The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM SEMINAR KAJIAN TINDAKAN (ABSTRAK)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhafiza78, 2024-06-25 09:15:03

BUKU PROGRAM SEMINAR KAJIAN TINDAKAN

BUKU PROGRAM SEMINAR KAJIAN TINDAKAN (ABSTRAK)

TEMA : “GURU MAMPAN, PDPC BERKESAN” Seminar kajian tindakan guru-guru bahasa melayu sekolah menengah Seminar kajian tindakan guru-guru bahasa melayu sekolah menengah Peringkat Daerah Kuantan Tahun 2024 Dirasmikan oleh : TUAN HAJI SHAIFUL-AZIZI SUKRI BIN MOHD KASSIM, SMP Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan Anjuran : Unit SISC+Bahasa, Sektor Pembelajaran Pejabat PendidikanDaerahKuantan & JawatankuasaKecemerlanganKurikulumDaerah (JKKD)BahasaMelayu SekolahMenengahDaerahKuantan Anjuran : Unit SISC+Bahasa, Sektor Pembelajaran Pejabat PendidikanDaerahKuantan & JawatankuasaKecemerlanganKurikulumDaerah (JKKD)BahasaMelayu SekolahMenengahDaerahKuantan


Secebis Kata, Seindah Bicara Kata Alu-aluan Pegawai Pendidikan Daerah Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya, Seminar Kajian Tindakan Guru-Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Kuantan Tahun 2024 ini berlangsung dengan jayanya. Pada kesempatan ini, saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua peserta seminar kajian tindakan ini. Memartabatkan tema kajian tindakan ini, “GURU MAMPAN, PdPc BERKESAN”, saya mengharapkan agar seminar kajian tindakan ini mampu membentuk guru yang berkompetensi untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dan menjadi wadah untuk menggalakkan para guru menjadikan aktiviti kajian tindakan ini sebagai salah satu cabang untuk mencapai kecemerlangan dalam dunia pendidikan. Menelusuri harapan dan aspirasi yang digenggam, amatlah diharapkan agar warga guru Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan akan terus memupuk budaya penyelidikan melalui kajian tindakan untuk dikongsi bersama-sama, disebarluaskan dan dimanfaatkan oleh warga pendidik. Akhir kalam, saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada jawatankuasa kerja dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Seminar Kajian Tindakan Guru-Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Kuantan Tahun 2024 ini. Kejayaan kalangan guru dalam menyempurnakan kajian dan seminar ini merupakan hasil titik peluh yang pasti membuahkan kejayaan. Tinggilah harapan saya agar Seminar Kajian Tindakan ini akan memberi manfaat kepada semua guru dan menjadi sumber ilham untuk termotivasi melaksanakan kajian tindakan seterusnya. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang berterusan. Kuantan Mercu Kecemerlangan Pendidikan Pahang. Tahniah dan Syabas! Haji Shaiful- Azizi Sukri bin Mohd Kassim, SMP. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan


Kata Alu-aluan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembelajaran) Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Seminar Kajian Tindakan Guru-Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Kuantan atas kejayaan mengadakan Seminar Kajian Tindakan bagi Tahun 2024. Saya percaya komitmen, kerjasama dan sokongan padu daripada pelbagai pihak merupakan faktor utama pemangkin kelancaran seminar yang berlangsung pada tahun ini. Pelbagai kekangan telah dihadapi dan diatasi untuk menyempurnakan seminar ini. Lantaran itu, saya amat berbangga dan menghargai sumbangan idea, masa dan tenaga daripada Pengerusi JKKD Bahasa Melayu, barisan Pengetua, SISC+ Bahasa Sektor Pembelajaran PPD Kuantan, pembimbing, serta semua guru yang terlibat dalam merealisasikan seminar ini. Seminar Kajian Tindakan ini adalah bertemakan “Guru Mampan, PdPc Berkesan”. Selari dengan hasrat dan tema yang dijunjung kali ini, diharapkan seminar ini berupaya memperkasakan kajian tindakan dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu khususnya dan guru-guru lain amnya. Seterusnya, pembudayaan kajian tindakan ini dapat diteruskan dan digiatkan dalam dunia pendidikan bagi memacu kualiti pendidikan negara pada masa akan datang. Akhir kata, saya yakin pelaksanaan Seminar Kajian Tindakan ini mampu melonjakkan lagi kecemerlangan Bahasa Melayu Daerah Kuantan apabila kita berjaya melahirkan guru-guru yang mampan dengan PdPc yang berkesan. Terima kasih dan syabas sekali lagi diucapkan kepada pihak pengurusan dan Jawatankuasa Seminar Kajian Tindakan Guru-Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Kuantan Tahun 2024 serta yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan seminar ini. Kuantan Mercu Kecemerlangan Pendidikan Pahang Sekian, terima kasih Rohana binti Moin Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan


Kata Alu-aluan Pengerusi JKKD Bahasa Melayu Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya Seminar Kajian Tindakan Guru-Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Kuantan akhirnya dapat dilaksanakan juga berkat kerjasama semua pihak . Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan kerana sentiasa menyokong Jawatankuasa Kecemerlangan Kurikulum Bahasa Melayu Daerah Kuantan melaksanakan Seminar Kajian Tindakan . Kajian tindakan yang dilaksanakan dalam seminar ini adalah bertujuan untuk memastikan budaya penyelidikan dapat dipupuk dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu .Kajian tindakan ini juga didapati membantu guru-guru untuk membuat penambahbaikan secara professional dalam pengajaran dan pembelajaran. Budaya ini telah dipupuk melalui beberapa cara yang telah diperkenalkan oleh pihak penggubal dasar. Sekiranya guru-guru mampu untuk menyelesaikan masalah berdasarkan kajian tindakan maka, guru-guru mampu untuk membuat pelbagai perubahan. Kajian tindakan juga adalah satu medan perkongsian dalam kalangan guru-guru untuk berkongsi idea-idea yang telah diketengahkan melalui kajiankajian yang dijalankan. Setelah beberapa sesi bimbingan dan bengkel dilaksanakan, kami mengharapkan guru- guru mampu membentangkan kajian tindakan dengan penuh keyakinan dan dapatdikongsi kepada semua sekolah , guru dan pelajar . Insya-Allah kita dapat melahirkan ramai penyelidik untuk mencemerlangkan pelajar terutama untuk kecemerlangan Panitia Bahasa Melayu Daerah Kuantan. Saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua wakil guru yang mengambil bahagian dalam seminar ini. Terima kasih. Pn Hajah Rozita binti Ismail Pengetua SMK Paya Besar (Pengerusi JKKD Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Kuantan) Kata Alu-aluan Pengerusi JKKD Bahasa Melayu Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya Seminar Kajian Tindakan Guru-Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Kuantan akhirnya dapat dilaksanakan juga berkat kerjasama semua pihak . Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan kerana sentiasa menyokong Jawatankuasa Kecemerlangan Kurikulum Bahasa Melayu Daerah Kuantan melaksanakan Seminar Kajian Tindakan . Kajian tindakan yang dilaksanakan dalam seminar ini adalah bertujuan untuk memastikan budaya penyelidikan dapat dipupuk dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu .Kajian tindakan ini juga didapati membantu guru-guru untuk membuat penambahbaikan secara professional dalam pengajaran dan pembelajaran. Budaya ini telah dipupuk melalui beberapa cara yang telah diperkenalkan oleh pihak penggubal dasar. Sekiranya guru-guru mampu untuk menyelesaikan masalah berdasarkan kajian tindakan maka, guru-guru mampu untuk membuat pelbagai perubahan. Kajian tindakan juga adalah satu medan perkongsian dalam kalangan guru-guru untuk berkongsi idea-idea yang telah diketengahkan melalui kajiankajian yang dijalankan. Setelah beberapa sesi bimbingan dan bengkel dilaksanakan, kami mengharapkan guru- guru mampu membentangkan kajian tindakan dengan penuh keyakinan dan dapatdikongsi kepada semua sekolah , guru dan pelajar . Insya-Allah kita dapat melahirkan ramai penyelidik untuk mencemerlangkan pelajar terutama untuk kecemerlangan Panitia Bahasa Melayu Daerah Kuantan. Saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua wakil guru yang mengambil bahagian dalam seminar ini. Terima kasih. Pn Hajah Rozita binti Ismail Pengetua SMK Paya Besar (Pengerusi JKKD Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Kuantan)


Kata Alu-aluan Pembimbing & Ketua Editor Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan dan kesempatan-Nya, 63 orang guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Kuantan Tahun 2024 telah menyertai dan menjayakan Seminar Kajian Tindakan yang diadakan hari ini bersamaan 26 Jun 2024. Beberapa sesi bimbingan dan bengkel telah dilaksanakan sebelum hasil kajian ini dapat dibentangkan pada hari ini. Setiap guru juga telah menyempurnakan kajian tindakan masing-masing berdasarkan isu-isu yang dikenal pasti semasa melaksanakan proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Menerusi pembentangan kajian tindakan yang dijalankan ini, pelbagai dapatan intervensi baharu dan menarik diperoleh oleh guru-guru Bahasa Melayu bertepatan dengan tema yang memayungi seminar pada tahun ini iaitu “Guru Mampan, PdPc Berkesan”. Sememangnya, aspirasi yang dihasratkan melalui tema ini telah berjaya dijelmakan melalui pembentangan kajian oleh para guru kita kerana guru yang mampan mampu mengekalkan prestasi cemerlang demi menghasilkan PdPc berkesan. Justeru, sekalung penghargaan dirakamkan kepada para guru Bahasa Melayu Daerah Kuantan yang telah dengan komitednya berusaha membuat kajian dan menghasilkan kajian tindakan yang bermakna ini. Segala tunjuk ajar, bimbingan dan teguran oleh pembimbing pastinya menjadi pengalaman berguna kepada para guru. Syabas dan terima kasih diucapkan atas usaha yang tidak putus-putus dalam menyiapkan kajian masing-masing. Sesungguhnya saya amat kagum atas kesungguhan semua guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Kuantan Tahun 2024 yang telah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit mereka. Semoga tekad dan iltizam para guru ini akan berterusan menjadi budaya dalam dunia pendidikan dan seterusnya membantu Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan memartabatkan Pendidikan Negara. Kuantan Mercu Kecemerlangan Pendidikan Pahang Sekian, terima kasih. Ketua Pembimbing & Ketua Editor Hajah Roa’ani binti Mohamed Pegawai SISC+ Bahasa PPD Kuantan Kata Alu-aluan Pembimbing & Ketua Editor Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan dan kesempatan-Nya, 63 orang guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Kuantan Tahun 2024 telah menyertai dan menjayakan Seminar Kajian Tindakan yang diadakan hari ini bersamaan 26 Jun 2024. Beberapa sesi bimbingan dan bengkel telah dilaksanakan sebelum hasil kajian ini dapat dibentangkan pada hari ini. Setiap guru juga telah menyempurnakan kajian tindakan masing-masing berdasarkan isu-isu yang dikenal pasti semasa melaksanakan proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Menerusi pembentangan kajian tindakan yang dijalankan ini, pelbagai dapatan intervensi baharu dan menarik diperoleh oleh guru-guru Bahasa Melayu bertepatan dengan tema yang memayungi seminar pada tahun ini iaitu “Guru Mampan, PdPc Berkesan”. Sememangnya, aspirasi yang dihasratkan melalui tema ini telah berjaya dijelmakan melalui pembentangan kajian oleh para guru kita kerana guru yang mampan mampu mengekalkan prestasi cemerlang demi menghasilkan PdPc berkesan. Justeru, sekalung penghargaan dirakamkan kepada para guru Bahasa Melayu Daerah Kuantan yang telah dengan komitednya berusaha membuat kajian dan menghasilkan kajian tindakan yang bermakna ini. Segala tunjuk ajar, bimbingan dan teguran oleh pembimbing pastinya menjadi pengalaman berguna kepada para guru. Syabas dan terima kasih diucapkan atas usaha yang tidak putus-putus dalam menyiapkan kajian masing-masing. Sesungguhnya saya amat kagum atas kesungguhan semua guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Kuantan Tahun 2024 yang telah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit mereka. Semoga tekad dan iltizam para guru ini akan berterusan menjadi budaya dalam dunia pendidikan dan seterusnya membantu Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan memartabatkan Pendidikan Negara. Kuantan Mercu Kecemerlangan Pendidikan Pahang Sekian, terima kasih. Ketua Pembimbing & Ketua Editor Hajah Roa’ani binti Mohamed Pegawai SISC+ Bahasa PPD Kuantan


