The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by [email protected], 2021-04-11 11:34:08

MESYUARAT AGUNG MAJLIS GURU BESAR TIMUR LAUT BILANGAN 2/2021

MESYUARAT MGBTL

Keywords: MGBTL

MESYUARAT AGUNG MAJLIS GURU BESAR TIMUR LAUT
BILANGAN 2/2021
DAN

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT MGBTL

TARIKH : 12 APRIL 2021
HARI: ISNIN
MASA: 2.00 PETANG
TEMPAT: HOTEL BERJAYA
KEHADIRAN: GURU BESAR SK, SJKC DAN SJKT

1

ISI KANDUNGAN MUKASURAT
3
BIL PERKARA 4
1 Notis Mesyuarat Agung MGBTL Bil.2/2021 5
2 Jawatankuasa Kerja
3 Aturcara Majlis dan Agenda Mesyuarat 6 - 10
4 Minit Mesyuarat Agung Bil.1/2020 11
5 Penyata kewangan MGBTL
6 Senarai nama AJK MGBTL 2018 – 2020 12 - 13
7 Senarai nama Guru Besar TL 14 - 17
8 Perlembagaan MGB Daerah 18 - 24
9 Perlembagaan MGB Pulau Pinang 25 - 33
10 Photo Kenangan Mengusik Jiwa 34 - 35

2

MAJILIS GURU BESAR DAERAH TIMURLAUT
d/o SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI GELUGOR
11700 Gelugor, Pulau Pinang.
Telefon = 6046566624: Fax = 6046530534
________________________________________________________________________________________________

Rujukan Kami : MGBTL2021/ (1)

Tarikh : 30 Mac 2021

Guru Besar SK/SJKC dan SJKT

Tuan/Puan,

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG MGBTL KALI KE-2

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Berikut adalah ketetapan mesyuarat yang akan diadakan.

Tarikh : 12 April 2021
Hari : Isnin
Masa : 2.00 petang
Tempat : Berjaya Hotel
Pakaian : Pakaian rasmi/pakaian kerja

3. Mohon kerjasama semua guru besar mematuhi SOP dan bawa bersama RM 50.00 untuk bayaran
yuran tahunan. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila hubungi Puan Fairus binti Ayob di talian
012-4120121.

Sekian, terima kasih.
”PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

….……………………………….
( FAIRUS BINTI AYOB )
Setiausaha MGBTL 2018/2020

3

JAWATANKUASA KERJA 8. Bacaan Doa
- GB Ahmad Kaber b. K.Ismail
1. Persiapan Tempat
- GB Zamzuri b. Abd Rahman 9. Pencatat
- GB Mohd Husni b. Aziz - GB Chin Pei Pei
- GB Edi Osman b. Ahmad - GB Goh Chooi Peng
- GB Khaw Chew Hong - GB Sarima binti Ishak
- GB Mageswari A/P M.B Kunjappa - GB Rafiah binti Isha

2. Pendaftaran 10.Jurugambar
- GB Soon Yeong Nee - GB Suddakar Narayanan
- GB Leong Sook Luan - GB Look Keng Weai
- GB Pathmavathi a/p Kuppusamy
11.Pengerusi Sementara
3. Buku aturcara dan perlembagaan - PPDTL
- GB Fairus binti Ayob - Pemerhati
- GB Rohaida binti Mohri
- GB Hamidah binti Hamzah 4

4. Borang Pengundian
- GB Noor Azian binti Ahmat
- GB Salizawati binti Omar
- GB Norulhuda binti Mohd Yunus

5. Proses Pengiraan Undi
- PPDTL
- GB Jemputan

6. Makanan dan Minuman
- GB Hadibah binti Hashim
- GB Fazlee b. Yahya

7. Pengacara Majlis
- GB Ahmad Azmi b. Haji Aiyob

ATUR CARA - Kehadiran dan pendaftaran
2.00 petang - Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
2.45 petang - Bacaan doa oleh GB Ahmad Kaber b. K.lsmail
- Ucapan Pengerusi MGBTL 2018/2020 GB Zamzuri b. Ab.Rahman
3.15 petang - Ucapan Perasmian oleh Penasihat MGBTL
- Mesyuarat Agung bermula
4.00 petang - Pembentangan oleh Setiausaha Pn.Fairus binti Ayob
- Pembentangan oleh Bendahari En.Fazlee b. Yahya
- Pembentangan usul
- Pembubaran Jawatankuasa MGBTL 2018/2021
- Lantikan Pengerusi Sementara
- Proses Pengundian
- Kiraan Undi
- Pesanan Penaja
- Pengumuman JK MGBTL 2021/2023
- Ucapan Penutup Pengerusi MGBTL 2021/202
- Potong kek( gimik sambutan Hari Guru MGBTL )
- Jamuan Ringan

5

MINIT MESYUARAT AGUNG GABUNGAN MAJLIS GURU BESAR TIMUR LAUT BIL.1

TARIKH : 27 OGOS 2020
MASA : 11.00 PAGI – 4.30 PETANG

TEMPAT : HOTEL VOUK, GEORGETOWN PULAU PINANG.

PESERTA : 73 BUAH SEKOLAH SK, SJKC DAN SJKT

TIDAK HADIR

GB SK TANJUNG BUNGA - TIDAK HADIR BERSEBAB

GB SK RESIDENSI - TIDAK HADIR BERSEBAB

GB SK BUKIT GELUGOR - TIDAK HADIR BERSEBAB

GB SK PEREMPUAN ISLAND - TIDAK HADIR BERSEBAB

GB SJKC AIK HUA - TIDAK HADIR BERSEBAB

GB SJKC JELUTONG - TIDAK HADIR BERSEBAB

GB SK FRANCIS LIGHT - TIADA

GB SJKC POAY WAH - TIADA

GB SJKC SHIH CHUNG PUSAT- TIADA

AGENDA

1.0 UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
Pengerusi Majlis mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan dari PPDTL iaitu Puan Wan Azlina bt.
Wan Zulkifli, Encik Ahmad Rosyidi bin Ahmad Basir dan Encik Allen Tan Soo Hin ,pegawai
pemerhati dari Majlis Guru Besar Negeri iaitu Encik Dzulkifli bin Syaaban dan Encik Ahmad Anuar
b. Ramlee serta guru-guru besar sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

2.0 BACAAN DOA
Dipimpin oleh Encik Ahmad Kaber bin l.lsmail, GB SK Seri Indah

3.0 UCAPAN PENGERUSI MGBTL

- Kehadiran semua guru besar SK, SJKC dan SJKT memuaskan walaupun kita berada dalam
PKPP dan diharapkan SOP dipatuhi. Hanya 3 buah sekolah di Timur laut tiada guru besar.

6

- Mesyuarat Agung MGBTL merupakan julung kali diadakan yang menggabungkan 3 jenis
sekolah rendah.

- Gabungan Guru Besar telah bermula pada tahun 2019 apabila kita mengadakan jamuan hari raya
dan majlis persaraan di Hotel Berjaya.

- Sebagai peneraju sekolah, guru-guru besar perlu memastikan KPI Pengarah JPNPP bagi 2020
tercapai iaitu sifar aduan dan sifar audit kewangan berteguran.

