(1 – 19)
(20 – 66)
(67 – 92)
(93 – 128)
(129 – 145)
(146 – 159)
(160 – 169)
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
3
TAK
SMKTAHUN
2021/2022/2023
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
KWIM
KSE
4
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
5
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
6
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
7
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
8
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
9
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
10
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
11
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
12
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
13
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
14
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
15
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
16
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
17
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
18
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
19
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
TAHUN MAKLUMAT
2022
AM2023
20
Manual Pengurusan SMKSE 2022/223
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG EMPAT Tel : 04-5887255
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI SELATAN Faks : 04-5880387
PULAU PINANG. Emel:[email protected]
__________________________________________________________________________________________
Semua Guru dan Staf
SMK Simpang Empat
Tuan / Puan,
WATIKAH PELANTIKAN JAWATAN DAN TANGGUNGJAWAB SMKSE 2022/2023
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa tuan/puan adalah dengan ini dilantik dan
dipertanggungjawabkan untuk semua jawatan dan amanah yang mana nama
tuan/puan dicatatkan dalam Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023.
3. Jawatan, amanah dan tanggungjawab dalam susunan pengurusan SMKSE
2022/2023 ini juga boleh diubah, ditambah atau dikurangkan oleh pihak
pentadbiran dari semasa ke semasa.
4. Pihak sekolah amat berbesar hati atas kesudian tuan/puan menerima pelantikan
ini.
5. Semoga tuan/puan dapat menjalankan tangunggjawab ini dengan penuh cemerlang.
Sekian, terima kasih.
“PULAU PINANG TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGERA”
“WAWASAN KEMAKMURAN 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
……………………………………………
(EN. ESHAMUDDIN B. ABD RAHIM)
Pengetua
SMK Simpang Empat,
14100Simpang Ampat, Seberang
Perai Selatan.
21
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
Bicara Pengetua . . .
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera, Alhamdulillah. Bersyukur
kita ke hadrat Allah Subhanahuwata’ala kerana atas limpah kurniaNya kita berpeluang menyambut
kedatangan tahun akademik 2022/2023 dan dapat menyambung kembali amanah kita sebagai
pendidik dan staf di sekolah ini.
Saya ingin merakamkan ucapan selamat datang dan juga selamat kembali bertugas kepada guru-guru
dan staf dalam suasana normal baharu menghadapi ancaman Covid 19 dan terus bekerjasama
berusaha mengekang penyebaran virus ini daripada merebak ke sekolah.Harapan saya juga agar
semua guru dan staf sekolah ini akan terus dapat berganding bahu sederap langkah dalam usaha
merealisasikan pendidikan berkualiti di samping berusaha memastikan kemenjadian murid sesuai
dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan SKPMg2. Sekalung
penghargaan dan tahniah kepada barisan jawatankuasa yang telah bertungkus -lumus menyediakan
Manual Pengurusan SMKSE bagi tahun akademik 2022/2023 Manual Pengurusan SMKSE
seharusnya menjadi garis panduan dan pedoman kepada setiap warga sekolah terutamanya para
guru melaksanakan tugas seharian dan khidmat di sekolah dengan lebih berkesan dan lebih baik
daripada tahun-tahun sebelumnya. Semua telah sedia maklum bahawa SMK Simpang Empat
merupakan Sekolah Transformasi 2025 (TS25), pada tahun ini kita mensasarkan supaya semua guru
dan murid dapat melaksanakan hasrat dan halatuju sekolah dalam mentransformasikan sekolah.
Jelasnya, pada tahun akademik 2022/2023 semua aktiviti seolah mesti dijalankan selaras dengan
matlamat Program TS25 disamping dapat menjadikan Rubrik Standard Kualiti dalam SKPMg2
sebagai satu panduan dalam menjalankan tugas seharian ke arah pendidikan dan pengurusan
sekolah yang berkualiti bagi kemenjadian murid.
