The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alagisiva7, 2021-04-27 02:50:41

A.KESHIKAADEWI-BUKU SKRAP DIGITAL2021

A.KESHIKAADEWI-BUKU SKRAP DIGITAL2021

BUKU SKRAP DIGITAL

SJK T JALAN BUKIT RENGAM

DATO’ ONN JAAFAR

Pelopor kepada perjuangan kemerdekaan negara serta Pengasas dan
Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama

DISEDIAKAN OLEH,
KESHIKAADEWI A/P ALAGESAN

PROFILE DIRI PESERTA PENGHARGAAN……..

NAMA : KESHIKAADEWI A/P ALAGESAN Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi
KELAS : 4 VASANTHAM
A.EMAIL : [email protected] penghargaan dan jutaan terima kasih kerana
A.SEKOLAH : SJK T JALAN BUKIT RENGAM, diberi peluang untuk menyediakan buku skrap
digital yang bertajuk ‘ TOKOH NEGERI JOHOR’.
86300 RENGGAM,
JOHOR. Dengan menghasilkan buku skrap ini
saya dapat mengenali secara lebih mendalam
Dato Sir Onn Bin Jaafar secara terperinci dan
menjadikan beliau sebagai idola saya untuk terus
bersemangat menjayakan diri saya ke menara
gading.

Saya turut berterima kasih kepada
pihak sekolah , guru pembimbing serta kedua-dua
ibu bapa yang berganding bahu membantu saya
dalam menyiapkan tugasan saya ini.

Tidak lupa juga kepada mereka yang
membantu saya secara langsung dan tidak
langsung dalam membantu saya menyiapkan
dengan jayanya buku skrp digital ini.

ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN……..

• PENDAHULUAN Dato Onn Jaafar merupakan pemimpin yang meniupkan semangat
• BIODATA TOKOH PEMIMPIN nasionalisme dalam kalangan sanubari rakyat Malaysia.Mantan Menteri
• PENDIDIKAN TOKOH PEMIMPIN Besar Johor ini merupakan pengasas dan Yang Di Pertua pertama
• KERJAYA TOKOH UMNO,peneraju utama gerakan untuk menentang dan mengalahkan
• SUMBANGAN TOKOH Malayan Union dan tokoh pelopor serta pemangkin perpaduan dan juga
• NILAI KEPIMPINAN TOKOH
• PENUTUP/KESIMPULAN kerjasama antara kaum rakyat Malaysia.
• SUMBER RUJUKAN

BIODATA DATO SIR ONN BIN JAAFAR

KELAHIRAN : 12 FEBRUARI 1895 PASANGAN : RAFEAH ABDULLAH
JALAN GERTAK MERAH, CHE JAMILAH
BUKIT GAMBIR,JOHOR BAHRU, CHE KAH
JOHOR, BRITHISH MALAYA. HALIMAH HUSSEIN
(KINI MALAYSIA)
ANAK –ANAK : HUSSEIN ONN
IBU BAPA : TUAN JAAFAR HAJI MUHAMMAD & HUBUNGAN : HISHAMMUDDIN ONN (CUCU)
PUAN ROQUAIYA HANIM
MOHAMED NOAH OMAR (BESAN )
SEKOLAH RENDAH : SEKOLAH MELAYU JOHOR BAHRU ABDUL RAHMAN MOHAMED YASSIN
PELAJARAN LANJUTAN : ALDERBURGH LODGE SCHOOL, ( ABANG IPAR)
UNGKU ABDUL AZIZ ( ANAK SAUDARA)
SUFFOLK, ENGLAND. SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS
( ANAK SAUDARA )
PEKERJAAN : MENTERI BESAR
PARTI POLITIK : UMNO MENINGGAL DUNIA : 19 JANUARI 1962 ( UMUR 66 TAHUN)
JOHOR BAHRU,JOHOR, MALAYSIA

TEMPAT PERSEMADIAN : MAKAM DIRAJA BUKIT
MAHMOODIAH

BAPA SIR

Allahyarham Dato’ Jaafar Haji
Mohamed (1838-1919) merupakan
Menteri Besar Johor pertama dan

pengasas sistem pentadbiran
Kerajaan .Johor

IBU SIR

Hanim Rogayah seorang
wanita Timor Dekat
berketurunan Turki.

