BUKU SKRAP DIGITAL
NEGARAKU MALAYSIA
NAMA: MUHAMMAD RAYYAN ISYRAQ BIN MOHD ROZALI
KELAS: 6 EXCELLENT
ALAMAT E-MEL:[email protected]
NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN LABU ULU
ALAMAT SEKOLAH:S.K.LABU ULU(BATU8),
71900 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN
1
KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
PENDAHULUAN
BIODATA TOKOH
PENDIDIKAN TOKOH
KERJAYA TOKOH
SUMBANGAN TOKOH
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI
OLEH GENERASI SEKARANG
KESIMPULAN
2
PENDAHULUAN
Buku skrap sejarah ini dilaksanakan
bagi memberi maklumat tentang tokoh
perjuangan pilihan saya iaitu Tok Janggut.
Sepanjang saya mendapatkan pelbagai
maklumat di internet, saya juga dapat
menambah ilmu pengetahuan saya tentang
tokoh-tokoh yang banyak menyumbang
kepada Malaysia. Selain itu, dengan
terhasilnya buku skrap ini, saya serta pembaca
dapat menanam semangat cintakan tanah air
di dalam diri.
3
BIODATA TOKOH
Nama sebenar : Haji Mat Hassan bin Munas
Tarikh lahir: Tahun 1853
Tempat lahir: Kampung Jeram, Pasir Puteh,
Kelantan
Tempat tinggal: Kampung Nering, Kelantan
Kemahiran: Bersilat
Tarikh kematian:24 Mei 1915
- Dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau
menyimpan janggut hingga ke paras dada
4
PENDIDIKAN TOKOH
Mendapat pendidikan di Mekah dan mahir
bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian
dengan Sultan Muhammad IV yang mana bonda
baginda diriwayatkan ialah adik beradik ayah atau
ibu Tok Janggut. Ada riwayat menyatakan bahawa
beliau ialah anak murid Tok Ku Paloh. Beliau juga
menuntut ilmu di Mekah.
5
KERJAYA TOKOH
Tok Janggut adalah antara penentang British
pada awal 1900-an di Kelantan, iaitu semasa
berlakunya Perang Dunia Pertama antara 1914
hingga 1918.
"Walaupun dia tahu penentangannya akan
berakhir dengan maut, tetapi beliau tetap
meneruskannya untuk menunjukkan kepada
orang Melayu lain, yang beliau juga mempunyai
sifat suka menolong orang,"
Tok Janggut bukan sahaja seorang pahlawan
malah dia adalah seorang ulama yang telah
mendalami ilmu agama di pondok, sebelum ke
Makkah.
Tok Janggut yang ke Makkah untuk belajar
agama sebelum Perang Dunia Pertama telah
didedahkan dengan fatwa kerajaan Turki
Uthmaniyah yang menjadikan satu Fardhu-Ain
(perkara wajib) bagi umat Islam menentang
British.
6
SUMBANGAN TOKOH
Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat
Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan,
malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok
Janggut diganti dengan perkataan
‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.
Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama
baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan
pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada
mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat,
maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang
‘pintar’ akan terjejas.
Mereka mengambil keputusan membunuh Tok
Janggut. Apabila tokoh yang juga ulama itu
meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat
Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan
peristiwa itu berulang.
Seterusnya mereka melancarkan perang saraf
memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya,
dengan harapan generasi mendatang
menganggap lelaki itu dan kumpulannya
penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara.
Umpama menyelimuti gajah dengan sapu
tangan, usaha itu tidak berhasil kerana
masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok
Janggut berserta sahabat dan pengikutnya
terhadap negara.
Walaupun usahanya menentang dan mengusir
penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian,
semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air
yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih
kekal disanjung sehingga kini.
7
NILAI KEPIMPINAN YANG
BOLEH DICONTOHI OLEH
GENERASI SEKARANG
1. Taat pada agama
2. Membela nasib rakyat Kelantan
3. Berani - Mengetuai angkatan
melancarkan serangan ke atas Pasir
Puteh
4. Berhemah tinggi- tidak merelakan
'tanah darahku' dijajah .
5.Bersemangat tinggi- walaupun
dituduh, Tok Janggut tetap bersemangat
tinggi untuk menghalau
penjajah dari 'tanah darahKu'
6.Patriotik- sanggup berkorban agar
negara terus selamat daripada penjajah
asing.
8
KESIMPULAN
Penentangan Tok Janggut ialah satu rentetan
dari cetusan kebangkitan Islam sedunia
terhadap golongan penjajah yang mulai
menakluki negara umat Islam sejak
tercetusnya Perang Dunia Pertama pada 1914.
Kebangkitan Tok Janggut sebagai satu `jihad‟
mempunyai kaitan dengan penglibatan Turki
dalam Perang Dunia Pertama. 12 Penentangan
kerana memperjuangkan agama kemudiannya
dikaitkan dengan isu cukai yang dikenakan
serta sikap membenci British. Tok Janggut
meruapkan pemimpin awal yang mmengaitkan
ketidak adilan dasar British dengan
perjuangan dalam bentuk jihad. Seterusnya
Tok Janggut memahami dan memimpin
pengikutnya pemahaman terhadap penjajahan
ke atas negara umat Islam juga adalah satu
bentu jihad didalam Islam. Oleh isu cukai
tanah menjadi sebab yang yang mencetuskan
penentangan bersenjata oleh Tok Janggut dan
penduduk Pasir Putih terhadap penjajah
British. Sikap pihak British dibenci kerana
dianggap angkuh, merampas tanah,
membonekakan Sultan, mengambil-alih
pemerintahan negeri dan seringkali
memanipulasikan keadaan untuk kepentingan
mereka.
9
SUMBER RUJUKAN
1.http://books.google.com.my/books?id=2n6LhfSDVnwC&pg=PA22&dq=tok+j
anggut&hl=en&ei=YLt4TtrJF8bWrQfs6_CLCw&sa=X&oi=book_result&ct=res
ult&resnum=8&ved=0CEoQ6AEwBw#v=onepage&q=tok%20janggut&f=false
2. Cheah Boon Kheng (2006). To' Janggut (Old Long Beard) - Legends, Histories
and Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan, Singapore University Press.
3.http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm02&spesifi
k_id=112&ttl_id=2
4.http://bp3.blogger.com/_wvRdoRrlkfo/SH7tJbna2II/AAAAAAAAAIo/e79CI
xAfZs4/s1600-h/tok1.jpg
5. https://sejarahtokoh.wordpress.com/tok-janggut/
6. https://ms.wikipedia.org/wiki/Haji_Hassan_bin_Panglima_Mat_Munas
7. https://www.malaysiakini.com/columns/460832
8. https://www.youtube.com/watch?v=oHLVyC4B7FQ
9. https://www.youtube.com/watch?v=IYlx2W8q2wI
10. https://www.youtube.com/watch?v=JsWthn3ZQ2o
10
Tiada jalan mudah untuk
mengecapi sebuah
kebebasan.
Semoga perjuangan Tok
Janggut memberi
perangsang untuk kita
menghargai kemerdekaan
dan kemenangan kita
menentang penjajah.
Sayangi negara kita,
Malaysia tercinta.
Sekian, terima kasih.
11