Seminar Kajian Tindakan Guru-Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kuantan 2024 merupakan program pengisian yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kurikulum Daerah (JKKD) Bahasa Melayu, Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kuantan di bawah bimbingan Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan. Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk melibatkan guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah dengan refleksi dan penyelidikan sepanjang menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran. Mereka perlu memahami kepelbagaian kaedah dan prosedur dalam melaksanakan penyelidikan, seperti pelaksanaan penyelidikan kualitatif, kuantitatif atau penyelidikan tindakan. Penyelidikan berskala kecil seperti penyelidikan tindakan tidaklah memerlukan masa dan kos yang begitu banyak untuk melaksanakannya. Perkara yang lebih penting, hasil daripada proses penyelidikan tersebut dapat membantu guru menambah baik tugas masing-masing sebagai pendidik. PENGENALAN OBJEKTIF Membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budaya pengajaran dalam kelas. Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid. Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri. Memupuk semangat kekitaan dan permuafakatan dalam kalangan guru-guru.


Penaung Tn Hj Shaiful-Azizi Sukri bin Mohd Kassim Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan Penasihat Pn. Rohana binti Moin Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan Pengerusi Pn. Hajah Rozita binti Ismail Pengerusi Jawatankuasa Kecemerlangan Kurikulum Daerah (JKKD) Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Kuantan Merangkap Pengetua SMK Paya Besar Pembimbing Puan Hajah Roa’ani binti Mohamed Pegawai SISC+ Bahasa, Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan Jemputan & Kehakiman Unit Bahasa Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan Teknikal Pertandingan Pengetua Sekolah Sukan Malaysia Pahang Siar raya Pengetua Sekolah Sukan Malaysia Pahang Persiapan Tempat Pengetua Sekolah Sukan Malaysia Pahang Majlis penutup Pengetua Sekolah Sukan Malaysia Pahang Pengacaraan Bilik Seminar Pengetua SMK Pandan SMK Gambang SMK Tengku Afzan SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah Fotografi & Dokumentasi Pengetua SMK Gambang Makanan Pengetua SMK Seri Mahkota Hadiah dan Sijil Pengetua SMK Seri Panching Pendaftaran & Multimedia Pengetua SMK Seri Damai Penjaga Masa Pengetua SMK Sungai Soi SMK Cenderawasih Pelajar Pelatih (Intern) PPD Kuantan SENARAI AHLI JAWATANKUASA SEMINAR KAJIAN TINDAKAN GURU-GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH KUANTAN 2024


8.00 pagi 9.00 pagi 12.00 tengah hari 1.30 petang 2.30 petang : Pendaftaran para peserta dan tetamu : Penyerahan bahan pembentangan (Pembentang) : Taklimat kepada juri dan peserta : Kudapan pagi : Pembentangan sidang selari : - Bilik Seminar Pendeta Za’ba - Bilik Mesyuarat Utama, Blok Pentadbiran - Bilik Seminar Asmah Haji Omar - Bilik Kuliah Prauniversiti, Dewan Utama - Bilik Seminar Abdullah Hassan - Bilik Tayangan, Pusat Sumber Sekolah - Bilik Seminar Nik Safiah Karim - Bilik Multimedia, Pusat Sumber Sekolah : Majlis penutupan : Nyanyian Lagu Negaraku : Nyanyian Lagu Negeri Pahang : Bacaan Doa : Rumusan Panel Hakim Pn. Hajah Roa’ani binti Mohamed Pegawai SISC+ Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan : Ucapan Alu-aluan Pn. Hajah Rozita binti Ismail Pengerusi Jawatankuasa Kecemerlangan Kurikulum Daerah (JKKD) Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Kuantan merangkap Pengetua SMK Paya Besar : Ucapan Perasmian Penutup Tn Hj Shaiful-Azizi Sukri bin Mohd Kassim, SMP, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan : Penyampaian Hadiah Anugerah Emas dan Penyerahan Sijil : Makan Tengah hari : Majlis tamat A T U R C A R A


BIL NAMA SEKOLAH NAMA PESERTA TAJUK KAJIAN 1 Maahad Tahfiz Negeri Pahang Nurul Farhah binti Hamid Nur Alisa binti Ramli Kamriah binti Jusoh Meningkatkan kemahiran pelajar menulis kesimpulan rumusan melalui kaedah roda tema 2 SBPI Kuantan Nurul Nazirah binti Ali Faezah binti Jahar Azimah binti Mohd Zawawi Meningkatkan keberkesanan murid menjawab soalan pemahaman petikan umum 6(i) dan petikan sastera 7(i) bahasa melayu kertas 2/1103 SPM 3 Sekolah Sukan Malaysia Pahang Zulhilmi Qusyairi bin Azman Lagu sukan untuk semua sebagai teknik penguasaan kata majmuk mantap. 4 SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah Noor Aishah binti Sabtu Meningkatkan kemahiran murid mengolah isi dalamkarangan dengan betulmenggunakan rumus IMBaIK+ToPI. 5 SMK (P) Methodist Nik Amirah binti Nik Adnan Meningkatkan tahap penguasaan membaca untuk memudahkan membina ayat karangan (kertas 2) bagi murid tingkatan 2 kreatif 6 SMK Abdul Rahman Talib Mazliza binti Mahmood Google classroom sempoi tapi sampai 7 SMK Air Putih Fitriah binti Karim Meningkatkan kemahiran murid daam mengenal pasti kesalahan bahasa dalam subjek bahasa melayu dengan menggunakan kad imbasan 8 SMK Beserah Mohd Shahril bin Rain @ Arabai Meningkatkan kemahiran mengarang karangan rangsangan murid potensi lulus menggunakan kaedah HUP 9 SMK Bukit Goh Rohani binti Junidi Nor Shafikah binti Mukhatar Meningkatkan penguasaan murid tentang bidalan dalam karangan menggunakan kaedah senarai menu 10 SMK Bukit Rangin Siti Amalina binti Sariman Meningkatkan kemahiran membaca murid tingkatan 1 dedikasi melalui program pasti boleh membaca! 11 SMK Bukit Sagu Rosnani binti Hasan Meningkatkan kemahiran menjawab soalan bahasa melayu standard menggunakan kaedah bus dalam kalangan murid kelompok potensi. 12 SMK Chengal Lempong Siti Hasbariah binti Hassan Wan Afandi bin Wan Musa Meningkatkan kemahiran membaca melalui teknik klinik Bahasa 13 SMK Gudang Rasau Nurul Fadhilah binti Nordin Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis perenggan isi bagi murid menengah rendah dengan menggunakan teknik idea+ majlis bandaraya kuantan (IMBK) SENARAI NAMA PESERTA KAJIAN TINDAKAN SENARAI NAMA PESERTA KAJIAN TINDAKAN


BIL NAMA SEKOLAH NAMA PESERTA TAJUK KAJIAN 14 SMK Mat Kilau Rosmawani binti Iberahim Nurul Syazwanie binti Azmi Meningkatkan kemahiran menulis karangan dalam kalangan murid tingkatan 3 melalui teknik acuan saabsan 15 SMK Pandan Lizawati binti Ismail Penggunaan teknik akronim dalam membantu murid menguasai kemahiran mengenal pasti kata majmuk mantap 16 SMK Paya Besar Norul Husna binti Alias Meningkatkan penguasaan murid tingkatan 1 cekal dalam menulis ringkasan bahasa melayu menggunakan teknik “5 penanda wacana, 5 jari” 17 SMK Pelabuhan Azlina binti Shamsuddin Meningkatkan penguasaan murid terhadap soalan penyuntingan menggunakan kaedah k.i.e.f 18 SMK Pelindung Nurul Ain binti Ahmad Meningkatkan kemahiran penggunaan penanda wacana yang betul dalam rumusan bahasa melayu dengan menggunakan formula AnSelDiSeLi 19 SMK Semambu Rosidah binti Elias Rumusan berfokus-rukus 20 SMK Seri Damai Nor Mazilah binti Yusoff Penggunaan formula IsSiConTaTu meningkatkan kemahiran menulis pendahuluan dalam kalangan pelajar 2 Proaktif 21 SMK Seri Mahkota Safarihan bt Salleh Nor Asiah binti Jusoh Wan Aznizaida binti Wan Ariffin Sharili bte Mohamed Meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid 5 Al Tarmizi melalui kaedah isu tular (KIT) 22 SMK Seri Panching Nor Aliya binti Abdull Razak Meningkatkan penguasasaan murid mengenal pasti fokus soalan rumusan menggunakan roda panahan ajaib (ROPAA) 23 SMK St Thomas Nor Atiyah binti Puteh Bijak bertutur, bahasa hebat, gred cemerlang 24 SMK Sultan Abu Bakar Roshima binti Abd Latif Irdamera binti Mohd Zainal Abidin Nurulsyakirin binti Ramlan Penggunaan kata ganti nama diri 'kami' dan 'kita' dalam aspek pertuturan dan penulisan dalam kalangan murid bukan bumiputera 25 SMK Sungai Baging Noorzairuziana binti Zakaria Suria binti Mat Yacob Meningkatkan kemahiran menulis rumusan dalam kalangan murid tingkatan lima dengan menggunakan teknik KaKuF. 26 SMK Sungai Isap Nur Amirah Alya binti Mohd Norzelan Nurul `Ain binti Mohamed Meningkatkan penguasaan penulisan rumusan menggunakan pendekatan teknik chatt SENARAI NAMA PESERTA KAJIAN TINDAKAN SENARAI NAMA PESERTA KAJIAN TINDAKAN