- JPNPP dalam perancangan membawa semua guru besar berkursus di Pulau Langkawi. Surat
makluman akan dikeluarkan tidak lama lagi.

- Mesyuarat Agung MGBTL julung kali ini juga menggabungkan sambutan bulan kemerdekaan
yang ke-63 peringkat guru besar Timur Laut.

4.0 UCAPAN PENASIHAT AKTIVITI MGBTL
- Mengucapkan tahniah kerana berjaya menggabungkan semua jenis sekolah rendah dalam satu
majlis.
- Setiap sekolah perlu mencapai 17 KPI Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2020.
- KPM juga menyarankan pembudayaan STEM di setiap sekolah.
- Bagi tahun 2020, PPDTL telah meletakkan KPI sebanyak 85.0 % bagi Mencapai Tahap
Minimum ( MTM ) dan kehadiran sebanyak 94.0 %.
- Peningkatan sebanyak 10 % bagi PLC untuk daerah Timur laut.
- Peningkatan sebanyak 5 % bagi SKPMg2 untuk standard 4.41 iaitu guru sebagai penolong dan
4.61 murid belajar aktif. Manakala KPI untuk kokurikulum meningkat sebanyak 10 %.
- Bagi PJASK pula bilangan E Timur laut adalah di bawah 41 orang.
- Kualiti seseorang Guru Besar diukur dari segi 4 aspek iaitu :
- Pengurusan sekolah
- Pengupayaan penolong kanan dengan mengadakan bengkel untuk PK Pentadbiran, PK HEM
dan PK Kokurikulum
- Kualiti guru dalam pdpc
- Kemenjadian murid

7

- Memandangkan kita berada dalam tempoh PKPP, pastikan tiada perhimpunan diadakan di
sekolah.

- Manakala setiap permohonan BDR adalah melalui kelulusan Tuan Pengarah JPNPP.
- Setiap pentadbir perlu peka dengan arahan terkini terutama arahan yang memerlukan tindakan

segera ataupun tindakan yang ada tempoh masa. Ini perlu untuk mengelakkan data yang
diperlukan tepat untuk tindakan selanjutnya.
- Memastikan APDM ( kehadiran murid ) dan e-operasi ( keberadaan guru ) dikemaskini sebelum
pukul 10.00 pagi
- Oleh itu penasihat berharap MGB dijadikan sebagai wadah untuk membantu antara guru besar
dan sekolah serta membantu PPDTL.

5.0 PEMBENTANGAN SETIAUSAHA
- Dari muka surat 6 hingga muka surat 7 ialah Ahli Jawatankuasa MGBTL bagi sesi 2018 -2021
di mana tertera 8 orang pegawai tadbir, 7 ajk dan 2 juruaudit.
- Dari muka surat 8 hingga muka surat 12 ialah senarai ahli MGBTL
- Rujuk lampiran JK Tertinggi MGBTL dan Ahli MGBTL
Dicadangkan oleh : Pn.Nor Azmah bt. Johari , GB SK Jelutong Barat
Disokong oleh : En.Lee Hoong Choo , GB SJKC Han Chiang

6.0 PEMBENTANGAN KEWANGAN OLEH BENDAHARI
- Tiada pelaporan kerana tiada kutipan dan perbelanjaan.
- Bendahari mencadangkan membuka akaun baru di Bank CIMB untuk gabungan guru besar
Timurlaut.
- Cadangan telah mendapat sokongan sebulat suara oleh semua guru besar yang hadir.
- Akaun ini akan dimulakan dengan kosong kerana ini merupakan akaun yang baharu untuk
Majlis Guru Besar Timurlaut. Bagi permulaan kutipan sebanyak RM50.00 ( lima puluh ringgit
sahaja ) di mana RM 10.00 untuk Majlis Guru Besar Kebangsaan, RM10.00 untuk Majlis Guru
Besar Negeri dan RM30.00 untuk Majlis Guru Besar Daerah.
Dicadangkan oleh : En.Chuah Eng Keat , GB SK St.Xavier Cawangan

8

Disokong oleh : En.Yeoh Ah Leong , GB SJKC Sum Sun

7.0 PEMBENTANGAN PERLEMBAGAAN OLEH PENGERUSI MGBTL
- Pengerusi membentangkan dari muka surat 13 hingga muka surat 28 Perlembagaan Majlis Guru
Besar Daerah dan Perlembagaan Majlis Guru Besar Pulau Pinang adalah sama.
- Perlembagaan adalah terpakai kepada semua MGB dalam Malaysia.
Dicadangkan oleh : En.Mohd Shukri b. Din , GB SK Tanjong Tokong
Disokong oleh : En.Ahmad Azmi b. Aiyob , GB SK Hutching

8.0 HAL-HAL LAIN
8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Konvensyen Guru Besar akan diadakan di Hotel
Langkasuka pada 9, 10 dan 11 September di mana sebanyak RM260.00 adalah untuk
penginapan dan pengangkutan manakala RM70.00 adalah untuk yuran konvensyen.
8.2 Pengerusi memaklumkan bayaran yuran konvensyen adalah melalui bendahari.
Pengangkutan yang disediakan oleh JPNPP adalah bas ke jeti. Pengerusi juga memaklumkan
setiausaha akan mengumpul data tentang pengangkutan yang diambil oleh guru-guru besar
serta kehadiran adalah wajib.
8.3 Pengerusi juga memohon agar guru besar menggalakkan guru-guru di sekolah masing-
masing menyertai PESCA dan juga program yang dianjurkan.
8.4 Encik Azmi bin Aiyob GB SK Hutching memohon pembetulan surat panggilan mesyuarat
agung yang sepatutnya Notis Mesyuarat Agung.
8.5 Puan Yusni binti Ahmed Khalid , GB SK Sri Tanjung mencadangkan guru-guru lama di
sekolah yang tidak mempunyai masalah ataupun yang ada masalah dibuat RD.
Encik Ahmad Rosyidi bin Ahmad Basir memaklumkan cadangan tersebut telah ada dalam
perancangan PPD dan sedang menunggu kelulusan JPNPP.
8.6 Encik Look Keng Weai , GB SJKC Tong Sian mencadangkan satu group telegram
menggabungkan semua gb TL tanpa PPDTL.
Disokong sebulat suara

9

9.0 PENUTUP

9.1 Encik Ahmad Rosyidi bin Ahmad Basir mengucapkan tahniah di atas pelantikan exco.
Diharapkan semua guru besar memberi kerjasama kepada barisan exco. Setiap aktiviti MGB
adalah melalui perbincangan di antara JPN dan PPD.

9.2 Encik Zulkifli bin Syaaban GB SK Sungai Ara sebagai pemerhati MGB Negeri
mengucapkan tahniah dan ucapan selamat maju jaya kepada MGBTL.

9.3 Berhubung Konvensyen Guru Besar di Pulau Langkawi, pengerusi memohon bayaran
sebanyak RM 260.00 untuk kos penginapan, pengangkutan ) dibayar semasa pendaftaran
semasa di sana nanti. Manakala yuran konvensyen sebanyak RM 70.00 dibayar kepada
bendahari.