BIOGRAFI DATO SIR ONN BIN JAAFAR

Datuk Onn Jaafar dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Gambir, Jalan Gertak Datuk Onn menamatkan zaman bujangnya dan bertemu jodoh yang
Merah, Johor Bharu. Beliau merupakan anak yang ketiga dari tujuh orang pertama dengan Che’ Rafiah Binti Abdullah dan dikurniakan tiga orang
anak lelaki dan tujuh orang anak perempuan. Bapanya Datuk Jaafar bin Haji anak iaitu Hawa, Rukiah dan Cik Salehah. Jodohnya dengan Rafiah tidak
Muhammad iaitu Menteri Besar Johor yang pertama semasa pemerintahan panjang kerana beliau telah kembali kerahmatullah selepas melahirkan Cik
Sultan Ibrahim. Datuk Jaafar berketurunan Bugis dan berasal dari Daik. Salehah. Kemudian Datuk Onn berkahwin dengan Cik Jamilah Binti
Ibunya bernama Rugayah berasal dari Timur Dekat, berketurunan Turki. Othman dan dikurniakan seorang anak, Azmir. Walau bagaimanapun jodoh
Datuk Onn di pelihara oleh Sultan Ibrahim sebagai anak angkat Baginda beliau dengan Cik Jamilah tidak panjang dan mereka bercerai dan Datuk
sejak berusia enam tahun. Onn telah berkahwin pula dengan Datin Halimah Binti Husain dan
dikurniakan enam orang anak iaitu Tun Hussein, Gharib, Major Ja’afar,
Pendidikan asasnya bermula di Sekolah Melayu Johor Bahru. Sebelum Tahir, Nurziah dan Nel. Datuk Onn dan Datin Halimah hidup sebagai suami
dihantar ke England, beliau diasuh oleh wanita Inggeris bersama Tunku isteri selama 41 tahun.
Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad pada usia sembilan
tahun. Kemudian belajar di sekolah Aldeburg Lodge di England selama enam
tahun. Setelah tamat pelajaran di England beliau telah pulang ke tanah air,
Johor pada 25 mac 1910 dan melanjutkan lagi pelajarannya di Maktab
Melayu Kuala Kangsar.

KERJAYA DATO SIR ONN BIN JAAFAR Atas perintah Sultan Ibrahim, Datuk Onn berkhidmat sebagai kadet dalam
Tentera Johor pada bulan Julai 1917, berakhir dengan pangkat Leftanen.
Pada 1 September 1911 sewaktu berusia 16 tahun beliau mula berkhidmat Dari Bukit Timbalan Johor Bahru beliau dipindahkan ke Pejabat General
dengan kerajaan Johor sebagai kerani pelatih di Pejabat Setiausaha Advisor. Di sini juga, beliau tidak lama berkhidmat kerana diberhentikan
Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat Setiausaha pada 31 Januari 1920 oleh Sultan Ibrahim disebabkan perselisihan faham
Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat Penasihat dengan Baginda.
British (British Advisor). Beliau bersama-sama keluarganya telah berpindah ke Singapura. Di sana
Pada bulan Mei, 1912 bertugas sebagai Pembantu Kerani Besar Pejabat beliau berniaga kecil-kecilan termasuk kain, perkakas perak, tembaga,
Perubatan dan dalam bulan Julai, 1912 beliau kembali ke pejabat barang makanan seperti keropok dan sebagainya. Pada tahun 1922 beliau
Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pembantu Kerani Besar. balik bekerja dengan Kerajaan Johor sebagai pegawai tambah sementara
1 Ogos 1913, Datuk Onn bekerja di Pejabat Penasihat Undang-undang dalam pejabat tanah.
Johor, kemudian dalam bulan Oktober 1914 bekerja di Pejabat Imigresen
Bahagian India dan pada tahun yang berikutnya bekerja di Pejabat Wang
(Perbendaharaan) Johor.

