Kekeluargaan NURUL SYAHIRAH BINTI ISKANDAR BMMB 3213 (KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH)
Standard Kandungan 1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan situasi tidak formal. Standard pembelajaran 1.1.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang diujarkan dalam pelbagai situasi.
Objektif pembelajaran Pada akhir pembelajaran dan pemudahcaraan, murid akan dapat : Mendengar, memahami dan menyebut 4 jenis ayat dan ragam ayat dengan struktur binaan yang betul dan tepat mengenai tema kekeluargaan. Menulis 4 jenis ayat dan ragam ayat dengan struktur binaan ayat yang betul dan tepat mengenai kekeluargaan.
RAGAM AYAT
ragam ayat Ayat perintah Ayat seruan Ayat penyata Ayat tanya
Ayat penyata Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataaan. Ayat penyata juga mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan.
Contoh Ayat Penyata Yang berikut ialah contoh-contohnya : Nadiah merupakan seorang wartawan. Ali sedang tidur. Penjual ikan itu sedang tersenyum. Guru itu sedang mengajar murid. Aiman membeli pakaian dari kedai itu. Pesakit itu berada di hospital. Cita-cita Musa menjadi seorang pegawai polis. Bunga cempaka itu sangat wangi.
Ayattanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitu : -Ayat tanya tanpa kata tanya -Ayat tanya dengan unsur tanya
Jenis Ayat Tanya Ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?). Ayat tanya yang mengandungi unsur pertanyaan seperti apakah, siapakah, mengapakah, bagaimanakah dan sebagainya. Ayat tanya tanpa kata tanya Ayat tanya dengan unsur tanya
Ayat tanya tanpa kata tanya Ayat tanya dengan unsur tanya Encik Zulkifli pengurus Syarikat itu ? Harga barang itu berapa? Dia ke sekolahkah? Awak datang lambat kenapa? Ke Melakakah kamu minggu lalu? Bagaimanakah keadaan ayahnya sesudah pembedahan? Contoh Ayat Tanya
Ayat perintah Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang yang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan sebagainya
Ayat yang digunakan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Dalam ayat suruhan, subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu dan engkau. Ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan atau usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu : Ayat suruhan Ayat larangan
Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu : Ayat silaan Ayat permintaan Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan
AYAT SURUHAN AYAT LARANGAN AYAT SILAAN AYAT PERMINTAAN Keluar dari bilik ini. Jangan kau pedulikan dia. Sila serahkan borang ini di pejabat. Minta kamu semua bertenang. Pergilah dari sini. Usahlah kau datang ke sini lagi. Jemput masuk. Tolong tutup pintu itu. Menangislah sepuaspuas hatimu. Dilarang merokok di kawasan ini. Silalah datang ke rumah saya. Harap jangan ambil. Contoh Ayat Perintah
Ayatseruan Ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah dan takjub. Intonasi seruan ini digambarkan melalui tulisan dengan tanda seru ( ! ) yang biasanya terletak di akhir ayat. Contoh kata seru ialah amboi, wah, cis, aduh, syabas dan sebagainya.
Contoh ayat seruan Oh, tuhanku ! Amboi, garangnya ! Wah, besarnya kereta abang ! Cis, terimalah tikaman ini ! Eh, Ali rupanya yang datang ! Aduh, bisanya ! Syabas, engkau telah menang !
Aktiviti
Aktiviti Murid diminta untuk menuturkan dialog dengan intonasi dan nada yang betul. Kemudian, berdasarkan dialog, sila tulis 4 jenis ayat dan ragam ayat kisah “Sayangi Keluarga” dalam peta i-think (peta buih).
RAGAM AYAT Ayat penyata Ayat tanya Ayat seruan Ayat perintah
PENDEKATAN DIDIK HIBUR
Standard Kandungan 4.1 Mengaplikasikan unsur keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera. Standard pembelajaran 4.1.1 Bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa.
Objektif pembelajaran Pada akhir pembelajaran dan pemudahcaraan, murid akan dapat : Murid dapat menyatakan 5 definisi peribahasa secara tepat. Murid dapat menyenaraikan jenis peribahasa beserta contoh.
Peribahasa Peribahasa ialah satu contoh bahasa kiasan yang telah mantap bentuknya. Peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan, dan bidalan. Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua buah perkataan yang mengandungi maksud tersirat. Pepatah atau perbilangan ialah ungkapan yang berasal usul daripada pusaka atau warisan. Bidalan juga mempunyai fungsi yang sama dengan pepatah iaitu untuk memberi pengajaran kepada masyarakat. Perumpamaan ialah perbandingan makna yang sangat jelas kerana perumpamaan didahului dengan perkataan-perkataan seperti ibarat,bak, bagai,dan seperti.
SIMPULAN BAHASA PEPATAH PERUMPAMAAN BIDALAN Anak buah Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga Bagai kacang lupakan kulit Alah bisa tegal biasa Lintah darat Jangan disangka air yang tenang tiada buaya Bagai mencurah air ke daun keladi Hidup segan mati tak mahu Murah hati Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada gunanya Bagai isi dengan kuku Ada udang di sebalik batu Contoh Ayat Peribahasa
Aktiviti
Bagai aur dengan tebing Saling bantu, kerjasama Bagai dakwat dengan kertas Sahabat yang sangat erat Bagai pinang belah dua Sama cantik sama padan Bagai itik pulang petang Jalan lambat melenggang Bagai tikus baiki labu Rosak lagi barang itu Bagai rumah tepi pantai Selalu bimbang dan cemas LAGU PERIBAHASA Murid perlu menyanyikan lagu peribahasa ini bersama guru untuk mengenali peribahasa sebagai pendekatan didik hibur dan mencari sekurangkurangnya 5 peribahasa yang terdapat di dalam gambar yang diberikan secara berkumpulan.
Contoh jawapan : -Sediakan payung sebelum hujan -Cendawan tumbuh selepas hujan -Bagai anjing dengan kucing Aktiviti
SEkian, terima kasih