MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK HILLCREST KE-32 (2024) DEWAN ANGGERIK, SMK HILLCREST AHAD 24 7.30 PAGI MAC
1 BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Isi Kandungan …………………………………………………. 1 2. Aturcara Majlis ………………………………………………….. 2 3. Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-32 …………………. 3 4. Kata Alu-Aluan Penasihat PIBG …………………………………. 4 5. Kata Alu-Aluan Yang DiPertua PIBG ………………………… 7 6. Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32…........ 5 7. Carta Organisasi PIBG Sesi 2023 / 2024 ………………………... 13 8. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31 ………………………... 14 9. Kehadiran Ibu Bapa dan Guru Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31 ………………………… 28 10. Laporan Tahunan Aktiviti PIBG 2023 ……………………….... 31 11. Laporan Tahunan Kewangan PIBG 2023 ………………………… 34 12. Usul Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-32 ………………………… 37 13. Cadangan Kutipan PIBG Tahun 2024 ………………………… 40 14. Carta Organisasi PIBG Sesi 2024/2025 ………………………… 41
2 ATUR CARA MAJLIS 7.30 pagi - Pendaftaran kehadiran jemputan dan ibu bapa/penjaga. - Nyanyian lagu Negaraku - Bacaan Doa - Ucapan Alu-aluan Tuan Hj Zakaria bin Abdul Karim (YDP PIBG SMK Hillcrest) - Ucapan Penasihat PIBG SMK Hillcrest Tuan Abdul Samat bin Ismail (Pengetua SMK Hillcrest) - Ucapan Perasmian oleh Tuan Zainal bin Ismail (KPPD Gombak) - Penyampaian sijil/cenderamata kepada mantan AJK - Penyampaian sijil/cenderamata kepada perasmi - Membentang dan menerima minit mesyuarat agung kali ke-31 - Membentang dan menerima laporan tahunan - Membentang dan menerima penyata kewangan - Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 oleh YDP PIBG - Pelantikan pengerusi sementara - Pelantikan AJK PIBG Sesi 2024/2025 - Ucapan YDP baharu - Membentang dan membahaskan usul-usul - Ucapan penangguhan 12.00 tghri - Bersurai
3 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-32 I. Ucapan YDP PIBG II. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31 III. Membentang dan Mengesahkan Laporan Tahunan Aktiviti PIBG 2023 IV. Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan PIBG 2023 V. Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 VI. Pelantikan Jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2025 VII. Membentang, Membincangkan dan Mengambil Keputusan Ke atas Cadangan Usul. VIII. Ucapan Penangguhan
4 KATA ALU-ALUAN Pengetua Merangkap Penasihat PIBG SMK Hillcrest BISMILLAHIR-RAHMANIR-RAHIM ASSALAMUALAIKUM-WARRAHMATULLAHIWABARAKATUH. 1. Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaNya segala perancangan bagi mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Hillcrest kali ke-32 dapat diterjemahkan pada hari ini. Dikesempatan ini saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tuan Zainal Bin Ismail,kerana dapat meluangkan masa untuk bersamasama kita semua di majlis yang sangat bermakna ini. Sesungguhnya kehadiran Tuan Zainal Bin Ismail,mencerminkan iltizam dan sikap prihatin beliau terhadap dunia pendidikan amnya dan kecemerlangan anak-anak pelajar kita di SMK Hillcrest khasnya. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi hadir pada hari ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah pelajar. Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus melakukan persiapan bagi menjayakan majlis pada kali ini. 2. SMK Hillcrest menggalas visi Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera dengan misinya Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Kita sedia maklum bahawa anak-anak ini merupakan penyejuk hati, pengarang jantung. Untuk makluman tuan-puan, Melalui bidang kurikulum iaitu SPM , smk hillcrest telah mencapai GPS sekolah bagi SPM 2022 ialah 4.78% manakala peratus lulus 95.22%. ianya suatu pencapaian yang amat membanggakan. Bagi sasaran SPM 2023, Pihak sekolah telah menyasarkan GPS sebanyak 4.58% dengan peratus lulus sebanyak 96.00%. Semoga hasrat dan impian kita semua tercapai dengan jayanya. Amiin, ya rabbal Alamin.Menerusi bidang HEM pula, pihak sekolah telah menerima peruntukan sebanyak RM 70, 000 daripada KPM yang dibelanjakan dengan melaksankan beberapa program antaranya ialah baik pulih tandas. Pihak HEM juga telah menaiktaraf beberapa fasiliti dan kemudahan untuk kebaikan semua antaranya penyediaan pentas di wadi iqra dengan kelengkapan yang canggih, penyediaan parking, penebangan pokok, menukar atap dan mengecat sekolah. Unit HEM juga telah berusaha menggantikan meja lama namun begitu sumber yang diperoleh daripada unit HEM masih belum mencukupi. Unit HEM juga telah berusaha memastikan murid mendapat 1 kerusi, 1 meja dan buku teks. Dalam aspek disiplin pula, SMK hillcrest masih lagi dalam keadaan terkawal dan tidak membimbangkan. Namun, masih terdapat segelintir murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah seperti berambut panjang serta datang lewat ke sekolah. Pihak sekolah telah merangka beberapa
5 progam bagi mengatasinya namun kadangkala ianya gagal dek kerana Terdapat segelintir ibu bapa yang tidak memberikan kerjasama untuk sama-sama mengatasinya. Terdapat juga mereka yang datang lambat sehingga meninggalkan solat subuh terutamanya murid-murid tingkatan 5 yang akan mengambil SPM. Analisis kehadiran pada minggu pertama persekolahan menunjukkan perkembangan positif dimana berjaya mencapai 90% kehadiran ke sekolah. Tahniah dan syabas buat unit HEM dan semua warga sekolah. Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak di rumah tidak dapat dinafikan dan kajian membuktikan ia membawa perubahan yang ketara dalam kejayaan seseorang anak. Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak khususnya ketika di rumah sangat penting kerana kesannya anak akan mempuyai motivasi yang lebih tinggi . Natijahnya, anak-anak akan mencapai keputusan akademik yang lebih cemerlang di samping kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan dan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa menjadi lebih baik. Pada masa yang sama, ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi dengan pihak sekolah untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu secara sepakat. Melalui perbincangan juga akan menghasilkan suatu pandangan bersama tentang sasaran ibu bapa dan pihak sekolah terhadap kejayaan anak-anak. 3. Selaku pengetua sekolah ini, saya berasa sungguh bangga dan amat bersyukur dengan komitmen tuan/puan untuk hadir dalam majlis seumpama ini dan harapan semoga sokongan dan kerjasama begini akan berterusan untuk semua acara dan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum. 4. Pihak PIBG telah banyak menyumbang kearah kecemerlangan sekolah, tetapi kewangan kita tidak memadai kerana kos dan perbelanjaan semakin meningkat. Sedangkan perjalanan kita masih jauh dan kita tidak mahu usaha selama ini menjadi sia-sia dan tersekat di pertengahan jalan. Kita sedang berada di landasan yang betul untuk melahirkan anak-anak yang berjaya. Dalam hal ini , saya mewakili pihak sekolah mengharapkan sokongan daripada semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga baik dalam bentuk kewangan, idea mahupun tenaga demi kecemerlangan anak-anak kita. 5. Akhir sekali,setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada barisan PIBG yang diterajui oleh Tuan Haji Zakaria Bin Abdul Karim, yang banyak memberi sokongan, baik dalam bentuk kewangan mahupun ideaSaya berharap lebih banyak jalinan kerjasama dengan semua pihak dapat dibuat bagi memastkan penambahbaikan dan pemantapan pendidikan anak-anak didik SMK Hillcrest tercapai. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Saya juga mendoakan ibu bapa dan guru-guru yang ada di dewan ini amnya dan anak-anak SMK Hillcrest khasnya dipermudahkan dalam meniti perjuangan menggapai kecemerlangan dalam semua bidang. Sekian, Wabilahi Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
6 KATA ALU-ALUAN Yang Dipertua PIBG Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32 pada pagi ini. Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan Syabas kepada semua AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini bersempena pada bulan Ramadan yang penuh berkah ini. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan dan kelestarian murid di sekolah sama ada dalam bidang akademik mahupun bukan akademik. Hal ini bukanlah omongan kosong sahaja untuk menyedapkan hati ibu bapa yang hadir pada hari ini tetapi SMK HILLCREST sememangnya telah melakar pelbagai kejayaan demi kejayaan pada saban tahun. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Sebagai Yang Dipertua PIBG SMK Hillcrest, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan sebaik mungkin. Dalam setiap tindakan yang dilakukan, kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan sentiasa memberikan yang terbaik walaupun kadang kala berdepan dengan kesukaran terutamanya dari segi kekangan masa dan sumber kewangan. Sumbangan PIBG yang telah disumbangkan oleh tuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai program-program sekolah bagi meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Ibu bapa yang dikasihi sekalian, Selain barisan jawatankuasa PIBG, pengetua dan guru-guru, ibu bapa turut menjadi nadi penggerak bagi mencapai kejayaan sesebuah sekolah dalam segenap aspek. Oleh itu, majlis pada hari ini amat bermakna kerana pihak sekolah
7 dan ibu bapa dapat bersemuka dan berbincang untuk mencari kata sepakat demi kepentingan dan masa hadapan anak tuan puan masing-masing. Permuafakatan ini merupakan kunci kejayaan bagi membolehkan pihak sekolah menggembleng tenaga ke arah kecemerlangan yang diharapkan, Sidang dewan sekalian, Buat ibu bapa, saya amat terharu dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan semua di dewan yang gah ini. Walaupun sibuk dengan tugasan masing-masing namun masih sudi meluangkan masa untuk sama-sama memberikan sokongan kepada anak-anak kita. Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi dorongan dan sokongan moral kepada anakanak supaya mereka mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu ke menara gading selepas ini. Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa PIBG, Pengetua, guru-guru dan ibu bapa kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PIBG ini seperti yang dirancangkan. Sesungguhnya anak-anak pada hari ini merupakan bakal pemimpin negara pada masa hadapan. Saya sebagai wakil ibu bapa, mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pentadbir dan guru-guru SMK Hillcrest yang bersama-sama selangkah sederap, sefaham seia sekata dalam mendidik dan membentuk anakanak kita menjadi insan yang cemerlang serta berakhlak mulia. Semoga Allah jua yang membalas jasa guru-guru sekalian dengan kebaikan yang tiada penghujungnya. Saya sudahi ucapan saya dengan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum wrt.wbt. Sekian Terima Kasih.
