The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

5. SOLAF KESIMPULAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suhailshaharudin, 2019-12-16 23:33:01

5. SOLAF

5. SOLAF KESIMPULAN

Keywords: KESIMPULAN

SOLAF KPS

JILID 1

JPN PERAK

SOLAF KPS

JILID 1

MENTAFSIR MAKLUMAT

Soalan berdasarkan

 Jadual
 Graf
 Carta bar
 Gambarajah

MENTAFSIR DATA
Untuk menyatakan:

 Tujuan
 Perhubungan antara pembolehubah dimanipulasi dan

pembolehubah bergerakbalas.
 Corak daripada data yang diberi.
 Kesimpulan atau apa yang telah dipelajari daripada penyiasatan
Kesimpulan (apa yang telah anda pelajari daripada
penyiasatan)

Cara-cara untuk menjawab soalan kesimpulan
 Perhatikan keseluruhan hasil keputusan daripada penyiasatan dalam
jadual/graf bar/graf/gambarajah/pernyataan.
 Perhatikan data dan kenalpasti.
 Bentukkan kesimpulan.

JPN PERAK

SOLAF KPS

JILID 1

Contoh 1

Keputusan daripada penyiasatan direkodkan ke dalam jadual di bawah.

Bilangan mentol Kecerahan mentol

3 Terang

2 Lebih terang

1 Paling terang

Data menunjukkan bahawa bilangan mentol
berkurang, kecerahan mentol bertambah

Dengan itu,kesimpulan juga boleh ditulis dalam bentuk ayat hipotesis.

Jawapan yang diterima:

1. Semakin berkurangbilangan mentol, semakin bertambah kecerahan mentol. /
2. Apabila bilangan mentol berkurang,kecerahan mentol bertambah./
3. Kecerahan mentol bertambah apabila bilangan mentol berkurang.

Nota : Untuk kesimpulan, pembolehubah bergerakbalas perlu ditulis
sebelum pembolehubah dimanipulasi.

Contoh 2

Keputusan yang diperolehi adalah seperti di bawah:

Murid Masa yang diambil untuk menyelesaikan masalah Matematik

M 60

N 35

O 45

JPN PERAK

SOLAF KPS

JILID 1
Tiada corak perubahan untuk murid,dan ini menunjukkan bahawa murid dan masa yang
diambil untuk menyelesaikan masalah adalah berbeza

Dengan itu kesimpulan boleh ditulis seperti di bawah:
1.Jika murid berbeza,masa yang diambil untuk menyelesaikan masalah matematik juga

berbeza.
ATAU

2. Masa yang diambil untuk menyelesaikan masalah matematik bagi setiap murid adalah
berbeza.

Contoh 3 Minyak Air paip
Ikan
Air panas yang Makanan Bikar Y
telah disejukkan

Bikar X

Pemerhatian: Ikan dalam bikar X mati manakala ikan dalam bikar Y hidup.
Inferens : Ikan dalam bikar X tidak dapat bernafas / tidak mendapat udara yang

mencukupi.
Kesimpulan dibuat berdasarkan kepada fakta sains yang telah dibuktikan dalam penyiasatan.

Jawapannya ialah:
Haiwan/ Ikan memerlukan udara untuk hidup/bernafas.

JPN PERAK

SOLAF KPS

JILID 1
Contoh 4

Soalan
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat bagi panjang bayang-bayang dari 8.00 a.m ke
3.00 p.m?
Keputusan:

Masa Panjang bayang-bayang /cm Arah bayang-bayang
8.00 am 130 Barat
9.00 am 100 Barat
10.00 am 70 Barat
11.00 am 40 Barat
12.00 noon 10 -
1.00 pm 40 Timur
2.00 pm 70 Timur
3.00 pm 100 Timur

Data menunjukkan 8.00 am hingga 12 tengahari panjang bayang-bayang menurun.
Data menunjukkan 1.00p.m hingga 3.00pm, panjang bayang-bayang meningkat.