9.4 JPNPP sedang mengorak langkah melaksanakan E-RPH.

9.5 Pastikan semua guru besar telah mengisi i-kompas IABU.

9.6 Naib Pengerusi MGBTL Encik Husni, GB SK Pendidikan Khas Jalan Hutton berharap
MGB dijadikan sebagai medan ataupun wadah bagi membantu selesaikan masalah antara
rakan guru besar.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………………… ……………………………………

( FAIRUS BINTI AYOB ) ( ZAMZURI BIN ABDUL RAHMAN )
Setiausaha MGBTL 2018/2020 Pengerusi MGBTL 2018/2020

10

11

Ahli Jawatankuasa MGB TIMUR LAUT ( 2018 – 2020 )

Bil. Nama & Tempat Bertugas No. Tel & Email
Jawatan

ZAMZURI B ABD RAHMAN [email protected]

1. Pengerusi

SK AIR ITAM 011-281107039

Timbalan MOHD HUSNI BIN AZIZ [email protected]
Pengerusi
2.

SK PEND.KHAS JLN.HUTTON 012-5422285

Naib EDI OSMAN B. AHMAD [email protected]
Pengerusi 1
3.

SK BUKIT GELUGOR 019-5118199

Naib KHAW CHEW HONG [email protected]
Pengerusi 2
4. 017-4741960

SJKC UNION

Naib MAGESWARY A/P M B KUNJAPPA [email protected]
Pengerusi 3
5. SJKT RAMAKRISHNA

012-5203887

FAIRUS BINTI AYOB [email protected]

6. Setiausaha

SK SUNGAI GELUGOR 012-4120121

Pen. NOOR AZIAN BINTI AHMAT [email protected]
Setiausaha
7.

SK CONVENT GREENLANE 013-4060798

FAZLEE B. YAHYA [email protected]

8. Bendahari

SK BATU LANCHANG 012-3209287

HADIBAH BINTI HASHIM [email protected]

9. AJK

SK JELUTONG 019-5259129

NORULHUDA BT MOHD YUNUS [email protected]

10. AJK

SK CONVENT PULAU TIKUS 019-4130261

SOON YEONG NEE [email protected]

11. AJK

SK ST.XAVIER 019-4721896

12

12. AJK LEONG SOOK LUAN [email protected]
SJKC KWANG HWA 016-4839408
[email protected]
13. AJK SALIZAWATI BINTI OMAR 011-11056766
SK MINDEN HEIGHT [email protected]
019-5990070
14. AJK PATHMAVATHI A/P KUPPUSAMY
SJKT JALAN SUNGAI [email protected]

15. AJK SUDDAKAR NARAYANAN 013-5071335
SK BATU FERINGGHI [email protected]
019-708681
HAMIDAH BINTI HAMZAH [email protected]
16 JURUAUDIT 012-4739267

SK PADANG TEMBAK

ROHAIDA BINTI MOHRI
17 JURUAUDIT

SK BUKIT GAMBIR

13

SENARAI GURU BESAR TIMUR LAUT

SEKOLAH KEBANGSAAN ( SK )

FAIRUS BINTI AYOB SK SG GELUGOR 0124120121 [email protected]

EDI OSMAN BIN AHMAD SK JELUTONG BARAT 0195118199 [email protected]

FAZLEE BIN YAHYA SK BATU LANCHANG 0123209287 [email protected]

SK PENDIDIKAN KHAS

SITI ZALEHA BINTI ISMAIL PERSEKUTUAN 0195972423 [email protected]

ROHAIDA BINTI MOHRI SK BUKIT GAMBIR 0124739267 [email protected]

SOON YEONG NEE SK ST XAVIER 0194721896 [email protected]

MOHD ASRI ABDULHATAM SK DATO KRAMAT 0143004070 [email protected]

PARIMALA A/P SK CONVENT LEBUH
CHANDRASEKARAN
LIGHT 0164591161 [email protected]

YUSRI BIN RAZALI SK SRI AMAN 0124790373 [email protected]

CHUAH ENG KEAT SK ST XAVIER 0164539729 [email protected]
CAWANGAN

JAMAIAH BT MAHLI SK JALAN HAMILTON 0199484663 [email protected]

ZAMZURI BIN AB. RAHMAN SK AYER ITAM 01128107039 [email protected]

HADIBAH BINTI HASHIM SK JELUTONG 0195259129 [email protected]

AHMAD AZMI BIN HAJI SK HUTCHINGS 0164524524 [email protected]
AIYOB

NOR RIZAH BT. ABD. SK TAN SRI P.RAMLEE 0194566992 [email protected]
RAHIM

HAMIDAH BINTI HAMZAH SK PADANG TEMBAK 0194708681 [email protected]

SARIMA BINTI ISHAK SK PEREMPUAN 0174509094 [email protected]
ISLAND

NG KAR HOONG SK PEREMPUAN 0125538509 [email protected]
METHODIST

SALIZAWATI BINTI OMAR SK MINDEN HEIGHT 01111056766 [email protected]

ROSLINDA BINTI NAYAN SK SRI TANJUNG 0164035404 [email protected]

14

YUSNI BINTI AHMED SK FRANCIS LIGHT 0165538002 [email protected]
KHALID

RAFIAH BINTI ISMAIL SK JALAN RESIDENSI 01112527622 [email protected]

SK PENDIDIKAN KHAS [email protected]

MOHD HUSNI BIN AZIZ JALAN HUTTON 0125422285 moe-dl.edu.my

SUDDAKAR NARAYANAN SK BATU FERINGGHI 0135071235 [email protected]

MOHD FAHMY BIN SK WELLESLEY 01110578291 [email protected]
MUSTAFA

MOHD SHUKRI BIN DIN SK TANJONG TOKONG 0124639690 [email protected]

AHMAD KABER BIN SK SERI INDAH 0173835606 [email protected]
K.ISMAIL

NORUL HUDA BINTI SK BUKIT GELUGOR 0194130261 [email protected]
MOHAMMAD YUNUS

SK CONVENT PULAU

NOR AZMAH BINTI JOHARI TIKUS 0174864215 [email protected]

SK CONVENT GREEN

NOOR AZIAN BINTI AHMAT LANE 0134060798 [email protected]

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL ( SJKT )

KAMALAVANI A/P SJKT SUBRAMANIYA
MUNIANDY
BARATHEE 0164006559 [email protected]

PATHMAVATHI A/P SJKT JALAN SUNGAI 0195990070 [email protected]
KUPPUSAMY

SRITHARAN A/L SJKT RAJAJI 0125089275 [email protected]
T.CHATTUKUTTI

VASANTEY A/P KUMEGAN SJKT AZAD 0164868041 [email protected]

MAGESWARY A/P M B SJKT RAMAKRISHNA 0125203887 [email protected]
KUNJAPPA

15

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA ( SJKC )

TAN SAW BEE SJKC KONG MIN PUSAT 0164302133 [email protected]

CHEW ENG HOCK SJKC MIN SIN 0164115955 [email protected]

LEE HOONG KEE SJKC HU YEW SEAH 0124677195 [email protected]

LIAN POH LAI SJKC SIN KANG 0124091387 [email protected]

LOH MENG YIM SJKC MOH GHEE (PUSAT) 0125818812 [email protected]

ONG LEE YIN SJKC MOH GHEE 0124609260 [email protected]
CAWANGAN

ONG AI LENG SJKC KHENG TEAN 0135944313 [email protected]

ONG BEE CHEN SJKC ENG CHUAN 0124272374 [email protected]

