ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL PERKARA
1. Isi kandungan buku program 1
2. Surat pemberitahuan Mesyuarat Agung PIBG kali ke -26 2
3. Aturcara Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke -26 3
4. Senarai jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021 4
5. Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-25 2021 5-10
6. Laporan Tahunan Dan Sumbangan PIBG 2021
7. Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG sesi 2020/2021 11
8. Laporan Kewangan
9. Usul Dan Cadangan 12
10. Cadangan kutipan sumbangan PIBG tahun 2022 13-14
15-16
17
1
SURAT PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE - 26
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGOH
LORONG PEGOH 4, TAMAN PENGKALAN JAYA
31650 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
Tel: 05-3214701
Fax: 05-3220982
E-mail: [email protected]
Twitter: https://twitter.com/skjalanpegoh
______________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKJP.100-11/1/4 Jld 6
Tarikh : 13 Jun 2022
Semua Ibubapa / Penjaga Murid, .
Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh,
31650 Ipoh, Perak.
Tuan /Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU KALI KE 26 TAHUN 2022.
Merujuk kepada perkara tersebut di atas, Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke mesyuarat tersebut yang
akan di adakan pada:
Tarikh : 25 Jun 2022
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh
2. Bersama-sama ini disertakan keratan pengesahan kehadiran dan cadangan usul-usul untuk tindakan
tuan/puan. Keratan tersebut hendaklah dikembalikan kepada GURU KELAS anak tuan/puan sebelum 20
Jun 2022.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang menjalankan tugas,
……………………………………………
NOORAIN BINTI ISMAIL.
Setiausaha PIBG Sesi 2020/2021,
Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh,
Ipoh, Perak.
2
ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26
8.00 pagi : Ketibaan Ibubapa dan pendaftaran
8.30 pagi : Ketibaan perasmi
Lagu Negaraku
Bacaan doa
8.45 pagi : Ucapan Yang Dipertua PIBG
Puan Juita binti Mohd Radzi @ Mohd Rodzi.
: Ucapan Guru Besar SK Jalan Pegoh
En. Kamson b. Misni
: Ucapan Perasmian
Hj Madzir b. Wan Zakaria
(Managing Director)
9.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG dimulakan
Agenda mesyuarat :-
1. Ucapan Naib Yang Dipertua PIBG
2. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali ke 25
3. Pembentangan dan pengesahan Laporan Tahunan sesi 2021
4. Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan sesi 2021
5. Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021
6. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022
7. Pembentangan dan perbahasan usul
8. Ucapan penangguhan
11.00 pagi : Sesi bergambar AJK PIBG 2021/ 2022
Bersurai
3
JAWATANKUASA PIBG SK JALAN PEGOH SESI 2020/2021
Penasihat : En. Kamson b. Misni
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh
PK Pentadbiran
PK Hal Ehwal Murid : Puan Nolia binti Yop Ahmad
PK Kokurikulum : Encik Happyza bin Ahmad
: Puan. Rosmawati binti Nazmi
Yang Dipertua Puan Juita binti Mohd Radzi @Mohd Rodzi
Naib yang Dipertua Encik Afi Roshezry bin Abu Bakar
Setiausaha Puan Noorain binti Ismail
Naib Setiausaha Cik Hanim binti Abd Malik
Bendahari Puan Nadyatul Hasyimah binti Mohamad Sagir
Ahli jawatankuasa (guru) Arman bin lukmanal Hakim
Zulmazran bin Mohamad
Ahli jawatankuasa (ibu bapa) Puan Farah husna binti Tajuddin
Puan Fauzana binti Zainudin
Juruaudit luar Puan Raja Maizatul Akmam binti Raja Ahsan Shah
Juruaudit dalaman Puan Noraini binti Osman
Puan Raba'ah binti Zainal
Puan Norfaiza binti Ishak
Encik Fariz bin Md Rawi
Encik Shaiful Nizam bin Amir
Puan Salwa Rohazlina binti Abd Wahab
4
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 25
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -25
Tarikh : 10 April 2021
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 - 11.00Pagi
Tempat : Di lokasi kediaman masing-masing.
Medium : Google Meet
Kehadiran : 129 orang
1.0 UCAPAN ALU-ALUAN
1.1 Pn. Nolia bt Yop Ahmad selaku pengerusi majlis pada pagi ini mengucapkan
selamat datang kepada Guru Besar, YDP PIBG, AJK PIBG dan ibu bapa /penjaga
serta guru-guru dalam menyertai Google Meet Mesyuarat Agung Tahunan (MAT)
PIBG kali ke-25.
