The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F2-MUHAMMAD ADZMIN BIN FADZIALLAH-PENULISAN AKADEMIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adzmin09-305, 2022-05-12 12:07:09

F2-MUHAMMAD ADZMIN BIN FADZIALLAH-PENULISAN AKADEMIK

F2-MUHAMMAD ADZMIN BIN FADZIALLAH-PENULISAN AKADEMIK

F2

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP3073

Disediakan oleh:

Nama: MUHAMMAD ADZMIN BIN FADZIALLAH
No. Kad Pengenalan: 010616010549
2020192340022
Angka Giliran: PISMP/ F2
Kumpulan/ Unit
PN SHARIZAN BINTI ABD. HAMID
Nama Pensyarah:
PENULISAN AKADEMIK
Tajuk Tugasan : 12 MEI 2022

Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum

Balas Daripada
Pensyarah

Senarai kandungan Halaman
Perkara I
Penghargaan 1
1.0 Pengenalan 1
2.0 Langkah menguruskan bilik darjah mesra budaya
1-2
2.1 Apek fizikal 2
2.2 Aspek emosi 3
2.3 Aspek sosial 3-4
2.4 Aspek sosiolinguistik 4
3.0 Rumusan 5
Rujukan

Penghargaan
Alhamdulillah syukur ke atas hadrat Allah S.W.T atas limpah dan kurniaNya dapat juga saya
menyiapkan tugasan penulisan akademik bagi kursus EDUP3073, Budaya Dan
Pembelajaran. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu dan
ayah saya, En Fadziallah dan Pn Norshamsiah kerana sentiasa ada bersama saya di saat
saya memerlukan bantuan.

Seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pn Sharizan selaku
pensyarah yang mengajar kursus ini kerana banyak memberikan bantuan serta idea
mengenai bagaimana penulisan akademik ini akan dijalankan.

Dan tidak dilupakan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sangat banyak
memberikan idea dan tak lelah membantu memberikan penerangan sehingga ke akhir
penulisan. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

i

1.0 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia tidak bersifat disriminasi yang mana menetapkan semua kanak-kanak
warganegara berhak menerima pendidikan tanpa mengira latar belakang mereka. Kenyataan
ini disokong oleh Abidah Abdul Ghafar (2021) menyatakan bahawa pada tahun 2002, pindaan
kepada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) mewajibkan pendidikan sekolah rendah bagi kanak-
kanak di Malaysia. Tahap pendidikan sesebuah negara akan memberikan pengaruh yang
besar kepada kemajuan negara tersebut. Kebanyakan negara pada masa kini mula
memberikan fokus ke arah meningkatkan sistem pendidikan mereka bagi membolehkan
mereka bersaing dengan negara-negara lain.

2.0 Langkah menguruskan bilik darjah mesra budaya

Pengurusan bilik darjah merupakan tanggungjawab guru yang mana guru perlu menggunakan
teknik dan strategi yang berkesan bagi mengawal keadaan kelas. Menurut Haliza Hamzah et
al. (2014) menyatakan pengurusan bilik darjah melibatkan aspek merancang, mengelola,
mengawal, membuat refleksi dan menjalinkan hubungan antara guru dan murid. Pengurusan
bilik darjah ini berfokuskan kepada guru yang mana melihat bagaimana guru menggunakan
pendekatan untuk mengawal murid di dalam kelas.

Budaya dan pendidikan tidak dapat diasing. Hal ini kerana masyarakat negara kita
yang berbilang kaum dan etnik mempunyai budaya yang tersendiri. Ab. Halim Tamuri et al.
(2017) menyatakan bahawa Pembelajaran Abad Ke-21 bertujuan mewujudkan perpaduan
antara pelbagai kaum dan etnik di dalam usaha untuk memupuk sikap positif dan timbul rasa
hormat terhadap perbezaan etnik, bangsa dan budaya.

2.1 Aspek fizikal

Langkah pengurusan bilik darjah yang mesra budaya dari aspek fizikal ialah guru perlu
menetapkan kedudukan murid tanpa sebarang diskriminasi. Kedudukan meja di dalam
kelas disusun secara berkumpulan. Misalnya di dalam sebuah kelas, terdapat murid
minoriti berbangsa Cina dan India. Maka guru sewajarnya meletakkan murid-murid
tersebut di dalam satu kumpulan dengan murid berbangsa lain. Hal ini bagi
memastikan murid dapat saling belajar, bekerjasama dan menerima budaya bangsa
lain.