HOOR SHY SUUN SJKC LI TEK CAWANGAN 0124691130 [email protected]
CH’NG SOON LEE
SJKC LI TEK 'B' 0125795982 [email protected]

LIM WEI LUN SJKC KEONG HOE 0164144154 [email protected]

FOO CHAI FONG SJKC SHANG WU 0133435455 [email protected]

CHAN PHAIK KEOW SJKC PHEI SHIN 0124299662 [email protected]

LIM TENG YONG SJKC KONG MIN 0125600250 [email protected]
CAWANGAN SATU

KHAW CHIEW HONG SJKC UNION 0174741960 [email protected]

LIM POH ING SJKC LI TEK 'A' 0125530427 [email protected]

SJKC PAI CHAI

TAN CHENG KAH SJKC SHIH CHUNG 0134229212 [email protected]
CAWANGAN

LOOK KENG WEAI SJKC TONG SIAN 0164939106 [email protected]

WONG SZE CHEAK SJKC SHIH CHUNG 0124276942 [email protected]
PUSAT

LIM YIN CHAO SJKC CHUNG HWA 0174544005 [email protected]
CONFUCIAN 'B'

YEOH AH LEONG SJKC SUM SUN 0124515393 [email protected]

16

YAP QUAT CHOO SJKC CHIAO NAN 0194434335 [email protected]

NG LEH CHENG SJKC CONVENT DATUK
CHIN PEI PEI
TAN GEAT CHUN KERAMAT 0126466189 [email protected]
CHEE CHONG KAR
YEAP KOOI EAN SJKC SUM MIN 0124595040 [email protected]
LEE HONG CHOO
GOH CHOOI PENG SJKC JELUTONG 0124050578 [email protected]
WONG POH LING
LEONG SOOK LUAN SJKC HUN BIN 0174773685 [email protected]
TEY KWEE CHIN
SJKC PEREMPUAN CHINA 0124628416 [email protected]
ANG HONG GEOW
SJKC HAN CHIANG 0194494699 [email protected]
LIM LAY CHOON
SJKC PHOR TAY 0124747411 [email protected]
CHOONG TEIK KEONG
LEE TEAN CHIN SJKC HENG EE 0175737533 [email protected]

SJKC KWANG HWA 0164839408 [email protected]

SJKC AIK HUA 0126899218 [email protected]

SJKC KONG MIN 0194503341 [email protected]
CAWANGAN KEDUA

SJKC BENG TEIK 0165570172 [email protected]
CAWANGAN

SJKC CHUNG HWA 0164400059 [email protected]
CONFUCIAN 'A'

SJKC POAY WAH 0125625313 [email protected]

17

PERLEMBAGAAN
MAJLIS GURU BESAR DAERAH

Fasal 1 NAMA DAN ALAMAT
1.1. Nama Majlis ini ialah Majlis Guru Besar Daerah, ringkasnya MGBD dan selepas itu
disebut Majlis.

1.2. Pejabat Majlis ini ialah di sekolah Setiausaha bertugas atau ditentukan oleh Ahli
Jawatankuasa Tadbir Majlis.

1.3. Tempat mesyuarat Majlis akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tadbir Majlis
dari semasa ke semasa.

Fasal 2 DEFINISI
2.1. Perkataan Guru Besar bermaksud semua guru yang dilantik oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia sebagai Guru Besar di sekolah rendah dalam Negeri Pulau
Pinang.

2.2. Penasihat maknanya Ketua Pegawai Pendidikan Daerah dan Pendaftar maknanya
Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

2.3. Ahli maknanya Guru Besar yang berkhidmat di sekolah rendah dalam Negeri Pulau
Pinang.

2.4. Pegawai Tadbir maknanya Guru Besar yang dipilih dalam Mesyuarat Agung
Daerah yang terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi,
Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari.

Fasal 3 TUJUAN

3.1. Mengeratkan hubungan muhibah di antara Guru Besar di semua peringkat dan
semua jenis sekolah rendah dalam daerah.

3.2. Berusaha meningkatkan kebajikan Guru Besar, sejajar dengan keperluan
kemasyarakatan di samping meningkat tatasusila atau sahsiah ahli.

3.3. Bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pengalaman pentadbiran dan
pendapat yang boleh meningkatkan prestasi pembelajaran dan pengajaran di
sekolah-sekolah rendah.

18

3.4. Menyokong dan bekerjasama dengan Majlis Guru Besar Pulau Pinang dan
Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia.

3.5. Memberi kerjasama kepada Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan
Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melicinkan
pelaksanaan dan keperluan Dasar Pendidikan Kebangsaan serta program dan
aktiviti pendidikan.

3.6. Mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Fasal 4 KEAHLIAN

4.1. Keahlian Majlis Guru Besar Daerah adalah terdiri daripada Guru Besar sekolah
Fasal 5 rendah kerajaan dan sekolah rendah bantuan kerajaan dalam Daerah,
KEWAJIPAN AHLI

5.1. Mematuhi Perlembagaan
5.2. Menjelaskan Yuran Tahunan mengikut kehendak perlembagaan Fasal 11 Ceraian

2.
5.3. Melaksanakan segala keputusan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Tadbir

Majlis dalam mesyuarat agung biasa atau luar biasa.

Fasal 6 HAK AHLI

6.1. Mendapat faedah mengikut Fasal 3
6.2. Hak bersuara
6.3. Hak mengundi (tertakluk kepada Yuran Tahunan telah dijelaskan)
6.4. Hak menjadi Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Tadbir (tertakluk kepada Yuran

Tahunan telah dijelaskan).

Fasal 7 PELUCUTAN KEAHLIAN

7.1. Mana-mana ahli yang tidak mematuhi perlembagaan, peraturan atau arahan
Jawatankuasa Tadbir maka keanggotaannya boleh digantung atau diberhentikan
daripada menjadi ahli setelah diputuskan oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis.

7.2. Mana-mana ahli yang digantung keanggotaannya, maka ia boleh membuat rayuan
bertulis kepada mesyuarat agung daerah

7.3. Mana-mana ahli yang telah bersara, dikenakan tindakan tatatertib, berhenti tugas,
bertukar ke luar daerah, pindah tugas ke Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau lain-lain agensi,
keahlian dalam daerah akan terlucut secara otomatik

Fasal 8 PENTADBIRAN

8.1. Penasihat: Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
19

8.2. Pegawai Penyelaras Perhubungan: Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Pengurusan Sekolah Rendah

8.3. Majlis Guru Besar Daerah akan ditadbir oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis yang
terdiri daripada:

8.3.1. Lapan orang Pegawai Tadbir
8.3.1.1. Seorang Pengerusi
8.3.1.2. Seorang Timbalan Pengerusi
8.3.1.3. Seorang Naib Pengerusi I
8.3.1.4. Seorang Naib Pengerusi II
8.3.1.5. Seorang Naib Pengerusi III
8.3.1.6. Seorang Setiausaha
8.3.1.7. Seorang Penolong Setiausaha
8.3.1.8. Seorang Bendahari

8.3.2. Tiga atau Lima atau Tujuh orang Ahli Jawatankuasa
8.3.3. Dua orang juruaudit

8.4. Semua Anggota Jawatankuasa Tadbir Majlis hendaklah dipilih dalam Mesyuarat
Agung Biasa tiga tahun sekali.

8.5. Sekiranya berlaku kekosongan mana-mana jawatan Pegawai Tadbir Majlis, maka
Jawatankuasa Tadbir Majlis diberi kuasa untuk melantik mana-mana Pegawai
Tadbir atau Jawatankuasa Tadbir Majlis atau ahli berdasarkan merit, kesesuaian
dan pertimbangan untuk mengisi kekosongan tersebut.