1.2 Beliau berharap agar semua yang hadir menyertai MAT PIBG kali ke-25 terus
kekal bersama di talian sehingga selesai mesyuarat.
2.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
2.1 Pn. Juita binti Mohd Radzi @ Mohd Rodzi mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua ibu bapa/penjaga dan guru-guru yang dapat menyertai MAT Kali
ke-25 secara Google Meet ini.
2.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG dan guru-guru yang
telah bertungkus-lumus dalam menyediakan bahan pembentangan untuk
mesyuarat agung kali ini dan berharap agar semua ibu bapa untuk terus kekal di
talian semasa mesyuarat dijalankan.
Tindakan: makluman
3.0 UCAPAN PENASIHAT PIBG
3.1 Guru Besar mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran YDP PIBG, AJK
PIBG, guru-guru dan semua ibu bapa/ penjaga pada MAT Kali yang ke -25 ini.
3.2 Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK PIBG, guru-guru dan
orang perseorangan yang telah banyak memberi sumbangan untuk Penarafan
Surau/Musolla Imarah Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (PERSIS).
5
3.3 Seterusnya memaklumkan kepada semua ibu bapa tentang kejayaan sekolah yang
telah berjaya menjadi johan dalam PERSIS Peringkat Negeri tahun 2020 dan ke
peringkat kebangsaan bagi tahun 2021.
3.4 Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh (SKJP) diberi tauliah menjadi Sekolah
Transformasi 2025 (TS25) kohot 6. Untuk makluman semua, sekolah di Malaysia
akan menjadi sekolah TS25 sepenuhnya menjelang tahun 2025. Untuk makluman,
pihak sekolah juga telah menetapkan hala tuju sekolah bagi tahun 2021 seperti:
a. Meningkatkan prestasi murid dalam melepasi tahap minimum (MTM) UPSR
dan PBD.
b. Dapat mempertingkatkan sahsiah murid
c. Meningkatkan pencapaian murid dalam Ko-kurikulum- Sukan, Permainan,
Kelab/ Persatuan dan Unit Beruniform.
d. Meningkatkan Kualiti PdPc guru.
e. Membudayakan PAK 21 dan PLC dalam warga sekolah
f. Meningkatkan profesionalisme guru
g. Meningkatkan hubungan antara komuniti dengan pihak sekolah.
3.5 SKJP juga mempunyai seramai 942 orang murid, 62 orang guru dan 26 buah
kelas dan 3 kelas prasekolah.
3.6 Harapan pihak sekolah agar komuniti dan pihak swasta yang berkepentingan
seiring bekerjasama dalam memacu kecemerlangan dan kemenjadian murid.
Selanjutnya memberitahu agar murid-murid yang hadir ke sekolah perlu
mengikut SOP yang ditetapkan. Pusat Sumber Sekolah juga telah dinaik taraf
agar lebih kondusif.
3.7 Seterusnya Guru besar merasmikan MAT PIBG kali ke-25 bagi tahun 2021.
3.8 Puan Nolia selaku pengerusi majlis memaklumkan bahawa tiada Perlantikan
Jawatankuasa PIBG yang baharu bagi sesi 2021.
4.0 MENGESAH DAN MEMBENTANGKAN MINIT MESYUARAT
4.1 Puan Noorain binti Ismail selaku setiausaha PIBG 2020/2021 membentangkan
Minit Mesyuarat Agung dan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG kali ke-24 dari
paparan untuk diterima dan seterusnya disahkan.
4.2 En. Mohd Syaiful Nizam bin Amir mencadangkan Minit Mesyuarat Agung Kali
ke-24 diterima dan disokong oleh Puan Norfaizah bt Ishak.
