The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FATIMAHWATI BINTI TALIB, 2021-09-26 09:01:56

BOBOI DALAM KENANGAN COMPLETE

15/04/2007 – 31/01/2021










1

BOBOY DALAM KENANGAN


Tanggal 31/1/2021, Boboy pulang kepada penciptanya lima minit
sebelum masuknya waktu Maghrib pada usia 13 tahun 9 bulan, bulan April ni
genap umurnya 14 tahun. Saat itu aku sempat mendengar helaan nafasnya
yang terakhir. Kebetulan petang itu aku dikunjungi oleh dua orang jiran yang
menziarah jiranku yang sakit. Sebelum pulang , jiranku dan aku sempat
menatap Boboy yang terbaring lesu, menurut jiranku, Boboy telah nazak dan
ketika itu kami sama-sama menatapi Boboy dan tidak lama selepas itu
Boboypun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sangat jelas kedengaran
walaupun bunyinya agak perlahan sebab kami berdua memang betul-betul
berada di hadapan pintu sangkarnya.

Selepas menghantar jiranku ke pintu pagar, aku cepat-cepat menyiram
pokok-pokokku yang layu kerana cuaca pada hari itu agak panas. Selesai
menyiram, aku pun masuk dalam pagar rumah kerana ketika itu azan
sudahpun berkumandang. Aku pergi melihat Boboy dan menyentuh mukanya
serta mengamati betul-betul pernafasannya, ternyata nafasnya sudah tiada
dan boboy sudah tidak bergerak lagi. Tubuhnya terbujur kaku. Allahuakbar,
betul ke… aku sentuh semula mukanya , mulutnya seolah-olah sukar untukku
menerima kenyataan saat itu. Betul ke helaan nafasnya yang kudengar tadi
merupakan yang terakhir. Allahurabbi. Adiknya Melisa yang berada di dalam
sangkar yang sama turut resah dan berjalan mundar-mandir berhampiran
Boboy seolah-olah mengerti apa yang berlaku. Adakalanya Mel melangkah
Boboy dan sengaja melanggar boboy dengan kakinya seolah-olah minta
Boboy bangun dari pembaringan.

Aku meluru masuk ke dalam rumah, mencapai telefon untuk
memaklumkan kepada adikku. Aku bercadang hendak kebumikan Boboy di
Kampung Serkam sebab tanah di bahagian hadapan rumahku ini agak keras
kerana banyak akar pokok dan batu, memang sukar untuk digali. Tambahan
pula kerja menggali itu aku tidak boleh lakukan atas sebab keadaan tanganku
yang sakit (saraf- tidak boleh overuse). Bermakna kena tunggu pagi esok baru
boleh bawa Boboy ke Serkam sebab masa tu jam menunjukkan pukul 7.45
malam. Musim PKP ni jam 8.00 malam sudah tidak boleh keluar rumah. Adikku
menyarankan agar mayat boboy dimasukkan dalam plastik agar tidak berbau
sementara menunggu hari esok. Jarak masa yang panjang boleh
menyebabkan berlakunya pelbagai kemungkinan seperti keluar cecair dari
mana-mana bahagian anggota tubuh, keras dan sukar untuk dibungkus,
dihurung oleh semut atau serangga lain, mengeluarkan bau yang kurang
menyenangkan dan yang paling penting ditutup agar keselamatannya
terjamin walaupun telah menjadi mayat.


2

Selepas berbincang dan membuat keputusan , aku pun solat Maghrib
dan menguruskan mayat Boboy. Aku mengambil dua helai plastik besar
berwarna merah dari laci kabinet, mengambil kain batikku dan tshirt yang lusuh
serta sebuah kotak A4 yang besar. Semua barang2 tu aku bawa keluar di
bahagian varanda untuk membungkus mayat Boboy sementara jasadnya
masih lembut lagi. Begitu berhati-hati aku melakukan tugas itu agar mayat
Boboy tidak sakit. Sengaja aku buat kerja tu depan sangkar , biar Mel nampak
apa yang sedang berlaku. Aku cuba bercakap dengan Mel bahawa
abangnya Boboy sudah tiada lagi. Dengan harapan Mel mengerti
bahawasanya abangnya yang selalu makan , bermain dan tidur bersama
telah tiada lagi. Mel nampak tenang melihat situasi yang berlaku.

Pertama sekali aku buka plastik merah dan membentangkan kain batikku
yang telah lusuh. Kemudian aku mengangkat mayat Boboy dari dalam sangkar
dan meletakkan di atas kain batikku dengan perlahan-lahan, kemudian aku
tutup mayat boboy dengan tshirt lamaku supaya kelihatan kemas. Harapanku
agar boboy sentiasa dekat denganku, maksudku kalau rindu, Boboy ada
sentiasa denganku . Kemudian aku keluarkan udara yang terperangkap agar
plastik itu tidak mengelembung selepas diikat nanti. Apabila plastik pertama
selesai diikat , aku masukkan pula dalam plastik yang kedua, agar lebih selamat
dan kemas. Akhir sekali aku masukkan plastik itu ke dalam kotak yang bertutup
untuk memastikan mayat Boboy selamat sehingga keesokkan harinya. Setelah
semuanya selesai, aku meletakkan kotak itu di atas sangkar dan mengambil
gambar untukku jadikan kenangan.

