The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MESYUARAT AGUNG KRT TAMAN AMAN JAYA SESI 2024-2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahrum85, 2024-03-09 10:09:39

BUKU MESYUARAT AGUNG KRT TAMAN AMAN JAYA SESI 2024-2025

BUKU MESYUARAT AGUNG KRT TAMAN AMAN JAYA SESI 2024-2025

MESYUARAT AGUNG DAN PELANTIKAN JAWATANKUASA KRT TAMAN AMAN JAYA SESI 2024-2025 TARIKH 10 MAC 2024 (AHAD) TEMPAT GELANGGANG FUTSAL TAMAN AMAN JAYA PERASMI PENOLONG PEGAWAI PERPADUAN DAERAH LAHAD DATU


ISI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN Surat Panggilan Mesyuarat Agung 3 Atur cara Mesyuarat Agung KRT Taman Aman Jaya 4 Minit Mesyuarat Agung KRT TAJ 5-8 Laporan Aktiviti KRT Taman Aman Jaya 2022-2023 9 Laporan Kewangan KRT Taman Aman Jaya 2019-2022 10-15 Usul dan Cadangan 16 Jawatankuasa KRT Taman Aman Jaya Sesi 2022-2023 17


KOMUNITI RUKUN TETANGGA (KRT) TAMAN AMAN JAYA D/A PEJABAT PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL LAHAD DATU Penduduk Taman Aman Jaya Lahad Datu SABAH Tuan/Puan JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG DAN PERLANTIKKAN JAWATANKUASA KRT TAMAN AMAN JAYA SESI 2024-2025 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan, Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Aman Jaya akan mengadakan Mesyuarat Agung dan Perlantikkan Jawatankuasa KRT Taman Jaya Lahad Datu bagi sesi 2022-2023 seperti butiran berikut:- Tarikh : 10 Mac 2024 Hari : Ahad Masa : 8.30 Pagi Tempat : Gelanggang Futsal Taman Aman Jaya Lahad Datu Perasmi : Pegawai Perpaduan Daerah Lahad Datu Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan dijemput untuk hadir bagi sama-sama menjayakan Mesyuarat Agung KRT Taman Aman Jaya dan Perlantikan Jawatankuasa KRT Taman Aman Jaya bagi sesi 2024-2025. Borang usul akan diberikan dalam kumpulan whatsapp penduduk Taman Aman Jaya dalam bentuk google form dan perlu dikembalikan sebelum atau pada 24 Februari 2022 Kerjasama dan perhatian yang diberikan adalah sangat diharapkan dan didahuluidengan ucapan ribuan terima kasih. Berikut dilampirkan bersama aturcara perjalanan majlis Mesyuarat Agung pada hari tersebut untuk rujukan tuan/puan. Sebarang Maklumat lanjut dan pertanyaan bolehlah berhubung dengan Encik Razak Minlung di talian 019-580 9403 atau Encik Mapatan Sudin di talian 011-3165 7440. Saya Yang Menjalankan Amanah, …………………………………………. RAZAK MINLUNG Timbalan Pengerusi KRT Taman Aman Jaya Lahad Datu SABAH s.k Pegawai Perpaduan Daerah Fail


4 ATUR CARA MESYUARAT AGUNG DAN PELANTIKAN JAWATANKUASA KRT TAMAN AMAN JAYA SESI 2024-2025 8.00 Pagi Ketibaan Ahli Jawatankuasa KRT Taman Aman Jaya Sesi 2022-2023 8.10 Pagi Ketibaan Penduduk Taman Aman Jaya Lahad Datu 8.20 Pagi Ketibaan Perasmi Puan Norfazilah binti Idin @ Idris Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Lahad Datu 8.30 Pagi Bacaan Doa Ustaz Hj Mohammad Yunus bin Abu Ketua Biro Agama KRT Taman Aman Jaya 8.40 Pagi Ucapan alu-aluan Tuan Hj Razak bin Minlung Timbalan Pengerusi KRT Taman Aman Jaya 8.50 Pagi Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung KRT Taman Aman Jaya Sesi 2024-2025 Puan Norfazilah binti Idin @ Idris Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Lahad Datu 9.00 Pagi Penyampaian Cenderamata <> Perasmi <> AJK KRT Taman Aman Jaya Sesi 2022-2023 9.10 Pagi Mesyuarat Agung KRT Taman Aman Jaya <> Laporan Setiausaha KRT Taman Aman Jaya Sesi 2022-2023 <> Laporan Bendahari KRT Taman Aman Jaya Sesi 2022-2023 <> Pembubaran AJK KRT Taman Aman Jaya Sesi 2022-2023 <> Taklimat Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti dan RT 4 All <> Pemilihan AJK KRT Taman Aman Jaya Sesi 2024-2025 11.00 Pagi Jamuan 11.30 Pagi Bersurai


