ISLAM, IMAN DAN IHSAN KEMERDEKAAN MENURUT ISLAM HIDAYU BINTI HAMID WARDAH NUR NADIRAH BINTI ABDUL AZIZ NUR SAFEEYAH AISYAH BINTI JALIL RABIATUL AFIFAH BINTI MOHD ALI NURUL FATIN ATHIRAH BINTI MOHD AZANI MEMPERSEMBAHKAN: 1. 2. 3. 4. 5.
PENGENALAN KEMERDEKAAN 02 MAKSUD KEMERDEKAAN DARI SEGI IHSAN 05-07 MAKSUD KEMERDEKAAN DARI SEGI ISLAM 03 MAKSUD KEMERDEKAAN DARI SEGI IMAN 04 ISI KANDUNGAN Find Inner Peace Through Decluttering 01
Tahun 2023 merupakan tahun ke-66 Malaysia menyambut kemerdekaan negara.Sambutan Bulan Kebangsaan diadakan di seluruh negara sempena merayakan tahun-tahun kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia disamping mengingati jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara. Sambutan ini secara tidak langsung menyemai dan menanam perasaan cinta akan negara dalam kalangan rakyat negara ini dan sekaligus mengingatkan rakyat agar mengisi kemerdekaan ini dengan perkara-perkara positif ke arah kemajuan dan pembangunan negara. Kemerdekaan ini juga perlu dijaga agar penjajah tidak berulang kembali di bumi tercinta ini. Find Inner Peace Through Decluttering 02 KEMERDEKAAN PENGENALAN MAKSUD DALAM KAMUS DEWAN DEWASA Takrif merdeka menurut Kamus Dewan: bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan. Negara merdeka bermakna negara yang berdaulat iaitu mempunyai kuasa tertinggi.
Erti tersirat daripada sebuah kemerdekaan Definisi Merdeka menurut tokoh islamSyed Muhammad Naquib Al- Attas, kebebasan merujuk kepada ikhtiyar dan bukan hurriyyah. ikhtiyar adalah memiliki sesuatu untuk yang lebih baik dan menurut tuntutan sifat atau dasar yang benar, selari dengan fitrah insani dan tuntutan ilahi. Kebebasan manusia dalam menikmati kehidupan. Ia selaras dengan matlamat sebenar penciptaan manusia iaitu hanya untuk beribadah kepada allah SWT. Perkara itu dijelaskan oleh Allah SWT dalam Firman-Nya bermaksud “Dan (ingatlah) Aku tidak Menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kapada-Ku” (Surah Al-Dzariyat, Ayat 56). Find Inner Peace Through Decluttering 03 KEMERDEKAAN DARI SEGI ISLAM MAKSUD
Find Inner Peace Through Decluttering 04 KEMERDEKAAN DARI SEGI IMAN MAKSUD Sealain itu, kunci untuk memelihara iman juga adalah dengan cara mengikuti bimbingan dan panduan daripada orang ynag dikurniakan hidayah oleh Allah SWT< iaitu para ulama yang rabbani. Hal ini dikatakan demikian kerana selepas kawafatan Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun yang lalu, para ulama inilah yang telah menyambung dakwah nabi membimbing umat islam. Erti kemerdekaan yang sebenar dalam Islam adalah apabila seseorang itu mendapat nikmat Islam dan iman, iaitu kalimah Lailahaillallah Myhammad Rasulullah. Maka itu, kita hendaklah sentiasa bermohon dan berdoa supaya hati kita tidak dibolak-balikkan setelah diberikan hidayah oleh Allah SWT kerana hidayah itu milik mutlak Allah SWT dan dia berhak untuk memberikan kepada sesiapa jua yang dikehendaki-Nya.
05 KEMERDEKAAN DARI SEGI IHSAN MAKSUD Ihsan itu ialah bahawa "kamu menyembah Allah seolaholah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu." (Pengertian berdasarkan hadith riwayat Muslim daripada Umar bin Khattab) Yakni, mengabdikan diri kepada Allah hendaklah dengan perasaan seolah-olah anda melihatNya dan jika anda tiada perasaan melihat kepada-Nya, maka hendaklah anda merasa bahawa Allah melihatmu. Maksudnya: ikhlas dalam beribadah atau ikhlas melaksanakan Islam dan Iman.