Aku masuk semula ke dalam rumah dan menghantar gambar yang
diambil tadi kepada adikku di Serkam. Kemudian aku baca wa dari jiranku
yang datang petang tadi yang mendoakan agar kucingku sihat seperti
sediakala sebab petang tadi dia dah terlepas cakap mengatakan kucingku
“dah nazak”. Akupun terus call dia dan maklumkan bahawa kucingku telah
pergi menemui penciptanya. Allahuakbar dan dia bertanya macam mana aku
nak tanam. Akupun menyatakan keputusan untuk menanammya di
kampungku Serkam seawal pagi esok. Menurutnya kalau nak kebumikan di
Serkam , jauh bagiku untuk menziarahinya, sebaliknya kalau tanam di kawasan
taman , bolehlah aku menziarahinya setiap hari. Aku setuju dengan
pendapatnya , cuma siapakah orang yang sudi menolongku di saat ini. Jiranku
suruh aku mencari cangkul, menurutnya kalau ada cangkul, suaminya boleh
tolong galikan lubang. Alhamdulillah usaha mendapatkan cangkul berhasil. Aku
maklumkan kepadanya bahawa cangkul dah ada dan boleh kebumikan
Boboy malam tu juga . Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah
mempermudahkan urusanku dan memberi jalan keluar untuk mengebumikan
Boboy. Hilang rasa keresahanku sebelum ini apabila memikirkan bahawa mayat
Boboy hanya boleh diuruskan pagi esok di Kampung Serkam.



3

Selepas selesai solat Isyak, jam 9.15 akupun memasukkan kotak yang
berisi jenazah Boboy ke dalam kereta dan bergerak ke blok belakang kerana
Boboy akan disemadikan di kawasan tanah lapang berhampiran dengan pakir
kereta kawanku. Menurutnya kawasan tanah di situ lembut dan mudah digali
Cuma rumputnya agak tebal macam karpet. Aku pergi ke rumah jiranku untuk
mengambil cangkul dan kerja-kerja menggali pusara Boboy dilakukan sebaik
saja cangkul berada di tangan jiranku. Hanya tiga orang saja yang terlibat, aku
dan jiranku suami isteri. Maklumlah musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
akibat pandemik Covid-19, tidak dibenarkan orang ramai berkumpul di sesuatu
kawasan terlalu ramai dan seharusnya menjaga SOP. Kawasan di situ agak
gelap dan terpaksa menggunakan cahaya dari handphone saja. Walaupun
penataan cahaya agak samar , akhirnya jasad boboy bersama kain batik dan
tshirtku dimasukkan ke liang lahat. Aku berada begitu hampir dengan
pusaranya untuk memastikan mukanya betul-betul mengadap kiblat. Jiranku
sempat merakamkan detik boboy disemadikan. Syukur Alhamdulillah kerana
Allah telah permudahkan urusan mengebumikan Boboy pada jam 9.45 malam.
Setelah mengucapkan terima kasih kepada suami dan isterinya, akupun mohon
untuk balik ke rumah jam 10.

Perasaanku ketika itu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Sebaik saja selesai parking kereta dalam garaj, aku menoleh ke arah sangkar
dan kulihat Mel merenung jauh. Tak tahu aku apa yang sedang difikirkan.
Mungkin hairan melihatku keluar malam dan balik tanpa Boboy di sisi. Tanpa
menegurnya, aku terus masuk dalam rumah dan menghantar wa kepada
adikku memaklumkan bahawa Boboy telah selamat disemadikan dengan
bantuan jiranku. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana jenazah Boboy
dapat diuruskan dengan cepat dan lancar. Terima kasih Allah kerana telah
meminjamkan Boboy kepadaku dalam jangka waktu yang lama.
Sesungguhnya aku redha Ya Allah kerana pemergian Boboy menyedarkan aku
bahawa suatu hari nanti, aku juga pasti akan pulang kepadaMu yang Maha
Pencipta .

Entah mengapa rasa sedih ini aku kongsikan dengan kawanku seorang
kaunselor yang merupakan peminat kucing juga. Melisa yang berada di dalam
sangkar asyik mengiau sejak aku pulang dan masuk ke rumah pada malam itu.
Mungkin masih tidak mengerti apa yang terjadi atau tidak boleh menerima
hakikat yang malam itu terpaksa tidur sendirian dalam bekas yang disediakan
sebab kebiasaanya tidur berdua bersama Boboy. Puasku memujuknya agar
tidur dan sempat juga aku merakamkan gelagatnya pada malam itu walaupun
jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Rawan hatiku melihatnya berdiri di tepi
sangkar yang mengadap pintu rumahku. Lama juga aku berdiri di pintu grill
untuk menenangkannya. Ingin saja aku keluar mendekati dan memeluknya
namun apakan daya, apabila mengenangkan hari sudah lewat malam
kubatalkan niatku demi untuk menjaga keselamatan diriku.

4

Kemudian aku share dengan dua orang kakakku, kesedihan yang
dialami walaupun aku sedar waktu itu sudah larut malam dan mungkin mereka
berdua sedang dibuai atau diulit dengan mimpi-mimpi yang indah. Kebetulan
kedua-duanya, akan menyambut harijadi pada hari esok bersamaan 1/2/21.
Jadi selepas memberi ucapan hari jadi, akupun terus menghantar cerita
dukaku yang kehilangan Boboy . Memang sukar untukku menerima hakikat
bahawa Boboy telah pergi meninggalkan diri ini untuk selama-lamanya. Mel
yang masih mengiau-ngiau di dalam sangkarnya sedikit sebanyak
mengganggu emosiku dan menjadikan aku semakin sukar untuk melelapkan
mata. Namun suatu ketika tanpa kusedari akhirnya aku terlena jua.

Apabila bangun tidur (1/2/21)dan selesai melakukan rutin harian solat
dan mengaji, perasaan sedih itu muncul kembali. Kesedihan itu aku kongsikan
lagi dengan seorang lagi kakakku, adikku, anak saudaraku di Gombak dan
beberapa orang rakanku. Kali ini aku turut mengirimkan 2 video yang sempat
kurakamkan tanggal 31/1/2021 . Entah mengapa Allah menggerakkan hatiku
untuk merakamkam saat Boboy yang cuba keluar dari sangkar dan aku
membiarkan saja apa yang ingin dilakukan. Kulihat Boboy membasahkan
tekaknya dengan meminum air dalam baldi kecil yang aku rendam pokok
daun pandan di tepi sangkarnya. Kemudian berjalan di kawasan varanda serta
parking kereta. Seketika kemudian duduk di bawah keretaku, melepaskan lelah
dan seketika cuba hendak melompat pagar rumah jiranku seolah-olah nak
keluar dari pagar, tapi tak berdaya sebab dari semalam (30/1/21-31/1/21)
hingga pagi ni Boboy tak menjamah makanan langsung, namun cepat-cepat
aku menangkap, memeluknya dan memasukkan semula ke dalam sangkar.
Boboy terus merebahkan diri di penjuru sangkar dan melayan perasaannya
yang sukar untuk aku mengertikan.