8.6. Jawatankuasa Tadbir Majlis diberi kuasa menubuhkan Jawatankuasa Kecil.

8.7. Secara otomatik Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi I, Naib Pengerusi
II, Naib Pengerusi III, Setiausaha dan Bendahari akan mewakili daerah untuk
. menjadi Anggota Jawatankuasa Tadbir Majlis Peringkat Negeri. Sekiranya berlaku
Fasal 9 keadaan di mana Pengerusi Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi I, Naib Pengerusi
II, Naib Pengerusi III, Setiausaha atau Bendahari enggan menjadi Anggota
Jawatankuasa Tadbir Majlis Peringkat Negeri, ia perlu menulis surat rasmi kepada
Jawatankuasa Tadbir Majlis
8.7.1. Jawatankuasa Tadbir Majlis hendaklah bermesyuarat untuk memilih

pengganti berdasarkan merit, kesesuaian dan pertimbangan.
8.7.2. Memaklumkan secara rasmi kepada Jawatankuasa Tadbir Majlis Peringkat

Negeri.

MESYUARAT-MESYUARAT

9.1. Mesyuarat Agung Majlis hendaklah diadakan sekali setiap tahun sebelum 31 Mac.
9.2. Tugas-tugas Mesyuarat Agung Tahunan Majlis ialah:

9.2.1. Menerima dan mengesahkan Peringatan Mesyuarat Agung yang lepas.
9.2.2. Menerima dan mengesahkan Laporan Tahunan Jawatankuasa Tadbir Majlis.
9.2.3. Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan Majlis.

20

9.2.4. Memilih Pegawai Majlis, Ahli Jawatankuasa dan Juruaudit mengikut Fasal 8
Ceraian 4.

9.2.5. Menerima dan menimbang cadangan-cadangan dan usul-usul yang
dikemukakan oleh ahli atau daripada Jawatankuasa Tadbir

9.3. Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Daerah hendaklah diadakan sekurang-kurangnya
3 bulan sekali untuk memutuskan persetujuan pengurusan kewangan dan
pentadbiran.

9.4. Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh diadakan dengan kehendak Jawatankuasa
Tadbir Majlis bagi membincangkan dan membuat keputusan mengenai perkara-
perkara yang tertentu atau kerana permintaan bertulis oleh satu pertiga (1/3)
daripada Ahli Gabungan Majlis. Tujuan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa
itu hendaklah dinyatakan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis.

9.5. Notis panggilan mesyuarat hendaklah disampaikan kepada semua ahli sekurang-
kurang empat belas hari (14) dari tarikh surat notis.

9.6. Mesyuarat Agung Biasa dan Luar Biasa dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis atau
seseorang yang dilantik dalam Mesyuarat Agung berkenaan.

Fasal 10 KUOROM

10.1. Ahli-ahli Mesyuarat Agung adalah terdiri daripada:
10.1.1. Semua Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Tadbir Majlis
10.2. 10.1.2. Semua ahli Majlis Guru Besar Daerah
10.3. Kuorum Mesyuarat Agung Majlis adalah sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3)
daripada jumlah ahli.
Kuorum Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir hendaklah sekurang-kurangnya satu
perdua ( 1/2 ) daripada jumlah Jawatankuasa Tadbir.

Fasal 11 KEWANGAN

11.1. Tahun Kewangan Majlis
11.2. 11.1.1. Tahunan Kewangan Majlis ini bermula daripada 1 Januari hingga 31

Disember setiap tahun dan hendaklah diaudit oleh Pemeriksa Kira-Kira
yang dilantik.
Yuran
11.2.1. Yuran Tahunan bagi tiap-tiap Guru Besar ahli Majlis Guru Besar Daerah
ialah *RM50 (Ringgit: Lima Puluh Sahaja)
11.2.2. Yuran akan diperuntukan *RM30 untuk Majlis Guru Besar Daerah,
*RM10 untuk Majlis Guru Besar Negeri dan RM10 untuk Gabungan
Majlis Guru Besar Malaysia.
11.2.3. Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan oleh ahli selewat-lewatnya 14 hari
sebelum tarikh Mesyuarat Agung.
*Bergantung kepada Daerah dan Negeri.

11.3. Derma

21

11.3.1. Dengan persetujuan bersurat daripada Pendaftar, Majlis dibolehkan
memungut derma daripada orang ramai bagi tujuan menambah
11.3.2. kewangan.
11.3.3. Dengan persetujuan bersurat daripada Pendaftar, Majlis dibolehkan
membuat perjanjian dengan agensi perniagaan.
Wang majlis ini hendaklah disimpan mana-mana bank yang diluluskan
dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis.

Fasal 12 PEMEGANG AMANAH

12.1. Majlis Guru Besar Daerah mestilah membuka akaun di mana-mana Bank
Tempatan Pegawai-Pegawai Majlis Guru Besar Daerah menyimpan wang atau
harta atau berurus niaga.

12.2. Pegawai-Pegawai memegang amanah Majlis terdiri daripada Pengerusi,
Setiausaha dan Bendahari.

12.3. Pengeluaran kewangan hanya dibenarkan jika ada dua daripada tiga orang
penanda tangan.

12.4. Bendahari hanya dibenarkan memegang jumlah wang tunai *RM500 sahaja.

12.5. Pengauditan Tahunan Kewangan Majlis Guru Besar Daerah adalah bermula dari
Fasal 13 tarikh 1hb. Januari hingga 31hb.Disember setiap tahun.
PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1. Sebarang pindaan perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah hanya boleh dibuat
dengan persetujuan 2/3 ahli dalam mesyuarat agung dan diluluskan oleh pihak
Pendaftar.

Fasal 14 PENTAFSIRAN DAN PEMBUBARAN

14.1. Jika sebarang kekeliruan perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah maka hendaklah
dirujuk kepada Ahli Jawatankuasa Tadbir Majlis Guru Besar Daerah

14.2. Majlis Guru Besar Daerah boleh dibubarkan hanya atas persetujuan pihak
pendaftar setelah semua tanggungan diselesaikan.

Fasal 15 TANGGUNGJAWAB

15.1. Pengerusi
15.1.1. Menjadi Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis Guru Besar

Daerah
15.1.2. Mempunyai hak undi pemutus yang muktamad
15.1.3. Menandatangani Peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir yang

diluluskan.
15.1.4. Menjadi Pengerusi disiplin dan tatatertib Majlis Guru Besar Daerah
15.1.5. Menjadi wakil Majlis Guru Besar Daerah dalam sebarang jemputan

agensi-agensi lain.