06 MAKSUD KEMERDEKAAN DARI SEGI IHSAN Rib'i ibn Amir ketika bertemu panglima tentera parsi bernama Rustum mengungkapkan kalimah yang bermaksud: "Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam) untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri kepada Allah,daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.'' Justeru,kedatangan Islam melalui Nabi Muhammad SAW yang membebaskan manusia daripada belenggu kekufuran membawa mesej kemerdekaan seperti sebentar seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud.''(Dan tiadalah kami (Allah) mengutus engkau (Muhammad),kecuali untuk menjadi rahmat kecuali bagi semesta alam).'' (al-Anbiya':107) Menurut Ibn Asyur lagi,ada lima aspek kemerdekaan yang dikehendaki oleh syariah: Pertama,merdeka dengan erti bebas daripada perhambaan (hurriyyah 'an al 'ubudiyyah).Hamba dengan makna hakiki memang sudah terhapus daripada peradaban Islam,namun perhambaan gaya baharu masih ada di era moden.Ibn Asyur memberikan definisi mewrdeka daripada perhambaan bererti tindakan seseorang yang tidak bergantung kepada izin orang lain. Dari perspektif yang lebih luas,merdeka bererti kebebasan sebuah bangsa untuk menentukan nasibdan cita-citanya sendiri tanpa bergantung kepada keizinan bangsa lain.Di sini jelas bahawa pemikiran tentang maqasid syariah tidak hanya bergelar dalam persoalan fiqah semata-mata bahkan juga menyentuh tentang nasionalisme sesebuah negara. Kedua,merdeka erti kebangsaan untuk berkeyakinan (hurriyyah al-i'tiqad) yang tercermin dalam penegasan tidak ada paksaan untuk memeluk agama (Ia ikraha fi al-din) dan anjuran untuk berdebat dengan bijaksana (wajadilhum bil lati hiya ahsan)
Ketiga, merdeka dengan erti kata bebas berpendapat dan bersua (hurriyyah al-aqwal).kebebasan berpendapat ini dibatasi oleh hifdzu din (menjaga agama) dan hifdzu al-'irdh (menjaga harga diri) sehingga meskipun seseorang memiliki kebebasan ini,Namun dia tidak boleh menghina ajaran agama dan tidak boleh menjatuhkan maruah dan harga diri orang lain. Keempat,merdeka dengan erti bebas berusaha (hurriyyah al-'amal).Kebebasan ini dibatasi oleh hifdzul mal bi'ah (pelestarian aset/harta) dan hifdzul bi'ah (pelestarian ekosistem).seseorang boleh bekerja,namun dalam berusaha tidak boleh merosakkan harta dan aset orang lain dan tidak boleh merosakkan alam.Oleh kerana itu,penerokaan alam secara berlebihan yang mengganggu ekosistem dan merosakkan sumber penghidupan rakyat tidak dibenarkan oleh syariat. Daripada huraian di atas,jelas bahawa kemerdekaan sejati dalam pandangan syariah adalah kebebasan yang terangkum dalam empat aspek perbuatan (i'tiqad),aspek perkataan (aqwal) dan aspek dan aspek perbuatan (af'al) yang semuanya tunduk kepada kehendak syariah.Perkara ini selaras dengan saranan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abi Muhammad Abdullah bin al-As bermaksud:Tidak beriman seorang kamu sehingga adalah hawanya (kemahuannya dan kecenderungannya) mengikut kepada apa yang aku bawa dengan dia." Oleh itu,kemerdekaan sebenar bukan semata-mata kebebasan dalam menentukan pentadbiran dan pemerintahan negara serta menikmati segala hasil mahsulnya,bahkan juga bebas daripada sebarangan bentuk cengkaman minda dan jiwa daripada sebarang sistem yang mencanggah dengan matlamat syariat yang dinyatakan dalam maqasid syariah yang lima iaitu memelihara agama (hifz al-din),memelihara nyawa (hifz al-nafs),memelihara keturunan (hifz alnasl),memelihara akal (hafz al-a'ql) dan memelihara harta (hifz al-mal). MAKSUD KEMERDEKAAN DARI SEGI IHSAN 07
SEKIAN TERIMA KASIH