Aku masuk dalam rumah dan memasak. Menu hari itu ialah Mi Hon Sop ,
ikan goreng dan ikan masak kicap. Selesai masak jam 2 petang aku
menyediakan makanan untuk Boboy iaitu ikan kembung goreng. Selalunya
sesekali sebelum ini kalau Boboy tak selera makan, aku memang gorengkannya
ikan kembung atau keropok ikan. Pasti Boboy akan makan hingga habis. Jadi
harapanku agak tinggi untuk melihat Boboy makan hidangan tengah hari yang
kubawakan ini. Sekali lagi rakaman video dilakukan tapi sangkaanku meleset
sebab Boboy tak mahu langsung menjamah makanan itu. Aku pasrah . Ini
bermakna dah dua hari Boboy tak menjamah sebarang makanan . Minum pun
tak kecuali meneguk sedikit air daun pandan dalam baldi jam 11 pagi tadi

Pagi Isnin, selepas selesai menghantar wa dan video, aku melihat Mel
yang termenung dalam sangkar tak menyapa pun aku walaupun aku cuba
nak memberi dia makanan special . Suaranya sampai serak sebab semalaman
mengiau dan tak tidur. Makan pun tak selera pagi tu. Petang Isnin (1/2/21) lebih
kurang jam 6.30 petang, aku kuatkan semangat untuk menziarahi pusara
Boboy. Rindu benar rasanya pada Boboy. Namun apabila sampai di sana aku

5

tak nampak mana satu kawasan pusara Boboy sebab malam tadi pusaranya
ditutup dengan rumput yang tebal, untuk memastikan pusaranya tidak
diganggu gugat oleh haiwan lain yang berkeliaran. Sukar untuk ku mengecam,
tambahan pula malam tadi suasana agak gelap, memang sukar untukku
melakukan pengecaman pusara boboy. Termenung seketika memikirkan lokasi
yang betul. Allahuakhbar, aku balik ke rumah. Terasa hampa dan kecewa
menyelubungi diriku. Rindunya Boboy. Sesekali aku melihat video yang sempat
kurakamkan dan tanpa kusedari air mataku akan membasahi pipiku.
RINDUNYA…BOBOY…ALLAHUAKBAR…HILANGKANLAH RASA RINDU INI YA
ALLAH.. itulah antara ungkapan yang terkeluar dari mulutku. Sungguh pilu rasa
hati ini, dan hanya kepada Engkau Yarabb tempatku mengadu.

Selasa pagi (2/2/2021) selepas melakukan rutin harian, aku menghampiri
sangkar dan yang pasti Mel masih termenung, jauh sekali untuk menyapa diriku.
Jadi aku beralah dengan memanggil namanya untuk membersihkan sangkar
dan memberi makan sarapan pagi padanya. Aku menghabiskan makanan
dalam tin yang masih berbaki semalam yang kusimpan dalam peti sejuk agar
tidak tercemar. Semuanya sanggup kulakukan untuk Mel. Ku letakkan makanan
lembut itu dalam bekas makanannya. Aku tunggu Mel makan agar tidak
bersisa. Mahal makanan tu. Selesai makan dan membersihkan bekas
makanannya, kuajak Mel keluar sangkar dan mengikutku menyiram pokok-
pokokku di luar pagar. Kulihat gelagat Mel yang pergi di bawah pokok mangga
menghidu sesuatu seakan-akan mencari bau abangnya Boboy. Sedih pulak
melihat Mel dan aku cuba memeluknya serta menjelaskan sekali lagi bahawa
Boboy dah tak ada dan apabila aku masuk semula dalam pagar, Mel cepat-
cepat mengekoriku dan terus masuk dalam sangkar. Hari ini aku keluar untuk
pergi bank, seperti biasa mataku akan tertumpu di kawasan tanah lapang
tempat Boboy disemadikan, walaupun lokasi sebenar masih tidak pasti. Malam
itu aku telefon jiran bincang nak tanam pokok agar mudah bagiku mengecam
pusara Boboy. Hasil dari perbincangan bahawa hari khamis 4/2 akan tanam
pokok. Hari Selasa dan Rabu macam biasa tengok kubur Boboy dari jauh saja.

Rabu pagi (3/2/21), selepas solat subuh, sayup-sayup kedengaran suara
Mel mengiau-ngiau. Aku bingkas bangun dan melepaskannya dari sangkar.
Pada firasatku mungkin dia nak keluar menghirup udara pagi yang segar,
namun sangkaanku meleset sama sekali sebab Mel tak kemana-manapun,
hanya mundar-mandir di dalam kawasan pagar rumahku saja walaupun pintu
pagar kecil telah kubuka. Melihatkan gelagatnya yang selamba je tu, aku tutup
semula pintu pagar kecil dan masuk semula ke dalam rumah. Aku telefon
kawanku untuk mendapatkan bekalan karipap frozen. Tanpa kusedari, tiba-tiba
Mel masuk dan terus duduk di atas ribaanku. Aku menggosok-gosok badannya
dan mengusap kepalanya. Kasihan pula kulihat perangainya pagi ni yang
cuba minta simpati. Aku menamatkan perbualan dengan kawan dan
mendukung Mel keluar pagar untuk menghiburkan hatinya yang rawan.

