The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rosainiothman123, 2022-07-15 16:51:36

UCAPTAMA KONVENSYEN AMANAH SELANGOR

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

1UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

UCAPTAMA

KONVENSYEN NEGERI SELANGOR 2022
PARTI AMANAH NEGARA

oleh:
YB Ir. Haji Izham Bin Hashim

Pengerusi
Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Selangor

2UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

“SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN”

Assalamu’alaikum WBT, salam sejahtera dan salam Pakatan Harapan.

Firman Allah swt:

“Kamu (wahai ummat Muhammad) adalah sebaik-baik ummat yang
dilahirkan bagi (faedah) manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat
kebaikan dan melarang kemungkaran serta kamu pula beriman kepada
Allah (dengan sebenar-benar iman) ...”

(Ali Imran: 110)

Yang dimuliakan Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu,
Presiden Parti Amanah Negara, yang diraikan para tetamu, wakil-wakil
NGO, seterusnya para pimpinan di semua peringkat, perwakilan dan
pemerhati sekalian.

3UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022
Sirih berlipat sirih pinang,
Kapur dan gambir penambah rasa,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Tetak buluh panjang suluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat doa jari sepuluh,
Munajat minta biar selamat.

Alhamdulillah, pertama dan selamanya marilah kita sama-sama
merafakkan rasa syukur kita kepada Allah SWT kerana atas limpah
kurnia dan inayah-Nya, kita dapat bersama-sama bagi memenuhi
tanggungjawab tahunan organisasi yang kita bina dan cintai, iaitu
Konvensyen Negeri Selangor 2022, Parti Amanah Negara di sini.

Konvensyen pada tahun ini yang sudah pasti merupakan konvensyen
negeri Selangor yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke 15

4UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

diadakan sudah pasti akan berlangsung dalam mood dan suasana yang
getir dan jelas sekali amat berbeza dengan suasana konvensyen yang
lalu. Maka sudah tentu tema yang digunapakai dan mesej yang akan
disampaikan selepas ini adalah amat mendesak untuk ditekuni dan
diambil tindakan oleh kita semua. Sehubungan dengan itu, wajar kita
anggap apa yang kita akan perkatakan dan perbahaskan dalam
konvensyen ini merupakan “checklist” terakhir sebelum berentap dalam
gelanggang politik pilihan raya negara dan negeri.

Di samping itu, saya ingin mengingatkan kita semua bahawa MOU
antara kita, Pakatan Harapan dan BN-PN di peringkat persekutuan
dijadualkan akan berakhir pada 31 Julai tahun ini yang sudah pasti akan
meningkatkan suhu pertembungan terhadap mereka. Oleh hal yang
demikian, kesiapsiagaan kita untuk menghadapi PRU15 yang akan
datang khususnya dalam mengekalkan kemenangan Pakatan
Harapan di negeri Selangor ini bukan sahaja wajib dimulakan tetapi
juga diperhebat dan dipertingkatkan.

Pimpinan, para perwakilan dan tetamu yang dikasihi sekalian,

Kerajaan Persekutuan Yang Pincang

Sejak Langkah Sheraton yang lalu, kita telah menyaksikan bagaimana
negara Malaysia yang kita cintai ini ditadbir oleh sebuah kerajaan

5UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

persekutuan yang tidak mendapat mandat rakyat, yang ditunjangi
oleh Barisan Nasional (BN) dan rakan khianat mandat rakyatnya, PPBM
yang membentuk Perikatan Nasional (PN) begitu pincang dan gagal
dalam pentadbiran negara. Mana tidaknya, dalam masa tidak sampai
setahun, Kerajaan Abah bertukar tangan kepada Kerajaan Pak Long.
Jumlah kerusi kerajaan adalah paling kecil dalam sejarah negara
berbanding dengan pembangkang namun jumlah menteri dan timbalan
menteri pula begitu ramai dan ditambah dengan pelbagai penasihat atau
duta khas sana sini. Perancangan menangani pandemik Covid-19 yang
celaru dan tidak cekap sehingga menyekat pergerakan dan menjejaskan
ekonomi rakyat. Malah Parlimen juga ditutup daripada bersidang untuk
membincangkan isu dan masalah rakyat walaupun banyak negara
Komanwel yang lain telah berjaya meluluskan undang-undang bagi
menyelamatkan rakyat dan negara mereka daripada kesan buruk Covid-
19 tersebut.

