contoh kata contoh ayat kah Dimanakah lokasi kamu bersukan nanti? lah Fikirkanlah perkara lain sebelum kamu membuat sebarang tindakan. tah Bilatah agaknya dia akan menyelesaikan hutang-hutangnya itu? kata penegas Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Ayat yang mempunyai kata ini menunjukkan penekanan terhadap sesuatu perkara yang disebutkan. Kata ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu Kata Penegas Partikel dan Kata Penegas Akar. Kata Penegas Partikel Kata penegas partikel digunakan sebagai penegas dalam sesuatu ayat atau pernyataan serta frasa predikat atau bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kesemua kata ini dirangkaikan dengan perkataan yang mendahuluinya. Ini dapat dilihat menerusi contoh di bawah: #quineralcommunity
contoh kata contoh kata juga Puat Siti Sarah juga pandai membuat kuih. lagi Kamu belum balik lagi? memang Shamsul memang akan menjadi jurulatih yang baru. pun Alimi pun menutup radio dan pergi ke kedai. sahaja Di dalam keluarga tersebut, hanya Hanani sahaja yang tidak mempunyai bakat dalam bidang lukisan. Kata Penegas Akar Kata Penegas Akar digunakan sebagai frasa nama sebagai subjek dan frasa prediket atau sebahagiannya. Jenis ini sifatnya bebas yang bermakna ianya boleh berada pada awal, pertengahan dan akhir ayat. Contoh-contoh yang boleh dirujuk adalah seperti berikut: #quineralcommunity