6
LAPORAN PROGRAM KURIKULUM 2020
BIL TARIKH PROGRAM
1 02 – 10 Januari 2020 Orientasi Pra Sekolah
2 02 – 10 Januari 2020 Transisi Tahun 1
3 06 - 09 Januari 2020 Orientasi Tahun 4
4 13 – 17 Januari 2020 Ujian Pengesanan Tahun 6
5 07 Februari 2020 Motivasi Pengurusan Masa
Majlis Aku Janji/ Bertemu Waris Tahun 6
6 02 - 04 Mac 2020 Teknik Menjawab Soalan UPSR (Dalaman)
7 09 – 13 Mac 2020 PBS Mac (TAHUN 4, 5, 6)
LAPORAN PROGRAM KOKURIKULUM 2020
BIL PROGRAM
1 Merentas desa
2 Pertandingan ragbi (Cup) Mss Perak (L)
3 Pertandingan ragbi (Cup) Mssd Kinta Utara (P)
4 Pertandingan MTQ (ZON D) 2020
5 Pertandingan penulisan Esei Covid-19
6 Pertandingan pidato dan menulis esei diraja peringkat negeri Perak
2020 secara atas talian.
7 e-fotografi #pengakapdudukrumah’Challenge’ (PPM)
8 Modul pembelajaran murid – Roket air (peringkat sekolah)
LAPORAN PROGRAM PEMBANGUNAN DAN INFRASTRUKTUR
SEKOLAH
BIL PROGRAM
1 Servis penyaman udara
2 Sumbangan naik taraf bilik asuhan dan Pra Azalea
3 Servis “water cooler”
4.3 Pn. Noraini bt Osman mencadangkan agar pembentangan dan Laporan Tahunan
sesi 2020 diterima dan disokong oleh En. Faris bin Md Rawi.
5.0 LAPORAN KEWANGAN
5.1 Bendahari PIBG sesi 2020/2021 Pn. Nadyatul Hasyimah bt Mohamad Sagir
membentangkan penyata kewangan berakhir pada 31 Disember 2020.
5.2 Pn. Yusfadhilah bt Mohamamad Yusoff mencadangkan agar penyata kewangan
diterima dan telah disokong oleh Pn. Norfaiza bt Ishak
7
6.0 PERBAHASAN USUL
6.1 Pn. Shakilah bt Abdul Aziz
Memohon pihak sekolah supaya tidak membiarkan ibubapa parking kenderaan
secara menyerong semasa menurunkan anak di hadapan pintu pagar sekolah.
6.2 Maklumbalas PK HEM
En. Muadzam Shah b. memaklumkan bahawa pihak sekolah tidak mempunyai
kuasa untuk memberi arahan kepada ibu bapa memandangkan ianya di luar
kawasan sekolah. Pihak sekolah hanya boleh menasihati ibu bapa agar mematuhi
masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah apabila mengambil anak.
6.3 En. Happyza b. Ahmad juga memaklumkan tentang laluan sehala di laluan pagar
4 yang telah dipohon oleh pihak sekolah kepada Majlis Bandaraya Ipoh.
Selanjutnya mohon ibu bapa untuk berikan kerjasama bagi memastikan tidak
berlaku kesesakan sewaktu mengambil anak masing-masing.
6.4 Beliau juga memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyediakan khemah
untuk murid-murid menunggu ibu bapa yang masih belum datang menjemput
anak-anak.
6.5 Encik Saiful Nizam bin Amir selaku Ahli Jawatan kuasa PIBG juga
memaklumkan agar ibu bapa mengikut prosedur menghantar dan mengambil
anak seperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah serta mohon ibu bapa beri
kerjasama ketika meletakkan kenderaan ditempat yang telah disediakan.
6.6 Puan Suryati Hanim bt Mohd Jama
Memohon pihak sekolah agar mewujudkan gerai makanan sewaktu tamat
persekolahan.
6.7 Maklumbalas PK HEM
6.8 En. Muadzam memaklumkan berkenaan dengan hasrat Kementerian Pelajaran
Malaysia agar tidak mewujudkan situasi murid berkumpul selepas waktu pulang
dari sekolah. Beliau juga memaklumkan cadangan seperti ini adalah kurang
bersesuaian untuk dilaksanakan pada masa ini kerana berlaku pendemik covid 19
yang sedang mengganas.
6.9 Guru besar juga memberi respon dengan menyatakan jika ada ibu bapa yang
ingin berniaga mestila mengikut garis panduan (SOP) yang telah ditetapkan oleh
KKM seperti jarak antara tempat berniaga dengan pintu pagar sekolah perlulah
lebih 40 meter.
8
7.0 KUTIPAN SUMBANGAN PIBG TAHUN 2021
En. Saiful Nizam bin Amir mencadangkan bayaran diselaraskan dari Tahun 1
hingga Tahun 6. Hasil undian, cadangan ini telah diterima sebulat suara oleh semua
ibu bapa adalah seperti berikut:.