Tahun 2021 telah berlalu dengan penuh dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh kita semua akibat
gelombang-gelombang ancaman Covid 19. Pihak sekolah menyahut seruan dan arahan KPM, JPNPP,
PPDS dan juga pihak MKN bagi mematuhi SOP dan panduan mengekang gejala Covid 19. Oleh itu
strategi kita akan diteruskan untuk menghadapi ancaman Covid 19 berdasarkan pematuhan arahan-
arahan kerajaan sepanjang tahun akademik 2022/2023. Marilah kita terus beriltizam bagi
memantapkan pengurusan dan pelaksanaan setiap rancangan bagi tahun akademik 2022/2023
Penglibatan semua warga sekolah bagi mencapai halatuju, aspirasi dan inspirasi transformasi amat
diharapkan. SMKSE menetapkan halatuju dan aspirasi kearah peningkatan prestasi kurikulum dan
22
Manual Pengurusan SMKSE 2022/223
kokurikulum, sahsiah dan kehadiran murid, pencapaian dan kedudukan serta menetapkan
penyertaan dalam semua pertandingan yang dianjurkan baik di peringkat PPD, negeri mahupun
kebangsaan demi menjayakan visi dan misi sekolah yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara
dan 11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 .
Pada tahun akademik 2022/2023 ini, sekolah kita dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau
Pinang sebagai Eminent School (ES) untuk membantu Sekolah Satelit (SS) yang telah dikenalpasti
oleh pihak JPNPP. Antara objektif ES dan SS ialah:-
1. Mengupaya dan memperkasa SS setanding ES.
Meningkatkan kualiti kemenjadian murid
Menonjolkan etos dan kebitaraan sekolah
Mewujudkan budaya saling kebersamaan dan mengeratkan kolaboratif strategik
2. Menjadikan sekolah satelit sebagai sekolah pilihan masyarakat
Mengatasi isu sekolah pilihan waris
Sehubungan dengan perkara di atas marilah kita sama-sama memperbaiki kelemahan dan
kekurangan yang telah dikenalpasti agar dapat dibuat penambahbaikan., budaya pengurusan
cemerlang dan berkualiti diamalkan dalam semua peringkat melalui pembudayaan dan penghayatan
standard kualiti dalam SKPMg2. Para guru dan staf SMKSE dimohon untuk terus menggarap kreativiti
dan inovasi dalam PdPc terutamanya dan membuat penyelesaian bagi sebarang masalah dalam
menjalankan tugas di sekolah. Semua warga guru dan staf SMKSE mesti tahu dan mempraktikkan visi
dan misi sekolah dan matlamat akhirnya ialah untuk kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Lantaran itu, sekolah perlu menyediakan strategi bagi menjamin keberkesanan serta
kecemerlangannya. Justeru, jatuh bangun dan penentuan hala tuju sesebuah sekolah bergantung
pada kualiti yang dimiliki oleh barisan pentadbir dan dengan sokongan padu semua pendidik dan
warga sekolah termasuklah ibu bapa.
Warga pendidik dan staf SMKSE mestilah mempunyai kompetensi dan ketrampilan yang mencakupi
keupayaan melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah berkesan,
berkeperibadian mulia, berkemahiran dan berkebolehan menjalankan amanah yang
dipertanggungjawabkan.
Fokus SMKSE bagi tahun akademik 2022/2023 ialah terus memastikan kemenjadian murid dalam
semua bidang terutamanya bidang akademik dan kemahiran. Fokus kedua ialah membudayakan
pengurusan berkualiti dan cemerlang dalam setiap perancangan dan tindakan, baik pengurusan
sekolah, pejabat, bilik darjah mahupun asrama melalui penghayatan standard kualiti SKPMg2. Fokus
ketiga ialah ke arah penglibatan semua warga SMKSE, PIBG, komuniti serta NGO dalam bidang
akademik, sukan, kebajikan, keceriaan , kebersihan dan keselamatan sekolah. Semua fokus ini
merupakan matlamat akhir Program TS25.
23
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
Akhir kata, dalam usaha memberikan pendidikan berkualiti dan melahirkan kemenjadian murid,
pengurusan sekolah dan kualiti guru perlu dimantapkan agar dapat melahirkan pelajar yang berdaya
saing dan memenuhi kehendak negara apabila mereka meninggalkan alam persekolahan kelak.