6

Kemudian aku lepaskannya untuk berjalan sendiri. Kuperhatikan saja
gelagatnya yang berjalan melepasi jalan IKS di sebelah rumahku. Mel cuba
menghidu sesuatu seolah-olah mencari bau abangnya Boboy. Aku masuk
dalam pagar semula, dan cepat-cepat dia mengekoriku dari belakang seolah-
olah tidak berani bersendirian berada di luar kawasan pagar. Aku pun memberi
Mel makan(sarapan pagi) dan selesai membersihkan sangkarnya, kulihat Mel
masih berada dalam sangkar dan tidak mahu keluar, masih dalam keadaan
murung dan mulalah dia termenung melayan hati dan perasannya.

Jauh di sudut hatiku ini , aku benar-benar rasa terkilan sebab tidak
kebumikan Boboy di kawasan hadapan rumahku pada malam itu. Tetapi
apabila fikir semula keadaan tanah tu yang keras dan banyak batu serta akar
pokok akan menyukarkan proses menggali lubang, aku mengalah walaupun
hakikat sebenarnya aku suka kalau kubur Boboi berada depan rumahku saja
agar senang untuk diri ini menziarahinya setiap hari. Tambahan pula mudah
bagiku menunjukkan Mel yang asyik mencari bau abangnya. Alhamdulillah
tiba-tiba Allah memberiku idea untuk menyapu kawasan pakir keretaku dan
juga sangkarnya. Aku terus mencapai penyapu dan pengaut sampah. Aku pun
menyapu di seluruh kawasan itu dengan bersihnya dan akhirnya terkumpullah
bulu Boboy yang selama ini terbang ditiup angin. Aku mengasingkan antara
sampah dan bulunya dan menanamnya di hadapan rumahku. Sebelahnya aku
tanam pokok malberi. Alhamdulillah terima kasih Allah yang memberi jalan
agar aku rasa Boboy sentiasa dekat denganku walaupun hakikat sebenarnya
jasadnya nun jauh di sana.

Khamis pagi (4/2/2021), seawal pagi lagi aku telah menyiapkan peralatan
seperti cangkul kecil, baldi kecil, dua batang anak pokok betik, dua batang
anak pokok pandan wangi untuk dibawa ke kubur Boboy. Setelah siap, akupun
memasukkan ke dalam bonet keretaku. Jam 9.30 pagi, aku bergerak ke
kawasan perkuburan Boboy. Jiranku yang tolong menggali lubang kubur
malam tupun datang dan mununjukkan lokasi sebenar kubur Boboy. Dia tinggal
tidak jauh dari kawasan kubur Boboy. Dua hari sebelum tu aku telefon dia nak
tanya lokasi sebenar kubur Boboy sebab kawasan tanah tu luas dan ditumbuhi
oleh rumput tebal seperti karpet. Sukar untukku mengecam pusara Boboy. Jadi
pagi tu dia telah menunjukkan kepadaku tempat Boboy disemadikan.
Kebetulan hari tu dia bekerja dari rumah (BDR). Aku menyatakan hasratku untuk
menanam pokok sebagai penanda aras agar memudahkan aku mengecam
pusara Boboy setiap kali aku menziarahinya. Kemudian dia menolongku
membersihkan kawasan itu seadanya dan tanpa berlengah lagi, akupun
menanam pokok yang dibawa kerana cuaca pada hari itu agak panas. Selesai
menanam aku menyiram air agar pokok itu tumbuh subur serta lebat buahnya.
Niatku cuma satu , jika berhasil, akanku sedekahkan buah betik itu kepada
jiran-jiranku suatu hari nanti. Mulai hari itu, rutinku setiap hari ialah menyiram
pokok sama ada pagi atau petang setiap kali menziarahi Boboy.

7

Alhamdulillah pokok yang kutanam nampak segar dan hari ini –Ahad
(7/2/2021)genap seminggu Boboy menemui sang penciptanya. Harapanku
semoga Boboy tenang di sana. Keadaan Mel pun nampak ok, cuma masih nak
duduk di dalam sangkar saja. Mungkin Mel rasa dirinya tidak selamat berada di
luar sebab sebelum ni ada Boboy yang jaga dia, kalau ada kucing lain yang
masuk kekawasannya. Namun setiap pagi aku akan bawa Mel keluar sekejap
dari pagar rumahku sementara aku menyiram pokok dan menyapu daun-daun
yang gugur ditiup angin. Maklumlah tika ini musim angin betara, tiupan angin
yang kencang ni boleh melayangkan bekas minuman Mel yang kubasuh.
Apatah lagi daun-daun yang berguguran apabila ditiup angin. Sesekali aku
melihat telatah Mel yang merebah dan mengguling-gulingkan dirinya atas jalan
atau atas rumput di hadapan rumahku. Adakalanya aku sikatkan bulunya di
bawah pokok mangga, rutin biasa yang kulakukan ketika Boboy masih ada
lagi. Boboy dan Mel akan berebut-rebut duduk dan merebahkan dirinya di
hadapanku untuk disikatkan. Lucu apabila melihatkan telatah kucingku ini dan
aku akan menyikatkannya kedua-duanya dari kepala, bawah leher, badan
dan ekor secara berselang seli supaya adil. Manja betul Boboy dan Mel ni, budi
pekertinya pun baik dan tidak pernah menyusahkan selama aku menjaganya.

