1 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL KOD KURSUS: ECS2253 NAMA KURSUS: TEKNOLOGI DAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TAJUK TUGASAN: PENGHASILAN BAHAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF PENSYARAH: ENCIK MUHAMMAD KHAIRUL ANNUAR BIN ABD AJIS TARIKH SERAHAN: 31 JULAI 2023
2 DISEDIAKAN OLEH: BIL GAMBAR NAMA NO MATRIKS 1. MUS DELIFAH BINTI ABD MANAM 4222004791 2. DAYANG NUR’AIN AMIRAH BINTI MOHD NARIZAL 4222005581 3. NURUL ERRA HAZIQAH BINTI SHAMSUL 4221000871 4. NURUL ASYIQIN BINTI YUNUS 4213000711 5. KAVINASHRI A/P BALU 4213000451
3 PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan redhanya dapat kami menyempurnakan tugasan akhir bagi kod kursus ECS2253 iaitu kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak dengan jayanya. Pertama sekali, izinkan kami untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami yang telah memberi semangat dan mendoakan kami untuk menuntut ilmu di Universiti Selangor. Kerana sesungguhnya, tanpa doa mereka, kami ini bukanlah siapa-siapa. Seterusnya, ribuan terima kasih juga ingin kami sampaikan kepada Sir Khairul selaku pensyarah atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang proses pelaksanaan tugasan ini berlangsung. Akhir sekali, ucapan terima kasih juga ingin kami sertakan kepada beberapa pihak yang terlibat dalam pelaksanaan tugasan akhir ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kanak-kanak yang telah menggunakan bahan interaktif yang kami hasilkan. Tidak lupa juga kepada ibu bapa, penjaga dan juga guru atas kesudian mereka menjawab soal selidik tentang bahan pembelajaran interaktif yang telah kami hasilkan. Sekian, Terima Kasih
4 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT Penghargaan 3 Isi Kandungan 4 1.0 Pendahuluan 5 2.0 Objektif 7 3.0 Tema/Konsep Bahan Pembelajaran Interaktif 8 4.0 Rancangan Papan Cerita 9 4.1 Sebelum 9 4.2 Semasa 11 4.3 Selepas 15 5.0 Kesimpulan 17 6.0 Rujukan 17 7.0 Lampiran 18
5 1.0 PENDAHULUAN Dasawarsa ini, perkembangan teknologi yang berkembang dengan sangat pesat telah mengubah cara hidup masyarakat untuk menggunakan dan bergantung kepada kemudahan yang telah dicipta. Malaysia telah berjaya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Misalnya, setiap individu pada era globalisasi kini mempunyai telefon pintar. Pelbagai maklumat yang kita inginkan semuanya berada di hujung jari sahaja. Seperti yang kita ketahui, penggunaan teknologi maklumat telah memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknologi maklumat telah mengubah persepsi seseorang dalam pendidikan yang mengatakan bahawa pendidikan merupakan suatu perkara yang membosankan kerana hanya tertumpu kepada penulisan dan buku teks semata-mata. Namun, penggunaan teknologi dalam pendidikan sebenarnya telah membawa impak yang sangat besar di mana ianya telah membantu dalam meningkatkan lagi tahap pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan berkesan. Contohnya, seperti penggunaan komputer, tayangan video, penggunaan slaid dan banyak lagi. Teknologi maklumat ini merupakan bahan bantu mengajar dan tidak boleh mengganti pengajaran. Ianya hanyalah digunakan sebagai bahan untuk membantu guru dalam mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan. Pada zaman sekarang, pelajar akan mudah merasa bosan sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran hanya tertumpu kepada kuliah semata-mata. Pelajar memerlukan konsep pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan lebih efektif. Oleh sebab itu, dengan adanya teknologi dalam pendidikan, guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya terlihat lebih menarik dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Sebagi contoh, melalui penggunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya akan membuat pelajar lebih memahami sesuatu konsep yang dipelajari. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar diberi gambaran yang lebih jelas dan persembahannya mudah difahami jika dibandingkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan. Di sini, pelajar dapat memaklumkan segala masalah yang timbul kepada guru kerana mereka mudah untuk bertindak balas terhadap sistem yang diajar menggunakan ICT.