5 KOMUNITI RUKUN TETANGGA (KRT) TAMAN AMAN JAYA D/A PEJABAT PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL LAHAD DATU __________________________________________________________________________________ MINIT MESYUARAT AGUNG DAN PELANTIKAN JAWATANKUASA KRT TAMAN AMAN JAYA SESI 2022-2023 ________________________________________________________________________________ Tarikh : 16 Januari 2022 Hari : Ahad Masa : 9.00 Pagi Tempat : Gelanggang Futsal Taman Aman Jaya Lahad Datu Perasmi : Timbalan Pegawai Perpaduan Daerah Lahad Datu Agenda 1. Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu KRT 2. Bacaan Doa : Al Fadhil Ustaz Tuan Hj Mohamad Yunus Bin Abu 3. Ucapan Pengerusi KRT Taman Aman Jaya Sesi 2019-2021 4. Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung KRT Taman Aman Jaya 5. Penyampaian Sijil Penghargaan 6. Mesyuarat Agung dan Pelantikan Jawatankuasa KRT Sesi 2022-2023 7. Hal-hal lain Kehadiran 1. Puan Norfazilah Binti Idin @ Idris Penolong Pegawai Perpaduan 2. Ramdin Bin Ahmad Pengerusi KRT 3. Razak Bin Minlung Timbalan Pengerusi KRT 4. Mapatan Bin Sudin Setiausaha 5. Salviah Durahim Penolong Setiausaha 6. Salbiah Allasi Bendahari 7. Mohammad Yunus Bin Abu AJK 8. Ahmat Rajak AJK 9. Asnawai Ahmat AJK 10. Yusdi Yussuf AJK 11. Julie@ Tangkup Bt Tambulak AJK 12. Siukong Brahim AJK 13. Erman Tianggi AJK 14. Hamidah Hj Ab Razak 15. Ummi Kalson Abdul Hamid 16. Roslan Kiling 17. Halim Mohd Djuda 18. Abdul Syahrum Bin Sahab 19. Mohammad Akram Kamajuan 20. Muhammad Haikal Hazwan 21. Sapruddin Hasanuddin 22. Kifleh Abdillah 23. Hjh Norhaedah Sining 24. Karimal Hajal


6 1.0 Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu KRT Mesyuarat dimulakan dengan menjemput hadirin yang hadir untuk berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu KRT 2.0 Bacaan Doa Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Hj Mohamad Yunus Bin Abu selaku ketua biro agama KRT Taman Aman Jaya sesi 2019-2022 3.0 Ucapan Pengerusi KRT Taman Aman Jaya Sesi 2019-2021 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Lahad Datu yang mewakili Pegawai Perpaduan Daerah Lahad Datu atas kesudian hadir dalam mesyuarat KRT Taman Aman Jaya Pengerusi juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin penduduk Taman Aman Jaya yang hadir dalam mesyuarat agung pada tahun ini. Kehadiran penduduk Taman Aman Jaya sebagai sokongan yang padu kepada jawatankuasa KRT Taman Aman Jaya. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa KRT Taman Aman Jaya yang telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberi dengan baik. Pengerusi memaklumkan sepanjang tahun 2019-2021, jawatankuasa KRT Taman Aman Jaya yang dilantik tidak dapat menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2019-2021 kerana kekangan covid19 dan arahan daripada pihak atas bagi menghadkan aktiviti KRT bagi mengekang penyebaran wabak covid19. Pengerusi juga memaklumkan pelbagai isu telah diutarakan oleh Penduduk Taman Aman Jaya seperti isu gelanggang futsal, isu sampah, isu perparitan, isu kecurian, isu anjing dan pelbagai isu yang lain. AJK KRT Taman Aman Jaya berusaha menangani pelbagai isu yang telah diutarakan dengan kerjasama pihak MDLD, SESB, JKR dan Penduduk Taman Aman Jaya. Pengerusi berharap jawatankuasa baru yang dilantik nanti akan dapat melaksanakan kesinambungan KRT Taman Aman Jaya sesi 2019-2021. Pengerusi juga memohon maaf mewakili Jawatankuasa KRT Taman Aman Jaya sesi 2019-2021 sekiranya sepanjang pelaksanaan tanggungjawab yang diberi tidak dapat dilaksanakan dengan baik. 4.0 Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung KRT Taman Aman Jaya Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Lahad Datu Puan Norfazilah Binti Idin @ Idris mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa KRT Taman Aman Jaya sesi 2019-2021 atas pelaksanaan mesyuarat agung yang sangat baik pada kali ini. Penolong Pegawai Perpaduan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Taman Aman Jaya khususnya belia-belia yang cukup ramai yang hadir dalam mesyuarat seperti ini. Beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih atas komitmen yang diberikan. Penolong Pegawai Perpaduan juga mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa KRT Taman Aman Jaya sesi 2019-2021 atas pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan dan rekod aktiviti mencapai 100 peratus dan begitu juga laporan kewangan KRT Taman Aman Jaya mencapai 100 peratus. Beliau mengambil kesempatan dan peluang yang diberikan pada kali ini atas kehadiran dalam mesyuarat agung KRT untuk menerangkan pelbagai perkara


