K E S EKL AOMN FALTIAKNDNAENG A R A
DAN ANTARABANGSA
Setiap konflik yang berlaku pasti ada pendekatan terbaik dalam menangani konflik
yang timbul itu
JULAI 2021
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
ISI KANDUNGAN
1.0 Konsep Konflik 1
1.1 Tahap Konflik 2
1.2 Kesan Konflik 3
2.0 Pendekatan Terbaik Menangani Konflik 4-5
2.1 Diplomasi 6
2.1.1 Fungsi Diplomat 7-8
2.1.2 Elemen Diplomasi 9
2.1.3 Kelebihan Diplomasi 10
2.1.4 Rumusan Diplomasi
2.2 Rundingan 11-12
2.2.1 Fasa Rundingan 13-14
2.2.2 Kebaikan Rundingan
2.2.3 Rumusan Rundingan 15
16
3.0 Kesimpulan 15
Aktiviti Pengukuhan 18-20
1.0 KONSEP KONFLIK
Setiap negara sememangnya mempunyai keinginan dan
kepentingan tersendiri untuk memastikan negaranya menjadi
sebuah negara yang maju untuk kesejahteraan rakyat dan juga
pihak kerajaan. Oleh itu, kepentingan yang ingin diperoleh itu
adakalanya bercanggah sehingga tercetusnya konflik antara
negara. Konflik ialah keadaan perselisihan disebabkan oleh
ketegangan atau perbezaan keperluan, nilai dan kepentingan.
Bukan itu sahaja, konflik juga berlaku disebabkan pertentangan
antara dua pihak kerana perbezaan fahaman, prinsip dan ideologi.
Terdapat pelbagai konflik yang telah berlaku. Antaranya ialah
seperti yang di bawah:
Contoh Konflik
Isu tuntutan Filipina ke atas Sabah
Isu perebutan Pulau Batu Puteh
(Malaysia-Singapura)
1
1.1 TAHAP KONFLIK
Tahap Mudah
Tempoh konflik yang masih baru
Tidak melibatkan isu agama dan identiti
Tidak melibatkan ramai aktor (tiada campur tangan luar)
Tahap Sukar
Tempoh konflik yang terlalu lama dan berlarutan
Tahap dimana konflik sukar diselesaikan
Melibatkan tahap pertempuran dan kemusnahan
tinggi
Membabitkan aspek sejarah, konflik yang panjang,
elemen budaya, agama dan politik
2
1.2 KESAN
KONFLIK
Peperangan
KONFLIK
Keganasan
Pencabulan
Hak
3
Konflik yang timbul dalam hubungan antara negara merupakan
perkara biasa. Konflik juga boleh menyebabkan peperangan
tercetus sehingga ramai insan tidak berdosa menjadi korban.
Namun, tidak semua konflik ini berakhir dengan peperangan.
Pendekatan penyelesaian perlu diketahui dan bergantung kepada
sesuatu konflik itu agar hubungan antara negara akan kekal
harmoni dan aman. Antara pendekatan terbaik dalam menangani
konflik yang timbul dalam hubungan antara negara termasuklah
seperti yang di bawah.
2.0 Pendekatan Terbaik
Menangani Konflik
2.1 DIPLOMASI
Diplomasi adalah amalan menjalankan rundingan antara
wakil-wakil pelbagai negara dan merupakan proses politik di
mana negara melaksanakan hubungan rasmi antara satu sama
lain. Selain itu, diplomasi juga bermaksud kecekapan mengurus
perhubungan rasmi antara satu negara dengan negara lain.
Mana-mana negara yang terlibat akan bersemuka untuk
menyelesaikan masalah sama ada secara dialog ataupun
perbincangan.
Bukan itu sahaja, diplomasi berkait dengan rundingan bagi
menyelesaikan isu-isu ataupun konflik penting yang
membabitkan dua negara atau lebih bagi menjamin perjanjian
antara pihak terlibat dapat ditandatangani dan dipatuhi.
4
Pelaksanaan diplomasi perlu mengambil kira dari segi
pemilihan tempat, keanggotaan dan penyertaan, penentuan
agenda, kaedah prosiding, mekanisme dan strategi dalam
membuat keputusan, penubuhan dan pengurusan sekretariat.
Amat penting untuk memastikan semua perkara ini berjalan
lancar agar proses diplomasi dapat mencapai persetujuan
bersama dari pihak terlibat.
Secara mudahnya, diplomasi ini adalah satu proses
melibatkan dua pihak atau lebih yang mana satu pihak itu akan
mewakili negara kita yang dipanggil sebagai 'diplomat'.
Diplomat inilah yang akan berunding secara aman tanpa
kekerasan mengenai sesuatu perkara atau isu. Diplomasi ini juga
akan mengurus pelbagai keperluan bagi suatu negara seperti
berkaitan ekonomi, perdagangan, budaya, perdamaian dan lain-
lain.