Adalah diharapkan, dengan gandingan permuafakatan bersama-sama dan semangat kerja
berpasukan yang ditunjukkan oleh setiap warga sekolah, kita akan berjaya melakukan
penambahbaikan dalam aspek pengurusan, pentadbiran, budaya kerja, prestasi kurikulum, aktiviti
kokurikulum serta disiplin dan sahsiah terpuji para pelajar.
” SEKOLAH BERKUALITI MURID MENJADI”
Sekian, terima kasih
Saya yang menjalankan amanah
……………………………………………
ESHAMUDDIN BIN ABD RAHIM
Pengetua
SMK SIMPANG EMPAT
PULAU PINANG
15 NOVEMBER 2021
24
Manual Pengurusan SMKSE 2022/223
FOKUS PENGURUSAN CEMERLANG DAN BERKUALITI SMKSE 2022
Setiap Guru menghayati dan membudayakan setiap standard kualiti SKPMg2 untuk:
A. KEMENJADIAN MURID
1. KPI : Setiap guru dan staf menetaplan KPI masing-masing
a, KPI yang ditetapkan Pengetua bagi setiap subjek untuk PT3 dan SPM
b. Ketua Panitia – target GPMP yang lebih baik dan program-program peningkatan
c. Guru subjek menetapkan KPI bagi subjek dan kelas masing-masing
2. Program Memperkasa Panitia
a. Mesyuarat Panitia yang mantap dan bermakna dihadiri oleh GK masing-masing
b. Fail-fail utama Panitia dikemaskini dan disemak oleh PK/GK
c. Penyediaan JSU soalan peperiksaan dalaman
d. Membuat analisis Item selepas peperiksaan dalaman
e. Program-program Intervensi Panitia berdasarkan Perancangan Strategik Sekolah
f. Penguasaan data oleh GK dan KP berdasarkan HC dan SAPS
3. Pelaksanaan PAK21 bagi setiap kelas dan subjek- memenuhi ciri-ciri PAK21 dan
berasaskan ICT
a. Penubuhan JK PA21 peringkat Sekolah
b. Pemantauan oleh pentadbir
c. PLC dan Lesson Study dijalankan untuk guru
d. Melaksanakan Hari PHDSV di sekolah sekurang-kurangnya sekali untuk 2022
4. Pemantauan dan Pencerapan guru berjadual mengikut SKPMg2 oleh Pentadbir dan KP
5. Pemeriksaan buku latihan dan buku nota murid secara berjadual dan ad hoc
6. Kehadiran murid setiap hari ke sekolah
a. Target 90% kehadiran sekurang-kurangnya setiap bulan
b. Pemantauan oleh PK HEM dan penyelaras tingkatan buku kedatangan murid
c. Tindakan terhadap murid yang ponteng sekolah mengikut pekeliling KPM
d. Setiap pagi murid yang datang menepati masa iaitu sebelum 7.30 pagi akan disambut
dengan ucapan selamat pagi oleh pengawas bertugas dan guru bertugas yang akan bertugas
menyambut pelajar di pintu pagar utama sekolah. Manakala murid yang lewat datang dari
25
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
7.31pagi ke atas tidak akan disambut sebaliknya berkumpul di tempat menunggu pintu utama
sekolah dan akan dicatat nama oleh guru bertugas, murid yang lewat melebihi 3 kali dalam
sebulan akan didenda mengutip sampah di kawasan sekolah
7. Kemenjadian murid dalam Kokurikulum
a. Menetapkan KPI - target pencapaian dalam sukan dan permainan tertentu
b. ProgramTunas Muda – Mencungkil bakat dan melatih murid-murid yang berpotensi maju
dalam sukan Olahraga dan permainan
c. Memperkasakan sukan dan permainan yang berdaya maju (niche area)
8. Kebitaraan murid dan Guru SMKSE 2022
a. Semua guru dan staf berfikir di luar kotak untuk kemenjadian murid yang tidak
berkecenderungan dalam akademik difokuskan kepada bidang kebitaraannya seperti
perkebunan, pertukangan, olahraga, permainan, keusahawanan, landscapping dan lain lain
b. Guru-guru SMKSE menggunakan kepakaran masing-masing mendidik dan membimbing
murid mengungguli kebitaraannya sehingga menjadi ahli sukan bertaraf kebangsaan,
usahawan yang berjaya memasarkan barangan keluaran mereka melalui tabung kelab atau
melalui koperasi demi masa depan mereka selepas keluar sekolah
c. Muridyang berjaya dalam kebitaraannya akan diberi anugerah dan pengiktirafan melalui
hari anugerah di hadapan ibubapa. Sijil dikeluarkan untuk membantu murid meneruskan
pekerjaan dalam bidang kebitaraan masing-masing
B. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
1. Semua pentadbir mengamalkan Kepimpinan Instruksional –Mengawal Masa Instruksional
melalui:
a. JW Ganti
b. Jual-beli JW
c. Penggunaan Modul semasa relief
d. Aktiviti PdPc bersama-sama murid semasa relief
2. Rondaan PdPc
a. Rondaan PdPdilakukan oleh semua pentadbir mengikut jadual yang telah ditentukan
pada setiap hari.
