1
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP3073
Disediakan oleh:
Nama: MUHAMMAD TAFARIZ AMIN BIN TAUFEK
No. Kad Pengenalan: 010319110201
2020192340180
Angka Giliran: F10
Kumpulan/ Unit
Nama Pensyarah: PUAN NOR RUL AZLIFAH BINTI ZULKAFALI
PENULISAN AKADEMIK
Tajuk Tugasan : 15 MEI 2022
Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum
Balas Daripada
Pensyarah
ISI KANDUNGAN 2
PERKARA
PENGENALAN MUKA SURAT
LANGKAH PENGURUSAN MESRA BUDAYA 1
PENGURUSAN FIZIKAL 1
PENGURUSAN EMOSI 2
PENGURUSAN SOSIAL 3
PENGURUSAN SOSIOLINGUISTIK 4
RUMUSAN 5
RUJUKAN 6
1
PENGENALAN
Suasana pembelajaran yang kondusif dan mesra budaya amat penting kepada murid.
Hal ini dinyatakan oleh Che Nidzam et.al, (2014) yang mengatakan bahawa persekitaran
pembelajaran merupakan satu elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam usaha guru
dalam meningkatkan hasil pembelajaran. Justeru, salah satu modus operandi yang boleh
dilaksanakan oleh guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, harmoni
dan berkesan dalam bilik darjah adalah melalui pengurusan bilik darjah mesra budaya. Bilik
Darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
dua pihak iaitu guru dan murid. Bilik darjah dapat definisikan secara umum merujuk kepada
satu ruang di mana murid-murid akan menjalani rutin belajar atau menerima seberapa banyak
input yang berguna sebagai persediaan menjadi insan yang cemerlang.
Perkataan mesra pula menggambarkan keselesaan, kecerian dan kegembiraan.
Manakala budaya dapat ditakrifkan sebagai sekelompok masyarakat yang memenuhi
kehendak rohani dan sesuatu nilai amalan dan perlakuan yang diterima pakai oleh jasmani
sehingga wujud kesejahteraan bagi kelompok tersebut (Noriati A. Rashid & et al, 2011). Oleh
itu, bilik darjah mesra budaya merupakan bilik darjah yang dapat memberikan keseleasaan
dan sesuai untuk semua pelajar dan murid menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
berlandaskan murid yang mempunyai pelbagai latar belakang atau budaya. Oleh hal demikian,
guru sewajarnya mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni dan positif dalam bilik
darjah. Berikut merupakan langkah-langkah menguruskan bilik darjah mesra budaya;
LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
PENGURUSAN FIZIKAL
Aspek utama dalam mewujudkan bilik darjah kondusif dan mesra budaya adalah dari
segi fizikal. Pengurusan pancarindera ini penting terutamanya dalam membantu
perkembangan murid dalam pembelajaran. Dengan itu, persekitaran fizikal bilik darjah seperti
keluasan ruang dan susun atur perabut perlu sesuai dengan kapasiti pelajar kerana bilangan
pelajar yang melebihi kapasiti yang sepatutnya sehingga boleh menyebabkan suasana dalam
bilik darjah kurang selesa dan akhirnya menimbulkan masalah displin seperti bergaduh, tidak
memberi perhatian semasa guru mengajar, mendatangkan kecedaran dan sebagainya.
Terdapat juga keadaan kelas yang dapat menghilangkan fokus murid terhadap guru seperti
pemasangan alas meja. Murid akan terganggu sekiranya terdapat alas meja tercabut malah
alas meja tersebut dijadikan bahan contengan. Dari segi penyusunan meja pula, setiap murid
2
dilahirkan dengan personaliti dan gaya pembelajaran berbeza yakni peranan guru adalah
untuk mengurus dan merancang kedudukan mereka. Misalnya, guru perlu sama ada
mencampurkan mereka dalam satu kelompok atau kelompok yang berbeza mengikut
keadaan dan situasi semasa.
Retentan itu, seseorang guru perlu mengawal kelas dengan bijak dengan
menyusunatur tempat duduk dengan mempelbagaikan murid yang terdiri daripada pelbagai
kaum supaya mereka boleh menerima dan berkerjasama antara satu sama lain. Pada masa
yang sama, guru perlu memastikan suasana bilik darjah adalah ceria dan bersih. Aspek
kecerian turut menjadi keutamaan kepada murid bagi meningkatkan semangat dan motivasi
murid untuk belajar dan meningkatkaan prestasi murid. Selain daripada keutamaan kecerian,
aspek pengudaran juga perlu diambil perhatian oleh guru terutamanya dalam situasi
pandemik iaitu bilik darjah perlulah sentiasa mempunyai sistem keluar dan masuk angin bagi
mengelakkan murid berada dalam keadaan mudah dijangkit wabak. Ini merupakan garis
panduan yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengurangi
penularan Covid-19 (Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kementerian Sumber
Manusia,2021).