Imbas saya
Dasar Luar Malaysia Era Dato' Seri Mohd Najib
Tun Razak: Keutamaan Dalam Aspek Hubungan
Dua Hala
5
2.1.1 FUNGSI DIPLOMAT
Mewakili
Mewakili kepentingan negara sebagai pengirim pada
negara penerima.
Melindungi
Melindungi kepentingan negara dan rakyat di negara
penerima.
Mengadakan
mengadakan persetujuan bersama pemerintah dari
pihak negara penerima.
Memberikan
Memberi laporan secara berkala mengenai keadaan
dan perkembangan dalam bidang ekonomi, budaya,
dan lain-lain kepada negara penerima.
Meningkatkan
Meningkatkan kerjasama antara kedua negara dalam
pelbagai bidang.
6
2.1.2 ELEMEN
DIPLOMASI
1. Berkaitan Hubungan Rasmi antara Negara
Melibatkan hubungan antara negara secara rasmi atau
mempunyai kaitan secara rasmi
Elemen ini kebiasaannya mempunyai diplomat
2. Melibatkan Komunikasi
Menekankan elemen komunikasi dan interaksi antara negara
terlibat
Komunikasi penting kerana apabila adanya komunikasi serta
interaksi yang berkesan dan baik, maka ia dapat meningkatkan
pemahaman antara negara. Komunikasi penting untuk membuat
pihak terlibat faham mengenai negara kita dan kita faham
negara mereka.
3. Melibatkan bargaining secara aman
Ia berlaku apabila melibatkan sesuatu isu.
Bergaining bermaksud tawar menawar. Maka, sesuatu isu
tersebut akan dibincangkan dan diselesaikan dengan mengambil
kira manfaat dengan pihak terlibat.
7
4. Keputusan Bersama
Keputusan bersama berkait dengan kenyataan ketiga iaitu
melibatkan bargaining secara aman.
Tujuan keputusan bersama ialah untuk mencapai keputusan
yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
5. Proses yang Berterusan
Proses yang berterusan akan berlaku diantara negara yang
terlibat selagi ada hubungan dengan negara tersebut. Maka
diplomasi juga akan berterusan.
Interaksi dan komunikasi masih diperlukan sepanjang
hubungan tersebut berlangsung.
Contoh:
Malaysia telah menggunakan pendekatan diplomasi bagi
menyelesaikan konflik antara Malaysia dan Korea Utara ketika di
bawah pimpinan bekas perdana menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun
Razak pada tahun 2017.
Imbas saya
Konflik Malaysia-
Korea Utara
8
2.1.3 KELEBIHAN
DIPLOMASI
Setiap negara Mengelak
terlibat dapat pendekatan secara
konfrontasi atau
memenuhi
keperluan nasional konflik ketika
masing-masing. berdepan dengan
konflik
Melahirkan kecenderungan
untuk bekerjasama
Isu dan konflik dapat diselesaikan
dengan efektif melalui kerjasama
peringkat global
9
2.1.4 Rumusan Diplomasi
Pendekatan diplomasi dikatakan satu pendekatan terbaik
dalam menangani konflik yang timbul dalam hubungan antara
negara kerana terdapat amalan rundingan ketika
melaksanakannya dan keputusan yang dibuat juga mengambil
kira keperluan dan manfaat negara terlibat. Diplomasi
merupakan suatu alat yang membawa kepentingan negara dalam
level tertentu. Dari diplomasi tersebut, sebuah negara akan
menghasilkan keputusan secara kerjasama antara negara untuk
menyelesaikan konflik yang terjadi. Kerjasama antara negara
terlibat melalui pendekatan diplomasi merupakan langkah untuk
mengelakkan konflik diantara mereka itu menjadi lebih parah
sekaligus tidak menjejaskan hubungan antara negara ini. Bahkan,
diplomasi juga merupakan cara berkomunikasi yang dilakukan
antara berbagai pihak yang memiliki kepentingan dengan wakil-
wakil diakui.
Negara Malaysia amat menekankan usaha untuk meneruskan
hubungan yang rapat dengan negara jiran. Maka, setiap usaha
diplomasi yang dilakukan oleh Malaysia adalah untuk
memastikan hubungan dua hala Malaysia dengan negara jiran
tidak terjejas. Bukan itu sahaja, pendekatan diplomasi dapat
mencapai kepentingan nasional bagi negara terlibat jika semua
pihak memberi kerjasama.