KERJAYA DATO SIR ONN BIN JAAFAR

Pada 1 Januari 1923 beliau dilantik sebagai Ketua Pejabat Pada tahun 1936 Datuk Onn dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai ahli Majlis
Kawalan/Sekatan Getah di Muar. Tahun berikutnya dilantik sebagai Mesyuarat Kerajaan Johor. Walau bagaimanapun, Datuk Onn telah menerima
Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dan kemudiannya berpindah ke dengan syarat beliau bebas mengeluarkan pendapat. Pada 1 Jun 1938 beliau
Johor Bahru. dilantik pula sebagai Setiausaha sulit kepada Tunku Mahkota Johor, membuat
Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di dalam Syarikat Warta kerja yang dititah oeh Sultan sama ada peribadi, kerja istana atau kerajaan.
Malaya kepunyaan Syed Husin Alsagof dari tahun 1930 hingga 1933. Datuk Onn telah mengetahui Pavilion Johor dalam pameran yang diadakan di
Kemudiannya dalam tahun 1934, beberapa orang dari Syarikat Warta San Francisco, Amerika Syarikat dalam tahun 1938.
Malaya menerbitkan Mingguan Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Oleh kerana sumbangan dan rapatnya hubungan Datuk Onn dengan Sultan,
Datuk Onn bertindak sebagai pengarangnya. kedudukan Datuk Onn sangat penting kepada Sultan. Apabila meletusnya Perang
Dunia dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Datuk Onn menjadi Ketua
Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor mula 1 Januari 1942 hingga tahun

1945.

SUMBANGAN DATO SIR ONN BIN JAAFAR Setelah berkhidmat selama tiga tahun, Datuk Onn meletakkan jawatan itu untuk
menumpukan sepenuh masa kepada UMNO selepas Sultan Ibrahim memberi
Pada awal tahun 1946, beliau menubuhkan Persatuan Melayu amaran kepadanya sama ada mahu memilih berkhidmat dengan kerajaan atau
Semenanjung Johor yang sebagai Yang Dipertua. Dalam bulan Mac memimpin UMNO. Datuk Onn memilih untuk terus berkhidmat sebagai Yang
1946, perwakilan-perwakilan dari berbagai persatuan Melayu bertemu Dipertua UMNO. Pada tahun 1946, kepimpinan Datuk Onn menentang
dalam Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan penjajahan secara politik sehingga tumbangnya Malayan Union dan tertubuhnya
Sulaiman Kuala Lumpur mencapai keputusan akan menubuhkan satu Persekutuan Tanah Melayu.
dan yang mewakili orang melayu menentang Malayan Union.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memelihara semula kedudukan
Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada Raja-Raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan bagi orang-orang
bulan Mei 1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk asing dan memberi beberapa hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu.
Onn sebagai yang Di Pertuanya yang pertama. Dalam tahun ini juga
iaitu pada 1 Oktober 1946, Sultan Ibrahim melantik Datuk Onn Datuk
Jaafar sebagai Menteri Besar Johor.
Saudara-saudaranya, Datuk Abdullah dan Datuk Mustafa pernah
dilantik ke jawatan tersebut.

SUMBANGAN DATO SIR ONN BIN JAAFAR

Usaha-usaha Datuk Onn untuk mengembalikan kedudukan orang-orang Sebenarnya Datuk Onn telah mendahului zamannya; orang-orang melayu masih
Melayu, beliau telah mengemukakan cadangan supaya keahlian UMNO tidak dapat bersetuju UMNO menerima keahlian semua kaum sahaja. Begitu
dibuka kepada lain-lain bangsa tetapi mendapat tentangan di kalangan juga kelonggaran dalam syarat-syarat kerakyatan untuk kaum-kaum lain masih
Majlis Mesyuarat Agung UMNO disebabkan oleh suasana Kebangsaan belum dapat diterima walaupun kemudiannya dan dalam penggubalan
Melayu ketika itu tidak sanggup menerima perubahan radikal seperti itu. perlembagaan Malaya Merdeka syarat-syarat lebih longgar diberi keada kaum-
Hasrat dan cita-citanya untuk memartabatkan bangsa melayu diteruskan kaum lain.
dengan pelbagai cadangan dan tindakan.
Dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 ogos Malah UMNO sendiri sebelum Merdeka telah bekerjasama dengan kaum-kaum
Datuk Onn melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua UMNO disebabkan lain melalui parti Perikatan (yang bagaimanapun mengekalkan identiti parti-parti
oleh tentangan tersebut. Berbagai-bagai tafsiran boleh diberi terhadap syor- di dalamnya).
syor Datuk Onn dan ia sendiri pernah dituduh sebagai tidak berkepentingan
Melayu.