PENGERUSAN EMOSI
Satu keunikan yang dimiliki oleh manusia adalah mempunyai emosi. Manusia
dikurnikan dengan berbagai-bagai emosi yang boleh berubah dan dipengaruhi oleh keadaan
persekiraran dan faktor-faktor tertentu. Dalam konteks bilik darjah, emosi menjadi keutamaan
kepada guru untuk mengambil berat dan menguruskannya. Hal demikian dapat dilihat bahawa
emosi murid lebih cenderung berubah bergantung kepada cara layanan guru. Ini bermaksud
dalam membentuk bilik darjah mesra budaya, guru seharusnya memberikan layanan yang
saksama antara murid dan tidak menggunakan konsep banding beza sewaktu pelaksanaan
pentaksiran. Sebagai contoh murid yang tidak mencapai objektif pembelajaran diasah dengan
teknik dan kaedah tertentu bagi menyesuaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Selain
itu juga, murid mempunyai sifat menjadi tumpuan dan menginginkan perhatian. Oleh iitu,
mereka berhak menerima peneguhan yang positif daripada guru. Ini adalah bertujuan untuk
membina suasana positif dan mengurangkan pergeseran di dalam bilik darjah. Dengan ini
murid akan rasa dihargai justeru emosi mereka dapat dijaga dengan baik.
Terbuktilah bahawa penggunaan peneguhan positif dan layanan saksama terhadap
murid mampu meningkatkan motivasi mereka untuk terus melibatkan diri dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran, maka persekitaran kelas mesra budaya terbina. Merujuk
kepada perspektif seni pula, kanak-kanak sangat tertarik dengan warna-warna tertentu seperti
3
warna-warna asas dan terang. Hal ini kerana setiap warna memiliki yang disebut dengan nada
warna atau color tone. Color tone inilah yang dipersepsikan oleh individu memiliki kandungan
emosi (emotional tone) yang pelbagai bagi setiap warna. Dikatakan bahawa color tone yang
lebih terang (seperti warna kuning dan jingga), lebih bercahaya (warna-warna putih), dan lebih
penuh dipersepsikan memiliki emotional tone lebih bahagia, lebih menarik dan murni (Pratiwi
& Wulan Budisetyani, 2013). Penggunaan warna-warna ini mampu mempengaruhi emosi
mereka di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru berperanan untuk menghiasi persekitaran mereka
dengan warna tersebut dalam bahan bantu mengajar, bahan bantu belajar, dinding, papan
kenyataan dan lain-lain lagi bagi memastikan mereka berada dalam situasi yang boleh
merangsang emosi positif mereka.
PENGERUSAN SOSIAL
Pengurusan sosial merupakan aspek penting dalam perkembangan interaksi murid di
dunia luar dan juga terhadap kognitif. Melalui sosial ini, mereka mampu untuk
mengembangkan lagi tahap pemikiran mereka malah kemahiran-kemahiran seperti
komunikasi dan keyakinan diri dapat dibentuk. Sehubungan itu, guru berperanan dalam
memperbanyakkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kolaboratif berserta unsur-unsur
komunikasi dua hala. Aktiviti kolaboratif atau berkumpulan ini disesuaikan dengan
pencampuran murid yang terdiri daripada berbeza latar belakang. Sebagai contoh, guru perlu
meletakkan murid yang mempunyai personaliti pendiam dan periang dalam satu kumpulan
agar mereka dapat saling melengkapi antara satu sama lain yang dapat mewujudkan interaksi
dan kerjasama dalam satu pasukan. Gabungan ini juga boleh dibentuk daripada perbezaan
kaum yakni mengurangkan juram antara mereka. Ini disokong oleh pendapat smith (2010)
dalam Diyanah dan Syaza (2021), yang mengatakan bahawa kanak-kanak mempelajari
kemahiran sosial seperti bertolak ansur, bekerjasama dan berkongsi sesuatu apabila mereka
berinteraksi antara satu sama lain.
Selain itu, di sekolah guru dilihat sebagai Role Model dan mereka yang dijadikan
rujukan kehidupan, maka guru sepatutnya menjadi suri teladan yang baik untuk diikuti oleh
murid. Cara ini mampu mengubah perwatakan dan perbuatan mereka. Misalnya, apabila guru
sentiasa mengucapkan terima kasih kepada murid walaupun terhadap perkara yang kecil
seperti memberikan jawapan sewaktu sesi pertanyaan, maka lama-kelamaan perbuatan guru
tersebut akan dijadikan ikutan kepada mereka. Ini adalah salah satu daripada proses
pembelajaran melalui pemerhatian dengan setiap perkara dan tindakan positif dilihat akan
mendatangkan keinginan kepada setiap individu untuk melakukan tindakan yang betul yang
diterima oleh orang sekeliling (Noriati A. Rashid & et al, 2017).