10
2.2 RUNDINGAN
Rundingan juga dikatakan salah satu pendekatan terbaik dalam
menangani konflik yang timbul dalam hubungan antara negara
selain diplomasi. Seperti sedia maklum, dalam pendekatan
diplomasi terdapat amalan rundingan. Oleh itu, rundingan ini turut
dipilih sebagai satu pendekatan terbaik dalam menangani konflik.
Namun, pendekatan rundingan agak berbeza. Rundingan adalah
satu proses antara dua atau lebih pihak apabila sesuatu konflik itu
timbul. Secara umumnya, rundingan diadakan dengan tujuan untuk
mencapai penyelesaian yang memuaskan bagi kedua-dua pihak.
Rundingan dianggap sebagai alat yang paling berkesan untuk
menyelesaikan konflik. Malahan, rundingan dikatakan cara utama
melaksanakan prinsip bagi menyelesaikan pertikaian antarabangsa
dengan cara konservatif. Rundingan adalah cabang kepada
diplomasi dan ia lebih berfokus dan spesifik. Rundingan kerap
digunakan bagi pertikaian antarabangsa dengan tidak menggunakan
sebarang kekerasan.
Dalam proses rundingan, negara atau badan antara kerajaan
mempunyai hak untuk menggunakan pelbagai cara untuk
menyelesaikan konflik. Sebagai contoh, Malaysia mengamalkan
satu prinsip iaitu 'menyelesaikan masalah menerusi rundingan'.
Imbas saya Imbas saya
Dasar Luar Negara Selesai Konflik di meja
rundingan
11
Contoh rundingan:
Perundingan kemerdekaan berlangsung pada tahun 1956
dengan pegawai-pegawai British untuk menuntut
kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
Rundingan antara Filipina dan Indonesia mengenai
konflik wilayah di Manila
Rundingan
(Video)
12
Kenalpasti faktor utama pertikaian atau konflik
Ketahui terlebih dahulu punca atau sebab
mengapa berlakunya konflik
Bahagian ini agak mencabar untuk dilaksanakan
kerana setiap pihak mempunyai fahaman masing-
masing dan untuk memperoleh kesepakatan
mungkin sukar dan mungkin mengambil masa.
Mewujudkan ruang untuk berunding
Dalam fasa ini, toleransi sangat penting.
Setiap pihak perlu mempunyai sikap terbuka untuk
menerima pendapat pihak lain.
Mewujudkan kerangka rundingan
Menghasilkan strategi dan rujuk bagaimana ingin
menyelesaikan konflik yang timbul.
Setiap pihak yang ada akan merangka strategi
untuk selesaikan sesuatu konflik itu.
13
Kesepakatan penyelesaian
Strategi yang dirancang oleh pihak-pihak terlibat
perlu dipilih. Strategi yang dipilih itu adalah
strategi yang terbaik bagi menyelesaikan konflik
yang sedang berlaku.
Pelaksanaan
Langkah terakhir ialah pelaksanaan. Setelah
strategi dipilih, maka strategi tersebut perlu
dilaksanakan bagi menyelesaikan konflik.
14
2.2.2 KEBAIKAN RUNDINGAN
I. Masyarakat berasa selamat
Banyak nyawa dapat diselamatkan.
Pemimpin negara berusaha mencari jalan untuk atasi
konflik.
II. Hubungan diplomatik antara negara terjalin.
Perundingan tanpa pertumpahan darah akan
mengeratkan hubungan silaturrahim antara negara
terlibat dengan konflik.
Tanggapan positif antara negara dapat dipupuk.
III. Kerajaan dapat membangunkan negara
Kemakmuran dapat dikecapi.
Ekonomi negara tidak akan terjejas.
15
2.2.3 Rumusan Rundingan
Sesebuah negara perlu menyelesaikan konflik yang dihadapi
dengan cara yang sempurna iaitu berunding. Rundingan adalah
salah satu langkah untuk mencari satu jalan bagaimana ingin
menyelesaikan konflik. Fasa rundingan inilah menunjukkan
proses rundingan bagi menyelesaikan sesuatu konflik. Cara
rundingan yang berkesan semestinya tidak akan merugikan
mana-mana pihak bahkan pertumpahan darah dan peperangan
juga tidak akan berlaku. Hal ini kerana pemimpin negara yang
terlibat dengan perundingan akan duduk semeja dan berusaha
untuk mencari jalan keluar bagi mengatasi konflik yang sedang
dihadapi. Oleh itu, banyak manfaat diperoleh dari segi negara
dan rakyat apabila melaksanakan rundingan bagi menyelesaikan
sesuatu konflik atau isu.
Kesepakatan antara negara yang terlibat ketika proses
rundingan amat penting. Disebabkan itu, banyak negara termasuk
Malaysia memilih untuk menyelesaikan masalah antara negara
lain melalui pendekatan rundingan atau meja bulat dan menolak
kekerasan dan paksaan.