8 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG 2024 Penasihat I En. Zakaria bin Abdul Karim Penasihat II Tuan Abdul Samat bin Ismail Pengerusi Pn. Norizan binti Zainal Abidin Naib Pengerusi I Pn. Nor Farihan binti Yunus Naib Pengerusi II Pn. Amdan Zainani Binti Mohamaad Naib Pengerusi III En. Ismail Bin Abdullah JAWATAN TINDAKAN TUGASAN SETIAUSAHA Pn. Hidayatul Husna binti Morat - Menyediakan pelan operasi dan senarai jawatankuasa mesyuarat Agung PIBG 2024. - Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat. - Menyediakan surat edaran kepada murid-murid dan ibu bapa / penjaga BENDAHARI Pn. Rina laili binti Azham - Menyediakan peruntukan seperti yang dijadualkan. SURAT JEMPUTAN Cik Rabiatul ‘Adawiyyah (K) Pn. Al Husna binti Abd. Aziz (T.1) Pn. Hazlina binti Buyong (T.2) Pn. Aida Harliza binti Rambeli (T.3) Pn. Suliati binti Hamzah (T.4) YM Raja Mohd Hafezal bin R Husin (T.5) - Penyelaras setiap tingkatan harus memastikan surat jemputan dan usul diedarkan kepada semua murid. USUL Pn Siti Salehah binti Shafii (K) Pn. Azmawati binti Che Mustafa Pn. Syakirah binti Kamal Alkuri - Mengasingkan usul mengikut bidang. - Memastikan usual disampaikan pada pentadbir mengikut bidang - Menyediakan Usul dalam bentuk ‘anyflip’.
9 PENYEDIAAN TEKS UCAPAN Pn. Nur Syahmina binti Md Salleh (K) Pn. Arbaiyah binti Arsat Pn. Maizani binti Othman - Menyediakan teks ucapan KPPD Gombak, Pengetua dan YDP PIBG PENYEDIAAN KERUSI DAN MEJA En. Luwindran A/L Murugarady (K) En. Amir Ikhmal Ishraf bin Asri En. Mohd Hasrulnizam bin Mohamad Muhamad Fazri Ilham bin Roslan En. Johari bin Bidin - Menyediakan meja dan kerusi untuk AJK pendaftaran (beralas dan berhias), - Kerusi dan meja untuk VIP, - Kerusi guru dan ibu bapa sehari sebelum program. - Menyediakan kerusi dan meja untuk AJK PIBG ibu bapa dan guru - Menyediakan papan putih dan ‘marker’ untuk pemilihan AJK. PERSEDIAAN HIASAN PENTAS Pn. Mazzanidah binti Mohamed Zizi (K) Pn. Norelida binti Nasir Pn. Nurul Nabilah binti Che Meh Pn. Azizah binti Dollah Pn. Norasiah binti Md Nor - Menyediakan persiapan pentas dan sekitarnya dalam keadaan kemas, bersih dan menarik. - Menyusun ‘settee’ di bahagian hadapan dewan. - Menyediakan meja dan bunga untuk hiasan dan rostrum. - Menyedia dan menghias meja untuk pengacara majlis SIAR RAYA En. Ahmad Kamil bin Abu Bakar (K) En. Mohd Akram bin Mohd Sebri Pengawas siar raya - Menyediakan PA Sistem di lokasi masing-masing serta menyimpankannya semula. - Membuat uji lari sistem sehari - sebelum program - Memastikan PA Sistem berfungsi dengan baik dan menyediakan pelan kontigensi siar raya. TV HILLCREST Pn. Wan Noradelin binti Kassim Pn. Fatin Najiha binti Abdul Manap Pn. Norshidah binti Johari - Mengadakan temuramah dengan pihak- pihak berkenaan - Mengemaskini video di youtube rasmi sekolah BUKU PROGRAM Pn. Kalaiarasiy A/P Karunaneithy(K) Pn. Noor Shazlina binti Mohd Tahir Pn. Fatimah Nadirah binti Mhd Ghazali - Menyediakan Buku Program yang lengkap [Dalam bentuk Anyflip dan 5 set bercetak] - Mengedarkan kepada tetamu khas/Pentadbir semasa majlis
10 PROTOKOL Datin Rozila binti Saibi (K) Pn. Suhaizana binti Mohd Suhaimi - Susun atur kedudukan tempat duduk tetamu mengikut protokol di dewan - ‘Tagging’ kedudukan PENDAFTARAN Pn. Suliza binti Mohamad (K) Pn. Nurussobihan binti Ramli Pn. Norzakira binti Yusuf - Menyediakan QR Code Pendaftaran untuk ibu bapa dan guru - Menaip nama-nama ahli yang hadir dan serahkan kepada setiausaha satu minggu selepas mesyuarat melalui emel g- [email protected] PENYAMBUT TETAMU Semua AJK PIBG, Pentadbir sekolah dan GKMP - Menyambut tetamu yang hadir PENGERUSI MAJLIS Cik Surati Mohd Dahalan (K) En. Muhammad Yasin Harahap - Mempengerusi majlis mengikut agenda. - Menyediakan teks ucapan pengacaraan. BACAAN DOA Ustaz Wan Mohd. Taqiuddin bin Wan Hussin (K) - Menyediakan teks doa yang bersesuaian dan membacakan doa semasa majlis. LATAR PENTAS/ LCD Pn. Farah Alwani binti Hussin (K) Pn. Faridah binti Yusof Pn. Siti Efiza binti Md Nor Pn. Noor Afizan binti Ahmad Kamal - Menyediakan backdrop bagi mengiklankan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG - Menyediakan peralatan seperti LCD dan komputer riba untuk paparan backdrop dan pembentangan bahan mesyuarat. - Menayangkannya bahan pembentangan semasa taklimat diberikan [Teknikal] sebelum program. - Menggantung kain rentang sebelum program dan menurunkan kain rentang setelah tamat program dan serahkan kepada Setiausaha. VIDEO/ MONTAJ KORPORAT SEKOLAH Pn. Hafidah binti Hali (K) Cik Nor Aimi binti Ramli En. Mohd Khalil bin Ibrahim - Menyediakan Video Korporat untuk ditayangkan semasa majlis. - Membuat uji lari tayangan video sehari sebelum majlis - Menayangkan video semasa - majlis dengan lancar - Menyediakan video pendek program- program-program PIBG yang telah dijalankan sepanjang tahun TABUNG KEBAJIKAN & AKTIVITI SMKH Pn. Norjamliza binti Ab Jalil (K) Pn. Nor Azimah binti Amran - Menyediakan, melabel bekas yang sesuai dan diedarkan semasa majlis. Mengira, merekod dan menyerahkan sumbangan yang terkumpul kepada Tuan Pengetua/GPK HEM
11 PENCATAT MINIT MESYUARAT Cik Ain Suhaiza binti Abd. Muni (K) Pn. Norul Sabrina binti Norul Rizal Cik Aina Qistina binti Bahaman Cik Aina Farisya binti Darul Fadzli - Mencatat ucapan tetamu pada hari berkenaan - Mencatat minit mesyuarat Agung PIBG 2024 - Menaip minit mesyuarat berkenaan dan menyerahkan kepada setiausaha satu minggu selepas mesyuarat melalui e-mel [email protected] PENGIRA UNDI En. Baharudin bin Ibrahim (K) Pn. Kavitha A/P Ananthan Pn. Wan Shahiirah binti Wan Mohamad - Mengira undi semasa pemilihan AJK sedang dilakukan - Menulis undian di papan putih SIJIL DAN CENDERAMATA Pn. Nor Halita binti Alias (K) Pn. Mazmimala binti Mashur Pn. Masitoh binti Said Pn. Desiga A/P Veswanahan - Menyediakan sijil untuk AJK PIBG sesi 2023/2024 - Menyediakan sijil dan cenderamata kepada VIP dan 21 orang AJK PIBG. - Menyediakan dulang dan alas dulang untuk upacara penyampaian sijil dan cenderamata. - Mengiringi Pengetua menyampaikan hadiah kepada VIP dan AJK. - Menyimpan semula dulang dan alas dulang setelah selesai program. PENGEMASA N DEWAN En.Muhammad Rushdan bin Zainudin(K) En. Mohd. Salehuddin bin Abdullah Ustaz Mohd. Syamsul Bahri bin Roslan En. Mat Rafi bin Mat Salleh En. Irfan Asyraf - Memastikan Dewan Anggerik telah disusun kerusi dan meja dengan bersih dan kemas - Mengembalikan dan menyusun kerusi- kerusi ke tempat asal PENGEMASA N PENTAS Pn. Masni binti Mamat Khalid (K) Pn. Hanaa’ binti Md Yusof Pn. Maimun binti Musa Pn. Nor Aini binti Azahari Pn. Wan Asmak binti Wan Mahmud - Mengemas semula pentas selepas majlis selesai dan memulangkan peralatan yang digunakan ke tempat asal. - Memastikan pentas bersih dan kemas selepas majlis