Dengan itu kesimpulan boleh dibuat adalah seperti di bawah:

Dari 8.00am ke 12.00 tengahari,panjang bayang-bayang berkurang manakala pada
1.00pm hingga 3.00pm panjang bayang-bayang bertambah.

JPN PERAK

SOLAF KPS

JILID 1

Contoh 5

Soalan

Apakah kesimpulan bagi arah bayang-bayang pada waktu petang?

Keputusan: Panjang bayang-bayang (cm) Kedudukan bayang-bayang
130 Barat
Masa 100 Barat
8.00 am 70 Barat
9.00 am 40 Barat
10.00 am 10 -
11.00 am 40 Timur
12.00 tgh. 70 Timur
1.00 pm 100 Timur
2.00 pm
3.00 pm

1.00pm ke 3.00 pm menunjukkan petang

Kedudukan bayang-bayang adalah sebelah timur pada sebelah petang.

Nota

Terdapat pelbagai cara untuk membuat kesimpulan dan ianya bergantung kepada
penyiasatan dan fakta sains yang telah dipelajari. Namun begitu, murid mesti
memahami setiap soalan dengan amat baik dan tahu menghubungkaitkan soalan dengan
fakta sains yang telah mereka pelajari. Terdapat juga kesimpulan umum dan khusus
dan ianya bergantung pada soalan tersebut.

Contoh soalan:
1. Tuliskan satu kesimpulan daripada penyiasatan di atas.
2. Apakah kesimpulan daripada data yang diberi?
3. Apakah yang telah anda pelajari daripada penyiasatan tersebut?
4. Apakah kesimpulan bagi kedudukan bayang-bayang dari 1 pm ke 6 pm?

JPN PERAK

SOLAF KPS

JILID 1

LATIHAN
1. Dalam penyiasatan, sekumpulan murid menggunakan kereta mainan berspring.

Jadual di bawah menunjukkan keputusan pemerhatian yang telah dibuat.

Bilangan kali spring diputar Jarak yang dilalui (cm) Masa yang diambil(s)

3 40 10
5 40 8
7 40 6

a) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

2 Sarah, Sufi dan Safwan menjalankan eksperimen untuk menyiasat hubungan di antara
. jarak objek dari sumber cahaya dengan panjang dan saiz bayang-bayang. Pemerhatian

direkodkan dalam jadual berikut.

Jarak antara sumber Panjang bayang-bayang Saiz bayang-bayang (cm)
cahaya dengan objek

6 20 16
10 16 X

JPN PERAK

SOLAF KPS

JILID 1

14 12 8

18 8 6

a) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan pemerhatian?
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………….

3. Tiga buah bekas R, S dan T diisi tanah kebun yang sama , ditanam dengan anak benih
yang sama tinggi. Anak benih ditanam pada jarak 5 cm. Ketiga-tiga bekas diletakkan di
luar dan disiram dengan jumlah air yang sama setiap hari. Selepas tiga minggu purata
ketinggian anak benih diambil. Keputusannya adalah seperti di dalam jadual di bawah.

Bekas Jumlah anak benih Purata ketinggian anak benih (cm)

P3 16 cm

Q6 12 cm

R9 8 cm

a) Nyatakan kesimpulan yang dapat dibuat daripada penyiasatan di atas.

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

4 Jeane menjalankan satu penyiasatan dengan menggulingkan tiga biji bola yang berlainan
jisim di atas satu satah condong. Bola akan menghentam bongkah kayu dan jarak bongkah
bergerak direkodkan.

JPN PERAK

SOLAF KPS

JILID 1

bola Bongkah
Satah kayu
condong

Bola Jisim bola(g) Jarak bongkah kayu bergerak (cm)
K 100 6.5
L 200 8.0
M 300 10.3

a) Apakah kesimpulan yang boleh Jane buat daripada pemerhatian?

…………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………..