b. Borang rondaan akan dibekalkan kepada setiap pentadbir bagi mencatatkan apa yang
berlaku di dalam kelas dan kawasan sekolah
c. Catatan pentadbir menekankan kelebihan serta keistimewaan guru-guru di dalam kelas
semasa menjalankan PdP yang dapat menjadikan PdP menarik dan disertai secara aktif
oleh murid di dalam kelas
26
Manual Pengurusan SMKSE 2022/223
d. Semasa rondaan pentadbir juga diharapkan dapat membantu guru-guru di dalam kelas
menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam kelas seperti kawalan kelas, sampah
sarap di dalam kelas serta disiplin murid.
3. Kebenaran Keluar Sekolah Dalam Waktu Bekerja
a. Isi borang kebenaran mengikut Perintah Am 5 Bab G(2 salinan)
b. Dapatkan kebenaran Pengetua
c. Isi borang pergerakan keluar dalam fail masing-masing
d. Serahkan satu salinan borang kebenaran keluar kepada Pengawal Keselamatan Sekolah.
Satu salinan lagi masukkan dalam fail untuk rujukan pentadbir
4. Ketepatan Masa Masuk Kerja
a. Masa bekerja guru-guru bermula 7.30 pg – thumb print di pejabat sebelum atau pada 7.30
pagi
b. Sekiranya melebihi 7.30 pagi sila jumpa pengetua dengan mengisi borang lewat hadir ke
sekolah
c. Sekiranya lewat melebihi 3 kali dalam sebulan surat tunjuk sebab akan dikeluarkan dan
mesti dijawab dalam tempoh 7 hari
d. Waktu pulang guru-guru secara rasmi ialah 2.30 petang (Isnin hingga Khamis)dan 12.00
tgh (Jumaat) dan tertakluk kepada arahan pengetua untuk memanggil guru-guru hadir
pada waktu petang untuk sebarang urusan seperti mesyuarat atau bengkel atau
persiapan sesuatu majlis sekolah
e. Masa bekerja bagi semua staf ialah selama 9 jam termasuk satu jam masa rehat
5. Kehadiran ke sekolah
a. Sekiranya guru atau staf tidak dapat hadir atas sebarang sebab ke sekolah sila dapatkan
kebenaran pengetua terlebih dahulu. Sebagai Ketua Jabatan pengetua wajib tahu
keberadaan guru dan staf di sekolah setiap hari bekerja
6. Cuti Rehat Khas Guru dan Cuti Rehat Staf/Cuti Sakit
a. Cuti rehat bukan satu keistimewaan
b. Semua guru dan staf digalakkan merancang cuti dan memohon lebih awal kepada
pengetua supaya pihak sekolah tidak menghadapi masalah dalam menguruskan PdP
murid.
c. Semua guru dan staf yang ingin bercuti rehat dimohon supaya mengisi borang
permohonan cuti terlebih dahulu dan mendapat kelulusan Pengetua.