BIL NAMA SEKOLAH NAMA PESERTA TAJUK KAJIAN 27 SMK Sungai Isap Murni Hasmaini binti Dollah Nur Nadhirah binti Abu Sa'id Al Khadri Meningkatkan kemahiran mengembangkan isi penulisan bahasa melayu menggunakan teknik akronim dalam kalangan murid 3 Rahmat 28 SMK Sungai Soi Norazimah binti Mohd Nawi @ Mohd Daud Meningkatkan penguasaan menulis kesimpulan rumusan berdasarkan teknik 5 jari 29 SMK Tanjong Lumpur Faizah binti Abdul Rashid Rusarusa dalam menguasai penulisan rumusan bahasa Melayu 30 SMK Teluk Chempedak C Wan Rosmariani binti Che W Mat Rani Meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dengan menggunakan teknik cuba cuba dalam kalangan murid tingkatan 1 Smk Teluk Chempedak 31 SMK Tengku Afzan Nurizan binti Ab Rahman Nor Aidah bt Md Ali Normaisarah bt Mohd Lazim Foru (format rumusan) teknik KPW,KIG,KIA 32 SMK Tok Sera Norhimawati binti Mohd Sarah Rohaiza binti Abdul Jamal Komsas : 1+4+1 33 SMK Cenderawasih Mohd Asrin bin Awang Mustafa Meningkatkan kemahiran murid membina ayat perenggan isi karangan Bahasa Melayu SPM yang lengkap dan matang menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (a.i) chatgpt 4.0 34 SMA Al-Maarif Zainun binti Ismail Fadhilah binti Mohd Pauzi Mantapkan tatabahasa melalui teknik dikir bahasa 35 SMK Sultanah Hajjah Kalsom Pn Hamidah binti Shafie A&B:143 36 SMK Tanah Puteh Syahirah bt Shaharil Norfarah Eliani binti Mat Zin Menngkatkan kemahiran membina ayat kertas penulisan (bahagian a) dengan teknik SKO+K 37 SMK Alor Akar, Kuantan Siti Sarah binti Baharuddin Meningkatkan kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu kertas 1 menggunakan TEKNIK PINTAS DAN KOSAKA 38 SMK Indera Mahkota 2 Nurulshuhada binti Mat Nor Sintaksis - ragam ayat 39 SMK Gambang Muhammad Zahid bin Che Hamat Siti Nur Farahana binti Azman Meningkatkan kemahiran menulis rumusan dalam kalangan pelajar kelompok potensi dengan pendekatan jelmaan modu SENARAI NAMA PESERTA KAJIAN TINDAKAN SENARAI NAMA PESERTA KAJIAN TINDAKAN


ABSTRAK KAJIAN TINDAKAN BAHASA MELAYU


LAGU SUKAN UNTUK SEMUA SEBAGAI TEKNIK PENGUASAAN KATA MAJMUK MANTAP Disediakan oleh: Zulhilmi Qusyairi bin Azman Sekolah Sukan Malaysia Pahang 26300 Kuantan, Pahang Darul Makmur ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penguasaan Kata Majmuk Mantap (KMM) yang merupakan sebahagian aspek tatabahasa yang diuji dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sampel kajian melibatkan 10 orang murid tingkatan 5 Juara dan seorang guru. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, ujian pra dan soal selidik. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa murid tidak menguasai KMM dan seterusnya gagal menjawab soalan berformat SPM dengan tepat. Inovasi Lagu Sukan Untuk Semua telah diperkenalkan sebagai pelan tindakan terhadap permasalahan ini. Lagu ini diperkenalkan melalui persembahan video multimedia yang diperkukuhkan dengan Kit Pintar KMM sebagai aktiviti penggayaan. Kajian ini telah menunjukkan keberkesanannya dan telah diselesaikan dalam tempoh dua minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid yang ketara. Dapatan daripada soal selidik pula menunjukkan pembudayaan teknik didik hibur telah meningkatkan fungsi kognitif dan daya ingatan murid dalam aspek tatabahasa. Murid juga mempamerkan keterujaan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah secara aktif. Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Inovasi Lagu Sukan Untuk Semua dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap KMM secara inklusif. KATA KUNCI: Teknik Didik Hibur, Kata Majmuk Mantap, Kajian Tindakan


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 BAHAGIAN B MENGGUNAKAN PENDEKATAN TEKNIK PINTAS BAGI 24 ORANG PELAJAR TINGKATAN 5 CERDIK Disediakan oleh: SITI SARAH BINTI BAHARUDDIN SMK Alor Akar, Jalan Tengku Muhamad, Kuantan, Pahang Abstrak Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar yang lemah dalam menulis karangan dan penguasaan penggunaan peribahasa dalam kemahiran menulis karangan yang merupakan satu komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 SPM. Sampel kajian melibatkan seramai 24 orang pelajar dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penulisan karangan kerana melihat kelemahan ini semakin serius dalam kalangan pelajar Tingkatan 5. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra yang menunjukkan murid lemah terhadap penulisan karangan. Oleh itu, melalui tinjauan awal, didapati pelajar menghadapi masalah penggunaan peribahasa yang serius dalam karangan mengikut tajuk yang diberikan ketika pengajaran dan pembelajaran formal di dalam kelas. Sinerginya, pendekatan secara Pintas dan Kosaka diperkenalkan kepada pelajar sebagai satu cara untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi pelajar terutama dalam penulisan karangan. Kajian juga telah dijalankan dalam pelan tindakan berdasarkan pendekatan Pintas dan Kosaka ini yang telah diperkenalkan dan didapati penguasaan kemahiran pelajar dalam menulis karangan semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Pelajar tersebut lebih menunjukkan sikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai kemahiran menulis karangan dan mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.


PENGGUNAAN UNGKAPAN IsSiConTaTu MENINGKATKAN KEBOLEHAN MENULIS PENDAHULUAN DENGAN PANTAS DAN MANTAP DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 PROAKTIF Puan Nor Mazilah Binti Yusoff SMK Seri Damai, Kuantan. [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah dalam kalangan pelajar Tingkatan 2 Proaktif semasa membina perenggan pendahuluan Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan 16 orang murid dan seorang guru. Tinjauan awal yang dilakukan ialah mengenalpasti masalah murid melalui semakan latihan murid, pemerhatian dan temubual. Hasil semakan ujian pra memperlihatkan beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar berkenaan semasa menulis pendahuluan. Antaranya perenggan pendahuluan yang terlalu pendek, perenggan pendahuluan mengandungi isi dan terdapat juga pendahuluan digabungkan dengan perenggan isi. Pengesanan awal terhadap masalah kemahiran menulis ini dapat menentukan kaedah yang sesuai dengan mereka seterusnya dapat meningkatkan kemahiran menulis apabila berada di kelas menengah atas kelak. Sehubungan dengan itu, guru telah merangka satu formula yang mudah untuk dikuasai oleh murid-murid tersebut khusunya dalam membina pendahuluan. Melalui kaedah penulisan menggunakan formula ungkapan IsSiConTaTu murid telah dilatih membina lima ayat yang standard semasa menulis perenggan pendahuluan. Ayat tersebut sesuai digunakan dalam menulis mana-mana karangan yang berbentuk pendapat, perbincangan dan fakta. Pemilihan ayat juga sesuai dengan aras pelajar yang berada di kelas menengah rendah. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan serta teknik hafalan formula yang diberi oleh guru menunjukkan murid lebih yakin dan bersemangat untuk menulis karangan. Terdapat perbezaan skor antara ujian pra dan pos. Peningkatan skor bagi murid-murid berkenaan menunjukkan bahawa penguasaan pelajar semakin meningkat.


RUSARUSA UNTUK MENGUASAI RUMUSAN BAHASA MELAYU Faizah binti Abdul Rashid SMK Tanjong Lumpur, Kuantan Pahang [email protected] ABSTRAK Sememangnya pada masa kini penguasaan pelajar dalam topik rumusan sangat dititikberatkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahukan murid-murid menguasai kemahiran menganalisis, membanding beza dan menilai. Oleh sebab itu soalan mengenai rumusan dimasukkan dalam kertas 2 bagi mata pelajaran bahasa Melayu. Dalam kertas 2 sebanyak 30 markah diperuntukkan untuk menjawab soalan rumusan. Sebenarnya soalan rumusan membantu pelajar mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan memandangkan tema petikan dan bahan grafik adalah antara 18 tema yang dipelajari dalam sukatan pelajaran. Namun begitu, sekiranya pelajar tidak didedahkan kepada teknik menulis rumusan, maka mereka tidak mampu menjawabnya dan biasanya pelajar akan meninggalkan soalan ini tanpa dijawab kerana mereka tidak tahu akan jawapannya. Saya berharap dan yakin dengan penggunaan kaedah ini, minat pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Melayu terutamanya terhadap rumusan dapat dipertingkatkan. Pelajar dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan berusaha untuk menguasai rumusan. Hal ini akan membantu mereka dalam meningkatkan potensi diri untuk lulus dan seterusnya cemerlang dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Kata kunci : rumusan, menganalisis, potensi, cemerlang


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS RUMUSAN MENGGUNAKAN RUMUSAN BERFOKUS (RUKUS) Disediakan Oleh: ROSIDAH BINTI ELIAS SMK SEMAMBU 25350 KUANTAN, PAHANG ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar yang lemah dalam menguasai kemahiran menulis rumusan yang merupakan satu komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM. Sampel kajian melibatkan seramai 10 orang pelajar kelas 5 Delima yang merupakan kelas kedua hujung bagi tingkatan 5 di SMK Semambu dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memberi fokus kepada penulisan rumusan kerana rata-rata guru yang berpengalaman dalam penandaan kertas SPM menamakan bahagian ini sebagai lubuk emas bagi mendapatkan markah. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian sumatif satu yang menunjukkan murid lemah terhadap penulisan rumusan. Oleh itu, melalui tinjauan awal, didapati pelajar menghadapi masalah pembelajaran pasif terhadap pengajaran dan pembelajaran formal dalam kelas. Oleh itu, pendekatan berfokus diperkenalkan kepada pelajar sebagai satu cara untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi pelajar terutama dalam penulisan rumusan. Kajian juga telah menjalankan pelan tindakan berdasarkan pendekatan berfokus yang diperkenalkan dan mendapati penguasaan kemahiran pelajar dalam menulis rumusan semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Pelajar tersebut lebih menunjukkan sikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai kemahiran menulis rumusan dan mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam Bahasa Melayu.


MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID MENGENAL PASTI FOKUS SOALAN RUMUSAN MENGGUNAKAN ‘RODA PANAHAN AJAIB’ (ROPAA) Nor Aliya binti Abdull Razak Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Panching, 26010 Kuantan, Pahang ABSTRAK Kajian ini bertujuan membantu murid-murid Tingkatan 3 Aktif yang lemah menjawab soalan rumusan dalam Bahagian C yang mana murid-murid yang terlibat adalah seramai lima orang. Dalam bahagian ini, murid-murid dikehendaki membuat rumusan tentang petikan yang diberi tidak lebih daripada 100 patah perkataan. Bagi menghasilkan rumusan, muridmurid dikehendaki mengenal pasti fokus soalan rumusan. Kemudian, murid-murid perlu mencari sekurang-kurangnya lima isi berkaitan fokus soalan dan tulis semula dalam ayat yang lengkap. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, praujian serta semakan kerja murid. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mahir mengenal pasti fokus soalan rumusan walaupun saya telah memberi penerangan beberapa kali semasa di dalam kelas. Saya berasa amat kecewa kerana tidak dapat membantu murid-murid saya menjawab soalan rumusan dengan baik. Justeru itu, bagi mengatasi masalah tersebut, saya telah memperkenalkan Roda Panahan Ajaib (ROPAA) yang mana murid-murid dikehendaki menyemak penanda yang sewarna dengan anak panah dalam roda berkenaan seterusnya menghubungkaitkan dengan fokus soalan rumusan. Dapatan kajian menunjukkan murid menunjukkan peningkatan yang ketara melalui perbandingan antara ujian pra dan pos. Murid-murid juga didapati lebih berminat dan seronok dengan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dijalankan. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini haruslah dikekalkan agar murid lebih berminat terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.


PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI 'KAMI' DAN 'KITA' DALAM ASPEK PERTUTURAN DAN PENULISAN DALAM KALANGAN MURID BUKAN BUMIPUTERA Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar ROSHIMA BINTI ABD LATIF IRDAMERA BINTI MOHD ZAINAL ABIDIN NURULSYAKIRIN BINTI RAMLAN ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penggunaan kata ganti nama diri ‘kami’ dan ‘kita’ dalam aspek pertuturan dan penulisan yang dihadapi oleh murid bukan bumiputera dalam subtopik pertuturan dan penulisan. Seramai sepuluh orang pelajar akan terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah temu bual bersama murid bukan bumiputera. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kerap menukar penggunaan ‘kami’ dan ‘kita’ kerana telah serasi menggunakan bahasa lisan sejak kecil . Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan tahap pemahaman terhadap penggunaan kata ganti nama diri tersebut dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh tujuh hari. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Dapatan dari kaedah instrumen pula menunjukkan pelajar lebih memahami cara penggunaan kata ganti nama tersebut apabila penerangan lebih lanjut diterangkan secara terperinci.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MEMBINA AYAT PERENGGAN ISI KARANGAN BAHASA MELAYU SPM YANG LENGKAP DAN MATANG MENGGUNAKAN APLIKASI KECERDASAN BUATAN (A.I) CHATGPT 4.0 Oleh : Mohd Asrin Bin Awang Mustafa SMK CENDERAWASIH, BANDAR INDERA MAHKOTA, KUANTAN ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk membantu mengatasi masalah murid-murid Tingkatan 5 bagi menghasilkan ayat perenggan isi yang lengkap dan matang dalam Kertas 1 Bahasa Melayu SPM. Kajian ini melibatkan 5 orang murid calon A+ BM SPM dan seorang guru. Tinjauan dan pemerhatian awal telah dibuat ke atas analisis kertas jawapan peperiksaan akhir tahun tingkatan 4, semakan kerja rumah dan buku tulis karangan. Hasil pemerhatian, didapati murid- murid tersebut masih tidak mampu menghasilkan perenggan isi matang yang lengkap, berfakta, huraian spesifik dan contoh-contoh yang konkrit walaupun mereka telahpun mempunyai kemahiran penulisan yang baik dan penggunaan tatabahasa yang gramatis. Permasalahan wujud kerana murid-murid ini tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan sesuatu tema yang disoal dalam karangan. Maka, penggunaan aplikasi A.I iaitu ChatGPT 4.0 dipercayai dapat membantu murid-murid ini mendapat maklumat dengan lebih pantas, tepat dan berstruktur yang boleh digunakan dalam huraian karangan mereka nanti. Pelbagai tema dan topik telah diuji untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan murid supaya menggunakan aplikasi ini. Setelah mendapat maklumat daripada hasil carian ChatGPT, mereka menggunakan pula fungsi Diagram & Data untuk menukarkan informasi tersebut ke dalam bentuk grafik untuk memudahkan proses bacaan dan ingatan mereka. Daripada analisis kajian, didapati 100% murid yang menyertai kajian ini telah mampu menghasilkan perenggan isi karangan yang tepat, berfakta serta menunjukkan ciri-ciri kematangan dalam menulis karangan. Kata kunci : ChatGPT, A.I, Karangan Bahasa Melayu


Meningkatkan Kemahiran Membina Lima Ayat Lengkap Bagi Kertas Bahasa Melayu Penulisan (Bahagian A) berpandukan Grafik dengan Teknik SKO+K dalam kalangan murid 3 Bestari dan 1 Arif. SMK TANAH PUTEH SYAHIRAH BT SHAHARIL NORFARAH ELIANI BINTI MAT ZIN ABSTRAK Kertas Bahasa Melayu ( Penulisan) bagi Menengah Rendah mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Fokus kajian ini adalah dalam bahagian A kerana didapati ramai murid yang diajar sukar untuk membina ayat yang lengkap dan gramatis. Bahagian A ini memperuntukan 10 markah . Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, didapati beberapa orang murid sangat lemah untuk membina sekurang-kurangnya 1 ayat pada bahagian A. Tinjauan masalah telah dilakukan melalui kaedah pemerhatian, ujian 1 serta ujian pra serta ujian pos yang telah dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu,kajian ini dilakukan bagi membantu murid membina ayat dengan struktur yang betul dalam Bahasa Melayu. Kajian ini terdiri daripada murid-murid Tingkatan 3 Bestari iaitu seramai 5 orang daripada 30 orang murid dan murid Tingkatan 1 Arif iaitu seramai 5 orang murid daripada 25 orang murid daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Puteh. Pengkaji mendapati murid tidak dapat menguasai kemahiran membina ayat kerana mereka tidak dapat menguasai penggunaan Bahasa Melayu dengan baik serta tidak dapat mengingati perkara yang diajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Jika murid gagal menguasai kemahiran membina ayat berdasarkan bahan grafik, maka murid ini pastinya gagal juga membina ayat bagi ulasan, ringkasan serta penulisan Bahagian B. Pengkaji juga mendapati murid-murid kurang berminat dengan mata pelajaran Bahasa Melayu melalui pemerhatian kerana mereka bukan penutur jati Bahasa Melayu serta sikap sambil lewa mereka terhadap Bahasa Melayu. Menyedari hakikat tersebut, pengkaji telah mencipta satu Teknik SKO+K. Dengan kaedah ini, diharap murid-murid dapat membina 5 ayat pada bahagian A dengan menggunakan kaedah ini.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA MELALUI TEKNIK KLINIK KOGNISI BACAAN Oleh, Siti Hasbariah binti Hassan Wan Afandi bin Wan Musa Sekolah Menengah Kebangsaan Chengal Lempong ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah bacaan kurang lancar dan sukar memahami bahan bacaan. Kajian ini melibatkan 5 orang pelajar dan dua orang guru. Tinjauan dan pemerhatian awal telah dibuat ke atas keputusan Peperiksaan Akhir Tahun, Ujian Penilaian 1, semakan kerja rumah dan lembaran kerja. Hasil pemerhatian, didapati pelajar-pelajar tersebut gagal menjawab dengan tepat dan dan tidak menjawab soalan pemahaman KBAT. Perancangan tindakan bagi penyelesaian kepada permasalahan ini difokuskan kepada aktiviti bacaan dan cara meningkatkan pemahaman sesuatu bahan bacaan melalui Klinik Kognisi Bacaan. Pelbagai aktiviti bacaan dan latih tubi diberikan bagi mengukuhkan penguasaan pelajar. Setelah pelajar menguasai kemahiran membaca yang lancar, mereka dipandu untuk menjawab soalan pemahaman bermula dengan mengenal pasti isi penting, menggaris idea utama, mengisi tempat kosong, pemindahan maklumat dan menjawab soalan pemahaman KBAT. Pengajaran dan pembelajaran yang berterusan dan berjadual menunjukkan peningkatan prestasi pelajar dalam aktiviti membaca dan memahami soalan. Kajian ini telah dijalankan dalam tempoh dua minggu dengan melibatkan pelbagai aktiviti bacaan. Keputusan perbandingan sebelum dan selepas aktiviti dijalankan amat memberangsangkan. Perbezaan skor antara Ujian Pra dan Ujian Pasca membuktikan tahap penguasaan pelajar semakin meningkat.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS RUMUSAN DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 5A6 DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK KATA KUNCI FOKUS (KaKuF) Oleh: Suria Binti Mat Yacob Noorzairuziana Binti Zakaria Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Baging, 26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur. ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menilai tahap penguasaan kemahiran menulis rumusan dalam kalangan murid Tingkatan 5A6 melalui penggunaan Teknik ‘KaKuF’. Kajian ini juga dijalankan untuk melihat sejauh mana keberkesanan Teknik ‘KaKuF’ dalam penghasilan rumusan kepada peserta kajian. Peserta kajian ini terdiri daripada lima orang murid Tingkatan 5A6 dan dua orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Baging. Pengkaji telah mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh murid dalam menulis rumusan iaitu kesukaran mereka untuk mengenal pasti isi tersurat yang terdapat dalam semua bahan yang diberikan terutamanya petikan. Justeru, Teknik ‘KaKuF’ telah diperkenalkan kepada murid tingkatan 5A6 sebagai langkah untuk mengatasi permasalahan tersebut. Teknik ‘KaKuF’ ini terdiri daripada KaKu (Kata Kunci) dan F (Fokus). Pengkaji telah membimbing peserta kajian menggunakan teknik ini dalam menulis rumusan. Data kajian pula dikumpul melalui kaedah menyemak buku tulis, pemerhatian, temu bual, keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan lembaran kerja. Dengan menggunakan Teknik ‘KaKuF’ semasa sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), pengkaji mendapati bahawa penguasaan murid untuk mengenal pasti isi tersurat semakin baik dan berjaya menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Penggunaan teknik ini berjaya membantu murid untuk menulis rumusan dengan baik.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGARANG KARANGAN RANGSANGAN MURID POTENSI LULUS MENGGUNAKAN KAEDAH HUP Oleh : Mohd Shahril Rain Sekolah Menengah Kebangsaan Beserah 26100 Kuantan, Pahang. ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid-murid yang memperoleh markah pencapaian minimum (PM) dalam aspek penulisan karangan rangsangan. Kajian ini melibatkan 5 orang murid dan seorang guru. Tinjauan, pemerhatian awal dan temu bual telah dibuat berdasarkan pencapaian murid-murid dalam Ujian Penilaian 1 (UP1) yang telah mereka lalui. Hasil temu bual, analisis dokumen peperiksaan dan pemerhatian, didapati murid- murid tidak menulis karangan rangsangan dengan betul dan baik walaupun stimulus telah disediakan. Permasalahan ini wujud kerana mereka tidak tahu menyaring input yang ada selain hilang fokus terhadap gaya penulisan karangan yang betul. Oleh itu, penulis memilih mengaplikasikan teknik hukum pengulangan (HUP) yang dipelopori oleh Ibnu Hajar dan Thorndike dalam teori Behaviorisme. Selain itu, teori pembelajaran terhadap penekanan elemen kesediaan, latihan dan kesan diambil kira dalam kajian ini. Melalui kajian ini, tiga daripada lima orang murid yang menyertai kajian ini dapat menguasai kemahiran yang dihasratkan dan dicadangkan beebrapa penambahbaikan bagi mengatasi beberapa kekangan yang dibincangkan dalam dapatan kajian. Kata kunci: Hukum Pengulangan (HUP), Teori Behaviorisme, Hukum Pembelajaran