5. Empat ekor tikus putih dimasukkan ke dalam sangkar M dan 12 ekor ke dalam sangkar N.
Saiz setiap sangkar adalah sama. Di dalam setiap sangkar jumlah tikus jantan dan betina
juga sama. Tikus dalam sangkar N diberikan jumlah makanan dan air yang sama seperti di
dalam sangkar M setiap hari. Setiap tikus dalam sangkar M dan N ditimbang selepas 3
minggu. Purata jisim tikus dalam setiap sangkar dicatat seperti jadual.

Sangkar Bilangan tikus Purata jisim tikus

M4 72 g

N 12 50 g

a) Nyatakan kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan penyiasatan .
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

..........................................................................................................................................................
JPN PERAK

SOLAF KPS

JILID 1

6.. Jadual di bawah menunjukkan keputusan yang diperolehi oleh seorang murid dalam
satu eksperimen. Jisim bandul yang digunakan adalah sama.

Bandul Panjang tali (cm) Bilangan ayunan dalam 30 saat

P 20 35

Q 15 40

R 12 46

S 10 50

a) Nyatakan kesimpulan berdasarkan eksperimen di atas.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

7 Lima biji benih diletakkan dalam setiap bikar K, L dan M seperti gambarajah di bawah.
. Kesemua bikar diletakkan di bawah meja selama empat hari.

Biji benih

minyak

Kapas Kapas
basah kering

Selepas empat hari, biji benih dalam bikar K bercambah manakala dalam bikar L dan M
tidak bercambah.

a Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan di atas?

…………………………………………………………………………………..…………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
JPN PERAK

SOLAF KPS

JILID 1

8. Seorang murid telah menjalankan satu eksperimen untuk menyiasat bahawa cahaya
matahari adalah keperluan asas untuk tumbuhan.

Kotak hitam

Disiram air Tidak disiram air
P Q

a Tuliskan kesimpulan daripada eksperimen di atas.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………

9. Carta bar menunjukkan panjang jengkal untuk empat orang murid.

Panjang jengkal Murid

30 Linggam Sani Muthu
25
20
15
10

5
0

Ah Chong

a Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?

…………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………..

JPN PERAK

SOLAF KPS

JILID 1

10. Sekumpulan murid dikehendaki membina tiga model menara yang sama
ketinggiannya menggunakan kad manila. Ketiga-tiga model yang telah dibina oleh
kumpulan tersebut ditunjukkan di dalam jadual di bawah.

Model X Model Y Model Z

Setiap model diletakkan di atas satu satah condong untuk menyiasat kestabilannya.
Keputusan pemerhatian adalah seperti di bawah.

Model Y tumbang dahulu, diikuti model X. Model Z tidak tumbang.

a) Apakah yang telah anda pelajari daripada penyiasatan ini?
…………………………………………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………………………………

11 Maya menjalankan ujikaji. Dua ekor tikus diletakkan berasingan di dalam dua bekas
seperti gambarajah di bawah. Kedua bekas dibiarkan selama seminggu.

Kasa dawai

tikus bekas air
air tikus

air makanan

Piring petri

a) Apakah yang telah anda pelajari daripada eksperimen ini?
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………

JPN PERAK

SOLAF KPS

JILID 1

12. Sekumpulan murid menyusun tiga model seperti gambarajah di bawah untuk
menyiasat kestabilan model-model.
Model polisterin

model-model
polisterin

kadbod

Apabila kadbod dicondongkan secara perlahan , murid telah merekodkan
pemerhatian seperti di bawah.

i. Model Z tumbang dahulu, diikuti dengan model Y.
ii. Model Y tumbang dahulu, diikuti dengan model X.

a) Apakah yang telah anda pelajari daripada penyiasatan ini?

………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………

13. Satu penyiasatan telah dijalankan oleh Khairi pada tiga jenis cecair J,K dan L dalam
tiga bikar kecil.

J KL

Keputusan daripada penyiasatan ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Jenis cecair Kesan pada kertas litmus
J Kertas litmus biru berubah kepada merah
K Kertas litmus merah berubah kepada biru
L Tiada perubahan pada kertas litmus merah dan biru.