d. Bagi guru dan staf yang bercuti sakit dimohon membuat pemakluman terlebih dahulu
kepada Pengetua sebagai Ketua Jabatan
7. Pengurusan Asrama
a. Keberadaan Murid di asrama pada setiap hari persekolahan – KPI ditetapkan 95%
b. Unit HEM menetapkan jadual masa pulang bermalam bagi pelajar asrama bagi setiap
bulan
27
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
c. Sekiranya penghuni asrama ingin pulang bermalam pada hari yang bukan dalam jadual
pulang bermalam maka setiap murid mesti mendapat kebenaran warden bertugas dan
PK HEM untuk pulang bermalam di rumah dengan alasan yang munasabah dan
ditandatangan buku pulang bermalam.
d. Setiap penghuni asrama mesti berada di asrama selewat-lewatnya jam 6.30 petang
setelah pulang bermalam. Roll call mesti dilakukan oleh warden bertugas pada jam7.00
pagi dan 6.30 petang setiap hari. Penghuni yang tidak berada di asrama pada masa roll
call dianggap melanggar peraturan asrama dan wajar dikenakan hukuman mengikut
peraturan yang sedia ada
e. Bagi menjamin kebajikan penghuni asrama sebarang kerosakan di asrama dilaporkan
oleh Warden bertugas dan PPM bertugas melalui buku laporan bertugas dan diserahkan
kepada Pengetua. . Begitu juga bagi makan minum penghuni asrama dilaporkan sebarang
rungutan dan cadangan oleh penghuni asrama melalui borang yang disediakan oleh
Penyelia Asrama
f. Warden bertugas dan PPM bertugas mesti mencatatkan laporan harian bertugas dan
diserahkan kepada Pengetua untuk makluman dan tindakan pengetua pada setiap
minggu. Sebagai Ketua jabatan Pengetua wajib tahu apa yang berlaku di asrama.
8. Pengurusan Aset Kerajaan dan Stok
a. Pihak sekolah berazam untuk menguruskan aset kerajaan mengikut Pekeliling
Perbendahraan yang kerkuatkuasa masa kini. Oleh itu mulai 2022 semua aset ketara dan
aset tidak ketara akan diuruskan oleh JKPAK secara lebih cekap dan berhemat.
C. Keceriaan, Kebersihan dan Keselamatan Warga Sekolah
a. Setiap warga sekolah wajib tahu dan sedar kepentingan 3K di sekolah
b. Sebarang aktiviti dan kegiatan sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah
mesti menekankan 3K
c. Guru tingkatan dan murid –murid bagi semua tingkatan dipertanggungjawabkan bagi
menjaga aspek 3K di dalam kelas tersebut.
d. Pertandingan kelas terbersih akan terus diadakan dan kelas tersebut akan mendapat
hadiah bulanan daripada pengetua. Kelas yang tidak mencapai markah minima bagi
setiap bulan akan dikenakan denda membersih dan menghias kelas pada waktu petang
e. Semua guru terutama guru-guru tingkatan perlu menitikberat akan kebersihan dan
keceriaan bilik darjah bagi melahirkan suasana yang kondusif untuk aktiviti PdPc. Justeru,
meja dan kerusi murid perlu cukup dan berada dalam keadaan yang baik dan bersih serta
teratur, papan notis dihias dan dilekat dengan bahan bermaklumat, lantai sentiasa bersih
dari sampah sarap, kelengkapan kelas mencukupi dan teratur kedudukannya. Lampu dan
kipas dipastikan boleh berfungsi.
28
JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (25) Manual Pengurusan SMKSE 2022/223
No. Siri :
KERAJAANMALAYSIA
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4TAHUN 2018
KEMUDAHANCUTIKEAGAMAAN
TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan bagi
kemudahan Cuti Keagamaan yang merupakan cuti tanpa rekod untuk pegawai perkhidmatan
awam persekutuan yang bukan beragama Islam mengunjungi dan melaksanakan aktiviti
keagamaan di tempat-tempat keagamaan.