22

15.1.6. Menjadi wakil Majlis-Majlis Guru Besar Daerah dalam sebarang
15.1.7. kenyataan akhbar.
Bersama-sama Bendahari hendaklah menandatangani segala cek dan
baucar pembayaran bagi pihak majlis

15.2. Timbalan Pengerusi
15.2.1. Membantu tugas Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah jika dikehendaki

dan atas kebenaran kecuali ceraian 15.1 huraian 15.1.7.
15.2.2. Menggantikan tugas Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah semasa

ketiadaannya.
15.2.3. Ahli Jawatankuasa Disiplin Majlis Guru Besar Daerah

15.3. Naib Pengerusi I
15.3.1. Membantu tugas Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah jika dikehendaki

dan atas kebenaran kecuali ceraian 15.1 huraian 15.1.7.
15.3.2. Menggantikan tugas Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah semasa

ketiadaan Pengerusi Daerah dan Timbalan Pengerusi Daerah.
15.3.3. Ahli Jawatankuasa Disiplin Majlis Guru Besar Daerah

15.4. Naib Pengerusi II
15.4.1. Membantu tugas Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah jika dikehendaki

dan atas kebenaran kecuali ceraian 15.1 huraian 15.1.7.
15.4.2. Menggantikan tugas Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah semasa

ketiadaan Pengerusi Daerah, Timbalan Pengerusi Daerah dan Naib
Pengerusi Daerah I.
15.4.3. Ahli Jawatankuasa Disiplin Majlis Guru Besar Daerah

15.5. Naib Pengerusi III
15.6. 15.5.1. Membantu tugas Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah jika dikehendaki

dan atas kebenaran kecuali ceraian 15.1 huraian 15.1.7.
15.5.2. Menggantikan tugas Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah semasa

ketiadaan Pengerusi Daerah, Timbalan Pengerusi Daerah, Naib
Pengerusi Daerah I dan Naib Pengerusi Daerah II.
15.5.3. Ahli Jawatankuasa Disiplin Majlis Guru Besar Daerah
Setiausaha
15.6.1. Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengerusi Majlis Guru
Besar Daerah.
15.6.2. Memanggil Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis Guru Besar Daerah,
Mesyuarat Agung Majlis Guru Besar Daerah dan Mesyuarat Agung Luar
Biasa Majlis Guru Besar Daerah pada bila-bila masa yang dikehendaki.
15.6.3. Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat dan
dokumentasi.
15.6.4. Bertanggungjawab sama ada seperti ceraian 15.1 huraian 15.1.6
semasa ketiadaannya.
15.6.5. Bersama-sama Bendahari hendaklah menandatangani segala cek dan
baucar pembayaran bagi pihak majlis semasa ketiadaan Pengerusi.

15.7. Penolong Setiausaha
15.7.1. Membantu tugas Setiausaha Majlis Guru Besar Daerah jika dikehendaki.

23

15.7.2. Menggantikan Setiausaha sekiranya ketiadaan Setiausaha Majlis Guru
Besar Daerah

15.8. Bendahari
15.8.1. Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan.
15.8.2. Menandatangani cek-cek dan laporan kewangan kepada Ahli-Ahli dan

Jawatankuasa Tadbir Majlis Guru Besar Daerah.
15.8.3. Melaporkan kepada Ahli-Ahli dan Jawatankuasa Majlis Guru Besar

Daerah kedudukan harta, kewangan dan apa-apa milik Majlis Guru
Besar Daerah.
15.8.4. Bendahari bersama-sama Pengerusi atau Setiausaha hendaklah
menandatangi cek dan baucar yang dikeluarkan oleh Majlis ini

15.9. Jawatankuasa
15.9.1. Mengawal perjalanan dan menyelesaikan masalah-masalah Majlis Guru

Besar Daerah.
15.9.2. Menetapkan tarikh Masyuarat Jawatankuasa Tadbir dan Mesyuarat

Agung Biasa atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Guru Besar
Daerah.
15.9.3. Mengawal dan menentukan perbelanjaan dan menamakan mereka yang
ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan
wang.
15.9.4. Menunai dan melaksanakan segala syarat yang dikehendaki oleh
Perlembagaan.
15.9.5. Bekerjasama dengan Majlis Guru Besar Pulau Pinang dan Gabungan
Majlis Guru Besar Malaysia, Majlis Guru Besar Daerah-daerah lain,
agensi-agensi yang dibenarkan oleh Pendaftar, Jabatan dan
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau
Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah-Daerah.

Fasal 16 PERTIKAIAN
16.1 Sebarang pertikaian yang berlaku tidak boleh dibawa ke mahkamah. Ia

hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan
oleh Pendaftar Majlis.

24

PERLEMBAGAAN
MAJLIS GURU BESAR PULAU PINANG

FASAL 1. NAMA DAN TEMPAT

1.1. Nama Majlis ini ialah Majlis Guru Besar Pulau Pinang, ringkasnya ialah MGBPP
dan selepas ini disebut MAJLIS.

1.2. Pejabat majlis ini ialah di sekolah Setiausaha Agung bertugas atau ditentukan oleh
Jawatankuasa Tadbir majlis ini.

1.3. Tempat mesyuarat Majlis akan ditentukan oleh Jawatankuasa Tadbir majlis dari
masa ke semasa.

FASAL 2 : DEFINISI

2.1 Perkataan Guru Besar bermaksud semua guru yang dilantik oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia sebagai Guru Besar di sekolah rendah dalam Negeri Pulau
Pinang.

2.2 Penaung bermakna Pengarah Pendidikan Pulau Pinang dan Pendaftar
bermakna Pengarah Pendidikan Pulau Pinang.

2.3 Penasihat bermakna Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan
Pulau Pinang.

2.4 Pegawai Perhubungan bermakna Ketua Unit Sekolah Rendah, Jabatan
Pendidikan Pulau Pinang

2.5 Ahli maknanya Guru Besar - Guru Besar sekolah rendah di bawah pentadbiran
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

2.6 Pegawai Tadbir maknanya Guru Besar yang dipilih dalam Mesyuarat Agung
Perwakilan Negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada Yang Dipertua, Timbalan
Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua 1, Naib Yang Dipertua 2, Naib Yang
Dipertua 3, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari.

2.7 Ahli Jawatankuasa Tadbir maknanya Guru Besar yang terdiri daripada
Pengerusi, Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi 1, Naib Pengerusi 2, Naib

25

Pengerusi 3 dan Setiausaha Majlis Guru Besar daerah-daerah dalam Negeri Pulau
Pinang atau wakil yang ditentukan oleh MGB Daerah dan disebut sebagai Ahli
Exco Majlis Guru Besar Pulau Pinang.

FASAL 3 : TUJUAN
3.1. Merapatkan hubungan muhibah antara guru besar-guru besar di semua peringkat
dan semua jenis sekolah dalam Malaysia.
3.2. Memberi kerjasama kepada Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan
Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melicinkan pelaksanaan dan
kehendak Dasar Pelajaran Kebangsaan.
3.3. Bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pengalaman-pengalaman
pentadbiran dan pendapat-pendapat yang boleh meningkatkan prestasi
pembelajaran dan pemudahcaraan di sekolah-sekolah rendah.
3.4. Mendukung dan mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
3.5. Berusaha meninggikan prestasi perkhidmatan dan profesionalisme Guru Besar.
3.6. Berusaha meningkatkan kebajikan, kemasyarakatan dan tatasusila guru.