FoRu (FORMAT RUMUSAN) Teknik KPW,KIG,KIA SMK TENGKU AFZAN NURIZAN BINTI AB RAHMAN NOR AIDAH BT MD ALI NORMAISARAH BT MOHD LAZIM ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu murid dalam menguasai kemahiran menulis rumusan yang merupakan komponen yang menyumbang markah paling tinggi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM. Sampel kajian melibatkan 15 orang murid dan tiga orang guru di SMK Tengku Afzan. Fokus kajian tertumpu kepada cara mengenal pasti isi penting rumusan. Tinjauan awal dibuat melalui praujian yang menunjukkan murid tidak menguasai penulisan rumusan yang betul. Melalui tinjauan awal juga mendapati murid menghadapi masalah menulis format dan mengenal pasti isi. Oleh itu, Teknik PWIG, IA? (PWIGIA) diperkenalkan kepada murid sebagai satu kaedah untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi murid dalam mengenal pasti isi penting. Kajian juga menjalankan pelan tindakan berdasarkan kaedah PWIGIA dan mendapati penguasaan kemahiran murid dalam menulis rumusan semakin baik. Murid lebih menunjukkan sikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai Teknik menulis rumusan yang betul dan mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID DALAM MENJAWAB SOALAN KOMSAS ( NOVEL ) MENGGUNAKAN FORMULA 1+4+1 Oleh : Norhimawati binti Mohd & Sarah Rohaiza binti Abdul Jamal Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Sera, Jalan Tg Muhamad 25050 Kuantan, Pahang. ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid-murid menengah rendah menjawab soalan KOMSAS Novel K1 Soalan 6. Kajian ini melibatkan 10 orang murid dan dua orang guru. Tinjauan dan pemerhatian awal telah dibuat ke atas keputusan ujian ,peperiksaan, semakan kerja rumah dan lembaran kerja. Hasil pemerhatian, didapati murid- murid tersebut gagal mendapat markah tinggi dalam soalan tersebut. Permasalahan wujud walaupun murid telah menguasai cerita tetapi tidak dapat menulis dengan baik aspek kajian KOMSAS. Penyelesaian kepada permasalahan ini, pelbagai aktiviti dan latih tubi diberikan bagi mengukuhkan penguasaan murid. Setelah murid-murid menguasai nilai mereka diajar untuk menghuraikan empat aspek yang lain menggunakan nilai dan contoh yang sama. Pelbagai pendekatan dan kaedah diguna pakai bagi membina asas yang kukuh iaitu ujian pra dan pos, latih tubi dan hafalan formula. Pengajaran dan pembelajaran yang berterusan dan berjadual menunjukkan peningkatan prestasi murid, di samping memberi keyakinan diri dan menarik minat murid-murid. Kebolehan mereka menghasilkan empat aspek yang lain dengan menggunakan nilai dan contoh yang sama menambahkan keyakinan mereka untuk menjawab soalan novel. Daripada analisa kajian, didapati 80% murid yang menyertai kajian ini telah menguasai teknik menjawab Soalan 6 Novel K1.


PENGGUNAAN TEKNIK AKRONIM DALAM MEMBANTU MURID MENGUASAI KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KATA MAJMUK MANTAP. Oleh : Lizawati Binti Ismail Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan 25150 Kuantan Pahang Darul Makmur. ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk membantu murid- murid yang yang menghadapi masalah untuk membezakan ejaan antara kata majmuk biasa dan kata majmuk mantap dalam dalam kemahiran tatabahasa Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan 10 orang murid dan seorang guru. Tinjauan dan pemerhatian awal telah dibuat ke atas keputusan ujian diagnostik, ujian bulanan, peperiksaan setengah tahun, semakan kerja rumah dan lembaran kerja. Hasil pemerhatian, didapati murid- murid tersebut gagal mengenal pasti ejaan yang betul berkaitan kata majmuk mantap dalam kemahiran tatabahasa . Permasalahan wujud walaupun murid telah menguasai perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu semasa PDPC dalam kelas. Penyelesaian kepada permasalahan ini, guru menggunakan teknik akronim1, iaitu menggabungkan satu perkataan daripada 15 kata majmuk mantap untuk dijadikan formula supaya murid dapat menghafal bagi memudahkan murid mengenal pasti antara kata majmuk biasa dan kata majmuk mantap. Setelah murid-murid menguasai teknik tersebut, mereka diberikan latihan ulang uji untuk meningkatkan kemahiran perbendaharaan kata secara berterusan. Pelbagai pendekatan dan kaedah diguna pakai bagi membina asas yang kukuh iaitu ujian pra , semasa dan pos serta teknik hafalan akronim1. Pengajaran dan pembelajaran yang berterusan dan berjadual menunjukkan peningkatan prestasi murid, di samping memberi keyakinan diri dan menarik minat murid-murid. Keupayaan menguasai teknik ini dapat meningkatkan kemahiran tatabahasa.. Daripada analisa kajian, didapati 80% murid yang menyertai kajian ini telah menguasai kemahiran mengenal pasti kata majmuk mantap. akronim1 cantuman huruf perkataan.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGOLAH ISI DALAM KARANGAN DENGAN BETUL MENGGUNAKAN TEKNIK IMBaIK + ToPI Oleh: Cik Noor Aishah Binti Sabtu SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah 25150 Kuantan Pahang ABSTRAK Kelemahan murid dalam penulisan karangan menjejaskan prestasi mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 Sijil Pelajaran Malaysia. Kajia ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran mengolah isi karangan. Sampel kajian ini melibatkan seramai enam orang murid tingkatan 5 Aktif dan seorang guru dari SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan untuk mengkaji keberkesanan teknik IMBaIK +ToPI terhadap prestasi murid dalam penulisan karangan. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra yang menunjukkan bahawa murid lemah dan menghadapi masalah mengolah perenggan isi karangan. Oleh itu, teknik IMBaIK + ToPI diperkenalkan kepada murid sebagai satu cara untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi murid dalam penulisan isi karangan dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh dua minggu. Maklumat yang diperolehi dianalisis dalam bentuk markah. Dapatan telah membuktikan bahawa teknik IMBaIK + ToPI meningkatkan prestasi murid dan penguasaan kemahiran mereka mengolah isi karangan semakin baik berbanding dengan sebelumnya berdasarkan keputusan ujian pos yang telah diadakan. Dapatan juga menunjukkan murid bersikap positif dan aktif dalam pembelajaran untuk menguasai kemahiran menghuraikan isi karangan. Seterusnya, murid juga mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kata kunci : Teknik IMBaIK + ToPI, penulisan karangan, pembelajaran aktif, bersikap positif dan berkeyakinan.


MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS KESIMPULAN RUMUSAN BERDASARKAN TEKNIK5 JARI Oleh: NORAZIMAH BINTI MOHD NAWI @ MOHD DAUD SMK Sungai Soi, Kuantan, Pahang. ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengatasi masalahmembina perenggan kesimpulan rumusan yang dihadapi oleh murid tingkatan 4. Seramai tujuh orang murid yang terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan empat orang perempuan Tingkatan 4 Ibnu Umar. Instrumen kajian tindakan ini ialah pemerhatian, analisis dokumendan ujian prestasi.Tinjauan awal telah dilaksanakan melaluikaedah pemerhatian dan ujian formatif.Melalui tinjauan awal ini menunjukkan bahawa murid tingkatan 4 masih belum menguasai cara-cara membina perenggan kesimpulan dengan baik dan tidak mendapatmarkah penuh untuk kesimpulan rumusan. Oleh itu, perancangan tindakan difokuskan kepada teknik meningkatkan penguasaan membina kesimpulan rumusan dengan menggunakan teknik 5 Jari bagi memudahkan murid menguasai kesimpulan rumusan. Kajian yang dijalankan selama tiga bulan ini telah menampakkan hasil melalui dapatankajian, iaitu terdapatpeningkatan prestasi mereka melalui hasil tinjauan berdasarkan analisis dokumen manakala berdasarkan Ujian Prestasi yang dijalankan, terdapat peningkatan markah dalam peperiksaan tersebut. Implikasi kajian ini diharapkan memberi sumbangan dalam aspek pengetahuan kepada murid-murid dan guru-guru dalam usaha membantu meningkatkan markah dalam rumusan SPM. Kata kunci: rumusan, perenggan kesimpulan, teknik 5 jari, peningkatan prestasi.


