Kesan modenisasi
terhadap
masalah sosial
Remaja
AHLI KUMPULAN
RISHIKESAN 21DDT21F1233
TEHNARASEN 21DDT21F1019
LIM YAN KAI 21DDT21F1018
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN..........................................................5
PENGENALAN.............................................................6
MAKSUD MODENISASI............................................7
DEFINISI MASALAH SOSIAL....................................8
KESAN MODENISASI...............................................10
LANGKAH MENGATASI...........................................13
KESIMPULAN.............................................................17
RUJUKAN....................................................................18
PENGHARGAAN
Di sini, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
semua ahli kumpulan saya kerana mereka telah
memberikan kerjasama yang banyak kepada
kumpulan ini semasa menjalankan kerja efolio ini dan
sentisa saling membantu untuk menyelesaikan efolio
ini. Tanpa kerjasama ahli kumpulan kami, efolio ini
tidak mungkinakan diselesaikan dalam masa yang
singkat dan lancer. Akhir sekali,saya ingin
mengucapkan sepuluh jari tanda perhargaaan
kepada sesiapa yang terlibat dalam proses membuat
efolio ini secara langsung dan secara tidak
langsung.Semoga efolio ini menarik minat sesiapa
yang mambaca dan dapat dijadikan rujukan untuk
melakukan tugasan lain.
PENGENALAN
Keinginan manusia yang sering mencari
kesempurnaan dalam kehidupan telah banyak
menyumbang kepada perkembangan peradaban
manusia. Perkembangan ini menurut Jones (2003),
tercetus dan menerajui di benua Eropah sekitar
penghujung abad ke-18 dan 19 yang kenali sebagai
Zaman Pencerahan (Enlightment) di mana terdapat
dorongan untuk memperbaiki kehidupan masyarakat
yang dikenali dalam kalangan ahli sosiologi sebagai
kemodenan. Revolusi perindustrian yang berlaku
ketika itu turut menjadi manifestasi kepada modeniti
di mana ketika itu transformasi masyarakat
diperlukan untuk membawa kehidupan manusia
kepada satu tahap yang lebih baik. Di dalam menuju
ke arah kemodenan, berlakunya proses transformasi
sesebuah negara daripada masyarakat tradisional
kepada masyarakat moden dalam semua aspek
kehidupan yang dikenali sebagai Modenisasi.
MAKSUD MODENISASI
Modenisasi merupakan salah satu bentuk perubahan sosial masyarakat
dari masyarakat tradisional menuju masyarakat yang maju mengikuti
perkembangan masyarakat lainnya yang dianggap lebih dahulu
maju.Dalam ilmu sosial merujuk kepada sebuah bentuk transformasi
dari keadaan yang kurang maju atau kurang berkembang ke arah yang
lebih baik dengan harapan akan tercapai kehidupan yang lebih maju,
berkembang, dan makmur. Menurut sepefahaman secara relatif,
modenisasi bermaksud upaya yang bertujuan untuk menyamai standard
yang dianggap moden yang baik oleh rakyat banyak mahupun oleh
penguasa elite. Menurut Edward A. Tiryakian, pusat kemodenan beralih
daripada benihnya iaitu masyarakat Yunani dan Israel melalui Rom,
Eropa Utara, dan Barat Laut di abad pertengahan.Kawasan pengaruh
Amerika Syarikat dan kini beralih ke Timur Jauh, atau dimasa akan
datang mungkin kembali ke Eropah.Secara umumnya masalah sosial
merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak
membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan
struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun
negara.
Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi
mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda
1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada
dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan
1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke
bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur
tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja,
golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah
21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam
persekolahan.
DEFINISI MASALAH SOSIAL
Apakah yang dimaksudkan dengan masalah
sosial?
