The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by luvibessera, 2023-07-12 10:14:45

kata pemeri (sistem bahasa)

kata pemeri (sistem bahasa)

kata pemeri kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata ini di dalam Bahasa Melayu iaitu ialah dan adalah. ialah Perkataan ialah mestilah diletakkan di hadapan kata nama, frasa nama, atau kata lain seperti kata kerja atau kata adjektif yang dapat berfungsi sebagai frasa nama. Contoh ayat adalah seperti berikut: Ayat di atas, perkataan ialah di dalam ayat diikuti dengan kata nama iaitu doktor. Perkataan ialah dalam ayat ini diikuti dengan kata kerja yang mana menerangkan sesuatu perbuatan iaitu bermain bola sepak. Dalam ayat tersebut, perkataan ialah diatas diikuti dengan kata adjektif hijau yang merupakan penerang bagi nama warna hijau. i) Hafiz ialah doktor ii) Hobi Ali ialah bermain bola sepak. iii) Warna kegemarannya ialah hijau. #quineralcommunity


adalah Perkataan adalah mestilah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh kata pemeri jenis ini boleh dilihat di bawah: i) Hairi adalah cerdik. Dalam ayat di atas, perkataan adalah diikuti dengan cerdik iaitu frasa adjektif. ii) Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin. Dalam ayat tersebut, perkataan adalah diikuti dengan frasa sendi nama iaitu pada. #quineralcommunity


Click to View FlipBook Version