16
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, mencari penyelesaian bagi konflik yang timbul
dalam hubungan antara negara sangat penting untuk negara dan
rakyat. Sekiranya konflik antara negara tidak diselesaikan dengan
cara yang baik, tidak mustahil berlakunya peperangan antara
negara terlibat. Peperangan yang berlaku bukan sahaja memberi
impak kepada negara malahan rakyat juga turut terkesan. Oleh
yang demikian, kita harus mengelakkan sesuatu konflik itu
menjadi isu yang besar dan perlu mencari jalan penyelesaian agar
tidak tercetusnya peperangan.
Pendekatan diplomasi dan rundingan dikatakan pendekatan
terbaik dalam menangani konflik yang timbul dalam hubungan
antara negara kerana pemimpin atau wakil negara boleh bertukar
pandangan dan berbincang cara terbaik untuk sama-sama atasi
konflik berlaku dan memperoleh manfaat dari perbincangan
tersebut. Erti kata lain, pendekatan ini akan memberi manfaat
kepada kedua-dua pihak. Setiap negara pasti ingin mengelakkan
peperangan kerana ia hanya memberi impak negatif iaitu banyak
kerugian terpaksa ditanggung seperti kemusnahan bangunan, alam
sekitar bahkan rakyat di negara itu akan terkorban serta akan
menerima kecaman oleh negara-negara lain. Maka, negara yang
terlibat dengan konflik perlu mengambil langkah terbaik untuk
menyelesaikan konflik. Sekiranya pendekatan diplomasi dan
rundingan tidak dapat capai kata sepakat, barulah pihak terlibat
boleh merujuk kepada undang-undang antarabangsa melalui
mahkamah antarabangsa.
17
AKTIVITI PENGUKUHUAN
A Secara berkumpulan, bincangkan maklumat tentang
forum yang bertajuk "Pendekatan terbaik dalam
menangani konflik yang timbul dalam hubungan antara
negara". Kemudian, anjurkan dan ambil bahagian dalam
forum tersebut.
PANDUAN PERLAKSANAAN FORUM: saran untuk
1.Setiap kumpulan diberi satu topik untuk dibincangkan.
2.Setiap kumpulan menggunakan teknik sumbang
membincangkan topik tersebut.
1.Setiap kumpulan memilih seorang wakil sebagai ahli panel.
2.Seorang pengerusi dan penjaga masa dilantik untuk mengawal forum.
3.Pengerusi forum mengemukakan soalan kepada ahli panel mengikut
topik yang dibincangkan dalam kumpulan.
4.Setiap ahli panel diberikan masa selama tiga minit untuk menjawab
soalan yang dikemukakan.
5.Tulis rumusan tentang tajuk forum dalam bentuk peta pemikiran.
18
B Analisis petikan yang diberikan. Kemudian, jawab
soalan-soalan tersebut.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, konflik
atau pertikaian yang timbul antara dua negara jiran boleh
diselesaikan dengan kaedah rundingan dan persefahaman yang
akan menguntungkan kedua-dua pihak.
Buktinya, Tun Dr Mahathir berkata Malaysia berjaya
mengekalkan keamanan dan hubungan baik antara negara jiran
seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina walaupun timbul
pelbagai pertikaian terutamanya berkaitan hak jajahan masing-
masing.
"Sebaiknya kita guna pendekatan yang lebih munasabah dan
aman iaitu dengan cara rundingan (babitkan dua negara) atau
mendapatkan pihak ketiga untuk jadi pengadil ataupun rujuk
kepada mahkamah antarabangsa".
(Sumber: Laman Web Mstar, 2012)
1. Apakah pendekatan dalam menangani konflik yang
dinyatakan di dalam petikan di atas?
2.Pada pandangan anda, apakah kesan-kesan sekiranya
konflik antara negara tidak diselesaikan dengan baik?
19
C Dengan melayati Internet, dapatkan maklumat
tambahan tentang perkara yang berikut.
Maksud diplomasi dan rundingan.
Kepentingan diplomasi dan rundingan.
Satu contoh konflik antara negara yang
diselesaikan melalui pendekatan
diplomasi dan rundingan.
Bentangkan maklumat tersebut secara kreatif.
20
SEMESTER SEMASA : SEMESTER 2 SESI 2020 / 2021
KOD KURSUS : HMV3033
NAMA KURSUS : KONFLIK DAN KESELAMATAN NEGARA DAN
ANTARABANGSA
KUMPULAN :A
NAMA PENSYARAH : DR. MARSHELAYANTI BINTI MOHAMAD
RAZALI
NAMA PELAJAR : SITI NUR SYAZWANI BINTI CHE IBRAHIM
NO. MATRIK : D20181084157
PROGRAM : ISMP PENDIDIKAN MORAL