Hari berganti hari, setiap hari rutin seperti biasa, beri Mel makan,bersihkan
sangkarnya, siram pokok, ziarah pusara Boboy dan lain-lain yang perlu. Namun
perhatianku banyak tertumpu pada Mel dan setiap pagi atau petang, aku
akan mengusap-usap kepalanya agar Mel rasa dirinya disayangi dan
mendapat perhatian dariku, pastikan Mel makan vitamin dalam bentuk gel
yang kubeli di kedai kucing ari tu bersama makanan lembut . Alhamdulillah
adakalanya aku lepaskan Mel dan Mel dah boleh berjalan di luar , petang baru
balik. Namun adakalanya Mel seharian berada di dalam sangkar. Aku ikut saja
kemahuannya, yang penting Mel rasa selesa, disayangi dan selamat. Semoga
Mel terus sihat dan dapat melalui hari-hari yang berlalu tanpa Boboy di sisi.
Terima kasih Allah kerana masih meminjamkan Mel padaku.

Dikesempatan ini aku ingin mengimbas kenangan silam bagaimana
bermulanya aku memiiki kucing. Tanggal 15/4/2007, cuti umum bagi negeri
Melaka kerana pengistiharan Melaka Bandaraya Bersejarah. Semasa sarapan
di dapur, kudengar anak kucing mengiau-ngiau di belakang rumahku. Jadi
selepas sarapan akupun membuka pintu belakang dan kulihat ada seekor ibu
beserta 4 ekor anaknya yang comel dalam anggaran umur sebulan meminta
makanan. Akupun mengambil ikan bilis dari dalam peti sejuk dan memberi
makan kepada ibunya kerana anaknya masih menyusu. Aku duduk di pintu
dapur memerhatikan ibunya makan. Selang beberapa hari, ketika aku memberi
kucing ni makan, tiba-tiba lalu dua orang budak lelaki, akupun bertanya, adik
cari kucing ke? Sebab kucing ni dah beberapa hari duduk di belakang
rumahku, kalau tengok keadaannya ada tuan ni sebab bersih saja bulunya.
Adik tupun mula bercerita bahawa memang kucing dia tapi emaknya tak

8

benarkan bela lagi . Jadi dia nak pastikan kucing yang dibuang tu ada orang
lain yang bela sebab dia memang sayang sangat dengan kucing tu. Ibu kucing
tu dia selalu mandikan dan makanannya whiskas. Adik tu minta aku jaga
kucingnya. Akhirnya akupun mula membela kucing itu beserta 4 ekor anaknya.


Tiga bulan kemudian ibu kucing tu bunting lagi. Pening kepala apabila
memikirkannya sebab yang ada depan mata ni 4 ekor, 2 ekor jantan dan 2 ekor
betina. Seekor bewarna putih dan ekornya belang kuning manakala 3 ekor lagi
bewarna putih tompok hitam dan ekornya juga hitam. Hatiku berkata yang
akan lahir lagi tak tau pula berapa ekor. Tak tau nak letak mana sebab aku ni
duduk di taman perumahan , rumah teres je. Jadi aku mengambil keputusan
untuk membeli sangkar agar senang untuk mengawal pergerakan dan
memudahkan aku untuk menjaganya. Aku mengajak anak saudaraku pergi ke
kedai menjual makanan dan peralatan kucing. Akhirnya aku membeli sebuah
sangkar empat segi besar yang beroda dan bewarna putih dengan harga RM
200. Selain itu aku juga membeli bekas minuman dan makanan yang cantik
dan selesa, bekas untuk letak pasir, pasir, sikat dan pengaut najis. Sebaik saja
sampai rumah, anak saudaraku terus memasang sangkar yang dibeli tadi dan
setelah siap pasang tingginya dari lantai paras dadaku. Puas rasa hati sebab
boleh isi banyak kucing dalam sangkar tu apabila lahir baby kucing tu nanti.
Seminggu pertama aku kurung semua kucing tu untuk membiasakan tidur
makan, minum dan buang air dalam sangkar, kecuali ibu kucing tersebut yang
kulepaskan sebab dan mula bengis dengan anak-anaknya. Perutnya semakin
membesar, mula-mula balik rumahku untuk makan saja, tapi selang beberapa
minggu langsung tak balik hinggalah sekarang. Mungkin ada orang ambil
sebab ibu kucing tu bulunya kembang, baka farsi. Aku pasrah, dan terus
menjaga 4 ekor anaknya. Dua bulan kemudian , kawan satu sekolah minta
kucingku sepasang, walaupun berat hati nak pisahkan 4 beradik tu, namun
demi persahabatan aku rela.

Mulai saat itu (2008) aku menjaga 2 ekor saja iaitu Boboy dan Melisa.
Apabila usianya meningkat remaja, aku berjumpa doktor untuk membuat
rawatan vaksin dan mandulkan kucingku agar tidak membiak sebab aku tak
nak jadi orang yang buang kucing dan akhirnya jadilah kucing itu sebagai
kucing jalanan yang mati dilanggar kereta, yang sakit akibat dipukul oleh orang
yang tak berperikemanusiaan, dihina, diherdik dan dimarah apabila cuba
mendapatkan sedikit makanan dari rumah yang bernama manusia, atapun di
kedai makan. Justeru aku mengambil keputusan untuk melakukan rawatan
pemandulan bagi 2 ekor kucing dengan kos sebanyak RM 180 di Klinik Vally
Semabuk. Alhamdulilah urusan pembedahan berjalan lancar. Seminggu
kemudian Boboy dan Melisa kembali sihat dan aktif seperti biasa. Terima kasih
Allah atas kurniaanMu yang terlalu berharga buat diriku. Akan kujaga amanah
yang diberi ini sebaik mungkin ibarat menatang minyak yang penuh. Ungkapan
yang sering bermain di mindaku ialah SYUKUR ALHAMDULILLAH.