12 KESELAMATAN DAN KAWALAN TRAFIK En. Manivannan a/l Palaniandy (K) - Mengawal lalu lintas di hadapan sekolah - simpang masuk naik ke sekolah En. Ronald Martin En. Hilmi Faiz bin Mustafa Kamal JURUFOTO Pn. Nor Afzan binti Muhamad Jamil (K) Pn. Nur Wahida Amalin binti Zamri - Merakam gambar untuk diserahkan kepada AJK Dokumentasi/Laporan. - Memuat naik gambar dalam Telegram Dokumentasi Sekolah. DOKUMENTASI Cik Wong Siao Hern (K) Pn. Asiah binti Mat Hashin@Harun - Menyediakan laporan lengkap mesyuarat. - Menyerahkan kepada setiausaha satu minggu selepas mesyuarat melalui e-mel g- [email protected]
13 CARTA ORGANISASI PIBG SESI 2023/2024 Penasihat : Tuan Abdul Samat Bin Ismail Yang Dipertua : Tuan Hj. Zakaria Bin Abdul Karim Naib Yang Dipertua : Pn. Sharifah Nazliah Binti Syed Abdul Rahman Setiausaha : Pn. Hidayatul Husna Binti Morat Pen. Setiausaha : Pn. Suliza Mohamad Bendahari : Pn. Rina Laili Binti Azham Pen. Bendahari : Pn. Siti Salehah Binti Shafii Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa : En. Zamzuri Bin Mahmood En. Kamaruddin Bin Haji Abas Pn. Nor Zaliza Binti Zakariah Pn. Masthura Mahmud Pn. Juriah Binti Zakaria En. Mohd Shukri Bin Ahmad Ahli Jawatankuasa Guru : Pn. Hafidah Binti Hali En. Muhammad Yasin Bin Harahap Cik Surati Binti Mohd Dahalan Datin Rozila Binti Saibi Cik Wong Siao Hern En. Mohd Shamsul Bahri Bin Roslan Juruaudit (Ibu Bapa) : Pn. Azliawatie Ab Rashid Juruaudit (Guru) : En. Manivannan A/L Palaniandy
14 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2023 TARIKH : 8 APRIL 2023 MASA : 8:30 PAGI - 12:30 TENGAHARI TEMPAT : DEWAN ANGGERIK, SMK HILLCREST 1.0 UCAPAN PENASIHAT PIBG (TUAN ABDUL SAMAT BIN ISMAIL) 1.1. Penasihat meluahkan rasa kesyukuran kerana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31 dapat dilaksanakan walaupun dalam bulan Ramadan. 1.2. Penasihat mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Zainal Bin Ismail (KPPD GOMBAK) atas kesudian hadir untuk perasmian perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Hillcrest kali ke-31 tahun 2023. 1.3. Penasihat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan Jawatankuasa Pelaksana yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan untuk majlis pada pagi ini. 1.4. Penghargaan juga diberikan kepada ibu bapa yang dapat hadir sebagai tanda sokongan, galakan dan penghargaan demi kepentingan masa depan dan kejayaan anak-anak. 1.5. Penasihat menyatakan bahawa mesyuarat tahunan ini boleh dijadikan penanda aras untuk ibu bapa mengetahui perkembangan, keperluan dan kekangan yang dihadapi dalam memastikan kemenjadian murid yang berilmu pengetahuan, bersahsiah tinggi serta sihat dan cergas. 1.6. Penasihat memberitahu bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-31 merupakan satu agenda wajib dalam kalendar sekolah setiap tahun. Hal ini merupakan hari yang sepatutnya dinantinantikan oleh ibu bapa untuk mengetahui agenda yang telah dan akan dilaksanakan bagi membantu anak-anak tuan puan di sekolah ini. Pada masa inilah peluang para waris untuk memberi pandangan serta buah fikiran bagi membantu sebarang usaha sekolah. Penglibatan ibu bapa yang aktif dalam PIBG dapat memberi impak yang positif kepada anak-anak sekolah ini. 1.7. Penasihat memaklumkan bahawa keseluruhan bilangan murid sekolah SMK Hillcrest sejumlah 1870 orang murid, murid petang seramai 745 orang dan murid pagi seramai 1827 orang. Bilangan guru pula adalah seramai 111 orang dan majoritinya berdasarkan opsyen tetapi masih tidak cukup 2 orang guru. 1.8. Selain itu, penasihat menyatakan bahawa penyediaan prasarana yang berkualiti di sekolah ini perlu ditambah baik untuk kemudahan pembelajaran dan pengajaran supaya persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat dilaksanakan. Setiap kelas dipastikan mempunyai kipas dan lampu yang berfungsi, pintu dan tingkap yang sempurna dan persekitaran sekolah diceriakan. Justifikasinya, penyelenggaraan fizikal Sekolah telah dan sedang dilaksanakan. 1.8.1. Mengecat semua bangunan / blok sekolah 1.8.2. Tangki air setiap blok disediakan 1.8.3. Penyelenggaraan tandas 1.8.4. Pentas Seri Tanjung (untuk aktiviti sehenti) 1.8.5. Dewan Terbuka Wadi Iqra
15 1.9. Penasihat berkongsi kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan usaha guru-guru yang tidak pernah putus asa dalam mendidik anak-anak. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dengan ibu bapa selama ini diberkati Allah SWT. Permuafakatan seumpama dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama antara pihak sekolah dan para waris. Kami berharap kerjasama yang jitu antara PIBG dan sekolah untuk kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. BIDANG KURIKULUM Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021. Pencapaian GPK sekolah ialah 4.80. Murid lulus semua mata pelajaran seramai 195 orang. Murid yang layak mendapat sijil ialah 94.05% atau 316 orang murid lulus mata pelajaran wajib lulus. Peratus lulus kita meningkat 0.34% berbanding SPM 2020. 10 orang murid mendapat semua A dan mendapat 6A ke atas sejumlah 29 orang. Mata pelajaran yang menunjukkan peratusan lulus yang tinggi ialah : · Bahasa Melayu · Bahasa Inggeris · Sejarah · Prinsip Akaun · Perniagaan · Tasawwur Islam. Subjek lulus 100% ialah · PSV · Biologi · Bahasa Cina · Bahasa Tamil · Kesusateraan Tamil · Tasawwur Islam BIDANG KOKURIKULUM Pencapaian sekolah agak memberangsangkan. Hal ini dapat dilihat melalui: Bidang Sukan dan Permainan – Sukan Boling Tenpin Johan MSSD dan Penyertaan dalam MSSN. Tuan Rumah Cabaran Kokurikulum Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 Kelab Reka Cipta dan Inovasi di bawah bimbingan guru penasihat Encik Ahmad Kamil bin Abu Bakar telah memenangi Pingat Emas dan Hadiah Utama (Grand Prize) Perglibatan Peringkat Antarabangsa dalam Projek Bio-edible & Degradable Pandanus Arnaryllifolius Leaves Straw sempena pertandingan 9th International Young Inventors Awards (IYIA) Penganjur : Indonesion Invention and Innovation Promotion Association (INNOPA) bertempat di Udayana University, bali, Indonesia. Pergerakan Puteri Islam (PPIM) - Johan Khat SM dalam Pertandingan Hari Puteri PPIM Peringkat Negeri Selangor. Persatuan Agama Islam dan Bahasa Arab (PAIBA) Pertandingan E-hafazan - Johan Peringkat Daerah dan tempat Ke-3 Peringkat MSSS.