7 berkaitan KRT di Daerah Lahad Datu. Beliau telah menerangkan Panduan Pengurusan dan Pentadbiran Rukun Tetangga yang merangkumi perkara berikut iaitu Konsep Rukun Tetangga, Perubahan Logo Rukun Tetangga, Akta Rukun Tetangga 2012, Penetapan Kawasan Rukun Tetangga, Keanggotaan Jawatankuasa Rukun Tetangga, Peranan Jawatankuasa Rukun Tetangga (Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan Juruaudit), Kelayakan dan tempoh pelantikan jawatankuasa Rukun Tetangga, Kriteria pemilihan jawatankuasa Rukun Tetangga, Proses Pelantikan Jawatankuasa Rukun Tetangga, agenda kerja Rukun Tetangga (KRT Sejahtera, KRT Selamat, KRT Bersih dan Indah, KRT Sihat), Skim Rondaan Sukarela. 5.0 Penyampaian Sijil Penghargaan Sijil penghargaan telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Perpaduan kepada Jawatankuasa Rukun Tetangga Sesi 2019-2021 yang diwakili oleh Penolong Setiausaha Puan Salviah Durahim. Mesyuarat juga telah memberikan anugerah kepada biro paling aktif KRT Taman Aman Jaya Sesi 2019-2021 kepada Biro Rakan Muda 6.0 Mesyuarat Agung dan Pelantikan Jawatankuasa KRT Sesi 2022-2023 Penolong Pegawai Perpaduan Lahad Datu menerangkan mengenai prosedur pelantikan jawatankuasa pada mesyuarat agung Rukun Tetangga. Beliau menjelaskan hanya 5 jawatan utama yang akan dipertandingkan iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari. Manakala jawatankuasa kerja Rukun Tetangga yang lain akan dilantik selepas mesyuarat agung pada kali ini. Encik Mapatan Bin Sudin selaku Setiausaha KRT Taman Aman Jaya sesi 2019-2021 membentangkan laporan setiausaha merangkumi aktiviti-aktiviti Rukun Tetangga sepanjang tahun 2019 sehingga 2021 dan juga mesyuarat yang telah dilaksanakan. Beliau menjelaskan aktiviti KRT Taman Aman Jaya 2021 telah mencapai 100 peratus pelaporan. Beliau menjelaskan segala butiran dan maklumat pelaksanaan aktiviti Rukun Tetangga boleh dirujuk dalam buku mesyuarat agung KRT Taman Aman Jaya sesi 2019-2021 Laporan dicadang untuk disokong : Halim Djuda Laporan dicadang untuk disahkan : Siukong Brahim Puan Salbiah Allasi selaku bendahari KRT Taman Aman Jaya sesi 2019 hingga 2021 telah membentangkan laporan bendahari Rukun Tetangga Taman Aman Jaya. Beliau memaklumkan laporan bendahari pada tahun 2021 juga telah mencapai 100 peratus. Beliau menjelaskan baki dibank pada 1 Januari 2021 adalah sebanyak RM6759.11 dan baki di tangan sebanyak RM67.25. Manakala baki wang dibank berakhir 31 disember 2021 adalah sebanyak RM7599.58 dan baki ditangan sebanyak RM102.65. Keseluruhan baki berakhir 31 Disember 2021 adala sebanyak RM7702.23. Laporan dicadang untuk disokong : Yusdi Yussof Laporan dicadang untuk disahkan : Halim Djuda Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Lahad Datu meneruskan mesyuarat agung KRT Taman Aman Jaya dengan menerangkan kaedah pelantikan iaitu secara angkat tangan atau melalui pengundian rahsia. Mesyuarat agung memutuskan untuk mengadakan pengundian secara rahsia iaitu dengan cara menulis cadangan nama bagi jawatankuasa yang telah dicalonkan. Berikut merupakan