Kerajaan Keluarga Malaysia yang dibentuk akibat daripada khianat
dalaman rakan sendiri pada September 2021 juga tidaklah lebih baik
daripada Kerajaan Tebuk Atap sebelum itu. Jika tidak sama pun, lebih
buruk dan parah lagi. Kita sendiri melihat hampir saban hari parti-parti
komponen kerajaan menyerang sesama sendiri. Malah ketika pilihan
raya negeri Melaka dan Johor kita dapat saksikan kononnya gandingan
“mantap” BN-PN di peringkat persekutuan berentap sesama mereka di
peringkat negeri. Lebih ketara lagi janji-janji dalam MOU terutama

6UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

tentang komitmen untuk meluluskan undang-undang anti lompat parti
hilang entah ke mana.

Analisa yang dibuat pada bulan Jun yang lalu menyatakan bahawa
kemungkinan kadar faedah pinjaman akan meningkat kepada antara
2.25 peratus hingga 2.50 peratus tahun ini berikutan peningkatan
berterusan kadar inflasi yang pada sebelum ini berada pada tahap 2.8
peratus. Kadar inflasi makanan pula terus melonjak ke paras baru iaitu
5.2 peratus (tertinggi sejak 2011), dengan 93% item makanan
merekodkan kenaikan. Nilai Ringgit juga terus merudum ke paras yang
lebih membimbangkan dengan USD1 bersamaan dengan RM4.43.
Memuncaknya harga barang dan seterusnya kos sara hidup
menggelisahkan rakyat dan menatijahkan demonstrasi, flashmob dan
troll yang tidak putus-putus oleh rakyat sebagai tindak balas kepada
ketidakcekapan kerajaan persekutuan BN-PN mengurus tadbir
negara.

Lebih menyedihkan, World Population Review mendedahkan bahawa
Malaysia pimpinan BN-PN berada pada kedudukan tertinggi di
kalangan 10 negara ASEAN dalam indeks jenayah dengan mencatatkan
kadar 57.29 peratus. Pak Long terus hilang punca apabila terus dihimpit
dan ditekan kiri dan kanan oleh kluster mahkamah UMNO supaya

7UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

diadakan PRU ke-15 dengan segera walaupun hakikatnya suasana
tidak mengizinkan dengan rakyat masih dibelenggu seribu satu masalah
yang tidak berkesudahan. MOU yang telah dimeterai pada September
tahun lalu juga seolah-olah dilihat tidak lagi boleh menyelamatkan hayat
politiknya.

Pimpinan, para perwakilan dan tetamu yang dikasihi sekalian,

Negeri Selangor Terus Menerajui Kejayaan

Negeri Selangor Darul Ehsan yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH)
selain daripada Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pula berbeza
keadaannya. Sejak rakyat memberikan mandat dan kepercayaan
kepada Pakatan Rakyat dan kini PH, bermula daripada 2008 hingga kini,
Selangor telah melakar siri-siri kejayaan dan kecemerlangan
terutamanya dalam memacu ekonomi negeri dan memastikan
kesejahteraan rakyat. Bermula daripada dasar “Merakyatkan Ekonomi
Selangor” (MES) yang berjaya mengumpulkan rizab negeri sebanyak
RM3 bilion serta berkongsi kemakmuran dengan rakyat kepada
“Inisiatif Peduli Rakyat” yang berbelanja besar lebih daripada RM600
juta setiap tahun untuk rakyat hinggalah kini “Iltizam Selangor
Penyayang” yang menitikberatkan bukan sahaja aspek pembangunan
dan penambahbaikan infrastruktur, penjagaan kesihatan, pemerkasaan

8UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

kebajikan dan sekuriti makanan rakyat tetapi juga usaha
memberdayakan mereka. Malah adalah tidak keterlaluan jika saya
katakan di sini bahawa disebabkan kejayaan dasar yang telah kita
laksanakan dalam dua (2) penggal yang lalu itulah penyebab kepada
mandat yang lebih besar diberikan oleh rakyat pada tahun 2018.

Tambahan daripada itu, terdapat juga beberapa contoh dan peristiwa
yang menunjukkan dengan jelas kepada kita bahawa kerajaan negeri
Selangor pimpinan PH dilihat lebih berkeupayaan dan terkehadapan
daripada kerajaan pusat dalam menguruskan dan menyantuni
kebajikan rakyat khususnya dalam melalui fasa-fasa genting termasuk
pandemik Covid-19 antara awal tahun 2020 hingga tahun 2021 dan
bencana banjir besar pada penghujung tahun lepas.

Di kala persekutuan terkapai-kapai mencari jalan bagaimana untuk
mengesan penularan wabak Covid-19 di kalangan rakyat, Selangor
telah lebih awal bersikap proaktif mencipta aplikasi SELangkah yang
memantau pergerakan dan penyebaran virus tersebut sehinggalah
MySejahtera diwujudkan dengan mengambil model SELangkah
tersebut dan digunakan di seluruh negara. Pada ketika rakyat hilang
arah kerana bimbang dijangkiti, Selangor juga ke hadapan membuat
saringan percuma di seluruh negeri tanpa sesen pun duit keluar dari

9UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

poket mereka. Paling tidak boleh dilupakan adalah semasa persekutuan
seakan-akan melengah-lengahkan dan membataskan pembekalan
vaksin bagi negeri Selangor, kerajaan negeri telah mengambil
keputusan berani dan tepat dengan membeli sendiri vaksin untuk
kegunaan rakyat secara percuma melalui program Selvax serta
mempercepatkan proses vaksinasi di kilang-kilang dan industri. Segala
koordinasi yang dibuat dalam kejayaan memerangi pandemik Covid-
19 tersebut adalah digerakkan oleh Selangor Task Force Covid-19
(STFC). Walaupun tidak berbelanja besar seperti kerajaan persekutuan
yang mencecah puluhan bilion, peruntukan melebihi RM1 bilion yang
disediakan oleh kerajaan negeri di bawah pakej Selangor Prihatin dan
Pakej Kita Selangor jelas sekali telah berjaya membawa rakyat negeri
ini bangkit dan keluar dari krisis kesihatan dan ekonomi tersebut.

Bencana banjir atau bah besar tahun lalu amat memeranjatkan kita
semua. Kita dikejutkan dengan kadar penurunan hujan 2 kali malah di
sesetengah tempat 3 kali ganda daripada biasa yang sememangnya
unprecedented bagi negeri Selangor. Kawasan-kawasan yang terjejas
teruk meliputi Hulu Langat, Shah Alam, Klang, Meru, Kuala Selangor
dan beberapa tempat lagi di samping kejadian-kejadian tanah runtuh di
merata tempat. Jumlah kehilangan harta dan nyawa yang direkodkan
juga amat memilukan. Ya, kita turut bersimpati dan bersolidariti bersama
rakyat Selangor yang terkesan.

10UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

Walaubagaimanapun, simpati dan solidariti yang dipamerkan oleh
Pakatan Harapan Selangor bukanlah kosong dan wayang semata-mata.
Simpati dan solidariti yang kita tunjukkan adalah disusuli dengan empati
kita melalui bantuan dan sokongan berterusan yang kita berikan
kepada mereka.

Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari;

“…Orang yang meringankan satu kesulitan dari seorang Muslim, maka
Allah SWT meringankan satu kesulitan di antara kesulitan-kesulitan
pada hari kiamat…”

Dengan semangat “cubit peha kiri, peha kanan terasa sakitnya”, PH
Selangor melalui kerajaan negeri bingkas bangkit menghulurkan tangan
membantu rakyat yang memerlukan. Pada saat kerajaan persekutuan
BN-PN lambat memberikan respon terhadap musibah yang menimpa,
negeri Selangor yang merupakan penyumbang hampir seperempat
ekonomi negara ini dan ditunjangi oleh PH responsif bukan sahaja
menggerakkan jentera kerajaan dengan cepat dan cekap tetapi juga
memulakan langkah awal menghantar misi-misi bantuan melalui parti-
parti komponen Keadilan, DAP dan AMANAH. AMANAH sendiri melalui
Biro Kebajikan, Kemanusiaan dan Bencana Alam (BKKBA) telah
menubuhkan Pusat Operasi Banjir (POBA) dan menyelaraskan para

11UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

sukarelawan AMANAH dari setiap kawasan seluruh negara untuk turun
membantu termasuk mengumpulkan sumbangan bantuan daripada
orang ramai di Pusat Operasi Peduli. Itu belum lagi diambil kira
sokongan yang diberikan oleh rakan baru kita daripada the Malaysian
United Democratic Alliance (MUDA) yang turut bersama.

Dalam pada pimpinan BN-PN hanya sibuk datang bertandang dan
bergambar beramai-ramai bersama rombongan VIP mereka di samping
seorang menteri kabinet yang yang hanya mampu menembak taik cicak
dengan water jet, YAB Menteri Besar Selangor telah menggerakkan
seluruh agensi kerajaan termasuk mengerahkan aset-aset Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negeri bagi melakukan kerja- kerja
menyelamat dan kemudiannya kerja-kerja pembersihan di kawasan-
kawasan yang terjejas. Penglibatan NGO-NGO dan masyarakat awam
juga turut digarap bagi menambah sinergi. Usaha ini kita percaya telah
berjaya meningkatkan motivasi rakyat apabila mereka melihat
kerajaan negeri turut bersama mereka dalam mengharungi suasana
getir pada ketika itu.

Kemudian pada 21 Disember 2021, YAB Menteri Besar yang mewakili
kerajaan negeri Pakatan Harapan telah melancarkan Ikhtiar Selangor
Bangkit sebagai bantuan dalam mengurangkan impak bencana banjir
terhadap rakyat. Ikhtiar Selangor Bangkit adalah satu inisiatif murni
bantuan kerajaan negeri yang melibatkan peruntukan dan implikasi

12UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

kewangan sebanyak RM100 juta. Daripada jumlah tersebut, sejumlah
RM80 juta telah diperuntukkan bagi operasi pembinaan semula
infrastruktur manakala RM20 juta pula buat operasi pembersihan dan
pemulihan.

Terdapat lima (5) pendekatan kecil yang telah dilaksanakan oleh
kerajaan negeri dalam menggerakkan agenda tersebut. RM10 ribu
untuk setiap keluarga mangsa banjir yang terkorban, mengecualikan
bayaran balik pinjaman selama 2 bulan kepada peminjam dan
usahawan Hijrah yang terkesan yang melibatkan kos sebanyak RM15
juta, pengecualian bayaran bil air selama sebulan kepada akaun yang
terjejas dengan banjir dan menyumbang sebanyak RM1,000 kepada
setiap keluarga mangsa banjir. Paling menarik adalah penubuhan
Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit bagi mengutip sumbangan daripada
syarikat swasta, sektor korporat, syarikat berkaitan kerajaan (‘GLC’) dan
individu. YAB Menteri Besar sendiri telah memotong sebulan gaji beliau
untuk disumbangkan kepada tabung tersebut! Alhamdulillah, kita telah
berjaya mengumpulkan lebih daripada RM3.5 juta melalui tabung
tersebut yang telah digunapakai untuk membantu kebajikan dan proses
pemulihan banjir.

13UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

Pimpinan, para perwakilan dan tetamu yang dikasihi sekalian,

Pada ketika rakyat gusar dengan nasib masa depan negara yang suram
dan tidak menentu di bawah BN-PN, negeri Selangor di bawah PH
bakal sekali lagi melakarkan kejayaan dengan satu lagi agenda
pembangunan rakyat dan negeri yang lebih terencana iaitu dengan
pelancaran Rancangan Selangor Pertama (“RS-1”). Saya percaya
bahawa RS-1 yang akan dibentangkan dalam Sidang Dewan Negeri
pada 25 Julai nanti adalah pelan strategik yang pertama
seumpamanya bagi sebuah negeri di Malaysia yang juga mampu
menyokong segala dasar di peringkat nasional termasuklah Dasar
Kemakmuran Bersama dan Rancangan Malaysia. Semasa berucap
pada Majlis Simposium Pra-Pelancaran RS-1 2021-2025 baru-baru ini,
YAB Menteri Besar menyebutkan bahawa; “Saya percaya, kita di
Selangor merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai pelan
sebegitu rupa – menggabungkan semua aspek, mencantumkan semua
nilai, serta membentangkan, meneliti, menjalinkan semua rancangan,
pelan jangka pendek, sederhana dan panjang yang ada dalam negeri
dan negara kita. Ia termasuk menghubungkannya dengan pihak swasta
untuk kemajuan dan kelestarian pembangunan negeri.”

14UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

Kerajaan negeri Selangor Pakatan Harapan juga berhasrat untuk
menjadikan negeri ini sebagai Negeri Pintar, Berdaya Huni dan Makmur
menjelang 2025 menerusi dasar di bawah RS-1 tersebut. RS-1 turut
akan mengangkat empat tema sebagai panduan pelaksanaan iaitu
ekonomi, sosial, kelestarian dan tadbir urus. Saya ingin mengambil
kesempatan di sini untuk menyeru seluruh lapisan rakyat Selangor untuk
terus menyumbang dan seterusnya mengambil manfaat semaksimum
mungkin daripada RS-1 ini. Thomas Jefferson, mantan Presiden
Amerika Syarikat pernah mengungkapkan; “A single good government
is a blessing to the whole earth.”

Pimpinan, para perwakilan dan tetamu yang dikasihi sekalian,

Pakatan Harapan Selangor Tonggak Kejayaan Kerajaan Negeri

Kita sudah sedia maklum bahawa dalam sistem demokrasi Westminster
yang diamalkan di negara ini, pembentukan sebuah kerajaan adalah
terdiri daripada parti-parti politk yang menang dalam satu-satu pilihan
raya. Jika baik parti-parti politik tersebut, maka baiklah kerajaan
yang terbentuk dan jika buruk parti-parti politik tersebut, maka kerajaan
juga akan terpalit sama. Dalam konteks negeri Selangor ini pula, kita
juga sedar bahawa rakyat telah memberikan mandat kepada kita untuk

15UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

membentuk dan mentadbir kerajaan negeri ini sejak dari tahun 2008 lagi
sehinggalah sekarang.

Malah, mandat yang telah kita perolehi dalam PRU14 yang lalu adalah
lebih besar dan amat luar biasa sekali apabila kita menguasai lebih
2/3 kerusi di Dewan Negeri. Sedangkan penguasaan sebanyak itu kita
tidak dapat terjemahkan di peringkat Parlimen. Ini seharusnya
memberikan keinsafan kepada diri kita bahawa sebenarnya rakyat
Selangor memerlukan dan mengharapkan lebih lagi daripada kita
untuk menjaga kebajikan dan membangunkan ekonomi mereka. Dan ini
barang pasti tidak dapat dipenuhi jika kita lemah dan dilihat lemah
sebagai sebuah parti dan pakatan parti politik.