16 BIDANG HAL EHWAL MURID Bagi meningkatkan disiplin murid, setiap murid perlu memiliki buku Panduan Disiplin Sekolah. Penguatkuasaan pemakaian pakaian unit beruniform yang lengkap pada setiap hari Rabu. Pihak sekolah berharap tuan/puan dapat menyediakan pakaian unit beruniform anak-anak tuan/puan yang lengkap pada setiap hari Rabu. Bagi anak-anak tuan/puan yang menunggang motosikal ke sekolah, tuan/puan dimohon agar memastikan anak-anak yang menunggang motosikal memiliki lesen memandu dan memakai topi keledar. Hal ini sangat penting kerana di samping langkah-langkah keselamatan, juga akan dapat mengelakkan anak-anak tuan/puan daripada disaman jika terlibat dalam kemalangan. Pihak sekolah juga mengambil berat tentang perkembangan sahsiah dan kerohanian murid. Adab nombor satu untuk membentuk sahsiah murid dengan slogan Anak Bijak lagi Cerdik atau ABC. InsyaAllah dengan hati yang bersih dan suci, ilmu mudah menyerap dan lekat di hati. Di rumah adalah tanggungjawab ibu bapa untuk meneruskan aktiviti-aktiviti yang boleh melembutkan hati dan jiwa anak-anak. Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan komitmen ibu bapa. Kita tidak boleh lepas tangan menyerahkan bulat-bulat urusan mendidik anak-anak kepada pihak sekolah. Jika pihak sekolah mengambil tahu segala tindak-tanduk anak-anak daripada sekecil-kecil salah laku umpamanya datang lewat sehingga sebesar-besar masalah, umpamanya merosakkan harta benda sekolah, situasi sebegini menggambarkan kecaknaan guru-guru dan pihak sekolah terhadap anak-anak. Pesanlah selalu kepada anak-anak untuk sentiasa menjaga harta benda sekolah seperti menjaga harta benda di rumah sendiri. Kehadiran anak-anak tuan/puan ke sekolah merupakan salah satu faktor yang menentukan kejayaan anak-anak tuan/puan. Sekiranya mereka tidak hadir ke sekolah, mereka akan ketinggalan dalam PdP dan tidak dapat ilmu yang diajar oleh guru. Oleh yang demikian, pihak sekolah berharap agar tuan/puan dapat memastikan anak-anak tuan/puan hadir ke sekolah tepat pada waktunya. Pihak sekolah mensasarkan peratus kehadiran setiap hari ialah 89.7 selaras dengan program Cakna Disiplin Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada komitmen semua iaitu para guru, para waris dan murid sendiri. Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Masalah disiplin dan tingkah laku anakanak perlu ditangani bersama. Masalah ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah tanpa sebab mesti diambil tindakan segera. Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab. Para guru akan berasa bangga jika ibu bapa sentiasa mengambil berat dengan disiplin anak-anak di sekolah. Kejayaan kita tahun lalu mempunyai kaitan dengan usaha yang telah dilaksanakan oleh guru-guru sekolah ini. Untuk makluman tuan/puan, program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dengan sokongan kuat daripada pihak PIBG dan kaunseling sekolah. Realitinya kita dapat melihat sikap muafakat guru-guru demi peningkatan akademik dan sahsiah murid bagi memperkasakan misi sekolah selangkah sederap dalam mencipta Hillcrest On Top/ Target/Track. Oleh itu, bagi melestarikan kemenjadian murid, pelbagai program dan aktiviti telah dirancang. Antaranya ialah : i. Program Orentasi murid tingkatan satu dan empat. ii. Kelas Jejak-jejak Kecemerlangan iii. Perkampungan Ilmu iv. Kelas Tambahan Cuti Sekolah v. Kelas Tambahan Malam
17 vi. Program Ziarah Cakna vii. Program Ziarah Terjah viii. Sentuhan Akhir SPM 1.10. Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG sentiasa menyokong dan berkolaboratif dengan pihak sekolah dalam mengadakan pelbagai aktiviti dengan memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan hadiah untuk kecemerlangan anak-anak yang berjaya. Sumbangan yang PIBG berikan dalam menjayakan semua aktiviti ini ialah hasil sumbangan ibu bapa kepada tabung PIBG. Untuk itu, saya menyeru kepada ibu bapa agar terus menyumbang kepada tabung PIBG agar kita sama-sama terus menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak kita. Pelaksanaan program-program ini memerlukan perbelanjaan yang agak banyak. Oleh itu seperti biasa pihak sekolah mengharapkan sokongan daripada pihak waris, terutama dari segi kewangan. Oleh yang demikian itu, apabila kutipan untuk peningkatan prestasi dibuat, pihak sekolah berharap para waris dapat menyempurnakannya. 1.11. Akhir sekali, penasihat merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan. Penasihat berharap agar Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-31 ini akan berjalan lancar dan teratur. Pihak sekolah juga berharap agar Jawatankuasa PIBG yang bakal dilantik nanti akan dapat memberi kerjasama dan sokongan untuk menggembleng tenaga dalam usaha melahirkan modal insan Malaysia madani. Penasihat menyatakan dengan keprihatinan semua, kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek.
18 2.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG (TUAN HAJI ZAKARIA BIN ABDUL KARIM) 2.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG. Setiausaha, Bendahari dan semua AJK pelaksana bagi memastikan mesyuarat ini dapat dilaksanakan walaupun sibuk dengan tugasan lain. 2.2 Penghargaan juga buat ibu bapa yang hadir ke mesyuarat ini walaupun pada hujung minggu, lebih-lebih lagi pada hari kelepasan am. Kehadiran semua ibubapa yang hadir amat penting untuk berkongsi pendapat dan idea yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum. 2.3 Yang Dipertua PIBG berbesar hati menyatakan bahawa PIBG bertujuan untuk membantu sekolah dalam semua perkara termasuk dari kebendaan, kewangan serta mengadakan aktiviti yang boleh dijadikan medium kebajikan dan mengumpul dana untuk membantu warga Hillcrest yang memerlukan. Yang Dipertua PIBG mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa yang telah menyumbang kepada PIBG SMK Hillcrest. Sumbangan tersebut telah memudahkan pihak sekolah untuk melaksanakan pelbagai program dan menyediakan pelbagai kemudahan sekolah demi kecemerlangan pembelajaran dan keselesaan anak-anak. 2.4 Yang Dipertua PIBG juga menyeru semua ibubapa untuk memberi kerjasama sama ada dari segi idea, cadangan, tenaga dan sokong yang tidak berbelah bahagi kepada pihak sekolah. 2.5 Besar harapan Yang Dipertua PIBG agar ibubapa cakna dengan kehadiran anak ke sekolah supaya mereka hadir penuh dan awal ke sekolah. Sokongan dan dorongan ibubapa juga penting dalam membina kecemerlangan mereka. 2.6 Sebagai penutup bicara, Yang Dipertua mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kepada barisan pentadbir dan guru-guru SMK Hillcrest yang telah selangkah sederap mendidik dan membentuk anak-anak semua menjadi insan yang cemerlang serta berakhlak mulia.
19 3.0 UCAPAN PERASMI (PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH GOMBAK, TUAN ZAINAL BIN ISMAIL) 3.1 Tuan KPPD mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31 dan mengucapkan terima kasih atas kesudian menjemput beliau untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMKHC kali ke-31 bagi tahun 2023. 3.2 Tuan KPPD merasa bangga dengan kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG SMKHC kali ke31 hari ini. Ini jelas menunjukkan ibu bapa memberikan komitmen dan iltizam yang tinggi terhadap pihak sekolah. 3.3 Tuan KPPD memaklumkan bahawa permohonan murid untuk memasuki ke Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest adalah sangat tinggi. Ini menunjukkan kecemerlangan SMKHC telah berjaya menarik minat ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di SMKHC. 3.4 Tuan KPPD memaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan sebuah organisasi yang penting dalam membantu perkembangan sesebuah sekolah. Tuan KPPD berharap agar kerjasama antara PIBG dan pihak sekolah dapat membangunkan dan memajukan sekolah demi kecemerlangan pendidikan anak-anak murid SMKHC. 3.5 Tuan KPPD juga berharap agar amalan anak yang baik lagi bijak (ABC) dijadikan panduan dan diterapkan dalam kemenjadian murid dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Tuan KPPD juga mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan yang telah ditempa sama ada pada peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. 3.6 Tuan KPPD mengingatkan supaya pengurusan PIBG hendaklah dilakukan dengan cekap dan berkesan bagi memastikan kelancaran setiap aktiviti yang dirancang berjalan lancar. Buku panduan PIBG boleh dijadikan rujukan dalam memastikan setiap perancangan mengikut ketetapan dan garis panduan. 3.7 Sumber kewangan merupakan satu isu penting dalam PIBG yang mana ia memainkan peranan penting untuk menjayakan program yang dirancang. Dana PIBG harus dicari dan ditambah dengan inisiatif dan kerjasama pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan. 3.8 Tuan KPPD menyeru agar pihak PIBG sekolah dapat bergerak secara aktif dan terancang agar dapat memberi sumbangan bermakna, lagi berkesan ke arah kecemerlangan yang diharapkan. 3.9 Tuan KPPD merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga pendidik SMKHC yang telah berusaha gigih mendidik para pelajar sehingga menjadi insan yang cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid. Ucapan penghargaan juga turut diberikan kepada pihak PIBG SMKHC yang turut memberikan sumbangan terhadap kemenjadian anak-anak di SMKHC. 3.10 Tuan KPPD memaklumkan akan terus memberi sokongan terhadap setiap perancangan sekolah dan mendoakan kecemerlangan SMKHC berkekalan selamanya. Seterusnya, Tuan KPPD merasmikan mesyuarat PIBG SMK Hillcrest kali ke-31 bagi tahun 2023.
20 4.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KE-30 4.1 Yang Dipertua PIBG selaku Pengerusi Mesyuarat meluahkan rasa kesyukuran dan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang hadir. 4.2 Pengerusi meminta hadirin merujuk buku program yang dikongsi oleh Setiausaha Kehormat PIBG sesi 2023, Puan Hidayatul Husna binti Morat untuk melihat agenda mesyuarat pada muka surat 4 dan minit mesyuarat pada muka surat 13 hingga muka surat 20. Buku program boleh dimuat turun melalui pautan yang diberi. 4.3 Pn Azliawatie binti Ab Rashid mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30 diterima dan disahkan. Cadangan disokong oleh Puan Pramjit Kaur Sharvin. 5.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2022 5.1 Setiausaha Kehormat, Puan Hidayatul Husna binti Morat membentangkan laporan aktiviti bermula dari muka surat 33 hingga 36 buku program Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 31 untuk diterima dan disahkan oleh hadirin. 5.2 Aktiviti yang dijalankan oleh PIBG bagi sesi 2021 ialah :- 1. Mesyuarat AJK Kali-1 12 Mei 2022 2. Mesyuarat AJK Kali-2 1 Julai 2022 3. Mesyuarat AJK Kali-3 22 Julai 2022 4. Mesyuarat AJK Kali-4 19 Disember 2022 5. Mengecat Tapak Tempat Letak Kereta (14 Mei 2022) 6. Karnival HOT SMK Hillcrest (27 Ogos 2022) 7. Tinjauan Sesi Ramah Mesra dengan Anak-anak dan Ibubapa uamh hadir lewat di pagar sekolah (11 November 2022) 8. Program menyambut murid Hari Pertama Persekolahan (3 Januari 2023) 9. Bacaan Yassin, Tahlil dan Solat Hajat untuk Calon SPM 2022 (16 Februari 2023) 10. Program Sarapan untuk Calon SPM (Sepanjang SPM berlangsung) 11. Iftar KGSS HOT dan PIBG (31 Mac 2023) 12. Membantu penyelenggaraan sekolah dari semasa ke semasa (Sepanjang tahun) 13. Lawatan Tapak Projek Pembinaan Dewan Terbuka 5.3 Setiausaha mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PIBG yang tidak putus-putus memberi kerjasama dan sumbangan kepada pihak sekolah bagi memudahkan pengoperasian sekolah. 5.4 Pengesahan Laporan Aktiviti PIBG sesi 2022 dicadangkan oleh Puan Azliawatie binti Abdul Rashid dan disokong oleh Encik Mohamad Hairul Nizam bin Johari. 6.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2022 6.1 Bendahari kehormat, Puan Rina Laili binti Azham membentangkan Laporan Kewangan sesi yang bermula dari muka surat 37 hingga 40 buku laporan Mesyuarat Agung PIBG Kali-30 untuk diterima dan disahkan oleh hadirin. 6.2 Bendahari memaklumkan bahawa jumlah kutipan sumbangan PIBG sepanjang tahun 2022 ialah RM329,704.84. Sumbangan ini termasuk PIBG, pengurusan tandas, kertas A4 dan keselamatan. Baki kewangan ialah sebanyak RM 70,593.87.