6 Bahan pembelajaran interaktif adalah bahan bantu mengajar yang dilengkapi dengan alat kawalan di mana pelajar dapat memilih apa yang dikehendaki untuk proses selanjutnya. Kaedah interaktif ini juga boleh didefinisikan sebagai satu kaedah interaksi secara digital di mana ianya merupakan medium alternatif dalam sistem Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) selaras dengan perkembangan teknologi abad ke-21. Selain itu, bahan pembelajaran interaktif ini juga dikenali sebagai modul pembelajaran secara elektronik atau lebih tepatnya dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Bahan interaktif dihasilkan bagi membantu proses pengajaran di kelas dan juga di luar kelas. Pelajar tidak hanya memperoleh maklumat daripada buku tetapi dengan mengakses laman web yang berkaitan. Persembahan yang dibantu dengan animasi, audio dan juga grafik menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan. Di sini, kanak-kanak betul-betul menggunakan konsep bermain sambil belajar. Proses pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan dan berkesan bagi kanak-kanak. Menurut Saridah Binti Hussein (2006), multimedia interaktif mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan kerana pelajar akan mengingati 20% daripada apa yang dilihat, 30% daripada apa yang dilihat dan didengar, dan 60% hingga 70% adalah daripada apa yang yang mereka interaksi. Jadi, jelaslah bahawa penggunaan bahan pembelajaran interaktif amatlah digalakkan lebih lebih lagi bagi mengajar kanak-kanak kerana mereka merupakan pembelajar yang aktif dan mudah menyerap segala pembelajaran melalui bermain dan interaksi dengan persekitaran mereka.
7 2.0 OBJEKTIF Tunjang yang digunakan dalam bahan pembelajaran interaktif yang kami hasilkan ini adalah Tunjang Fizikal dan Estetika. Hal ini dikatakan demikian kerana pembelajaran tentang makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat berada dalam tunjang fizikal dan estetika. Melalui pembelajaran tentang pemakanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat, kanak-kanak dapat mengetahui dan memahami konsep makanan yang berkhasiat dan makanan yang tidak berkhasiat. Kami merujuk kepada modul Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2017 dalam penyediaan slaid bahan interaktif. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 5 + FK 6.0 PEMAKANAN FK 6.1 Mengamalkan pemakanan yang sihat dan selamat FK 6.1.3 Menyatakan makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat Jadual 1: Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru pasti mempunyai objektif yang perlu dicapai selepas berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Antara objektif yang terdapat dalam slaid bahan interaktif kami ialah: a) Kanak-kanak dapat mengenalpasti makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat b) Kanak-kanak dapat membezakan antara makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat c) Kanan-kanak mengetahui kesan pengambilan makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat
8 3.0 TEMA/KONSEP BAHAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF Kami memilih tema makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat kerana kami mendapati bahawa tajuk ini sesuai untuk diajar kepada kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun. Kanak-kanak ini perlu didedahkan dengan kepentingan mengambil makanan berkhasiat dan mengurangkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat. Penghasilan bahan pembelajaran interaktif yang kami hasilkan adalah menggunakan Microsoft powerpoint di mana ia melibatkan 24 slide. Bagi penghasilan permainan pula, kami menggunakan laman web yang dikenali sebagai Word Wall. Kanak-kanak akan terus dibawa ke laman web permainan apabila menekan butang Game. Konsep bahan pembelajaran interaktif kami merangkumi penerangan kepada makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat iaitu penerangan menggunakan piramid makanan, senaman, lagu “Makanan hebat”, kuiz dan game. Slaid interaktif merangkumi kesemua objektif pembelajaran yang dapat dicapai oleh kanakkanak. Kanak-kanak akan didedahkan dengan makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat, kemudian kanak-kanak boleh bermain game yang berkaitan dengan tajuk tersebut dan seterusnya terdapat kuiz tentang makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat untuk menguji tahap kefaham kanak-kanak terhadap topik yang diajar. Slaid interaktif Microsoft Powerpoint ini mengandungi pelbagai kriteria yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk menggunakannya. Kriteria yang terdapat pada slaid interaktif ini adalah gambar animasi, audio, grafik, video tentang makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat. Kami menggunakan warna-warna yang ceria dan tidak serabut untuk dipandang sehingga dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk mengikuti proses pembelajaran secara interaktif. Cara untuk mengakses bahan pembelajaran interaktif ini juga adalah sangat mudah iaitu dengan mengimbas kod imbasan yang kami sediakan dan kanakkanak boleh terus mengakses pembelajaran tersebut.