Secara umumnya masalah sosial
merangkumi pelbagai perlakuan negatif
anggota masyarakat yang tidak membawa
sokongan dan keuntungan kepada kekuatan
sistem dan struktur ekonomi yang
diamalkan dalam sesuatu masyarakat
ataupun negara. Masalah sosial yang kerap
berlaku dalam pada zaman ini semakin
membimbangkan sehingga menggugat
ketenteraman awam dan keselamatan
negara. Dengan itu, semua pihak haruslah
mengambil tahu dan sedar akan punca dan
kesan berlakunya masalah ini. Seterusnya, ia
adalah satu kewajaran bagi kita untuk
bersama-sama mengambil langkah-langkah
bagi mengatasi masalah sosial ini daripada
terus meningkat.
KESAN MODENISASI
TERHADAP MASALAH
SOSIAL REMAJA
Kehidupan dalam era globalisasi dan modenisasi yang
dibawa oleh Barat bukan hanya menguasai sistem ekonomi,
malah turut merancuni pemikiran, sistem pendidikan, politik,
dan sosial. Setiap agama sudah diterapkan dengan
kehidupan manusia yang normal. Sekiranya tidak diterapkan,
kesannya setiap umat dimuka bumi semakin rosak dan
semakin jauh dengan ajaran agama masing masing. Maka
tidak hairanlah apabila kita membaca berita di setiap media
massa, kes-kes gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang
berlaku dalam kalangan generasi muda sangat
membimbangkan. Keruntuhan akhlak dan gejala sosial
seperti kes buli, ponteng sekolah, gengsterisme, vandalisme,
hamil luar nikah, buang bayi, seks bebas, rogol dan
bermacam-macam lagi kes yang melibatkan remaja seakan-
akan tiada penghujung dan masih belum ditemukan jalan
penyelesaian yang selesai.
Teknologi moden serba canggih yang berkembang pesat beberapa
tahun kebelakangan ini telah membawa kepada penggunaan pelbagai
peralatan elektronik dan peranti secara meluas oleh setiap generasi.
Lumrahnya, penerapan nilai-nilai moral dan kemanusiaan dari satu
generasi ke generasi berikutnya berlaku melalui hasil didikan daripada
ibu bapa, orang dewasa dan guru di sekolah. Namun begitu, kajian Rezki
et. al (2009) mendapati bahawa kehidupan masa kini telah dipengaruhi
oleh teknologi moden dan masyarakat terbudaya dengan media yang
mana kebanyakan ideologi budaya dan penerapan nilai diturunkan dari
satu generasi ke generasi yang lain melalui media seperti televisyen dan
internet. Justeru, golongan remaja juga adalah golongan yang tidak
terkecuali daripada merasai tempias ledakan perkembangan teknologi
yang telah memberi impak yang amat besar terhadap kehidupan
mereka.
Menurut Rowan (2010), secara purata kanak-kanak menghabiskan masa selama
lapan jam sehari untuk teknologi hiburan dengan 65% daripadanya mempunyai
televisyen di dalam bilik tidur mereka sendiri, dan 50% daripada televisyen di
kediaman penduduk. Ditambah pula dengan penggunaan telefon pintar, melayari
internet dan media sosial telah menyebabkan berlakunya penularan pengaruh
teknologi dalam kehidupan dan persekitaran sosial sesebuah keluarga. Laporan
dalam laman web SC (Symantec Corporation) bertarikh 7 Julai 2010 bertajuk
"Laporan Keluarga Norton Online 2010" mendedahkan bahawa kanak-kanak di
Malaysia menghabiskan masa melayari internet secara purata selama 19 jam
seminggu, sedangkan ibu bapa menyangka anak-anak mereka melayari internet
selama 11 jam. Di samping itu, kajian mendapati bahawa sembilan daripada
sepuluh kanak-kanak di Malaysia telah terdedah kepada pengalaman negatif
semasa melayari internet
Justeru, fenomena ini secara tidak langsung telah menyebabkan perkembangan
golongan remaja telah dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi
yang terdapat di dalam kehidupan dan persekitarannya. Kepesatan teknologi dalam
abad ke-21 ini menyebabkan remaja terpaksa membesar dalam persekitaran yang
mempunyai lambakan kemudahan akses kepada maklumat tanpa sempadan. Para
remaja masa kini bergantung kepada teknologi dalam hampir keseluruhan aktiviti
termasuk aktiviti bermain mereka, sehinggakan aktiviti permainan berbentuk
tradisional di luar rumah seperti batu seremban, galah panjang, konda kondi dan
sebagainya telah lenyap diambil alih oleh pelbagai peralatan berteknologi moden.