Pakatan Harapan yang terdiri daripada Keadilan, DAP dan AMANAH
tidak boleh lagi bersikap “business as usual” lebih-lebih ketika
negeri dan negara akan berdepan dengan PRU15 pada bila-bila masa
dari sekarang. Saf kita harus disusun dan dirapatkan kembali.
Pertemuan wajar diperbanyakkan untuk menguatkan lagi persefahaman
sesama kita. Jangan kita dipecahkan hanya dengan sebab perbezaan
dalam pendekatan dan jadikan perbezaan itu sebagai asas kekuatan
dan kepelbagaian kita. Kita mesti bergerak sebagai satu pasukan yang
utuh dan padu. Jadikan kegagalan kita dalam pilihan raya negeri (PRN)

16UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor sebagai iktibar bahawa bekerja
secara terpisah-pisah, nafsi-nafsi atau bersendirian hanya merugikan
kita dan menguntungkan lawan.

Setiap kejayaan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan harus
diperturunkan ke setiap pelusuk negeri dan sampai kepada seluruh 6.7
juta orang rakyat Selangor sama ada melalui jentera penerangan
kerajaan mahupun medium komunikasi parti-parti komponen. Di era
langit terbuka dan maklumat di hujung jari pada hari ini, tidak ada alasan
bagi kita untuk gagal menyampaikan dasar kita kepada mereka. Perlu
diingat, gelanggang pertarungan pilihan raya kedua signifikan selepas
alam nyata ini adalah di alam maya terutama sekali media baru atau
media sosial. Siapa yang berjaya menguasai alam maya, maka dialah
yang akan menguasai massa khususnya anak-anak muda yang
membanjiri senarai 1.2 juta orang pengundi baru yang akan menentukan
nasib parti-parti politik yang akan bertanding dalam PRU yang akan
datang. “The power of social media is it forces necessary change.” (Erik
Qualman, penulis buku Digital Leader).

Namun begitu, saya amat berkeyakinan bahawa sehingga ke hari dan
saat ini, Pakatan Harapan Selangor masih merupakan sebuah
pakatan politik yang berprinsip, bermaruah dan diyakini oleh
rakyat. Hanya tinggal bagaimana kita meluaskan lagi penglibatan
rakan-rakan kita yang lain seperti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang),

17UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

Parti Warisan Sabah (WARISAN), MUDA dan lain-lain parti yang
berkongsi aspirasi perjuangan PH untuk bersama dalam satu gabungan
besar bagi mendapatkan semula mandat rakyat dalam PRU15 nanti.
Adalah amat diharapkan bahawa kerajaan negeri yang ditunjangi
oleh Pakatan Harapan bersama-sama dengan rakan-rakan gabungan
yang lain akan berupaya menjadikan negeri Selangor ini sebagai
launching pad kepada kita semua untuk mengambil alih semula
Putrajaya daripada BN-PN.

Pimpinan, para perwakilan dan tetamu yang dikasihi sekalian,

AMANAH Sebagai Penambah Nilai Pakatan

Bagi memastikan Pakatan Harapan menjadi tonggak kepada kejayaan
kerajaan negeri, AMANAH sebagai salah satu daripada parti komponen
PH juga tidak dapat lari daripada tuntutan untuk memainkan peranan
yang berkesan. Selain daripada menjadi glue atau pengikat kepada
rakan-rakan komponen, pencapaian-pencapaian kita selama tujuh (7)
tahun berada dalam persada arus perdana politik tanah air ini adalah
juga relevan untuk menjamin kelangsungan PH itu sendiri.