1

Guru juga boleh menghias kelas dengan memasukkan elemen kebudayaan.
Sebagai contoh, pada Tahun Baru Cina guru akan menghias kelas mengikut tema
yang menampakkan perayaan Tahun Baru Cina, begitu juga dengan perayaan kaum
lain seperti Hari Raya Puasa, Deepavali dan pelbagai lagi. Hiasan ini tidak perlu terlalu
keterlaluan sehingga menyentuh sensitiviti kaum lain. Tujuan hiasan ini adalah supaya
murid-murid mengenali dan menghormati bangsa lain.

2.2 Aspek emosi

Dari aspek emosi, guru mestilah mengelakkan diri dari bersifat diskriminasi terhadap
murid. Sebagai contoh apabila guru melihat murid yang susah dan berpakaian agak
lusuh, maka guru memanggil murid tersebut dengan gelaran yang kurang
menyenangkan seperti ‘budak miskin’. Dengan gelaran seperti ini, emosi murid akan
terganggu yang mana murid akan malu dengan keadaan diri mereka. Oleh itu,
sekiranya guru berjumpa dengan murid yang susah, murid yang pendiam atau murid
yang kurang pintar, maka guru sewajarnya bertanyakan kepada murid masalah yang
dihadapi secara individu dan membantu murid tersebut. Menurut Nur Azhani Adnan
(2013) menyatakan bahawa kesediaan belajar murid ini mempunyai kaitan dengan
kecerdasan emosi murid.

Selain itu, guru perlulah berkongsi tanggungjawab dengan murid. Sebagai
contoh guru kelas melihat pencapaian prestasi murid kelasnya dan membuat analisis
mengenai bagaimana ingin membantu murid yang lemah untuk meningkatkan prestasi
mereka. Sebagai contoh jika ada murid yang memiliki kemudahan menyertai kelas
tambahan berbayar di luar, guru boleh meminta bantuan murid ini untuk mengajarkan
rakan mereka yang kurang mampu mengenai teknik yang diajarkan di kelas tambahan
tersebut. Dengan cara ini, murid yang mendapat markah yang rendah tidak akan
berasa rendah diri kerana mereka dikelilingi rakan yang sudi membantu mereka.

Dari segi emosi ini juga, guru mestilah tidak mengasingkan murid yang kurang
pintar atau murid yang pendiam di bahagian belakang kelas. Hal ini akan
menyebabkan emosi murid tersebut semakin merundum kerana merasakan diri
mereka tidak sebagus murid yang lain. Seharusnya guru merangsang murid-murid ini
dengan cara sentiasa memanggil murid ini untuk memberikan jawapan, melibatkan
mereka secara aktif supaya mereka dapat berusaha untuk meningkatkan prestasi dan
potensi mereka.

2

2.3 Aspek sosial

Dari aspek sosial, pengurusan ini boleh dijalankan dengan cara guru menetapkan
peraturan mengenai apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan
oleh murid. Setiap dari peraturan tersebut perlu diterangkan rasionalnya kepada murid
bagi memastikan mereka faham dengan tindakan tersebut. Sebagai contoh, guru
menetapkan budaya di dalam kelas seperti pada awal pagi kelas, murid perlu menyapu
kelas, membuka tingkap, membersihkan papan putih dan sebagainya. Guru juga
menetapkan peraturan yang mana murid perlu menggunakan bahasa yang sopan
sama ada kepada guru atau kepada rakan. Menurut Novia Salfrien Kumayas et al.
(2021) menyatakan bahawa penetapan peraturan di dalam pembelajaran dapat
meningkatkan disiplin murid. Rutin dan peraturan yang dinyatakan di atas mestilah
dilakukan oleh semua murid tanpa mengira latar belakang, kaum dan etnik bagi
memastikan sistem tersebut adil dan tidak berat sebelah. Apabila semua murid
melakukan dan mengikuti peraturan ini, murid akan dapat membina hubungan yang
erat antara satu sama lain.