9

Pada tahun 2009, Boboy dan Melisa mengalami penyakit kulit. Sekali lagi
Boboy dan Melisa dibawa ke klinik Vally untuk mendapatkan rawatan.
Antaranya doktor meletakkan ubat kutu pada tengkuknya, memberi suntikan ,
antibiotik dan krim sapu. Selain itu kedua-duanya dipakaikan koler pada leher
untuk mengelakkan Boboy dan Mel menjilat kulit gatal yang disapu dengan
krim. Aku belajar cara untuk memberi makan ubat berbentuk pil daripada
doktor. Selama 2 minggu aku mengurungnya dalam sangkar untuk
mencepatkan proses memberi makan ubat, menyapu krim dan agar sembuh
dengan cepat. Alhamdulillah semua itu berjaya kulakukan dan akhirnya setelah
sembuh, koler dibuka. Sebelum ini koler hanya dibuka ketika makan saja. Bagiku
Boboy dan Mel kucing yang baik dan tidak pernah menyusahkan. Setiap kali
balik dari sekolah, Boboy akan menyambut kepulanganku sebaik saja
mendengar injin keretaku berhenti dipintu pagar rumah. Kadangkala Boboy
terpaksa meninjitkan kakinya apabila memijak jalan tar yang panas semata-
mata untuk menyambut kepulanganku. Perangai Boboy inilah yang mencuit
hatiku, tambahan pula Boboy memang lebih manja berbanding dengan Mel.
Bukan itu saja, kalau nak buka pintu gril dan sliding door, Boboy selalu
mendahuluiku untuk masuk ke dalam rumah.

Setahun kemudian iaitu pada tahun 2010, Boboy menunjukkan
tingkahlaku yang berbeza. Boboy kerap kencing seolah-olah ada masalah
pada pundi kencingnya. Gelagatnya membuatkan aku merasa bimbang dan
mula siasat perubahan pada dirinya. Suatu hari aku perasan pada bekas air
kencingnya dalam sangkar , kulihat air kencingnya bercampur darah. Jadi aku
bawa Boboy ke klinik. Setelah diperiksa, menurut doktor, Boboy mengalami
penyakit batu karang dan harus menjalani pembedahan untuk mengeluarkan
batu itu. Aku mengusapi kepalanya dan aku amat mengerti kesakitan yang
dialaminya waktu itu. Selesai pembedahan, Boboy dikurung selama 2 minggu
kerana pergerakannya agak terbatas. Kasihan tengok keadaan Boboy ketika
itu dan rutin kerjaku agak bertambah kerana nak beri makan ubat. Mel aku
masukkan pada waktu malam saja, siang aku lepaskan agar Boboy berasa
selesa tinggal dalam sangkar ,tambahan pula aku terpaksa pakaikan koler
agar tempat pembedahan dan luka jahitan itu selamat. Lega rasa hati apabila
bahagian luka itu telah kering dan hampir sembuh. Suatu hari sewaktu pulang
dari sekolah, kulihat koler dileher Boboy tercabut, Boboy terbaring kesakitan
kerana bahagian luka pembedahan itu berdarah. Allahuakbar, aku merasa
takut, cemas dan ngeri melihat keadaan Boboy. Apa yang bermain dimindaku
ialah Boboy perlu diberi bantuan dengan segera.


Aku meluru masuk dalam rumah untuk solat Zohor. Selesai solat, aku
mengambil sangkar kecil, alas sangkar dengan kertas surat khabar dan
memasukkan Boboy dalam sangkar itu. Boboy tidak bersuara langsung ketika
itu dan keadaannya sangat lemah. Hanya Allah yang tahu perasaanku ketika
itu, sesekali aku bercakap dengan Boboy,” sabar ye sayang, in sha Allah


10

sampai di klinik nanti Boboy akan diberi rawatan ok “. Sambil memandu kereta,
aku berdoa agar selamat sampai di klinik dan mulutku tak berhenti selawat.
Sesekali aku melihat Boboy dalam sangkar yang diam seribu bahasa menahan
kesakitan. Sebaik saja sampai di klinik aku menceritakan kepada doktor situasi
yang berlaku dan satu soalan yang tidak mampu aku jawab , bilakah kali
terakhir kucing ni makan. Apa yang mampu kukatakan ialah saya meletakkan
makanan dalam sangkar pagi tadi sebelum pergi sekolah, jadi aku tak tahu bila
boboy last makan. Tanpa berlengah lagi doktor melakukan pembedahan
semula dan menjahit semula agar darah berhenti mengalir. Setelah selesai aku
membayar bil , namun tiba-tiba Boboy muntah semasa di kaunter
pembayaran. Doktor membawa boboy dalam bilik rawatan dan mengeluarkan
muntah Boboy yang tersekat di kerongkong. Aku tidak dapat menahan sebak
melihat keadaan Boboy dan tanpa ku sedari air mata membasahi pipiku.

Alhamdulilah aku selamat sampai di rumah dan memasukkan Boboy
dalam sangkar besar agar lebih selesa. Aku terpaksa menerima hakikat untuk
menjaga Boboy 2 minggu lagi dalam sangkar dengan bekalan ubat sama
seperti selepas pembedahan 2 minggu lepas. Semua tugasan itu aku lakukan
dengan sabar agar Boboy sembuh dan sihat kembali. Dah lama kepulangan ku
tidak disambut sebab boboy dikurung di dalam sangkar. Lama Mel tidak dapat
bersama boboy pada waktu siang, sebab Mel masuk sangkar hanya pada
waktu malam saja. Hari berganti hari akhirnya luka Boboy sembuh dan dia
kembali sihat walaupun pergerakannya agak terbatas pada peringkat
permulaannya. Aku menzahirkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana Boboy dan
Mel telah boleh bermain dan bergurau senda seperti biasa. Tempat yang
menjadi kesukaan Boboy lepak atau tidur pada waktu petang ialah di atas
tembok pintu pagarku. Adakalanya kurasa Boboy berperanan sebagai
pengawal yang sentiasa menjaga kawasan rumahku dari kucing jalanan yang
berkeliaran di persekitaran rumahku. Adakalanya Boboy dan Mel tidur di atas
simen di hadapan pintu pagar pada waktu pagi sebab kawasan itu redup.