Cara hidup manusia telah banyak mengalami perubahan, seiring dengan
pembangunan teknologi internet.Remaja masa kini juga mengalami perubahan gaya
hidup yang ketara ekoran daripada pengaruh teknologi moden dalam kehidupan
mereka. Dalam kepesatan era globalisasi dan teknologi tinggi tanpa sempadan ini,
perkembangan remaja amat mudah dipengaruhi oleh agen sosialisasi seperti
media. Pengaruh teknologi terhadap perkembangan remaja turut diperkukuhkan
lagi dengan dapatan kajian Zakaria, Ahmad Munawan dan Noranizah (2012) bahawa
teknologi moden khususnya media sangat berpengaruh terhadap pendidikan,
tingkah laku dan keperibadian kanak-kanak serta remaja.
KESAN MODENISASI KE
ATAS HUBUNGAN ETNIK
DI MALAYSIA
MODENISASI POLITIK
Apakah yang dimaksudkan dengan modenisasi politik?
Dari kacamata negara ini modenisasi politik dapat dilihat kepada pengamalan
sistem demokrasi berparlimen, pilihanraya dan juga penglibatan tiga kaum
terbesar dalam politik Malaysia. Ini merupakan satu pembaharuan dan
pemodenan politik era baru jika dibandingkan dengan zaman tradisi. Dari segi
politik, sebelum kemerdekaan setiap kaum di Tanah Melayu mempunyai
sistem politik mereka sendiri. Setiap kaum berpaksikan kepentingan kaum
masing-masing. Tetapi dengan tertubuhnya Parti Perikatan, ia telah
membuktikan bahawa 3 kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India telah
menerima idea politik moden di mana setiap parti berlainan bangsa boleh
bersatu dalam sebuah parti politik. Begitu juga dengan pengenalan sistem
demokrasi dan pilihanraya telah berjaya melibatkan semua kaum dalam politik
Malaysia secara aman walaupun ada sedikit kekacauan.
Rabushka dan Shepsle yang menganalisis proses politik dalam masyarakat
majmuk di Tanah Melayu telah membahagikannya kepada lima peringkat.4
Peringkat pertama merujuk kepada tahap sebelum kemerdekaan. Pada
peringkat ini telah wujud kerjasama kalangan elit mewakili berbagai-bagai
kumpulan etnik bagi menuntut kemerdekaan yang terdiri dari kalangan kelas
menengah. Tahap kedua pula ialah peringkat pasca merdeka, di mana
kerjasama pelbagai etnik dijelmakan dalam pakatan Parti Perikatan. Para
pemimpin setiap parti dikatakan cuba mengekalkan kedudukan kuasa politik
masing-masing dengan tidak menonjolkan imej perkauman dan menutupinya
dengan isu-isu nasional seperti pembangunan ekonomi dan integasi nasional.
Peringkat ketiga, permintaan dan desakan etnik boleh mencetuskan konflik.
Perkara ini dikatakan akan berlaku kerana nilai-nilai yang ada dalam
masyarakat adalah terhad berbanding dengan tuntutannya oleh masyarakat.
Oleh itu terdapat persaingan antara kumpulan etnik. Pada peringkat ini juga
wujudnya golongan "pengusaha politik" yang memanipulasi sentimen dan isu
perkauman yang mengakibatkan ketegangan antara etnik.
Secara kasarnya, pemodenan politik pada satu keadaan menyatupadukan
tiga kaum terbesar dalam satu parti politik, tetapi pada masa yang sama ia
telah memisahkan kaum atau bangsa itu sendiri dengan penubuhan parti
parti politik pembangkang. Dasar perjuangan yang berbeza menyebabkan
wujudnya krisis antara parti-parti. Dalam hal ini, setiap kaum iaitu Melayu,
Cina dan India ada yang menjadi penyokong kerajaan dan ada yang
menjadi pembangkang. Jadi ini telah mewujudkan krisis bukan antara tiga
kaum yang berbeza tetapi memisahkan antara Melayu dengan Melayu, Cina
dengan Cina dan India dengan India.