9 4.0 RANCANGAN PAPAN CERITA BIL PAPAN CERITA PERKARA 1. 4.1 Sebelum • Kami telah berbincang di dalam grup whatsapp dan mengagihkan tugasan terlebih dahulu kepada setiap ahli kumpulan • Selepas itu, kami bersetuju untuk melanjutkan perbincangan melalui google meet. Perkara pertama yang kami bincangkan adalah tentang pemilihan tema bahan interaktif ini. Kami bersetuju untuk menghasilkan bahan interaktif tentang makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat. • Setiap ahli kumpulan memberikan idea mereka masing-masing tentang setiap konsep yang perlu ada dalam slaid interaktif ini. • Kami berbincang tentang permainan apa yang akan dimasukkan ke dalam slaid interaktif, penerangan seperti apa yang akan kami
10 selitkan dalam slaid tersebut. Setiap perincian tentang slaid interaktif tersebut telah kami suarakan dalam perjumpaan secara atas talian menggunakan google meet. • Setelah berbincang tentang konsep yang perlu ada dalam slaid interaktif tersebut, kami telah berpendapat untuk memasukkan audio supaya slaid kami terlihat lebih menarik. Kami juga menggunakan animasi supaya kanak-kanak tertarik untuk bermain bahan interaktif ini. • Setelah mendapat kesepakatan daripada semua ahli kumpulan, kami pun membuat lakaran tentang slaid interaktif tersebut • Kami berjumpa dengan sir Khairul untuk mendapatkan pendapat dan persetujuan beliau sama ada kami boleh meneruskan kepada proses seterusnya ataupun tidak.
11 4.2 Semasa • Kami mencari gambargambar tentang makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, coklat, ais krim dan banyak lagi. • Selepas itu, kami mencari video senaman dan lagu tentang makanan yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam slaid interaktif ini. • Kami telah mencari pelbagai maklumat dan alternatif untuk menghasilkan slaid interaktif supaya kelihatan menarik dan sesuai digunakan oleh kanakkanak. • Kami juga mempelajari perincian yang terdapat di Microsoft powerpoint sebelum kami membuat slaid interaktif • Setelah semua bahan dan maklumat telah dikumpul, kami mula menghasilkan slaid interaktif.
12 • Bagi slaid yang pertama, kami memaparkan tema bahan interaktif kami iaitu Makanan Berkhasiat VS Makanan Tidak Berkhasiat • Seterusnya adalah slide di mana ia dinamakan sebagai “Home”. Kami bahagikan kepada 5 bahagian iaitu dimulakan dengan penerangan, kuiz, game, senaman dan lagu “makanan hebat” • Dalam bahagian penerangan, akan ada penerangan tentang makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat. Seterusnya kami juga menunjukkan dan menjelaskan tentang piramid makanan. • Kanak-kanak didedahkan dengan kebaikan makan makanan mengikut piramid makanan.
13 • Seterusnya, pada bahagian game, kami menyediakan permainan untuk kanakkanak iaitu permainan memilih makanan berkhasiat atau makanan tidak berkhasiat. Kanak-kanak akan diberikan 3 pilihan gambar dan diminta untuk memilih makanan mengikut pernyataan yang diminta. • Pada bahagian kuiz pula, bagi menyediakan 2 kuiz untuk kanak-kanak. Kuiz pertama adalah “Padankan Makanan” dan kuiz kedua adalah “Ingat Gambar Makanan” • Untuk bahagian kuiz ini, kami menggunakan laman web Word Wall di mana kanak-kanak terus dibawa ke laman web tersebut apabila memilih kuiz tersebut.
