KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN RUGADING
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TUARAN
PETI SURAT 370, 89208 TUARAN, SABAH
Email : [email protected] Pejabat : 088-499787
Web : www.skrugading.edu.my Fax Pejabat : 088-489787
_________________________________________________________________________________
Rujukan Kami : XBA4336/100/01/14
Tarikh : 17 Januari 2020
Kepada,
AJK PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sesi 2019/2020
SK. Rugading, Tuaran
Tuan,
JEMPUTAN MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2020,
SEKOLAH KEBANGSAAN RUGADING, TUARAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah ingin menjemput tuan/puan untuk menghadiri
majlis penutupan program transisi bagi murid-murid tahun 1 2020 pada ketetapan seperti
berikut:
Tarikh : 22 Januari 2020 ( Rabu )
Masa : Jam 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan STAR SK Rugading, Tuaran
3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan berbesar hati dan penuh takzimnya
menjemput tuan/puan ke majlis penutupan program tersebut.
4. Perhatian dan kerjasama pihak tuan/ puan dalam perkara ini amatlah diharapkan dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
EKE ANDREAS JR
Guru Besar,
SK. Rugading, Tuaran
Sk. Fail
( sila catatkan nombor rujukan apabila berurusan dengan kami )
STAR – STAND TOGETHER ACHIEVES RESULT
Jangan terjerumus ke dalam perangkap dadah