Bil Jenis Sumbangan Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
Rm Rm Rm Rm Rm Rm
1 Sumbangan PIBG 20 20 20 20 20 20
(Setiap Murid)
Tabung
2 Pembangunan 3K 10 10 10 10 10 10
Dan Prasarana
(Semua Murid)
Program
3 Kecemerlangan 50 50 50 50 50 50
Akademik
(Semua Murid)
4 Jumlah 80 80 80 80 80 80
8.0 HAL-HAL LAIN
8.1 Pihak sekolah memaklumkan kepada ibu bapa mengenai Peperiksaan UPSR
bakal dimansuhkan. Justeru itu, penilaian murid-murid Tahun 6 adalah
berasaskan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) melalui projek-projek yang akan
dilaksanakan oleh semua murid terutama Tahun 6. Justeru itu, Program
Kecemerlangan Tahun 6 memerlukan kos yang banyak.
8.2 Kelas tambahan tidak dapat dijalankan kerana pihak sekolah mengikut SOP KPM
yang mana tidak membenarkan kehadiran murid di sekolah lebih daripada waktu
yang sepatutnya. Pihak sekolah hanya menggunakan sepenuhnya waktu PdPc di
dalam kelas sahaja.
8.3 En. Shaiful Nizam memberi maklum balas terhadap cadangan En. Shamsol
Kamal yang meminta pihak sekolah menggunakan khidmat pengawal atau RELA
bagi mengawal kesesakan jalan ketika waktu pulang yang mana cadangan ini
pernah disuarakan pada Mesyuarat Agung Kali ke-24 yang lalu. Cadangan
tersebut tidak dapat dijalankan kerana ibu bapa tidak bersetuju untuk
mengeluarkan sumbangan bagi membayar khidmat tersebut.
8.4 En. Shaiful juga memaklumkan bahawa terdapat lebih kurang 100 ibu bapa yang
masih belum membayar yuran PIBG tahun lepas.
8.5 Puan Juita binti Mohd Rodzi@ Mohd Radzi membuka peluang kepada ibu bapa
yang ingin menghulurkan sumbangan untuk khemah menunggu murid di pintu
pagar 4 yang mana bayaran bagi setiap khemah adalah sebanyak RM300 setiap
minggu.
9
8.6 YDP juga memaklumkan AJK PIBG sedang berusaha untuk mendapatkan
pondok menunggu berbumbung bagi kemudahan murid-murid. Anggaran
perbelanjaan tersebut adalah lebih kurang RM15,000.00. Justeru beliau memohon
agar ibubapa turut sama bekerjasama dalam membantu mencari dana tersebut.
9.0 UCAPAN PENANGGUHAN
9.1 Puan Juita binti Mohd Rodzi@ Mohd Radzi selaku YDP PIBG mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua guru di SK Jalan Pegoh yang sangat komited,
penyayang dan pemurah dalam merealisasikan kemenjadian murid-murid. Beliau
juga memohon agar semua ibu bapa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada
pihak sekolah dalam meningkatkan kemenjadian dan sahsiah murid.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.10 pagi. Disemak dan disahkan
Dicatat dan disediakan oleh,
oleh,
…………………… …………………………………………….