14 • Pada slaid bahagian lagu “makanan hebat” pula, kami memasukkan lagu Didi and Friends daripada Youtube. Tujuan lagu ini dimasukkan ke dalam slaid interaktif adalah sebagai hiburan tambahan untuk kanakkanak. Hal ini kerana kami tahu bahawa kanak-kanak berminat dan suka melihat lagu-lagu didi and friends. • Akhir sekali, pada bahagian senaman, kami juga memasukkan video senaman untuk kanak-kanak. Video ini adalah bertujuan supaya kanak-kanak dapat mengikuti pergerakan senaman yang ditunjukkan di dalam video tersebut. Jadi kanak-kanak bukan sahaja belajar dan menjawab soalan tetapi juga melakukan pergerakan.
15 • Bukan itu sahaja, kami juga ada memasukkan sedikit animasi yang menunjukkan tanda “Tahniah! Jawapan anda betul ” dan tanda “Cuba lagi ” dalam setiap permainan dan kuiz tersebut. Tujuannya adalah supaya kanak -kanak merasa termotivasi untuk belajar dengan lebih baik lagi. 3. 4.3 Selepas • Setelah terhasilnya slaid interaktif, kami mencuba terlebih dahulu slaid interaktif yang kami hasilkan. Hal ini adalah untuk memastikan slaid yang kami hasilkan boleh digunakan dan tidak akan mendatangkan masalah kepada pengguna kelak. • Selepas kami berasa puas hati dengan hasil slaid interaktif kami, kami meneruskan lagi tugasan kami dengan menyediakan soalan untuk boring soal selidik ya ng kemudiannya akan diberikan kepada ibu
16 bapa/penjaga/guru untuk menilai keberkesanan bahan interaktif yang kami hasilkan. • Kami berasa sangat gembira sepanjang proses mengerjakan tugasan akhir ini. Walaupun kami kesuntukan masa kerana berada dalam minggu peperiksaan, namun kami berjaya menyelesaikan tugasan ini sehingga selesai.
17 5.0 KESIMPULAN Tuntasnya, melalui penghasilan bahan pembelajaran interaktif ini, kami dapat menambah pengetahuan dan mengetahui cara untuk menghasilkan bahan pembelajaran interaktif seperti ini. Sebelum ini, kami hanya menggunakan aplikasi Microsoft powerpoint untuk slaid pembentangan sahaja, namun dengan adanya tugasan seperti ini, kami dapat mempelajari banyak lagi perkara yang boleh kami hasilkan menggunakan aplikasi ini. Oleh sebab itu, sebagai seorang guru, kita perlulah mahir dalam menggunakan kemudahan teknologi untuk memudahkan menyediakan bahan bantu mengajar bukan sahaja secara manual tetapi juga menggunakan perisian teknologi yang terdapat di sekeliling kita. Akhir sekali, kami berharap agar slaid interaktif yang kami hasilkan mendatangkan faedah kepada kanak-kanak yang menggunakannya. Sekiranya berpeluang di masa hadapan, tidak salah rasanya untuk kita hasilkan lebih banyak lagi bahan pembelajaran interaktif yang sememangnya merupakan satu kaedah pengajaran yang menyeronokkan. 6.0 RUJUKAN ResearchGate (2021) Pendekatan kaedah Interaktif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Diperoleh semua pada 7 September 2021 daripada https://www.researchgate.net/publication/354400075_Pendekatan_Kaedah_Interaktif_ Dalam_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Pendidikan_Islam_Abad_Ke21_Di_Sekolan_Menengah_Kebangsaan_Kota_Kinabalu Unknown (2017) Kepentingan Teknologi Dalam Pendidikan Diperoleh semua pada 29 March 2017 daripada http://zilamatdin.blogspot.com/2017/03/kepentingan-teknologi-dalampendidikan.html
18 7.0 LAMPIRAN • Qr code • Link permainan laman web Word Wall ➢ https://wordwall.net/resource/58630371 (Padanan Makanan) ➢ https://wordwall.net/resource/58629705/mari-mengenal-gambar-makanan (Cari gambar yang sama) • Gambar
19 • Link borang soal selidik ➢ https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScx9LPTJ68vmJwEqGaG8FPSO 3ZaEL2dMI6GKHOwvi4gFjNPSQ/formResponse • Gambar borang selepas soal selidik
20
21
22
23