21 6.3 Bendahari memaklumkan bahawa sumbangan PIBG sangat penting untuk menyokong aktiviti sekolah. 6.4 Puan Azliawatie telah mencadangkan bahawa pembentangan Laporan Kewangan sesi 2022 diterima dan disahkan. Cadangan ini disokong oleh Encik Mohd Nazri bin Muhammad. 7.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG 2022 7.1 En. Zakaria bin Abdul Karim selaku YDP PIBG bagi sesi 2022/2023 mengumumkan pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023. 7.2 Mesyuarat diserahkan kepada Pengerusi Sementara iaitu Tuan Pengetua, Tuan Abdul Samat bin Ismail untuk meneruskan agenda Pelantikan Jawatankuasa PIBG 2023/2024. 8.0 PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG 2023 8.1 En. Abdul Samat Bin Ismail merangkap Pengerusi Sementara telah memaklumkan bahawa pencalonan dan pelantikan dipilih secara undian 8.2 Puan Wan Nadiah Fatihah binti Wan Ahmad telah mencadangkan Encik Zakaria bin Abdul Karim sebagai calon Yang Dipertua PIBG SMK Hillcrest 2023. Cadangan tersebut telah disokong oleh Encik Mohd Nari bin Muhammad. Memandangkan tiada pencalonan lain, Puan Azliawatie binti Ab Rashid telah mencadangkan agar cadangan ditutup. Cadangan tersebut disokong oleh Encik Mohd Sukri bin Ahmad. Encik Zakaria bin Abdul Karim sekali lagi diberi kepercayaan menerajui barisan kepimpinan PIBG SMK Hillcrest. 8.3 Encik Dutley Stakie telah mencadangkan nama Puan Sharifah Nazliah binti Syed Abdul Rahman sebagai calon Naib Yang Dipertua PIBG dan cadangan tersebut disokong oleh Puan Juriah binti Zakaria. Memandangkan tiada pencalonan lain, PUAN Nurul Zaitul Azueen binti Wan Jusoh telah mencadangkan agar pencalonan ditutup. Cadangan tersebut disokong oleh Encik Kamaruddin bin Abas. Puan Sharifah Nazliah Binti Syed Abdul Rahman sekali lagi dipilih menjadi Naib Yang Dipertua PIBG. 8.4 Bagi pemilihan AJK, Encik Zakiman telah mencalonkan secara pukal 5 orang AJK iaitu Encik Zamzuri, Puan Masthura, Encik Mohd Sukri, Puan Juriah dan Encik Kamaruddin. Cadangan tersebut disokong oleh Encik Mohd Nazri bin Muhammad. Kemudian, Puan Suhaila telah mencadangkan nama Puan Nor Zaliza sebagai calon ke enam AJK PIBG. Cadangan tersebut disokong oleh Encik Kamaruddin. Memandangkan bilangan calon tidak melebihi jumlah AJK ibubapa yang diperlukan, maka cadangan ditutup oleh Encik Mohamed Syairoz bin Mohd Odzman. Cadangan tersebut disokong oleh Encik Mohamad Hairul Nizam bin Johari. Dengan sebulat suara, enam orang AJK yang mewakili ibu bapa telah dipilih iaitu: 1. Encik Zamzuri bin Mahmood 2. Puan Masthura Binti Mahmud 3. Encik Mohd Shukri bin Ahmad 4. Puan Juriah binti Zakaria 5. Encik Kamarudin bin Haji Abas 6. Puan Nor Zaliza Binti Zakariah
22 8.5 Enam orang AJK yang mewakili guru telah dipilih dan disokong sebulat suara. Guru-guru yang telah dipilih adalah seperti berikut: 1. Puan Hidayatul Husna binti Morat (Setiausaha) 2. Puan Rina Laili binti Azham (Bendahari) 3. Datin Rozila Binti Saibi (AJK) 4. Mohd Syamsul Bahri Bin Roslan (AJK) 5. Muhammad Yasin Harahap Bin Arsalan (AJK) 6. Cik Surati Binti Mohd Dahalan (AJK) 7. Hafidah Binti Hali (AJK) 8.6 Berikut merupakan senarai lengkap Carta Organisasi PIBG bagi sesi 2023/2024 setelah dibuat undian dan pemilihan: Penasihat : Encik Abdul Samat bin Ismail Yang Dipertua : Encik Zakaria bin Abdul Karim Naib Yang Dipertua : Puan Syarifah Nazliah binti Syed Abdul Rahman Mahmud Setiausaha Kehormat : Puan Hidayatul Husna binti Morat Bendahari Kehormat : Puan Rina Laili binti Azham Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa: 1. Encik Zamzuri bin Mahmood 2. Puan Masthura Binti Mahmud 3. Encik Mohd Shukri bin Ahmad 4. Puan Juriah binti Zakaria 5. Encik Kamarudin bin Haji Abas 6. Puan Nor Zaliza Binti Zakariah Ahli Jawatankuasa Guru: 1. Datin Rozila Binti Saibi 2. Encik Mohd Syamsul Bahri Bin Roslan 3. Encik Muhammad Yasin Harahap Bin Arsalan 4. Cik Surati Binti Mohd Dahalan 5. Puan Hafidah Binti Hali Pemeriksa Kira-kira (Juruaudit): 1. Puan Azliawatie Ab Rashid (Wakil Ibubapa) 2. Encik Manivannan (Wakil Guru) 9.0 UCAPAN YDP PIBG YANG BAHARU (TUAN HAJI ZAKARIA BIN ABDUL KARIM) 9.1 YDP mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa PIBG yang baharu dilantik. 9.2 YDP mengharapkan kerjasama yang baik antara ahli dan mengingatkan ahli jawatankuasa supaya bersedia berkorban masa dan tenaga kerana telah diberi mandat dan amanah untuk membantu pihak sekolah. 9.3 Semua ahli juga diminta memberi sokongan kepada jawatankuasa Baharu dan program yang bakal dianjur PIBG dan sekolah.
23 10.0 MEMBINCANGKAN USUL 10.1 KURIKULUM Tiada usul dibincangkan. 10.2 HAL EHWAL MURID B I L PENCADANG USUL TINDAKAN (Pn. NorFarihan Binti Yunus) 1 . MARZLINA BINTI ABD LATIB@NAWAR (NURUL ALIYAH BINTI ABDUL GANI) 4 UKM Keselamatan anak waktu balik, pelajar kebanyakannya tidak berhati-hati di jalan. Di dalam kawasan sekolah, keselamatan murid diawasi oleh guru dan setiap laluan keluar masuk juga ditetapkan bagi menjadi panduan dan setiap murid perlu mengikuti laluan tersebut. Namun, di luar kawasan sekolah pihak sekolah tidak menyediakan guru untuk mengawasi murid kerana kekurangan tenaga. Murid-murid perlu bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri semasa berada di luar kawasan kelas. Pihak sekolah akan cuba berbincang dengan pihak PIBG untuk mendapatkan kerjasama daripada wakil PIBG bagi membantu memantau keselamatan murid di luar kawasan sekolah.
24 2. AZLIAWATIE BT AB RASHID (NUR AZSIERRA YASMEEN BT NOOR AZHAR) 2 TKC 1. Mempertimbangkan penggunaan kasutsukan selain dari warna hitam & putih sahaja pada hari PJ. Saya difahamkan melalui pemugaran peraturan sekolah baru-baru ini hanya kasut sukan hitam/putih tanpa corak sahaja dibenarkan. Saya amat-amat yakin & percaya bahawa tidak ramai pelajar yang memiliki kasut sukan 1 warna hitam/putih sahaja. Ini memberikan kesan serta membebankan murid @ Ibu bapa bagi yg tiada kasut sukan seperti tersebut, anak-anak terpaksa memakai kasut sekolah sahaja, mengakibatkan kasut sekolah cepat koyak. Saya berharap agar pihak sekolah dapat permudahkan yang mudah. 2) Mewujudkan team/volunteer parents untuk lembaga Pengawas/PRS/Pengawas Pusat Sumber di kalangan ibu bapa pelajar terbabit bagi membantu guru samasama turun padang jika ada sebarang program luar waktu persekolahan seperti kem-kem, kursus @ jamuan tahunan. Saya yakin dengan kewujudan volunteer parents ianya dapat meringankan bebanan guru dari sudut pengurusan & perjalanan program. 1.Pn. Farihan memaklumkan bahawa isu pemakaian kasut sukan ini timbul apabila murid-murid menggunakan kasut sukan berwarna-warni dan memakai mengikut suka hati tanpa mengikut jadual. Oleh itu, bagi menangani isu ini pihak sekolah telah melakukan pembugaran peraturan sekolah dengan menetapkan pemakaian kasut sekolah adalah seperti yang ditetapkan dan ia juga adalah unuk mendisiplinkan murid-murid. Dengan keseragaman ini, kita dapat membimbing anak-anak supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan. Namun pemakaian kasut sukan yang sepenuhnya berwarna hitam dibenarkan. 2. Pihak sekolah dan PIBG sekolah amat menggalakkan team/volunteer dalam kalangan ibu bapa untuk membantu dan menyokon setiap aktivitisekolah.
