaja sebagai bahasa rasmi tetapi bahasa yang dapat menyatupadukan masyarakat Malaysia yang pelbagai bangsa. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan tidak dapat disangkal kerana bahasa ini merupakan bahasa yang paling mudah difahami oleh semua peringkat umur. Pemahaman terhadap sesuatu bahasa pertuturan adalah sangat penting bagi menjamin intipati perbualan dapatdifahami dengan jelas. Pengunaan bahasa yang berbeza dapat mewujudkan sikap prasangka di mana maksud sebenar perbualan tidak dapat difahami. Sebagai contoh, kebanyakanmasyarakat Melayu tidak pandai berbahasa Tamil dan berbahasa Cina, tetapi kebanyakan masyarakat India dan Cina pandai menuturkan bahasa Melayu.Fungsi utama bahasa itu adalah menyatukan rakyat Tegasnya, penggunaan satu bahasa mencerminkan jalinan hubungan rakyat Malaysia yang harmoni kerana kemampuan pelbagai etnik secara bersama menuturkan bahasa tersebut. Dengan ini, bahasa Melayu menjadi alat penting untuk mewujudkan dan mengekalkan perpaduan antara kaum. Dalam Falsafah Pendidikan Negara juga ditegaskan tentang pentingnya semangat perpaduan kaum untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang rela berbakti serta bekorban ke arah mewujudkan perpaduan kaum dengan mengamalkan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat menghormati. Sikap ini membantu kearah pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatupadu. BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERPADUAN 4


BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI Bahasa rasmi tidak semestinya merupakanbahasa kebangsaan keranabahasa rasmi adalah bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuantertentu yang tidak perlu dikaitkan dengansemangat kebangsaan. Biasanya bahasarasmi dipilih daripada salah satu bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilih bahasabekas penjajah. Contohnya bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi kerana bahasa inidapat digunakan sebagai bahasa ilmu dan dapat difahami umum. Bahasa rasmi merujuk kepada bahasa yang diberikan status rasmi secara sah oleh sesebuah negara, negeri atau wilayah. Penggunaan bahasa adalah dalam situasi seperti urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan, urusan perdagangan dan perusahaan, kehakiman, upacara rasmi dan antarabangsa. Di Malaysia, bahasa Melayu telah menggantikan bahasa Inggeris sebagaibahasa rasmi tunggal selepas mencapai kemerdekaan. Bahasa Melayu menjadiBahasa Kebangsaan dan sekali gus berfungsi sebagai bahasa rasmi negara. Namun, bagi sesetengah negara, bahasa rasmi diguna oleh kerajaan dan pemerintah dalam dokumen rasmi kerajaan berbanding penggunaan bahasa 5


Begitulah suatu penyataan yang cukup sentimental tentang nilai dan harga diri sesuatu bahasa.. Negara yang merdeka dan berdaulat lazimnya memerlukan bahasa, lagu, negara atau bendera sebagai lambang kemerdekaan dan kedaulatannya. rang tua-tua sering mengungkapkan, “Bahasa Jiwa bangsa”, “Hilang bahasa, lenyaplah bangsa, “Bahasa Teras Budaya, dan O Budaya Cerminan Bangsa”. Sejarah perjuangan bangsa mulai awal abad ke-20 menunjukkan citacita mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa utama dalam sistem pendidikan negara. Apabila perjuangan memerdekakan negara digerakkan, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu turut menjadi agenda utama. Bahasa Melayu telah dirancang menjadi bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara kerana bahasa adalah bidang utama kekuatan bangsa dan alat pengucapan budaya. Bahasa yang mampu berkembang menangani perubahan keperluan dan tuntutan baru peradaban manusia akan mampu pula membina tamadun umatnya dan seterusnya melambangkan jati diri sesuatu bangsa itu. Ungkapan “bahasa jiwa bangsa” bukan sekadar slogan, tetapi ciri utama yang menentukan jati diri “kebangsaan” sesuatu bangsa. Melalui bahasa kebangsaan, sesebuah negara dapat membina keperibadian dan tamadun mengikut acuannya sendiri sesuai dengan aspirasi, latar sejarah dan budaya rakyatnya. Bahasa asing lain tidak mungkin dapat mengambil alih fungsi bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengungkap dan perakam peradaban bangsa dan jati diri sesuatu masyarakat itu. BAHASA MELAYU SEBAGAI LAMBANG JATI DIRI 6


BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KOMUNIKASI DAN PENGANTAR Jadi setiap rakyat yang mengaku dirinya sebagai rakyat Malaysia sewajarnya cinta, hormat dan bangga akan bahasa Melayu. Sebagai alat untuk memungkinkan penyatuan pelbagai kaum dengan latar belakang sosiobudaya dan bahasa masing-masing, bahasa Melayu memungkinkan pelbagai suku kaum dari pelbagai wilayah dan daerah di Malaysia mencapai keserasian hidup sebagai bangsa yang bersatu padu dengan tidak perlu meninggalkan identiti dan bahasa sukuan masing-masing Dengan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa kesatuan dan pemersatuan, rakyat menyedari betapa pentingnya meletakkan kepentingan nasional melebihi kepentingan kaum dan kelompok yang sempit. Bahasa Melayu telah terbukti keberkesanannya sebagai alat perhubungan antara daerah, wilayah dan budaya hingga kesalahfahaman dapat dihindarkan. Bahasa Melayu tetap akan berperanan sebagai wahana komunikasi yang mutlak untuk masyarakat pelbagai kaum, tanpa mengira taraf sosial dan latar belakang. Pergaulan yang berkesan memerlukan bahasa yang mudah dikuasai oleh kebanyakan rakyat, praktis dan mampu mengungkap fikiran dan emosi dengan berkesan. Bahasa Melayu telah dan akan terus berperanan sebagai watak utama di pentas kehidupan sosial, rasmi dan tidak rasmi rakyat Malaysia Inilah bahasa yang menjadi rantai emas pengikat jiwa dan raga, emosi dan fikiran rakyat pelbagai kaum. Bahasa Melayu memiliki ciri sebagai alat komunikasi sosial bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia perlu sedar bahawa tanpa bahasa tersebut, sukar bagi mereka mencapai kesejahteraan sosial ari segi sosiobudaya, bahasa Melayu telah mampu memainkan peranannya yang lebih bererti dalam konteks fungsi interaksional untuk menjalin dan mengukuhkan hubungan sosial pelbagai kelompok dan kaum di negara ini. D 7