JPN PERAK

SOLAF KPS

JILID 1
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada penyiasatan ini?
………………………………………………………………………………………………………………………………………………

a) ………………………………………………………………………………………………………………………………………………

14. Gambarajah di bawah adalah carta bar yang menunjukkan bilangan perkataan yang
dapat diingati oleh murid berusia 6, 8, 10 dan 12 tahun.

Bilangan perkataan Umur

14
12
10

8
6
4
2

0 6 8 10 12

a) Tuliskan kesimpulan berdasarkan carta bar di atas.
……………………………………………………………………………….......................................................

........................................................................................................................................

15. Gambarajah di bawah menunjukkan penyiasatan yang dijalankan oleh seorang murid.

wayar

Sel kering/bateri
Objek X

mentol

Murid ini telah menggunakan empat jenis bahan sebagai objek X. Keputusan yang
diperolehi adalah seperti berikut:

JPN PERAK

SOLAF KPS

JILID 1

Jenis bahan Pemerhatian

Kuprum Mentol menyala

Getah Mentol tidak menyala

Plastik Mentol tidak menyala

Besi Mentol menyala

b) Tuliskan kesimpulan mengenai bahan yang boleh menyalakan mentol.

……………………………………………………………………………………….………………………………………………………………

16. Gambarajah di bawah menunjukkan dua paku di dalam bikar dengan situasi berbeza.

air minyak

Paku besi Air didih yang
telah disejukkan

Bikar A Bikar B

a) Tuliskan kesimpulan berdasarkan pemerhatian dalam bikar B.

……………………………………………………………………………………….……………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

17. Jadual di bawah menunjukkan maklumat berdasarkan penyiasatan mengenai masa biji
benih direndam dan jisim biji benih.

Masa biji benih direndam/minit Jisim biji benih/gram

5 10

10 15

15 25

JPN PERAK

SOLAF KPS

JILID 1
20 40
25 60
30 70
35 75
40 75

a) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan di atas?
……………………………………………………………………………………….……………………………………………………………………

18. Gambarajah di bawah menunjukkan panjang bayang-bayang dan kedudukan bayang-
bayang pada sebatang tiang sepanjang hari.

tiang N
Tiang

8.00am 6.00pm

10.00am 4.00pm

12.00pm

a Apakah kesimpulan berdasarkan kedudukan bayang-bayang tiang sepanjang hari?
.............................................................................................................................................

19. Gambar di bawah menununjukkan tiga cara mengawet makanan.

Pendinginan Pengetinan Penjerukan
Tarikh dikeluarkan:
Tarikh dikeluarkan: Tarikh dikeluarkan: Jan 05
Jan 05 Jan 05 Tarikh luput : Dec 05

Tarikh luput : Mac 05 Tarikh luput : Jan 09 JPN PERAK

Pengetinan Penjerukan

SOLAF KPS

JILID 1
a) Apakah kesimpulan yang dapat anda buat berdasarkan gambarajah diatas?
……………………………………………………………………………………………………………………………………………
..................................................................................................................................................

20. Zalmi menjalankan penyiasatan untuk mengkaji keupayaan objek yang berbeza
menyerap air. Beliau meletakkan objek ke dalam bikar yang sama saiz dan
isipadu awal air yang sama. Selepas 10 saat, beliau mengeluarkan objek dan
menyukat isipadu air yang tinggal.

Berikut adalah keputusan yang Zalmi perolehi:

Jenis objek Kertas tisu Span Tuala

Isipadu air yang tinggal dalam 30 20 10
silinder penyukat(ml)

a) Apakah kesimpulan yang dapat anda buat berdasarkan pemerhatian di
atas?

………………………………………………………………………………………..…………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………….

JPN PERAK


Click to View FlipBook Version