SUMBANGAN DATO SIR ONN BIN JAAFAR

Datuk Onn yang telah dilantik oleh Kerajaan British sebagai Menteri Hal Setelah meninggalkan UMNO Datuk Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan
Ehwal Dalam Negeri telah dapat melihat dari dalam masalah-masalah Malaya tetapi tidak berjaya mendapat sokongan orang-orang Melayu. Pada
pentadbiran dan politik negara. Mungkin kerana itu, merasakan perlu tahun 1954, beliau menubuhkan pula Parti Negara sebagai membuat persediaan
kerjasama secara lebih rapat dengan kaum-kaum lain dan mempercayai menghadapi pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955, Datuk
bahawa bimbingan dari British adalah perlu bagi memajukan orang-orang Onn dan partinya tidak berjaya dalam pilihanraya itu, namun tidak berputus asa
melayu sebelum mencapai kemerdekaan. bagi mendapatkan tempat dalam politik tanahair.

Beliau dituduh sebagai orang pro-British kerana duduk dalam kabinet Beliau berjaya juga mendapat kerusi, mewakili kawasan Parlimen Kuala
kerajaan penjajah, tetapi kemudiannya UMNO juga membenarkan seornag Terengganu Selatan dalam pilihanraya Persekutuan dalam tahun 1959. Dengan
wakilnya menerima tempat dalam kabinet itu. Sewaktu di dalam kabinet seorang diri mewakili partinya beliau cuba menyampaikan pendapat-pendapat
kerajaan penjajah, Datuk Onn telah dilantik menjadi Pengerusi RIDA, politiknya dalam sebuah Dewan yang mengandungi ahli-ahli dari UMNO
sebuah badan yang bertujuan untuk meninggikan kedudukan ekonomi Perikatan dan parti-parti lain..
orang-orang Melayu. Dalam bidang pelajaran, nama Datuk Onn terkenal
dengan minatnya terhadap kemajuan anak-anak Melayu yang membuahkan
antara lain ‘Biasiswa UMNO’ sewaktu beliau dalam parti ini.

SUMBANGAN DATO SIR ONN BIN JAAFAR

Pada tahun 1962, Datuk Onn menghembuskan nafasnya yang terakhir di Johor Bahru. Perjalanan perjuangan Datuk Onn adalah sebahagian daripada sejarah
Tanah Melayu kita selepas perang dunia kedua. Walau apapun tanggapan terhadapnya, tiada siapa pun dapat melupakan jasa baktinya kepada parti, bangsa dan
negara.

Sebagai seorang pejuang, pendukung keamanan beliau mempunyai pendirian politiknya yang tersendiri. Kepintaran dan kegigihannya tidak ada tolok banding di
waktu beliau berada di mercu politik UMNO dan tanahair sehingga diperakui semua kalangan. Beliau seorang tokoh politik nasionalis dengan keupayaan
intelektual yang tinggi walaupun tidak menjejak kaki di Universiti. Beliau juga pemidato dan juga pengarang yang terkenal dengan kebolehan bahasa ynag
menakjubkan. Dalam lima tahun yang intensif sewaktu pergolakan politik tanahair paling memuncak beliau wujud untuk memegang teraju pimpinan orang-
orang melayu dan membentuk corak olitik yang akan diikuti kemudian.
Dato’ Onn menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat, 19 Januari 1962 di Johor Baharu.

NILAI-NILAI KEPIMPINAN YANG PERLU
DICONTOHI…..

Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, khususnya Dato Onn Jaafar telah mematuhi beberapa nilai-nilai kepimpinan atau kualiti kepimpinan
perlu diimplementasikan serta diterap dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang baik. Berikut merupakan beberapa nilai-
nilai yang ada padanya perlu dicontohi :-
• Amanah dan Jujur

Sebagai seorang pemimpin yang baik, sikap amanah serta jujur perlu diterapkan agar pemimpin sentiasa dihormati oleh orang yang dipimpin.
Sikap amanah dapat mengelak seorang pemimpin daripada melakukan penyelewengan dalam pentadbiran. Semua tugas pentadbiran
dilaksanankan dengan baik tanpa berlaku apa-apa masalah.
 Ikhlas
Ikhlas membawa maksud tidak mengharapkan apa-apa ganjaran sampingan demi kepentingan sendiri. Sebagai pemimpin yang baik tujuan
pentadbiran atau kepimpinan hanyalah untuk kebaikan semua yang terdapat atau tergolong dalam struktur pentadbiran atau organisasi yang
dipimpin.
 Bertanggungjawab.
Nilai ini dapat menjamin seorang pemimpin itu menjalankan tanggungjawab kepimpinannya dengan telus. Sebagai seorang pemimpin yang
bertanggunjawab juga, seorang pemimpin akan bertanggungjawab ke atas setiap tindak tanduk serta arahan yang dikeluarkan terhadap yang
dipimpin. Baik buruk setiap akhiran daripada kepimpinan beliau harus diterima dengan terbuka.

NILAI KEPIMPINAN YANG PERLU
DICONTOHI…..

• Bekerjasama
Seperti yang kita sedia maklum, kerja yang bermutu adalah hasil daripada kerjasama yang baik. Sebagai seorang pemimpin, nilai kerjasama yang baik
perlu ada dalam sanubari. Arahan tidak cuma dikeluarkan tetapi seorang pemimpin perlu bekerjasama dengan orang bawahan tanpa mengira
peringkat. Dengan ini pemimpin akan disegani dan mudah untuk melaksanakan tugas sebagai pemimpin.

• Bersyukur
Pemimpin yang rendah diri dan baik harus mempunyai nilai bersyukur iaitu menerima kesediaan dan rasa rendah diri untuk sebarang nikmat Allah
dan sentiasa berterima kasih kepada-Nya. Bersyukur dan berterima kasih kepada yang dipimpin dan kepada orang lain yang memberi bantuan serta
sumbangan dalam organisasi. Nilai bersyukur juga dapat menjadikan seorang pemimpin itu dapat melenyapkan rasa tidak puashati,keluh kesah dan
marah apabila menghadapi masalah. Pemimpin yang bersyukur adalah pemimpin yang baik.

Sebagai kesimpulannya, itu di antara sifat-sifat atau nilai-nilai murni yang perlu ada dalam setiap pemimpin. Jika setiap pemimpin dapat
mengimplementasikan setiap nilai yang di katakan tadi, maka akan lahirlah pemimpin yang disegani dan menjadi ikutan setiap insan. Tiada lagi
berlakunya korupsi yang berleluasa di peringkat tinggi, sikap kroni atau pilih kasih dan sebagainya. Sesungguhnya setiap pemimpin perlu komited dengan
tugas kepimpinan tanpa meninggalkan nilai-nilai yang baik dalam kepimpinan.

GARIS MASA KERJAYA DATO ‘ONN JAAFAR

1895: Dilahirkan di Seri Gambir, Johor Bahru.
1901: Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor. Belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris.
1902: Ibunya Rugayah meninggal dunia
1903: Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor.
1910: 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.
1910-1911 Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
1911: Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
1911: Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah (gadis Cina yang merupakan anak angkat bapanya). Mendapat empat orang anak dan isterinya meninggal dunia
beberapa tahun kemudian.
1915: Berkahwin kali kedua dengan Che Jamilah dan mendapat seorang anak iaitu Ismail bin Onn. Isterinya meninggal dunia.
Berkahwin kali ketiga dengan Che Kah, seorang pelakon bangsawan.

GARIS MASA KERJAYA DATO ‘ONN JAAFAR

1917: Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati, Singapura- markas JMF. Pangkat Leftenan.
1919: Berkahwin kali keempat dengan Halimah Hussein, janda adiknya. Mendapat 3 anak termasuk Hussein Onn.
1920: Bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung
berkaitan isu harta.
1922: Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor kerana pujukan Tengku Ismail.
1923: Pegawai di Pejabat Tanah Muar
1924: Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.
1927: Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahan elaun RM200.00 setahun, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak
disediakan rumah kerajaan sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.
1927-1936 Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam
akhbar Sunday Mirror. Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.