TRAVEL JOURNAL BAHASA MELAYU SEJARAH BAHASA MELAYU.... Bahasa Melayu sebenarnya mempunyai nilai komersial, unik dan kaya kosa kata. Terdapat pelbagai faktor dalaman dan luaran yang menjadi penyebab bahasa Melayu dipandang sinis dalam kancah keilmiahan dan ketamadunan jati diri bangsa. SEBAGAI BAHASA LINGUA FRANCA Atas faktor tertentu, bahasa Melayu dikenali juga sebagai bahasa Malaysia. Bahasa Melayu merupakan antara sepuluh bahasa di dunia yang mempunyai penutur yang paling ramai. Bilangan pengguna bahasa Melayu semakin meningkat dari setahun ke setahun namun masih tidak dianggap sebagai kuasa bahasa utama kerana terpaksa bersaing atau dalam erti kata lain, dinafikan hak dan upayanya dek kehadiran bahasa lain seperti bahasa Inggeris. Lingua franca (dari bahasa Itali, bererti bahasa Frank) atau bahasa perantara merupakan bahasa perantaraan yang digunakan secara sistematik untuk tujuan perhubungan antara orang-orang yang tidak sama bahasa ibundanya, khususnya bahasa ketiga yang berbeza dari bahasa ibunda dua belah pihak. Lingua franca ditakrifkan berdasarkan fungsi, tanpa mengambil kira sejarah atau struktur bahasa itu:[walaupun ada bahasa campuran (pijin dan kreol) yang berperanan sebagai lingua franca, namun kebanyakan lingua franca bukan bahasa campuran. Istilah lingua franca juga memaksudkan bahasa yang dikhususkan dalam bidang tertentu, seperti bahasa Inggeris untuk kajian sains. Lingua franca bersinonim dengan bahasa penghubung (vehicular language). Padahal bahasa vernakular merupakan bahasa asli dalam lingkungan sebuah komuniti penuturnya, bahasa vehicular pula menjangkaui batas komuniti asalnya, lalu dijadikan bahasa kedua untuk kegunaan perhubungan antara komuniti. Contoh, bahasa Inggeris adalah bahasa vernakular di England, tetapi di Filipina pula dijadikan bahasa penghubung (iaitu lingua franca). Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua franca. Pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa. Dianggarkan lebih 300 juta orang di seluruh dunia boleh bertutur dalam bahasa Melayu Dari aspek sejarah, bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia atau dikenali juga sebagai bahasa Melayu-Polinesia. Bahasa Melayu berkembang menjadi pelbagai dialek yang unik dan tersendiri. Pada hari ini, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Di Malaysia, bahasa Melayu dimartabatkan dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152) yang menyatakan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan, dituturkan oleh pelbagai lapisan masyarakat sebagai bahasa perhubungan utama, bahasa diplomatik, bahasa perundangan, bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan dan sebagainya. Namun begitu, sesetengah pihak menganggap bahasa Melayu tidak mantap dan belum boleh dibanggakan kerana status pencapaian yang merudum jika dibandingkan dengan pencapaian yang dicatatkan pada zaman kegemilangan Melayu terdahulu. Yang menyedihkan, terdapat segelintir rakyat dan pemimpin seolah-olah meminggirkan peranan bahasa kita. 8


Selaku sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dijadikan agenda utama yang dilaksanakan secara berterusan supaya bahasa Melayu benar-benar menjadi jiwa bangsa sekaligus mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia. Keaslian bahasa Melayu perlu terus dipelihara agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa lain.Oleh itu bahasa melayu perlu dijadikan agenda utama yang dilaksanakan secara berterusan supaya bahasa Melayu benar-benar menjadi jiwa bangsa sekaligus mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia.Keaslian bahasa Melayu perlu terus dipelihara agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa lain.Bak kata pepatah "yang kurik itu kendi, yang merah itu saga,yang baik itu budi, yang indah itu bahasa". KESIMPULAN 9


HTTPS://WWW.ACADEMIA.EDU/13588718/KEDUDUKAN_B AHASA_MELAYU_DALAM_NEGARA_MASA_KINI HTTPS://WWW.STUDOCU.COM/MY/DOCUMENT/UNIVERSI TI-TEKNOLOGI-MARA/VALUES-AND-CIVILIZATIONII/BAHASA-MELAYU-SEBAGAI-BAHASAKEBANGSAAN/27374768 HTTPS://WWW.SINARHARIAN.COM.MY/ARTICLE/15938/KH AS/PENDAPAT/BAHASA-MELAYU-BAHASA-RAKYATMALAYSIA RUJUKAN 10


Click to View FlipBook Version