Seterusnya, guru merupakan suri teladan kepada murid-murid. Menurut Yong
Hie Hie et al. (2018) menyatakan bahawa guru merupakan agen sosialisasi yang
penting dalam menyatupadukan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
budaya. Di dalam kelas, murid akan sentiasa memerhatikan tingkah laku guru dan
menjadikannya sebagai contoh. Oleh itu, sekiranya guru ingin menguruskan bilik
darjah yang mesra budaya, guru seharusnya menunjukkan dahulu kepada murid
mengenai apa itu yang dimaksudkan dengan bilik darjah mesra budaya itu. Sebagai
contoh, di dalam kelas guru menggunakan bahasa yang sopan, menerima pandangan
yang diberikan oleh semua murid tanpa mengira bangsa dan etnik dan mempamerkan
akhlak yang terpuji. Dengan cara ini, murid akan menjadikan guru sebagai ikutan dan
mengikut perlakuan guru.

2.4 Aspek sosiolinguistik

Dari sudut sosiolinguistik, guru seharusnya menggunakan bahasa yang mudah
difahami oleh murid. Sebagai contoh, guru mengajar di negeri Kedah yang mana
kebanyakan murid menggunakan bahasa dialek sebagai bahasa pertuturan seharian
dan ada di dalam kelas murid yang membesar di Sarawak. Maka guru ketika mengajar
mestilah menggukan Bahasa Melayu standard bagi memastikan semua murid dapat
memahami apa yang hendak disampaikan oleh guru. Begitu juga sekiranya guru baru
berpindah ke negeri yang menggunakan bahasa dialek tersendiri sebagai pertuturan.

3

Guru sewajarnya mengetahui serba sedikit mengenai dialek mereka bagi
mengelakkan sebarang salah faham dari berlaku sewaktu bertutur.

Seterusnya, guru juga boleh menjalankan aktiviti berbahasa di dalam kelas
seperti berpantun. Di dalam kelas yang berbilang kaum dan etnik, apabila guru
mengajar dan melibatkan murid dalam aktiviti berbahasa seperti berpantun ini bukan
sahaja dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam diri murid, malah turut
dapat menanamkan sikap cinta akan bahasa kebangsaan dalam diri murid yang
berbilang kaum.
3.0 Rumusan
Secara kesimpulannya, pengurusan bilik darjah mesra budaya adalah tanggungjawab guru
kerana guru merupakan agen penggerak dan individu yang dekat dengan diri murid. Jika guru
sendiri mengabaikan tanggungjawab mereka dalam membina dan mengurus bilik darjah yang
mesra budaya, maka murid-murid tidak akan dapat menanam sikap toleransi dan kerjasama
dengan budaya lain.

4

Rujukan
Abidah Abdul Ghafar. (2021). Hak kanak-kanak dapat pendidikan formal di sekolah.

https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/04/803624/hak-kanak-kanak-
dapat-pendidikan-formal-di-sekolah
Ab. Halim Tamuri dan Nur Hanani Hussin. (2017). Pembelajaran Abad Ke 21 dalam
kepelbagaian budaya: harapan dan cabaran.
https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_Dalam
_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan
Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel. (2014). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku.
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nur Azhani Adnan. (2013). Pengaruh kecerdasan emosi terhadap kesediaan pelajar sarjana
pendidikan teknik dan vokasional bagi menceburi profesion keguruan. Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia. https://core.ac.uk/download/pdf/42953934.pdf
Novia Salfrien Kumayas dan Wiputra Cendana. (2021). Penerapan peraturan dan prosedur
kelas guna mendisiplinkan siswa sekolah dasar dalam pembelajaran virtual. Jurnal
Elementaria Edukasia. Jld. 4(1).
https://www.researchgate.net/publication/351038367_Penerapan_Peraturan_Dan_Pro
sedur_Kelas_Guna_Mendisiplinkan_Siswa_Sekolah_Dasar_Dalam_Pembelajaran_Vir
tual
Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang dan Adlina
Ab Halim. (2018). Peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan
kaum di sekolah. Jurnal Akademika. Jld. 88(2).
http://journalarticle.ukm.my/12833/1/18914-81005-1-PB.pdf

5


Click to View FlipBook Version