The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NURUL ATIQAH BINTI ZAKARIA
(18DEV20F1011)
NURHATEYFA EZLIYANA BINTI ABDUL RAHIM
(18DEV20F1010)
MIMI SYAZWANI BINTI ADNAN
(18DEV20F1014)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atiqahzkaria, 2022-01-07 02:39:49

KHALIGRAFI

NURUL ATIQAH BINTI ZAKARIA
(18DEV20F1011)
NURHATEYFA EZLIYANA BINTI ABDUL RAHIM
(18DEV20F1010)
MIMI SYAZWANI BINTI ADNAN
(18DEV20F1014)

MPU 24021
KELAB KALIGRAFI

MIMI SYAZWANI BT ADNAN 18DEV20F1014

NURHATEYFA EZLIYANA 18DEV20F1010
BINTI ABDUL RAHIM 18DEV20F1011

NURUL ATIQAH BINTI
ZAKARIA

1

ISI KANDUNGAN

1.PENGENALAN KHAT
2.JENIS-JENIS KHAT
3.SEJARAH KHAT
4.CONTOH KHAT
5.HUKUM MENULIS KHAT
6.KESIMPULAN
7.RUJUKAN

2

PENGENALAN KHAT

Khat merupakan salah satu daripada hasil kesenian yang indah dan halus. Seni ini lahir dan
berkembang dalam penulisan Arab dan terkandung dalam ruang lingkup peradaban Islam.Setelah
kehadiran Islam, penulisan Arab telah memasuki tahap perkembangan yang begitu cepat. Pada abad
pertama dan kedua Hijrah, khat merupakan salah satu ciri untuk memperindah sesuatu penulisan.
Melalui khat, sesuatu maksud dapat diungkapkan. Khat turut menjadi unsur penting daripada
cabang-cabang kesenian yang masih terpelihara hingga ke hari ini.
Khat ialah perkataan Arab yang bermaksud garisan. Seni khat bermaksud garisan indah yang
membentuk tulisan. Ia juga bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan
kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Tulisan-
tulisan Arab pula mempunyai nilai dan kaedah tertentu yang mempunyai estetika yang tinggi.
Seni khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai-nilai abstrak yang
disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan,

Kesinambunganperhubungan, pergerakan,keharmonian dan sebagainya.

3

JENIS-JENIS KHAT

1) KHAT RIQ’AH

Khat ini telah dicipta pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Khan oleh penulis
khat yang bernama Turki Mumtaz Bek pada tahun 1280H. Khat ini dicipta bagimemudahkan
semua urusan rasmi dalam kalangan kakitangan kerajaan kerana ia dapat menyeragamkan
semua bentuk tulisan menjadi satu.

Ciri-ciri khat ini ialah bentuk huruf kecil, tegak dan tidak menggunakan baris. Khat riq’ah ini
lebih cepat dan mudah ditulis jika dibandingkan dengan tulisan khat yang lain. Pada masa
kini, tulisan khat ini menjadi tulisan harian buat masyarakat Arab.

4

2) KHAT DIWANI

Khat ini telah dicipta oleh Muhammad Munif dan disempurnakan oleh Syahla Pasya serta al-
Hafidz Othman. Khat ini mula terkenal pada tahun 857H iaitu setelah Konstantinopel (Istanbul)
ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Khat ini dicipta untuk menulis surat-surat rasmi, keputusan
dan surat pekeliling pentadbiran kerajaan.

Antara ciri- ciri tulisan ini ialah ia berbentuk condong ke kiri, lembut, bindar dan melengkung,
bersusun dan bertindih-tindih serta tidak berbaris. Pada masa kini, tulisan ini selalu digunakan
untuk menulis sijil, watikah serta dijadikan sebagai tulisan hiasan sama ada di rumah mahupun
masjid-masjid.

5

3) KHAT NASAKH

Khat ini dinamakan khat nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau
membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain. Bentuk khat nasakh ini telah
diubahsuai oleh Ibnu Muqlah sehingga tulisannya menjadi seperti sekarang. Tulisan ini muncul
pada abad ke 3 Hijrah atau 8 Masihi dan telah berkembang meluas pada hujung abad ke 4 Hijrah
atau 9 Masihi.

Terdapat beberapa ciri-ciri khat nasakh ini, antaranya ialah ia mudah dibentuk, lembut,
praktikal dan mudah dibaca kerana mempunyai baris. Tulisan khat nasakh ini digunakan pada
zaman sekarang untuk menulis al-Quran, akhbardan majalah-majalah ilmiah.

