PENGANGKUTAN AWAM DI PEKAN PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR. KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2 OLEH : PN. SITI SALASIAH BT TUMIRAN SMA PARIT RAJA BATU PAHAT
SENARAI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tn.Hj Muhammad bin Othman selaku GPK 1 SMA Parit Raja. Ucapan terima kasih juga ditujukan buat guru mata pelajaran geografi, Pn. Siti Salasiah binti Tumiran kerana telah membimbing saya menyiapkan kerja lapangan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakanrakan yang Bernama Azhad, Annam, Darwisy, Irfan dan Adib kerana sering membantu Bersama dalam mencari maklumat. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Encik Ahmad bin Kasim dan Puan Sharina binti Daud kerana memberi sokongan terutama dari segi wang ringgit. Tidak lupa kepada Semua pihak yang terlibat terutamanya Semua responden yang sudi menjawab soal selidik bagi membantu proses menyiapkan kerja lapangan ini.
PENDAHULUAN Saya dan rakan telah bekerjasama untuk menjalankan kerja lapangan berkaitan dengan pengangkutan awam di Pekan Parit Raja, Batu Pahat. Saya membuat kajian tentang jenis-jenis pengangkutan awam dan masalah pengangkutan awam yang dihadapi oleh penduduk di Kawasan pekan Parit Raja.Selain itu juga, saya memberi cadangan penambahbaikan pengangkutan awam di pekan Parit Raja, Batu Pahat. Antara sebab pemilihan Kawasan kajian adalah Kawasan ini berhampiran dengan sekolah saya.
OBJEKTIF ◦ Menyatakan konsep pengangkutan awam. ◦ Menjelaskan jenis-jenis pengangkutan awam di Kawasan kajian. ◦ Menjelaskan kepentingan pengangkutan awam di Kawasan kajian. ◦ Mengkaji dan menghuraikan masalah pengangkutan awam di Kawasan kajian. ◦ Mencadangkan penambahbaikan pengangkutan awam yang boleh di laksanakan.
KAWASAN KAJIAN ◦ Kawasan kajian saya ialah Pekan Parit Raja Batu Pahat Johor. Pekan Parit Raja terletak di daerah Batu Pahat , iaitu terletak kira-kira 25 km dari bandar Batu Pahat. Pekan ini juga terletak 15 km dari Pekan Ayer Hitam yang terdapat susur keluar Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). ◦ Pandang darat fizikal Kawasan ini ialah terletak di Kawasan tanah pamah yang rata, sesuai untuk pembinaan jalan pengangkutan dan petempatan. Kawasan ini dahulunya adalah Kawasan perkampungan dengan sedikit sahaja petempatan dan bangunan kedai.
◦ Pandang darat budaya yang terdapat disini pula ialah jalan raya, masjid, pasaraya, sekolah, jambatan dan lain-lain. ◦ Pekan ini semakin berkembang maju lengkap dengan prasarana dan kemudahan-kemudahan yang berprestij seiring dengan Institusi Pendidikan yang terdapat di sini seperti Universiti Tun Hussin Onn Malaysia, Kolej Kemahiran Tinggi Mara , Kolej Kejururawatan dan lain-lain. ◦ Antara pengangkutan awam yang terdapat di sini ialah bas henti-henti, teksi, grab dan van sekolah.
PETA GOOGLE KAWASAN PEKAN PARIT RAJA
TAFSIRAN PETA LAKAR ◦ Peta lakar Kawasan kajian ialah Pekan Parit Raja, Batu Pahat Johor. ◦ Ciri fizikal yang terdapat disini ialah Kawasan tanah pamah yang meliputi keseluruhan peta. Terdapat sebatang sungai yang mengalir dari timur laut ke barat peta. ◦ Ciri budaya yang terdapat di Pekan Parit Raja iaitu jalanraya, sekolah, dewan serbaguna, kedai-kedai, balai polis, pusat kesihatan, pejabat pos, jambatan, kebun kelapa sawit , dusun buah-buahan, Kawasan perkuburan dan lain-lain. ◦ Sebuah jalan raya utama menghubungkan bandar Batu Pahat dan bandar Kluang. Kawasan kampung-kampung juga dilengkapi dengan jalan berturap seperti jalan Parit Raja Darat, Jalan Parit Daun, Jalan Parit Sempadan dan lain-lain.
◦ Terdapat pelbagai jenis sekolah di Kawasan peta ini seperti sekolah menengah yang terdapat di bahagian selatan iaitu SMA Parit Raja dan SMK Tun Ismail di bahagian timur laut. Manakalah sekolah rendah pula terdapat di bahagian selatan iaitu SK Parit Raja. SK Seri Sabak Uni pula terletak di bahagian timur peta dan SK Pintas Puding dan SRIT terletak di bahagian barat peta. ◦ Balai polis, pusat kesihatan, pejabat pos, stesen minyak,dewan serba guna, deretan kedai-kedai pula terletak di bahagian tengah peta.