FASAL 4 : AHLI MAJLIS
4.1. Keahlian majlis ini terdiri daripada semua Guru Besar seluruh negeri Pulau
Pinang

FASAL 5 : KEWAJIPAN AHLI
5.1. Patuh kepada perlembagaan ini.
5.2. Menjelaskan yuran tahunan mengikut kehendak perlembagaan.
5.3. Melaksana segala keputusan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Tadbir atau
dalam Persidangan Perwakilan Negeri biasa / luar biasa.

FASAL 6 : HAK AHLI

26

6.1. Mendapat faedah menurut Fasal 3.
6.2. Hak bersuara dan mengundi / memilih dan dipilih.

FASAL 7 : BERHENTI DARIPADA MENJADI AHLI

7.1. Mana-mana ahli yang tidak mematuhi perlembagaan, peraturan atau arahan
Jawatankuasa Tadbir, maka keanggotaannya akan digantung ataupun
diberhentikan daripada menjadi ahli Majlis.

7.2. Mana-mana ahli Majlis yang telah digantung atau diberhentikan keanggotaannya
maka ia boleh membuat rayuan bertulis kepada Yang DiPertua untuk
dipertimbangkan dalam Persidangan Perwakilan Negeri. Keputusan majoriti
Persidangan Perwakilan adalah muklamad.

FASAL 8 : PENTADBIRAN

8.1. Penaung : Pengarah Pendidikan Pulau Pinang,
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

8.2. Penasihat: Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

8.3. Pegawai Penyelaras Perhubungan : Ketua Unit Sekolah Rendah,
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

8.4. Majlis ini akan ditadbirkan oleh sebuah Jawatankuasa Tadbir seperti berikut:

8.4.1. Pegawai Tadbir terdiri daripada :

a. Seorang Yang DiPertua.
b. Seorang Timbalan Yang DiPertua.
c. Seorang Naib Yang DiPertua I.
d. Seorang Naib Yang DiPertua II.
e. Seorang Naib Yang DiPertua III.
f.. Seorang Setiausaha.
g. Seorang Penolong Setiausaha.
h. Seorang Bendahari.

8.4.2. Ahli Jawatankuasa Tadbir ini adalah terdiri daripada Pengerusi Daerah,
Timbalan Pengerusi Daerah, Naib Pengerusi I Daerah, Naib Pengerusi II
Daerah, Naib Pengerusi III Daerah dan Setiausaha Daerah

27

8.5. Semua Pegawai Majlis ini kecuali Setiausaha, Penolong Setiausaha dan
Bendahari hendaklah dipilih di dalam Persidangan Perwakilan Negeri Biasa tiga
(3) tahun sekali. Pelantikan Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari
adalah di bawah kuasa Yang DiPertua.

8.6. Jawatankuasa Tadbir ini diberi kuasa boleh melantik mana-mana Pegawai Majlis
jika berlaku kekosongan

8.7. Jawatankuasa Tadbir ini diberi kuasa untuk menubuhkan Jawatankuasa Kecil.

8.8. Sekiranya Jawatankuasa Tadbir yang mewakili daerah (Pengerusi, Timbalan
Pengerusi, Naib Pengerusi I, Naib Pengerusi II, Naib Pengerusi III dan Setiausaha
Daerah) dipilih dalam mana-mana Jawatan Pegawai Majlis, Jawatankuasa Tadbir
tersebut hendaklah diganti oleh mana-mana pegawai dari daerah tersebut
mengikut kekananan.

FASAL 9 : MESYUARAT

9.1. Persidangan Perwakilan Negeri hendaklah diadakan tiap-tiap tahun selewat-
lewatnya bulan Julai. Persidangan perwakilan ini diadakan untuk membentangkan
dan meluluskan hal-hal seperti berikut:

9.1.1. Menerima dan mengesahkan Peringatan Persidangan Perwakilan Negeri
yang lepas;

9.1.2. Menerima dan mengesahkan Laporan Tahunan Jawatankuasa Tadbir
Majlis;

9.1.3. Menerima dan mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan;
9.1.4. Membentang dan menerima Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan

Tahunan;
9.1.5. Melantik seorang Pengerusi Tetap dan seorang Timbalan Pengerusi Tetap;
9.1.6. Memilih pegawai dan anggota jawatankuasa seperti FASAL 8.4;
9.1.7. Memilih dua orang Juru Audit Dalam;
9.1.8. Menerima dan menimbang usul-usul yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli

Majlis atau daripada Jawatankuasa Tadbir.

9.2. Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiga (3)
bulan sekali. Mana-mana Jawatankuasa Tadbir yang tidak dapat hadir tidak boleh
diwakili dan perlu dinyatakan secara bersurat.

9.3. Persidangan Perwakilan Negeri Luar Biasa boleh diadakan dengan kehendak
Jawatankuasa Tadbir bagi membincangkan dan membuat keputusan mengenai
perkara-perkara yang tertentu atau kerana permintaan bertulis oleh satu pertiga
(1/3) daripada Ahli Majlis. Tujuan mengadakan Persidangan Perwakilan Negeri
28

Luar Biasa itu hendaklah dinyatakan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Tadbir
dan notisnya hendaklah disampaikan kepada semua ahli sekurang-kurang empat
belas hari (14) dari tarikh surat notis.

9.4. Persidangan Perwakilan Negeri Biasa dan Luar Biasa hendaklah dipengerusikan
oleh Pengerusi Tetap Persidangan dan dibantu oleh Timbalan Pengerusi Tetap
Persidangan.

9.5. Pengerusi Tetap Persidangan mempunyai hak undi pemutus yang muktamad. Ia
juga hendaklah menandatangani Peringatan Persidangan Perwakilan setelah
diluluskan dalam persidangan.

FASAL 10 : KORUM

10.1. Ahli-ahli persidangan perwakilan adalah terdiri daripada;

10.1.1. Semua Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir;
10.1.2. Semua Ahli Perwakilan hendaklah terdiri daripada ahli Majlis, iaitu 10
10.1.3. orang setiap daerah.
Korum Persidangan Perwakilan Negeri Biasa dan Luar Biasa
10.1.4. hendaklah tidak kurang daripada satu pertiga (1/3) daripada jumlah
ahli Majlis.
Korum Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir hendaklah sekurang-kurang
satu perdua ( ½ ) daripada jumlah Jawatankuasa Tadbir.

FASAL 11 : TUGAS-TUGAS PEGAWAI MAJLIS.

11.1. Yang DiPertua.

11.1.1. Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir.
11.1.2. Mempunyai hak undi pemutus yang muktamad
11.1.3. Menanda tangani peringatan mesyuarat Jawatankuasa Tadbir yang

diluluskan.
11.1.4. Mengawasi pentadbiran Majlis
11.1.5. Memerhati bahawa undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan

ini dipatuhi oleh Ahli-Ahli Majlis.
11.1.6. Menghadiri dalam mana-mana majlis perjumpaan mesyuarat jika diundang

oleh mana-mana pihak.
11.1.7. Mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar, ulasan dan sebarang maklumat

mengenai perjalanan badan ini dari masa ke semasa.
11.1.8. Bersama-sama Bendahari hendaklah menandatangi segala cek dan baucar

pembayaran bagi pihak majlis.