6

4) KHAT THULUTH

Khat thuluth dinamakan sebegini kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata
pen khat yang mempunyai ukuran tertentu iaitu mestilah mempunyai kelebaran
sebanyak 1/3 (thuluth) lebar mata pen semasa ingin menulisnya. Selain nama khat
thuluth, ia juga dikenali sebagai Ummul Khat (ibu tulisan). Seseorang penulis khat itu
tidak akan digelar sebagai penulis khat yang handal selagi dia tidak betul-betul
menguasai penulisan khat thuluth ini.

Ciri-ciri khat ini ialah hurufnya lembut, mudah dibentuk dan mudah dibaca
kerana mempunyai baris.ia juga bersifat dekoratif dan mempunyai seni-seni tersendiri.
Khat ini amat sesuai dijadikan perhiasan di masjid, rumah, bangunan, papan tanda dan
sebagainya kerana tulisannya sangat cantik dan unik.

7

5) KHAT KHUFI MURABA’

Khat kufi muraba’ ini juga dikenali sebagai kufi empat segi kerana bentuk
hurufnya serta susunannya berbentuk empat segi apabila ditulis. Setiap huruf yang
ditulis di dalam khat ini hendaklah disusun memenuhi ruang yang ada. Khat ini disusun
daripada garis-garis lurus yang bertembung dengan garis-garis menegak.

Hasil daripada kaedah susunan tadi, maka terhasilah huruf yang berbentuk lurus
yang tidak bulat dan tidak melengkung sama sekali. Oleh demikian itu, pembaris dan
pensil haruslah digunakan semasa membuat khat ini. Sifat-sifat khat ini ialah berbentuk
segi empat, tidak mempunyai baris serta hurufnya tersusun rapat. Khat ini sesuai
digunakan sebai hiasan dalam bentuk geometric pada bangunan-bangunan dan logo.

8

SEJARAH KHAT

Khat Islam, atau khat Arab, ialah amalan penulisan berseni atau seni khat dan, secara tambahan, berkaitan dengan
penjilidan (kitab, lebih-lebih lagi Al-Quran)[1], di kawasan yang berkongsi warisan kebudayaan Islam yang sama. Bentuk
kesenian ini berasaskan tulisan Arab, yang untuk tempoh yang lama digunakan oleh semua Muslim dalam bahasa masing-
masing seperti tulisan jawi. Mereka menggunakannya bagi mewakili Tuhan kerana mereka menolak melambangkan Tuhan
menggunakan gambar.[2] Seni khat merupakan seni yang amat disanjungi di antara seni-seni Islam yang lain kerana ia
merupakan salah satu cara utama mengekalkan keaslian kandungan ayat-ayat suci al-Qur'an selain melalui hafalan para
huffaz (penghafal Al-Quran). Pengharaman mengukir atau melukis rupa makhluk yang boleh membawa kepada taghut dan
penyembahan berhala mendorong perkembangan seni khat dan gambaran abstrak menjadi bentuk gambaran kesenian utama
dalam kebudayaan Islam, terutama dari segi konteks keagamaan.[3] Karya-karya yang dihasiklan oleh khattat (pakar-pakar
khat) dikumpul dan amatlah dihargai kerana ianya mempunyai nilai yang besar dalam rujukan kaedah-kaedah penulisan
khat.

Seni khat orang-orang Arab, Parsi, dan Empayar Uthmaniyyah dikaitkan dengan motif abstrak arabes pada dinding dan
siling masjid dan juga pada kitab. Ahli seni lukis semasa dalam dunia Islam memetik warisan khat untuk menulis khat atau
pengabstrakan hasil karya mereka

9

Contoh khat

10

HUKUM Soalan
MENULIS Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Apa hukum menulis ayat al-Quran mengikut
KHAT corak tertentu seperti wau, bunga dan lain-lain. Mohon penjelasan.

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita
semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari
kesudahan.
Pada asasnya, al-Quran wajib dimuliakan, diagungkan dan dihindarkan daripada sebarang perkara yang boleh
membawa wujudnya unsur kehinaan atau merendahkan. Imam Nawawi dalam menegaskan hal ini menyebut: “Para
ulama telah bersepakat akan wajibnya menjaga Mushaf al-Quran dan memuliakannya.” (Lihat al-Tibyan fi Adab
Hamalat al-Quran, hlm. 190)
Malah jumhur ulama menyatakan wajib bagi seseorang Muslim itu suci daripada hadas kecil dan besar sebelum dia
memegang mushaf dan menanggungnya. Firman Allah SWT:
‫َلا َي َم ُّسها إِ َال ا ْلم َط َهرو َنا‬
Maksudnya: “Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.”
Surah al-Waqi’ah (79)
Di dalam kitab Nawadir al-Usul dijelaskan: Menyentuh, memegang atau membawa (mengangkat mushaf al-Quran)
hendaklah dalam keadaan suci (berwuduk), sama ada ayat-ayat al-Quran itu ditulis pada kertas, papan, besi, kain dan
sebagainya. (Lihat Nawadir al-Usul fi Ma’rifah Ahadith al-Rasul, 2/392)