LATAR BELAKANG
2. Mulai 1 Januari 2018, Kerajaan telah memperuntukkan cuti tanpa rekod sebanyak tujuh
(7) hari, iaitu sekali sepanjang tempoh perkhidmatan kepada pegawai perkhidmatan awam
persekutuan yang beragama Islam bagi maksud menunaikan umrah di Mekah dan ziarah di
Madinah.
3. Berikutan itu, selaras dengan keprihatinan Kerajaan kepada kepelbagaian agama di
kalangan pegawai perkhidmatan awam, Kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan kemudahan
cuti tanpa rekod sebanyak tujuh (7) hari kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang
bukan beragama Islam untuk mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di
tempattempat keagamaan mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.
29
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
PELAKSANAAN
4. Pelaksanaan kemudahan Cuti Keagamaan ini adalah seperti yang berikut:
a. Cuti Keagamaan adalah bagi maksud mengunjungi dan melaksanakan aktiviti
keagamaan di tempat-tempat keagamaan dalam dan luar negara mengikut agama
dan kepercayaan masing-masing;
b. Cuti Keagamaan merupakan cuti tanpa rekod yang diperuntukkan kepada pegawai
perkhidmatan awam persekutuan yang bukan beragama Islam dan
dilantik secara tetap;
c. Cuti Keagamaan tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari, tidak termasuk hari
rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am;
d. perkiraan tujuh (7) hari bagi maksud aktiviti keagamaan bermula dari tarikh
penerbangan/perjalanan sebenar dibuat bagi mengunjungi dan melaksanakan
aktiviti keagamaan di tempat-tempat keagamaan dalam atau luar negara.
Sekiranya tarikh penerbangan/perjalanan bermula pada hari rehat mingguan, hari
kelepasan mingguan atau hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh (7) hari akan
bermula pada hari bekerja berikutnya;
e. sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi tujuh (7) hari atas sebab-sebab
tertentu, maka pegawai boleh memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti
Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk
pada kelayakan cuti pegawai;
f. Cuti Keagamaan diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan (oneoff),
yang meliputi perkhidmatan di bawah semua Pihak Berkuasa Melantik. Sekiranya
tempoh cuti yang digunakan adalah kurang daripada tujuh (7) hari, baki cuti yang
tidak digunakan tidak boleh dibawa ke hadapan; dan
30
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
31
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
MOTO SMKSE
BERUSAHA YAKIN BERJAYA
SLOGAN SMKSE
SMK SIMPANG EMPAT HEBAT
32
Manual Pengurusan SMKSE 2022/2023
Latar Belakang SMKSE
Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Empat (SMKSE) telah
diasaskan pada tahun 1964.
10 orang tenaga pengajar dengan jumlah murid seramai 200
orang sahaja
Pengetua pertama iaitu En. Razikin b. Omar.
Pembukaan rasmi SMKSE telah dilakukan oleh Yang Berhormat
Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu iaitu Tuan Khir Johari
AlHaj pada 30 Jun 1966.
Antara tahun 1966 hingga 1970, terdapat dua aliran iaitu aliran
Melayu dan Inggeris.
Sekolah aliran Inggeris ditubuhkan pada tahun 1966 dikenali
Simpang Empat National Type English Secondary School
Pengetua (1964…) (1964-1969)
(1969-1979)
1 En. Razikin b. Omar
2 En. Megat Hashim b. Megat (1979-1982)
(1982-1987)
3 Tn. Hj. Ahmad Subki b. Abu Taif (1988-1993)
4 Tn. Syed Idrus b. Syed Ahmad
5 Tn. Hj. Abdul Karim b. Ismail (1993-2000)
(2000-2006)
6 Tn. Hj. Abdullah b. Abdul Rahman (2006-2007)
7 Tn. Hj. Abu Hassan b. Yahya (2008-2010)
8 En. Mohd Yusof b. Ayob (2011-2015)
9 Tn. Hj. Aziz b. Yusof (2015-2019)
10 Pn. Hjh. Zainab bt. Shafie (2019 - )
11 En. Zainal Abidin b. Jaffar
12 En. Eshamuddin b. Abd Rahim
33