Kita harus menginsafi bahawa kewujudan kita bukanlah hanya semata-
mata sebagai penambah kepada apa yang sedia ada. Tetapi sebagai

18UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

bukan sahaja pelengkap kepada sesuatu masakan malah bagi
menyedapkan lagi masakan itu. Nilai dan ciri-ciri yang ada pada batang
tubuh AMANAH mestilah complimentary atau menyokong kepada
penambahan kekuatan Pakatan Harapan itu sendiri. Dasar Islam
Rahmatan lil ‘alamin yang dibawa dan diperjuangkan oleh AMANAH
sudah sepatutnya mampu untuk menerobos politik agama dogmatik
PAS. Sebagai sebuah parti politik majoriti Melayu juga, AMANAH
bertanggungjawab untuk mencairkan fahaman politik Melayu sempit
mainan UMNO tanpa sesekali menggadaikan sikap inklusif kita terhadap
taulan kita yang berlainan bangsa. Pun begitu, jangan kita lupa bahawa
sebagai pemain politik, kita juga wajib menterjemahkan segala
pelaksanaan dasar parti kita kepada undi dalam pilihan raya melalui
jentera-jentera parti.

Saya percaya bahawa sayap wanita parti, AWAN telah merencana
dengan teliti agenda yang perlu dibawa kepada pengundi wanita yang
dilihat menjadi lebih signifikan dalam pola pengundian yang akan
datang. Sayap Pemuda juga yang baru sahaja selesai berkonvensyen
sudah pasti akan menggerakkan program-program yang lebih segar dan
mesra anak muda bagi mendekatkan mereka dengan politik dan memilih
PH bagi mewakili suara mereka di dalam Dewan. Tidak dilupakan
Wanita muda kita melalui WARDA akan melengkapkan lagi
pelaksanaan inisiatif-inisiatif bagi mendekati dan meraih sokongan
daripada golongan wanita dan anak muda di atas.

19UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

Tahniah saya ucapkan kepada Biro Komunikasi AMANAH Selangor
atau KomSel atas kejayaan buat julung kalinya mewujudkan dan
menghidupkan medium rasmi penyampaian maklumat AMANAH,
Pakatan Harapan dan juga kerajaan Negeri Selangor iaitu Selangor
Today (ST). Selangor Today yang turut dikuasakan oleh Media Oren
Selangor ini mempunyai pelbagai saluran komunikasi media termasuk
portal, Facebook, Instagram, saluran YouTube, saluran berita
melalui TikTok dan Twitter. Ini bagi menyahut seruan untuk kita
mempersiapkan diri bertempur di alam maya sepertimana yang telah
saya sebutkan sebelum ini. ST juga diharapkan supaya dapat bersama-
sama membantu untuk menyokong jentera penerangan kerajaan
negeri dalam memastikan maklumat-maklumat yang berkaitan sampai
kepada rakyat dengan lebih tuntas dan meluas.

Penghargaan juga diberikan kepada Biro Pembangunan Sumber
Manusia (PSM) dan Biro Hal Ehwal Shariah yang berganding bahu
menganjurkan program-program pembangunan dan pemerkasaan
dalaman dan luaran modal insan parti melalui siri-siri Usrah, Tanweer,
Tausiya Maal Quran, Liqo’ dan Qiamullail dalam melahirkan ahli-ahli
yang komited dengan dasar perjuangan parti. Biro Mobilisasi (BiMo)
pula sangat aktif dan proaktif menggembeling aksi rakyat bagi
memprotes dasar-dasar pincang BN-PN yang jelas merugikan negara.

20UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

Kesepaduan dan sinergi Unit ARIF, Media Oren Selangor dan Skuad
Peduli pula tidak boleh disangkal lagi dalam memastikan
kesinambungan kita dalam mendepani aspek-aspek kebajikan,
kepedulian dan kesukarelawanan yang menjadi satu lagi trademark
kita di mata masyarakat dan rakyat. Kita juga akan terus komited untuk
menyokong segala aktivisma mereka dalam apa juga bentuk dan
keadaan.