Pada tahun 2016, sekali lagi Boboy di bawa ke klinik kerana penyakit
kulitnya. Biasalah apabila sampai di klinik Boboy akan diberi ubat kutu, antibiotik
dan krim sapu. Puncanya ialah Boboy suka tidur dalam pasu besar yang ada
pokok sebab tanah yang lembap serta pokok itu akan menyejukkan
badannya, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Habislah pokok tempat
tidurnya akan rebah ke tanah. Nak marah pun tiada guna sebab Boboy tak
faham. Namun sesekali aku cuba bercakap dengannya sebab banyak pokok
dalam pasuku yang rosak. Adakalanya aku kurung Boboy dalam sangkar
sebagai denda dan untuk memberi pengajaran agar tidak terus merosakkan
pokok-pokok yang kutanam. Itulah telatah kucingku yang bernama Boboy dan
setiap kali aku mencabut rumput, dialah yang selalu menemaniku. Terima kasih
Boboy yang selalu menjadi teman setiaku.



11

Dikesempatan ini juga aku ingin mencatatkan coretan Boboy sebelum
menemui penciptanya.

18/1/21 Membawa Boboy ke klinik kerana berat badan Boboy turun
mendadak . Bulan Disember Boboy mula tidak selera makan dan
kerap muntah. Menurut doktor , Boboy mengalami penyakit tua,
iaitu tidak selera makan dan kurang minum air. Doktor dapat rasa
buah pinggang Boboy sebab badannya terlalu kurus. Beratnya
ketika itu 1kg 900 gram. Selain dari bekalan ubat, doktor juga telah
memasukkan air di bahagian bawah lapisan kulit sebanyak 20ml.
Selepas mendapatkan rawatan, aku memberi sepenuh perhatian
kepada Boboy , Aku juga membeli makanan yang lembut dan
Alhamdulillah Boboy menunjukkan tanda-tanda positif. Mata Boboy
dah sembuh sebab sebelum ni matanya berair tapi bukan sakit
mata

27/1/21 Pergi ke Klinik untuk membeli vitamin, malangnya Boboy tak suka
makan vitamin yang dibeli. Namun selera makan masih ada.

28/1/21 Bawa keluar dari sangkar dan berjalan di luar kawasan rumah
dengan harapan dapat vitamin D dari cahaya matahari. Aku
perhatikan saja Boboy berjalan sendiri, kemudian aku sikatkan
Boboy dan Mel di bawah pokok mangga. Semasa sikatkan Boboy
terasa sedih sebab badan Boboy dah tinggal tulang je, berbeza
dengan Mel. Aku menyikatkanya dengan perlahan-lahan kerana
bimbang Boboy akan rasa sakit. Adakalanya aku gosok badannya
dengan tanganku. Apabila berjalan, tiupan angin yang kuat
menjadikan Boboy terhoyong-hayang. Aku dukung dan peluk
Boboy terus masukkan dalam sangkar. Begitu juga dengan Mel.
Dua-dua kucing ini aku kurung sebab senang untukku pantau
makan minumnya, banyak mana air yang diminum, membersihkan
mata Boboy dan memudahkan aku menyapu minyak gamat pada
kulit Boboy dan Mel yang bermasalah. Alhamdulilah Boboy masih
berselera makan makanan dalam tin yang kubelikan.

29/1/21 Sekali lagi aku lepaskan Boboy. Sambil tu aku mencuci bekas
makanan,minuman, bekas air kencing dan tray. Namun mataku
tetap mengawasi pergerakan Boboy. Kulihat Boboy berhenti
hampitr dengan kedai makan di jalan IKS sebelah rumahku. Aku
rasa saat itu Boboy seolah-olah tidak berdaya untuk meneruskan
perjalanan. Aku menghampiri dan mendukung Boboy. Jiran
sebelah rumahku menegur kedaan Boboy yang sangat kurus. Aku
btau Boboy sakit tua dan dah bawa pergi klinik. Suatu ketika dulu
jiran ni pernah tolong bagi makan , jika aku berada di luar kawasan
Melaka.

12

30/1/21 Boboy dah tak mahu makan dan minum. Terbaring saja dan
keadaan dirinya sangat lemah. Kalau panggil nama Boboypun ,
tak ada respon. Hari ini aku balik kampung hantar kek pada adik
beradik di kampung. Hari ni juga kena tahan adik polis sebab
dalam kepala asyik fikir nak beli makanan lembut yang sedap di
kedai kucing di Bukit Baru. Sekatan jalan raya di hadapan Sek. Keb.
Pernu diadakan sebab orang ramai tidak boleh merentas daerah
tapi syukur kepada Allah kerana aku dilepaskan atas sebab balik
kampung pergi ziarah kubur dan selepas mendengar beberapa
pesanan adik polis tu akhirnya aku meneruskan perjalananku ke
kedai kucing di Bukit Baru. Lewat petang aku cuba memberi
makan makanan dalam tin yang sangat sedap pada firasatku
sebab harganya mahal walaupun dalan tin kecil saja.
Alhamdulillah Boboy makan tapi sedikit saja. Aku juga membelikan
vitamin untuknya dalam bentuk gel tapi tak dapat sambutan.