MEMANTAPKAN PENGUASAAN TATABAHASA DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH DIKIR BAHASA OLEH : ZAINUN BINTI ISMAIL [email protected] SMA AL-MAARIF (SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN) FELDA BUKIT GOH, KUANTAN ABSTRAK Penyelidikan kajian ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan kaedah Dikir Bahasa mampu memantapkan penguasaan tatabahasa dalam kalangan murid. Murid-murid perlu didedahkan dengan kaedah pembelajaran yang lebih santai tetapi sampai kerana sebilangan daripadamereka tidak dapat menguasai perkaramudah dalam tatabahasa seperti kata pemeri, kata kerja, kata hubung, kata bilangan dan kata bantu.Tidak semua murid dapat memahami dan menguasai kemahiran tatabahasa dalam tempoh masa yang sama. Tujuan kajian ini adalah untuk mengesan dan membimbing pelajar-pelajar tersebut menggunakan pendekatan yang lebih sesuai dengan jiwa mereka. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada 8 orang murid lelakiyang kurang menguasai kemahiran tatabahasa. Murid yang terlibatdikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Tinjauanawal yang dilakukan adalah mengenal pasti masalah muridmelalui semakan latihan, pemerhatian dan temubual. Pengesanan awal terhadap masalah tatabahasa yang dihadapi oleh murid memberikan ruang kepada guru untuk mencari alternatif yang terbaik untuk menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih efektif dan menarik .


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 3 MELALUI TEKNIKACUAN SAABSAN Oleh : Rosmawani binti Iberahim Nurul Syazwanie binti Azmi SMK Mat Kilau,Kuantan, Pahang ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran menulis karangan dalam kalangan murid tingkatan 3 melalui teknik acuan SAABSAN. Kajian ini berfokuskan kepada 3 Al-Mawardi. Teknik acuan SAABSAN ini diperkenalkan adalah untuk membantu murid dalam mengembangkan isi karangan yang berfokus kepadasoalan langkah/cara/usaha. Teknik acuan SAABSANini juga merujukkepada Siapa (pihakyang bertanggungjawab - ayat topik),Apa yang dilakukan (ayat huraian 1), Apa yang dilakukan (ayat huraian 2), Bagaimana (contoh tindakan – ayat contoh) dan keSAN (kesan atas tindakan yang dilakukan – ayat kesimpulan kecil).Penggunaan teknik ini dapat menarikminat murid-murid dalammenulis ayat terutamanya dalam penulisan karangan. Teknik ini telah diperkenalkan kepada murid-murid dalam tempoh 4 minggu dan hasilnya sangat memberangsangkan. 5 orang murid yang dikaji dapat mengembangkan isi karangan dengan baik. Analisis data melalui keputusan ujian pos telah menunjukkan murid lebih berupaya menunjukkan peningkatan bilangan perkataandan bilangan markah yang baik. Diharapkan teknik ini menjadisalah satu usahaguru dalam melakukantransformasi kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Katakunci : SAABSAN


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU STANDARD MENGGUNAKAN KAEDAH BUS DALAM KALANGAN MURID KELOMPOK POTENSI Oleh : Rosnani binti Hasan Sekolah MenengahKebangsaan Bukit Sagu 25740 Kuantan, Pahang ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk membantu murid dalam kelompok potensi menjawab soalan Bahasa Melayu Standard menggunakan kaedah BUS. Subjek kajian ini terdiri daripada lima orang murid tingkatan 5, SMK Bukit Sagu, Kuantan.Kaedah yang digunakan ialah BUS. BUS merupakan akronim kepada Buang Ubah dan Salin. Berdasarkan tinjauan awal, saya mendapati murid-murid kurang berminat mempelajari Komponen Kesusasteraan Melayu (KOMSAS) terutamanya prosa tradisional. Masalah utama mereka ialahtidak memahami teks yang dibaca. Hal ini menyebabkan mereka tidak mahu mencubauntuk menjawab soalan tersebut. Setiap kali peperiksaan dijalankan mereka akan meninggalkan soalan tersebut tanpa cuba untuk menjawab. Oleh itu, kajian saya berfokus kepada cara mudah untuk menjawab soalanBahasa Melayu Standardiaitu soalan terjemahan prosa tradisional kepada Bahasa Melayu Standard.Dapatan kajian menunjukkan murid semakin berminat untuk menjawab dengan menggunakan kaedahini berbanding sebelumnya. Perbandingan skor praujian dan pasca ujian menunjukkan perbezaan yang singnifikan dan membuktikan lima orang murid dalam kelompok potensi ini mampu menjawab soalan dengan kaedah BUS. Dapatan kajian menunjukkan murid lebih bermotivasi dan seronok untuk menjawab soalan Bahasa Melayu Standard setelah beberapa kali sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah BUS. Kata kunci: BUS, Buang, Ubah, Salin, Bahasa Melayu Standard


GOOGLE CLASSROOM SEMPOI TAPI SAMPAI MAZLIZA BINTI MAHMOOD Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib 25250 Kuantan Pahang ABSTRAK Kajian ini saya jalankan adalah untuk mengatasi masalah kelemahan menguasai morfologi, sintaksis, penyuntingan dan peribahasa yang dihadapi oleh murid-murid saya.Juga untuk meningkatkan profesionalisme guru-guru Bahasa Melayu. Tinjauan awal mendapati lebih 80 peratusorang murid daripadaTingkatan 5 Cemerlang2024 masih lemah dalam penguasaan sistem aplikasi bahasa.Penguasaan sistem aplikasiini penting bukan sahaja untuk membantu murid-murid dalam kemahiran menulis amnya tetapi lebih kepada meningkatkan keupayaan murid-murid calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi menjawab soalan- soalan morforlogi, sintaksis, penyuntingan dan peribahasa khasnya. Bertitik tolak daripada permasalahan ini, maka saya mengambil inisiatif untuk menggunakan Kaedah Aplikasi Google Classroom (GC). Kaedah ini juga dilaksanakan untuk mengatasi keberadaan guru yang menghadiri bengkel serta program di luar sekolah. Begitu juga murid-murid ramai yang terlibat dengan aktiviti serta program di dalam dan diluar sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan dan analisis data-data murid yang lemah dalam penguasaan sistem aplikasi bahasa, respon soal selidik dengan para murid yang terpilih dalam kajian diperoleh dan pengesanan keupayaan penguasaan sistem aplikasi bahasa telah dilakukan dalam tempoh satu bulan.Tempoh kajian ini dari pertengahan bulan April hinggapertengahan bulan Mei 2024. Penyelidikan ini juga dapat mengenal pasti persepsi pelajar mengenai kesediaan mereka untuk mempelajari sistem aplikasi bahasa Soal selidik telah digunakan sebagai instrument kajian dan diedarkan kepada sampel yang terdiri daripada 19 orang pelajar kelas 5 Cemerlang 2024 Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib.


MENINGKATKAN KEBERKESANAN MURID MENJAWAB SOALAN 6 (i) PETIKAN UMUM DALAM KERTAS BAHASA MELAYU 1103/2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DENGAN KOTAK ISTILAH Oleh FAEZAH BINTI JAHAR AZIMAH BINTI MOHD ZAWAWI NURUL NAZIRAHBINTI ALI Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan 25200 Kuantan Pahang ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalahmurid yang sukaruntuk mendapat markah bagi soalan 6 (i) petikan umum. Kajian ini melibatkan 13 orang murid Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan kelas 4 Al-Farabi. Tinjaun dan pemerhatian awal telah dibuat berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun , lembaran kerja dan ujian bulanan. Hasil pemerhatian didapati murid tidak mendapat markah pada soalan 6 (i) kerana tidak dapat menyatakan maksud rangkai kata dengan tepat dan salah teknik menjawab soalan tersebut. Masalah ini berikutan murid kurang penguasaan terhadap kosa kata, kurang pengalaman menggunakan perkataan tersebut dan tidak menjawab mengikut teknik yang tepat. Mereka sering menjawab soalan tersebut dengan menghurai maksud secara konseptual. Sehubungan dengan itu penyelesaian kepada permasalahan ini, pelbagai aktivitidan latih tubi diberikan bagi mengukuhkan penguasaan murid dengan menggunakan kaedah kajian (kotak istilah). Setelah murid mengikuti kajianini didapati 90% murid yang menyertai kajianini telah dapat menjawab soalan6(i) dengan mendapat 2 markah penuh.


MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TENTANG BIDALAN DALAM KARANGAN MENGGUNAKAN KAEDAH SENARAI MENU Oleh Rohani bintiJunidi SMK Bukit Goh 26050 Kuantan Pahang ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid berkenaan peribahasa dalam penulisan karangan. Subjek kajian ini terdiri daripada 10 orang murid kelas 3 Al-Banna, Sekolah Menengah Bukit Goh. Tinjauan awal dilaksanakan dengan membuatpemerhatian di dalam kelas. Hasil tinjauan didapatimurid tidak mahir menggunakan peribahasa khususnya ‘Bidalan’ dalam penulisan karangan. Tinjauan kajian ini dilaksanakan melalui semakan latihanharian dan praujianyang telah dijalankan. Hasil dapatan mencadangkan bahawa murid memerlukan satu kaedah lain untuk mengaplikasikan bidalan dengan baik dalam penulisan karangan. Oleh itu, perancangan tindakan difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah diingati oleh mereka. Kaedah Senarai Menu telah diperkenalkan kepada murid untuk meningkatkan penguasaan murid menulis bidalan dengan lebih baik dari sebelumnya. Ujian pos menggunakan Kaedah Senarai Menu telah menunjukkan berlaku peningkatan penguasaan murid menulis bidalandalam karangan. Justeru, semua guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu juga disyorkan supayamenggunakan kaedah tersebutdalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) sekiranya muridmengalami masalah yang sama ketika belajar.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID DALAM MENGENAL PASTI KESALAHAN BAHASA DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DENGAN MENGGUNAKAN KAD IMBASAN Oleh : Fitriah Karim SMK Air Putih 25300 Kuantan,Pahang. ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid tingkatan 1SV supaya dapat mengenal pasti kesalahan bahasa. Seramai 10 orang murid terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian,pemeriksaan buku latihan,lembaran kerja dan juga ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tersebut didapati keliru dalam mengenal pasti kesalahan bahasa walaupun kesalahan bahasa yang mudah sahaja.Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk murid mengenal pasti kesalahan bahasa melalui kaedah penggunaan kad imbasan (flash card). Terdapat 5 set kad imbasan kesalahan bahasa telah disediakan yang mana setiap satu set itu mengandungi 10 set kesalahan bahasa yang perlu murid kenal pasti sama ada betul ataupun salah. Kajianini telah diselesaikan dalam tempoh 2 minggu.Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan daripada analisa kajian, didapati 80% murid yang menyertai kajian ini telah dapat mengenal pasti kesalahan bahasa.


MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN DAN PEMAHAMAN PERIBAHASA BAGI KELAS 3 SETIA Oleh: Nik Amirah bintiNik Adnan Sekolah MenengahKebangsaan Perempuan Methodist Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah sistem bahasa khususnya dalam penggunaan peribahasa bagi setiap situasi dan ayat yang dihadapi oleh setiap murid. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat peribahasa merupakan ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. Seramai 28 orang murid kelas 3 Setia Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist, Kuantan telah dijadikan sampel sepanjang kajian ini dilaksanakan. Tinjauan awal telah dilaksanakan pada 7 Jun 2024 pada hari Jumaat. Hasil tinjauan awal mendapati 28 orang murid masih tidak menguasai sepenuhnya sistem bahasa khususnya peribahasa. Perkara ini dibuktikan berdasarkan penyoalan secara spontan kepada murid. Berdasarkan soalan yang diberikan, murid masih tidak dapat menyatakan sekurang- kurangnya 2 peribahasa berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan pengetahuan mengenai peribahasa dan jenis-jenis peribahasa. Instrumen yang akan digunakan ialah teknik ‘Time Bomb’, ujian post dan ujian pra. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman dan penggunaan peribahasa. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 2 minggu.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN PENANDA WACANA YANG BETUL DALAM RUMUSAN BAHASA MELAYU DENGAN MENGGUNAKAN FORMULA AnSelDiSeLi Oleh : Nurul Ain binti Ahmad Sekolah Menengah Kebangsaan Pelindung 26100 Kuantan, Pahang. ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penggunaan penanda wacana yang tidak sesuai dalam perenggan isi rumusan Bahasa Melayu yang dihadapioleh muridmurid Tingkatan 5. Penanda wacana adalah elemen penting dalam penulisan yang membantu memastikan kelancaran dan kohesi teks. Kajian ini melibatkan 10 orang murid dan seorang guru. Tinjauan dan pemerhatian awal telah dibuat ke atas rumusan Ujian Penilaian 1, semakan kerja rumah dan lembaran kerja. Hasil daripada pemerhatian, didapati murid- murid tersebut menggunakan penanda wacana yang tidak sesuai untuk menghubungkan ayat dengan ayat yang seterusnya. Masalah ini akan menjejaskan markah aspek bahasa penulisan rumusan.Oleh itu, formulaAnSelDiSeLi dirangka dan dilaksanakan bagi membantu murid menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menghubungkan ayat dengan ayat seterusnya dalam perenggan isi rumusan. Keputusanujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan kajian menunjukkan murid lebih yakin dan berminat untuk menggunakan formula AnSelDiSeLi dalam penulisan rumusan mereka. Diharapkan pendekatan AnSelDiSeLi diteruskan dan disesuaikan untuk keperluan murid bagi meningkatkan kualiti penulisan rumusan mereka.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK CUBA CUBA DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 1 SMK TELUK CHEMPEDAK Oleh : C W Rosmariani binti Che W Mat Rani Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Chempedak, 25050 Kuantan, Pahang. ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah menulis ayat tunggal yang dihadapi oleh murid tingkatan1 di sekolah penulis iaitu SMK Teluk Chempedak dalam subtopik binaan ayat. Seramai sembilan orang murid terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah ujianmenulis dengan menggunakan kata nama, kata kerja dan kata adjektif yang disenaraikan. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa murid-murid tersebut tidak dapat membina ayat tunggal yang terdiri daripada subjek dan predikat yang betul. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik mudah untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid yang memfokuskan binaan ayat tunggal dan kajian ini diselesaikan dalam tempoh sebulan. Teknikmudah binaan ayat ini diberi nama TeknikCuba CUBA. Keputusan ujian pos dapat meningkatkan prestasi murid. Dapatan daripada kajian ini juga dapat membantu murid-murid lebih memahami teknik mudah untuk membinaayat tunggal yang mengandungi subjek dan predikat yang betul. Kata kunci : Teknik Cuba CUBA


MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TINGKATAN 1 CEKAL DALAM MENULIS RINGKASAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN TEKNIK “5 PENANDA WACANA,5 JARI” NORUL HUSNA BINTI ALIAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAYA BESAR, 25150 KUANTAN, PAHANG. ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid tingkatan satu dalam menulis ringkasan Bahasa Melayu sebagai langkah persediaan untuk Ujian Akhir Semester Akademik (UASA). Kajian ini melibatkan seramai 40 orang murid dari tingkatan 1 Cekal dan seorang guru Bahasa Melayu. Berdasarkan Ujian Penilaian 1 (UP1) yang lalu, terdapat isu murid tingkatan 1 Cekal tidak dapat menulis ringkasan dengan baik semasa peperiksaan. Bagi mengenal pasti punca permasalahan, tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian semasa sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), praujian, dan soal selidik. Hasil tinjauan menunjukkan murid mempunyai masalahuntuk menulis isi penting ringkasan mengikut kehendak soalandengan tepat. Oleh itu, pendekatan berfokus diperkenalkan sebagai satu cara untuk mengatasi masalah tersebut. Objektif utama kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid dalam menulis ringkasan Bahasa Melayu menggunakan teknik “5 Penanda wacana, 5 Jari” sebagai langkah penulisan ringkasan lengkap. Pelaksanaan kajian dimulakan dengan sesi PdPc untuk memberi pengenalan dan pemahaman kepada murid mengenai teknik “5 Penanda wacana, 5 Jari”. Di samping itu, murid diberikan set latih tubi untuk memperkuat kemahiran mereka dalam menulis sekurangkurangnya 5 isi penting mengikut kehendak soalan. Di akhir pelaksanaan kajian, pascaujian telah diadakan untukmenilai penguasaan murid,sekali gus dapatmenilai keberhasilan pelaksanaan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 31.5% (Median daripada markah praujian dan pascaujian) dalam penguasaan murid menulis sebuah ringkasan lengkap. Hal ini membuktikan kaedah yang dilaksanakan dalam kajian ini dapat meningkatkan penguasaan murid untuk menulis sebuah ringkasan. Kata kunci: Bahasa Melayu, Lima Penanda Wacana,Lima Jari, Ringkasan.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEMBANGKAN ISI PENULISAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN TEKNIK AKRONIM DALAM KALANGAN MURID 3 RAHMAT Oleh, Nur Nadhirah Binti Abu Sa’id Al Khadri Hasmaini Binti Dollah SMK SUNGAI ISAP MURNI ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu terutamanya dalam proses mengembangkan isi penulisan untuk murid Tingkatan 3. Terdapat ramai murid yang tidakdapat membuat penulisandengan baik dan gramatis kerana tidak memahami cara hubung kait atau cara menghuraikan setiap isi penulisan. Selain itu , kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman murid dalam aspek membina ayat yang betul dan lengkap. Kajian ini akan memfokuskan pada proses mengembangkan isi penulisan yang melibatkan 10 orang murid 3 Rahmat sebagai kumpulan sasaran. Tinjauan awal telah dilakukan dengan aktiviti pemerhatian dan semakan buku latihan di dalam kelas dan didapati bahawa ramai yang tidak memahami cara mengembangkan isi dengan baik dan tidak dapat menyusun ayat dengan lengkap. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik akronim P.I.C.O.Pyang direka oleh penulis untuk meningkatkan kemahiranpenulisan dan kemahiran memahami teknik dengan baik. Selain itu, penulis juga memilih teori behavioris yang telah dipelopori oleh Skinner, Pazlovdan Thondike untuk menjayakan kajian ini. Aktiviti yang akan diberikan adalah ulang tubi dengan membuat karangan yang memfokuskan bahagian isi penulisan sepertilangkah-langkah, faktor-faktor atau yang sinonim dengannya. Keputusan perbandingan sebelum dan selepas aktiviti dijalankan amat memberangsangkan. Perbezaan skor antara Ujian Pra dan Ujian Pasca yang ketara bagi semua murid membuktikan tahap penguasaan murid dalam aktiviti yang dijalankan. Kata kunci: teknikakronim, teori behavioris, mengembangkan isi penulisan


MENINGKATKAN PENGUASAAN PENULISAN RUMUSAN SPM MENGGUNAKANPENDEKATAN BERFOKUS TEKNIK‘CHATT’ Oleh: NurAmirah Alya binti Mohd Norzelan Nurul ‘Ain binti Mohamed Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Isap 25150 Kuantan Pahang ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk membantu murid dalam menguasai kemahiran menulis rumusan yang merupakansatu komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM. Sampel kajian melibatkan 12 orang murid kelas 5 Dinamik yang merupakan kelas kedua daripada lima kelas dan dua orang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memberi fokus kepada penulisan rumusan kerana rata-rata guru yang berpengalaman dalam penandaan kertas SPM menamakan bahagian ini sebagai lubuk emas bagi mendapatkan markah. Hasil daripada pemerhatian dan praujian, murid didapati sukar mencari kata kunci serta malas membaca petikan soalan. Bagi memudahkan pelajar menulis rumusan dengan baik, guru menggunakan pendekatan berfokus Teknik ‘CHATT’. Teknik ini dipetik daripada Buku Panduan Guru Literasi Bacaan PISA KPM, 2014. Teknik ‘CHATT’ ini merupakan Teknik bacaan berkesan membantu menggalakkan murid membaca secara aktif dan murid dapat berinteraksi dengan teks. Murid dapat membuat pertimbangan terhadap maklumat dan guru boleh memberi maklum balas terhadap jawapan murid. Dalam Teknik ‘CHATT’ ini sendiri mempunyai maksud seperti C (circle – bulatkan kata kunci), H (Highlight – gariskan idea penting), A (Asterisk – tandakan asterik * pada semua penanda wacana yang terdapat dalam petikan (bahan 1)), T (Transfer – pindahkan maklumat dalam borang rangka rumusan) dan T (Teacher – guru menyemak dalam borang rangka rumusan). KATA KUNCI: Teknik ‘CHATT’, Rumusan, Buku Panduan Guru Literasi Bacaan PISA KPM, 2014


BIJAK BERTUTUR,BAHASA HEBAT, GRED CEMERLANG Oleh: Nor Atiyah binti Puteh Sekolah MenengahKebangsaan St. Thomas, Jalan Beserah, 25300 Kuantan Pahang ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kemahiran bertutur berkumpulan yang dihadapi oleh murid Tingkatan5 SMK St Thomas dalam subjek BahasaMelayu Kertas 3. Kajian ini melibatkan 8 orang murid Tingkatan 5 dan seorangguru. Tinjauan dan pemerhatian awal telah dibuat semasa latih tubi kemahiran bertutur. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid tersebut gagal untuk bertutur dengan baik. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran murid dalam bertutur. Setelah murid-murid menguasai teknik bertutur, mereka dilatih bertutur menggunakan ayat yang gramatis. Terdapat beberapa kaedah diguna pakai bagi mengukuhkan penguasaan murid dalam bertutur iaitu latih tubi, hafalan formula dan Ujian Bertutur Kertas 3 Peperiksaan Pertengahan Tahun. Pengajaran dan pembelajaran yang berterusan dan berjadual menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam bertutur, di samping memberi keyakinan diri untuk melontar idea bernas dan bermakna serta membantu meningkatkan gred subjek bahasa Melayu. Kebolehan murid untuk menyusun ayat dengan baik semasa bertutur memudahkan mereka untuk menjalani ujian bertutur dengan lancar. Daripada analisa kajian, didapati 70 peratus murid yang menyertai kajian ini telah menguasai kemahiran bertutur menggunakan ayat gramatis.


MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN BERTUTUR DALAM KALANGAN MURID 5 AL TARMIZI MELALUIKAEDAH ISU TULAR (KIT) Oleh: SHARILI BINTI MOHAMED NOR ASIAH BINTI JUSOH WAN AZNIZAIDA BINTI WAN ARIFFINSAFARIHAN BINTI SALLEH SMK SERI MAHKOTA 25150 KUANTAN PAHANG ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalahyang dihadapi oleh murid-murid Tingkatan 5 Al Tarmizi dalam Kemahiran Ujian Bertutur. Seramai 15 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui markah peperiksaan akhir tahun di tingkatan empat. Hasil tinjauanmenunjukkan murid kurang berkeyakinan dan tidak menguasai topik yang dikemukakan ketika menjalani ujianbertutur. Murid juga tidak dapat mengemukakan pendapat atau idea dalam sesi perbincangan berkumpulan.Perancangan tindakan difokuskan kepada isu-isu tular yang berkaitan dengan tema dan DSKP Bahasa Melayu.Kajian tindakan ini telan menjalankan pelan tindakan berdasarkan pendekatan KAEDAH ISU TULAR (KIT) dan mendapati penguasaan pelajar dalam kemahiran bertutur semakin baik dan meningkat berbanding dengan sebelum kaedah ini diperkenalkan. Murid juga berasa lebih yakin dan mempunyai idea untuk menduduki ujianbertutur berbanding dengan sebelum ini. Kaedah ini boleh sentiasaditingkatkan dan diubahsuai dari semasa ke semasa mengikuttahap kebolehan murid. Kaedah ini boleh dicadangkan untuk diperluaskan kepada semua murid khususnya murid menengah atas supaya mereka mempunyai sikap positif dan berkeyakinan tinggi dalam mengemukakan idea dan pendapat ketika menjalani ujian bertutur serta membantu untuk mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJARMENULIS KESIMPULAN RUMUSAN MELALUI KAEDAH RODA TEMA Oleh: Nurul Farhah binti Hamidi Nur Alisa binti Ramli Kamriah binti Jusoh Maahad Tahfiz Negeri Pahang,Tanjung Lumpur Kuantan, Pahang ABSTRAK Penulisan kesimpulan karangan rumusan haruslah berdasarkan format yang ditetapkan. Kesimpulan yang layak memperoleh dua markah haruslah mengandungi cadangan dan harapan yang ditulis dalam satu ayat. Jika kesimpulan rumusan yang ditulis tidak mengikut format, markah bahasa turut terjejas. Berdasarkan lembaran kerja yang diedarkan, terdapat murid- murid yang masih lemah dalam menulis kesimpulan rumusan. Bagi mengelakkan murid kehilangan markah, Roda Tema diperkenalkan. Penggunaan Roda Tema membimbing murid-murid mengenal pasti cadangan dan harapan berdasarkan tema agar dapat menghasilkan kesimpulan yang baik. Kajian ini membabitkan murid menengah atas di Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang mencatatkan pencapaian sederhana dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya kemahiran menulis rumusan. Pelaksanaan kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Roda Tema dalam membantu murid menulis perenggan kesimpulan secara berstruktur. Ujian pra dan pos dilaksanakan untuk menilai tahap penguasaan murid terhadap kaedah yang diperkenalkan. Hasil penggunaan Roda Tema diharap dapat membimbing murid-murid menulis perenggan kesimpulan berpandukan format rumusan agar karangan yang cemerlang dapat dihasilkan. Kata Kunci: kesimpulan, rumusan, cadangan, harapan


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID TINGKATAN 1 DEDIKASI MELALUI PROGRAMPASTI BOLEH MEMBACA! OLEH SITI AMALINA BINTI SARIMAN SMK BUKIT RANGIN 25150 KUANTAN ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menambahbaik kemahiran membaca dalam kalangan 5 orang murid 1 Dedikasi yang masih lagi tidak boleh membaca dan kurang mahir membaca. Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang asas dan harus dikuasai oleh murid. Namun begitu, masih terdapat murid-murid dalam kalangan murid Tingkatan 1 Dedikasi yang masih belum boleh atau mahir membaca. Natijahnya, murid-murid ini akan terganggu proses pembelajarannya dalam semua mata pelajaran. Tinjauan awal melalui pemerhatian rekod, soal selidik dan temu bual guru-guru matapelajaran tingkatan 1 Dedikasi, 5 orang murid ini masih belum lancar membaca dan belum mengenali suku kata seperti KVKV, KVKVKV dan seterusnya. Kajiantindakan ini dilaksanakan untuk mengkaji keberkesanan Program Pasti Boleh Membaca! kepada 5 orang murid 1 Dedikasi yang tidak boleh dan masih belum mahir membaca. Kajian ini dijalankan di luar waktu PdPc iaitu pada setiap hari Selasa atau Khamis setiap minggu selama1 jam menggunakan Modul Mari Membaca yang terdiri daripada mengenal semua suku kata dan baca ayat mudah . Perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah membaca dengan menggunakan kaedah mengeja iaitu mengenal huruf terlebih dahulu, diikuti dengan suku kata dan perkataan. Dapatan kajian menunjukkan 4 daripada5 orang murid mula menunjukkan peningkatan dalam kemahiranmembaca. KATA KUNCI: Kemahiranmembaca, kaedah mengeja,kajian tindakan.


MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TERHADAP SOALAN PENYUNTINGAN MENGGUNAKAN KAEDAH K-I-E-F (Kata, Imbuhan,Ejaan, Frasa) Oleh: Azlina Binti Shamsuddin SMK Pelabuhan, 26100 Kuantan, Pahang Darul Makmur ABSTRAK Kajian ini saya jalankan bertujuan mengatasi kelemahan murid-murid dalam menjawab soalan penyuntingan iaitu soalan nombor 3 bagi Kertas 2 Mata Pelajaran Bahasa Melayu, SPM. Kajian ini mensasarkan 5 orang murid target cemerlang dalam kelas yang saya ajarkan iaitu kelas 5 Ibnu Sina. Tinjauan dan pemerhatian awal telah dilaksanakan melalui latihan dalam kelas, pencapaian dalam ujian dan peperiksaan yang lepas serta tugasan modul. Berdasarkan analisis hasil tinjauan dan pemerhatian tersebut, didapati bahawa murid-murid ini gagal memperoleh markah cemerlang, malah markah maksimum yang kerap kali mereka capai ialah 6/11. Masalah ini berlaku disebabkan kegagalan mereka mengenal pasti semua kesalahan yang diuji dalam soalan tersebut serta membetulkannya. Hal ini berpunca daripada penguasaan asas tatabahasa yang lemah iaitu ejaan, imbuhan, kata dan frasa. Bertitik tolak daripada permasalahan ini, kajian saya ini saya fokuskan kepada peningkatan penguasaan murid terhadap asas tatabahasa bagi menjawab soalan penyuntingan iaitu menggunakan kaedah yang saya namakan K.I. E. F (Kata, Imbuhan, Ejaan, Frasa). Kelemahan yang tidak diatasi ini akan memberikan kesan langsung juga terhadap bahagian yang lain seperti bahagian Morfologi (Soalan 1), Sintaksis (Soalan 2) dan Bahasa Standard (Solan 4). Setelah teknik ini diaplikasikan, didapati bahawa markah mereka menunjukkan peningkatan secara ansur maju sehinggalah 2 murid berjaya memperoleh markah penuh 11/11 setelah beberapa siri aktiviti latih-tubi dan pascaujian dijalankan. Penggunaan nota ringkas yang mengandungi senarai kata majmuk mantap, ejaan kata pinjaman, formula hukum D-M, kata tugas yang menimbulkan kekeliruan penggunaan, dan formula ayat aktif, ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga ini banyak membantu mereka meningkatkan penguasaan terhadap soalan penyuntingan ini. Kata kunci: K. I. E. F (Kata, Imbuhan, Ejaan, Frasa),


TAJUK KAJIAN: MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS PERENGGAN ISI BAGI MURID MENENGAH RENDAH DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK IDEA+ MAJLIS BANDAR RAYA KUANTAN(IMBK) Oleh: Nurul Fadhilah Binti Nordin Sekolah Menengah Kebangsaan Gudang Rasau, 25150 Kuantan Pahang ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu murid yang lemah dalam menguasai kemahiran menuliskarangan yang merupakan satu komponen dalam mata pelajaranBahasa Melayu Kertas1. Sampel kajian melibatkan seramai 3 orang murid daripada Tingkatan 2 Asertif dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada teknik pengembangan idea dalam penulisan isi karangan. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra yang menunjukkan murid lemah terhadap pengembangan idea dalam penulisanisi karangan. Melaluitinjauan awal, didapatimurid menghadapi masalah mengembangkan perenggan isi karangan dalam kelas. Oleh itu, kaedah IMBK diperkenalkan kepada pelajar sebagai satu cara untuk mengatasi masalah pembelajaranyang dihadapi pelajar dalam penulisan isi karangan. Kajian juga telah menjalankan pelan tindakan berdasarkan kaedah akronim IMBK yang diperkenalkan dan mendapati penguasaan kemahiran pelajar dalam menulis karangan semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Pelajar tersebut lebih menunjukkan sikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai kemahiranmenulis isi karangandan mempunyai keyakinandiri dalam aktivitipengajaran dan pembelajaran di kelas bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam Bahasa Melayu. Kata kunci: IMBK, Idea, Karangan


Penghargaan Sekalung Penghargaan Buat : Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan Unit Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan Pengerusi JKKD Bahasa Melayu Daerah Kuantan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Daerah Kuantan Sekolah Sukan Malaysia Pahang Para Pembentang Kajian Ahli Jawatankuasa Kerja Jutaan Terima Kasih juga buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Seminar Kajian Tindakan Guru-Guru Bahasa Melayu Peringkat Daerah Kuantan Tahun 2024 Sekalung Penghargaan Buat : Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan Unit Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan Pengerusi JKKD Bahasa Melayu Daerah Kuantan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Daerah Kuantan Sekolah Sukan Malaysia Pahang Para Pembentang Kajian Ahli Jawatankuasa Kerja Jutaan Terima Kasih juga buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Seminar Kajian Tindakan Guru-Guru Bahasa Melayu Peringkat Daerah Kuantan Tahun 2024


Click to View FlipBook Version