4
PENGERUSAN SOSIOLINGUISTIK
Malaysia merupakan negara masyarakat majmuk yang mempunyai kepelbagaian
etnik, sama ada etnik tersebut merupakan penduduk asal yang mendiami Tanah Melayu
mahupun etnik yang datang dari daerah-daerah lain yang turut membawa bersama-sama
bahasa dan budaya ibunda masing-masing. Faktor sejarah telah mewujudkan kepelbagaian
jenis sekolah di Malaysia yang memberikan pengaruh sosiolinguistik di negara ini. Malahan,
sekolah vernakular ini masih wujud dan semakin bertambah dalam pembangunan pendidikan
di Malaysia. Dalam hal ini, guru perlulah bijak mengatasi masalah sosiolinguistik dengan
mengadakan pelbagai aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam kalangan murid. Aktiviti
yang mertabatkan bahasa kebangsaan boleh dilakukan di dalam bilik darjah atau di luar bilik
darjah. Misalnya mengadakan bicara berirama yang sesuai diajarkan kepada murid
kepelbagaian kaum dan bahasa.
Pada masa yang sama, bagi mengekalkan warisan budaya dan bahasa pelbagai etnik
di Malaysia, guru boleh menyelitkan unsur-unsur warisan budaya etnik-etnik lain dengan
menggunakannya sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh,
mengajarkan cerita rakyat etnik Iban dalam pengajaran Bahasa Melayu, menggunakan lagu
etnik Kadazan-Dusun dan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran (Noriati A. Rashid
& et al, 2011). Melalui ini, sisipan tersebut dapat mendorong murid memahami dan menguasai
kosa kata bahasa etnik rakan-rakan mereka malah secara tidak langsung membuka mata
mereka terdapat budaya berbeza. Kejayaan guru melaksanakan pengurusan sosiolinguistik
ini dengan berkesan membuatkan setiap etnik tidak akan rasa tersisih atau wujud isu
perkauman namun menjadikan Malaysia kaya dcengan variasi bahasa dan budaya
5
RUMUSAN
Guru merupakan aset penggerak sebarang perubahan ke perkembangan murid yang
lebih sempurna malah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan murid-murid
menjadi seimbang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2019). Dalam hal ini, pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
adalah ke arah itu kerana dapat memastikan murid-murid memilik emosi, jasmani, sosial yang
baik. Bagi memastikan hasrat tersebut tercapai pengurusan bilik darjah daripada pelbagai
aspek perlu dilaksanakan seperti diterangkan iaitu fizikal, sosial, emosi dan sosiolinguistik.
Sewajarnya guru perlu sentiasa peka terhadap kepercayaan dan amalan sosiobudaya yang
berbeza dalam kalangan murid. Persekitaran bilik darjah mesra budaya merupakan salah satu
faktor yang boleh meningkatkan keberkesnaan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendek
kata, guru seharusnya peka terhadap perbezaan ini agar tiada murid daripada golongan
tertentu mempunyai perasaan tersinggung atau tersisih punca daripada ketidakprihatinan
terhadap keperluan mereka. Kesannya, situasi ini akan dapat mempengaruhi cara murid
berkomunikasi dan memahami dunia di sekeliling mereka.
6
RUJUKAN
Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih, & Mohd Hairy
Ibrahim. (2014). Pengaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Keselesaan
Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI
Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kementerian Sumber Manusia. (2021).
Anduan Pengudaraan Dan Kualiti Udara Dalaman Bagi Tetapan Bukan Kediaman
Semasa Pandemik Covid-19. https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/nota-panduan-
covid-19/3934-panduan-pengudaraan-dan-kualiti-udara-dalaman-bagi-tetapan-
bukan-kediaman-semasa-pandemik-covid-19/file
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Diambil dari
https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/falsafah-pendidikan-kebangsaan
Noriati A. Rashid, Boon Poong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid.
(2011). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Poong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid.
(2017). Budaya dan Pembelajaran Edisi Kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nur Diyanah Hasan & Syaza Hazwani Zaini. (2021). Penerepan Kemahiran Sosial Terhadap
Kanak-Kanak Melalui Aktiviti Main Peranan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kebangsaan, 25-40.
Putu Yudari Pratiwi dan I.G.A.P. Wulan Budisetyani. (2013). Emosi dan Penggunaan Warna
Dominan Pada Kegiatan Mewarnai Anak Usia Dini. Jurnal Psikologi Udayana.
file:///C:/Users/Hp/Downloads/25074-1-49555-1-10-20161206.pdf.