KAEDAH KAJIAN Kaedah pemerhatian – saya telah melawat Kawasan kajian saya iaitu Pekan Parit Raja , Batu Pahat Johor. Saya mengumpul data dan maklumat jenis-jenis pengangkutan awam yang terdapat di Pekan Parit Raja melalui pemerhatian saya. Kaedah soal selidik – Saya telah membuat soal selidik terhadap 15 orang responden di Pekan Parit Raja untuk mengenal pasti bilangan penduduk yang menggunakan pengangkutan awam , kepentingan dan masalah pengangkutan awam yang sedia ada. Kaedah Internet dan buku rujukan – Saya telah melayari internet dan merujuk buku-buku untuk mencari maklumat tentang Kawasan kajian serta maklumat tambahan.
HASIL KAJIAN
KONSEP PENGANGKUTAN AWAM ◦ Pengangkutan awam ialah sistem pengangkutan bermotor yang boleh digunakan oleh orang ramai di Kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. Pengguna dikehendaki membayar kos perkhidmatan pengangkutan tersebut. Sesetengah perkhidmatan menyediakan tiket sebagai resit bukti pembayaran. Pengangkutan awam ini merangkumi perkhidmatan bas, teksi, LRT dan MRT.
JENIS PENGANGKUTAN AWAM ◦ Daripada pemerhatian saya jenis pengangkutan awam yang terdapat di Pekan Parit Raja ialah bas awam, teksi dan epanggilan.
JADUAL Jenis Pengangkutan Awam Bilangan (orang) Peratus (%) Bas awam 8 53 Teksi 2 14 E Panggilan 5 33
GRAF 53 14 33 0 10 20 30 40 50 60 Bas Awam Teksi E Panggilan PERATUS JENIS PENGANGKUTAN AWAM Penggunaan Pengangkutan Awam di Pekan Parit Raja, Batu Pahat.
KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM DI PEKAN PARIT RAJA a. Menjimatkan kos Kos menaiki pengangkutan awam lebih murah berbanding menaiki kenderaan sendiri. Ini kerana pengguna tidak perlu membayar parker tempat letak kereta , tol dan kos bahan api kenderaan yang semakin meningkat b. Meningkatkan mobiliti penduduk Penduduk yang tidak mempunyai kereta sendiri bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari suatu tempat ke yang lain dengan mudah. Pengangkutan awam juga memudahkan murid untuk pergi dan balik sekolah.
KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM DI PEKAN PARIT RAJA c. Mengurangkan Pencemaran Penggunaan pengangkutan awam boleh mengurangkan pengeluaran asap daripada kenderaan persendirian dan seterusnya menyebabkan pencemaran udara. Asap kenderaan mengandungi gas karbondioksida dan karbondioksida yang merupakan gas rumah hijau. Gas rumah hijau boleh menyebabkan pemanasan global .
MASALAH PENGANGKUTAN AWAM DI PEKAN PARIT RAJA a. Jangka masa menunggu yang lama - Penumpang terpaksa menunggu yang lama untuk menaiki bas disebabkan oleh bilangan bas yang sedikit. b. Penipuan - Sikap sesetengah pemandu yang tidak bertanggungjawab, iaitu tidak menggunakan meter. Mereka mengenakan tambang sesuka hati yang lebih mahal terutama kepada pelancong. Ada juga pemandu yang mengubah suai meter untuk mengenakan tambang yang mahal.
MASALAH PENGANGKUTAN AWAM DI PEKAN PARIT RAJA c. Pencemaran - Penggunaan minyak diesel oleh bas menyebabkan pengeluaran asap yang hitam. Asap tersebut mengandungi gas karbon dioksida dan karbon monoksida yang seterusnya boleh menyebabkan pemanasan global.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENGANGKUTAN AWAM DI PEKAN PARIT RAJA a. Menambah lebih banyak bas - Langkah ini boleh meningkatkan kekerapan bas yang lalu di sesebuah tempat. b. Penguatkuasaan Undang-Undang. - Menamatkan permit pemandu teksi yang didapati bersalah melakukan penipuan. Selain itu pihak berkuasa boleh membuat operasi pemeriksaan secara rawak berdasarkan maklumat yang diperoleh. Pengguna pula harus bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan mengemukakan aduan dan cadangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan ini.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENGANGKUTAN AWAM DI PEKAN PARIT RAJA ◦ C. Penggunaan NGV ◦ D. Penggunaan bas elektrik (PELAJAR BUAT HURAIAN DAN CONTOH )
RUMUSAN
RUJUKAN
LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK