PENGHASILAN PRODUK EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN TUGASAN2
Nama:Nur Aleeya binti Abdullah Angka giliran: 2021202340285 Kelas: T2S2.09 Nama pensyarah: Encik Mohd Nasarudin bin Ismail
Stratifikasi sosial adalah proses di mana masyarakat mengelompokkan individuindividu ke dalam lapisan-lapisan atau strata yang diertikan sebagai perbezaan kelas berdasarkan pada berbagai faktor seperti status ekonomi, pendidikan, pekerjaan, atau kekuasaan. Perkara ini dapat menciptakan hierarki yang mempengaruhi akses individu terhadap sumber daya dan kesempatan dalam masyarakat. Stratifikasi sosial ini juga dapat memengaruhi kehidupan individu dalam pelbagai perkara dan ia termasuk peluang pendidikan, pekerjaan, dan kekayaan. Menurut Rohana (2010), strafikasi sosial adalah sesuatu yang diterima umum oleh masyarakat bagi menentukan kedudukan dalam struktur sosial STRATIFIKASI SOSIAL
INSTITUSI SOSIAL Menurut Nickerson (2022), institusi sosial merupakan pola-pola tingkah laku sesebuah masyarakat yang telah dipersetujui seperti undang-undang. Institusi sosial adalah aturan, norma, nilai, dan praktik-praktik yang membentuk bahagian dalam kehidupan seharian dan mempengaruhi cara individu berinteraksi satu sama lain. Contoh institusi sosial meliputi sekolah, keluarga, masyarakat dan sebagainya. Setiap institusi memiliki peranan dan fungsi yang tersendiri dalam memelihara stabiliti dan keberlangsungan kehidupan masyarakat.
SEKOLAH Sekolah merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan pendidikan kepada pelajar. Sekolah ini mempunyai beberapa tenaga pengajar atau guru untuk mendidik dan membimbing pelajar. Institusi pendidikan ini bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan akhirnya universiti.
BUDAYA SEKOLAH Budaya sekolah merupakan kualiti dan ciri-ciri kehidupan di sesebuah sekolah yang berhubung kait dengan norma, matlamat, hubungan sesama manusia, corak pengajaran dan pembelajaran, kepimpinan dan struktur organisasi BUDAYA FORMAL BUDAYA TIDAK FORMAL Satu elemen yang mementingkan pencapaian akademik yang berkait dengan kaedah serta strategi sekolah untuk mencapai matlamat tersebut. Cara bertutur, pemakaian, berbahasa dan sebagainya. Boleh dibentuk oleh subbudaya, guru, murid, pentadbir, ibu bapa dan sebagainya
BUDAYA KEBERSIHAN KELAS Setiap murid yang berada di dalam kelas mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza yang menyebabkan budaya kebersihan kelas ini adalah salah satu impak stratifikasi sosial. Murid yang tinggal di tempat tinggal yang serba kekurangan seperti rumah setinggan mungkin tidak mementingkan kebersihan berbanding murid daripada keluarga berada yang lebih mementingkan kebersihan. Kebersihan kelas ini sangat penting untuk memberikan keselesaan kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
KESAN POSITIF Kebersihan kelas ini dapat membantu guru untuk memberikan pengajaran yang lebih efektif kepada murid di dalam kelas kerana apabila berada di dalam persekitaran yang bersih, murid juga akan menjadi lebih ceria, nyaman dan selesa. Hal ini juga akan membuatkan murid menjadi lebih fokus di dalam kelas. Budaya kebersihan kelas ini juga dapat menjaminkan kesihatan murid kerana apabila kelas berada di dalam keadaan yang bersih, ia dapat mengelakkan murid daripada terkena penyakit berjangkit dan murid juga akan menjadi lebih sihat dan bertenaga di dalam kelas.
KESAN NEGATIF Terdapat murid yang malas untuk membersihkan kelas dan tidak menghiraukan kebersihan di dalam kelas kerana murid yang berasal daripada latar belakang keluarga yang serba kekurangan mungkin sudah terbiasa dengan persekitaran mereka yang kurang bersih. Perkara ini dapat mempengaruhi murid yang lain untuk belajar. Jadi, guru mestilah memberikan kesedaran kepada murid tersebut supaya mengutamakan kebersihan di dalam kelas.
BUDAYA BERSALAMAN DENGAN GURU Budaya bersalaman dengan guru merupakan budaya yang sering diterapkan di dalam sekolah. Namun, tidak semua murid dapat menerapkan budaya ini dalam diri mereka. Hal ini adalah kerana mereka mungkin daripada latar belakang keluarga yang mempunyai masalah berbanding dengan murid yang berasal daripada latar belakang keluarga yang lebih stabil.
KESAN POSITIF Budaya bersalaman dengan guru ini dapat mewujudkan hubungan yang lebih ramah dan rapat antara guru dan murid. Murid yang telah dididik oleh keluarga mereka daripada kecil mungkin lebih ada sikap hormatmenghormati dalam diri mereka berbanding murid yang kurang dididik oleh ibu bapa mereka kerana mereka yang kurang memberikan tumpuan kepada anak-anak mereka. Melalui budaya bersalaman dengan guru ini, ia dapat membiasakan murid untuk bersalaman dengan orang yang lebih tua untuk menunjukkan rasa hormat.
KESAN NEGATIF Terdapat murid yang bersikap kurang ajar dan enggan untuk bersalaman dengan guru. Hal ini adalah kerana murid tersebut mungkin berasa tertekan disebabkan oleh masalah keluarga dan ia telah memberikan impak kepada tingkah laku murid tersebut di sekolah. Jadi, perkara ini dapat menjejaskan hubungan guru bersama murid. Oleh kerana itu, guru mestilah berusaha untuk membina hubungan yang baik bersama murid dan berbincang bersama ibu bapa murid tersebut.
BUDAYA PEMAKAIAN MURID DI SEKOLAH Pemakaian murid di sekolah juga dapat dipengaruhi oleh stratifikasi sosial. Hal ini adalah kerana murid yang berasal daripada latar belakang keluarga yang mempunyai sosioekonomi yang lebih tinggi mungkin mempunyai pemakaian yang berbeza dengan murid yang berasal daripada latar belakang keluarga yang mempunyai sosioekonomi yang rendah.
KESAN POSITIF Budaya pemakaian di sekolah dapat membantu murid untuk sentiasa berada dalam keadaan yang lebih kemas dan bersih. Hal ini sekali gus dapat membuatkan penampilan diri murid lebih menarik tidak kira di sekolah atau di mana-mana. Perkara ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid. KESAN NEGATIF Murid yang berasal daripada latar belakang keluarga yang mempunyai sosioekonomi yang rendah akan berasa malu disebabkan oleh pemakaian mereka yang tidak kemas, kotor dan menggunakan baju yang lama berbanding dengan murid daripada keluarga yang berada yang sering dalam keadaan yang kemas dan bersih. Oleh itu, guru boleh membuat tabung kebajikan untuk membantu murid yang lebih memerlukan.
BUDAYA MENGANGKAT TANGAN UNTUK BERTANYA Budaya mengangkat tangan di dalam kelas ini merupakan salah satu budaya positif di sekolah. Murid yang mempunyai sifat rasa ingin tahu akan sering bertanya guru tentang sesuatu topik yang mereka kurang faham.
KESAN POSITIF Murid yang sering bertanya kepada guru ini akan meningkatkan lagi keyakinan diri mereka kerana mereka berani untuk bertanya kepada guru tentang sesuatu tajuk yang mereka kurang faham. Jadi, murid dapat mengetahui maklumat dengan lebih lanjut serta dapat memahami sesuatu isi-isi pembelajaran dengan lebih terperinci. Hal ini juga dapat membantu murid untuk lebih berani apabila berada di tempat awam untuk bertanyakan sesuatu perkara kepada seseorang.
Anastasya, W. D., Say, W., & Wahyuni, D. S. (2024). Kesenjangan Prestasi di Sekolah: Faktor-Faktor Stratifikasi yang Berperan. JURNAL PENDIDIKAN DAN ILMU SOSIAL (JUPENDIS), 2(1), 171-181. Ibrahim, M. H., Puteh, M., Adnan, M., Che Ahmad, C. N., & Mohamed Noh, N. (2012). Kesan perubahan iklim terhadap keselesaan terma: isu dan cabaran di sekolah. Kurniawan, W. A. (2018). Budaya tertib siswa di sekolah. CV Jejak (Jejak Publisher). Maryamah, E. (2017). Pengembangan budaya sekolah. Tarbawi: Jurnal Keilmuan Manajemen Pendidikan, 2(02), 86-96. Nizary, M. A., & Hamami, T. (2020). Budaya Sekolah. AtTafkir, 13(2), 161-172. RUJUKAN
SEKIAN TERIMA KASIH