GARIS MASA KERJAYA DATO ‘ONN JAAFAR

1930-1936 (umur 35): Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu di Singapura
1934 (umur 39): Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga.
1936-1941: Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
1942 – 1945: Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
1945-1946: Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat
1946-1949: Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.
1946: Menganjurkan Kongres Melayu 1946
1946-1951: (umur 52): Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang pertama. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947.
1949: (umur 54): Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan perhatian kepada UMNO.
1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan.

GARIS MASA KERJAYA DATO ‘ONN JAAFAR

 1951: Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).
 1951 (umur 56): Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah ditolak. Maka Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO

dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.
 1951: Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
 1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam

pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955.
 1955: Tewas dalam Pilihan raya Persekutuan 1955 kepada calon Parti Perikatan, Dato' Suleiman Abdul Rahman
 1959: Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang (dikatakan menyertai PAS).
 1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan.
 1962 (umur 67): Meninggal dunia dan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru

PENUTUP …….

Dato’ Onn Jaafar telah gagal dalam perjuangan politiknya. Asas tanggapan ini adalah kerana beliau memilih untuk tidak terus

memimpin Umno, dan kerananya tidak pula dapat memimpin negara sebagai Perdana Menteri, sebagaimana penggantinya sebagai
Yang Dipertua Umno, Tunku Abdul Rahman. Namun, apakah perjuangan seseorang tokoh politik itu hanya wajar dinilai sebagai
berjaya apabila ia memegang tampuk kekuasaan negara? Walaupun begitu ramai pemimpin muncul silih berganti, zaman-berzaman,
mencurahkan bakti perjuangan dalam sejarah panjang pembentukan negara kita, yang bebas lagi merdeka ini.

Umno Johor mengangkat Dato’ Onn sebagai tokoh yang perlu diberikan tempat yang sewajarnya sempena 60 tahun usia
parti, kerana baktinya sebagai pelopor perjuangan kemerdekaan. Dato’ Onn bukan teraju negara apabila tanahair ini merdeka pada
1957, tetapi beliau meninggalkan pengaruh dan pemikirannya sebagai warisan kepada bangsa.

Walaupun Dato’ Onn dalam sejarah politiknya keluar dari Umno, pernah menubuhkan dua parti lain, menjadi
pembangkang dalam dewan perwakilan, tetapi inti perjuangannya terpahat dengan teguh. Laungan perjuangan Hidup Melayu yang
dicetuskannya, lebih 60 tahun lalu, tidak sekadar satu slogan, tetapi sarat dengan isi perjuangan membela kedudukan Raja-Raja,
agama, bahasa, kebudayaan, pendidikan, ekonomi dan hak-hak istimewa orang Melayu.

SUMBER RUJUKAN …….

1.Abdul Rahim Ramli (19 Jun 2010). "Syarat Ketat Anugerah Datuk Johor". mStar Online. Dicapai
pada 7 Februari 2021.
2. 'Dato Onn Jaafar, peranannya didalam politik dan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu, 1895-
1962' oleh [[Ramlah Adam' ;Gateway Pub. House, 1987 , hlm 8
3.'Warta Malaya, penyambung lidah bangsa Melayu, 1930-1941' oleh Zulkipli bin Mahmud ;Jabatan
Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia ; 1979
4. 'Dato' Onn Ja'afar, pengasas kemerdekaan' oleh Ramlah Adam; Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Ramlah Adam, ' Dato' Onn Ja'afar - Pengasas Kemerdekaan'. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1993,

hlm 12.

DATA SOKONGAN…….

ALI, AH CHONG BERSAMA MURUGAN ,
BERMAIN BOLA DI PADANG RENGGAM,

BUKU SKRAP DIGITAL DIBUAT PERTANDINGAN,
SERTAILAH KAWAN SEMANGAT DIGENGGAM !

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Tokoh Pemimpin Johor :Dato' Onn Jaafar
Next Book
41. social 3. 21003