Kesemua peranan yang dimainkan oleh sayap-sayap, biro-biro dan
agensi-agensi parti di atas akan dirangkumkan dan seterusnya
diselaraskan oleh Biro Pilihan Raya (BPR) dan Jentera Operasi
Pilihan Raya Negeri (JON) yang kemudian akan mempakejkannya
kepada pendekatan-pendekatan yang boleh meraih undi rakyat
dalam pilihan raya. Itulah sebabnya dalam mana-mana parti politik,
biro pilihan raya adalah antara biro yang paling tunjang
memandangkan tanggungjawab biro ini sebagai barisan hadapan dalam
memimpin parti politik untuk memenangi setiap kerusi yang ditandingi.
Lebih-lebih lagi apabila semboyan PRU15 yang semakin kuat
kedengaran kini, adalah amat mendesak agar BPR sentiasa dalam
mode berjaga-jaga dan bersiap siaga untuk membugar seluruh
kekuatan parti dalam mengharungi fasa yang kritikal ini.

21UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

Pimpinan, para perwakilan dan tetamu yang dikasihi sekalian,

Penutup

Akhir kalam, saya ingin menyeru dan megajak kita semua supaya
sentiasa memastikan diri kita, AMANAH dan Pakatan Harapan relevan
dan dekat di hati rakyat. Marilah kita menginsafi bahawa kejayaan kita
mengambil alih pentadbiran negeri Selangor ini dan terus memacu
pertumbuhan negeri ini dari 2008 hingga kini adalah hasil perjuangan
yang panjang. Mandat dan kepercayaan rakyat adalah amat sukar
diperolehi hanya untuk disia-siakan oleh sikap kita yang lupa dan alpa
dengan amanah memimpin dan membangunkan mereka.

Kita mungkin boleh bergerak laju jika kita bersendirian tetapi kita akan
bergerak lebih lama jika kita berkumpulan lebih-lebih lagi dalam
satu pakatan. Pakatan Harapan tidak akan terbentuk dengan hanya
satu parti. Pakatan Harapan hanya wujud dengan penglibatan parti
politik yang pelbagai. Maka tidak timbul soal satu parti adalah lebih baik
daripada parti yang lain.

Kejayaan yang ditempa dalam mentadbir kerajaan negeri juga adalah
hasil usaha bersama melalui pendekatan berprinsip, musyawarah dan

22UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

muafakat dalam membuat keputusan. Kepincangan kerajaan
persekutuan BN-PN adalah disebabkan oleh perpecahan dalaman
kepada jurang sedia ada sesama mereka manakala kunci kejayaan
berterusan kerajaan negeri PH adalah mengeratkan lagi muafakat
yang telah terbina. Formula kejayaan yang kita berjaya garapkan
melalui Pakatan Rakyat dan kemudiannya kini Pakatan Harapan adalah
senjata ampuh untuk memenangi pilihan raya yang sememangnya
terbukti dan pasti kekal relevan. Gunakan modal yang kita ada ini bagi
melonjakkan sokongan lebih luas bagi kita bukan sahaja
mempertahankan negeri Selangor tetapi juga mengambil alih semula
Putrajaya.

Selamat bersidang dan berkonvensyen serta terus kekal menerajui
kejayaan!

Asap api embun berderai,
Patah galah haluan perahu,
Niat hati tak mahu bercerai,
Kehendak Allah siapa yang tahu.
Tuailah padi antara masak,

23UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022
Esok jangan layu-layuan,
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Sekian, terima kasih. Wassalamu’alaikum WBT.

24UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

~ NOTA ~

25UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

KONVENSYEN
NEGERI SELANGOR
PKAORNTIVAEMNASNYAEHNNEGARA

PARNTEIGAEMRAI SNE2AL0HA2NN2GEGOARRA
2022

26UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN

UCAPTAMA | | SELANGOR MENERAJUI KEJAYAAN


Click to View FlipBook Version