31/1/21 Lebih kurang jam 9 pagi, seperti biasa aku membersihkan sangkar.
Tika itu Boboy dan Mel keluar dari sangkar dan mengekoriku
sehingga di hadapan kebun kecilku. Sedang aku menyiram pokok-
pokok di situ ku lihat Boboy berjalan ke arah warung Pak Hassan.
Aku perhatikan saja dari jauh dan kulihat Boboy macam tak
berdaya, ku ambilnya dan kubawa dibawah pokok mangga di
hadapan rumahku untuk sikatkan bulunya dan Mel. Kemudian aku
bawa masuk dalam sangkar. Boboy gelisah dan nak keluar dari
sangkar. Aku biarkan boboy berjalan di kawasan parking kereta ku,
kemudian duduk di bawah keretaku, tak lama kemudian, Boboy
pergi ke paip dan minum air dalam baldi kecil yang kurendam
daun pandan wangi. Selepas itu Boboy cuba nak lompat pagar
untuk ke rumah jiran sebelah tapi tak berdaya. Aku mengambil
Boboy dan masukkan semula ke dalam sangkar. Sikapnya seolah-
olah nak pergi jauh dariku, tapi aku berkata pada diriku, walau
apapun biarlah Boboy pergi di depan mataku. Aku bersyukur
kerana sempat merakam video telatah Boboy pagi itu. Makanan
yang ku bagi pagi langsung tidak dijamahnya. Aku masuk dalam
rumah dan masak mee hoon sup untuk jiranku yang sakit dan
goring ikan untuk Boboy. Jam 2 petang aku memberi Boboy ikan
yang ku goreng. Kebiasaanya klu sesekali aku bagi ikan goreng
habis dimakannya tetapi tidak untuk kali ini. Sekali lagi aku buat
rakaman video namun Boboy tetap tidak selera nak makan. Itulah
kenangan terakhir dengan Boboy sehingga Boboy
menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum azan Maghrib
berkumandang.




13

Rawatan dari klinik

Selain itu Boboy pernah menjalani pembedahan kemiri (2009), batu karang
pada tahun 2010 dan rawatan kulit pada tahun 2016. semuanya dilakukan di
Klinik Vally. Saat aku menulis cerita ini, aku cuba mendapatkan rekod
perubatannya tapi menurut staff yang bekerja di situ rekod lama semua telah
dikemaskini , yang ada rekod tahun 2016 saja iaitu semasa mendapatkan
rawatan kulit.

Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menyiapkan penulisan ini bermula
7/2/2021 seminggu selepas pemergian Boboy hinggalah ke hari ini 17/5/2021
bersamaan 5 Syawal. Penulisan ini memakan masa yang lama disebabkan
keadaan diriku yang sedih setiap kali aku memulakan kerja-kerja penulisan.
Apabila air mata mula mengalir aku akan berhenti sehingga aku rasa kuat , aku
sambung lagi ceritanya sedikit demi sedikit. Bulan puasa aku memang tak
menulis sebab aku nak fokuskan kepada ibadah sebab inilah tahun pertama
aku berpuasa selepas bersara. Satu senarai semak aku sediakan berkaitan
Mengaji AlQuran, Zikir Harian, Solat Duha, Sedekah subuh, Infaq dan Solat
Tahajud. Alhamdulillah walaupun tidak mencapai 100% setidak-tidaknya
menjangkau 90%. Entah mengapa Ramadhan kali ini aku banyak menangis,
menginsafi diri yang selalu lalai dan leka. Aku selalu berdoa untuk berubah
menjadi hamba yang baik pada pandangan Allah, berusaha mendidik hati
untuk menjadi baik, ikhlaskan diri untuk berbuat baik hanya kerana Allah. Selain
itu aku selalu berdoa agar Allah menghilangkan rasa kesedihanku pada Boboy
kerana Boboy masih tetap dalam ingatanku. Namun pada saat terakhir
menyiapkan penulisan ini , mataku mula berkaca dan air mataku mula
membasahi pipiku. Memang sukar untuk dimengertikan dengan kata-kata.
Yang pasti apabila rindu mencengkam jiwa aku akan menziarahi pusaranya.
Alhamdulillah 2 batang pokok betik yang kutanam hidup subur.


Terima kasih Allah kerana memberi ruang dan peluang untuk aku
menyiapkan penulisan ini walaupun mengambil masa selama lebih kurang 4
bulan namun aku pasrah dengan ketentuanMU kerana perancanganMu lah
terbaik. Terima kasih juga kuucapkan padaMU Ya Rabb yang telah
meminjamkan Boboy kepadaku untuk sekian lama iaitu 13 tahun 9 bulan bagi
menumpang kasih dan masih ada Melisa yang Engkau tinggalkan untukku terus
mencurahkan kasih. Alhamdulillah sekarang usianya dah 14 tahun pada
15/4/2021 yang lalu. Walaupun Melisa sering kesunyian aku tetap berikan
perhatian yang lebih sikit, tambahan pula sekarang dah bersara jadi ada
kesempatan untuk bersama dengannya. Emosinya juga bertambah baik,
maksudku sudah kurang termenung dan mengiau-ngiau mencari abangnya
Boboy, selera makan pun dah ada, dah boleh tidor dalam sangkar sendirian



14

dan sekali sekali ku lihat sudah pandai menjaga kawasan rumahku jika ada
kucing lain yang datang. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Allah.






SEKIAN.



SELINGKAR KISAH CERITERA

BOBOY DALAM KENANGAN



SEMOGA POKOK YANG DITANAM DIPUSARA HIDUP SUBUR DAN BERBUAH LEBAT

SEMOGA KASIH SAYANG YANG TERJALIN ANTARAKU DAN BOBOY TETAP UTUH

SEMOGA BOBOY TENANG BERSEMADI DI SANA.

SEMOGA KITA DAPAT BERJUMPA DI SYURGA



AAMIIN, AAMIIN, AAMIIN YARABBAL ALAMIN






HASIL NUKILAN

FATIMAHWATI BINTI TALIB

(07/02/2021-17/05/2021)


















15

MENUKAR MAKANAN
SEWAKTU SAKIT
KERANA BOBOY TIADA
SELERA MAKAN




16

PERSIAPAN SEBELUM
BOBOY DIKEBUMIKAN












































































17

SUASANA PUSARA BOBOY. POKOK
DITANAM PADA 4/2/2021 SEHINGGA
KINI 15/8/2021. BETIK SUDAH
MENGELUARKAN HASIL. PANDAN
WANGI HIDUP SUBUR DIATAS PUSARA
BOBOY. SYUKUR ALHAMDULILLAH.



18


Click to View FlipBook Version