MODENISASI SOSIAL
Dari perspektif negara Malaysia, modenisasi sosial dapat dilihat kepada
pembaharuan dari aspek seperti dalam bidang pendidikan, tempat tinggal,
hubungan dan sebagainya. Dari segi sosial, sejak zaman penjajahan, setiap
kaum telah dipisahkan mengikut tempat tinggal di mana kebanyakan orang
Melayu tinggal di kampung dan kawasan pinggir bandar, orang Cina di
kawasan bandar, dan orang India di kawasan ladang. Keadaan ini
berlarutan sehingga kini di mana kebanyakan masyarakat Cina masih lagi
tinggal di bandar-bandar besar, serta sedikit masyarakat Melayu dan India.
Kebanyakan masyarakat Melayu masih lagi tinggal di kawasan bandar kecil
dan luar bandar.
Pemisahan juga dapat disaksikan dengan penubuhan sekolah mengikut
kaum dan menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Dasar pendidikan
negara sebelum merdeka mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan yang
terasing di antara satu sama lain, iaitu sekolah Inggeris, Melayu, Cina, India
dan agama. Dalam hal ini, orang Melayu menghantar anak-anak mereka ke
sekolah Melayu, orang Cina menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina
dan begitu juga bagi orang India. Amat malang lagi semua buku teks dan
guru-guru juga di bawa dari negara asal mereka. Kebangsaan harus
diwujudkan dengan kata lain segala kurikulum sekolah berkenaan adalah
berkiblatkan negara asal masing-masing.
Sejak tahun 1946, British sedar satu sistem pendidikan yang bercorak dekan
bagi menyatukan masyarakat yang berbilang kaum. Selepas merdeka, usaha
mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan diteruskan. Dasar
pendidikan kini lebih bertujuan membentuk perpaduan di kalangan
masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Satu dasar
pendidikan yang lebih baik adalah penting bagi membentuk negara yang
stabil, bersatu-padu dan progresif. Ini dimulakan dengan pengenalan.
Penyata Barnes (1950), Laporan Fenn-Wu (1951), Ordinan Pelajaran (1952),
Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960) dan Akta Pelajaran
(1961) semua ini adalah untuk memperkenalkan satu pendidikan yang akan
menyatupadukan kaum di negara ini. Sehingga kini telah terdapat
perkembangan yang sihat di mana sistem pendidikan di negara ini telah
berjaya menyerapkan elemen perpaduan kaum walaupun masih wujud
sekolah-sekolah jenis kebangsaan.
MODENISASI EKONOMI
Apakah pula yang dimaksudkan dengan modenisasi ekonomi? Modenisasi
ekonomi di Malaysia bolehlah dikatakan telah bermula apabila adanya
hubungan perdagangan, pertukaran matawang, modal dan buruh secara
intensif. Apa yang lebih penting adalah penglibatan masyarakat tempatan
dalam ekonomi perdagangan dan perindustrian. Ekonomi sebelum ini adalah
lebih kepada ekonomi saradiri dan pertukaran barangan. Sebelum
kemerdekaan jelas memperlihatkan hubungan etnik dari segi ekonomi pula
dengan jelas menunjukkan pemisahan kaum dengan orang Melayu masih
kekal dengan ekonomi tradisional secara kecil-kecilan dalam sektor
pertanian, orang Cina menceburi bidang perniagaan dan perdagangan dan
orang India pekerja di sektor ladang. Dasar British melalui konsep 'pecah dan
perintah' ini sangat sukar hendak diubah walaupun setelah Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan. Justeru itu diperkenalkan DEB sebagai usaha untuk
menghapuskan pengenalan ekonomi mengikut kaum. Walaupun sudah ada
perubahan komposisi kaum dari segi pemilikan ekonomi, tetapi perubahan
secara total memerlukan masa yang lebih panjang lagi. Tidak dapat dinafikan
bahawa pembangunan ekonomi yang dikecapi selepas kemerdekaan
sehingga kini telah menyebabkan sesetengah kaum merasa iri hati dengan
kekayaan dan kesejahteraan kaum yang lain. Ada yang merasakan mereka
masih lagi terpinggir. Desakan ekonomi telah menolak mereka untuk
menuntut sesuatu di luar batasan. Keadaan seperti ini menyebabkan pihak
kerajaan terpaksa menilai semula dasar-dasar ekonomi yang diamalkan
sebelum ini.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI
Selain punca-punca lain, terdapat punca lain yang mendatangkan gejala
sosial adalah globalisasi dan modenisasi. Perubahan-perubahan pantas
tahap nasional berlaku kerana perubahan pada arus global yang digelar
globalisasi. Globalisasi tidak saja ditanda dengan dominasi ekonomi tetapi
ia merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (city
culture) menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif
dengan adanya teknologi maklumat dan multimedia sebagai kenderaan
yang amat berkesan untuk melakukan agenda globalisasi.Lazimnya, kita
sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru dan
trendy, iaitu bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh
terpengaruh dan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali
golongan belia. Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai anting-
anting atau tatu bahkan sampai kepada hal-hal yang sangat teruk seperti
pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas yang boleh menjurus
kepada masalah-masalah gejala sosial yang lebih serius. Mungkin
sesetengah orang menganggap ini merupakan satu fenomena yang biasa
namun di negara yang masih berpegang teguh pada falsafah Melayu Islam
Beraja (MIB) seperti Brunei Darussalam, ia merupakan satu perkara yang
keterlaluan dan perlu dielakkan.
Globalisasi bergerak seiringan dengan modenisasi. Dalam dunia serba
moden ini, masyarakat mementingkan prestij dan kemewahan. Oleh sebab
itu mereka menjadi semakin individualistik dan materialistik. Bandingkan
dengan masyarakat tradisional, masyarakat moden mempunyai cita-cita
tinggi, kompetitif dan tidak lagi menganggap saudara-mara atau jiran-jiran
sebagai kelompok rujukan, bahkan adat tradisional juga sudah
ditinggalkan.
Untuk mengelakkan keretakan perpaduan dalam kalangan manusia
akibat dari perbuatan gejala sosial, maka beberapa langkah pendekatan
untuk mengurangkan masalah gejala sosial harus diambil. Terdapat
pelbagai jenis kaedah yang boleh diambil:
PERANAN IBU BAPA
Punca-punca dan cara mengatasi masalah disiplin mengatakan bahawa
antara punca paling utama yang menyumbang kepada peningkatan
masalah sosial ialah kurangnya kasih sayang dari keluarga. Justeru,
menurut Lokman Mohd Hashim (2009) dalam artikel di blognya
bertajuk "Masalah Sosial Di Kalangan Remaja" antara langkah
penyelesaian yang harus diambil ialah menghidupkan kembali peranan
ibu bapa yang aktif dalam memastikan tahap akhlak dan keperibadian
anak-anak sentiasa utuh dalam diri mereka.
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian
yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah
memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak
mereka.Selain itu, ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta
sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut.
Menurut Nik Salida Suhaila Nik Saleh (2010) dalam tulisannya di akhbar
Berita Harian Online bertajuk Kekeluargaan Renggang Punca Masalah
Sosial, beliau menyatakan bahawa akibat daripada kesibukan kedua ibu
bapa mengejar kerjaya, kelihatan hari ini masalah peningkat sosial
dalam keluarga hanya dipandang sepi dan remeh. Jika semakin
memburuk baru hendak mengambil tindakan. Sewaktu itu, nasi sudah
menjadi bubur bagi ibu bapa tersebut. Seterusnya, ibu bapa juga
seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa
memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka
yang mempunyai kedudukan moral yang baik.Ibu bapa hendaklah
menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak
mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap
positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Di samping itu,
tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai nilai murni,
motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti,
tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia,
amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi
anak. Ibu bapa hendaklah menjadi "role model" kepada anak.