29

11.2. Timbalan Yang DiPertua.

11.2.1. Membantu Yang Dipertua Majlis dan menjalankan tugas Yang DiPertua
semasa ketiadaannya.

11.2.2. Tugas-tugasnya adalah seperti terkandung di dalam Fasal 11.1.

11.3. Naib Yang DiPertua I.

11.3.1. Membantu Yang Dipertua Majlis dan Timbalan Yang Dipertua dan
menjalankan tugas Yang DiPertua / Timbalan Yang DiPertua semasa
ketiadaan mereka.

11.4. Naib Yang DiPertua II.

11.4.1. Membantu Yang Dipertua Majlis, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang
Dipertua I menjalankan tugas Yang DiPertua / Timbalan Yang DiPertua /
Naib Yang DiPertua I semasa ketiadaan mereka.

11.5. Naib Yang DiPertua III.

11.5.1. Membantu Yang DiPertua Majlis, Timbalan Yang DiPertua, Naib Yang
DiPertua I dan Naib Yang DiPertua II menjalankan tugas Yang DiPertua /
Timbalan Yang DiPertua / Naib Yang DiPertua I / Naib Yang DiPertua II
semasa ketiadaan mereka.

11.6. Setiausaha

11.6.1. Mencatat segala peringatan mesyuarat majlis.
11.6.2. Bertanggungjawab tentang hal surat menyurat.
11.6.3. Menjalankan atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh Jawatankuasa

Tadbir dari semasa ke semasa.
11.6.4. Menyedia Laporan Tahunan.
11.6.5. Menyimpan semua surat-menyurat atau semua dokumen majlis.
11.6.6. Menyimpan semua data peribadi Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir.
11.6.7. Setiausaha hendaklah menandatangi semua cek, baucar dan dokumen

kewangan bersama-sama Bendahari semasa ketiadaan Yang DiPertua.
11.6.8. Bertanggungjawab mengeluarkan sebarang maklumat dan siaran

berita ,mengenai aktiviti Majlis kepada media massa setelah mendapat
persetujuan Yang DiPertua.

11.7. Penolong Setiausaha

13.4.1 Penolong Setiausaha membantu kerja-kerja Setiausaha.
13.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaannya seperti FASAL 11.6

30

11.8. Bendahari

11.8.1. Menerima dan menyimpan di bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa
Tadbir segala wang kepunyaan Majlis.

11.8.2. Menyimpan dengan kemaskini segala buku kira-kira kepunyaan Majlis ini.
11.8.3. Menyedia laporan kira-kira Tahunan Majlis atau pun kira-kira semasa jika

dikehendaki oleh Jawatankuasa Tadbir.
11.8.4. Membayar bil-bil majlis
11.8.5. Bendahari dibenarkan memegang wang tunai Majlis ini tidak lebih

daripada RM 500.00 dalam satu-satu masa.
11.8.6. Bendahari tidak dibenarkan mengeluarkan atau menggunakan wang lebih

daripada RM 1000.00 tanpa kebenaran Jawatankuasa Tadbir.
11.8.7. Bendahari bersama-sama Yang DiPertua atau Setiausaha hendaklah

menandatangi cek dan baucar yang dikeluarkan oleh Majlis ini.

11.9. Jawatankuasa

11.9.1. Mengawal perjalanan dan menyelesaikan masalah-masalah Majlis Guru
Besar Negeri dan Daerah-Daerah.

11.9.2. Menetapkan tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir dan Mesyuarat Agung
Perwakilan Biasa, Luar Biasa Majlis Guru Besar Negeri.

11.9.3. Mengawal dan menentukan perbelanjaan dan menamakan mereka yang
ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan
wang.

11.9.4. Menunaikan dan melaksanakan segala syarat yang dikehendaki oleh
Perlembagaan.

11.9.5. Bekerjasama dengan Majlis Guru Besar Malaysia, Majlis Guru
Besar Daerah-Daerah, agensi-agensi yang dibenarkan oleh Pendaftar,
Jabatan dan Kementerian Pendidikan Malaysia, Negeri Pulau Pinang dan
Daerah-Daerah.

FASAL 12 : KEWANGAN

12.1. Yuran

12.1.1. Bayaran masuk Ahli Majlis ialah sebanyak RM100.00 sahaja.
12.1.2. Yuran Tahunan bagi tiap-tiap orang Guru Besar ialah sebanyak RM
50.00 setahun. Yuran ini diperuntukkan adalah seperti berikut :-
12.1.3. (a) Untuk Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ialah RM10.00.
12.1.4. (b) Untuk Majlis Guru Besar Negeri-Negeri dan Wilayah ialah

RM10.00.
(c) Untuk Majlis Guru Besar Daerah-Daerah ialah RM30.00.
Yuran ini hendaklah dipungut oleh Majlis Guru Besar Daerah.
Yuran hendaklah dijelaskan pada tiap-tiap tahun sebelum 31 Mac.

31

12.2. Derma

12.2.1 Dengan persetujuan daripada Pendaftar, Majlis dibolehkan memungut
12.2.2 derma daripada orang ramai bagi tujuan menambah kewangan.
Dengan persetujuan daripada Pendaftar, Majlis dibolehkan membuat
12.2.3 perjanjian dengan agensi perniagaan bagi mencetak, mengedar bahan-
bahan pengeluarannya atau apa-apa jua kerjasama dengan mana-mana
agensi yang berkaitan.
Wang majlis ini hendaklah disimpan mana-mana bank yang diluluskan
dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Tadbir.

FASAL 13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1. Sebarang pindaan Perlembagaan Majlis ini tidak boleh dilakukan kecuali
13.2. mendapat kelulusan 2/3 Ahli Perwakilan dalam Persidangan Perwakilan Negeri
Biasa atau Luar Biasa.
Sebarang pindaan perlembagaan majlis ini mengikut FASAL 13.1, akan
berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan daripada Pendaftar Majlis.

FASAL 14 : PENTAFSIRAN

14.1. Jika kekeliruan pentafsiran perlembagaan majlis, maka hendaklah dirujuk kepada
Jawatankuasa Tadbir ini. Pentafsiran yang dibuat oleh Jawatankuasa Tadbir
adalah muktamad.

FASAL 15 : PERTIKAIAN

15.1. Sebarang pertikaian yang berlaku tidak boleh dibawa ke mahkamah, ianya
hendaklah rujuk kepada Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Pendaftar
Majlis.

FASAL 18 : PEMBUBARAN

18.1. Majlis ini tidak boleh dibubarkan tanpa mendapat persetujuan daripada Pendaftar
18.2. Majlis.
Kiranya Majlis ini dibubarkan segala hutang-hutang majlis ini hendaklah
18.3. dijelaskan. Dan wang yang berlebihan itu hendaklah dibahagi-bahagikan kepada
ahli-ahli Majlis ataupun mengikut budi bicara dan keputusan Jawatankuasa Tadbir
bagi tujuan kepentingan pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan sekolah-
sekolah rendah di Pulau Pinang.
Sebarang proses berkaitan MGB Pulau Pinang hendaklah tertakluk dengan garis
panduan yang telah ditetapkan.

32

…………………………………………
Yang DiPertua,
Majlis Guru Besar Pulau Pinang.
………………………………………….
Setiausaha,
Majlis Guru Besar Pulau Pinang.
Tarikh

33

Kenangan Mengusik Jiwa…

- 34
-

- 35
-


Click to View FlipBook Version