8 keputusan mesyuarat agung dan pelantikan jawatankuasa KRT Taman Aman Jaya bagi sesi 2022 hingga 2023. Pengerusi : Ramdin Bin Ahmad Timbalan Pengerusi : Razak Bin Minlung Setiausaha : Mapatan Bin Sudin Penolong Setiausaha : Abdul Syahrum Bin Sahab Bendahari : Salviah Durahim Penolong Pegawai Perpaduan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang pengundian jawatankuasa tertinggi. Beliau memaklumkan perlu membuat penukaran tanda tangan di bank Public Islamic Bank di Akaun Simpanan-I Wadiah, nombor akaun 6-9101353-15 bersama dokumen-dokumen yang diberikan oleh Pejabat Perpaduan Daerah. Berikut merupakan penandatangan baru pengeluaran wang di bank berdasarkan keputusan mesyuarat Penandatangan Lama Penandatangan Baru Nama Penuh No.Kad Pengenalan Jawatan Nama Penuh No.Kad Pengenalan Jawatan Ramdin Bin Ahmad 640330125435 Pengerusi Ramdin Bin Ahmad 640330125435 Pengerusi Mapatan Bin Sudin 740704125201 Setiausaha Mapatan Bin Sudin 740704125201 Setiausaha Salbiah Allasi 670526125265 Bendahari Salviah Durahim 770309125508 Bendahari Penolong Pegawai Perpaduan telah menyerahkan 3 buah buku pengurusan dan pentadbiran Rukun Tetangga, Pelaksanaan Aktiviti Rukun Tetangga kepada Pengerusi KRT Taman Aman Jaya sesi 2022-2023 iaitu Ramdin Bin Ahmad. 7.0 Hal-hal lain Mesyuarat memutuskan untuk membincangkan dan membawa usul Penduduk Taman Aman Jaya ke Mesyuarat KRT Taman Aman Jaya sesi 2022-2023 pada 23 Januari 2022 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 Tengah hari Disediakan Oleh DR MAPATAN BIN SUDIN Setiausaha KRT Taman Aman Jaya Sesi 2022-2023 Disemak dan disahkan Oleh TN HJ RAZAK BIN MINLUNG Timbalan Pengerusi KRT Taman Aman Jaya Sesi 2022-2023


9 LAPORAN AKTIVITI KRT TAMAN AMAN JAYA SESI 2022-2023 Bil Nama Program/Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Tahun 2022 1 Mesyuarat Agung KRT Taman Aman Jaya Sesi 2022-2023 16 Januari 2022 2 Mesyuarat KRT Taman Aman Jaya Bilangan 1 Sesi 2022-2023 18 Januari 2022 3 Mesyuarat KRT Taman Aman Jaya Bilangan 2 Sesi 2022-2023 16 April 2022 4 Mesyuarat KRT Taman Aman Jaya Bilangan 3 Sesi 2022-2023 16 Julai 2022 5 Program Gotong Royong Sempena Hari Malaysia 22 Julai 2022 6 Program Sambutan Hari Raya Korban bersama Masjid Nurul Aman Taman Aman Jaya 29 Julai 2022 7 Program Kembara Unit Semarak Merdeka bersama Pejabat Perpaduan Daerah 26 Ogos 2022 8 Program Wanita Sihat Tanpa Kanser 27 Ogos 2022 9 Mesyuarat KRT Taman Aman Jaya Bilangan 4 Sesi 2022-2023 27 Ogos 2022 10 Program Kutipan Derma Sumbangan kepada Ibu Pn Delin 28 Ogos 2022 11 Program Futsal Jiran Muda 21 September 2022 12 Mesyuarat KRT Taman Aman Jaya Bilangan 5 Sesi 2022- 2023 21 September 2022 13 Derma Kilat Kebakaran di Kampung KRT Puyut 24 September 2022 Tahun 2023 14 Mesyuarat KRT Taman Aman Jaya Bilangan 6 Sesi 2022- 2023 6 Mac 2023 15 Program Jom Ronda SRS KRT Taman Aman Jaya 17 Mac 2023 16 Program Kibarkan Jalur Gemilang 17 Mac 2023 17 Program Ziarah Rahmah Kebakaran 17 Mac 2023 18 Majlis Rumah Terbuka Tabika Perpaduan Taman Aman Jaya 19 Mei 2023 19 Mesyuarat KRT Taman Aman Jaya Bilangan 7 Sesi 2022- 2023 4 Jun 2023 20 Program Belia mendaki/hiking puncak bukit Silam 8 Jun 2023 21 Program Kejohanan Futsal KRT Taman Aman Jaya 12 September 2023 22 Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih Pn Nurfa 20 September 2023 Tahun 2024 23 Sumbangan Kepada Allahyarham Ramdin Ahmad (Waris) 14 Januari 2024 24 Mesyuarat Pra Pembubaran KRT Taman Aman Jaya Sesi 2022-2023 24 Februari 2024 25 Mesyuarat Pembubaran KRT Taman Aman Jaya Sesi 2022-2023 10 Mac 2024 Disediakan oleh Disemak dan disahkan oleh Dr Mapatan Bin Sudin Tuan Hj Razak bin Minlung Setiausaha KRT Taman Aman Jaya Timbalan Pengerusi KRT TAJ Sesi 2022-2023 Sesi 2022-2023


10


11


12


13


14


15


16 Usul dan Cadangan 1 Kawasan padang (kwsn kosong)perlu diselenggara dgn baik spt: rumour 2@3 bulan sekali d potong. 2 Taman permainan dibaikpulih ( jika Ada budjet) ,. Jika tidak baik dirobohkan tangkap binaan trsebut kerana membahayakan & mencacatkan pemansangan. 3 Gelanggang Bola Tampar dinaiktarafkan 4 Bina pusat KRT Taman Aman Jaya Bina Pondok SRS utk KRT Taman Aman Jaya Tangani isi anjing liar & Ades Naik taraf gelanggang Futsal & padang Tangani isu pemotongan rumput & masalah bekalan elektrik 5 No komen 6 Penglibatan semua penduduk TAJ 7 Semoga dipermudahkan segala urusan.aamin 8 Semoga dipermudahkan segala urusan KRT Taman Aman Jaya..aaamin 9 Tiada apa-apa cadangan 10 GERAN DANA DIPERLUKAN UNTUK AKTIVITI KRT 11 ADAKAN PUSAT AKTIVITI KRT


17 Ahli Jawatankuasa KRT Taman Aman Jaya Sesi 2022-2023 Pengerusi : Encik Ramdin bin Ahmad (Allahyarham) Timbalan Pengerusi : Tn Hj Razak bin Minlung Setiausaha : Dr Mapatan bin Sudin Penolong Setiausaha : Encik Abd Syahrum bin Sahab Bendahari : Puan Salviah binti Durahim Jiran Usia Emas : Encik Siukong b. Brahim Tunas Jiras : Puan Erma binti Tianggi Jiran Muda : Encik Erman bin Tianggi Jiran Wanita : Puan Anewaty binti Ismail Biro Keselamatan (SRS) : Encik Ahmat bin Abdul Rajak Biro Keselamatan : Encik Asnawi Ahmat Biro Agama : Tn Hj Mohammad Yunus bin Abu Biro Sosial : Encik Roslan Kiling Biro Kebajikan : Puan Hamidah Hj Ab Razak Biro Kebajikan : Puan Nurhaedah Sining SRITI : Puan Naurah Dabtula Biro Kesihatan : Tn Hj Halim bin Mohd Djuda Biro Sukan : Encik Muhammad Haikal Hazwan Biro Sukan : Encik Muhd Syahmi Syihabuddin Biro Rekreasi : Encik Mohammad Akram Kemajuan Biro Kesenian & Kebudayaan : Puan Karimah Hajal Biro Kesenian & Kebudayaan : Puan Julie @ Tangkup bt Tambulak Biro Pendidikan : Encik Sapruddin Hasanuddin Mediator : Encik Kifleh Abdillah Tabika Perpaduan : Puan Jaycenta Lydia Jasni


18


Click to View FlipBook Version