PERANAN PIHAK SEKOLAH
Antara langkah penyelesaian yang boleh diambil dalam mengekang penularan
masalah gejala sosial ini ialah memperkasakan peranan pihak sekolah terutama
dari aspek akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti
berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko kurikulum di
sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik teknik pengajaran
seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik
pengajaran luar kelas.Malah, pihak sekolah juga perlu mewujudkan sistem
perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah
boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah. Di samping
mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa
dalam pengawasan disiplin. Penguatkuasaan Undang Undang oleh dilakukan
pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan
oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak
pentadbir hendaklah mengambi kesempatan dengan merujuk masalah pelajar
kepada pihak polis. Selain langkah perundangan langkah-langkah pencegahan
yang bersesuaian,pihak sekolah hendaklah mengadakan sesi kaunseling di
peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam
membantu remaja mengatasi masalah mereka.
PERANAN MEDIA MASSA
Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang
amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia
merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting dalam menanam
dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam diri masyarakat. Media
massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya
yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman
faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, kefahaman kebendaan
dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berfoya foya. Media massa
hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras
dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah
meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk
memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan
sebagainya.
Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab
seperti ibu bapa, guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih
bijaksana dalam mengarah, membimbing, meningkatkan rasionaliti,
kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih
bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah
jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana "cultural
domination danimperialisme" melalui berbagai saluran teknologi maklumat
yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya.
PERANAN RUMAH IBADAH
Rumah ibadat adalah amat penting bagi masyarakat dunia. Di sinilah umat
sering berkumpul untuk berdoa mahupun berjemaah. Sebab itulah di
mana sahaja dalam negara kita, bahkan di kota-kota besar dunia
kewujudan bangunan masjid, gereja, kuil dan lain-lain yang berbagai
bentuk dan rupa. Ada yang kecil dan ada pula yang besar. Rumah ibadah
sentiasa menjadi lambang kemegahan masyarakat berbagai kaum.
Seluruh agensi sosial, Jentera Kerajaan, Kementerian dan Badan-badan
Berkanun, NGO dan Badan-badan Korporat, swasta dan awam hendaklah
digembling untuk bersama-sama berperanan meningkatkan kualiti akhlak
umat samada dengan mengadakan kempenhidup beretika dan berakhlak
atau melancarkan buku-buku rujukan yang menjelaskan nilai-nilai akhlak
tersebut dan sebagainya.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, modenisasi merupakan satu konsep yang
digunakan untuk menerangkan proses transformasi masyarakat dunia
daripada tradisional kepada masyarakat moden yang dikenali sebagai
modeniti. Kewujudan modeniti merupakan antara salah satu faktor yang
digunakan dalam memperjelaskan kemunculan ilmu sosiologi. Di dalam
menelusuri proses modenisasi ini, terdapat kesan-kesan yang dialami oleh
masyarakat kini .Antaranya adalah penglibatan golongan remaja di dalam
gejala sosial yang negatif. Daripada perbincangan yang telah dinyatakan
sebelum ini, keruntuhan institusi keluarga dilihat sebagai penyumbang
utama kepada fenomena ini. Namun, terdapat juga faktor-faktor lain yang
turut sama menjadi faktor penarik kepada penglibatan golongan remaja di
dalam gejala sosial. Golongan remaja merupakan aset kepada negara
pada masa hadapan Justeru intervensi yang berterusan dalam aspek
pengukuhan institusi keluarga serta program pembangunan diri dan
sahsiah remaja perlu di perhebatkan dari semasa ke semasa serta
penglibatan pelbagai pihak termasuklah kerajaan, badan bukan kerajaan
dan masyarakat.
RUJUKAN
https://naaveeshni16.blogspot.com/2020/03/kesan -
modenisasi-masalah-terhadap.html
http://www.scribd.com/doc/53234254/Cadangan Cara
Mengatasi Masalah Sosial
https://www.academia.edu/17331650/GLOBALISASI DAN
TEKNOL OGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ICT IMPAK SOSIAL
KEPA DA MASYARAKAT MALAYSIA