11

Matlamat utama al-Quran diturunkan adalah untuk dibaca, ditadabbur, dihayati, diimani dan seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seorang Muslim.
Dalam isu persoalan di atas, kami nukilkan di sini jawapan daripada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
bertarikh 13-15 Jun 2005 dalam muzakarah kali ke-69, antara lain menyebut:
Penulisan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk hiasan yang keterlaluan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pembaca adalah dilarang.
Penulisan khat ayat al-Quran boleh dibuat dengan syarat ditulis dengan betul dan mudah dibaca.
Tulisan khat ayat al-Quran tidak boleh dicampuradukkan dengan ayat-ayat lain sehingga boleh mengelirukan pembaca.
Tulisan khat ayat-ayat al-Quran mestilah ditulis dengan sempurna dan susunan ayat-ayatnya tidak boleh terputus-putus sehingga mencacat atau mengelirukan atau mengubahnya.
Tulisan seni khat ayat-ayat al-Quran yang dibuat dalam pelbagai bentuk sehingga menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan ayat-ayat al-Quran diturunkan iaitu untuk
dibaca, difahami dan dihayati adalah dilarang. (Lihat Kompilasi Muzakarah MKI 2016 – Jakim, hlm. 210-211)
Begitu juga disebut: Dilarang menulis atau membentuk ayatayat suci al-Quran berbentuk binatang, manusia, bangunan, alat permainan seperti wau, tumbuhan, bunga-bungaan dan
seumpamanya. (Lihat Garis Panduan Pembuatan, Pengendalian, Penjualan Dan Pelupusan Ayat Suci Al-Quran oleh Jakim, hlm. 5)
Terdapat juga Garis Panduan Kaligrafi Al-Quran yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Qur’an Kementerian Dalam Negeri, antara lain
menyatakan:
Dilarang menulis kaligrafi Al-Quran berbentuk makhluk bernyawa atau sebarang bentuk yang boleh menjatuhkan kesucian Al-Quran;
Latar belakang kaligrafi tidak boleh mengandungi sebarang unsur makhluk bernyawa atau yang tidak sesuai dengan kemuliaan al-Quran.
Setiap penulisan mestilah sempurna dan mengikut kaedah penulisan kaligrafi Al-Quran;
Khat yang susah dibaca seperti Khat Kufi Murabba’ dan Khat Diwani Jaliyy hendaklah menyertakan sekali Khat Nasakh bersaiz kecil di bahagian bawah karya tersebut bagi
memudahkan pengecaman masyarakat untuk membaca kaligrafi Al-Quran;
Setiap penulisan mestilah sempurna dari segi maksud ayat dan tidak tergantung dari aspek maksud ayat. (Lihat Garis Panduan Kaligrafi Al-Quran, hlm. 6-7)

12

KESIMPULAN 13

Berdasarkan kenyataan di atas, kami berpendapat adalah tidak harus untuk menulis
al-Quran dalam bentuk gambar-gambar kerana ia sejuzuk daripada merendahkan
martabat al-Quran. Begitu juga, kerana ia menjadikan banyak tafsiran serta andaian
yang kurang sihat terhadap al-Quran sedangkan al-Quran kitab dan kalam Allah yang
suci lagi mulia, yang wajib dimuliakannya.

Semoga kita menjadi hamba Allah yang benar-benar cintakan al-Quran. Kami akhiri
dengan doa:

َ‫ َوذ َها َبا هم ْو ِمنا‬،َ‫ َوجلاَ َاء أَ ْح َزانِنا‬،َ‫ َون ْو َار صد ْو ِرنا‬،َ‫اَللَه َما ا ْجعَ ِلا ا ْلق ْرآ َنا َربِي َعا قل ْوبِنا‬

Maksudnya: Ya Allah! Jadikanlah al-Qur’an sebagai penyejuk hati kami, cahaya yang
menyinari dada kami, penghibur duka kami dan penghapus kesedihan kami.
Amin..

RUJUKAN

 https://id.scribd.com/document/495627135/JENIS-JENIS-KHAT
 https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Seni_khat_Islam
 https://mengajionline.com/hukum-menulis-ayat-al-quran-dengan-corak-tertentu-2/

14


Click to View FlipBook Version