25 3. ZAINOL (SHAHIA BARVEEN) 4 UKM Harga makanan tinggi.ambil kira kemampuan murid B40. Pengetua memaklumkan tender kantin sekolah yang dipilih adalah mengikut ketetapan jabatan dan harga jualan di kantin juga adalah dalam kawalan. Pihak kantin tidak boleh sesuka hati menaikkan harga makanan dan sekiranya perkara tersebut berlaku tindakan terhadap pihak kantin boleh diambil. Untuk murid B40, pihak kebajikan sekolah turut menyediakan bantuan makan minum bagi meringankan beban. 4. NURULLIZA ZULKIFLEE (ELEESYA NUREDRY ANA BINTI EDZRIE NOOR FAIDZAL) 2 AL-FARABI 1) Menjalankan tinjauan di kalangan pelajar sekolah bagi mengenal pasti isu kesihatan mental agar sebarang program intervensi bersasar dengan pelan mitigasi yang bersesuaian untuk pelajar dapat dilaksanakan oleh pihak sekolah. 2) Menjalankan pembangunan bakat teknologi dalam kalangan pelajar bagi memupuk kemahiran penggunaan komputer bagi melengkapkan diri ke IPT. 1.Pn. Farihan memaklumkan bahawa PK HEM bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) sentiasa memantau keadaan murid. Pihak UBK turut mengadakan program bersama murid untuk mengenal pasti tahap kesihatan mental murid. Antara aktiviti yang dijalankan seperti ujian minda sihat. Setelah muridmurid yang mempunyai masalah dikenal pasti, muridmurid akan diberi intervensi bagi membantu murid. Pihak sekolah turut berkerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah dalam memantau keadaan murid. 2. Program berkaitan teknologi dan ICT juga dijalankan secara berkala bagi memberi persediaan kepada murid-murid.
26 5. THINA THAYALAN A/L VARATHAN & KHAUSALIAH A/P SUBRAMANI A M (SUDHARSA NA A A/P THINA THAYALAN) 4 UUM Saya diberitahu anak saya bahawa sekiranya muridmurid tidak hadir ke sekolah, diaorang dikehendaki memberi surat alasan ataupun MC kepada guru kelas dan jugak guru pengawas. Kenapa pulak begitu? Saya mencadangkan surat alasan ataupun MC hanya diberikan kepada guru kelas sahaja. Pn. Farihan memaklumkan murid-murid yang tidak hadir perlu menyerahkan surat sakit (MC) kepada guru kelas untuk simpanan. Bagi pengawas sekolah sahaja yang perlu menyerahkan suratsakit (MC) kepada guru pengawas untuk rekod pengawas. 6. UMA SHAMALA A/P MURUGASU (VINAYSAN SUNDARAR AJ AN) 2 TKC 1) Need more telephone booth in case they missed transport or late finished class. we cannot depands with security guard room when they are busy on thier duty. 2) Charged toilet yearly however the toilet, not in good condition. please improve as we are paying and all the students need to use toilet in hygiene conditions. 1.Telefon awam telah disediakan sebanyak dua buah telefon dan mencukupi untuk kegunaan murid-murid. 2. Penyelenggaraan tandas telah dilakukan sebanyak tiga kali dalam tempoh 6 bulan yang lalu. Ini bagi memastikan tandas dapat digunakan dengan baik. Pembersihan tandas pula dilakukan sebanyak tiga kali sehari bagi menjamin kebersihan tandas.
27 10.3 KOKURIKULUM B I L PENCADANG USUL TINDAKAN (Pn. Imelda Sahriah binti Ishak) 1 1 . THINA THAYALAN A/L VARATHAN & KHAUSALIAH A/P SUBRAMANIAM (SUDHARSANAA A/P THINA THAYALAN) 4 UUM Saya berharap agar muridmurid dibenarkan memakai seluar track hitam dengan baju t-shirt bulan sabit merah semasa aktiviti Koko. Ia adalah kerana seluar putih mahal, susah untuk gosok dan cepat kotor. Harap pihak sekolah memahami dan consider hal ini dan membenarkan murid-murid memakai seluar track hitam. Senang sebab ianya murah, murid selesa pakai dan tidak perlu digosok. Jadi saya mencadangkan agar murid2 memakai seluar track hitam sahaja. Terima kasih Pn. Imelda memaklumkan bahawa pihak sekolah mengikut ketetapan KPM yang terdapat SPI yang perlu dipatuhi. Terdapat dua jenis pemakaian baju unit beruniform iaitu sama ada secara lengkap atau separa lengkap. Namun pemakaian separa lengkap juga memerlukan murid memakai tshirt unit beruniform dengan seluar uniform dan bukannya track suit. Surat berkaitan dengan pemakaian unit beruniform sudah dibuat pemakluman dalam surat yang diedarkan baru-baru ini. 10.4 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU B I L PENCADANG USUL TINDAKAN (Tn. Hj. Zakaria Bin Abdul Karim) 2 . MOHAMED SYAIROZ BIN MOHD ODMAN (MOHAMED UMAIR ALQAIYS) Salari dengan galakan minum air kosong, perlu ditambah bilangan penapis air di seluruh kawasan sekolah dengan konsep waqaf di mana ibubapa boleh menyumbang mengikut kadar yang dipersetujui. YDP PIBG memaklumkan idea yang diutarakan sangat menarik untuk diusahakan bersama-sama dengan pihak sekolah demi keselesaan anakanak sepanjang berada di sekolah. Pihak PIBG dan sekolah akan mengadakan perbincangan berkaitan idea tersebut.
28 KEHADIRAN IBU BAPA DAN GURU-GURU KE MESYUARAT AGUNG KALI KE 31 PADA 8 APRIL 2023 KEHADIRAN IBU BAPA/PENJAGA BIL NAMA PENUH 1 NOR AZIMAH BINTI AMRAN 41 ROSEHIH BINTI MOHD RAZLAN 2 NOR AZURAYATI BINTI ABDULLAH 42 MOHAMMAD REEZAINEE OTHMAN 3 AIDA HARLIZA BINTI RAMBELI 43 NURULHIDA BINTI BAKRI 4 SUHAIZANA BINTI MOHD SUHAIMI 44 SHANKER 5 NOOR AFIZAN BINTI AHMAD KAMAL 45 AMIR SYARIZAL AMRI 6 NORWATY BINTI HASSAN 46 NORADZRIN BIN RAMLI 7 SANTHI A/P SUBRAMANIAM 47 MOHD DUSUKI BIN ABDUL RAHMAN 8 ANANTHI A/MUNUSAMY 48 ZULFAHAILA BINTI JAMIL 9 NORMAWATI BINTI AHMAD 49 ABD RASHID MAKHTAR 10 VIJAYA LAKSMI A/P LETCHMAYYA 50 NURAINI BINTI ZAINAL 11 EMMY FARAHFAZLIA BINTI ADENAN 51 MULYADI BIN MOHAMED 12 KAMARUDDIN BIN ABAS 52 NANTHA KUMAR KUPPUSAMY 13 ZAIDAH BINTI MAT YUSUF 53 WAN NURULZAITUL AZUEEN BT WAN JUSOH 14 NOR ZALIZA BINTI ZAKARIAH 54 MOHD KHIR B MOKHTAR 15 NAJIHAH BT ABDUL WAHAB @ MUKHTAR 55 UMA SARMALA A/P MURUGASU 16 ZAMZURI BIN MAHMOOD 56 HJ MOHD RIZAL MOHD ISA 17 VASANTHAN A/L WELAGIAM @ VALITHAM 57 MOHAMED SYAIROZ BIN MOHAMED ODMAN 18 TANAVALLI A/P SUBRAMANIAM 58 ZAIDAH BINTI MAT YUSUF 19 MOHD SUKRI AHMAD 59 MARZLINA BINTI ABD. LATIB@NAWAR 20 YUSMAHAINI BINTI YUSOF 60 VIGANESWARAN KRISHNAN 21 AHMAD ROZIMI BIN ABDULLAH 61 RAHAYU BT SAAR 22 VASANTHAN A/L WELAGIAM @ VALITHAM 62 SALLEHUDIN BIN OMAR 23 MUHAMMAD NOR FARID BIN ABU NAIM 63 MAT INZAN BIN ABDULGHANI 24 JURIAH ZAKARIA 64 MOHD AFENDI BIN ARIFF 25 KARIMAH BINTI ABDULLAH 65 MUNAUVIR HASANIA BT SYED IBRAHIM 26 ZURIANNA BINTI MAN 66 NORHASLINA BINTI OSMAN 27 SAMSURI BIN AB GHANI 67 SYAHRUL NIZAM BIN ZAHARI 28 WAN NADIAH FARIHAH WAN AHMAD 68 ZAINAL ABIDIN HAMID 29 KAMARUL AZLAN BIN AHMAD 69 ZAMZURI BIN MAHMOOD 30 NAHA AFFENDI BIN HANAFIAH 70 SHARIFAH NAZLIAH 31 HAMBALI BIN IDRIS 71 DUTLEY 32 MERYSONA BINTI EDYSON 72 SAUDI BIN HAMAT 33 MUNIRAH BINTI MOHD SHALLEH 73 SAMIHUDDIN SHAIB 34 NIRMALA A/P GOVINDASAMY 74 AZUAWATIE AB RASHID 35 NUR SALWANIE MOHAMED RESALI 75 MOHAMMAD HAIRUL NIZAM 36 MOHD NAZRI BIN MUHAMMAD 76 SRI NURHAYATI 37 MOHD RAMDAN 77 SAMIDAH BINTI TONYAH 38 MELOR BINTI TASMIAN 78 MOHD FADZLAH BIN ABU SAMAH 39 NUR AZILA BINTI ROSLI 79 ABDUL RANI BIN ABDUL RAHMAN 40 RASHIDI BIN MOHAMAD 80 ASMAT BT. AB RAZAK