NOORAIN BINTI ISMAIL JUITA BT MOHD RADZI@ MOHD
RODZI
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
Sesi 2020/2021 Sesi 2020/2021
Sek. Keb. Jln Pegoh, Ipoh Sek. Keb. Jln Pegoh, Ipoh
10
LAPORAN TAHUNAN DAN SUMBANGAN PIBG 2021
BIL PROGRAM
1 Keperluan Unit HEM
2 Buku CEFR
3 Rak buku kelas
4 Hadiah perpisahan guru dan staf
5 Modul Tahun 6
LAPORAN PROGRAM PEMBANGUNAN DAN
INFRASTRUKTUR SEKOLAH
BIL PROGRAM
1 Penyenglenggaraan tandas murid
2 Naik taraf Musolla Al-Syifa
3 High Immersive Programme (HIP)
11
KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG 2020/2021
BIL NAMA JAWATAN 6.7.2020 13.8.2020 14.9.2020 19.3.202110.9.2021
1 En. Kamson b. Misni Penasihat / / / //
2 Puan Juita bint i Mohd Yang / / //
/ / / //
Radzi @ Mohd Rodzi Dipertua / / //
/
3 Encik Afi Roshezry bin Abu Naib Yang / //
/ / / //
Bakar Dipertua / /
/ / //
4 Puan Noorain binti Ismail Setiausaha / / / //
/ /
5 Cik Hanim binti Ab Malik Naib / //
setiausaha / / //
/ //
6 Puan Nadyatul Hasyimah Bendahari / //
bint / / //
/ /
7 Puan Salwa Rohazlina binti Juruaudit //
//
Abd Wahab dalam //
8 Encik Shaiful Nizam bin Juruaudit
Amir luar
9 Arman bin lukmanal Hakim AJK guru
10 Zulmazran bin Mohamad AJK guru
11 Puan Farah husna binti AJK guru
Tajuddin
12 Puan Fauzana binti AJK guru
Zainudin
13 Puan Raja Maizatul Akmam AJK ibu
binti Raja Ahsan Shah bapa
14 Puan Nooraini binti Osman AJK ibu
bapa
15 Puan Raba’ah binti Zainal AJK ibu
bapa
16 Puan Nor Faiza binti Ishak AJK ibu
bapa
17 Encik Fariz bin Md Rawi AJK ibu
bapa
12
LAPORAN KEWANGAN
13
14
USUL
Pembentangan usul
Bil Usul Pengusul
1 Mohon ibu bapa untuk menyediakan kotak/ bekas untuk Zuhaili bt Yeop Ismail
menyimpan buku teks. Kotak/ bekas tersebut
kemudiannya ditinggalkan di sekolah.
2 Memantau barang makanan yg dijual di luar Kawasan Norhanahusni bt
sekolah. Hussin@Hussaini
3 1. Menyediakan papan tanda jalan sehala semasa proses Diana Zuriati bt Herdi
menghantar dan mengambil anak dari sekolah.
2. Menyediakan satu link latihan kerja rumah
(homework)untuk murid yang tidak dapat hadir ke
sekolah kerana masalah kesihatan seperti selsema @
batuk bagi mengelakkan murid ketinggalan.
1. Mempelbagaikan buku di pusat sumber & membenarkan Puan Khamiza binti Zainal
4 agar murid dapat meminjam buku untuk tempoh 4-5 Abidin
hari.
2.
5 Mempermudahkan kemudahan makanan untuk anak-anak Alif Omar b. Mat Dahan
murid pada pagi sekolah.
6 Memohon kelonggaran peraturan sekolah untuk memakai Rose Afiza bt Rosli /
tudung “SEGERA”pada hari yang dijadualkan Mohammad Sherman b.
matapelajaran PJPK dengan tujuan memudahkan Abd Rahim
pergerakan murid dalam melakukan aktiviti fizikal di
padang. Murid perempuan akan berasa lebih selesa untuk
melakukan pergerakan fizikal apabila memakai tudung
SEGERA.
15
7 Memohon pihak sekolah untuk menyediakan telefon Nor Asnita
awam di tempat menunggu murid.
8 Mewujudkan ‘PIGEON HOLE’ di setiap kelas untuk Muhamad Shahril b.
meletakkan buku bagi mengurangkan beban beg sekolah Saadul
9 Mohon agar memantau kedai buku sekolah agar tidak Fazidah bt Mohamed
menjual benda-benda yang tidak berkaitan seperti sticker,
key chain dan lain-lain.
10 1. Mencadangkan agar kedai buku dibuka pada hari Sabtu Rabiatul Adawiyah bt
(separuh hari) bagi memudahkan ibu bapa yang bekerja Burhanuddin
pada hari biasa dapat membuat pembelian.
2. Mencadangkan agar masa rehat murid-murid supaya
sistematik dan tidak terhad.
16
CADANGAN KUTIPAN SUMBANGAN PIBG 2022/2023
BIL Tajuk / Jenis kutipan THN 1 THN 2 THN 3 THN 4 THN 5 THN 6
RM RM RM RM RM RM
1 Sumbangan PIBG - wajib 10 10 10 10 10 10
(Setiap keluarga)
Tabung Pembangunan 3K dan
2 Prasana 20 20 20 20 20 20
(Semua murid)
Progam Kecemerlangan 50 50 50 50 50 130
3 Akademik
(Semua murid)
4 Jumlah besar (RM) 80 80 80 80 80 160
17