29 KEHADIRAN GURU 81 ZAHORA ABDULLAH 92 FAIZAH WAN AWANG 82 ADZLINA AHMAD 93 NIRMALA THANNASI 83 PRAMJIT KAUR SHARAIN 94 THINA THAYALAN 84 NIORSAHRIMA BT. IBRAHIM 95 AMIRUL B. AHMAD 85 ROZYHAIZA/ NORADZRIN 96 ZALINA BINTI AHMAD DOA 86 MADINA CHE JAAFAR 97 ROSNA IBRAHIM 87 KHAUSALIAH A/P SUBRAMANIAM 98 ROHANI BT. YUSUF 88 SABRINA IBRAHIM 99 MARIAM BT. BAKAR 89 AHMAD RIZAL 100 ABDIL BIZ MOHAMAD 90 RUMAIZAH BT. HJ MOHAMED 101 WAN ABDULLAH SUHAIMI BIN WAN HASSAN 81 ZAHORA ABDULLAH 102 MOHD AZIZI B. TURJANI 82 ADZLINA AHMAD 103 KHALIJAH YUSOF 83 PRAMJIT KAUR SHARAIN 104 MARIMAH A/P PERIASAMY + SUAMI 84 NIORSAHRIMA BT. IBRAHIM 105 NURULUZA ZUUKIFLEE 85 ROZYHAIZA/ NORADZRIN 106 RAJA A/L VATUMALA 86 MADINA CHE JAAFAR 107 R.S RAJAN 87 KHAUSALIAH A/P SUBRAMANIAM 108 SERI WINDAWATY MOHD IBRAHIM 88 SABRINA IBRAHIM 109 MOHAMMAD RANI BIN BASAR 89 AHMAD RIZAL 110 NURLIYANA KAMARUN MAJIF 90 RUMAIZAH BT. HJ MOHAMED 106 RAJA A/L VATUMALA 91 KHOTIMAH BINTI HAJI PATAH RAJI@MAIDIN 1 NOOR SYAZWINA BINTI KAMARUZAMAN 22 NOR ASIAH BINTI SALLEH@SHAFEI 2 MASITOH BINTI SAID 23 SUHAIZANA BINTI MOHD SUHAIMI 3 DESIGA A/P VESWANAHAN 24 AFIDAH BINTI MOHD SIDEK 4 NURUSSOBIHAN BINTI RAMLI 25 FATIMAH NADIRAH BT MHD GHAZALI 5 KALAIARASIY KARUNANEITHY 26 FARAH ALWANI BINTI HUSSIN 6 NOR AZIMAH BINTI AMRAN 27 AZLIDA BINTI MOHMED @ GHAZALI 7 NOR AZURAYATI BINTI ABDULLAH 28 WONG SIAO HERN 8 Gevitha Ananda Roe 29 NUR AISYAH BINTI LIAS 9 NORELIDA BINTI NASIR 30 NURUL IZZAH BINTI MOHD FAUDZI 10 MAT RAFI BIN MAT SALLEH 31 NUR SYAKIRAH BINTI KAMAL ALKURI 11 MOHD SALEHUDDIN BIN ABDULLAH 32 HAFIDAH BINTI HALI 12 ISMAIL BIN ABDULLAH 33 NOOR HALITA BINTI ALLIAD 13 SITI EFIZA BT MD NOR 34 NUR WAHIDA AMALIN BINTI ZAMRI 14 DAYANG HAMZAH BINTI AWANG HALMI 35 NORAIDA BINTI W.RAMLI 15 ZURAIDA BINTI ABU TALIB 36 AHMAD KAMIL BIN ABU BAKAR 16 KAVITHA A/P ANANTHAN 37 JOHARI BIN BIDIN 17 NORZILA BINTI AHMAD 38 NOOR AFIZAN BINTI AHMAD KAMAL 18 NOR AINI BINTI AZAHARI 39 SITI SALEHAH BINTI SHAFII 19 AZIZAH BINTI DOLLAH 40 NORWATY BINTI HASSAN 20 AIDA HARLIZA BINTI RAMBELI 41 SUHAILA BINTI JUHOD 21 RINA LAILI BINTI AZHAM
30 40 NORWATY BINTI HASSAN 71 SULIATI BINTI HAMZAH 41 SUHAILA BINTI JUHOD 72 SAEDAH BINTI MUSA. 42 SURATI BINTI MOHD DAHALAN 73 MASNI BINTI MAMAT KHALID 43 MAS AYU ALINDA BINTI MUKHTAR 74 NURFATINA HANIS BINTI RUHAFFINDI 44 MUHAMMAD HAFIDZ BIN MAT HASSAN 75 WAN NATASHA ALYA BINTI WAN NASIR 45 NUR AZMAWATI BINTI CHE MUSTAFA 76 NOOR AZIZAH BINTI HASHIM 46 AL HUSNA BT ABD AZIZ 77 NADIRAH BINTI TAJUDIN 47 NUR AIN SUHAIZA BINTI ABD MUNI 78 MANISHA ATHIRA BINTI MOHD FADLI NIZAM 48 NURUL NABILAH BINTI CHE MEH 79 BAHARUDIN IBRAHIM 49 FATIN NAJIHA BINTI ABDUL MANAP 80 ARBAIYAH ARSAT 50 WAN MOHD TAQIUDDIN BIN WAN HUSSIN 81 NOR FASLINA BINTI SAHAK 51 NOOR SHAZLINA BINTI MOHD TAHIR 82 WAN SYAHIIRAH BINTI WAN MOHAMAD 52 NUR AIMI BINTI RAMLI 83 WAN ASMAK BINTI WAN MAHMUD 53 MUHAMMAD YASIN HARAHAP ARSALAN 84 MAIZANI BINTI OTHMAN 54 ROZILA BINTI SAIBI 85 HANIS AQILAH BINTI OMAR BAKI 55 NOR AFZAN BT MUHAMAD JAMIL 86 HANAA' BINTI MD YUSOFF 56 Suliza mohamad 87 MOHD ZAKIMAN BIN ZAKARIA 57 ASIAH BINTI MAT HASHIN @ HARUN 88 NORAZLINA BT CHE WIL 58 MAIMUN BINTI MUSA 89 MUHD KHALIL BIN IBRAHIM @ MUDA 59 NOR ATIKAH BINTI ROSLI 90 MOHD AKRAM BIN MOHD SEBRI 60 GUNAVENI ARJUNAN 91 MANIVANNANA/L PALANIANDY 61 MUHAMAD HASRULNIZAM BIN MOHAMAD 92 ZURAIDA BINTI NOR BAHARI 62 WAN FARIDAH BINTI WAN EMBONG 93 ZULFAHAILA BINTI JAMIL 63 AHMAD SUFEAN BIN MOHAMED 94 NORIDAH BINTI AWANG 64 MUHAMMAD RUSHDAN BIN ZAINUDIN 95 NORIZAN BINTI ZAINAL ABIDIN 65 HILMI FAIZ BIN MUSTAFA KAMAL 96 NORAZLINA BT MOHAMAD 66 NORJAMLIZA BINTI AB JALIL 97 NORSHIDA BINTIJOHARI 67 HAZLINA BINTI BUYONG 98 NORZAKIRA BINTI YUSUF 68 RAJA MOHD HAFEZAL BIN RAJA HUSIN 99 NUR A'DILAH HANI BT RIDUAN 69 SITI AULIA BINTI SUJONO 100 IMELDA SAHRIAH BINTI ISHAK 70 TG NURUL HASYIMAH BINTI T ABDUL HALIM
31 Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Hillcrest banyak memainkan peranan dalam membantu pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti dan program-program sekolah. Peruntukan dan sumbangan daripada tabung kewangan PIBG telah dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu pihak sekolah melaksanakan program peningkatan akademik, sahsiah, malah disalurkan untuk pembangunan infrastruktur, penyelenggaraan kemudahan-kemudahan bagi memastikan kebajikan warga Hillcrestsentiasa terjaga. Pengeluaran dibuat setelah mendapat persetujuan sebulat suara daripada semua ahli PIBG dalam mesyuarat AJK PIBG. Berikut adalah beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak sekolah dengan sokongan dan kerjasama PIBG SMK Hillcrest. 1. Mesyuarat AJK PIBG Sepanjang Sesi ini PIBG telah mengadakan sebanyak 3 kali mesyuarat. Mesyuarat AJK Kali 1 18 Mei 2023 Mesyuarat AJK Kali 2 2 Oktober 2023 Mesyuarat AJK Kali 3 20 Februari 2024 Senarai Kehadiran AJK adalah seperti berikut : B I L NAMA JAWATAN 21 3 JU ML AH 1 Tuan Abdul Samat bin Ismail Penasihat √√ √ 3/3 2 En. Zakaria bin Abdul Karim Yang Dipertua √√ √ 3/3 3 Pn. Syarifah Nazliah binti SyedAbdul Rahman Naib YDP √√ 2/3 4 Pn. Hidayatul Husna binti Morat Setiausaha √√ √ 3/3 5 Pn. Suliza Mohamad Pen. Setiausaha √√ √ 3/3 6 Pn. Rina Laili binti Azham Bendahari √√ √ 3/3 7 Pn. Siti Salehah Binti Shafii Pen Bendahari √√ √ 3/3 8 Pn. Hafidah Binti Hali Ajk Guru √√ √ 3/3 9 En. Muhammad Yasin Bin Harahap Ajk Guru √√ √ 3/3 1 0 Cik Surati Binti Mohd Dahalan Ajk Guru √√ √ 3/3 1 1 Datin Rozila Binti Saibi Ajk Guru √√ √ 3/3 LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG 2023
32 1 2 Cik Wong Siao Hern Ajk Guru √√ √ 3/3 1 3 En. Mohd Shamsul Bahri Bin Roslan Ajk Guru √ √ 2/3 1 4 En. Zamzuri bin Mahmood Ajk Ibu Bapa √√ √ 3/3 1 5 Pn. Juriah binti Zakaria Ajk Ibu Bapa √√ √ 3/3 1 6 Pn. Nor Zaliza Binti Zakariah Ajk Ibu Bapa √√ √ 3/3 1 7 En. Mohd Sukri bin Amad Ajk Ibu Bapa √√ √ 3/3 1 8 En. Kamaruddin bin Abas Ajk Ibu Bapa √ √ 3/3 19 Pn. Masthura Mahmud Ajk Ibu Bapa √√ √ 3/3 2 0 En. Manivannan A/L Palaniandy Juruaudit Guru √ 1/3 2 1 Pn. Azliawatie Ab Rashid Juru audit Ibu bapa √√ √ 3/3 Jumlah hadir 2 1 19 19 2. Sumbangan Bakul Ramadan Diadakan pada 15 April 2023, sumbangan makanan dan wang diberikan pada murid asnaf, miskin, yatim dan OKU telah selamat diserahkan pada hari ini. Unit kebajikan SMK Hillcrest berganding bahu dengan PIBG sekolah dalam memungut dana dari guru-guru, orang perseorangan dan NGO. Sumbangan ini diberikan sempena menyambut ramadan dan syawal. 3. Penyampaian Sumbangan ‘Floor Cleaner’ Diadakan pada 9 September 2023. Sumbangan ini diserahkan oleh wakil PIBG kepada pihak sekolah dalam membantu mengurangkan kos pembersihan Dewan Wadi Iqra Khususnya. Dana diperoleh daripada NGO hasil usaha PIBG SMK Hillcrest. 4. Program Ziarah Mahabbah Diadakan pada 28 Oktober 2023 dengan kerjasama unit kaunselor sekolah dan PIBG. Program ini dibuat utuk mengenalpasti murid yang kurang bernasib baik. Program ini melibatkan lawatan rumahke rumah oleh guru-guru dan ahli PIBG. Murid yang mempunyai masalah lewat hadir ke sekolah, ponteng, dan bermasalah kesihatan juga terlibat dalam program ini. 5. Bacaan Yassin Perdana SPM 2022, Tahlil dan Solat Hajat Program bacaan yassin ini dibuat pada 16 Februari 2023 sempena Peperiksaan SPM yang bakal berlangsung. Selain untuk memohon keredaaan dan ketenangan buat anak-anak calon SPM. Program ini secara tidak langsung dibuat sebagai usaha mengutip sumbangan daripada ibu bapa bagimenampung kos penyediaan makanan sihat sepanjang peperiksaan SPM.
33 6. Sumbangan Makanan Sihat untuk Calon SPM 2022 Program ini telah diadakan sepanjang SPM berlangsung. Makanan diedarkan setiap hari seawal jam 6.45 pagi sebelum calon SPM menduduki peperiksaan. Telah menjadi tradisi PIBG Hillcrest sejakbeberapa tahun dalam menjayakan program ini sebagai usaha untuk memberi sokongan dan semangat kepada calon SPM. Sumbangan dan dana ialah hasil usaha tanpa jemu PIBG. 7. Lain-lain Program PIBG 2023/2024 • Membantu dalam pemilihan pemain bola sepak SMK Hillcrest • Terlibat secara langsung semasa gotong-royong Madani SMK Hillcrest • Terlibat secara langsung dalam membangunkan sehingga kerja-kerja melengkapkan kemudahan dan kelengkapan Dewan Wadi Iqra. • Sumbangan menyiapkan pondok pengawal keselamatan, menampung perbelanjaan kerjakerja menyiapkan parking sekolah, dan penyelenggaraan kemudahan-kemudahan asas sekolah. • Turut sama menyertai ziarah murid dan staff sekolah yang kurang bernasib baik. • Hadir memberi sokongan dan bantuan kewangan dalam setiap program utama sekolah. Sesungguhnya hubungan pihak PIBG dan sekolah ibarat ‘aur dengan tebing’ yang saling membantu dan saling memahami. Dengan kerjasama erat kedua-dua pihak, kualiti pendidikan dan infrastruktursekolah jelas bertambah baik dari tahun ke tahun. Pihak PIBG tidak pernah culas dalam memberi sokongan pada setiap aktiviti sekolah, malah dilihat sangat proaktif dalam menyumbang masa, wangringgit, tenaga dan buah fikiran. Disediakan oleh, ……………….……… (HIDAYATUL HUSNA BT MORAT) Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru,SMK Hillcrest.
34 LAPORAN TAHUNAN KEWANGAN PIBG 2023
35
36
37 1. KURIKULUM -Tiada 2. HEM BIL PENCADANG USUL 1. FONG CHEW LEG YONG WEN BING ( 3 SDAR ) Masalah pintu tandas. Saya bercadang agar kunci di sebelah pintu luar tandas perseorangan ditanggalkan supaya murid yang nakal tidak mengunci (buli) murid lain di dalam tandas tersebut. 2. SHEILA HANE ( 4 USM ) Menukar kerusi di kelas. Duit PIBG ada diperuntukan untuk ini? Tandas sudah diperbaiki? Peruntukan dari Kementerian Pendidikan? 3. PN. NOR FARIHAN BINTI YUNUS Guru Penolong Kanan HEM Unit HEM memohon kebenaran daripada ibu bapa untuk memotong rambut murid yang panjang setelah menghubungi ibu bapa/penjaga berkali- kali tetapi tiada jawapan daripada ibu bapa. 3. KOKURIKULUM BIL PENCADANG USUL 1. PN. AMDAN ZAINANI BINTI MOHAMAAD Guru Penolong Kanan Kokurikulum Memohon sokongan dan sumbangan untuk projek baik pulih pagar padang sekolah 2. PN. AMDAN ZAINANI BINTI MOHAMAAD Guru Penolong Kanan Kokurikulum Memohon sokongan dan sumbangan untuk projek memperlebar padang dan penambakan lereng berbukit di padang sekolah 4. PIBG BIL PENCADANG USUL 1. TUAN HJ. ZAKARIA BIN ABDUL KARIM YDP PIBG Cadangan projek mencari dana : 1. Jamuan makan malam 2. Karnival HOT 3. Larian Amal HOT USUL-USUL PIBG
38 USUL PERUNTUKAN KEWANGAN PIBG SESI 2024/2025 NAMA UNIT BUTIR RM RM UNIT KURIKULUM MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH 10000.00 GURU GANTI 10000.00 LAIN-LAIN PROGRAM • PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU • PROGRAM PANITIA 10000.00 JUMLAH 30000.00 UNIT HEM PRASARANA SEKOLAH/ PENYELENGGARAAN 15000.00 FIZIKAL KELAS 3000.00 KECERIAAN SEKOLAH 3000.00 PROGRAM KEPIMPINAN MURID 4000.00 JUMLAH 25000.00 UNIT KO KURIKULUM SUKAN ELIT 5000.00 HARI SUKAN SEKOLAH/ROAD RUN 15000.00 PERKHEFOM/PERKHEMAHAN MURID/LAIN-LAIN AKTIVITI 5000.00 JUMLAH 25000.00 PENGURUSAN PENGURUSAN PEJABAT 2000.00 JARINGAN DAN JALINAN 3000.00
39 SEKOLAH JUMLAH 5000.00 PENGURUSAN PIBG PENGURUSAN PIBG 2000.00 JAMUAN MESYUARAT 1500.00 BIL UNIFI (RM350 X 12 BULAN) 4200.00 PERPINDAHAN GURU DAN STAFF 2300.00 TAJAAN 10000.00 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 5000.00 JUMLAH 25000.00 JUMLAH KESELURUHAN 110000.00
40 A. SUMBANGAN PIBG TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5 AKAUN MAYBANK (562405647243) BIL BUTIR JUMLAH (RM) 1. SUMBANGAN PIBG 60.00 2. KESELAMATAN 10.00 3. PENYELENGGARAAN TANDAS 10.00 4. MAJALAH SEKOLAH 15.00 6. KERTAS A4 12.00 JUMLAH KESELURUHAN 107.00 B. SUMBANGAN PROGRAM PENINGKATAN SPM AKAUN AFFIN BANK (105040037103) TINGKATAN 5 BIL BUTIR JUMLAH (RM) 1. PENINGKATAN TINGKATAN 5 (KJJK) 100.00 2. GRADUASI 70.00 JUMLAH KESELURUHAN 170.00 CADANGAN KUTIPAN PIBG TAHUN 2024
41 CARTA ORGANISASI PIBG SESI 2024/2025 Penasihat : Yang Dipertua : Naib Yang Dipertua : Setiausaha Kehormat : Pen Bendahari : Bendahari Kehormat : Pen Bendahari : Ahli Jawatan Kuasa Ibubapa : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Ahli Jawatan Kuasa Guru : 1. 2. 3. 4. Juruaudit : Wakil Ibubapa : : Wakil Guru :
42 Penghargaan Seluruh Jawatankuasa PIBG dengan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada : Encik Zakaria bin Abdul Karim, YDP PIBG Pengetua, SMK Hillcrest. Guru-guru dan kakitangan SMK Hillcrest. Jutaan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah menyumbang buah fikiran dan sokongan moral bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-32 2024